SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Télécharger pour lire hors ligne
Dr. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN
PENILAIAN PROGRAM
BERDASARKAN MODEL LOGIK
1
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
DEFINISI PENILAIAN PROGRAM
Stufflebeam (1983) menyatakan, “The purpose of evaluation is to improve, not prove.”
Penilaian program merupakan suatu kemestian bagi sesebuah organisasi untuk melihat
kebaikan dan kelemahan sesuatu program yang dilaksanakan (Kamaruzaman Moidunny,
2015). Tuckman (1985) pula menyatakan bahawa tujuan penilaian sesuatu program
pendidikan adalah untuk memastikan program mencapai matlamat. Oleh itu, penyelidikan
berkaitan dengan penilaian program atau evaluation research merupakan proses yang
sistematik bagi mengumpul dan menganalisis data-data untuk tujuan membuat keputusan
sama ada sesuatu program berkaitan yang sedang dilaksanakan, atau yang telah selesai
dijalankan memberi kesan yang menguntungkan atau sebaliknya.
Oleh itu matlamat utama penilaian program adalah untuk menilai program dan melihat
sejauhmana sesuatu program itu berjaya seterusnya dapat menyumbang kepada
penambahbaikannya. Penilaian yang bersistematik perlulah mengambil kira perkara-perkara
berikut;
i. menentukan matlamat, objektif dan tujuan suatu program itu dinilai
ii. menentukan kaedah yang digunakan agar persoalan terhadap program yang dinilai itu
dapat dijawab dan diketahui
iii. membuat keputusan yang berguna berdasarkan hasil laporan. Hasil laporan tersebut
dapat digunakan untuk membuat keputusan dan penambahbaikan
2
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
PERBANDINGAN ANTARA PENILAIAN PROGRAM DAN PENYELIDIKAN
PENDIDIKAN.
Penyelidikan pendidikan dan penilaian program sering tersilap antara satu sama lain. Hal ini
kerana kaedah dalam penilaian program adalah sama dengan penyelidikan pendidikan
kerana keduanya memerlukan pemilihan reka bentuk penyelidikan yang sesuai, merangka
kaedah yang betul untuk pengumpulan data, dan menganalisis data tersebut dengan betul.
Bagaimanapun adalah penting untuk membezakan antara kedua-dua disiplin penilaian dan
penyelidikan.
Tujuan penilaian adalah pada dasarnya untuk menambahbaik program yang sedia ada
bagi populasi sasaran, manakala penyelidikan bertujuan untuk membuktikan teori atau
hipotesis. Selain itu, penilaian program memberi tumpuan untuk membuat keputusan sama
ada hendak diteruskan, diperbaiki atau dihentikan. Namun berbeza dengan penyelidikan yang
hanya bermatlamat mencari pengetahuan atau pemahaman yang baharu dalam sesuatu topik
atau bidang. Seterusnya penyelidikan mungkin tiada keperluan atau pemintaan yang tinggi
bagi data yang diperoleh dalam kajian yang dibuat. Namun hal ini berbeza pula dengan
penilaian program, yang mana data yang dihasilkan sangat dinantikan oleh pembuat
keputusan dan individu yang terlibat. Di samping itu, matlamat penyelidikan pendidikan adalah
untuk menghasilkan pengetahuan yang boleh digeneralisasikan, manakala maklumat
daripada penilaian program hanya diperlukan khusus untuk sesebuah program tertentu.
3
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
MODEL LOGIK
Model Logik merupakan salah satu alat yang berasaskan Teori Program yang digunakan
untuk menilai sesebuah program (National Collabating Centre For Aboriginal Health, 2009;
Weiss, 1998; Wilder Research, 2009). Komponen-komponen yang dikemukakan adalah input,
aktiviti, output, outcome dan impak. Model Logik membantu penilai membuat jangkaan
bagaimana sebenarnya sesebuah program itu sepatutnya mencapai matlamat dan sejauh
mana kemunasabahan pencapaian pelaksanaan program itu diperoleh. Dalam bahasa yang
mudah, Model Logik adalah gambaran pencapaian sesebuah program yang dilukis untuk
menunjukkan langkah atau proses berbentuk Peta Alir. Dengan kata lain, Model Logik
merupakan paparan pemikiran secara grafik untuk menyusun maklumat yang menggunakan
pendekatan secara visual dengan memetakan apa yang ada di minda tentang bagaimana
perkara itu dilakukan dan seharusnya dilaksanakan. Model Logik dapat menggambarkan
tindakan yang dirancang dan keputusannya dijangka.
Asas pada Model Logik ini ialah model ini merupakan satu cara atau gambaran yang
bersistematik untuk berkongsi pemahaman hubungan antara sumber-sumber yang ada untuk
program beroperasi, aktiviti yang dirancang dan perubahan atau hasil yang diharapkan untuk
dicapai. Ia menggunakan perkataan atau gambar untuk menggambarkan turutan aktiviti atau
proses yang difikirkan untuk membawa perubahan dan bagaimana aktiviti dapat dikaitkan
dengan hasil program yang diharapkan dijangka untuk dicapai.
4
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
KERANGKA KONSEP PENILAIAN PROGRAM BERASASKAN MODEL LOGIK
Model Logik terdiri daripada komponen Input atau Sumber, Aktiviti, Output, Outcome (hasil
jangka pendek dan hasil jangka sederhana) dan Impak (hasil jangka panjang) seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 1.
Rajah 3: Komponen dalam Model Logik. Sumber: W.K. Kellogg Foundation (2004)
5
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
MODEL LOGIK MERUPAKAN ‘ROAD MAP’
Model Logik dipilih untuk menilai program kerana ia menghubungkaitkan input, aktiviti, output
dengan outcome program. Model logik merupakan satu kaedah yang jelas dan sistematik
untuk menunjukkan hubung kait antara sumber yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu
program, aktiviti yang dilaksanakan dengan perubahan atau hasil yang diharapkan untuk
dicapai. Ada sesetengah pakar yang manganggap Model Logik merupakan ‘road map’ untuk
melaksanakan atau menilai sesebuah program.
Cara membaca elemen-elemen pada Model Logik adalah dari kiri ke kanan. Model
Logik memaparkan rantai pemikiran yang menggunakan kenyataan “Jika….Maka” untuk
menyambungkan komponen-komponen program. Rajah 2 menunjukkan bagaimana Model
Logik dibaca.
Rajah 2: Cara membaca Model Logik
Adaptasi daripada W.K. Kellogg Foundation, 2004
6
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
TEMPLET ATAU PELAN INDUK BERASASKAN MODEL LOGIK
Templet atau pelan induk yang terhasil berasaskan Model Logik akan membantu pengkaji
untuk mengenal pasti hubungan di antara input, aktiviti, output dan outcome (Spaulding, 2014)
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.
Input Aktiviti Output Outcome Impak
Apakah yang
perlu ada
untuk
menggerakkan
program?
Apakah yang
perlu
dilakukan
untuk
mencapai
hasil langsung
program?
Apakah hasil
langsung atau
hasil semerta
yang diperoleh
untuk
mencapai
perubahan
yang
disasarkan?
Apakah
perubahan/
kesan yang
diharapkan
untuk dicapai
dalam jangka
masa pendek
(1-3 tahun)
dan jangka
masa panjang
(4-6 tahun)?
Apakah
perubahan
besar yang
dihasratkan
untuk dicapai
dalam tempoh
(7 - 10 tahun)?
Rajah 5: Templet Asas Penilaian Model Logik
Adaptasi daripada W.K Kellogg Foundation Logic Model Development Guide (2004)
7
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
LANGKAH MENJALANKAN KAJIAN PENILAIAN PROGRAM BERASASKAN MODEL LOGIK
Perancangan bagi menjalankan kajian berbentuk penilaian program perlulah dilaksanakan
mengikut prosedur yang jelas. Kajian penilaian program dilakukan sama seperti penyelidikan
pendidikan yang lain. Namun kajian penilaian program perlu berpandukan kepada Model
Penilaian Program yang bersesuaian agar dapat mengenal pasti pencapaian program yang
dinilai dan seterusnya dapat menyumbang kepada penambahbaikannya. Berikut adalah
langkah asas menjalankan kajian penilaian program berasaskan Model Logik.
Langkah 1: Tentukan program yang akan dinilai
Contoh: Program i-THINK
Langkah 2: Tentukan komponen input, aktiviti, output, outcome dan impak program
menggunakan templet Model Logik.
Input Aktiviti Output Outcome Impak
Apakah yang
perlu ada untuk
menggerakkan
program?
Apakah yang
perlu dilakukan
untuk mencapai
hasil langsung
program?
Apakah hasil
langsung atau hasil
semerta yang
diperoleh untuk
mencapai
perubahan yang
disasarkan?
Apakah perubahan/
kesan yang diharapkan
untuk dicapai dalam
jangka masa pendek
(1-3 tahun) dan jangka
masa panjang (4-6
tahun)?
Apakah perubahan
besar yang
dihasratkan untuk
dicapai dalam
tempoh (7 - 10
tahun)?
 Pentadbir
 Pasukan
Pemandu
 Guru
 Murid
 Bahan
Sokongan
 Latihan dan
bimbingan
kepada guru
 Latihan dan
bimbingan
kepada
murid
Kekerapan aplikasi
program i-THINK
dalam PdP
Perubahan guru dan
murid dari aspek
 Pengetahuan
 Sikap
 Kemahiran
 Aspirasi
Kemahiran berfikir
dapat ditingkatkan
dan dibudayakan
ke arah
menghasilkan
murid berinovatif
8
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
Langkah 3: Bina kerangka konseptual kajian berasaskan Model Logik
Langkah 4: Bina objektif kajian berdasarkan kerangka kajian
Contoh:
Objektif kajian ini adalah untuk;
a) Mengenal pasti tahap input program i-THINK berdasarkan penilaian guru
b) Mengenal pasti tahap aktiviti program i-THINK berdasarkan penilaian guru
c) Mengenal pasti tahap output program i-THINK berdasarkan penilaian guru
d) Mengenal pasti tahap outcome program i-THINK berdasarkan penilaian guru
e) Mengenal pasti tahap impak program i-THINK berdasarkan penilaian guru
Langkah 5: Bina soalan kajian berdasarkan objektif kajian
Contoh:
Berdasarkan objektif kajian yang telah dibentuk, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut:
a) Apakah tahap input program i-THINK berdasarkan penilaian guru dari aspek;
i. Pentadbir
9
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
ii. pasukan pemandu
iii. guru
iv. murid
v. bahan sokongan
b) Apakah tahap aktiviti program i-THINK berdasarkan penilaian guru dari aspek;
i. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diterima guru
ii. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid
c) Apakah tahap output program i-THINK berdasarkan penilaian guru dari aspek
kekerapan aplikasi program i-THINK dalam PdP.
d) Apakah tahap outcome program i-THINK dari aspek:
i. Pengetahuan
ii. Sikap
iii. Kemahiran
iv. Aspirasi
e) Sejauh manakah pencapaian impak program i-THINK
Langkah 6: Bina instrumen kajian berasaskan objektif dan soalan kajian.
Instrumen yang dibangunkan perlulah berasaskan objektif dan soalan kajian dengan
berpandukan kepada reka bentuk kajian yang sesuai. Sebagai contohnya, penilaian program
i-THINK boleh memilih rekabentuk kajian tinjauan hirisan rentas yang menggunakan
instrumen soal selidik. Soal selidik dibangunkan berdasarkan kepada 5 konstruk utama iaitu
konstruk input, aktiviti, output, outcome dan impak. Konstruk input, aktiviti, output dan outcome
mengandungi item-item soal selidik menggunakan skala Likert yang perlu dianalisis secara
kuantitatif. Konstruk impak boleh menggunakan item yang berbentuk soalan terbuka yang
perlu dianalisis secara kualitatif.
10
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN
RUJUKAN
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, & Shahrin Hashim. (2008). Sejaumanakah model stufflebeam
(KIPP) boleh membantu dalam penilaian program pembelajaran ? Isu-Isu Psikologi
Pembangunan Diri, pg 188-209.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012a). Nota kursus membudayakan kemahiran berfikir
oleh Kestral Education United Kingdom. Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved
from http://www.moe.gov.my/bpk
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012b). Program i-THINK: membudayakan kemahiran
berfikir. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk
Fitzpatrick, J. L., Sanders, J. R., & Worthen, B. R. (2011). Program evaluation: Alternative
approaches and practical guidelines (4th ed.). (Allyn & Bacon, Ed.). New York: Pearson
Education, Inc.
Grammatikopoulos, V. (2011). Integrating program theory and systems-based procedures in
program evaluation: A dynamic approach to evaluate educational programs. Educational
Research and Evaluation, 18(1), 53–64. http://doi.org/10.1080/13803611.2011.640874
Kellaghan, T., & Stufflebeam, D. L. (2003). International handbook of education evaluation.
Netherland: Kluwer Academic Publishers
Knowlton, L. W., & Phillips, C. C. (2013). Introducing Logic Models. In the Logic Model
guidebook: Better strategies for great results (pp. 2–62).
Lawton, B., Brandon, P. R., Cicchinelli, L., & Kekahio, W. (2014). Logic Models : A tool for
designing and monitoring program evaluations. Washington DC. Retrieved from
https://ies.ed.gov/ncee/edlabs/regions/pacific/pdf/REL_ 2014007.pdf
Metfessel, N., & Michael, W. (1967). A Paradigm involving multiple criterion measures for
the evaluation of the effectiveness of school programs. Educational and Psychological
Measurement, 27, 931-943
Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models, and applications
(1st Edition). San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Brand.
W.K. Kellogg Foundation. (2004). Logic Model development guide. W.K Kellogg Foundation.
Michigan. Retrieved from http://www.wkkf.org/knowledge-
center/resources/2006/02/WK-Kellogg-Foundation-Logic-Model-Development-
Guide.aspx
11
PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN

Contenu connexe

Tendances

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKrishna Veeni
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)Aiisy Afifah
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanhibatullah92
 
MODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSIMODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSILala Aliron
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaiannsmm
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianChon Seong Hoo
 

Tendances (20)

Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Pemantauan & Penyeliaan Kurikulum
Pemantauan & Penyeliaan KurikulumPemantauan & Penyeliaan Kurikulum
Pemantauan & Penyeliaan Kurikulum
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Teori Motivasi
Teori Motivasi Teori Motivasi
Teori Motivasi
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
Ujian pencapaian
Ujian pencapaianUjian pencapaian
Ujian pencapaian
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
MODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSIMODEL KOMPETENSI
MODEL KOMPETENSI
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 

Similaire à Penilaian Program Berasaskan Model Logik

Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirMakalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirAmir Net
 
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptxModel Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptxauliaulfiana2022
 
Evaluasi Formatif dan Sumatif
Evaluasi Formatif dan SumatifEvaluasi Formatif dan Sumatif
Evaluasi Formatif dan SumatifMuhammad Bahrudin
 
Evaluasi-Pelatihan
Evaluasi-PelatihanEvaluasi-Pelatihan
Evaluasi-PelatihanGunturunsam
 
Pedoman Monitoring dan Evaluasi
Pedoman Monitoring dan Evaluasi Pedoman Monitoring dan Evaluasi
Pedoman Monitoring dan Evaluasi Dadang Solihin
 
Model model evaluasi program
Model model evaluasi programModel model evaluasi program
Model model evaluasi programHiszbul Bahri
 
Kurikulum dan pebelajaran
Kurikulum dan pebelajaranKurikulum dan pebelajaran
Kurikulum dan pebelajaranChe Lyla
 
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docxMAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docxSTKIP Muhamamdiyah Kalabahi
 
Sistem Evaluasi Pembangunan Tingkat Dasar
Sistem Evaluasi Pembangunan Tingkat DasarSistem Evaluasi Pembangunan Tingkat Dasar
Sistem Evaluasi Pembangunan Tingkat DasarDadang Solihin
 
Perencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfaPerencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfaAndrianto andrianto
 
Perencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfaPerencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfaAndrianto andrianto
 

Similaire à Penilaian Program Berasaskan Model Logik (20)

Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amirMakalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
Makalah evaluasi hasil belajar (evaluasi program) amir
 
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptxModel Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
Model Evaluasi CIPP, Stake, Kirkpatrik, dan alkin.pptx
 
Evaluasi Formatif dan Sumatif
Evaluasi Formatif dan SumatifEvaluasi Formatif dan Sumatif
Evaluasi Formatif dan Sumatif
 
Pengertian evaluasipendidikan
Pengertian evaluasipendidikanPengertian evaluasipendidikan
Pengertian evaluasipendidikan
 
Model Evaluasi pelatihan
Model Evaluasi pelatihanModel Evaluasi pelatihan
Model Evaluasi pelatihan
 
Evaluasi
EvaluasiEvaluasi
Evaluasi
 
Evaluasi-Pelatihan
Evaluasi-PelatihanEvaluasi-Pelatihan
Evaluasi-Pelatihan
 
Pedoman Monitoring dan Evaluasi
Pedoman Monitoring dan Evaluasi Pedoman Monitoring dan Evaluasi
Pedoman Monitoring dan Evaluasi
 
Model model evaluasi program
Model model evaluasi programModel model evaluasi program
Model model evaluasi program
 
Kurikulum dan pebelajaran
Kurikulum dan pebelajaranKurikulum dan pebelajaran
Kurikulum dan pebelajaran
 
Penilaian program kesehatan
Penilaian program kesehatanPenilaian program kesehatan
Penilaian program kesehatan
 
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunselingPbkk3243  penilaian program bimbingan dan kaunseling
Pbkk3243 penilaian program bimbingan dan kaunseling
 
Evaluasi 2.ppt
Evaluasi 2.pptEvaluasi 2.ppt
Evaluasi 2.ppt
 
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docxMAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
MAKALAH MODEL EVALUASI PROGRAM PEMBELAJARAN KIRPATRICKk.docx
 
Sistem Evaluasi Pembangunan Tingkat Dasar
Sistem Evaluasi Pembangunan Tingkat DasarSistem Evaluasi Pembangunan Tingkat Dasar
Sistem Evaluasi Pembangunan Tingkat Dasar
 
Perencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfaPerencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfa
 
Perencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfaPerencanaan strategik-dengan-lfa
Perencanaan strategik-dengan-lfa
 
Evaluasi diri
Evaluasi diriEvaluasi diri
Evaluasi diri
 
evaluasi hasil pendidikan
evaluasi hasil pendidikanevaluasi hasil pendidikan
evaluasi hasil pendidikan
 

Plus de Kementerian Pelajaran Malaysia (13)

Tahap kasa murid terhadap bingkai rujukan peta pemikiran i think
Tahap kasa murid terhadap bingkai rujukan peta pemikiran i think Tahap kasa murid terhadap bingkai rujukan peta pemikiran i think
Tahap kasa murid terhadap bingkai rujukan peta pemikiran i think
 
Modul Latihan MInda (LATINDA)
Modul Latihan MInda (LATINDA)Modul Latihan MInda (LATINDA)
Modul Latihan MInda (LATINDA)
 
bakti disanjung budi dijunjung
bakti disanjung budi dijunjungbakti disanjung budi dijunjung
bakti disanjung budi dijunjung
 
Suara kekasih di tanah merdeka
Suara kekasih di tanah merdekaSuara kekasih di tanah merdeka
Suara kekasih di tanah merdeka
 
Teknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjah
Teknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjahTeknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjah
Teknik penyoalan dalam pdp matematik di bilik darjah
 
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
Peta pemikiran dalam pdp efektif di bilik darjah menggalakkan KBAT di kalanga...
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)
 
Math and thinking_maps_1
Math and thinking_maps_1Math and thinking_maps_1
Math and thinking_maps_1
 
Math with thinking maps
Math with thinking mapsMath with thinking maps
Math with thinking maps
 
Problem solving part 1
Problem solving part 1Problem solving part 1
Problem solving part 1
 
Bahagi pecahan
Bahagi pecahanBahagi pecahan
Bahagi pecahan
 
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS. CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
CONTOH PENYELESAIAN SOALAN PERATUS.
 

Dernier

Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptimamshadiqin2
 

Dernier (20)

Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 

Penilaian Program Berasaskan Model Logik

  • 1. Dr. SHAMSAZILA BINTI SA’ABAN PENILAIAN PROGRAM BERDASARKAN MODEL LOGIK
  • 2. 1 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN DEFINISI PENILAIAN PROGRAM Stufflebeam (1983) menyatakan, “The purpose of evaluation is to improve, not prove.” Penilaian program merupakan suatu kemestian bagi sesebuah organisasi untuk melihat kebaikan dan kelemahan sesuatu program yang dilaksanakan (Kamaruzaman Moidunny, 2015). Tuckman (1985) pula menyatakan bahawa tujuan penilaian sesuatu program pendidikan adalah untuk memastikan program mencapai matlamat. Oleh itu, penyelidikan berkaitan dengan penilaian program atau evaluation research merupakan proses yang sistematik bagi mengumpul dan menganalisis data-data untuk tujuan membuat keputusan sama ada sesuatu program berkaitan yang sedang dilaksanakan, atau yang telah selesai dijalankan memberi kesan yang menguntungkan atau sebaliknya. Oleh itu matlamat utama penilaian program adalah untuk menilai program dan melihat sejauhmana sesuatu program itu berjaya seterusnya dapat menyumbang kepada penambahbaikannya. Penilaian yang bersistematik perlulah mengambil kira perkara-perkara berikut; i. menentukan matlamat, objektif dan tujuan suatu program itu dinilai ii. menentukan kaedah yang digunakan agar persoalan terhadap program yang dinilai itu dapat dijawab dan diketahui iii. membuat keputusan yang berguna berdasarkan hasil laporan. Hasil laporan tersebut dapat digunakan untuk membuat keputusan dan penambahbaikan
  • 3. 2 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN PERBANDINGAN ANTARA PENILAIAN PROGRAM DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN. Penyelidikan pendidikan dan penilaian program sering tersilap antara satu sama lain. Hal ini kerana kaedah dalam penilaian program adalah sama dengan penyelidikan pendidikan kerana keduanya memerlukan pemilihan reka bentuk penyelidikan yang sesuai, merangka kaedah yang betul untuk pengumpulan data, dan menganalisis data tersebut dengan betul. Bagaimanapun adalah penting untuk membezakan antara kedua-dua disiplin penilaian dan penyelidikan. Tujuan penilaian adalah pada dasarnya untuk menambahbaik program yang sedia ada bagi populasi sasaran, manakala penyelidikan bertujuan untuk membuktikan teori atau hipotesis. Selain itu, penilaian program memberi tumpuan untuk membuat keputusan sama ada hendak diteruskan, diperbaiki atau dihentikan. Namun berbeza dengan penyelidikan yang hanya bermatlamat mencari pengetahuan atau pemahaman yang baharu dalam sesuatu topik atau bidang. Seterusnya penyelidikan mungkin tiada keperluan atau pemintaan yang tinggi bagi data yang diperoleh dalam kajian yang dibuat. Namun hal ini berbeza pula dengan penilaian program, yang mana data yang dihasilkan sangat dinantikan oleh pembuat keputusan dan individu yang terlibat. Di samping itu, matlamat penyelidikan pendidikan adalah untuk menghasilkan pengetahuan yang boleh digeneralisasikan, manakala maklumat daripada penilaian program hanya diperlukan khusus untuk sesebuah program tertentu.
  • 4. 3 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN MODEL LOGIK Model Logik merupakan salah satu alat yang berasaskan Teori Program yang digunakan untuk menilai sesebuah program (National Collabating Centre For Aboriginal Health, 2009; Weiss, 1998; Wilder Research, 2009). Komponen-komponen yang dikemukakan adalah input, aktiviti, output, outcome dan impak. Model Logik membantu penilai membuat jangkaan bagaimana sebenarnya sesebuah program itu sepatutnya mencapai matlamat dan sejauh mana kemunasabahan pencapaian pelaksanaan program itu diperoleh. Dalam bahasa yang mudah, Model Logik adalah gambaran pencapaian sesebuah program yang dilukis untuk menunjukkan langkah atau proses berbentuk Peta Alir. Dengan kata lain, Model Logik merupakan paparan pemikiran secara grafik untuk menyusun maklumat yang menggunakan pendekatan secara visual dengan memetakan apa yang ada di minda tentang bagaimana perkara itu dilakukan dan seharusnya dilaksanakan. Model Logik dapat menggambarkan tindakan yang dirancang dan keputusannya dijangka. Asas pada Model Logik ini ialah model ini merupakan satu cara atau gambaran yang bersistematik untuk berkongsi pemahaman hubungan antara sumber-sumber yang ada untuk program beroperasi, aktiviti yang dirancang dan perubahan atau hasil yang diharapkan untuk dicapai. Ia menggunakan perkataan atau gambar untuk menggambarkan turutan aktiviti atau proses yang difikirkan untuk membawa perubahan dan bagaimana aktiviti dapat dikaitkan dengan hasil program yang diharapkan dijangka untuk dicapai.
  • 5. 4 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN KERANGKA KONSEP PENILAIAN PROGRAM BERASASKAN MODEL LOGIK Model Logik terdiri daripada komponen Input atau Sumber, Aktiviti, Output, Outcome (hasil jangka pendek dan hasil jangka sederhana) dan Impak (hasil jangka panjang) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Rajah 3: Komponen dalam Model Logik. Sumber: W.K. Kellogg Foundation (2004)
  • 6. 5 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN MODEL LOGIK MERUPAKAN ‘ROAD MAP’ Model Logik dipilih untuk menilai program kerana ia menghubungkaitkan input, aktiviti, output dengan outcome program. Model logik merupakan satu kaedah yang jelas dan sistematik untuk menunjukkan hubung kait antara sumber yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu program, aktiviti yang dilaksanakan dengan perubahan atau hasil yang diharapkan untuk dicapai. Ada sesetengah pakar yang manganggap Model Logik merupakan ‘road map’ untuk melaksanakan atau menilai sesebuah program. Cara membaca elemen-elemen pada Model Logik adalah dari kiri ke kanan. Model Logik memaparkan rantai pemikiran yang menggunakan kenyataan “Jika….Maka” untuk menyambungkan komponen-komponen program. Rajah 2 menunjukkan bagaimana Model Logik dibaca. Rajah 2: Cara membaca Model Logik Adaptasi daripada W.K. Kellogg Foundation, 2004
  • 7. 6 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN TEMPLET ATAU PELAN INDUK BERASASKAN MODEL LOGIK Templet atau pelan induk yang terhasil berasaskan Model Logik akan membantu pengkaji untuk mengenal pasti hubungan di antara input, aktiviti, output dan outcome (Spaulding, 2014) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Input Aktiviti Output Outcome Impak Apakah yang perlu ada untuk menggerakkan program? Apakah yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil langsung program? Apakah hasil langsung atau hasil semerta yang diperoleh untuk mencapai perubahan yang disasarkan? Apakah perubahan/ kesan yang diharapkan untuk dicapai dalam jangka masa pendek (1-3 tahun) dan jangka masa panjang (4-6 tahun)? Apakah perubahan besar yang dihasratkan untuk dicapai dalam tempoh (7 - 10 tahun)? Rajah 5: Templet Asas Penilaian Model Logik Adaptasi daripada W.K Kellogg Foundation Logic Model Development Guide (2004)
  • 8. 7 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN LANGKAH MENJALANKAN KAJIAN PENILAIAN PROGRAM BERASASKAN MODEL LOGIK Perancangan bagi menjalankan kajian berbentuk penilaian program perlulah dilaksanakan mengikut prosedur yang jelas. Kajian penilaian program dilakukan sama seperti penyelidikan pendidikan yang lain. Namun kajian penilaian program perlu berpandukan kepada Model Penilaian Program yang bersesuaian agar dapat mengenal pasti pencapaian program yang dinilai dan seterusnya dapat menyumbang kepada penambahbaikannya. Berikut adalah langkah asas menjalankan kajian penilaian program berasaskan Model Logik. Langkah 1: Tentukan program yang akan dinilai Contoh: Program i-THINK Langkah 2: Tentukan komponen input, aktiviti, output, outcome dan impak program menggunakan templet Model Logik. Input Aktiviti Output Outcome Impak Apakah yang perlu ada untuk menggerakkan program? Apakah yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil langsung program? Apakah hasil langsung atau hasil semerta yang diperoleh untuk mencapai perubahan yang disasarkan? Apakah perubahan/ kesan yang diharapkan untuk dicapai dalam jangka masa pendek (1-3 tahun) dan jangka masa panjang (4-6 tahun)? Apakah perubahan besar yang dihasratkan untuk dicapai dalam tempoh (7 - 10 tahun)?  Pentadbir  Pasukan Pemandu  Guru  Murid  Bahan Sokongan  Latihan dan bimbingan kepada guru  Latihan dan bimbingan kepada murid Kekerapan aplikasi program i-THINK dalam PdP Perubahan guru dan murid dari aspek  Pengetahuan  Sikap  Kemahiran  Aspirasi Kemahiran berfikir dapat ditingkatkan dan dibudayakan ke arah menghasilkan murid berinovatif
  • 9. 8 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN Langkah 3: Bina kerangka konseptual kajian berasaskan Model Logik Langkah 4: Bina objektif kajian berdasarkan kerangka kajian Contoh: Objektif kajian ini adalah untuk; a) Mengenal pasti tahap input program i-THINK berdasarkan penilaian guru b) Mengenal pasti tahap aktiviti program i-THINK berdasarkan penilaian guru c) Mengenal pasti tahap output program i-THINK berdasarkan penilaian guru d) Mengenal pasti tahap outcome program i-THINK berdasarkan penilaian guru e) Mengenal pasti tahap impak program i-THINK berdasarkan penilaian guru Langkah 5: Bina soalan kajian berdasarkan objektif kajian Contoh: Berdasarkan objektif kajian yang telah dibentuk, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan berikut: a) Apakah tahap input program i-THINK berdasarkan penilaian guru dari aspek; i. Pentadbir
  • 10. 9 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN ii. pasukan pemandu iii. guru iv. murid v. bahan sokongan b) Apakah tahap aktiviti program i-THINK berdasarkan penilaian guru dari aspek; i. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diterima guru ii. Kecukupan latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid c) Apakah tahap output program i-THINK berdasarkan penilaian guru dari aspek kekerapan aplikasi program i-THINK dalam PdP. d) Apakah tahap outcome program i-THINK dari aspek: i. Pengetahuan ii. Sikap iii. Kemahiran iv. Aspirasi e) Sejauh manakah pencapaian impak program i-THINK Langkah 6: Bina instrumen kajian berasaskan objektif dan soalan kajian. Instrumen yang dibangunkan perlulah berasaskan objektif dan soalan kajian dengan berpandukan kepada reka bentuk kajian yang sesuai. Sebagai contohnya, penilaian program i-THINK boleh memilih rekabentuk kajian tinjauan hirisan rentas yang menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik dibangunkan berdasarkan kepada 5 konstruk utama iaitu konstruk input, aktiviti, output, outcome dan impak. Konstruk input, aktiviti, output dan outcome mengandungi item-item soal selidik menggunakan skala Likert yang perlu dianalisis secara kuantitatif. Konstruk impak boleh menggunakan item yang berbentuk soalan terbuka yang perlu dianalisis secara kualitatif.
  • 11. 10 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN RUJUKAN Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, & Shahrin Hashim. (2008). Sejaumanakah model stufflebeam (KIPP) boleh membantu dalam penilaian program pembelajaran ? Isu-Isu Psikologi Pembangunan Diri, pg 188-209. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012a). Nota kursus membudayakan kemahiran berfikir oleh Kestral Education United Kingdom. Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012b). Program i-THINK: membudayakan kemahiran berfikir. Retrieved from http://www.moe.gov.my/bpk Fitzpatrick, J. L., Sanders, J. R., & Worthen, B. R. (2011). Program evaluation: Alternative approaches and practical guidelines (4th ed.). (Allyn & Bacon, Ed.). New York: Pearson Education, Inc. Grammatikopoulos, V. (2011). Integrating program theory and systems-based procedures in program evaluation: A dynamic approach to evaluate educational programs. Educational Research and Evaluation, 18(1), 53–64. http://doi.org/10.1080/13803611.2011.640874 Kellaghan, T., & Stufflebeam, D. L. (2003). International handbook of education evaluation. Netherland: Kluwer Academic Publishers Knowlton, L. W., & Phillips, C. C. (2013). Introducing Logic Models. In the Logic Model guidebook: Better strategies for great results (pp. 2–62). Lawton, B., Brandon, P. R., Cicchinelli, L., & Kekahio, W. (2014). Logic Models : A tool for designing and monitoring program evaluations. Washington DC. Retrieved from https://ies.ed.gov/ncee/edlabs/regions/pacific/pdf/REL_ 2014007.pdf Metfessel, N., & Michael, W. (1967). A Paradigm involving multiple criterion measures for the evaluation of the effectiveness of school programs. Educational and Psychological Measurement, 27, 931-943 Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models, and applications (1st Edition). San Francisco: Jossey-Bass A Wiley Brand. W.K. Kellogg Foundation. (2004). Logic Model development guide. W.K Kellogg Foundation. Michigan. Retrieved from http://www.wkkf.org/knowledge- center/resources/2006/02/WK-Kellogg-Foundation-Logic-Model-Development- Guide.aspx
  • 12. 11 PENILAIAN PROGRAM | Dr. SHAMSAZILA SA’ABAN