SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN
                 WEB
               (KPT 6044)
              KUMPULAN A


              TUGASAN 3:
  PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN
   SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI
           PERSPEKTIF GURU

           NAMA PENSYARAH:
  PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR


            NAMA PELAJAR:
SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR
              M20121000164
PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

          BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH




                                         BAB 1




                                   PENDAHULUAN




1.1    Pengenalan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenakan dalam

bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan

pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi

menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan

untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.




1.2    Latar Belakang


Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui

Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).
Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih

mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek

kokurikulum.


Kajian – kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah

dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya:2009). Namun keberkesanannya bergantung

kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses

pengajaran-pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang

pentaksiran pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan

mereka mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah

memperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.




1.3    Pernyataan Masalah


Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar

dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu,

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan bagi menambaik sistem

penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian

terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia dibangunkan bertujuan

untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014 (Berita Harian: 5 Nov 2012). PBS

merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran

aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Justeru, pelaksanaan

pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para guru dalam aspek
ketersediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat

prubahan ini dari aspek guru yang mana implimetasi ini akan melibatkan pementoran,

pemantauan, pengesanan dan penyelarasan oleh Kementerian Pelajaran dan Pejabat

Pendidikan Daerah. Rasionalnya disini guru dilihat terbeban dengan tugas-tugas seperti

membina instrument (soalan) PBS, meriso, menanda, menyemak dan seterusnya ‘key in’

hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh persekolahan.




1.4    Objektif Kajian


Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) dari apsek guru yang merupakan golongan pelaksana sistem. Justeru, fokus kajian

adalah untuk melihat adakah PBS menambah beban tugas guru dan juga kesediaan guru

dalam menghadapi transformasi pendidikan ini.




1.5    Soalan Kajian


Kajian ini diharap dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut:


a). Adakah pelaksanaan PBS menambah beban guru?


b). Adakah guru bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan ini?




1.6    Kepentingan Kajian


Kajian ini dijalankan dengan merangkumi dua aspek iaitu model Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan aspek guru yang akan
mengimplimentasikan sistem ini. Oleh itu ia dilihat dapat memberi kejelasan mengenai

perincian sistem tersebut disamping meneliti sejauhmana bebanan kerja yang akan

ditanggung oleh guru. Namun begitu, kajian ini turut mempunyai kepentingan terhadap

Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar.


Menerusi kajian ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah

menengah. Tambahan pula, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian

sekiranya ingin dalam merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan

pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan akan datang.

Kajian ini penting dalam melahirkan guru yang lebih profesional seterusnya generasi pelajar

yang berfikiran kritikal dan berkualiti serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunan

negara kelak.


Kajian yang dijalankan ini amat memberi faedah kepada pihak sekolah bagi menilai sendiri

perspektif guru terhadap sistem ini, samada guru semakin terbeban dan sekiranya masalah

tersebut berlaku apakah penyelesaian yang konstruktif yang dapat dilakukan dalam mengatasi

masalah tersebut. Hal ini perlu dipandang serius guru adalah pemacu yang amat penting bagi

pencapaian pelajar. Para pelajar merupakan golongan utama yang menerima kesan daripada

perlaksanaan kaedah PBS ini.




 1.7   Batasan Kajian


Kajian yang dijalankan adalah dengan berfokuskan pandangan guru terhadap PBS.

Bagaimanapun, terdapat limitasi kajian dimana setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari

aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Skop kajian ini dilihat secara umum berdasarkan
laporan semasa di media cetak mahupun elektronik. Kajian rintis belum dijalankan secara

terperinci mengenai kesan pelaksanaan PBS disebabkan ia masih baru diimplimentasikan

iaitu pada tahun 2012 bagi sekolah menengah. Maka kajian ini lebih melihat kepada respon

guru di peringkat awal dan tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran.




1.8     Definisi Operasi


1.8.1   Persepsi


Menurut Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan

mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan

membentuk imej mengenai persekitaran.


Lavesque (1992) telah mendefinisikan persepsi sebagai satu proses bagaimana manusia

memproses    dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat           yang   didapati   daripada

persekitarannya dengan menggunakan pancainderanya.


Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan dan pendapat guru terhadap

penggunaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah.


1.8.2   Pelaksanaan


“Perlaksanaan” dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan,

mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalah

berbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau hal

melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikan

sesuatu rancangan, sedangkan “perlaksanaan” pula lebih kepada hasil daripada melaksanakan

sesuatu program.
1.8.3   Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa

dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar

(Syed Ismail&Ahmad Subki,2010)


1.8.4 Guru


Menurut Amir Hassan Dawi (2006), guru ialah:


a) Guru adalah mereka yang mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam bentuk sijil,

      diploma ataupun ijazah.


b) Guru mempunyai autoriti untuk menentukan sebahagian daripada markah pepepriksaan.


c) Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentransmisikan ilmu

      pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru.


1.9     Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Pelaksanaan dasar baru ini merupakan satu cabaran bagi Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran yang berdepan tugas berat bagi melengkapkan
kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yang
sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap
perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih
berkualiti. Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika
dan moral yang tinggi.
BAB 2




                                  KAJIAN LITERATUR




2.1      Pengenalan


Bab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkaji-

pengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian.




2.2      Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah


Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah.

Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan

sebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan

kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan

peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti

menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi,

2006).


Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan

guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam

melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidik

sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun
Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajar

tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini

jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru – guru yang

mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan

KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat

menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang

berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid

yang baru mengenali alam persekolahan.



Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam

bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yang

demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat

diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak

menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang

Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar

memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi

peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran

Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS

sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem

Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan

yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktor

penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang

digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.
Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpasti

permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek

penaakulan. Data dikumpul melalui temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8

orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikut

adalah hasil dapatan kajian:

i)      Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana

        mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul.

ii)     Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh

        mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan

        dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid.

iii)    Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih

        jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya

        dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai

        kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M,

        iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran

        menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh

        mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut.

iv)     Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan

        kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru.

v)      Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata

        pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari

        3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi

        masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid-

        murid
2.3    Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah


Norani dan Saifulazri (2010) telah menjalankan kajian diskriptif bertujuan mengenalpasti

persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa

masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus

berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian ini menunjukkan

bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan

PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup

ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan

serta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya

jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka

melaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat

memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi

matapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik.




2.4    Profession perguruan


Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006).

Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsi

guru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati:


a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia.

b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu
pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang

      boleh mengikut kemampuan mereka sendiri.

c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar.

d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan

      negara adalah besar dan tinggi nilainya.

e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang

      tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu

      menghargai jasa seorang guru.

f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi

      terhadap tugas mereka sebagai pendidik.

g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk

      meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran.

h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar

      di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana.

i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang

      makin bertambah.

j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran

      guru dengan berkesan.



2.5       Kesimpulan

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012

memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi

pendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukan

untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiran

yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pengkaji mengambil
kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas guru

sepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.



                                            BAB 3




                                      METODOLOGI




3.1    Pengenalan


Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan

kajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenai persepsi guru terhadap

pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Aspek-aspek reka bentuk

kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untuk

proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara

penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang

ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentuk

kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.




3.2    Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk penyelidikan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang

ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Oleh itu, reka bentuk kajian

perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut

dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut John (2008), kajian kuantitatif

adalah jenis penyelidikan pendidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang hendak

dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh

dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan

statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.


         Reka bentuk kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik adalah sesuai bagi

bilangan respondan yang ramai. Pengkaji dapat melihat dengan mudah perkaitan-perkaitan

yang ingin dikaji. Penggunaan borang soal selidik ini dipilih kerana mudah untuk mengumpul

maklumat, tidak memerlukan kos yang besar dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, borang

soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jumlah responden yang banyak

dalam satu atau beberapa lokasi.


         Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru (sebagai respondan)

terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan bebanan

kerja    guru yang dihadapi berdasarkan pengalaman mereka di sekolah. Berikut adalah

kerangka teori kajian yang akan dilaksanakan.



                                Penggunaan Teknologi dalam
                                Penggunaan Teknologi dalam
                                Pengajaran dan Pembelajara
                                Pengajaran dan Pembelajara
                                           Matematik
                                           Matematik



        Persepsi terhadap kesediaan
        Persepsi terhadap kesediaan                      Persepsi terhadap bebanan tugas
                                                         Persepsi terhadap bebanan tugas
          transformasi pentaksiran
         transformasi pentaksiran                                pelaksanaan PBS
                                                                pelaksanaan PBS


                                Rajah 3.1 Kerangka teori kajian
Arahan dan soalan soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yang

hendak dikaji. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas

sampel terhadap rangsangan soalan yang diberi.


3.3      Populasi dan Persampelan


Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu

dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Menurut Majid Konting

(2000), populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yang

dipilih berkesan. Ia juga akan menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan

digunakan untuk melaksanakan penyelidikan.


         Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Tingkatan 1 di Negeri Perak yang

mempunyai pengalaman melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2012.

Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia merupakan teknik

persampelan yang asas. Melalui cara persampelan ini, setiap individu mempunyai

kebarangkalian yang sama untuk di pilih sebagai responden. Seramai 50 orang guru sekolah

menengah di Negeri Perak dipilih sebagai sampel.




3.4      Instrumen Kajian


Soal Selidik


Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu


      1. Bahagian A


      Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan latar belakang demografi guru

      pelatih seperti program, jantina, keputusan dalam latihan mengajar dan kawasan latihan
mengajar. Soalan yang telah dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan

tertutup. Responden hanya diminta untuk memilih jawapan yang telah diberikan dan

menandakan pilihan mereka di ruang yang telah disediakan.


2. Bahagian B


Bahagian ini pula terdiri daripada item-item yang berfokus kepada bidang kajian.

Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang difokuskan dalam kajian iaitu:


   i.   Persepsi guru terhadap kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan

        sekolah


  ii.   Persepsi guru terhadap bebabanan tugas di sekolah dalam melaksanalan PBS.


Soal selidik yang dibina menggunakan format skala Likert 5 Mata bagi melihat darjah

persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Guru hanya memilih satu

jawapan sahaja dengan membulatkan satu daripada nilai pemeringkatan tersebut yang

telah diinterpretasikan seperti dalam jadual 3.1 di bawah:

 iii.   Skala                             Nilai                        Singkatan

        5                        Sangat setuju                   SS

        4                        Setuju                          S

        3                        Kurang setuju                   KS

        2                        Tidak setuju                    TS

 iv.    1                        Sangat tidak setuju             STS




                                          Jadual 3.1

                        Interpretasi nilai Skala Likert 5 Mata
Di peruntukan masa selama 20 minit untuk menjawab soal selidik ini. Penyelidik akan

   mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan.                  Penyelidik juga akan

   memberikan taklimat kepada responden sebelum mereka memilih jawapan.


          Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel sebenar, kajian rintis akan

          dilaksanakan terlebih dahulu terhadap borang soal selidik tersebut.




3.5       Kajian Rintis


Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik digunakan dalam

kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan.

Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapat

memberikan maklumat yang konsisten. Menurut Majid Konting (2000), kebolehpercayaan

akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali ia

digunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini disokong oleh Yap et al. (1989) yang

menyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yang

dibuat.


Menurut Najib Ghafar (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk

memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu,

seramai 10 responden telah dipilih oleh penyelidik untuk menjalankan kajian rintis. Kajian

rintis ini dijalankan ke atas guru-guru Tingkatan 1 . Penyelidik menggunakan ujian

kepercayaan (pekali Alpha Cronbach) dalam perisian SPSS (Statistic Package For Social

Science) untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut. Satu ujian yang amat

tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai beberapa ciri seperti stabiliti, konsistensi,
keramalan dan ketepatan (Kerlinger, 1973). Ujian kebolehpercayaan atau realiability analysis

dijalankan bagi kesemua item soalan. Pengujian menggunakan nilai Alpha Cronbach, α untuk

mendapat ketepatan kebolehpercayaan. Berdasarkan skala kebolehpercayaan, nilai 0.8

merupakan yang terbaik. Berikut merupakan jadual skala kebolehpercayaan :




         Pekali kebolehpercayaan                        Tahap Kebolehpercayaan

               0.90 atau lebih                                  Amat Baik

                 0.80-0.89                                         Baik

                 0.60-0.79                                      Sederhana

                 0.40-0.59                                       Diragui

                 0.00-0.39                                       Ditolak

                                         Jadual 3.2

                                 Skala Kebolehpercayaan



3.6    Analisis Data


Data yang dipungut melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS version 17.0. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif yang digunakan untuk

menghuraikan persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah

menengah.



3.7    Kesimpulan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah dan prosedur yang akan digunapakai

dalam kajian ini. Hasil dapatan yang dikehendaki ialah maklumat tentang persepsi guru
terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Hasil kajian

akan dianalisis menggunakan perisian SPSS.




BIBLIOGRAFI


Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case
     study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.


Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal.


Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception
       of the implementation of school-based oral English assessment. In The English
       Teacher,
       Vol 38, pp. 13 – 29.

Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth

       (ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional

       theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers.

Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5
     Novermber 2012 ms3.


Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti

       Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran

       Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.




Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja

     Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah
Kuantan, Pahang.UTM.Skudai.

Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan
       Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap
       Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam
       http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15
       November 2012.


Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu
       Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang.
       Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.


Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers' Readiness towards School Based Assessment
        Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21
         March,
        2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html



Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan
       Multimedia Sdn. Bhd.


Syed     Ismail   dan   Ahmad      subki.(2010).Asas     Kepeimpinan   &   Perkembangan
       Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam
       Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah
       Kota Tinggi, Johor.UTM, skudai


Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam
       Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia

Contenu connexe

Tendances

Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani
kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmanikriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani
kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmaniIzzat Najmi
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiaimanmutiara
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgRohana Masoud
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranSha Amran
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
teori modal budaya
teori modal budayateori modal budaya
teori modal budayasmk changlun
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsAng You Koon
 
Perancangan aktiviti panitia RBT
Perancangan aktiviti panitia  RBTPerancangan aktiviti panitia  RBT
Perancangan aktiviti panitia RBTchooeinsan
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043murshidyzila
 

Tendances (20)

Maksud pengujian
Maksud pengujianMaksud pengujian
Maksud pengujian
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani
kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmanikriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani
kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
Masalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibgMasalah yang dihadapi pibg
Masalah yang dihadapi pibg
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
teori modal budaya
teori modal budayateori modal budaya
teori modal budaya
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
Jsu baiki
Jsu baikiJsu baiki
Jsu baiki
 
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
 
Perancangan aktiviti panitia RBT
Perancangan aktiviti panitia  RBTPerancangan aktiviti panitia  RBT
Perancangan aktiviti panitia RBT
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
 
Rekod anekdot
Rekod anekdotRekod anekdot
Rekod anekdot
 

En vedette

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)rohana7997
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)En Asyraf
 
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Adila Dila
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikBaju Bundle
 
Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Norzamzila Baba
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Pentaksiran menilai hasil kerja multimedia
Pentaksiran menilai hasil kerja multimediaPentaksiran menilai hasil kerja multimedia
Pentaksiran menilai hasil kerja multimediamiss_bella
 
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012aku_ hafif
 
1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrik1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrikCIKGUAMI
 
Note spss research project
Note spss research projectNote spss research project
Note spss research projectazli2013
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Bidin Je
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Muridshockgadof
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Nadzirah Bazlaa' Kamaruzzamri
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 

En vedette (20)

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
 
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
INFORMASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Isu PBS)
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Pentaksiran menilai hasil kerja multimedia
Pentaksiran menilai hasil kerja multimediaPentaksiran menilai hasil kerja multimedia
Pentaksiran menilai hasil kerja multimedia
 
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
TUGASAN PPG PJJ UPSI SEMESTER 2 2011 2012
 
1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrik1. pengenalan psikometrik
1. pengenalan psikometrik
 
Note spss research project
Note spss research projectNote spss research project
Note spss research project
 
Buku Informasi PBS
Buku Informasi PBSBuku Informasi PBS
Buku Informasi PBS
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
 
4.0 Pengurusan Murid
4.0  Pengurusan  Murid4.0  Pengurusan  Murid
4.0 Pengurusan Murid
 
Pentaksiran Matematik
Pentaksiran MatematikPentaksiran Matematik
Pentaksiran Matematik
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 

Similaire à TUGASAN 3

Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranShinz Cucut
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3yunging84
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 

Similaire à TUGASAN 3 (20)

Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Pentaksiran3
Pentaksiran3Pentaksiran3
Pentaksiran3
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3
 
8. assessment
8. assessment8. assessment
8. assessment
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
8. pentaksiran
8. pentaksiran8. pentaksiran
8. pentaksiran
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
8. pentaksiran3
8. pentaksiran38. pentaksiran3
8. pentaksiran3
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
8. Assessment
8.	Assessment8.	Assessment
8. Assessment
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
slaid viva.pptx
slaid viva.pptxslaid viva.pptx
slaid viva.pptx
 

TUGASAN 3

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) KUMPULAN A TUGASAN 3: PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI PERSPEKTIF GURU NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR NAMA PELAJAR: SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR M20121000164
  • 2. PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenakan dalam bidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut. 1.2 Latar Belakang Pentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melalui Pekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).
  • 3. Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum. Kajian – kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya:2009). Namun keberkesanannya bergantung kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaran-pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti. 1.3 Pernyataan Masalah Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan bagi menambaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014 (Berita Harian: 5 Nov 2012). PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Justeru, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para guru dalam aspek
  • 4. ketersediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk melihat prubahan ini dari aspek guru yang mana implimetasi ini akan melibatkan pementoran, pemantauan, pengesanan dan penyelarasan oleh Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pendidikan Daerah. Rasionalnya disini guru dilihat terbeban dengan tugas-tugas seperti membina instrument (soalan) PBS, meriso, menanda, menyemak dan seterusnya ‘key in’ hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh persekolahan. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari apsek guru yang merupakan golongan pelaksana sistem. Justeru, fokus kajian adalah untuk melihat adakah PBS menambah beban tugas guru dan juga kesediaan guru dalam menghadapi transformasi pendidikan ini. 1.5 Soalan Kajian Kajian ini diharap dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut: a). Adakah pelaksanaan PBS menambah beban guru? b). Adakah guru bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan ini? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan dengan merangkumi dua aspek iaitu model Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan aspek guru yang akan
  • 5. mengimplimentasikan sistem ini. Oleh itu ia dilihat dapat memberi kejelasan mengenai perincian sistem tersebut disamping meneliti sejauhmana bebanan kerja yang akan ditanggung oleh guru. Namun begitu, kajian ini turut mempunyai kepentingan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar. Menerusi kajian ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah menengah. Tambahan pula, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian sekiranya ingin dalam merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan akan datang. Kajian ini penting dalam melahirkan guru yang lebih profesional seterusnya generasi pelajar yang berfikiran kritikal dan berkualiti serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara kelak. Kajian yang dijalankan ini amat memberi faedah kepada pihak sekolah bagi menilai sendiri perspektif guru terhadap sistem ini, samada guru semakin terbeban dan sekiranya masalah tersebut berlaku apakah penyelesaian yang konstruktif yang dapat dilakukan dalam mengatasi masalah tersebut. Hal ini perlu dipandang serius guru adalah pemacu yang amat penting bagi pencapaian pelajar. Para pelajar merupakan golongan utama yang menerima kesan daripada perlaksanaan kaedah PBS ini. 1.7 Batasan Kajian Kajian yang dijalankan adalah dengan berfokuskan pandangan guru terhadap PBS. Bagaimanapun, terdapat limitasi kajian dimana setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Skop kajian ini dilihat secara umum berdasarkan
  • 6. laporan semasa di media cetak mahupun elektronik. Kajian rintis belum dijalankan secara terperinci mengenai kesan pelaksanaan PBS disebabkan ia masih baru diimplimentasikan iaitu pada tahun 2012 bagi sekolah menengah. Maka kajian ini lebih melihat kepada respon guru di peringkat awal dan tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran. 1.8 Definisi Operasi 1.8.1 Persepsi Menurut Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun dan mentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan dan membentuk imej mengenai persekitaran. Lavesque (1992) telah mendefinisikan persepsi sebagai satu proses bagaimana manusia memproses dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat yang didapati daripada persekitarannya dengan menggunakan pancainderanya. Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan dan pendapat guru terhadap penggunaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. 1.8.2 Pelaksanaan “Perlaksanaan” dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalah berbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikan sesuatu rancangan, sedangkan “perlaksanaan” pula lebih kepada hasil daripada melaksanakan sesuatu program.
  • 7. 1.8.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar (Syed Ismail&Ahmad Subki,2010) 1.8.4 Guru Menurut Amir Hassan Dawi (2006), guru ialah: a) Guru adalah mereka yang mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah. b) Guru mempunyai autoriti untuk menentukan sebahagian daripada markah pepepriksaan. c) Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentransmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. 1.9 Rumusan Sebagai kesimpulannya, Pelaksanaan dasar baru ini merupakan satu cabaran bagi Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran yang berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.
  • 8. BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkaji- pengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian. 2.2 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendah Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi, 2006). Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun
  • 9. Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru – guru yang mengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang berpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan. Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orang Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.
  • 10. Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Data dikumpul melalui temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8 orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikut adalah hasil dapatan kajian: i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul. ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid. iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut. iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru. v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid- murid
  • 11. 2.3 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengah Norani dan Saifulazri (2010) telah menjalankan kajian diskriptif bertujuan mengenalpasti persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan serta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka melaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik. 2.4 Profession perguruan Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006). Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsi guru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati: a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia. b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu
  • 12. pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang boleh mengikut kemampuan mereka sendiri. c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar. d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan negara adalah besar dan tinggi nilainya. e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu menghargai jasa seorang guru. f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka sebagai pendidik. g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran. h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana. i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang makin bertambah. j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran guru dengan berkesan. 2.5 Kesimpulan Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012 memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasi pendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukan untuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiran yang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pengkaji mengambil
  • 13. kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas guru sepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankan kajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untuk proses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentuk kajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian. 3.2 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk penyelidikan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yang ditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Oleh itu, reka bentuk kajian perlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebut dapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).
  • 14. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut John (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik adalah sesuai bagi bilangan respondan yang ramai. Pengkaji dapat melihat dengan mudah perkaitan-perkaitan yang ingin dikaji. Penggunaan borang soal selidik ini dipilih kerana mudah untuk mengumpul maklumat, tidak memerlukan kos yang besar dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jumlah responden yang banyak dalam satu atau beberapa lokasi. Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru (sebagai respondan) terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan bebanan kerja guru yang dihadapi berdasarkan pengalaman mereka di sekolah. Berikut adalah kerangka teori kajian yang akan dilaksanakan. Penggunaan Teknologi dalam Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajara Pengajaran dan Pembelajara Matematik Matematik Persepsi terhadap kesediaan Persepsi terhadap kesediaan Persepsi terhadap bebanan tugas Persepsi terhadap bebanan tugas transformasi pentaksiran transformasi pentaksiran pelaksanaan PBS pelaksanaan PBS Rajah 3.1 Kerangka teori kajian
  • 15. Arahan dan soalan soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yang hendak dikaji. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas sampel terhadap rangsangan soalan yang diberi. 3.3 Populasi dan Persampelan Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Menurut Majid Konting (2000), populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yang dipilih berkesan. Ia juga akan menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akan digunakan untuk melaksanakan penyelidikan. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Tingkatan 1 di Negeri Perak yang mempunyai pengalaman melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2012. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia merupakan teknik persampelan yang asas. Melalui cara persampelan ini, setiap individu mempunyai kebarangkalian yang sama untuk di pilih sebagai responden. Seramai 50 orang guru sekolah menengah di Negeri Perak dipilih sebagai sampel. 3.4 Instrumen Kajian Soal Selidik Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu 1. Bahagian A Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan latar belakang demografi guru pelatih seperti program, jantina, keputusan dalam latihan mengajar dan kawasan latihan
  • 16. mengajar. Soalan yang telah dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan tertutup. Responden hanya diminta untuk memilih jawapan yang telah diberikan dan menandakan pilihan mereka di ruang yang telah disediakan. 2. Bahagian B Bahagian ini pula terdiri daripada item-item yang berfokus kepada bidang kajian. Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang difokuskan dalam kajian iaitu: i. Persepsi guru terhadap kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah ii. Persepsi guru terhadap bebabanan tugas di sekolah dalam melaksanalan PBS. Soal selidik yang dibina menggunakan format skala Likert 5 Mata bagi melihat darjah persetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Guru hanya memilih satu jawapan sahaja dengan membulatkan satu daripada nilai pemeringkatan tersebut yang telah diinterpretasikan seperti dalam jadual 3.1 di bawah: iii. Skala Nilai Singkatan 5 Sangat setuju SS 4 Setuju S 3 Kurang setuju KS 2 Tidak setuju TS iv. 1 Sangat tidak setuju STS Jadual 3.1 Interpretasi nilai Skala Likert 5 Mata
  • 17. Di peruntukan masa selama 20 minit untuk menjawab soal selidik ini. Penyelidik akan mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan. Penyelidik juga akan memberikan taklimat kepada responden sebelum mereka memilih jawapan. Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel sebenar, kajian rintis akan dilaksanakan terlebih dahulu terhadap borang soal selidik tersebut. 3.5 Kajian Rintis Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan. Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapat memberikan maklumat yang konsisten. Menurut Majid Konting (2000), kebolehpercayaan akan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali ia digunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini disokong oleh Yap et al. (1989) yang menyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yang dibuat. Menurut Najib Ghafar (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu, seramai 10 responden telah dipilih oleh penyelidik untuk menjalankan kajian rintis. Kajian rintis ini dijalankan ke atas guru-guru Tingkatan 1 . Penyelidik menggunakan ujian kepercayaan (pekali Alpha Cronbach) dalam perisian SPSS (Statistic Package For Social Science) untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut. Satu ujian yang amat tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai beberapa ciri seperti stabiliti, konsistensi,
  • 18. keramalan dan ketepatan (Kerlinger, 1973). Ujian kebolehpercayaan atau realiability analysis dijalankan bagi kesemua item soalan. Pengujian menggunakan nilai Alpha Cronbach, α untuk mendapat ketepatan kebolehpercayaan. Berdasarkan skala kebolehpercayaan, nilai 0.8 merupakan yang terbaik. Berikut merupakan jadual skala kebolehpercayaan : Pekali kebolehpercayaan Tahap Kebolehpercayaan 0.90 atau lebih Amat Baik 0.80-0.89 Baik 0.60-0.79 Sederhana 0.40-0.59 Diragui 0.00-0.39 Ditolak Jadual 3.2 Skala Kebolehpercayaan 3.6 Analisis Data Data yang dipungut melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS version 17.0. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif yang digunakan untuk menghuraikan persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. 3.7 Kesimpulan Bab ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah dan prosedur yang akan digunapakai dalam kajian ini. Hasil dapatan yang dikehendaki ialah maklumat tentang persepsi guru
  • 19. terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Hasil kajian akan dianalisis menggunakan perisian SPSS. BIBLIOGRAFI Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam. Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal. Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception of the implementation of school-based oral English assessment. In The English Teacher, Vol 38, pp. 13 – 29. Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth (ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers. Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5 Novermber 2012 ms3. Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah
  • 20. Kuantan, Pahang.UTM.Skudai. Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15 November 2012. Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38. Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers' Readiness towards School Based Assessment Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21 March, 2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Syed Ismail dan Ahmad subki.(2010).Asas Kepeimpinan & Perkembangan Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.UTM, skudai Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia