SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  27
Télécharger pour lire hors ligne
Topikȱȱ5 X Permainanȱ 
BolaȱBalingȱ 
HASIL PEMBELAJARAN 
Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola 
baling; 
2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan 
tersebut; dan 
3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, 
pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan. 
X PENGENALAN 
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola 
sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan 
bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia 
juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian 
berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan 
bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk 
memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat 
kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi 
salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi 
saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat 
membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, 
kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 71 
AKTIVITI 5.1 
Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu 
tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di 
Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan 
dibincangkan seterusnya di bawah. 
SEJARAH PERMAINAN 
Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling 
5.1 
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum 
kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan 
Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman 
Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang 
mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari 
Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ 
berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus 
kepada permainan bola baling masa kini. 
Haandbold 
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas 
sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan 
permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak 
menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah 
mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola 
yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan 
menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya 
dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
72 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Hazena 
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia 
buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz 
gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 
2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling 
moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan 
yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang 
hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka. 
Torball 
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya 
di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan 
di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan 
ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap 
negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di 
peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan 
pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin. 
Bola Baling Padang 
Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di 
kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz 
gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi 
sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat 
antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan 
bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat 
mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat 
dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan 
di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation 
(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh 
masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di 
sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan 
kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan 
satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada 
tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. 
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, 
saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi 
membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 73 
Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF) 
Bola Baling Dewan 
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, 
bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. 
Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana 
ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa 
gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan 
lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan 
tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola 
baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi 
perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola 
baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. 
Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan 
Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling 
popular di sukan Olimpik. 
Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan 
SEMAK KENDIRI 5.1 
(a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball. 
(b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula 
diperkenalkan?
74 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
5.1.1 Perkembangan di Malaysia 
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai 
sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di 
negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini 
mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan 
Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 
1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari 
Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini 
kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor 
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu. 
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 
orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena 
meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada 
tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai 
acara pertunjukan pada waktu itu. 
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola 
Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 
September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya 
telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK 
Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah 
menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan 
yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 
tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti 
MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat 
Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA 
(Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan 
pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut. 
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan 
En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala 
En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, 
Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia 
Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan 
Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi 
ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai 
Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan 
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di 
bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 75 
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini 
ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa 
jawatan di peringkat antarabangsa seperti: 
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) 
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling 
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) 
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) 
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) 
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan 
satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- 
Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam 
pembangunan bola baling. 
Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF) 
SEMAK KENDIRI 5.2 
(a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di 
Malaysia? 
(b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola 
baling bermula di Malaysia.
76 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan 
Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia. 
Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling 
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 
5.2 
5.2.1 Peraturan 
Gelanggang Permainan 
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz 
gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m 
panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). 
Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih 
pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga 
terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 77 
belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah 
antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. 
Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang 
dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan 
diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol 
berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 
meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. 
Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 
1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. 
Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara 
garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi. 
Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan 
Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol
78 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat 
(a) Masa Permainan 
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 
16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat 
pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi 
umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa 
manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk 
setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga 
adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, 
perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. 
Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa 
dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di 
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan 
pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan 
dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku 
seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti 
sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan 
pemenang. 
(b) Isyarat Akhir 
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan 
permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat 
automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga 
masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam 
awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 
minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, 
pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. 
Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat 
sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan 
bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang 
ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan 
pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola 
yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. 
Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan 
percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. 
Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat 
tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut 
berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa 
wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, 
maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut 
perbezaan masa yang wujud.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 79 
(c) Memberhentikan perlawanan (time-out ) 
Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya 
berlaku situasi seperti: 
 seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang 
 diminta oleh pasukan yang bermain 
 melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan 
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan 
sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung 
dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, 
pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan 
dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan 
memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan 
wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat 
satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, 
tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan. 
Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil 
Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa
80 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
BOLA PERLAWANAN 
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah 
berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan 
yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan 
pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di 
antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur 
lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya 
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola 
yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap 
perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang 
ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan 
dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila 
bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola 
yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu. 
Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling 
Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan 
(a) Pasukan 
etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah 
pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan 
seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap 
pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk 
memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang 
berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain 
sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa 
perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar 
semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya 
sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau 
seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga 
skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki 
gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 81 
berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak 
lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat 
pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka 
mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga 
skor untuk bermain. 
(b) Pertukaran Pemain 
ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap 
yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi 
salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari 
garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk 
pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan 
sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan 
pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua 
minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu 
balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya 
berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan 
penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum 
waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai 
denda. 
Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain 
(c) Peralatan 
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi 
pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza 
di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai 
warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi 
penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 
20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. 
Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula 
mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan 
lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga
82 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang 
merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang 
yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng 
muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. 
Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau 
pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain 
tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan 
pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum 
dicuci. 
Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling 
PENJAGA GOL 
Seorang penjaga gol dibenarkan: 
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di 
dalam kawasan gol. 
(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di 
luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan 
sebagai seorang pemain. 
Penjaga gol tidak dibenarkan: 
(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. 
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali 
bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain. 
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek 
di luar kawasan gol. 
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan 
pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol. 
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari 
kawasan gol.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 83 
Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan 
KAWASAN GOL 
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol 
termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau 
memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan 
percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam 
gelanggang memasuki kawasan gol. 
Contoh situasi yang sering berlaku ialah: 
(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola 
(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang 
memanfaatkan pemain tersebut. 
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan 
(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol 
hendak dilakukan oleh pihak lawan. 
Rajah 5.14: Kawasan Gol
84 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol 
Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol 
pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku 
Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan 
dibenarkan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 85 
SYARAT-SYARAT PERMAINAN 
Pemain dibenarkan: 
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola 
dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan 
juga paha 
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat 
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah 
(d) apabila berdiri atau berlari: 
 melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan 
 melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan 
 kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan 
 menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan 
 kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan 
(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain 
(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika 
hendak melakukan hantaran 
Pemain tidak dibenarkan: 
(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki 
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di 
atas lantai 
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam 
gelanggang 
Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada 
anggota badan yang dibenarkan
86 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil 
memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan 
Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau 
memegang bola tidak melebihi tiga saat 
Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan 
menggunakan satu tangan tertentu sahaja
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 87 
Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki 
Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang 
bergerak atau berada dalam keadaan pegun 
KESALAHAN PERMAINAN 
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku. 
Pemain dibenarkan: 
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat 
penguasaan bola itu 
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola 
menjauhi pihak lawan. 
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak 
lawan tidak menguasai bola. 
Pemain tidak dibenarkan: 
(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan 
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki 
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar 
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya 
Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut 
situasi yang berlaku.
88 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
ȱ 
Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan 
dengan tujuan untuk mencederakan 
Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan 
Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan 
JARINGAN GOL 
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara 
lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa 
melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau 
benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, 
jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira 
sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 89 
memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara 
tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan 
atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang 
bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan. 
Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol 
BALINGAN MULA (THROW-OFF) 
Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia 
memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin 
memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan 
permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan 
dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A 
telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa 
kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula 
selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa 
tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan 
mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan 
sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-kurangnya 
tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan. 
BALINGAN MASUK (THROW-IN) 
Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira 
sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh 
mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. 
Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan 
diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu 
keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan 
dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi 
gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah 
berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, 
pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
90 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
ȱ 
Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti 
memijak garisan tepi 
BALINGAN PENJAGA GOL 
Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: 
(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan 
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek 
masuk ke kawasan gol. 
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas 
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol 
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga 
gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula 
bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain. 
BALINGAN PERCUMA 
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan 
percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari 
penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan 
memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut 
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di 
tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma 
diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti 
meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. 
Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada 
pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 91 
Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan 
pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling 
BALINGAN TUJUH METER 
Balingan 7 meter diberi apabila: 
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol 
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. 
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di 
kawasan gol. 
Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu 
melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas 
sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke 
arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter 
hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan 
menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan 
oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga 
mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. 
Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan 
semasa balingan tersebut dilakukan.
92 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??) 
BALINGAN PENGADIL 
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan 
jika: 
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak 
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang 
perlawanan 
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang 
dilakukan 
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel 
dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan 
dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada 
sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan 
setelah mencapai puncak ketinggian balingan. 
Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 93 
DENDA / HUKUMAN PERMAINAN 
(a) Amaran / Kad Kuning 
 kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan 
 perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan 
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit 
 tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan 
 penggantian pemain yang tidak sah 
 perlanggaran peraturan permainan 
 kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan 
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain 
 melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan 
 telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga 
 tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya 
 mengugut pemain di luar gelanggang pemain 
 kekasaran hingga mencederakan pihak lawan 
 kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh 
 dibatalkan penyertaan 
Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
94 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil 
Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan) 
ISYARAT TANGAN PENGADIL 
Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah 
lantun atau salah kawal bola 
Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan 
membuang masa lebih tiga saat
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 95 
Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain 
Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol 
merempuh ke arah lawan 
Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol
96 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 
Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan 
pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter 
SEMAK KENDIRI 5.3 
(a) Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan 
atau diberhentikan permainannya. 
(b) Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam 
permainan bola baling? 
(c) Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai ÂTime-OutÊ dalam 
permainan bola baling 
x Sukan bola baling adalah salah satu sukan berpasukan yang paling popular 
yang dipertandingkan di sukan Olimpik. 
x Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling 
iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau 
mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola 
sahaja yang berbeza.

Contenu connexe

Tendances (20)

Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Sejarah bola baling
Sejarah bola balingSejarah bola baling
Sejarah bola baling
 
Topik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola SepakTopik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola Sepak
 
Kelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepakKelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepak
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
Bola keranjang
Bola keranjangBola keranjang
Bola keranjang
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Buku panduan Futsal
Buku panduan FutsalBuku panduan Futsal
Buku panduan Futsal
 
Gimnastik artistik
Gimnastik artistikGimnastik artistik
Gimnastik artistik
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
 
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
Chegu abbas - Nota Bola Tampar 3
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 

Similaire à 8243606 bola-baling

8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-balingczm1976
 
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiMakalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiAmphie Yuurisman
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantarrizkynet
 
Legie montafea
Legie montafeaLegie montafea
Legie montafeabellaaltia
 
Makalah theo1
Makalah theo1Makalah theo1
Makalah theo1rohis
 
Makalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga VollyMakalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga Vollyradityozu
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxShahir Taeny
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Dewa Dewa
 
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balinghbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balingSharul Anuar Abd Aziz
 
Makalah materi bebas
Makalah materi bebasMakalah materi bebas
Makalah materi bebasmeitamhrwt
 
Makalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan SoftballMakalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan SoftballAnisa Khoirul Amin
 

Similaire à 8243606 bola-baling (20)

8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Projekhoki
ProjekhokiProjekhoki
Projekhoki
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiMakalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Legie montafea
Legie montafeaLegie montafea
Legie montafea
 
Makalah theo1
Makalah theo1Makalah theo1
Makalah theo1
 
Makalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga VollyMakalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga Volly
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocx
 
Penjaskes 87
Penjaskes 87Penjaskes 87
Penjaskes 87
 
Permainan bola-voli
Permainan bola-voliPermainan bola-voli
Permainan bola-voli
 
1 bola jaring
1 bola jaring1 bola jaring
1 bola jaring
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
 
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balinghbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
 
Makalah materi bebas
Makalah materi bebasMakalah materi bebas
Makalah materi bebas
 
Makalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan SoftballMakalah Olahraga Permainan Softball
Makalah Olahraga Permainan Softball
 
ping pong
ping pongping pong
ping pong
 
Bola basket
Bola basketBola basket
Bola basket
 
Bola volly
Bola vollyBola volly
Bola volly
 

8243606 bola-baling

  • 1. Topikȱȱ5 X Permainanȱ BolaȱBalingȱ HASIL PEMBELAJARAN Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; 2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan tersebut; dan 3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan. X PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
  • 2. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 71 AKTIVITI 5.1 Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah. SEJARAH PERMAINAN Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling 5.1 Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini. Haandbold Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
  • 3. 72 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Hazena Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka. Torball Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin. Bola Baling Padang Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
  • 4. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 73 Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF) Bola Baling Dewan Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik. Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan SEMAK KENDIRI 5.1 (a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball. (b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula diperkenalkan?
  • 5. 74 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 5.1.1 Perkembangan di Malaysia Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu. Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu. Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut. Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
  • 6. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 75 Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti: (a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) (b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) (c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) (d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling. Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF) SEMAK KENDIRI 5.2 (a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di Malaysia? (b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola baling bermula di Malaysia.
  • 7. 76 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia. Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 5.2 5.2.1 Peraturan Gelanggang Permainan Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di
  • 8. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 77 belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi. Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol
  • 9. 78 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat (a) Masa Permainan Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang. (b) Isyarat Akhir Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.
  • 10. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 79 (c) Memberhentikan perlawanan (time-out ) Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti: seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang diminta oleh pasukan yang bermain melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan. Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa
  • 11. 80 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING BOLA PERLAWANAN Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu. Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan (a) Pasukan etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini
  • 12. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 81 berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain. (b) Pertukaran Pemain ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda. Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain (c) Peralatan etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga
  • 13. 82 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci. Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling PENJAGA GOL Seorang penjaga gol dibenarkan: (a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol. (b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain. Penjaga gol tidak dibenarkan: (a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. (b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain. (c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol. (d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol. (e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.
  • 14. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 83 Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan KAWASAN GOL Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol. Contoh situasi yang sering berlaku ialah: (a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola (b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut. Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan. Rajah 5.14: Kawasan Gol
  • 15. 84 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan dibenarkan
  • 16. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 85 SYARAT-SYARAT PERMAINAN Pemain dibenarkan: (a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha (b) memegang bola tidak melebihi tiga saat (c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah (d) apabila berdiri atau berlari: melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan (e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain (f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran Pemain tidak dibenarkan: (a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki (b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai (c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada anggota badan yang dibenarkan
  • 17. 86 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau memegang bola tidak melebihi tiga saat Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan menggunakan satu tangan tertentu sahaja
  • 18. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 87 Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun KESALAHAN PERMAINAN Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku. Pemain dibenarkan: (a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu (b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan. (c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola. Pemain tidak dibenarkan: (a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan (b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki (c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar (d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.
  • 19. 88 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING ȱ Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan JARINGAN GOL Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu
  • 20. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 89 memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan. Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol BALINGAN MULA (THROW-OFF) Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan. BALINGAN MASUK (THROW-IN) Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
  • 21. 90 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING ȱ Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi BALINGAN PENJAGA GOL Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: (a) kawasan gol dimasuki pemain lawan (b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. (c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain. BALINGAN PERCUMA Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.
  • 22. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 91 Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling BALINGAN TUJUH METER Balingan 7 meter diberi apabila: (a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. (b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol. Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.
  • 23. 92 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??) BALINGAN PENGADIL Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika: (a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak (b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan (c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan. Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan
  • 24. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 93 DENDA / HUKUMAN PERMAINAN (a) Amaran / Kad Kuning kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b) Hukuman / Gantung Dua Minit tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan penggantian pemain yang tidak sah perlanggaran peraturan permainan kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya mengugut pemain di luar gelanggang pemain kekasaran hingga mencederakan pihak lawan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
  • 25. 94 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan) ISYARAT TANGAN PENGADIL Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal bola Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga saat
  • 26. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 95 Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol merempuh ke arah lawan Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol
  • 27. 96 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter SEMAK KENDIRI 5.3 (a) Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya. (b) Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam permainan bola baling? (c) Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai ÂTime-OutÊ dalam permainan bola baling x Sukan bola baling adalah salah satu sukan berpasukan yang paling popular yang dipertandingkan di sukan Olimpik. x Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola sahaja yang berbeza.