SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
MASALAH PEMBELAJARAN
1.0 PENGENALAN
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak
bermasalah pembelajaran.Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak
berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam
mengenai pelajar bermasalah pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran.Juga
dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya,
tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai
bagi mereka.
2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN
2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997
Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas
psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di
mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca
yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada
ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau
kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990
Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai
yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat
keputusan atau menyelesai masalah matematik.Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian
sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku,
persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak
akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin
wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau
gangguan emosi.
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang
kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian
masalah matematik.Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental,
kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.
3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan
biokimia dan persekitaran.
3.1 Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil
alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok.Kecederaan otak juga boleh berlaku
semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen.Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku
disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan
jangkitan seperti meningitis.
3.2 Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah
pembelajaran.Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah
pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah
pembelajaran.Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.
3.3 Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah
pembelajaran.Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah
hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
3.4 Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh
menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.Persekitaran yang serba kekurangan kerana
kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran
yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi
boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran
yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi.Oleh itu, pengajaran
yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.
4.0 Ciri-ciri Pelajar Bermasalah Pembelajaran
Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial
dan emosi dan tingkah laku.
4.1 Ciri Kognitif
Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan,
perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi
kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.
4.2 Ciri Akademik
Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan,
tulisan dan matematik.Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling
nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah
yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.
Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti
fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik.Pelajar yang lemah dalam lisan
gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau
interaksi dengan kawan dan sebagainya.
Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran
memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz,
kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang
tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.
Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa.Bagaimana pun, kemahira menulis
pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan
kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.
Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah
matematik.Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada
ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.Secara umumnya diskalkulia bermakna
ketidakupayaan untuk mengira.Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar
bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah,
tolak, darab dan bahagi.Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan
pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.
4.3 Ciri Sosial dan Emosi
Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan
memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat
diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya
dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam
hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.
4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan,
diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai
teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk
mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan.Adakalanya
pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya
yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan
kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka
bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
4.3.2 Motivasi
Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti.Kebanyakan pelajar bermasalah
pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar.Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya
dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila
gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb).Keadaan ini menunjukkan betapa
lemahnya motivasi mereka.
4.4 Ciri Tingkah Laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah
terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya.Istilah yang sering
digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah
tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar
lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif
terhadap penilaian kendiri pelajar.
5.0 JENIS-JENIS PENAKSIRAN
Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah pembelajaran, penaksiran perlu
dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang digunakan ialah penaksiran formal, penaksiran dalam bilik
darjah dan response to intervention (RTI).
5.1 Penaksiran Formal
5.1.1 Ujian Rujukan Norma
Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan
dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan
untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu
tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama.
5.1.2 Ujian Rujukan Kriteria
Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan dibandingkan dengan kriteria
yang telah ditentukan. Contohnya, ujian memandu di mana pelajar perlu menunjukkan kecekapan yg
telah ditetapkan sebelum dia diluluskan. Prestasi seseorang itu tidak akan dibandingkan dengan
prestasi orang lain. URK ini boleh dibandingkan dengan satu kriteria yang telah ditetapkan terlebih
dahulu.
5.2 Penaksiran dalam Bilik Darjah
5.2.1 Pengukuran Berasaskan Kurikulum (CBM)
Istilah Pengukuran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Measurement) difahamkan secara
umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan kurikulum tempatan. Item yang digunakan
dalam penaksiran diambil dari kurikulum sekolah.
CBM digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar pada masa akan datang,
memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian berasaskan kurikulum
berperanan untuk melihat kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian. Ia
dikatakan sah dan ada kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan
ada kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama. Namun begitu CBM
ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana ia diuji berdasarkan kurikulum,
berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan murid mengetahui apa yang hendak
dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di samping itu juga berkesan untuk merekod kemajuan
pelajar.
5.2.2 Portfolio
Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan dikumpulkan
untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan
kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. . Ia merupakan satu
koleksi produk iaitu sampel kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail. Koleksi produk ini
menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan ke atas pelajar
dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh produk yang boleh
dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan sebagainya.
5.2.3 Pemerhatian
Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran, pemerhatian akan
dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia
dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian
adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh
faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya
seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan
dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya merekodkan apa yang dilihat
sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi yang sama atau berbeza.
5.4 Response To Intervention (RTI)
Response To Intervention (RTI) digunakan untuk mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran
bagi menentukan intervensi awal. Ini dapat dicapai melalui penilaian respon pelajar mencapai
matlamat. Terdapat 3 peringkat model RTI:
1. Penyaringan pelajar berisiko (screening for at-risk students)
2. Memantau tanggapan/ respon kepada pengajaran (monitoring of responsiveness to instruction)
3. Penentuan arah tindakan (determination of the course of action)
6.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN
Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan
pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan.
Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan
strategi pengajaran.
6.1 Pengajaran secara Langsung
Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan
banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan
kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa
memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian
secara aktif.
6.2 Strategi Pengajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi
pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi
sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan,
bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara
strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya.
7.0 Pilihan Penempatan Pendidikan
Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan
salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan
itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan
perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan
kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya:
7.1 Bilik Darjah Biasa
Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama.
Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang
lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk
memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah
pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian
kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar.
7.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat
Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar
bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau
mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan
pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan
mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran
secara langsung dijalankan oleh guru biasa.
7.3 Bilik Sumber
Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber
untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber
membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang
spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah.
Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama
dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran
individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang
ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.
7.4 Bilik Darjah Berasingan
Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak
melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang
mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada
pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran,
menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas
berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep
kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas
biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak
dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan
kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan
keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang
memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.
8.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku.
Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI
yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran
formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang
ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi
memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Contenu connexe

Tendances

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandurastupidpaboidiot
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakucikgusuepkhas
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANPENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANAmiraSuhaimi6
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujianSakilah96
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 

Tendances (20)

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert BanduraEdu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
Edu 3033- Pembelajaran Peniruan Albert Bandura
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Rph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khasRph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khas
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARANPENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 

En vedette

Become A LinkedIn Time Management Pro
Become A LinkedIn Time Management ProBecome A LinkedIn Time Management Pro
Become A LinkedIn Time Management ProRalph Ruckman
 
AGHS Class of 1972 Reunion Video
AGHS Class of 1972 Reunion VideoAGHS Class of 1972 Reunion Video
AGHS Class of 1972 Reunion Videocoachrandy
 
Referat ic
Referat icReferat ic
Referat icimadinz
 
Lava conmineminemine final
Lava conmineminemine finalLava conmineminemine final
Lava conmineminemine finalMTorok
 
LavaconMineminemineFinal
LavaconMineminemineFinalLavaconMineminemineFinal
LavaconMineminemineFinalMTorok
 
Study: The Future of VR, AR and Self-Driving Cars
Study: The Future of VR, AR and Self-Driving CarsStudy: The Future of VR, AR and Self-Driving Cars
Study: The Future of VR, AR and Self-Driving CarsLinkedIn
 

En vedette (7)

Become A LinkedIn Time Management Pro
Become A LinkedIn Time Management ProBecome A LinkedIn Time Management Pro
Become A LinkedIn Time Management Pro
 
AGHS Class of 1972 Reunion Video
AGHS Class of 1972 Reunion VideoAGHS Class of 1972 Reunion Video
AGHS Class of 1972 Reunion Video
 
introedesa
introedesaintroedesa
introedesa
 
Referat ic
Referat icReferat ic
Referat ic
 
Lava conmineminemine final
Lava conmineminemine finalLava conmineminemine final
Lava conmineminemine final
 
LavaconMineminemineFinal
LavaconMineminemineFinalLavaconMineminemineFinal
LavaconMineminemineFinal
 
Study: The Future of VR, AR and Self-Driving Cars
Study: The Future of VR, AR and Self-Driving CarsStudy: The Future of VR, AR and Self-Driving Cars
Study: The Future of VR, AR and Self-Driving Cars
 

Similaire à Masalah pembelajaran

Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajarankamalslaw
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pagesSayshare
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSeminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSherry Hisham
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasFaridah Bachok
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Sohib AlQuran
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Sohib AlQuran
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

Similaire à Masalah pembelajaran (20)

Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
Konsep pemulihan
Konsep pemulihanKonsep pemulihan
Konsep pemulihan
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pages
 
Psikohbef2103
Psikohbef2103Psikohbef2103
Psikohbef2103
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan BeliaSeminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
Seminar Disleksia dalam Kalangan Remaja dan Belia
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)Konsep pemulihan (autosaved)
Konsep pemulihan (autosaved)
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Plus de Shaifull Niell

Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2
Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2
Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2Shaifull Niell
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasShaifull Niell
 
Kertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanKertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanShaifull Niell
 
Kemahiran proses sains asas
Kemahiran proses sains asasKemahiran proses sains asas
Kemahiran proses sains asasShaifull Niell
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalShaifull Niell
 
Kemahiran membuat inferens
Kemahiran membuat inferensKemahiran membuat inferens
Kemahiran membuat inferensShaifull Niell
 
Kertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki skKertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki skShaifull Niell
 
Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah
Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolahSistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah
Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolahShaifull Niell
 
Pengoperasian pbs 20 april2011 1
Pengoperasian pbs 20 april2011 1Pengoperasian pbs 20 april2011 1
Pengoperasian pbs 20 april2011 1Shaifull Niell
 

Plus de Shaifull Niell (20)

Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2
Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2
Aplikasi gelombang dalam sains dan teknologi 2
 
Topik 4 biodiversiti
Topik 4 biodiversitiTopik 4 biodiversiti
Topik 4 biodiversiti
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kurikulum sains
Kurikulum sainsKurikulum sains
Kurikulum sains
 
Lagu doa perpisahan
Lagu doa perpisahanLagu doa perpisahan
Lagu doa perpisahan
 
Kertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanKertaskerjaperkhemahan
Kertaskerjaperkhemahan
 
Kurikulum sains
Kurikulum sainsKurikulum sains
Kurikulum sains
 
Kemahiran proses sains asas
Kemahiran proses sains asasKemahiran proses sains asas
Kemahiran proses sains asas
 
Kertas kerja mini
Kertas kerja miniKertas kerja mini
Kertas kerja mini
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Kemahiran membuat inferens
Kemahiran membuat inferensKemahiran membuat inferens
Kemahiran membuat inferens
 
Kertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki skKertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki sk
 
Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah
Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolahSistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah
Sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Juk th3
Juk th3Juk th3
Juk th3
 
Pengoperasian pbs 20 april2011 1
Pengoperasian pbs 20 april2011 1Pengoperasian pbs 20 april2011 1
Pengoperasian pbs 20 april2011 1
 
Nota(pengawetan)
Nota(pengawetan)Nota(pengawetan)
Nota(pengawetan)
 
Year6 lever
Year6 leverYear6 lever
Year6 lever
 
Nota upsr (bab 1)
Nota upsr (bab 1)Nota upsr (bab 1)
Nota upsr (bab 1)
 

Masalah pembelajaran

  • 1. MASALAH PEMBELAJARAN 1.0 PENGENALAN Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran.Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam bab ini, kita membincangkan dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah pembelajaran. Tumpuan ialah kepada definisi dan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran.Juga dibincangkan ialah ciri-ciri dan kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai bagi mereka. 2.0 DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN 2.1 Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997 Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. 2.2 The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990 Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik.Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. 3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran. 3.1 Kecederaan Otak
  • 2. Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok.Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen.Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis. 3.2 Keturunan Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran.Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran.Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya. 3.3 Ketidakseimbangan Biokimia Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran.Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah. 3.4 Faktor Persekitaran Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi.Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran. 4.0 Ciri-ciri Pelajar Bermasalah Pembelajaran Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku. 4.1 Ciri Kognitif Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan.Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran. 4.2 Ciri Akademik Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik.Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.
  • 3. Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik.Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya. Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks. Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa.Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan. Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik.Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira.Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. 4.3 Ciri Sosial dan Emosi Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. 4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan.Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain. 4.3.2 Motivasi Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti.Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar.Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya
  • 4. dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb).Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka. 4.4 Ciri Tingkah Laku Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya.Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar. 5.0 JENIS-JENIS PENAKSIRAN Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah pembelajaran, penaksiran perlu dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang digunakan ialah penaksiran formal, penaksiran dalam bilik darjah dan response to intervention (RTI). 5.1 Penaksiran Formal 5.1.1 Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Norma ialah ujian yang mengukur pencapaian seseorang individu untuk dibandingkan dengan pencapaian individu lain dalam sesuatu kumpulan. Ia merupakan suatu ujian yang digunakan untuk menentukan prestasi seseorang individu ke atas sesuatu tugasan supaya pencapaian individu tersebut boleh dibandingkan dengan pencapaian individu lain yang melakukan tugasan yang sama. 5.1.2 Ujian Rujukan Kriteria Ujian Rujukan Kriteria adalah ujian mengukur pencapaian individu dan dibandingkan dengan kriteria yang telah ditentukan. Contohnya, ujian memandu di mana pelajar perlu menunjukkan kecekapan yg telah ditetapkan sebelum dia diluluskan. Prestasi seseorang itu tidak akan dibandingkan dengan prestasi orang lain. URK ini boleh dibandingkan dengan satu kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu. 5.2 Penaksiran dalam Bilik Darjah 5.2.1 Pengukuran Berasaskan Kurikulum (CBM) Istilah Pengukuran Berasaskan Kurikulum ( Curriculum Base Measurement) difahamkan secara umumnya sebagai penaksiran prestasi pelajar berasaskan kurikulum tempatan. Item yang digunakan dalam penaksiran diambil dari kurikulum sekolah. CBM digunakan untuk membantu guru menentukan apa yang hendak diajar pada masa akan datang, memudahkan penilaian kemajuan pelajar di mana program penilaian berasaskan kurikulum berperanan untuk melihat kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian. Ia dikatakan sah dan ada kebolehpercayaan di mana ia dikaitkan dengan isi kandungan serta dikatakan ada kebolehpercayaan apabila kita mengulangi ujian ke atas pelajar yang sama. Namun begitu CBM
  • 5. ini juga berperanan meningkatkan tahap pencapaian pelajar kerana ia diuji berdasarkan kurikulum, berkesan untuk mengetahui apa yang hendak dilihat dan murid mengetahui apa yang hendak dipelajari dan apa yang telah dikuasai. Di samping itu juga berkesan untuk merekod kemajuan pelajar. 5.2.2 Portfolio Portfolio merupakan satu folder atau fail yang mengandungi bahan-bahan kutipan dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. . Ia merupakan satu koleksi produk iaitu sampel kerja kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam satu fail. Koleksi produk ini menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh pelajar. Inferens juga boleh dilakukan ke atas pelajar dari segi kebolehan seseorang pelajar pada masa depan. Contoh-contoh produk yang boleh dikumpulkan ialah tulisan, lukisan, lembaran kerja dan sebagainya. 5.2.3 Pemerhatian Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Bentuk ini sukar diinterpretasikan kerana ia hanya merekodkan apa yang dilihat sahaja dan orang lain mungkin memberikan interpretasi yang sama atau berbeza. 5.4 Response To Intervention (RTI) Response To Intervention (RTI) digunakan untuk mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran bagi menentukan intervensi awal. Ini dapat dicapai melalui penilaian respon pelajar mencapai matlamat. Terdapat 3 peringkat model RTI: 1. Penyaringan pelajar berisiko (screening for at-risk students) 2. Memantau tanggapan/ respon kepada pengajaran (monitoring of responsiveness to instruction) 3. Penentuan arah tindakan (determination of the course of action) 6.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran. 6.1 Pengajaran secara Langsung Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan
  • 6. kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif. 6.2 Strategi Pengajaran Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan sebagainya. 7.0 Pilihan Penempatan Pendidikan Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan sosial mereka. Terdapat beberapa pilihan penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran, antaranya: 7.1 Bilik Darjah Biasa Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan di dalam bilik darjah yang sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti, kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap. Hanya penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk mengajar. 7.2 Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi rancangan pengajran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara langsung dijalankan oleh guru biasa. 7.3 Bilik Sumber Pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan di sekolah biasa akan pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama
  • 7. dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku, membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar. 7.4 Bilik Darjah Berasingan Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa). Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah pembelajaran sahajaatau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya, pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria yang tidak dapat dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu. 8.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam pembelajaran disebabkan oleh faktor psikologi dan faktor persekitaran. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah dalam kognitif, akademik, sosial dan emosi serta tingkah laku. Penaksiran pelajar bermasalah pembelajaran boleh lakukan melalui beberapa kaedah seperti RTI yang digunakan untuk mengenalpasti kewujudan masalah pembelajaran. Selain itu, penaksiran formal dan penaksiran tidak formal juga boleh digunakan. Terdapat beberapa penempatan yang ditawarkan serta kaedah pengajaran yang sesuai kepada pelajar bermasalah pembelajaran bagi memastikan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.