1. AnDaI cInTa ITu HaDiR uNtUkKu.....
DoA UnTuK MeNcArI pAsAnGaN HiDuP kErAnA AllAh....
Ya Allah..
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
biarlah cinta yang berhak bagiku, cinta yang halal pada pandanganMu..
Ya Allah...
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
jangan biarkan cinta itu malebihi cintaku padaMu, hingga aku lalai dari mencintaiMu...
Ya Allah..
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu terlebih dahulu, biar rasa cintaku padaMu tetap seperti dulu...
Ya Allah..
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
kurniakan seseorang yang hatinya penuh kasih kepadaMu, biar aku cinta padanya kerana aku kagum padaMu..
Ya Allah..Andai nanti cinta itu hadir untukku,
biarlah pengaduan atas deritaku, rasa syukur atas kebahagianku, hanya ku panjatkan kepadaMu terlebih dahulu kerana
aku yakin Engkau lebih memahamiku...
Ya Allah...
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
khusyukkan aku dalam solatku, tenangkan hatiku dalam ibadahku, kerana fitrah insaniku telah Kau sempurnakan
untukku...
Ya Allah...
Andai nanti cinta itu hadir untukku,
kurniakanlah insan yang Engkau cintai untukku..
Aminnn......
p/s: Jika anda punya cinta, pastikan cinta itu ikhlas. Bukan kerana nafsu semata-mata. Hanya cinta yang yang Ikhlas
dikurniakan oleh Allah untuk kalian yg menghargai cinta sebenar..