1. Teori Kognitif
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan
yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam
ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian
terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi
reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.
Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan
membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai
matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan.
Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan.
Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu
persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).
Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori
belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji
lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan
Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan
proses penemuan.
Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau,
konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti,
memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara
pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum
bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan
keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami,
mempelajari serta mengingati.
Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat
diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak
serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan
mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu
sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan
kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-
konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.
Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua
atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula
merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang
lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai
2. hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan
pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua
memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.
Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara
efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun.
Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu
adalah:
(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau
pengalaman baru;
(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-
hal yang lain, dan
(3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.
Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat
ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat
tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu:
a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,
b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,
c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,
d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk
memotivasinya
Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu
difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu
ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam
amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan
keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat
membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas.
Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini
diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses
pembelajaran. Ini merupakanpemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi
seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri
serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.
3. Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan
secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk
mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model
penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat
kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti
bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.
Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori
mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui
deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor
ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem
saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi
memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian
mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses
pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana
didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid
supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna
dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan
relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang
dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan
sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan
yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem
saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan
yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor
ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam
ingatan.
4. Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam
stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui
motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa
yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada
fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati
kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau
sama.
Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini
boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran.
Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah
bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran,
guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh
membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa
hadapan.
Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable
mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses
mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur
kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar
bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:
- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial
- Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.
Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki
kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif
siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4
prinsip pembelajaran , iaitu:
1. Pengatur awal (advance organizer)
Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan
konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat
dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah
mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok
bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.
2. Diferensiasi progresif
5. Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep.
Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih
detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.
3. Belajar superordinat
Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah
deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur
kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan
hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.
4. Penyesuaian Integratif
Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih
nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama
diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan
konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa,
sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama
informasi disajikan.
Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh
David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan
oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting
atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan
kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan
model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan.
Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran
Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan
perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan
masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran
untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita
boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang
baru.
Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi
menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya.
Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. Menurut
Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang
tergantung, disebut sebagai celik akal.
6. Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan
pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu,
boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk
menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus
menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya
menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu
persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di
persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah
memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan
akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.
Isi Kandungan
Tajuk Muka surat
Isi Kandungan i
Borang Koloborasi ii
1.0 Pemerolehan Pengetahuan 1
1.1 Pembentangan Kumpulan
(Teori Kognitif)
2.0 Penguasaan Ilmu 12
2.1 Tugasan Bertulis Individu
(Teori Kognitif)
2.2 Refleksi Kendiri
20
Bibliografi 21
Lampiran -