Dokumen tersebut berisi dua soalan dan jawapan mengenai hukum solat dan arak. Pertama, solat wanita hanya memakai tudung dan pakaian menutup aurat namun pergelangan tangan terdedah dianggap sah, walaupun lebih baik jika lebih lengkap. Kedua, tidak berdosa duduk semeja dengan orang minum arak tetapi tidak digalakkan karena boleh timbul fitnah.
1. GENERAL TEACHING METHODOLOGY
EDT 5390
KUIZ ANALITIKAL
NAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM [G 0919346]
KUIZ 1: Tingkatan 1, Bahagian Ibadat, Bab 21: Solat.
SOALAN :
Terdapat seorang wanita menunaikan solat hanya memakai tudung, berstokin dan berpakaian menutup
aurat (berbaju kurung/berjubah/berseluar panjang). Namun, pergelangan tangannya masih terdedah
(telapak dan belakang telapak tangan). Adakah perbuatan mendedahkan belakang telapak tangan ketika
solat dikira sah?
JAWAPAN :
Solat dikira sah, kerana aurat wanita ketika solat adalah seluruh anggota badannya selain muka dan
kedua-dua belah tapak tangannya termasuk belakang tapak tangan. Tetapi lebih afdal jika solat dengan
pakaian lebih labuh dan sempurna.
KUIZ 2 : Tingkatan 1 , Bahagian Tilawah al-Quran, Bab 7: Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan
SOALAN :
Tugas Muaz banyak berurusan dengan orang ramai. Biasanya selepas tugasan, ada disediakan jamuan
atau makanan oleh pihak penganjur. Dalam satu majlis makan malam, Muaz duduk semeja dengan
rakan bukan Islam dan mereka ditawarkan arak manakala air buah bagi yang beragama Islam. Muaz
berasa tidak sopan jika bertukar ke meja lain. Adakah berdosa bagi Muaz jika duduk semeja dengan
orang yang minum arak?
JAWAPAN :
Tidak berdosa jika duduk semeja dengan peminum arak. Ini kerana terdapat enam golongan yang
dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan
peminum. Walaubagaimanapun kita tidak digalakkan duduk semeja kerana boleh menimbulkan fitnah.
Muaz juga tidak perlu bertukar ke meja lain bagi menjaga kemaslahatan bersama.