SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
BERBICARA soal agama, wanita kelahiran Filipina, Melissa Perez, selama ini hanya
mengetahui bahawa di dunia ini, cuma satu agama sahaja yang wujud, iaitu agama Kristian.
Tidak seorang pun daripada ahli keluarganya tahu tentang kewujudan agama Islam. Sebabnya
mereka tidak pernah terdedah, apa lagi diajarkan mengenai agama tersebut. Malah akui Melissa,
agama-agama lain tidak sehebat atau setanding dengan agama anutan yang diwarisi sejak turun
temurun itu. Baginya, orang Islam itu adalah pembunuh kerana mereka sanggup menyembelih
orang yang di sekeliling mereka apabila mereka marah. Itulah yang difahami Melissa menerusi
cerita-cerita yang disampaikan oleh ibunya. Ditambah pula, di tempat dia dibesarkan, jarang
kelihatan orang Islam bergaul dengan orang Kristian. Malah kebiasaannya orang Kristian tidak
ada yang berjiran mahupun berkawan dengan orang Islam. Boleh dikatakan tidak wujud satu
hubungan di antara dua agama ini, sebab itulah masing-masing mempunyai komuniti mereka
tersendiri. Sehingga kini pun, kata Melissa, orang Islam asyik berperang dan bertelagah dengan
kerajaan Filipina mendesak agar diberikan satu wilayah yang merdeka untuk mereka
mentadbirnya sendiri.Melissa dilahirkan dalam keluarga yang kuat kepatuhan dan pengamal setia
tradisi Katholik. Hakikatnya keseluruhan keluarganya sejak generasi ke generasi malah jiran dan
sahabatnya adalah mereka yang seagama.Sungguhpun mereka percaya dengan satu tuhan, tetapi
'Tuhan Yang Satu' itu ada ketikanya dipanggil Nabi Isa dan pada masa yang lain juga di panggil
Bapa. Ia agak mengelirukan Melissa.Sedari muda, Melissa sudah belajar hidup berdikari.
Kehidupannya pada masa itu, amat perit dan penuh pancaroba. Ditambah dengan perceraian ibu
bapanya, Melissa dan ibu terpaksa menumpang di rumah saudara mara. Keperitan hidup itulah
menjadikan Melissa seorang gadis yang tabah sehinggakan pada usianya 18 tahun dia bersama
ibunya sanggup bekerja di luar negara dengan matlamat memiliki rumah sendiri di Filipina, suatu
hari nanti. Berkat usaha dan tidak kenal putus asa, akhirnya, pada usia 23 tahun impian dua
beranak ini tercapai jua.Menceritakan pengalaman bergelar perantau, Melissa mengakui sejak
mencari rezeki di negara orang, dia mula terdedah dengan pelbagai budaya, tradisi, kepercayaan
dan perbezaan cara hidup serta membina kenalan baru. Semuanya ternyata jauh berbeza dengan
cara bagaimana dia dibesarkan.Ketika di negeri orang inilah Melissa menjalani kehidupan yang
serba bebas sehingga membawa kepada perlakuan maksiat dan melakukan dosa. Pun begitu,
pada usia 29 tahun, Melissa berhasrat memulakan hidup berkeluarga. Perkenalan dengan seorang
lelaki dari Mesir menerusi Internet telah membina bibit-bibit cinta antara mereka.Berborak
menerusi laman sembang hanya berlarutan selama dua bulan sebelum Melissa mengambil
keputusan terbang ke Mesir untuk bertemu dengan jejaka yang mencuri hatinya itu. Kalau sudah
jodoh, tidak ke mana. Melissa akhirnya menerima lamaran si jejaka.Pada peringkat awal
perkahwinan, dia agak bingung dengan ikatan kerana berbeza agama. Bagaimana harus dihadapi
situasi ini? "Namun apabila diyakinkan bahawa mereka boleh bersatu, saya terima pandangan
suami. Bagaimanakah reaksi keluarga? Sekali lagi saya di dalam dilema, apa lagi bila mereka
mengetahui yang saya berkahwin dengan pemuda Islam yang baru dikenali dua bulan."Saya ini
jenis yang tidak akan berpatah balik apabila sudah membuat keputusan. Jadi, walau apa yang
menghalang, saya tetap dengan keputusan yang dibuat. Saya percaya tuhan sentiasa bersama
saya kerana selama ini kepada-Nya saya berserah. "Saya berkahwin di Mesir dan kemudian kami
berpindah ke Hong Kong untuk memulakan kehidupan baru. Pada awal penghijrahan,
suamimengalami kejutan budaya memandangkan itulah pengalaman pertama keluar dari tanah
kelahiran," kongsi Melissa di laman web IslamOnline.net.Oleh kerana sudah terbiasa
menghadirkan diri ke gereja pada setiap Ahad, Melissa pernah mengajak suaminya ikut serta.
Suaminya tidak keberatan malah pernah juga membantunya dengan aktiviti gereja.Pernah suatu
ketika, suami Melissa memberitahu yang dia hendak kembali mempraktikkan agama Islam yang
selama ini menjadi pegangan dan kepercayaannya. Dia mula belajar dan mempraktikkan ajaran
Islam. Dia mula sembahyang dan berpuasa. Itulah pertama kali dalam hidupnya Melissa
memerhatikan cara umat Islam mengagungkan tuhan mereka. Pada masa yang sama, suaminya
mula mengikuti kelas-kelas pengajian Islam, memperbanyakan membaca berkaitan Islam dan
ilmu yang diperoleh itu dipanjangkan kepada Melissa."Pada awalnya saya meluat mendengarnya
kerana saya lebih agungkan Nabi Isa. Namun apabila saya mengetahui bahawa orang Islam juga
mencintai Nabi Isa, saya mula belajar tentang Islam dan seterusnya memperoleh banyak
maklumat mengenai ajaran Islam."Apa yang begitu menyentuh saya ialah melihat umat Islam
solat terutamanya ketika sujud. Ia bagaikan menyedarkan saya bahawa itulah cara yang betul
menunjukkan ketaatan kepada Allah iaitu dengan rukuk dan sujud. Itulah sewajarnya hak
Allah."Saya teringin melakukan solat sedemikian rupa tetapi masih tidak yakin untuk bertukar
kepada agama Islam. Ketika kami pulang ke Filipina, saya ada ajukan pertanyaan kepada suami
bolehkah dia bersolat bersama tanpa perlu menjadi Muslim?," katanya lagi.

Solat

Akui Melissa, setelah beberapa kali solat cara orang Islam, dia menyukainya cuma agak
keberatan apabila mengetahui ia wajib dilaksanakan lima kali sehari selain melaksanakan amalan
wajib yang lain. Bab bertudung juga menjadi satu hal yang membebankan Melissa. Apa lagi, dia
tidak mengetahui langsung siapakah pula gerangannya Nabi Muhammad itu.Melissa diberitahu
oleh suaminya bahawa dia boleh belajar secara perlahan-lahan. Tidak perlu memaksa diri
mempelajari semuanya dalam tempoh sehari semalam. Malah dia juga tidak bertudung selagi
belum bersedia serta mengetahui hikmah di sebaliknya.Walaupun suami Melissa tidak
mendesaknya agar segera bersyahadah, namun dia sentiasa berpesan kepadanya jangan
melengah-lengahkan perkara yang baik kerana kita tidak tahu bila nyawa diambil Tuhan."Pada
suatu hari saya mendegar ceramah agama bertajuk 'Matlamat Kehidupan' oleh Sheikh Khalid
Yasin. Satu persoalan yang dikemukakan penceramah iaitu mengapa kita tidak boleh mengakui
Allah dan Muhammad adalah pesuruh-Nya. Adakah kita angkuh atau bongkak?" kata
Melissa.Sebaik mendengar ungkapan di atas, hati Melissa terbuka untuk bergelar Muslim dan
tidak mahu dianggap seorang yang bersifat bongkak. Akhirnya, selepas tamat mendengar
rakaman ceramah itu, Melissa mengucap dua kalimah syahadah.Pembelajaran Melissa mengenai
Islam berterusan sehingga sekarang. Hakikatnya, tidak ada penghujung dalam kita menuntut
ilmu. Bak kata pepatah Arab, "Carilah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahat".

Membaca buku

Sebaik diri bergelar Muslim, Melissa ada membaca buku karangan Abdul Malik LeBlanc
berjudul, The Bible Led Me To Islam. Buku itu memberinya inspirasi dan membuka minda
bahawa Allah itu Esa dan Nabi Isa itu adalah salah seorang rasul Allah.
Malah buku kecil yang berjudul The Gift of Muhammad, sentiasa menjadi ilham dan penunjuk
untuk mengenali Baginda SAW. Sepotong kata-kata Baginda yang berbunyi Jika engkau datang
kepadaku berjalan, aku akan datang kepadanya berlari. (riwayat Bukhari) Menakjubkan
bukan?Bila menyentuh kewajipan menutup aurat terutamanya dalam pemakaian tudung, Melissa
mengakui ia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi setelah 30 tahun selesa dengan pakaian moden dan
mengikut trend. Paling merisaukan Melissa ialah tanggapan dan pandangan kenalan apabila
perubahannya berpakaian.Namun, apabila menyoal kembali Allah atau orang? Jawapannya tentu
Allah. Sejak itu dia tekad bertudung bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah yang telah
mengkabulkan segala yang saya pohon selama ini. Alhamdulillah, beberapa bulan selepas
melafazkan syahadah, kurniaan Allah tidak putus-putus apabila dapat berpeluang mengerjakan
haji di Mekah. Berada di sana mengukuhkan lagi kepercayaannya kepada Allah dan Melissa tahu
bahawa dia berada di landasan yang betul serta diredai Allah."Tidak ada perkataan yang mampu
menggambarkan kegembiraan di hati ini. Malah sebaik melangkahkan kaki ke masjid suci,
Masjidil Haram dan menyaksikan Kaabah, air mata kegembiraan mengalir laju. Saya berasa
cukup tenang saat itu."Hari demi hari, kehidupan saya terus berubah kepada lebih baik. Akhirnya
saya temui ketenangan yang dicari selama ini," jelasnya.




Sumber : Utusan Malaysia

  Al Kisah Mereka Wanita Filipina Tertarik Dengan Sholat



Guna font size Medium
2. Guna ayat yg pendek2 dan mudah dibaca dgn membuat perenggan2 agar mudah difahami point2
pentingnya
3. Hanya perlu tekan reply, JANGAN buat topik baru..
4. Sila sertakan fakta yg jelas + rujukan
5. Terlibat sebanyak 3 kali sekurangnya2 dalam setiap tajuk, 1 kali yg pertama memberi respon soalan
ustazah dan 2 kali lagi respon posting rakan2 lain...


Assalamualaikum dan salam ukhwah,




Bercerita berkenaan hakikat ketuhanan ini memang tidak boleh dinafikan kerana Allah telah menjadikan
fitrah manusia itu ingin
Assalamualaikum dan salam ukhwah,

        Bercerita berkenaan hakikat ketuhanan ini memang tidak boleh dinafikan kerana Allah telah
menjadikan fitrah manusia ingin berkomunikasi,berseksualiti,bersosialisasi,berilmu,berintegriti dan
sebagainya.Pada hakikatnya fitrah-fitrah ini bertitik tolak dari satu fitrah yang paling asas iaitu fitrah
beragama,bila disebut fitrah beragama fenomena ini tidak boleh lari dari kenyataan bahawa setiap
manusia yang dijadikan oleh KhalikNya sudah pasti akan tercari-cari atau mencari-cari siapakah
Penciptannya.
        Persoalan ini juga telah bermain dalam fikiran suami anak buah saya (keturunan orang asli)
sebagaimana kita tahu masyarakat orang asli ini hidup dalam keadaan serba kekurangan baik dari segi
ekonomi mahupun arus pembangunan.Mereka juga tidak mempercayai kewujudan tuhan atau tidak
mempercayai sebarang bentuk penyembahan.Keadaan ini telah menyalahi fitrah manusia yang sentiasa
mencari Penciptanya,fitrah inilah juga yang menjadikannya mencari siapa Khaliknya,bagaimanakah
bentuk penyembahan yang sepatutnya.Pencarian Khalik ini telah bermain difikirannya semenjak ia
bersekolah rendah lagi,dimana ia sering berkawan dengan masyarakat melayu semasa di sekolah
rendah.
        Apabila memasuki alam remaja ,ketika di sekolah menengah ia telah bersekolah di sekolah
berasrama penuh.Persekitaran asrama yang membuatkannya bergaul dengan ramai murid melayu
sepanjang masa ,telah menjadikan ia sangat tertarik dengan islam.tetapi pada masa yang sama ia keliru
kerana persekitarannya menunjukkan juga segelintir pelajar melayu yang melanggar displin,merokok
dan melakukan perkara-perkara yang sama dengan masyarakat orang asli.Bermula daripada itu ia mula
mendekati guru-guru yang beragama islam untuk bertanya soal-soal agama dan kehidupan.
        Pencarian hakikat kebenaran bertuhan ini tidak habis di sekolah menengah sahaja,sehinggalah
beliau melanjutkan pengajian di UPM,di situlah bermulanya beliau membaca dan mengkaji hakikat
beragama serta membuat perbandingan diantara agama islam dengan agama-agama yang lain.Ternyata
Allah memberi pertunjuk dan hidayah kepadanya,dimana beliau telah mengucapkan dua kalimah
syahadah sewaktu dalam tahun akhir di UPM.Kini beliau telah berkeluarga dan isterinya merupakan
seorang wanita melayu beragama islam dan beliau mengakui bahawa kehidupannya lebih tenang dan
berperaturan selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah.Bertepatanlah dengan firman Allah dalam
surah AL Hadid ayat 3:’Wahai sekelian manusia, kamu semua berhajat kepada Allah,sedang Allah itu
yang maha kaya lagi maha terpuji.Kesimpulannya jika individu itu mencari Khaliknya atas kesedaran dan
keinginannya sudah pasti Allah akan memberi hidayahnya tetapi jika ia memeluk agama islam kerana
perkahwinan belum tentu ia boleh meyakini kewujudan Allah dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.

Contenu connexe

Tendances

Ketika cahayahidayahmenerangikalbu
Ketika cahayahidayahmenerangikalbuKetika cahayahidayahmenerangikalbu
Ketika cahayahidayahmenerangikalbu
Yasir Partomo
 
Hadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indoHadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indo
11111047
 
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiManhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Rahmat Hidayat
 

Tendances (18)

Al ansar2
Al ansar2Al ansar2
Al ansar2
 
Ketika cahayahidayahmenerangikalbu
Ketika cahayahidayahmenerangikalbuKetika cahayahidayahmenerangikalbu
Ketika cahayahidayahmenerangikalbu
 
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAHRUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
RUBRIK PARENTING MAJALAH HIDAYATULLAH
 
Hadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indoHadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indo
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 1
 
Mengapa ridho allah tergantung pada ridho orang tua
Mengapa ridho allah tergantung pada ridho orang tuaMengapa ridho allah tergantung pada ridho orang tua
Mengapa ridho allah tergantung pada ridho orang tua
 
Esaimen agama
Esaimen agamaEsaimen agama
Esaimen agama
 
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududiManhaj hidup muslim   kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
Manhaj hidup muslim kompilasi karangan sayyid qutb dan al-maududi
 
Rihlah ilmiah KIAI CHOLIL BANGKALAN
Rihlah ilmiah KIAI CHOLIL BANGKALANRihlah ilmiah KIAI CHOLIL BANGKALAN
Rihlah ilmiah KIAI CHOLIL BANGKALAN
 
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslimMakalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
Makalah merelasasikan agama dalam kehidupan seorang muslim
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 5
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 5Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 5
Kelas 09 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 5
 
Pendidikan Agama Islam kelas X : Pergaulan Bebas : pengertian, dampak, macam ...
Pendidikan Agama Islam kelas X : Pergaulan Bebas : pengertian, dampak, macam ...Pendidikan Agama Islam kelas X : Pergaulan Bebas : pengertian, dampak, macam ...
Pendidikan Agama Islam kelas X : Pergaulan Bebas : pengertian, dampak, macam ...
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Bab viii
Bab viiiBab viii
Bab viii
 
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam tugasan 3
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam tugasan 3Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam tugasan 3
Lmcp1522 pembangunan mapan dalam islam tugasan 3
 
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail FiqhiyahPernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
 
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anakPengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
Pengaruh lingkungan terhadap pendidikan anak
 

En vedette

Promoting SSA Tucson's Spring Festival 2013
Promoting SSA Tucson's Spring Festival  2013Promoting SSA Tucson's Spring Festival  2013
Promoting SSA Tucson's Spring Festival 2013
Sunrise Sunset
 

En vedette (9)

Productivity Improvement Tips for New age Professionals
Productivity Improvement Tips for New age ProfessionalsProductivity Improvement Tips for New age Professionals
Productivity Improvement Tips for New age Professionals
 
Even In 2014, Attackers are on steroid on Cloud, since the IT spending on Web...
Even In 2014, Attackers are on steroid on Cloud, since the IT spending on Web...Even In 2014, Attackers are on steroid on Cloud, since the IT spending on Web...
Even In 2014, Attackers are on steroid on Cloud, since the IT spending on Web...
 
Eenvoudig geld besparen met de Bespaartips Top 50
Eenvoudig geld besparen met de Bespaartips Top 50Eenvoudig geld besparen met de Bespaartips Top 50
Eenvoudig geld besparen met de Bespaartips Top 50
 
Promoting SSA Tucson's Spring Festival 2013
Promoting SSA Tucson's Spring Festival  2013Promoting SSA Tucson's Spring Festival  2013
Promoting SSA Tucson's Spring Festival 2013
 
Onderzoek geld lenen in Nederland 2014
Onderzoek geld lenen in Nederland 2014Onderzoek geld lenen in Nederland 2014
Onderzoek geld lenen in Nederland 2014
 
How to choose a frieght fowarding agent
How to choose a frieght fowarding agentHow to choose a frieght fowarding agent
How to choose a frieght fowarding agent
 
Inf consultant
Inf consultantInf consultant
Inf consultant
 
Are you a fool for quizzes
Are you a fool for quizzesAre you a fool for quizzes
Are you a fool for quizzes
 
Zmoviedb
ZmoviedbZmoviedb
Zmoviedb
 

Similaire à Berbicara soal agama

Mengapa Orang Malas Serius Beragama
Mengapa Orang Malas Serius BeragamaMengapa Orang Malas Serius Beragama
Mengapa Orang Malas Serius Beragama
AidilRizali
 
Tugas makalah agama kristen1
Tugas makalah agama kristen1Tugas makalah agama kristen1
Tugas makalah agama kristen1
Esra Pelawi
 
Sayyid qutb haza ad-deen
Sayyid qutb   haza ad-deenSayyid qutb   haza ad-deen
Sayyid qutb haza ad-deen
Imran
 
Manusia Dan Trasendensi Diri
Manusia Dan Trasendensi DiriManusia Dan Trasendensi Diri
Manusia Dan Trasendensi Diri
Natalia Gultom
 
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
Triez Triadhie
 

Similaire à Berbicara soal agama (20)

Ketika cahaya hidayah menerangi qalbu
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbuKetika cahaya hidayah menerangi qalbu
Ketika cahaya hidayah menerangi qalbu
 
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
How islam touched their hearts (Ketika Cahaya Hidayah Menerangi Qalbu)
 
Hj. irene handonomendapathidayahdibiara...
Hj.  irene handonomendapathidayahdibiara...Hj.  irene handonomendapathidayahdibiara...
Hj. irene handonomendapathidayahdibiara...
 
ibu generasi.pptx
ibu generasi.pptxibu generasi.pptx
ibu generasi.pptx
 
Cerita muallaf
Cerita muallafCerita muallaf
Cerita muallaf
 
UTS INKLUSIF VIAN.docx
UTS INKLUSIF VIAN.docxUTS INKLUSIF VIAN.docx
UTS INKLUSIF VIAN.docx
 
Kisah mualaf pendeta masuk islam
Kisah  mualaf   pendeta masuk islamKisah  mualaf   pendeta masuk islam
Kisah mualaf pendeta masuk islam
 
Mengapa Orang Malas Serius Beragama
Mengapa Orang Malas Serius BeragamaMengapa Orang Malas Serius Beragama
Mengapa Orang Malas Serius Beragama
 
Josepsangmuallaf
JosepsangmuallafJosepsangmuallaf
Josepsangmuallaf
 
Tugas makalah agama kristen1
Tugas makalah agama kristen1Tugas makalah agama kristen1
Tugas makalah agama kristen1
 
Kenapa seorang ibu harus terdidik?
Kenapa seorang ibu harus terdidik?Kenapa seorang ibu harus terdidik?
Kenapa seorang ibu harus terdidik?
 
Sayyid qutb haza ad-deen
Sayyid qutb   haza ad-deenSayyid qutb   haza ad-deen
Sayyid qutb haza ad-deen
 
12.000 orang belanda menjadi mualaf
12.000 orang belanda menjadi mualaf12.000 orang belanda menjadi mualaf
12.000 orang belanda menjadi mualaf
 
Ke nu an
Ke nu anKe nu an
Ke nu an
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
Kumpulan penulis blog islam yang tidak masuk akal
Kumpulan penulis blog islam yang tidak masuk akalKumpulan penulis blog islam yang tidak masuk akal
Kumpulan penulis blog islam yang tidak masuk akal
 
Manusia Dan Trasendensi Diri
Manusia Dan Trasendensi DiriManusia Dan Trasendensi Diri
Manusia Dan Trasendensi Diri
 
Testimony
Testimony Testimony
Testimony
 
Tokoh - tokoh Islam
Tokoh - tokoh IslamTokoh - tokoh Islam
Tokoh - tokoh Islam
 
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
12 robiul awal tahun gajah seorang manusia agung dilahirkan di kota mekkah
 

Berbicara soal agama

  • 1. BERBICARA soal agama, wanita kelahiran Filipina, Melissa Perez, selama ini hanya mengetahui bahawa di dunia ini, cuma satu agama sahaja yang wujud, iaitu agama Kristian. Tidak seorang pun daripada ahli keluarganya tahu tentang kewujudan agama Islam. Sebabnya mereka tidak pernah terdedah, apa lagi diajarkan mengenai agama tersebut. Malah akui Melissa, agama-agama lain tidak sehebat atau setanding dengan agama anutan yang diwarisi sejak turun temurun itu. Baginya, orang Islam itu adalah pembunuh kerana mereka sanggup menyembelih orang yang di sekeliling mereka apabila mereka marah. Itulah yang difahami Melissa menerusi cerita-cerita yang disampaikan oleh ibunya. Ditambah pula, di tempat dia dibesarkan, jarang kelihatan orang Islam bergaul dengan orang Kristian. Malah kebiasaannya orang Kristian tidak ada yang berjiran mahupun berkawan dengan orang Islam. Boleh dikatakan tidak wujud satu hubungan di antara dua agama ini, sebab itulah masing-masing mempunyai komuniti mereka tersendiri. Sehingga kini pun, kata Melissa, orang Islam asyik berperang dan bertelagah dengan kerajaan Filipina mendesak agar diberikan satu wilayah yang merdeka untuk mereka mentadbirnya sendiri.Melissa dilahirkan dalam keluarga yang kuat kepatuhan dan pengamal setia tradisi Katholik. Hakikatnya keseluruhan keluarganya sejak generasi ke generasi malah jiran dan sahabatnya adalah mereka yang seagama.Sungguhpun mereka percaya dengan satu tuhan, tetapi 'Tuhan Yang Satu' itu ada ketikanya dipanggil Nabi Isa dan pada masa yang lain juga di panggil Bapa. Ia agak mengelirukan Melissa.Sedari muda, Melissa sudah belajar hidup berdikari. Kehidupannya pada masa itu, amat perit dan penuh pancaroba. Ditambah dengan perceraian ibu bapanya, Melissa dan ibu terpaksa menumpang di rumah saudara mara. Keperitan hidup itulah menjadikan Melissa seorang gadis yang tabah sehinggakan pada usianya 18 tahun dia bersama ibunya sanggup bekerja di luar negara dengan matlamat memiliki rumah sendiri di Filipina, suatu hari nanti. Berkat usaha dan tidak kenal putus asa, akhirnya, pada usia 23 tahun impian dua beranak ini tercapai jua.Menceritakan pengalaman bergelar perantau, Melissa mengakui sejak mencari rezeki di negara orang, dia mula terdedah dengan pelbagai budaya, tradisi, kepercayaan dan perbezaan cara hidup serta membina kenalan baru. Semuanya ternyata jauh berbeza dengan cara bagaimana dia dibesarkan.Ketika di negeri orang inilah Melissa menjalani kehidupan yang serba bebas sehingga membawa kepada perlakuan maksiat dan melakukan dosa. Pun begitu, pada usia 29 tahun, Melissa berhasrat memulakan hidup berkeluarga. Perkenalan dengan seorang lelaki dari Mesir menerusi Internet telah membina bibit-bibit cinta antara mereka.Berborak menerusi laman sembang hanya berlarutan selama dua bulan sebelum Melissa mengambil keputusan terbang ke Mesir untuk bertemu dengan jejaka yang mencuri hatinya itu. Kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Melissa akhirnya menerima lamaran si jejaka.Pada peringkat awal perkahwinan, dia agak bingung dengan ikatan kerana berbeza agama. Bagaimana harus dihadapi situasi ini? "Namun apabila diyakinkan bahawa mereka boleh bersatu, saya terima pandangan suami. Bagaimanakah reaksi keluarga? Sekali lagi saya di dalam dilema, apa lagi bila mereka mengetahui yang saya berkahwin dengan pemuda Islam yang baru dikenali dua bulan."Saya ini jenis yang tidak akan berpatah balik apabila sudah membuat keputusan. Jadi, walau apa yang menghalang, saya tetap dengan keputusan yang dibuat. Saya percaya tuhan sentiasa bersama saya kerana selama ini kepada-Nya saya berserah. "Saya berkahwin di Mesir dan kemudian kami berpindah ke Hong Kong untuk memulakan kehidupan baru. Pada awal penghijrahan,
  • 2. suamimengalami kejutan budaya memandangkan itulah pengalaman pertama keluar dari tanah kelahiran," kongsi Melissa di laman web IslamOnline.net.Oleh kerana sudah terbiasa menghadirkan diri ke gereja pada setiap Ahad, Melissa pernah mengajak suaminya ikut serta. Suaminya tidak keberatan malah pernah juga membantunya dengan aktiviti gereja.Pernah suatu ketika, suami Melissa memberitahu yang dia hendak kembali mempraktikkan agama Islam yang selama ini menjadi pegangan dan kepercayaannya. Dia mula belajar dan mempraktikkan ajaran Islam. Dia mula sembahyang dan berpuasa. Itulah pertama kali dalam hidupnya Melissa memerhatikan cara umat Islam mengagungkan tuhan mereka. Pada masa yang sama, suaminya mula mengikuti kelas-kelas pengajian Islam, memperbanyakan membaca berkaitan Islam dan ilmu yang diperoleh itu dipanjangkan kepada Melissa."Pada awalnya saya meluat mendengarnya kerana saya lebih agungkan Nabi Isa. Namun apabila saya mengetahui bahawa orang Islam juga mencintai Nabi Isa, saya mula belajar tentang Islam dan seterusnya memperoleh banyak maklumat mengenai ajaran Islam."Apa yang begitu menyentuh saya ialah melihat umat Islam solat terutamanya ketika sujud. Ia bagaikan menyedarkan saya bahawa itulah cara yang betul menunjukkan ketaatan kepada Allah iaitu dengan rukuk dan sujud. Itulah sewajarnya hak Allah."Saya teringin melakukan solat sedemikian rupa tetapi masih tidak yakin untuk bertukar kepada agama Islam. Ketika kami pulang ke Filipina, saya ada ajukan pertanyaan kepada suami bolehkah dia bersolat bersama tanpa perlu menjadi Muslim?," katanya lagi. Solat Akui Melissa, setelah beberapa kali solat cara orang Islam, dia menyukainya cuma agak keberatan apabila mengetahui ia wajib dilaksanakan lima kali sehari selain melaksanakan amalan wajib yang lain. Bab bertudung juga menjadi satu hal yang membebankan Melissa. Apa lagi, dia tidak mengetahui langsung siapakah pula gerangannya Nabi Muhammad itu.Melissa diberitahu oleh suaminya bahawa dia boleh belajar secara perlahan-lahan. Tidak perlu memaksa diri mempelajari semuanya dalam tempoh sehari semalam. Malah dia juga tidak bertudung selagi belum bersedia serta mengetahui hikmah di sebaliknya.Walaupun suami Melissa tidak mendesaknya agar segera bersyahadah, namun dia sentiasa berpesan kepadanya jangan melengah-lengahkan perkara yang baik kerana kita tidak tahu bila nyawa diambil Tuhan."Pada suatu hari saya mendegar ceramah agama bertajuk 'Matlamat Kehidupan' oleh Sheikh Khalid Yasin. Satu persoalan yang dikemukakan penceramah iaitu mengapa kita tidak boleh mengakui Allah dan Muhammad adalah pesuruh-Nya. Adakah kita angkuh atau bongkak?" kata Melissa.Sebaik mendengar ungkapan di atas, hati Melissa terbuka untuk bergelar Muslim dan tidak mahu dianggap seorang yang bersifat bongkak. Akhirnya, selepas tamat mendengar rakaman ceramah itu, Melissa mengucap dua kalimah syahadah.Pembelajaran Melissa mengenai Islam berterusan sehingga sekarang. Hakikatnya, tidak ada penghujung dalam kita menuntut ilmu. Bak kata pepatah Arab, "Carilah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahat". Membaca buku Sebaik diri bergelar Muslim, Melissa ada membaca buku karangan Abdul Malik LeBlanc berjudul, The Bible Led Me To Islam. Buku itu memberinya inspirasi dan membuka minda bahawa Allah itu Esa dan Nabi Isa itu adalah salah seorang rasul Allah.
  • 3. Malah buku kecil yang berjudul The Gift of Muhammad, sentiasa menjadi ilham dan penunjuk untuk mengenali Baginda SAW. Sepotong kata-kata Baginda yang berbunyi Jika engkau datang kepadaku berjalan, aku akan datang kepadanya berlari. (riwayat Bukhari) Menakjubkan bukan?Bila menyentuh kewajipan menutup aurat terutamanya dalam pemakaian tudung, Melissa mengakui ia bukanlah mudah, lebih-lebih lagi setelah 30 tahun selesa dengan pakaian moden dan mengikut trend. Paling merisaukan Melissa ialah tanggapan dan pandangan kenalan apabila perubahannya berpakaian.Namun, apabila menyoal kembali Allah atau orang? Jawapannya tentu Allah. Sejak itu dia tekad bertudung bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah yang telah mengkabulkan segala yang saya pohon selama ini. Alhamdulillah, beberapa bulan selepas melafazkan syahadah, kurniaan Allah tidak putus-putus apabila dapat berpeluang mengerjakan haji di Mekah. Berada di sana mengukuhkan lagi kepercayaannya kepada Allah dan Melissa tahu bahawa dia berada di landasan yang betul serta diredai Allah."Tidak ada perkataan yang mampu menggambarkan kegembiraan di hati ini. Malah sebaik melangkahkan kaki ke masjid suci, Masjidil Haram dan menyaksikan Kaabah, air mata kegembiraan mengalir laju. Saya berasa cukup tenang saat itu."Hari demi hari, kehidupan saya terus berubah kepada lebih baik. Akhirnya saya temui ketenangan yang dicari selama ini," jelasnya. Sumber : Utusan Malaysia Al Kisah Mereka Wanita Filipina Tertarik Dengan Sholat Guna font size Medium 2. Guna ayat yg pendek2 dan mudah dibaca dgn membuat perenggan2 agar mudah difahami point2 pentingnya 3. Hanya perlu tekan reply, JANGAN buat topik baru.. 4. Sila sertakan fakta yg jelas + rujukan 5. Terlibat sebanyak 3 kali sekurangnya2 dalam setiap tajuk, 1 kali yg pertama memberi respon soalan ustazah dan 2 kali lagi respon posting rakan2 lain... Assalamualaikum dan salam ukhwah, Bercerita berkenaan hakikat ketuhanan ini memang tidak boleh dinafikan kerana Allah telah menjadikan fitrah manusia itu ingin
  • 4. Assalamualaikum dan salam ukhwah, Bercerita berkenaan hakikat ketuhanan ini memang tidak boleh dinafikan kerana Allah telah menjadikan fitrah manusia ingin berkomunikasi,berseksualiti,bersosialisasi,berilmu,berintegriti dan sebagainya.Pada hakikatnya fitrah-fitrah ini bertitik tolak dari satu fitrah yang paling asas iaitu fitrah beragama,bila disebut fitrah beragama fenomena ini tidak boleh lari dari kenyataan bahawa setiap manusia yang dijadikan oleh KhalikNya sudah pasti akan tercari-cari atau mencari-cari siapakah Penciptannya. Persoalan ini juga telah bermain dalam fikiran suami anak buah saya (keturunan orang asli) sebagaimana kita tahu masyarakat orang asli ini hidup dalam keadaan serba kekurangan baik dari segi ekonomi mahupun arus pembangunan.Mereka juga tidak mempercayai kewujudan tuhan atau tidak mempercayai sebarang bentuk penyembahan.Keadaan ini telah menyalahi fitrah manusia yang sentiasa mencari Penciptanya,fitrah inilah juga yang menjadikannya mencari siapa Khaliknya,bagaimanakah bentuk penyembahan yang sepatutnya.Pencarian Khalik ini telah bermain difikirannya semenjak ia bersekolah rendah lagi,dimana ia sering berkawan dengan masyarakat melayu semasa di sekolah rendah. Apabila memasuki alam remaja ,ketika di sekolah menengah ia telah bersekolah di sekolah berasrama penuh.Persekitaran asrama yang membuatkannya bergaul dengan ramai murid melayu sepanjang masa ,telah menjadikan ia sangat tertarik dengan islam.tetapi pada masa yang sama ia keliru kerana persekitarannya menunjukkan juga segelintir pelajar melayu yang melanggar displin,merokok dan melakukan perkara-perkara yang sama dengan masyarakat orang asli.Bermula daripada itu ia mula mendekati guru-guru yang beragama islam untuk bertanya soal-soal agama dan kehidupan. Pencarian hakikat kebenaran bertuhan ini tidak habis di sekolah menengah sahaja,sehinggalah beliau melanjutkan pengajian di UPM,di situlah bermulanya beliau membaca dan mengkaji hakikat beragama serta membuat perbandingan diantara agama islam dengan agama-agama yang lain.Ternyata Allah memberi pertunjuk dan hidayah kepadanya,dimana beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu dalam tahun akhir di UPM.Kini beliau telah berkeluarga dan isterinya merupakan seorang wanita melayu beragama islam dan beliau mengakui bahawa kehidupannya lebih tenang dan berperaturan selepas beliau mengucap dua kalimah syahadah.Bertepatanlah dengan firman Allah dalam surah AL Hadid ayat 3:’Wahai sekelian manusia, kamu semua berhajat kepada Allah,sedang Allah itu yang maha kaya lagi maha terpuji.Kesimpulannya jika individu itu mencari Khaliknya atas kesedaran dan keinginannya sudah pasti Allah akan memberi hidayahnya tetapi jika ia memeluk agama islam kerana perkahwinan belum tentu ia boleh meyakini kewujudan Allah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.