SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Télécharger pour lire hors ligne
DASAR PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN
1. LATARBELAKANG
Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini adalah bagi memenuhi fungsi Perpustakaan
Negara Malaysia yang diperuntukkan dalam Bahagian II Seksyen 4(2)(c) dan 4(2)(p)
Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667):
4(2)(c) “memperolehi dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber-sumber
perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang
mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan
negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan
yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang
terkumpul”
4(2)(p) “meminjam, menjual atau secara lain melupuskan sumber-sumber
perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan”
2. SKOP
Dasar ini digunapakai sebagai garis panduan untuk pengurusan pelupusan koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia kecuali bahan yang telah didaftarkan untuk Koleksi
Negara dan naskhah yang disimpan bagi maksud pemuliharaan serta koleksi khas
dengan mengambil kira dasar dan peraturan berikut:
2.1 Dasar-dasar lain yang berkaitan.
2.2 Prosidur pelupusan bahan bercetak sebagaimana ditetapkan dalam Surat
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997, Garis Panduan Pelupusan
Aset Dan Barang Kerajaan atau mana-mana peraturan yang diterima pakai
dari semasa ke semasa.
- 1 -
3. DEFINISI
3.1 Koleksi
Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667), Bahagian I Seksyen
2(2), mentakrifkan koleksi sebagai:
“…sumber-sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di
dalam Perpustakaan;”
3.2 Sumber Perpustakaan
Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian I Seksyen
2(2), mentakrifkan sumber-sumber perpustakaan sebagai:
“apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di
dalamnya maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar ulang,
termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah,
peta, mikrofom, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam,
rakaman video dan audio dan lain-lain rakaman pada kertas, filem atau lain-
lain bahan dan pengeluaran ulangnya;”
3.3 Koleksi Khas
Koleksi Khas terdiri daripada sumber perpustakaan yang meliputi koleksi
Nadir, koleksi Realia, koleksi Manuskrip Melayu, koleksi Peribadi dan
koleksi Fana.
3.4 Pilih Buang (Weeding)
Proses memilih dan mengeluarkan dari penggunaan awam sesuatu sumber
perpustakaan yang jarang digunakan untuk disimpan di dalam ruang stek. Ia
juga termasuk mengeluarkan sumber perpustakaan yang telah rosak untuk
dilupuskan.
- 2 -
3.5 Pelupusan
Pelupusan adalah satu proses di mana sesuatu aset/barang awam yang secara
fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diperlukan
dan harus dikeluarkan dari simpanan dan rekod. Definisi pelupusan diterima
pakai seperti dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997
Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan.
3.6 Hapus Kira
Hapuskira adalah satu proses di mana sesuatu kehilangan aset/barang awam
telah berlaku dan aset/barang/wang tiada lagi secara fizikal dalam simpanan
dan kelulusan diperlukan untuk mengeluarkan daripada rekod atau akaun
Kementerian/Jabatan. Contohnya: buku-buku pinjaman yang tidak
dipulangkan dalam tempoh masa setahun akan dikeluarkan dari rekod OPAC.
Definisi hapuskira diterima pakai seperti dalam Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan
Barang Kerajaan.
4. OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan satu panduan pengurusan pelupusan koleksi yang dijalankan
secara sistematik, teratur dan berterusan.
4.2 Memastikan judul yang mempunyai nilai penyelidikan dan sejarah yang
didapati rosak, hilang atau tidak dapat dikesan di dalam koleksi diperolehi
semula.
4.3 Mengoptimakan penggunaan ruang yang sedia ada untuk koleksi
perpustakaan.
4.4 Memastikan sumber perpustakaan sentiasa mantap, sempurna, terkini dan
relevan untuk menyokong keperluan rujukan dan penyelidikan.
- 3 -
5. STRATEGI
5.1 Mengemaskini koleksi perpustakaan secara pilih buang melalui aktiviti
Bahagian yang berterusan.
5.2 Melaksanakan aktiviti pengambilan stok, pelupusan dan hapuskira koleksi
sumber perpustakan secara berjadual dan mengikut prosidur yang ditetapkan.
6. AKTIVITI
6.1 Menjalankan aktiviti pilih buang koleksi berpandukan kriteria yang telah
ditetapkan.
6.2 Melaksanakan aktiviti pengambilan stok koleksi secara berperingkat sekurang-
kurangnya setahun sekali.
6.3 Mengambil tindakan pelupusan dan hapuskira dalam masa sebulan selepas
pengambilan stok mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun
1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan.
6.4 Mengemaskini pangkalan data BINAR bagi setiap sumber perpustakaan yang
telah dibuat pelupusan dan hapuskira.
6.5 Memperolehi semula sumber perpustakaan yang telah dilupus atau dihapus
kira. Sekiranya tiada sumber perpustakaan dalam bentuk asal, salinan bagi
sumber yang mempunyai nilai penyelidikan yang sering dirujuk atau dipinjam
akan diperolehi. (Sila rujuk perkara 7.1.1(a))
6.6 Menyalurkan bahan-bahan lupus yang terpilih kepada Unit Hadiah &
Pertukaran.
- 4 -
7. KRITERIA
Kriteria pilih buang dan pelupusan berpandukan kepada dasar Jabatan yang berkaitan
dengan sumber perpustakaan dan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
a. Kriteria Pilih Buang
i. Keadaan Fizikal
(a) Sumber perpustakaan yang rosak dan masih boleh digunakan
tetapi kos pembaikan adalah lebih tinggi dari kos gantian.
(b) Kebanyakan muka surat sumber telah hilang atau rosak dan
tidak boleh diperbaiki lagi.
(c) Bahan sumber media yang rosak dan tidak boleh dirawat atau
dibaiki.
ii. Kandungan / Teks Sumber
(a) Sumber yang kandungannya tidak sesuai dengan objektif serta
dasar semasa Perpustakaan Negara Malaysia.
(b) Maklumat atau fakta yang tidak tepat, tidak terkini atau kurang
nilai karya.
(c) Surat khabar dalam bentuk asal yang diterbitkan lebih daripada
2 tahun.
iii. Edisi
Edisi lama yang telah digantikan dengan edisi baru dalam format cetak
atau bukan cetak kecuali sumber yang telah didaftar dalam simpanan
Koleksi Negara atau naskhah yang disimpan bagi maksud
pemuliharaan.
- 5 -
iv. Bahasa
Sumber perpustakaan dalam bahasa asing selain daripada bahasa
rumpun Melayu dan bahasa Inggeris yang diperolehi melalui program
sumbangan rasmi tertakluk kepada persefahaman.
v. Tahun Penerbitan
Sumber perpustakaan yang berusia lebih daripada 20 tahun dari tarikh
penerbitan kecuali:
(a) Sumber perpustakaan yang berunsur klasik atau karya agung
dan novel tersohor.
(b) Karya yang memenangi anugerah kesusasteraan tempatan dan
antarabangsa seperti Pulitzer Prize dan hadiah kesusasteraan
lain.
(d) Koleksi pinjaman yang sirkulasi masih aktif.
(e) Terbitan Bersiri tempatan yang tidak terdapat dalam bentuk
atau format yang lain.
vi. Naskhah Lebihan
Bahan yang telah melebihi bilangan yang diperlukan dalam koleksi
Perpustakaan Negara Malaysia
7.1.7 Kekerapan Penggunaan
Sumber perpustakaan yang jarang sekali dirujuk dalam jangka masa
dua tahun.
b. Kriteria Pelupusan
Kriteria pelupusan adalah sama dengan kriteria pilih buang kecuali para 7.1.6
dan 7.1.7 yang akan disimpan dalam bilik stek.
- 6 -
8. PENGEMASKINIAN REKOD
Entri katalog bagi sumber perpustakaan yang dipilih buang, dilupus dan dihapus kira
akan dikemas kini untuk memudahkan pengesanan.
9. PENGEMASKINIAN DASAR
Dasar ini perlu dikemas kini dari semasa kesemasa mengikut perubahan objektif dan
dasar Jabatan dan keperluan maklumat negara.
10.TARIKH KUATKUASA
Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini berkuatkuasa mulai tarikh diluluskan oleh
Ketua Pengarah.
Diluluskan oleh: ………………………………..
(ZAWIYAH BT. BABA)
Pem. Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh: ……… 15 Oktober 2001 ……..
- 7 -
- 8 -
Sumber Rujukan
1. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667)
2. Garispanduan Pelupusan Bahan-Bahan Bercetak/Kertas Terpakai Surat Kementerian
Kewangan Bil. KB 557/97/54 Jld. 4(47) bertarikh 3 November 1993
3. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset
dan Barang Kerajaan
4. Nota Kursus Pengurusan Aset Awam (INTAN)
5. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Perpustakaan Negara Malaysia
bil. 2/2000 bertarikh 28 September 2000.

Contenu connexe

En vedette

Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

En vedette (20)

AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 

Dasar lupus

  • 1. DASAR PELUPUSAN SUMBER PERPUSTAKAAN 1. LATARBELAKANG Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini adalah bagi memenuhi fungsi Perpustakaan Negara Malaysia yang diperuntukkan dalam Bahagian II Seksyen 4(2)(c) dan 4(2)(p) Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667): 4(2)(c) “memperolehi dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber-sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul” 4(2)(p) “meminjam, menjual atau secara lain melupuskan sumber-sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan” 2. SKOP Dasar ini digunapakai sebagai garis panduan untuk pengurusan pelupusan koleksi Perpustakaan Negara Malaysia kecuali bahan yang telah didaftarkan untuk Koleksi Negara dan naskhah yang disimpan bagi maksud pemuliharaan serta koleksi khas dengan mengambil kira dasar dan peraturan berikut: 2.1 Dasar-dasar lain yang berkaitan. 2.2 Prosidur pelupusan bahan bercetak sebagaimana ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997, Garis Panduan Pelupusan Aset Dan Barang Kerajaan atau mana-mana peraturan yang diterima pakai dari semasa ke semasa. - 1 -
  • 2. 3. DEFINISI 3.1 Koleksi Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667), Bahagian I Seksyen 2(2), mentakrifkan koleksi sebagai: “…sumber-sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di dalam Perpustakaan;” 3.2 Sumber Perpustakaan Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian I Seksyen 2(2), mentakrifkan sumber-sumber perpustakaan sebagai: “apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkod, disimpan, dipamer atau dikeluar ulang, termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikrofom, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video dan audio dan lain-lain rakaman pada kertas, filem atau lain- lain bahan dan pengeluaran ulangnya;” 3.3 Koleksi Khas Koleksi Khas terdiri daripada sumber perpustakaan yang meliputi koleksi Nadir, koleksi Realia, koleksi Manuskrip Melayu, koleksi Peribadi dan koleksi Fana. 3.4 Pilih Buang (Weeding) Proses memilih dan mengeluarkan dari penggunaan awam sesuatu sumber perpustakaan yang jarang digunakan untuk disimpan di dalam ruang stek. Ia juga termasuk mengeluarkan sumber perpustakaan yang telah rosak untuk dilupuskan. - 2 -
  • 3. 3.5 Pelupusan Pelupusan adalah satu proses di mana sesuatu aset/barang awam yang secara fizikalnya masih ada dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau diperlukan dan harus dikeluarkan dari simpanan dan rekod. Definisi pelupusan diterima pakai seperti dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. 3.6 Hapus Kira Hapuskira adalah satu proses di mana sesuatu kehilangan aset/barang awam telah berlaku dan aset/barang/wang tiada lagi secara fizikal dalam simpanan dan kelulusan diperlukan untuk mengeluarkan daripada rekod atau akaun Kementerian/Jabatan. Contohnya: buku-buku pinjaman yang tidak dipulangkan dalam tempoh masa setahun akan dikeluarkan dari rekod OPAC. Definisi hapuskira diterima pakai seperti dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. 4. OBJEKTIF 4.1 Mewujudkan satu panduan pengurusan pelupusan koleksi yang dijalankan secara sistematik, teratur dan berterusan. 4.2 Memastikan judul yang mempunyai nilai penyelidikan dan sejarah yang didapati rosak, hilang atau tidak dapat dikesan di dalam koleksi diperolehi semula. 4.3 Mengoptimakan penggunaan ruang yang sedia ada untuk koleksi perpustakaan. 4.4 Memastikan sumber perpustakaan sentiasa mantap, sempurna, terkini dan relevan untuk menyokong keperluan rujukan dan penyelidikan. - 3 -
  • 4. 5. STRATEGI 5.1 Mengemaskini koleksi perpustakaan secara pilih buang melalui aktiviti Bahagian yang berterusan. 5.2 Melaksanakan aktiviti pengambilan stok, pelupusan dan hapuskira koleksi sumber perpustakan secara berjadual dan mengikut prosidur yang ditetapkan. 6. AKTIVITI 6.1 Menjalankan aktiviti pilih buang koleksi berpandukan kriteria yang telah ditetapkan. 6.2 Melaksanakan aktiviti pengambilan stok koleksi secara berperingkat sekurang- kurangnya setahun sekali. 6.3 Mengambil tindakan pelupusan dan hapuskira dalam masa sebulan selepas pengambilan stok mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan. 6.4 Mengemaskini pangkalan data BINAR bagi setiap sumber perpustakaan yang telah dibuat pelupusan dan hapuskira. 6.5 Memperolehi semula sumber perpustakaan yang telah dilupus atau dihapus kira. Sekiranya tiada sumber perpustakaan dalam bentuk asal, salinan bagi sumber yang mempunyai nilai penyelidikan yang sering dirujuk atau dipinjam akan diperolehi. (Sila rujuk perkara 7.1.1(a)) 6.6 Menyalurkan bahan-bahan lupus yang terpilih kepada Unit Hadiah & Pertukaran. - 4 -
  • 5. 7. KRITERIA Kriteria pilih buang dan pelupusan berpandukan kepada dasar Jabatan yang berkaitan dengan sumber perpustakaan dan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: a. Kriteria Pilih Buang i. Keadaan Fizikal (a) Sumber perpustakaan yang rosak dan masih boleh digunakan tetapi kos pembaikan adalah lebih tinggi dari kos gantian. (b) Kebanyakan muka surat sumber telah hilang atau rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. (c) Bahan sumber media yang rosak dan tidak boleh dirawat atau dibaiki. ii. Kandungan / Teks Sumber (a) Sumber yang kandungannya tidak sesuai dengan objektif serta dasar semasa Perpustakaan Negara Malaysia. (b) Maklumat atau fakta yang tidak tepat, tidak terkini atau kurang nilai karya. (c) Surat khabar dalam bentuk asal yang diterbitkan lebih daripada 2 tahun. iii. Edisi Edisi lama yang telah digantikan dengan edisi baru dalam format cetak atau bukan cetak kecuali sumber yang telah didaftar dalam simpanan Koleksi Negara atau naskhah yang disimpan bagi maksud pemuliharaan. - 5 -
  • 6. iv. Bahasa Sumber perpustakaan dalam bahasa asing selain daripada bahasa rumpun Melayu dan bahasa Inggeris yang diperolehi melalui program sumbangan rasmi tertakluk kepada persefahaman. v. Tahun Penerbitan Sumber perpustakaan yang berusia lebih daripada 20 tahun dari tarikh penerbitan kecuali: (a) Sumber perpustakaan yang berunsur klasik atau karya agung dan novel tersohor. (b) Karya yang memenangi anugerah kesusasteraan tempatan dan antarabangsa seperti Pulitzer Prize dan hadiah kesusasteraan lain. (d) Koleksi pinjaman yang sirkulasi masih aktif. (e) Terbitan Bersiri tempatan yang tidak terdapat dalam bentuk atau format yang lain. vi. Naskhah Lebihan Bahan yang telah melebihi bilangan yang diperlukan dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia 7.1.7 Kekerapan Penggunaan Sumber perpustakaan yang jarang sekali dirujuk dalam jangka masa dua tahun. b. Kriteria Pelupusan Kriteria pelupusan adalah sama dengan kriteria pilih buang kecuali para 7.1.6 dan 7.1.7 yang akan disimpan dalam bilik stek. - 6 -
  • 7. 8. PENGEMASKINIAN REKOD Entri katalog bagi sumber perpustakaan yang dipilih buang, dilupus dan dihapus kira akan dikemas kini untuk memudahkan pengesanan. 9. PENGEMASKINIAN DASAR Dasar ini perlu dikemas kini dari semasa kesemasa mengikut perubahan objektif dan dasar Jabatan dan keperluan maklumat negara. 10.TARIKH KUATKUASA Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan ini berkuatkuasa mulai tarikh diluluskan oleh Ketua Pengarah. Diluluskan oleh: ……………………………….. (ZAWIYAH BT. BABA) Pem. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Tarikh: ……… 15 Oktober 2001 …….. - 7 -
  • 8. - 8 - Sumber Rujukan 1. Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) 2. Garispanduan Pelupusan Bahan-Bahan Bercetak/Kertas Terpakai Surat Kementerian Kewangan Bil. KB 557/97/54 Jld. 4(47) bertarikh 3 November 1993 3. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1997 Garis Panduan Pelupusan Aset dan Barang Kerajaan 4. Nota Kursus Pengurusan Aset Awam (INTAN) 5. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Perpustakaan Negara Malaysia bil. 2/2000 bertarikh 28 September 2000.