SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  48
Télécharger pour lire hors ligne
jba0098@moe.edu.my
SK TAMAN SERI KOTA
07- 4679227
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI KOTA
JALAN PERDANA, TAMAN SERI KOTA,
83700 YONG PENG, BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM
Unit Disiplin SKTSK~HEM 1
MAKLUMAT MURID
Nama : ……….........……………………………
Jantina: ……………….....…
Kelas : ……………….....…
Tarikh Lahir : ……………….....…
No. S/B : …………………..…
Alamat Rumah:…..…………………………………
...………………………………………………………
.…………………………………………………….....
No. Tel Rumah : …………….............
No. Tel (Pejabat) : ……………….....…
No. H/p Bapa: ……………….....…
No. H/p Ibu : …………………..…
Unit Disiplin SKTSK~HEM 2
1. PENDAHULUAN
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :
a. kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang.
b. kesanggupan sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib.
c. kesanggupan menghormati hak individu lain.
d. kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak mengganggu kepentingan orang lain.
e. kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan
lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan;
f. kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi
usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada
masyarakat.
1. Bagi menjalankan kuasa yang dipenuhkan di dalam
Education (School Dicipline) Regulation 1959 seksyen 4
dan 6, maka saya sebagai Guru Besar SK Taman Seri
Kota dengan ini membuat peraturan yang
dikuatkuasakan sepanjang tahun ke atas semua murid
SK Seri Kota.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 3
2. Peraturan ini dinamakan ‘Peraturan Dan Disiplin
Sekolah (Untuk Murid)’.
3. Mana-mana murid atau kumpulan yang didapati
melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan
tindakan disiplin.
4. Peraturan dalam buku ini boleh dimansuhkan, dipinda
dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan ke
dalamnya. Dari masa ke semasa undang-undang kecil
juga dibuat dan dikuatkuasakan.
1. PENGUATKUASAAN
1. Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan
kakitangan sekolah diberi kuasa untuk
menguatkuasakan peraturan sekolah.
2. KUASA MENGHUKUM
1. Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru yang
telah diberi kuasa oleh Guru Besar.
Guru Besar
Pengerusi Lembaga Disiplin Sekolah
Unit Disiplin SKTSK~HEM 4
WAWASAN SEKOLAH
Kami berhasrat memberi pendidikan bertaraf dunia dengan
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagl mematuhi
keperluan masyarakat, bangsa dan negara dengan penuh tekad
dan dedikasl melalui penggunaan teknologl terkini.
RUKUNEGARA
Maka kami rakyat Malaysia berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut ;
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MlSI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Unit Disiplin SKTSK~HEM 5
MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan murid-murid yang berilmu berpengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara
IKRAR MURID
Bahawasanya kami
murid-murid SK Taman Seri Kota berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai matlamat dan cita-cita kami
sebagai murid yang berjaya dan cemerlang
dalam pendidikan.
Kami juga berikrar
Akan sentiasa taat kepada ibu bapa, guru-guru
mematuhi peraturan-peraturan sekolah
serta menjaga nama baik sekolah
berlandaskan prinsip-prinsip
Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
Unit Disiplin SKTSK~HEM 6
LAGU NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita Selamat bertakhta
LAGU BANGSA JOHOR
Allah peliharakan Sultan
Anugerahkannya segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
5
Unit Disiplin SKTSK~HEM 7
LAGU SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota
Berilmu Bermoral mottonya
Berdiri megah penuh bangga ,
Mendidik putera puterinya.
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota’
Kebanggaan kami semua
Azam dan visi capai cita
Pewaris generasi merdeka.
Chorus;
Kami sedia,kami rela,
Curahkan segala,
Hormati guru dan ibu bapa,
Berakhlah mulia.
Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota,
Berbilang bangsa penghuninya,
Rajin berusaha pastikan Berjaya,
Demi agama bangsa dan Negara.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 8
1. WAKTU PERSEKOLAHAN
1. Kehadiran ke sekolah adalah wajib.
2. Waktu persekolahan 7.30 pagi hingga 1.30 petang.
3. Semua murid mesti sampai ke sekolah sebelum 7.15 pagi.
Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.15 pagi untuk
mengikuti “Program Pagi”.
4. Apabila loceng dibunyikan, semua murid berhimpun di
Dataran Kejat atau mana-mana tempat yang diarahkan
mengikut kelas masing-masing dengan kadar segera,
beratur dengan lurus, dalam keadaan senyap dan
bersopan-santun.
5. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah atas
sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah
melalui surat ibu bapa/penjaga atau surat doktor (sakit).
6. Murid tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan dianggap
ponteng sekolah.
7. Murid tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa
kenyataan akan diberi surat amaran pertama, surat
amaran kedua dan ketiga akan diberi jika masih tidak
hadir tanpa kenyataan.
8. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap
sebagai waktu persekolahan dan wajib datang.
9. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah
semasa waktu persekolahan melainkan mendapat
kebenaran Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru
Bertugas Mingguan.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 9
1. Catatan keluar atau balik hendaklah ditulis dalam
buku khas oleh ibu bapa atau penjaga murid.
2. Murid-murid ditegah berlengah-lengah waktu dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah seperti merayau,
singgah menyinggah ke rumah kawan, di kedai-
kedai, di tepi jalan, di tepi-tepi parit besar dan di
tempat-tempat merbahaya.
3. Murid-murid hendaklah beratur dengan teratur
semasa hendak masuk ke dalam kelas pada bila-bila
masa sepanjang masa persekolahan dan pada
waktu balik.
KAWASAN YANG DILARANG
1. Pejabat
2. Tempat letak kenderaan guru
3. Kawasan tangki septik
4. Bilik Guru
5. Bilik Peperiksaan
6. Kawasan tangki air
7. Kantin (Ruang makan guru)
8. Bilik-bilik khas
Unit Disiplin SKTSK~HEM 10
(Surat Pekeliling Iktisas 3/1983)
2. PAKAIAN SERAGAM
* Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai
sepanjang murid-murid berada di sekolah.
* Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
2.1. PAKAIAN SERAGAM BAGI MURID LELAKI
2.1.1. Baju
(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu
sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan
bentuk badan.
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa
sama ada di dalam atau di luar sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
2.1.2 .Seluar
(a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna
biru tua (dark blue).
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara
20cm-23cm ukuran lintang.
(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil
kaki serta singkat atau sebarang potongan yang
tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti
berbutang besi tidak dibenarkan.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 11
2.1.3. Kasut dan stoking
(a) Semua murid berkasut kanvas hitam.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau
sengaja diwarnakan.
(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna hitam tidak dibenarkan.
(d) Stoking hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan.
2.1.4. Lencana dan Tanda Nama
(a) Semua murid dikehendaki memakai lencana
sekolah dan tanda nama sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di
bahagian atas poket dan atas pada tanda nama atau di dada
sebelah kiri baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya
hendaklah diganti dengan segera.
2.1.5. Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang
berukuran 3cm berwarna gelap atau biru hitam
(dark blue) yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan
tidak besar, berhias dan beraneka corak.
(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak
dibenarkan sama sekali.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 12
Pakaian yang tidak dibenarkan
10
Unit Disiplin SKTSK~HEM 13
1. PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERAGAMA
ISLAM
2.2.1 Baju kurung
(a) Semua murid perempuan beragama Islam berbaju kurung
putih teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung
bersusun berwarna biru gelap.
(b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan
bentuk badan. Murid perempuan juga diwajibkan memakai
anak baju.
(c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah
terlindung tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai
kain dalam.
2.2.2 Mini telekung
(a) Setiap murid Islam diwajibkan memakai mini telekung
berwarna putih dua lapis daripada kain cotton licin tanpa
berenda, bersulam atau berfesyen.
(b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian
bawah tudung.
(c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah
terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai
bersama mini telekung.
2.2.3 Kasut dan stoking
(a) Semua murid berkasut kanvas putih / hitam dan stoking
mengikut warna kasut.
(b) Kasut dan stoking berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja
diwarnakan.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 14
c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih/hitam tidak
dibenarkan.
(d) Stoking putih/hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan.
2.2.4 Lencana dan tanda nama
(a) Lencana dan tanda nama dijahit pada sebelah kiri mini
telekung.
2.2.5 Barang kemas / perhiasan
(a) Murid-murid perempuan D1LARANG memakai barang-barang
kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.
2.3 PAKAIAN MURID PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM
2.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru gelap
yang labuhnya di bawah lutut.
2.3.2 Murid bukan Islam dibenarkan memakai baju
kurung teluk belanga dan dikehendaki memakai anak
baju berwarna putih bersih. Berkain susun
tepi berwarna biru gelap.
2.4 BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA
Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau
berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke
sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.
2.4.1 Kelas / Aktiviti Tambahan
(a) Pakaian sekolah atau baju T sekolah dan seluar
slack atau trek.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 15
2.4.2 Pendidikan Jasmani
(a) Lelaki - Baju T berlambang sekolah dan seluar trek
biru tua.
(b) Perempuan - Baju T lengan panjang berlambang
sekolah dan seluar trek biru tua serta mini telekung
putih/hitam dua lapis kain cotton licin.
1.5.3 Latihan Sukan / Permainan
(a) Lelaki - Baju T mengikut wama rumah dan seluar
trek biru.
(b) Perempuan - Baju T lengan panjang mengikut
warna rumah dan seluar trek biru tua serta mini
telekung putih/hitam.
1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab
(a) Murid-murid hendaklah memakai pakaian
sebagaimana yang ditetapkan oleh guru
penasihat masing-masing.
3. LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA
3.1 Lencana sekolah dan tanda nama wajib dipakai sepanjang masa
persekolahan.
3.2 Bagi murid lelaki lencana hendaklah dijahit di sebelah kiri atas
tanda nama. Tanda nama hendaklah dijahit di bawah lencana
sekolah dan atas pada kocek
3.3 Bagi murid perempuan lencana hendaklah dijahit di atas tanda
nama di tempat paras pesak baju kurung / mini telekung) dan di
atas paras saku blouse untuk pinafore.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 16
PAKAIAN MURID PEREMPUAN
• Murid perempuan tidak dibenarkan
memakai sebarang alat solek, barang
kemas dan perhiasan.
14
Unit Disiplin SKTSK~HEM 17
3. RAMBUT
( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 Potongan Rambut Murid-
Murid )
4.1 Rambut Murid Lelaki(Karektor Murid Johor:Tapak 2/3)
4.1.1 Di belakang : Rambut tidak jatuh melebihi
garisandi bawah cuping dua telinga.
4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan
tengah dahi.
4.1.3 Di sebelah : Rambut tidak menutup ke dua-
dua telinga atau sebahagian daripadanya dan "sideburn" tidak
melebihi garisan setengah hidung
4 1.4 Di atas : Rambut tidak lebih daripada 4 sm
4.1.5 Murid ditegah mewarnakan rambut, membela jambul,
menyimpan ekor rambut,membuat garisan atau
seumpamanya.
4.1.6 Rambut hendaklah disikat supaya lebih kemas dan rapi.
4.1.7 Rambut murid yang panjang, boleh dipotong oleh guru
disiplin dan dikenakan tindakan.
Contoh potongan Rambut Murid Lelaki Mengikut SP Ikhtisas
2/76 ATAU rambut Karektor Johor
Unit Disiplin SKTSK~HEM 18
4.2 Rambut Murid Perempuan
4.2.1 Berambut pendek tidak melepasi bahu.
4.2.2 Jika berambut panjang hendaklah diikat
kemas dan rapi.
4.2.3 Pemakaian tudung amat digalakkan.
Contoh Potongan Rambut Yang Dibenarkan
5. BARANG-BARANG LARANGAN
5.1 Barang yang disenaraikan berikut ini dilarang
dibawa ke sekolah
5 1.1 Rokok, ganja, dadah, mancis, lighter, dan barang-
barang yang sejenis dengannya (kategon berbahaya)
5.1.2 Benda-benda yang tajam dan berbahaya (seperti
sikat, pisau. gunting, besi dan sebagainya) (kategori
berbahaya)
Unit Disiplin SKTSK~HEM 19
5.1.3 Barang-barang perhiasan (seperti rantai emas, rantai tali,
cincin, gelang plastik dan sebagainya)
5.1.4 Sebarang jenis alat solek dan kertas tisu.
5.1.5 Radio, kaset, ' walkman', pita video, VCD, CD-rom,
permainan video dan sebagainya.
5.1.6 Komik, majalah hiburan, majalah dan gambar lucah.
5.1.7 'Liquid paper', pen maker, gam, 'gold dust', dan semua
jenis cat.
5.1.8 Mercun, bunga api dan sebagainya (kategori berbahaya)
5.1.9 Sebarang bentuk alat perjudian dan jualan.
5.1.10 'Chewing gum', gula-gula dan makanan ringan (junk
food).
5.1.11 Telefon bimbit, pager dan sebagainya.
5.1.12 Makanan dan minuman yang diharamkan oleh agama
dan undang-undang negara.
5.1.13 Barang-barang lain yang ditakrifkan sebagai tidak sesuai
dimiliki dan dibawa oleh murid sekolah.
5.2 Walaupun demikian, barang-barang yang berkaitan dengan
mata pelajaran Pendidikan Seni dan sebagainya (dengan
kebenaran guru berkenaan) adalah dikecualikan.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 20
5.3 Dari semasa ke semasa, pihak sekolah akan
memaklumkan barang-barang larangan yang tidak
dibenarkan dipakai atau dibawa ke sekolah.
5.4 Pihak sekolah akan mengenakan tindakan disiplin
terhadap murid yang membawa barang-barang larangan
ke sekolah, disamping merampas barang-barang tersebut.
5.5 Hanya ibu bapa / penjaga murid sahaja dibenarkan
menuntut atau mengambil semula barang-barang yang
dirampas oleh pihak sekolah. Ibu bapa / penjaga diberi
tempoh 2 minggu untuk menuntut barangan tersebut.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 21
6.KEBERSIHAN DIRI
6.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan
diri, berpakaian seragam yang bersih dan kemas serta
sempurna sepanjang masa persekolah.
6.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh
diwarnakan.
6.3Murid perempuan tidak dibenarkan bersolek.
6.4 Gigi hendaklah sentiasa bersih dan putih.
7. KEBERSIHAN
7.1 Tong Sampah
7.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di
sekolah.
7.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan
membuang sampah sahaja.
7.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa
sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.
7.2 Kantin Sekolah
7.2.1 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari
kawasan kantin sekolah.
7.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh
tangan sahaja.
7.2.3 Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke
dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.
7.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke
dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 22
7.3 Bilik Darjah
7.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.
7.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan Iain-lain harta benda
hendaklah dijaga, tidak dicalar atau dikotorkan.
7.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas
bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta
kawasan laluan koridor.
7.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang
dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar
gantirugi.
8 . KESELAMATAN
8.1 Sebarang kemalangan atau kecemasan yang berlaku ke atas
murid di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan dengan serta
merta kepada guru bertugas atau pengawas.
8.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan
harta benda kepunyaan murid. Sebarang kehilangan atau
penemuan harta benda hendaklah di laporkan kepada guru
bertugas atau Penolong Kanan HEM.
8.3 Murid tidak digalakkan membawa wang tunai yang banyak ke
sekolah.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 23
8.4 Makmal
8.4.1 Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran
guru.
8.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.
8.4.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan
alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan
guru berkenaan.
8.4.4 Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari
makmal.
8.4.5 Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru
berkenaan.
8.4.6 Murid dilarang menyalakan Penunu Bunsen dengan sebarang
kertas.
8.4.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan
pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.
8.5 Bilik-bilik khas
8.5.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH,
pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa
kebenaran / kehadiran guru.
8.5.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan.
8.2.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan
alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau
arahan guru.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 24
8.5Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, murid hendaklah
mengikut arahan guru berkenaan.
8.6 Patuhi laluan datang ke sekolah dan pulang dari sekolah.
8.7 Apabila berlaku kebakaran, murid-murid hendaklah mematuhi
Peraturan Kecemasan Kebakaran Sekolah.
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
9.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan
surat/kenyataan bertulis daripada ibu bapa/penjaga atau surat
akuan doktor (Medical Certificate) kepada guru kelas apabila hadir
semula ke sekolah.
9.2 Sebaik-baiknya ibu bapa/penjaga memaklumkan kepada pihak
sekolah terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing
melalui telefon.
9. 3 Murid yang gagal memberikan kenyataan secara bertulis/lisan
kepada pihak sekolah dianggap ponteng sekolah.
9. 4 Murid yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa
kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
9.4.1 Hari ke-3 Amaran pertama
9.4.2 Hari ke-10 Amaran kedua
9.4.3 Hari ke-17 : Amaran terakhir
9.4.4 Hari ke-31: Pembuangan/pemberhentian
persekolahan.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 25
9.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut"
(tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
9.5.1 Hari ke-10 : Amaran pertama
9.5.2 Hari ke-20 : Amaran kedua
9.5.3 Hari ke-40 : Amaran terakhir
9.5.4 Hari ke-60 : Pembuangan/pemberhentian
persekolahan
9.6 Surat-surat tentang tindakan yang disebut di atas akan
dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga, iaitu
surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran terakhir
(berdaftar akuan terakhir) dan surat pembuangan/pemberhentian
persekolahan murid (berdaftar akuan terima)
Unit Disiplin SKTSK~HEM 26
10. SALAH LAKU-SALAH LAKU YANG
DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
KATEGORI KESALAHAN
(Sural Pekeliling Iktisas Bil. 9/1975 Perkara-
perkara Tatatertib yang Dianggap Berat)
10.1 KESALAHAN BERAT
10.1.1 Tingkahlaku Jenayah
• Berjudi
• Mencuri
• Melawan atau mengancam, memukul dan
mencederakan guru
• Memukul atau mengancam/memukul/
mencederakan pengawas
• Membuli dan memeras ugut
• Menganggotai kumpulan haram atau kongsi
gelap
• Mengedar dan menyalahgunakan dadah
• Membawa senjata/benda tajam atau
merbahaya
• Mencabul kehormatan
• Mengancam/mencederakan atau memukul
murid lain
• Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru
Besar
• Menunjuk perasaan
Unit Disiplin SKTSK~HEM 27
10.1.2 Tingkahlaku Lucah
• Bercumbu-cumbuan
• Berkhalwat
• Membawa bahan-bahan lucah
• Mengintai murid-murid perempuan
• Menggunakan perkataan dan melakukan
perbuatan lucah
• Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-
gambar lucah
10.1.3 Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan
• Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas
dan murid lain
• Berbahasa kesat
• Menyimpan atau menghisap rokok
• Meminum arak
• Mengganggu suasana pengajaran dan
pembelajaran
• Tidak menghormati guru atau pengawas
• Tidak menghormati Lagu Kebangsaan,
Negeri dan Sekolah
10.1.4 Tingkahlaku Musnah
• Merosakkan harta benda sekolah
• Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-
guru dan kakitangan sekolah
• Merosakkan harta benda murid lain
• Merosakkan harta benda kantin atau RMT
sekolah
Unit Disiplin SKTSK~HEM 28
10.1.5 Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu
• Menipu yang melibatkan wang
• Menipu yang melibatkan kepercayaan
• Mengambil tindakan tanpa melalui
pentadbiran sekolah
• Mengulangi kesalahan yang sama melebihi
dua kali
• Atau setelah nasihat dan amaran yang
diberikan
10.2 KESALAHAN SEDERHANA
• Melakukan mana-mana kesalahan ringan
melebihi tiga kali.
• Menyalahgunaan / menggunakan
peralatan/sumber bekalan
elektrik sekolah tanpa kebenaran.
• Keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran.
• Tiga amaran, menipu, berbohong dan meniru
ketika ujian / peperiksaan.
• Ponteng sebarang acara rasmi sekolah,
ponteng perhimpunan, ponteng kelas,
ponteng kokurikulum, ponteng ujian /
peperiksaan dan ponteng sekolah.
• Tidak menghormati lagu-lagu / bendera /
jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
• Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk
/ skin head atau berwarna
• Menconteng pada harta benda sekolah.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 29
• Memakai barang kemas keterlaluan, seperti
menindik telinga dan memakai subang lebih
daripada satu pada satu cuping telinga.
• Kesalahan lain yang difikirkan termasuk
dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah.
10.3 KESALAHAN RINGAN
• Menyimpan misai, janggut dan jambang.
• Berambut panjang atau menyimpan rambut
yang menyerupai kumpulan tertentu.
• Bermain dalam bilik darjah, koridor atau
kawasan yang dilarang.
• Menggunakan atau membawa keluar
sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah
tanpa kebenaran.
• Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran
Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan
atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah
pada ketika itu.
• Berada di kantin pada waktu pengajaran dan
pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
• Menyimpan atau menggunakan peralatan
permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
• Menggunakan alat hiburan atau elektronik
sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau
wakilnya.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 30
• Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa
kebenaran atau tidak mematuhi peraturan
makmal/bilik khas/bengkel.
• Memakai barang kemas atau perhiasan alat
solek kecuali jam.
• Makan dan minum di dalam bilik darjah.
• Melakukan pembaziran air atau elektrik.
• Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap
atau tidak memakai pakaian sekolah dengan
kemas.
• Semua kesalahan yang bersabit dengan
pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi
perhatian dan lain-lain)
• Lewat ke sekolah.
• Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/
makmal.
• Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas
lain.
• Menunggang atau memandu kenderaan
dalam kawasan sekolah.
• Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
• Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
• Mengganggu kawan.
• Mengganggu guru.
• Lewat masuk kelas.
• Mengotorkan kelas.
• Tidak duduk setempat.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 31
• Berada dalam kawasan larangan.
• Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan
pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
• Tidak beratur semasa membeli makanan di
kantin.
• Berada di kawasan yang tersembunyi pada
sebarang waktu.
• Membuang sampah merata-rata.
• Meludah atau membuang barang-barang
dari atas bangunan.
• Mengguna atau menyimpan sebarang alatan
orang lain tanpa kebenaran.
• Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi
agen perniagaan tanpa kebenaran pihak
sekolah.
• Memakai cermin mata berfesyen.
• Membawa telefon bimbit dan MP3.
29
Unit Disiplin SKTSK~HEM 32
11. TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
11.1 JADUAL 1(a) : KESALAHAN BERAT
Penalti (i) Amaran keras dan De Merit (-50)atau; Rotan tidak
melebihi TIGA kali sebatan atau; Barang dirampas /
Membayar ganti rugi atau; penggantungan sekolah tidak
melebihi Tiga Hari persekolahan atau; kesemuanya sekali.
Penalti (ii) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Rotan tidak kurang
TIGA kali sebatan atau; Barang dirampas / membayar
ganti rugi atau; penggantungan sekolah tidak kurang
LIMA hari persekolahan dan tidak melebihi SEPULUH hari
persekolahan atau kesemuanya sekali;
Penalti (iii) Amaran keras dan De Merit (-100) atau; Rotan tidak
kurang TIGA kali dan tidak melebihi TUJUH kali sebatan
atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau;
Unit Disiplin SKTSK~HEM 33
11.1 JADUAL 1(a) : KESALAHAN BERAT
(sambungan)
Penalti (iii) Amaran keras dan De Merit (-100) atau; Rotan
tidak kurang TIGA kali dan tidak melebihi TUJUH
kali sebatan atau; Barang dirampas /
membayar ganti rugi atau; Penggantungan
sekolah tidak kurang SEPULUH hari
persekolahan dan tidak melebihi EMPAT BELAS
hari persekolahan atau; pembuangan sekolah
atau kesemuanya sekali.
Penalti (iv) Pembuangan sekolah
atau; Tidak diberi berhenti sekolah / dicatatkan
di dalam surat berhenti sekolah atau; Barang
dirampas / membayar ganti rugi atau
dilaporkan kepada pihak berkuasa / polis atau;
kesemuanya sekali.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 34
11.2JADUAL 1(b) : KESALAHAN SEDERHANA
Penalti (i) Amaran pertama dan De Merit (-20) atau; Rotan tidak
melebihi SATU kali sebatan atau; Barang dirampas /
membayar ganti rugi atau; kesemuanya sekali;
Penalti (ii) Amaran ke dua dan De Merit (-20) atau; Rotan tidak
melebihi TIGA kali sebatan atau; Barang dirampas /
membayar ganti rugi atau; kesemuanya sekali;
Penalti (iii) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Penalti; Jadual 1
(a) (i) Salah laku berat atau; kedua-duanya sekali;
Penalti (iv) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Penalti;
jadual 1 (a) (li) Salah laku berat atau, kedua-duanya
sekali,
Penalti (v)Amaran keras dan De Merit (-100) atau; Penalti; Jadual 1
(a) (ii) Salah laku berat atau kedua-duanya
sekali
Unit Disiplin SKTSK~HEM 35
11.2JADUAL 1(c) : KESALAHAN RINGAN
Panalti (i) Amaran pertama dan De Merit (-20) atau;
Denda atau; Penahanan atau; kesemuanya
sekali.
Panalti (ii) Amaran ke dua dan De Merit (-20) atau; Denda
atau dan penahanan atau; kesemuanya sekali.
Panalti (iii) Amaran ke tiga dan De Merit (-20) atau; Denda
atau; Penahanan atau; kesemuanya sekali.
Panalti (iv) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Denda
atau, Penahanan atau; Penalti Jadua) 1(a) (i)
salah laku berat atau; kesemuanya sekali.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 36
11.2JADUAL 1(d) : KESALAHAN RINGAN
Panalti (i) Amaran pertama dan De Merit (-10) atau; Nasihat
atau; Denda atau; kesemuanya sekali.
Panalti (ii) Amaran kedua dan De Merit (-10) atau; Denda
atau; Menyalin petikan atau; kesemuanya sekali.
Panalti (iii) Amaran ketiga dan De Merit (-10) atau; kaunseling
atau; kaunseling atau; Denda atau;
membersihkan bilik-bilik / tempat-tempat tertentu
di dalam kawasan sekolah atau; kesemuanya
sekali.
Panalti (iv) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Denda
atau; Penalti Jadual 1 (b) (i) salah laku sederhana
atau; kesemuanya sekali.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 37
11.2JADUAL 1(e) : PENGABAIAN KEKEMASAN DIRI
(a) Rambut
(b) Kuku
(c) Janggut / misai
(d) Bulu Kening
Panalti (i) Amaran keras dan De Merit (-20) atau;
Rambut digunting / janggut / misai dicukur /
kuku dipotong atau; Denda atau;
kesemuanya sekali.
Panalti (ii) Penalti Jadual 1 (a) (i) ; Jika ingkar arahan
tindakan disiplin;
Panalti (iii) Penalti Jadual 1 (a) (ii); jika ingkar arahan
tindakan disiplin dan bersikap biadap.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 38
12. CARA PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA NAMA
Lencana sekolah hendaklah dijahit di
atas tanda nama murid. Jarak antara
lencana dan tanda nama lebih kurang
2cm.
Tanda nama murid hendaklah dijahit di
bawah lencana sekolah. Jarak
antaratanda nama dan lencana lebih
kurang 2cm.
Bahagian poket hendaklah dibiarkan
kosong tanpa sebarang tampalan /
jahitan lencana dan tanda nama
AZMAN
Unit Disiplin SKTSK~HEM 39
13. PERINGATAN PENTING
13.1 Semua murid dikehendaki membaca, mengingati dan
mematuhi semua peraturan/ undang-undang dalam
buku peraturan ini.
13.2 Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan
menerima alasan murid-murid tidak mengetahui mana-
mana peraturan/undang-undang sekolah setelah buku
ini dibuat dan dimiliki oleh setiap murid.
13.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan
sekolah, serta telah sabit kesalahan akan dikenakan
tindakan/hukuman setimpal mengikut:
10.3.1 Jenis dan kategori kesalahan
10.3.2 Pelaku dan kekerapan melakukan
kesalahan
13.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu
menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh
digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini.
13.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil
berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan
oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal
boleh
Unit Disiplin SKTSK~HEM 40
menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan
kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan
juga ibu bapa/ penjaga.
13.6.Peraturan-peraturan yang terkandung dalam
Buku
Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan
atau
pindaan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian,
Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke semasa.
13.7. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolah berhak
dan boleh meminda, menambah atau
menghapuskan
mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku
Peraturan ini jika difikirkan perlu.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 41
Saya …………………………………………………………*ibu / bapa
/ penjaga kepada :…………………………………
………………………………………..kelas : ……………………
mengaku telah pun memahami segala peraturan-peraturan
yang terkandung di dalam Peraturan Sekolah SK Taman Seri
Kota dan akan memastikan *anak / jagaan saya mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan.
Dengan ini juga, saya tidak akan mempertikai atau mendakwa
mengikut saluran undang-undang segala tindakan disiplin
yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap * anak / jagaan
saya jika *anak / jagaan saya telah didapati bersalah
melanggar segala peraturan-peraturan yang terkandung di
dalam Peraturan Sekolah SK Taman Seri Kota dan selagi
tindakan disiplin tersebut mengikut tatacara dan prosedur
yang telah ditetapkan. Malahan saya akan berbincang
dengan pihak sekolah sekiranya perlu.
Tandatangan : ……………………………………..
Nama : ……………………………………..
Tarikh : ……………………………………..
Disaksikan oleh
Tandatangan : ……………………………………..
Nama : ……………………………………..
Tarikh : ……………………………………..
Unit Disiplin SKTSK~HEM 42
PAKAIAN, KASUT DAN STOKING
YANG TIDAK DIBENARKAN
Unit Disiplin SKTSK~HEM 43
FESYEN KASUT DAN RAMBUT
YANG TIDAK DIBENARKAN
Unit Disiplin SKTSK~HEM 44
FESYEN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN
Unit Disiplin SKTSK~HEM 45
ANTARA BARANG YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE
SEKOLAH
Unit Disiplin SKTSK~HEM 46
ANTARA BARANG YANG TIDAK BOLEH
DIBAWA KE SEKOLAH
Unit Disiplin SKTSK~HEM 47
KECANTIKAN
yang abadi
Terletak pada
KEELOKKAN ADAB
dan
KETINGGIAN ILMU
Seseorang.
Unit Disiplin SKTSK~HEM 48

Contenu connexe

Similaire à peraturan sek 2.pdf

Minggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolahMinggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolah
Nur Hayati
 
ADM GURU KLS V.doc
ADM GURU KLS V.docADM GURU KLS V.doc
ADM GURU KLS V.doc
putraolvi
 
Kem galakan Membaca Malaysia.doc
Kem galakan Membaca  Malaysia.docKem galakan Membaca  Malaysia.doc
Kem galakan Membaca Malaysia.doc
Sakinah Musa
 
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docxtatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
ixhizamiracle
 
Tugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shintaTugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shinta
Smkbaha Anisa
 

Similaire à peraturan sek 2.pdf (20)

Minggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolahMinggu orientasi sekolah
Minggu orientasi sekolah
 
Format buku penghubung siswa
Format buku penghubung siswaFormat buku penghubung siswa
Format buku penghubung siswa
 
SLIDE MESYUARAT GURU BIL 1.pptx
SLIDE MESYUARAT GURU BIL 1.pptxSLIDE MESYUARAT GURU BIL 1.pptx
SLIDE MESYUARAT GURU BIL 1.pptx
 
TATA TERTIB SEKOLAH
TATA TERTIB SEKOLAHTATA TERTIB SEKOLAH
TATA TERTIB SEKOLAH
 
ADM GURU KLS V.doc
ADM GURU KLS V.docADM GURU KLS V.doc
ADM GURU KLS V.doc
 
Kesiswaan
KesiswaanKesiswaan
Kesiswaan
 
MATERI-MPLS-KURIKULUM.pptx
MATERI-MPLS-KURIKULUM.pptxMATERI-MPLS-KURIKULUM.pptx
MATERI-MPLS-KURIKULUM.pptx
 
Kem galakan Membaca Malaysia.doc
Kem galakan Membaca  Malaysia.docKem galakan Membaca  Malaysia.doc
Kem galakan Membaca Malaysia.doc
 
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docxtatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
tatibAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.docx
 
handbook kelas 1 SDIT Mutiara Cendekia Lubuklinggau
handbook kelas 1 SDIT Mutiara Cendekia Lubuklinggauhandbook kelas 1 SDIT Mutiara Cendekia Lubuklinggau
handbook kelas 1 SDIT Mutiara Cendekia Lubuklinggau
 
Kit waris & pelajar
Kit waris & pelajarKit waris & pelajar
Kit waris & pelajar
 
Program tahunan sekolah 2013 2014
Program tahunan sekolah 2013 2014Program tahunan sekolah 2013 2014
Program tahunan sekolah 2013 2014
 
TAKLIMAT TAHUN 1 2022.pptx
TAKLIMAT TAHUN 1 2022.pptxTAKLIMAT TAHUN 1 2022.pptx
TAKLIMAT TAHUN 1 2022.pptx
 
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakungTata tertib siswa smpit yp ippi cakung
Tata tertib siswa smpit yp ippi cakung
 
Peraturan sekolah atau kelas
Peraturan sekolah atau kelasPeraturan sekolah atau kelas
Peraturan sekolah atau kelas
 
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 AdiwernaTata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
Tata Tertib Peserta Didik Tahun 2015/2016 SMK N 2 Adiwerna
 
PROFIL KPM cabang solo baru pada pertemuan orang tua.pptx
PROFIL KPM cabang solo baru pada pertemuan orang tua.pptxPROFIL KPM cabang solo baru pada pertemuan orang tua.pptx
PROFIL KPM cabang solo baru pada pertemuan orang tua.pptx
 
Tatib smpypvdp
Tatib smpypvdpTatib smpypvdp
Tatib smpypvdp
 
Tugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shintaTugas mos henny & shinta
Tugas mos henny & shinta
 
Tata tertib smp
Tata tertib smpTata tertib smp
Tata tertib smp
 

Dernier

PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Dernier (20)

Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 

peraturan sek 2.pdf

  • 1. jba0098@moe.edu.my SK TAMAN SERI KOTA 07- 4679227 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI KOTA JALAN PERDANA, TAMAN SERI KOTA, 83700 YONG PENG, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM Unit Disiplin SKTSK~HEM 1
  • 2. MAKLUMAT MURID Nama : ……….........…………………………… Jantina: ……………….....… Kelas : ……………….....… Tarikh Lahir : ……………….....… No. S/B : …………………..… Alamat Rumah:…..………………………………… ...……………………………………………………… .……………………………………………………..... No. Tel Rumah : ……………............. No. Tel (Pejabat) : ……………….....… No. H/p Bapa: ……………….....… No. H/p Ibu : …………………..… Unit Disiplin SKTSK~HEM 2
  • 3. 1. PENDAHULUAN DEFINISI DISIPLIN Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai : a. kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang. b. kesanggupan sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib. c. kesanggupan menghormati hak individu lain. d. kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. e. kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan; f. kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. 1. Bagi menjalankan kuasa yang dipenuhkan di dalam Education (School Dicipline) Regulation 1959 seksyen 4 dan 6, maka saya sebagai Guru Besar SK Taman Seri Kota dengan ini membuat peraturan yang dikuatkuasakan sepanjang tahun ke atas semua murid SK Seri Kota. Unit Disiplin SKTSK~HEM 3
  • 4. 2. Peraturan ini dinamakan ‘Peraturan Dan Disiplin Sekolah (Untuk Murid)’. 3. Mana-mana murid atau kumpulan yang didapati melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin. 4. Peraturan dalam buku ini boleh dimansuhkan, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan ke dalamnya. Dari masa ke semasa undang-undang kecil juga dibuat dan dikuatkuasakan. 1. PENGUATKUASAAN 1. Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sekolah diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan sekolah. 2. KUASA MENGHUKUM 1. Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Guru Besar. Guru Besar Pengerusi Lembaga Disiplin Sekolah Unit Disiplin SKTSK~HEM 4
  • 5. WAWASAN SEKOLAH Kami berhasrat memberi pendidikan bertaraf dunia dengan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagl mematuhi keperluan masyarakat, bangsa dan negara dengan penuh tekad dan dedikasl melalui penggunaan teknologl terkini. RUKUNEGARA Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut ; Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" MlSI "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" Unit Disiplin SKTSK~HEM 5
  • 6. MATLAMAT SEKOLAH Melahirkan murid-murid yang berilmu berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara IKRAR MURID Bahawasanya kami murid-murid SK Taman Seri Kota berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai matlamat dan cita-cita kami sebagai murid yang berjaya dan cemerlang dalam pendidikan. Kami juga berikrar Akan sentiasa taat kepada ibu bapa, guru-guru mematuhi peraturan-peraturan sekolah serta menjaga nama baik sekolah berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan Dan Kesusilaan Unit Disiplin SKTSK~HEM 6
  • 7. LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahgia tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta LAGU BANGSA JOHOR Allah peliharakan Sultan Anugerahkannya segala kehormatan Sihat dan ria kekal dan makmur Luaskan kuasa menaungkan kami Rakyat dipimpini berzaman lagi Dengan bersatu hati Allah berkati Johor Allah selamatkan Sultan 5 Unit Disiplin SKTSK~HEM 7
  • 8. LAGU SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota Berilmu Bermoral mottonya Berdiri megah penuh bangga , Mendidik putera puterinya. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota’ Kebanggaan kami semua Azam dan visi capai cita Pewaris generasi merdeka. Chorus; Kami sedia,kami rela, Curahkan segala, Hormati guru dan ibu bapa, Berakhlah mulia. Sekolah Kebangsaan Taman Seri Kota, Berbilang bangsa penghuninya, Rajin berusaha pastikan Berjaya, Demi agama bangsa dan Negara. Unit Disiplin SKTSK~HEM 8
  • 9. 1. WAKTU PERSEKOLAHAN 1. Kehadiran ke sekolah adalah wajib. 2. Waktu persekolahan 7.30 pagi hingga 1.30 petang. 3. Semua murid mesti sampai ke sekolah sebelum 7.15 pagi. Loceng akan dibunyikan pada pukul 7.15 pagi untuk mengikuti “Program Pagi”. 4. Apabila loceng dibunyikan, semua murid berhimpun di Dataran Kejat atau mana-mana tempat yang diarahkan mengikut kelas masing-masing dengan kadar segera, beratur dengan lurus, dalam keadaan senyap dan bersopan-santun. 5. Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibu bapa/penjaga atau surat doktor (sakit). 6. Murid tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan dianggap ponteng sekolah. 7. Murid tidak hadir selama tiga hari berturut-turut tanpa kenyataan akan diberi surat amaran pertama, surat amaran kedua dan ketiga akan diberi jika masih tidak hadir tanpa kenyataan. 8. Kelas tambahan atau gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan dan wajib datang. 9. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan melainkan mendapat kebenaran Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas Mingguan. Unit Disiplin SKTSK~HEM 9
  • 10. 1. Catatan keluar atau balik hendaklah ditulis dalam buku khas oleh ibu bapa atau penjaga murid. 2. Murid-murid ditegah berlengah-lengah waktu dalam perjalanan pergi dan balik sekolah seperti merayau, singgah menyinggah ke rumah kawan, di kedai- kedai, di tepi jalan, di tepi-tepi parit besar dan di tempat-tempat merbahaya. 3. Murid-murid hendaklah beratur dengan teratur semasa hendak masuk ke dalam kelas pada bila-bila masa sepanjang masa persekolahan dan pada waktu balik. KAWASAN YANG DILARANG 1. Pejabat 2. Tempat letak kenderaan guru 3. Kawasan tangki septik 4. Bilik Guru 5. Bilik Peperiksaan 6. Kawasan tangki air 7. Kantin (Ruang makan guru) 8. Bilik-bilik khas Unit Disiplin SKTSK~HEM 10
  • 11. (Surat Pekeliling Iktisas 3/1983) 2. PAKAIAN SERAGAM * Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang murid-murid berada di sekolah. * Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas. 2.1. PAKAIAN SERAGAM BAGI MURID LELAKI 2.1.1. Baju (a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja. (b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. (c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. (d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan. 2.1.2 .Seluar (a) Semua murid lelaki berseluar panjang berwarna biru tua (dark blue). (b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang. (c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan. (d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan. Unit Disiplin SKTSK~HEM 11
  • 12. 2.1.3. Kasut dan stoking (a) Semua murid berkasut kanvas hitam. (b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. (c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna hitam tidak dibenarkan. (d) Stoking hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan. 2.1.4. Lencana dan Tanda Nama (a) Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa. (b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas poket dan atas pada tanda nama atau di dada sebelah kiri baju. (c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera. 2.1.5. Tali Pinggang (a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran 3cm berwarna gelap atau biru hitam (dark blue) yang dperbuat daripada kain kanvas. (b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak. (c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali. Unit Disiplin SKTSK~HEM 12
  • 13. Pakaian yang tidak dibenarkan 10 Unit Disiplin SKTSK~HEM 13
  • 14. 1. PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM 2.2.1 Baju kurung (a) Semua murid perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru gelap. (b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. Murid perempuan juga diwajibkan memakai anak baju. (c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam. 2.2.2 Mini telekung (a) Setiap murid Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih dua lapis daripada kain cotton licin tanpa berenda, bersulam atau berfesyen. (b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung. (c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis. (d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung. 2.2.3 Kasut dan stoking (a) Semua murid berkasut kanvas putih / hitam dan stoking mengikut warna kasut. (b) Kasut dan stoking berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. Unit Disiplin SKTSK~HEM 14
  • 15. c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih/hitam tidak dibenarkan. (d) Stoking putih/hitam tanpa jalur sahaja dibenarkan. 2.2.4 Lencana dan tanda nama (a) Lencana dan tanda nama dijahit pada sebelah kiri mini telekung. 2.2.5 Barang kemas / perhiasan (a) Murid-murid perempuan D1LARANG memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan. 2.3 PAKAIAN MURID PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM 2.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru gelap yang labuhnya di bawah lutut. 2.3.2 Murid bukan Islam dibenarkan memakai baju kurung teluk belanga dan dikehendaki memakai anak baju berwarna putih bersih. Berkain susun tepi berwarna biru gelap. 2.4 BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA Murid-murid hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar. 2.4.1 Kelas / Aktiviti Tambahan (a) Pakaian sekolah atau baju T sekolah dan seluar slack atau trek. Unit Disiplin SKTSK~HEM 15
  • 16. 2.4.2 Pendidikan Jasmani (a) Lelaki - Baju T berlambang sekolah dan seluar trek biru tua. (b) Perempuan - Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru tua serta mini telekung putih/hitam dua lapis kain cotton licin. 1.5.3 Latihan Sukan / Permainan (a) Lelaki - Baju T mengikut wama rumah dan seluar trek biru. (b) Perempuan - Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar trek biru tua serta mini telekung putih/hitam. 1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab (a) Murid-murid hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing. 3. LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA 3.1 Lencana sekolah dan tanda nama wajib dipakai sepanjang masa persekolahan. 3.2 Bagi murid lelaki lencana hendaklah dijahit di sebelah kiri atas tanda nama. Tanda nama hendaklah dijahit di bawah lencana sekolah dan atas pada kocek 3.3 Bagi murid perempuan lencana hendaklah dijahit di atas tanda nama di tempat paras pesak baju kurung / mini telekung) dan di atas paras saku blouse untuk pinafore. Unit Disiplin SKTSK~HEM 16
  • 17. PAKAIAN MURID PEREMPUAN • Murid perempuan tidak dibenarkan memakai sebarang alat solek, barang kemas dan perhiasan. 14 Unit Disiplin SKTSK~HEM 17
  • 18. 3. RAMBUT ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 Potongan Rambut Murid- Murid ) 4.1 Rambut Murid Lelaki(Karektor Murid Johor:Tapak 2/3) 4.1.1 Di belakang : Rambut tidak jatuh melebihi garisandi bawah cuping dua telinga. 4.1.2 Di depan : Rambut tidak menutupi garisan tengah dahi. 4.1.3 Di sebelah : Rambut tidak menutup ke dua- dua telinga atau sebahagian daripadanya dan "sideburn" tidak melebihi garisan setengah hidung 4 1.4 Di atas : Rambut tidak lebih daripada 4 sm 4.1.5 Murid ditegah mewarnakan rambut, membela jambul, menyimpan ekor rambut,membuat garisan atau seumpamanya. 4.1.6 Rambut hendaklah disikat supaya lebih kemas dan rapi. 4.1.7 Rambut murid yang panjang, boleh dipotong oleh guru disiplin dan dikenakan tindakan. Contoh potongan Rambut Murid Lelaki Mengikut SP Ikhtisas 2/76 ATAU rambut Karektor Johor Unit Disiplin SKTSK~HEM 18
  • 19. 4.2 Rambut Murid Perempuan 4.2.1 Berambut pendek tidak melepasi bahu. 4.2.2 Jika berambut panjang hendaklah diikat kemas dan rapi. 4.2.3 Pemakaian tudung amat digalakkan. Contoh Potongan Rambut Yang Dibenarkan 5. BARANG-BARANG LARANGAN 5.1 Barang yang disenaraikan berikut ini dilarang dibawa ke sekolah 5 1.1 Rokok, ganja, dadah, mancis, lighter, dan barang- barang yang sejenis dengannya (kategon berbahaya) 5.1.2 Benda-benda yang tajam dan berbahaya (seperti sikat, pisau. gunting, besi dan sebagainya) (kategori berbahaya) Unit Disiplin SKTSK~HEM 19
  • 20. 5.1.3 Barang-barang perhiasan (seperti rantai emas, rantai tali, cincin, gelang plastik dan sebagainya) 5.1.4 Sebarang jenis alat solek dan kertas tisu. 5.1.5 Radio, kaset, ' walkman', pita video, VCD, CD-rom, permainan video dan sebagainya. 5.1.6 Komik, majalah hiburan, majalah dan gambar lucah. 5.1.7 'Liquid paper', pen maker, gam, 'gold dust', dan semua jenis cat. 5.1.8 Mercun, bunga api dan sebagainya (kategori berbahaya) 5.1.9 Sebarang bentuk alat perjudian dan jualan. 5.1.10 'Chewing gum', gula-gula dan makanan ringan (junk food). 5.1.11 Telefon bimbit, pager dan sebagainya. 5.1.12 Makanan dan minuman yang diharamkan oleh agama dan undang-undang negara. 5.1.13 Barang-barang lain yang ditakrifkan sebagai tidak sesuai dimiliki dan dibawa oleh murid sekolah. 5.2 Walaupun demikian, barang-barang yang berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Seni dan sebagainya (dengan kebenaran guru berkenaan) adalah dikecualikan. Unit Disiplin SKTSK~HEM 20
  • 21. 5.3 Dari semasa ke semasa, pihak sekolah akan memaklumkan barang-barang larangan yang tidak dibenarkan dipakai atau dibawa ke sekolah. 5.4 Pihak sekolah akan mengenakan tindakan disiplin terhadap murid yang membawa barang-barang larangan ke sekolah, disamping merampas barang-barang tersebut. 5.5 Hanya ibu bapa / penjaga murid sahaja dibenarkan menuntut atau mengambil semula barang-barang yang dirampas oleh pihak sekolah. Ibu bapa / penjaga diberi tempoh 2 minggu untuk menuntut barangan tersebut. Unit Disiplin SKTSK~HEM 21
  • 22. 6.KEBERSIHAN DIRI 6.1 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan diri, berpakaian seragam yang bersih dan kemas serta sempurna sepanjang masa persekolah. 6.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan. 6.3Murid perempuan tidak dibenarkan bersolek. 6.4 Gigi hendaklah sentiasa bersih dan putih. 7. KEBERSIHAN 7.1 Tong Sampah 7.1.1 Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah. 7.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja. 7.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul. 7.2 Kantin Sekolah 7.2.1 Semua murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah. 7.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja. 7.2.3 Murid dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin. 7.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan. Unit Disiplin SKTSK~HEM 22
  • 23. 7.3 Bilik Darjah 7.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 7.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan Iain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicalar atau dikotorkan. 7.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor. 7.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi. 8 . KESELAMATAN 8.1 Sebarang kemalangan atau kecemasan yang berlaku ke atas murid di kawasan sekolah hendaklah dilaporkan dengan serta merta kepada guru bertugas atau pengawas. 8.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan harta benda kepunyaan murid. Sebarang kehilangan atau penemuan harta benda hendaklah di laporkan kepada guru bertugas atau Penolong Kanan HEM. 8.3 Murid tidak digalakkan membawa wang tunai yang banyak ke sekolah. Unit Disiplin SKTSK~HEM 23
  • 24. 8.4 Makmal 8.4.1 Murid dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru. 8.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. 8.4.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan. 8.4.4 Murid dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal. 8.4.5 Murid dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan. 8.4.6 Murid dilarang menyalakan Penunu Bunsen dengan sebarang kertas. 8.4.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat. 8.5 Bilik-bilik khas 8.5.1 Murid dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru. 8.5.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan. 8.2.3 Murid dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru. Unit Disiplin SKTSK~HEM 24
  • 25. 8.5Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, murid hendaklah mengikut arahan guru berkenaan. 8.6 Patuhi laluan datang ke sekolah dan pulang dari sekolah. 8.7 Apabila berlaku kebakaran, murid-murid hendaklah mematuhi Peraturan Kecemasan Kebakaran Sekolah. TIDAK HADIR KE SEKOLAH 9.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat/kenyataan bertulis daripada ibu bapa/penjaga atau surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada guru kelas apabila hadir semula ke sekolah. 9.2 Sebaik-baiknya ibu bapa/penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon. 9. 3 Murid yang gagal memberikan kenyataan secara bertulis/lisan kepada pihak sekolah dianggap ponteng sekolah. 9. 4 Murid yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut: 9.4.1 Hari ke-3 Amaran pertama 9.4.2 Hari ke-10 Amaran kedua 9.4.3 Hari ke-17 : Amaran terakhir 9.4.4 Hari ke-31: Pembuangan/pemberhentian persekolahan. Unit Disiplin SKTSK~HEM 25
  • 26. 9.5 Murid yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut" (tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut: 9.5.1 Hari ke-10 : Amaran pertama 9.5.2 Hari ke-20 : Amaran kedua 9.5.3 Hari ke-40 : Amaran terakhir 9.5.4 Hari ke-60 : Pembuangan/pemberhentian persekolahan 9.6 Surat-surat tentang tindakan yang disebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat amaran kedua, surat amaran terakhir (berdaftar akuan terakhir) dan surat pembuangan/pemberhentian persekolahan murid (berdaftar akuan terima) Unit Disiplin SKTSK~HEM 26
  • 27. 10. SALAH LAKU-SALAH LAKU YANG DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN KATEGORI KESALAHAN (Sural Pekeliling Iktisas Bil. 9/1975 Perkara- perkara Tatatertib yang Dianggap Berat) 10.1 KESALAHAN BERAT 10.1.1 Tingkahlaku Jenayah • Berjudi • Mencuri • Melawan atau mengancam, memukul dan mencederakan guru • Memukul atau mengancam/memukul/ mencederakan pengawas • Membuli dan memeras ugut • Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap • Mengedar dan menyalahgunakan dadah • Membawa senjata/benda tajam atau merbahaya • Mencabul kehormatan • Mengancam/mencederakan atau memukul murid lain • Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besar • Menunjuk perasaan Unit Disiplin SKTSK~HEM 27
  • 28. 10.1.2 Tingkahlaku Lucah • Bercumbu-cumbuan • Berkhalwat • Membawa bahan-bahan lucah • Mengintai murid-murid perempuan • Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah • Melukis dan menulis kata-kata atau gambar- gambar lucah 10.1.3 Tingkahlaku Biadab dan Kurang Sopan • Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain • Berbahasa kesat • Menyimpan atau menghisap rokok • Meminum arak • Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran • Tidak menghormati guru atau pengawas • Tidak menghormati Lagu Kebangsaan, Negeri dan Sekolah 10.1.4 Tingkahlaku Musnah • Merosakkan harta benda sekolah • Merosakkan harta benda Guru Besar, guru- guru dan kakitangan sekolah • Merosakkan harta benda murid lain • Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah Unit Disiplin SKTSK~HEM 28
  • 29. 10.1.5 Tingkahlaku Tidak Jujur atau Menipu • Menipu yang melibatkan wang • Menipu yang melibatkan kepercayaan • Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah • Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali • Atau setelah nasihat dan amaran yang diberikan 10.2 KESALAHAN SEDERHANA • Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. • Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. • Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. • Tiga amaran, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. • Ponteng sebarang acara rasmi sekolah, ponteng perhimpunan, ponteng kelas, ponteng kokurikulum, ponteng ujian / peperiksaan dan ponteng sekolah. • Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. • Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau berwarna • Menconteng pada harta benda sekolah. Unit Disiplin SKTSK~HEM 29
  • 30. • Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. • Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 10.3 KESALAHAN RINGAN • Menyimpan misai, janggut dan jambang. • Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu. • Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. • Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran. • Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. • Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. • Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. • Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya. Unit Disiplin SKTSK~HEM 30
  • 31. • Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel. • Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. • Makan dan minum di dalam bilik darjah. • Melakukan pembaziran air atau elektrik. • Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas. • Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain) • Lewat ke sekolah. • Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/ makmal. • Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. • Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. • Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah. • Tidak membuat tugasan yang diarahkan. • Mengganggu kawan. • Mengganggu guru. • Lewat masuk kelas. • Mengotorkan kelas. • Tidak duduk setempat. Unit Disiplin SKTSK~HEM 31
  • 32. • Berada dalam kawasan larangan. • Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran. • Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin. • Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. • Membuang sampah merata-rata. • Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. • Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran. • Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. • Memakai cermin mata berfesyen. • Membawa telefon bimbit dan MP3. 29 Unit Disiplin SKTSK~HEM 32
  • 33. 11. TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 11.1 JADUAL 1(a) : KESALAHAN BERAT Penalti (i) Amaran keras dan De Merit (-50)atau; Rotan tidak melebihi TIGA kali sebatan atau; Barang dirampas / Membayar ganti rugi atau; penggantungan sekolah tidak melebihi Tiga Hari persekolahan atau; kesemuanya sekali. Penalti (ii) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Rotan tidak kurang TIGA kali sebatan atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau; penggantungan sekolah tidak kurang LIMA hari persekolahan dan tidak melebihi SEPULUH hari persekolahan atau kesemuanya sekali; Penalti (iii) Amaran keras dan De Merit (-100) atau; Rotan tidak kurang TIGA kali dan tidak melebihi TUJUH kali sebatan atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau; Unit Disiplin SKTSK~HEM 33
  • 34. 11.1 JADUAL 1(a) : KESALAHAN BERAT (sambungan) Penalti (iii) Amaran keras dan De Merit (-100) atau; Rotan tidak kurang TIGA kali dan tidak melebihi TUJUH kali sebatan atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau; Penggantungan sekolah tidak kurang SEPULUH hari persekolahan dan tidak melebihi EMPAT BELAS hari persekolahan atau; pembuangan sekolah atau kesemuanya sekali. Penalti (iv) Pembuangan sekolah atau; Tidak diberi berhenti sekolah / dicatatkan di dalam surat berhenti sekolah atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau dilaporkan kepada pihak berkuasa / polis atau; kesemuanya sekali. Unit Disiplin SKTSK~HEM 34
  • 35. 11.2JADUAL 1(b) : KESALAHAN SEDERHANA Penalti (i) Amaran pertama dan De Merit (-20) atau; Rotan tidak melebihi SATU kali sebatan atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau; kesemuanya sekali; Penalti (ii) Amaran ke dua dan De Merit (-20) atau; Rotan tidak melebihi TIGA kali sebatan atau; Barang dirampas / membayar ganti rugi atau; kesemuanya sekali; Penalti (iii) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Penalti; Jadual 1 (a) (i) Salah laku berat atau; kedua-duanya sekali; Penalti (iv) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Penalti; jadual 1 (a) (li) Salah laku berat atau, kedua-duanya sekali, Penalti (v)Amaran keras dan De Merit (-100) atau; Penalti; Jadual 1 (a) (ii) Salah laku berat atau kedua-duanya sekali Unit Disiplin SKTSK~HEM 35
  • 36. 11.2JADUAL 1(c) : KESALAHAN RINGAN Panalti (i) Amaran pertama dan De Merit (-20) atau; Denda atau; Penahanan atau; kesemuanya sekali. Panalti (ii) Amaran ke dua dan De Merit (-20) atau; Denda atau dan penahanan atau; kesemuanya sekali. Panalti (iii) Amaran ke tiga dan De Merit (-20) atau; Denda atau; Penahanan atau; kesemuanya sekali. Panalti (iv) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Denda atau, Penahanan atau; Penalti Jadua) 1(a) (i) salah laku berat atau; kesemuanya sekali. Unit Disiplin SKTSK~HEM 36
  • 37. 11.2JADUAL 1(d) : KESALAHAN RINGAN Panalti (i) Amaran pertama dan De Merit (-10) atau; Nasihat atau; Denda atau; kesemuanya sekali. Panalti (ii) Amaran kedua dan De Merit (-10) atau; Denda atau; Menyalin petikan atau; kesemuanya sekali. Panalti (iii) Amaran ketiga dan De Merit (-10) atau; kaunseling atau; kaunseling atau; Denda atau; membersihkan bilik-bilik / tempat-tempat tertentu di dalam kawasan sekolah atau; kesemuanya sekali. Panalti (iv) Amaran keras dan De Merit (-50) atau; Denda atau; Penalti Jadual 1 (b) (i) salah laku sederhana atau; kesemuanya sekali. Unit Disiplin SKTSK~HEM 37
  • 38. 11.2JADUAL 1(e) : PENGABAIAN KEKEMASAN DIRI (a) Rambut (b) Kuku (c) Janggut / misai (d) Bulu Kening Panalti (i) Amaran keras dan De Merit (-20) atau; Rambut digunting / janggut / misai dicukur / kuku dipotong atau; Denda atau; kesemuanya sekali. Panalti (ii) Penalti Jadual 1 (a) (i) ; Jika ingkar arahan tindakan disiplin; Panalti (iii) Penalti Jadual 1 (a) (ii); jika ingkar arahan tindakan disiplin dan bersikap biadap. Unit Disiplin SKTSK~HEM 38
  • 39. 12. CARA PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA NAMA Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas tanda nama murid. Jarak antara lencana dan tanda nama lebih kurang 2cm. Tanda nama murid hendaklah dijahit di bawah lencana sekolah. Jarak antaratanda nama dan lencana lebih kurang 2cm. Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang tampalan / jahitan lencana dan tanda nama AZMAN Unit Disiplin SKTSK~HEM 39
  • 40. 13. PERINGATAN PENTING 13.1 Semua murid dikehendaki membaca, mengingati dan mematuhi semua peraturan/ undang-undang dalam buku peraturan ini. 13.2 Pihak sekolah/Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alasan murid-murid tidak mengetahui mana- mana peraturan/undang-undang sekolah setelah buku ini dibuat dan dimiliki oleh setiap murid. 13.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah, serta telah sabit kesalahan akan dikenakan tindakan/hukuman setimpal mengikut: 10.3.1 Jenis dan kategori kesalahan 10.3.2 Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan 13.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini. 13.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh Unit Disiplin SKTSK~HEM 40
  • 41. menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa/ penjaga. 13.6.Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke semasa. 13.7. Pihak sekolah/Lembaga Disiplin Sekolah berhak dan boleh meminda, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu. Unit Disiplin SKTSK~HEM 41
  • 42. Saya …………………………………………………………*ibu / bapa / penjaga kepada :………………………………… ………………………………………..kelas : …………………… mengaku telah pun memahami segala peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Sekolah SK Taman Seri Kota dan akan memastikan *anak / jagaan saya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Dengan ini juga, saya tidak akan mempertikai atau mendakwa mengikut saluran undang-undang segala tindakan disiplin yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap * anak / jagaan saya jika *anak / jagaan saya telah didapati bersalah melanggar segala peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Sekolah SK Taman Seri Kota dan selagi tindakan disiplin tersebut mengikut tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan. Malahan saya akan berbincang dengan pihak sekolah sekiranya perlu. Tandatangan : …………………………………….. Nama : …………………………………….. Tarikh : …………………………………….. Disaksikan oleh Tandatangan : …………………………………….. Nama : …………………………………….. Tarikh : …………………………………….. Unit Disiplin SKTSK~HEM 42
  • 43. PAKAIAN, KASUT DAN STOKING YANG TIDAK DIBENARKAN Unit Disiplin SKTSK~HEM 43
  • 44. FESYEN KASUT DAN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN Unit Disiplin SKTSK~HEM 44
  • 45. FESYEN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN Unit Disiplin SKTSK~HEM 45
  • 46. ANTARA BARANG YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE SEKOLAH Unit Disiplin SKTSK~HEM 46
  • 47. ANTARA BARANG YANG TIDAK BOLEH DIBAWA KE SEKOLAH Unit Disiplin SKTSK~HEM 47
  • 48. KECANTIKAN yang abadi Terletak pada KEELOKKAN ADAB dan KETINGGIAN ILMU Seseorang. Unit Disiplin SKTSK~HEM 48