SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Kedatangan Islam Dan Pembudayaan Alam Melayu
|2
(a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu
Pendidikan dan pengembagan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. Firman
Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah ‘Bacalah
dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia
dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar
(manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa
kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah
kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan
menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga
kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan
Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan
dan pembentukan akhlak.
Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para
ulama yang berrmula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka
seawal abad ke-15, Jawa, Pasai, Acheh, Palembang dan Banjar, dan kemudiannya
Kelantan–Patani, Banten dan Minangkabau. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya
pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan
Indonesia, bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang
dinyatakan, tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik
baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. Sehingga suku pertama abad ke 20,
gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut.
Sumbangan seperti ini, ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan
Islam di al-Haramain atau Tanah Arab, Mesir dan Turki, juga India dan Pakistan, telah
memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang
dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban
Arab-Islam, Parsi-Islam, India-Islam dan Turki-Islam. Peradaban Melayu-Islam berada
dan berkembang di wilayah Alam Melayu.
Kalau diteliti lanjut, ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Dengan kedatangan Islam dan tersebar
ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu, maka telah tumbuh dan berkembang ilmuilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Antaranya, yang
paling awal, tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan
tasawwur (world view) Islam, iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam.
Dalam bidang karya tulis, kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut
pada abad ke 16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri,
Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani,
berlanjut di Banjar dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari
dan Muhammad Nafis al-Banjari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik
atau Tok Pulau Manis, penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu, Palembang dengan
Syeikh Abdul Samad al-Palembani, dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokohtokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok, Syeikh Daud bin Abdullah alFatani, Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani, Tuan Minal, Tuk
Wan Ali Kutan, Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali), Tuan Tabal dan lainlain, lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau
yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, kesenian dan
kebudayan selain dari keagamaan.
Dari segi budaya intelektual, Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi
intelektualismenya sendiri. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun
keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme
Dunia Islam. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau alGhazaliy, tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada
pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. Khazanah intelektualisme Melayu tidak
cuma mengandungi sastera lipur lara, tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran
karya-karya besar al-Baydawiy, al-Mawardiy, al-Ghazaliy dan lain-lain di samping
karya-karya asli ulama Melayu.Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap
oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan
peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau
ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. Para
ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar, tetapi
ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa
Arab. Ash-Syeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa
buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz.
Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah
membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia
umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para
ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para
pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di
kampus-kampus kita.
Dari segi tradisi kerohanian pula, memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat
dengan peranan kaum sufi. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk
daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan
antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. Karya-karya al-Ghazaliy
khususnya kitab ihya’ Ulumi ‘d-Din telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas.
Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya
sebagai salah satu kekuatan umat. Sejarah zaman penjajahan di Indonesia
mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah
kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma.

Like
Be the first to like this post.
Pengaruh Tamdun Islam Di Nusantara dalam aspek pendidikan.
Islam bertapak di alam Nusantara yang meliputi negara Asia Tenggara iaitu
Tanah Melayu(Malaysia), Indonesia,Thailand dan Filipina melalui pedagang Arab
yang datang berdagang di Nusantara, usaha penyebaran agama Islam dari ulama
atau tuan guru dari Tanah Arab(Timur Tengah) dan ahli-ahli sufi. Menurut AsySyid Qutb menyatakan bahawa Islam datang untuk menghapuskan segala bentuk
perhambaan ciptaan manusia dan untuk menentukan bahawa “pengabdian”
yang mutlak di bumi ini hanyalah untuk Allah s.w.t[6]. Kesimpulan ini dibuat
berdasarkan ayat al-Ouran surah Al-Imran ayat 83. Dari kata-kata tadi,
terkandung maksud perubahan dan pembangunan jiwa umat manusia,sebagai
umat yang bersatu untuk menyembah dan tunduk kepada perintah Allah dan
untuk mengimarahkan alam sebagai khalifahNya. Umat di Nusantara, tidak
terkecuali menerima perubahan dan pembangunan jiwa walaupun teori Islam
telah bertapak di rantau ini selewat-lewatnya pada abad ke 12 M. Perubahan
yang tidak berlaku sebelum kedatangan Islam ialah perubahan jiwa
kepercayaan dan pemikiran yang mencirikan perubahan world-view atau
weltanschauung masyarakat di alam Nusantara, daripada kepercayaan
anamisme kepada keparcayaan pada tuhan yang esa; daripada pemikiran
khayaliah kepada pemikiran yang rasional yang mencirikan perubahan intelek
yang tinggi. Perubahan inilah telah memberi jalan kepada umat Islam di
Nusantara untuk menjadi khairu ummah yang berusaha menghargai ahsanu
taqwim yang mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran.
Perkembangan ilmu islam bermula di institut pendidikan islam di rumah,
masjid,kuttab(pondok), dan sekolah kemudian wujud ke seluruh nusantara.
Struktur pengajian Islam dan institusi-institusinya yang wujud di Nusantara
sama dengan yang terdapat di negeri-negeri Arab[7]. Oleh itu, tempat-tempat
pendidikan itu mengandungi dua peringkat iaitu:
i. Tempat pendidikan sebelum penubuhan sekolah
ii. Tempat pendidikan selepas penubuhan sekolah
Pada peringkat pertama itu, pendidikan dan pengajaran tidak dikhaskan
pada suatu tempat tetapi di berbagai tempat, mulai dari kedai-kedai buku
hinggalah ke istana-istana dan malah di padang. Penubuhan sekolah-sekolah
pada masa kedua memerlukan kegiatan-kegiatan pendidikan dan tenaga
pengajar dan penuntut-penuntut secara sepenuh masa. Akibatnya sebahagian
tempat-tempat yang dulunya digunakan untuk pendidikan semakin berkurang
walaupun ada diantaranya yang masih dikekalkan.
Sejarah pendidikan Islam menunjukkan bahawa keseimbangan antara ilmu-ilmu
agama dan ilmu –ilmu dunia terdapat pada zaman–zaman kegemilangan dan
kekuatan Islam. Dengan itu, wujudnya keseimbangan antara ilmu-ilmu agama
dan dunia dalam kurikulum pendidikan dalam Islam. Secara umumnya,
kurikulum pendidikan dalam Islam itu meliputi ilmu-ilmu bahasa dan agama,
ilmu-ilmu kealaman,sebahagian ilmu-ilmu yang membantu ilmu-ilmu ini seperti
sejarah geografi,sastera,syair,nahu, dan balagah dan filsafat dan logika. Mata
pelajaran bagi peringkat rendah adalah al-quran, agama, membaca,menulis
dan syair. Manakala kurikulum pada peringkat formal dalam Islam mewakili
semua kurikulum peringkat rendah dan lebih membahaskan permasalahan
agama,syariat dan alam sejagat.
Jadi kurikulum pendidikan dalam Islam bersifat fungsional, tujuannya
mengeluarkan dan membentuk manusia muslim, kenal pada agama dan
Tuhannya, berakhlak al-Quran tetapi juga mengeluarkan manusia yang
mengenali kehidupan, sanggup menikmati kehidupan yang mulia dalam
masyarakat yang bebas dan mulia, malah sanggup memberi dan membina
masyarakat itu dan mendorong dan mengembangkan kehidupan masyarakat di
situ.

Tempat Pendidikan Islam sebelum Penubuhan Sekolah.
Sebelum penubuhan sekolah, ulama memainkan peranan mencirikan
masyarakat di nusantara yang sempurna yang mempunyai kegiatan
kemasyarakatan dan menjalankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t,
Rasullullah dan agama Islam. Sistem masjid sebagai markas dapat dilihat
sebagai suatu bentuk pemusatan kegiatan islam sebab masjid itulah yang selalu
nya dibina di tempat-tempat yang berhampiran dengan semua jenis kegiatan
seperti di tepi sungai – seperti di Melaka –kerana sungai menjadi jalan
berhubungan, supaya setipa yang lalu akan singgah menunaikan
tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t apabila tiba masanya. Berhampiran
dengan masjid itu ada pasar dan pelabuhan. Untuk itu, cuba perhatikan
kedudukan masjid Kampung Hulu dan Kampung Keling serta Surau Kampung
Jawa di Melaka yang masih menampakkan sifat keislaman masyarakat Melayu.
Di antara pelajaran-pelajaran yang diajarakan di masjid ialah ilmu
Tafsir,Hadith, Fiqh, bahasa kesusteraan dan sebagainya. Pengajaran
disampaikan dalam bentuk syarahan.
Di Indonesia(Mahmud Yunus,1960: 29), menurut kebiasaan kaum Muslimin
apabila kanak-kanak berumur tujuh tahun,ia akan di hantar ke surau untuk
mengaji Al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak[8]. Begitu juga di Filipina(Majul,
1978 : 1), kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula
membaca dan menghafaz al-Quran di rumah guru ataupun ulama’ bermula
pukul tujuh pagi. [9]Fenomena pembelajaran berbentuk demikian wujud
sehingga sekarang.
Di Tanah Melayu(Malaysia), struktur pendidikan seperti di Indonesia dan Filipina
juga berlaku iaitu sejak agama islam datang ke Malaysia. Sebagai bukti, petikan
kata-kata Abdullah Munsyi dalam Hikayatnya(1974 : 8)[10] :
“Dari zaman nenek moyang pun tidak pernah orang menaruh tempat belajar
bahasa Melayu melainkan mengaji Al-Quran sahaja. Dan patut belajar bahasa
Arab, kerana ia berguna kepada agama dan lagi dalam akhirat”.
Begitu juga di negeri-negeri yang dilawatinya :
“Maka tiadalah terdapat satu atau dua tempat orang yang mengajar mengaji
melainkan adalah dalam sepuluh dua belas rumah seorang dua orang anak-anak
mengaji al-Quran
kerana demikian lah adat dalam segala negeri-negeri Melayu dalam dunia,
maka tiadalah ia belajar bahasanya melainkan semuanya daripada kecilnya ia
memulakan mengaji al-quran. ”(Kisah Pelayaran Abdullah, 1965 : 36).

Ini jelas menunjukkan pendidikan islam di dalam masyarakat nusantara
mementingkan ilmu pengetahuan agama islam di berikan kepada anak-anak
mereka sewaktu kecil. Di samping itu, kursus pengajian terbahagi kepada tiga
peringkat, iaitu, permulaan, menengah dan kepakaran. Bagi pendidikan
permulaan, kuttab atau pondok didirikan sebagai institut pengajiannnya.
Berdasarkan beberapa bukti, kuttab yang dididirikan adalah untuk memberi
pelajaran awal kepada anak-anak selain di rumah dan masjid. Kuttab menjadi
tempat pertemuan diantara guru dengan murid berhubung dengan proses
pembelajaran di peringkat awal. Kurikulum yang biasa diajar di kuttab biasanya
meliputi semua aspek kerohanian dan jasmani, diantara matapelajaran yang
diajar ialah al-quran,hadith, fiqh, akhlak dan tauhid.
Tempat pendidikan Islam selepas Penubuhan sekolah.
Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia I, sekolah
pondok, sekolah Arab dan madrasah muncul di merta tempat di Nusantara
dengan matlamat memberi kekuatan dan bimbingan kepada umat Islam supaya
mereka tidak dihanyutkan oleh arus pembaharuan yang bercorak barat[11].
Pembinaan sekolah agama serta masjid atau surau adalah usaha rakyat sendiri,
kadang kala di bantu oleh para dermawan. Sebagai contoh di Kota Bharu, selain
menjadi pusat pentadbiaran negeri Kelantan ia merupakan pusat pengajian
islam. Di Kota Bharu, pengajaran agama melalui sistem persekolahan hanya
terdapat di Madrasah Muhammaddiah[12]. Walau bagaimanapun pengajaran
mata pelajaran agama di sekolah ini ialah untuk peringkat rendah sahaja dan
hanya bermatlamat untuk membolehkan murid-murid mengetahui asas hukum
agama dan menulis dalam bahasa melayu, melalui tulisan jawi pada sebelum
tahun 1940. Selepas menuntut ilmu di madrasah, mereka boleh meyambung
pelajaran di Masjid Besar Muhammadi dan di surau-surau, sebagaimana juga
pendidikan di Masjidil Haram Mekah. Mereka dididik supaya kelak menjadi
orang yang berilmu dan alim dalam kitab-kitab tertentu dan kuat pula
mengerjakan ibadaj sehari-hari. Untuk menjayakan matlamat yang demikian di
samping dikehendaki oleh guru-guru supaya beribadah, mereka mesti pula
melalui dua peringkat yang pengajian yang telah ditetapkan. Dalam peringkat
pertama, pelajar dikehendaki menghafalkan nahu asas Arab. Tujuannnya untuk
membolehkan mereka menguasai bahasa Arab dan dapat memahami kitab-kitab
agama dalam bahasa arab. Disamping itu mereka diajar ilmu agama seperti
ilmu fiqh dan tauhid. Kebiasaannya masa yang diambil untuk mempelajari pada
peringkat ini selama dua tahun walau bagaimanpun bergantung kepada
kemampuan pelajar tersebut. Untuk peringkat yang keduia pula, pelajarpelajar yang memahami bahasa Arab dan asas keilmuan peringkat pertama tadi
diajarkan pula kitab-kitab Arab dan kitab-kitab Jawi karangan ulama
mutaakhirin dan mutaqaddimin[13]. Di peringkat ini, mereka akan mendengar
huraian –huraian guru tentang makna dan maksud didalam kitab –kitab itu ayat
demi ayat. Oleh kerana latihan yang demikian maka timbulnya konsep taqlid
dikalangan mereka terhadap pengajaran di dalam kitab-kitab tadi. Justru
kerana itu amatlah tepat dikatakan pelajar yang melalui proses pengajian ini
dipanggil ulama yang alim di dalam menghuraikan makna di dalam kitab-kitab
tertentu tadi sahaja. Selepas mereka tamat di peringkat ini, biasanya
digalakkan melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi di Masjidil Haram
Mekah. Tetapi pada zaman ini, sekolah agama dan madarasah telah banyak di
tubuhkan oleh pihak pemerintah dan pihak swasta bagi memenuhi permintaan
ibuapa yang lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran
biasa. Tambahan pula, sekolah agama dan madarasah mempunyai sukatan
pelajaran yang sama dengan sekolah aliran kebangsaan cuma kelebihan bagi
sekolah agama dan madarasah mempunyai aliran agama. Di dalam kurikulum
sekolah agama atau madarsah mengandungi ilmu agam seperti tauhid, fiqh,
syariah, hadith, al-quran, bahasa arab, tarikh islami dan tafsir al-quran.
Selepas tamat pembelajaran di peringkat menengah, pelajar tersebut boleh
menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah .
Jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam masyarakat di Nusantara
dipengaruhi oleh tamadun Islam. Fungsi masjid sebagai pusat ilmu dapat dilihat
sehingga hari. Namun ada sesetengah pihak yang cuba memisahkan agam
dengan kehidupan seharian.

– Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah budaya, agama dan identiti masyarakat
Melayu yang sebelum itu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.
Tradisi ilmu yang diperkenalkan oleh Islam telah memandu tamadun Melayu terutamanya dalam
menentukan hala tuju masa depan orang Melayu. Demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali
Mohd Rustam semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Tamadun Islam dan Identiti Melayu 2011 di
sini hari ini.

Contenu connexe

Tendances

Rpp (m. hassan robbani 2021113245)
Rpp (m. hassan robbani 2021113245)Rpp (m. hassan robbani 2021113245)
Rpp (m. hassan robbani 2021113245)Nisrokhah6
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamMiji Mina
 
11.1 Awal Tamadun Islam
11.1 Awal Tamadun Islam11.1 Awal Tamadun Islam
11.1 Awal Tamadun IslamWanBK Leo
 
Genap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-dunia
Genap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-duniaGenap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-dunia
Genap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-duniaASEPWAHYUMULYANA
 
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIASejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIAAna MuSafir
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganAbdul Hamzzah
 
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
 perkembangan ilmu semasa Tamadun islam perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
perkembangan ilmu semasa Tamadun islamJaidi Didiey
 
Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )
Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )
Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )Nisrokhah6
 
Pertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxz
Pertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxzPertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxz
Pertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxzsomaoma
 
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah   Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah Fazril Saleh
 
RPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaan
RPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaanRPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaan
RPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaanyasirmaster web.id
 
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban DuniaBab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Duniaajaknordin
 
Makalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko buku
Makalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko bukuMakalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko buku
Makalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko bukuAkbar Tanjung
 
Perkembangan Peradaban Islam Pada Masa Kejayaan
Perkembangan Peradaban Islam Pada Masa KejayaanPerkembangan Peradaban Islam Pada Masa Kejayaan
Perkembangan Peradaban Islam Pada Masa Kejayaansamiul12
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamfaiz_daniel
 

Tendances (19)

Rpp (m. hassan robbani 2021113245)
Rpp (m. hassan robbani 2021113245)Rpp (m. hassan robbani 2021113245)
Rpp (m. hassan robbani 2021113245)
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islam
 
11.1 Awal Tamadun Islam
11.1 Awal Tamadun Islam11.1 Awal Tamadun Islam
11.1 Awal Tamadun Islam
 
Tamadun islam
Tamadun islamTamadun islam
Tamadun islam
 
Genap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-dunia
Genap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-duniaGenap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-dunia
Genap xii 4.-faktor-kemajuan-peradaban-islam-di-dunia
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIASejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
 perkembangan ilmu semasa Tamadun islam perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
perkembangan ilmu semasa Tamadun islam
 
Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )
Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )
Materi perkembangan peradaban islam pada masa kejayaan (m. hasan ra )
 
Pertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxz
Pertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxzPertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxz
Pertumbuhan ilmu pengetahuan pada masa bani cxz
 
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah   Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
Dinamika Ilmu Sebagai Warisan Intelektual Ummah
 
Bab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islamBab 2 tamadun islam
Bab 2 tamadun islam
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
RPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaan
RPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaanRPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaan
RPP PAI XI Kurikulum 2013 seri 2.11 perkembangan islam masa kejayaan
 
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban DuniaBab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
Bab 5 Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban Dunia
 
Makalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko buku
Makalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko bukuMakalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko buku
Makalah sejarah pendidikan islam perpustakaan dan toko buku
 
Perkembangan Peradaban Islam Pada Masa Kejayaan
Perkembangan Peradaban Islam Pada Masa KejayaanPerkembangan Peradaban Islam Pada Masa Kejayaan
Perkembangan Peradaban Islam Pada Masa Kejayaan
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islam
 

Similaire à Kedatangan islam dan pembudayaan alam melayu

Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222Kodogg Kritingg
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHGuru Sejarah PraU
 
Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8trisvo
 
PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]
PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]
PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]Lydia Nurkumalawati
 
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARATERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARANur Fadilah
 
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docxPEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docxSarahNadia23
 
Perkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di IndonesiaPerkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di IndonesiaFernalia Halim
 
Sejarah Pendidikan Islam.pdf
Sejarah Pendidikan Islam.pdfSejarah Pendidikan Islam.pdf
Sejarah Pendidikan Islam.pdfZukét Printing
 
Sejarah Pendidikan Islam.docx
Sejarah Pendidikan Islam.docxSejarah Pendidikan Islam.docx
Sejarah Pendidikan Islam.docxZukét Printing
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamNUR DIANA
 
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu PengetahuanIIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuanfarhanmaulana916953
 
Masuk dan berkembangnya islam di indonesia
Masuk dan berkembangnya islam di indonesiaMasuk dan berkembangnya islam di indonesia
Masuk dan berkembangnya islam di indonesiaMaya Sy
 
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Phujie FaHrani
 
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docx
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docxPEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docx
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docxDinaAuliyaRahma
 
22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx
22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx
22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptxBonoNauval
 
Pemikiran Naquib Alatas.pptx
Pemikiran Naquib Alatas.pptxPemikiran Naquib Alatas.pptx
Pemikiran Naquib Alatas.pptxSamsudinSalim
 
08(e) isi pelajaran interaksi 5
08(e) isi pelajaran  interaksi 508(e) isi pelajaran  interaksi 5
08(e) isi pelajaran interaksi 5Hendon Ramlan
 
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin Amq
 
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin Amq
 

Similaire à Kedatangan islam dan pembudayaan alam melayu (20)

Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
Perkembangan ilmu pengetahuan di dunia islam222
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
 
Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8
 
PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]
PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]
PPT Islamisasi dan Silang Budaya di Nusantara [SEJARAH ISLAM]
 
Pengaruh
Pengaruh Pengaruh
Pengaruh
 
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARATERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
TERBENTUKNYA KEILMUAN DI NUSANTARA
 
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docxPEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
PEMIKIRAN BUYA HAMKA.docx
 
Perkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di IndonesiaPerkembangan Islam di Indonesia
Perkembangan Islam di Indonesia
 
Sejarah Pendidikan Islam.pdf
Sejarah Pendidikan Islam.pdfSejarah Pendidikan Islam.pdf
Sejarah Pendidikan Islam.pdf
 
Sejarah Pendidikan Islam.docx
Sejarah Pendidikan Islam.docxSejarah Pendidikan Islam.docx
Sejarah Pendidikan Islam.docx
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu PengetahuanIIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
IIP Pengalaman Umat Islam dalam Pengembangan Ilmu Pengetahuan
 
Masuk dan berkembangnya islam di indonesia
Masuk dan berkembangnya islam di indonesiaMasuk dan berkembangnya islam di indonesia
Masuk dan berkembangnya islam di indonesia
 
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
Pertumbuhan dan perkembangan pendidikan islam pada periode khulafaur rasyidi1
 
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docx
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docxPEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docx
PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL.docx
 
22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx
22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx
22_Shoffat Rowhun Nasli (Perkembangan Islam, Peran Tokoh Pemimpin).pptx
 
Pemikiran Naquib Alatas.pptx
Pemikiran Naquib Alatas.pptxPemikiran Naquib Alatas.pptx
Pemikiran Naquib Alatas.pptx
 
08(e) isi pelajaran interaksi 5
08(e) isi pelajaran  interaksi 508(e) isi pelajaran  interaksi 5
08(e) isi pelajaran interaksi 5
 
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
 
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
 

Dernier

Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 

Dernier (13)

Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 

Kedatangan islam dan pembudayaan alam melayu

  • 1. Kedatangan Islam Dan Pembudayaan Alam Melayu |2 (a) Pendidikan Dan Pengembangan Ilmu Pendidikan dan pengembagan ilmu adalah warisan Nabawi yang sangat utama. Firman Allah yang pertama disampaikan melalui Jibril kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah kewajipan terhadap pencarian ilmu dengan perintah ‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’ Al ‘Alaq (Segumpal Darah) 96:1-5. Perkembangan ilmu telah membawa kesan yang cukup besar terhadap perubahan sosio-budaya umat Melayu sesudah kedatangan Islam. Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin pada mulanya dengan menadah kitab di surau, langgar dan masjid atau di kalangan istana, sehingga kemudiannya terdirinya pondok dan pesantren di serata wilayah dan daerah kepulauan Melayu. Ilmu adalah alat pertama bagi kesempurnaan keperibadian seseorang insan dan pembentukan akhlak. Proses pembudayaan rantau Melayu banyak sekali dimainkan peranannya oleh para ulama yang berrmula dari pusat-pusat pemerintahan Islam-Melayu seperti Melaka seawal abad ke-15, Jawa, Pasai, Acheh, Palembang dan Banjar, dan kemudiannya Kelantan–Patani, Banten dan Minangkabau. Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia, bukan sahaja melalui pengajian pondok atau kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan, tetapi juga lewat pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau itu. Sehingga suku pertama abad ke 20, gerakan ulama mengembangkan ilmu menerusi pendidikan agama tidak pernah surut. Sumbangan seperti ini, ditambah oleh hubungan dengan pusat-pusat kebudayaan Islam di al-Haramain atau Tanah Arab, Mesir dan Turki, juga India dan Pakistan, telah memberikan ciri-ciri khusus terhadap sebuah tamadun Islam di Asia Tenggara yang
  • 2. dikenali sebagai peradaban Melayu-Islam sebagaimana kita kenali adanya peradaban Arab-Islam, Parsi-Islam, India-Islam dan Turki-Islam. Peradaban Melayu-Islam berada dan berkembang di wilayah Alam Melayu. Kalau diteliti lanjut, ulama-ulama tadi cukup aktif menghasilkan karya tulis dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama. Dengan kedatangan Islam dan tersebar ajarannya di Nusantara atau Alam Melayu, maka telah tumbuh dan berkembang ilmuilmu yang menentukan ciri-ciri kebudayaan Melayu besar serantau itu. Antaranya, yang paling awal, tentu sahaja ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan dan tasawwur (world view) Islam, iaitu ilmu yang menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam. Dalam bidang karya tulis, kita lihat tradisi yang sangat penting ini yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17, dengan tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Shamsuddin al-Sumatrani, berlanjut di Banjar dengan tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dan Muhammad Nafis al-Banjari. Kemudian Terengganu dengan Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis, penulis kitab Syarh Hikam yang terkenal itu, Palembang dengan Syeikh Abdul Samad al-Palembani, dan kemudian Patani dan Kelantan dengan tokohtokohnya dikenal seperti Syeikh Abdul Rahman Pauh Bok, Syeikh Daud bin Abdullah alFatani, Syeikh Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani, Tuan Minal, Tuk Wan Ali Kutan, Haji Mohd Yusoff Ahmad al-Kenali (Tuk Kenali), Tuan Tabal dan lainlain, lebih awal lagi di Jawa dengan Wali Songo dan ulama-ulama besar Minangkabau yang bergerak secara langsung dalam gerakan bahasa, persuratan, kesenian dan kebudayan selain dari keagamaan. Dari segi budaya intelektual, Dunia Melayu mempunyai sejarah dan tradisi intelektualismenya sendiri. Kedatangan Islam ke rantau ini telah memulakan tamadun keilmuan dan melibatkan para ilmuwan Melayu dalam perkembangan intelektualisme Dunia Islam. Memang rantau ini belum pernah melahirkan seorang ash-Shafiy atau alGhazaliy, tetapi setidak-tidaknya rantau ini memang sentiasa terdedah kepada pemikiran para ilmuwan besar Dunia Islam. Khazanah intelektualisme Melayu tidak cuma mengandungi sastera lipur lara, tetapi meliputi juga terjemahan dan saduran
  • 3. karya-karya besar al-Baydawiy, al-Mawardiy, al-Ghazaliy dan lain-lain di samping karya-karya asli ulama Melayu.Tradisi pengajian pondok (pesantren) yang dianggap oleh setengah kalangan peneliti sebagai bersifat indigenous itu telah memainkan peranan besar sebagai jambatan budaya yang menghubungkan tradisi keilmuan rantau ini dengan tradisi keilmuan Dunia Islam terutama yang berpusat di Asia Barat. Para ilmuwan Melayu tidak hanya menterjemah dan menyadur karya-karya dari luar, tetapi ada juga yang menghasilkan karya-karya asli termasuk karya-karya dalam bahasa Arab. Ash-Syeikh Nawawiy al-Bantaniy (Banten) misalnya telah menghasilkan beberapa buah kitab dalam bahasa Arab yang menjadi rujukan para ulama Hijaz. Perkembangan-perkembangan mutakhir dalam bidang pendidikan di rantau ini telah membuka kemungkinan-kemungkinan baru. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa) di Malaysia umpamanya telah menjadikan rantau ini sebagai salah satu pusat tumpuan para ilmuwan dunia. Sekarang ini pun kita sudah menyaksikan semakin ramainya para pelajar dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia Arab yang datang untuk belajar di kampus-kampus kita. Dari segi tradisi kerohanian pula, memang sejarah pengislaman rantau ini berkait erat dengan peranan kaum sufi. Kerana itu hingga sekarang rantau Melayu adalah termasuk daerah yang paling subur dengan tradisi kesufian. Ilmu Tasawwuf adalah merupakan antara jenis ilmu yang popular dalam masyarakat Melayu. Karya-karya al-Ghazaliy khususnya kitab ihya’ Ulumi ‘d-Din telah sejak lama diterjemah dan tersebar luas. Tradisi kerohanian masyarakat Melayu pernah membuktikan peranan positifnya sebagai salah satu kekuatan umat. Sejarah zaman penjajahan di Indonesia mencatatkan bahawa antara kekuatan yang paling ditakuti oleh Belanda ialah kumpulan-kumpulan tarekat pimpinan ulama-ulama rohaniah yang sangat berkarisma. Like Be the first to like this post.
  • 4. Pengaruh Tamdun Islam Di Nusantara dalam aspek pendidikan. Islam bertapak di alam Nusantara yang meliputi negara Asia Tenggara iaitu Tanah Melayu(Malaysia), Indonesia,Thailand dan Filipina melalui pedagang Arab yang datang berdagang di Nusantara, usaha penyebaran agama Islam dari ulama atau tuan guru dari Tanah Arab(Timur Tengah) dan ahli-ahli sufi. Menurut AsySyid Qutb menyatakan bahawa Islam datang untuk menghapuskan segala bentuk perhambaan ciptaan manusia dan untuk menentukan bahawa “pengabdian” yang mutlak di bumi ini hanyalah untuk Allah s.w.t[6]. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan ayat al-Ouran surah Al-Imran ayat 83. Dari kata-kata tadi, terkandung maksud perubahan dan pembangunan jiwa umat manusia,sebagai umat yang bersatu untuk menyembah dan tunduk kepada perintah Allah dan untuk mengimarahkan alam sebagai khalifahNya. Umat di Nusantara, tidak terkecuali menerima perubahan dan pembangunan jiwa walaupun teori Islam telah bertapak di rantau ini selewat-lewatnya pada abad ke 12 M. Perubahan yang tidak berlaku sebelum kedatangan Islam ialah perubahan jiwa kepercayaan dan pemikiran yang mencirikan perubahan world-view atau weltanschauung masyarakat di alam Nusantara, daripada kepercayaan anamisme kepada keparcayaan pada tuhan yang esa; daripada pemikiran khayaliah kepada pemikiran yang rasional yang mencirikan perubahan intelek yang tinggi. Perubahan inilah telah memberi jalan kepada umat Islam di Nusantara untuk menjadi khairu ummah yang berusaha menghargai ahsanu taqwim yang mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran. Perkembangan ilmu islam bermula di institut pendidikan islam di rumah, masjid,kuttab(pondok), dan sekolah kemudian wujud ke seluruh nusantara. Struktur pengajian Islam dan institusi-institusinya yang wujud di Nusantara sama dengan yang terdapat di negeri-negeri Arab[7]. Oleh itu, tempat-tempat
  • 5. pendidikan itu mengandungi dua peringkat iaitu: i. Tempat pendidikan sebelum penubuhan sekolah ii. Tempat pendidikan selepas penubuhan sekolah Pada peringkat pertama itu, pendidikan dan pengajaran tidak dikhaskan pada suatu tempat tetapi di berbagai tempat, mulai dari kedai-kedai buku hinggalah ke istana-istana dan malah di padang. Penubuhan sekolah-sekolah pada masa kedua memerlukan kegiatan-kegiatan pendidikan dan tenaga pengajar dan penuntut-penuntut secara sepenuh masa. Akibatnya sebahagian tempat-tempat yang dulunya digunakan untuk pendidikan semakin berkurang walaupun ada diantaranya yang masih dikekalkan. Sejarah pendidikan Islam menunjukkan bahawa keseimbangan antara ilmu-ilmu agama dan ilmu –ilmu dunia terdapat pada zaman–zaman kegemilangan dan kekuatan Islam. Dengan itu, wujudnya keseimbangan antara ilmu-ilmu agama dan dunia dalam kurikulum pendidikan dalam Islam. Secara umumnya, kurikulum pendidikan dalam Islam itu meliputi ilmu-ilmu bahasa dan agama, ilmu-ilmu kealaman,sebahagian ilmu-ilmu yang membantu ilmu-ilmu ini seperti sejarah geografi,sastera,syair,nahu, dan balagah dan filsafat dan logika. Mata pelajaran bagi peringkat rendah adalah al-quran, agama, membaca,menulis dan syair. Manakala kurikulum pada peringkat formal dalam Islam mewakili semua kurikulum peringkat rendah dan lebih membahaskan permasalahan agama,syariat dan alam sejagat. Jadi kurikulum pendidikan dalam Islam bersifat fungsional, tujuannya mengeluarkan dan membentuk manusia muslim, kenal pada agama dan Tuhannya, berakhlak al-Quran tetapi juga mengeluarkan manusia yang mengenali kehidupan, sanggup menikmati kehidupan yang mulia dalam masyarakat yang bebas dan mulia, malah sanggup memberi dan membina masyarakat itu dan mendorong dan mengembangkan kehidupan masyarakat di situ. Tempat Pendidikan Islam sebelum Penubuhan Sekolah. Sebelum penubuhan sekolah, ulama memainkan peranan mencirikan masyarakat di nusantara yang sempurna yang mempunyai kegiatan kemasyarakatan dan menjalankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t, Rasullullah dan agama Islam. Sistem masjid sebagai markas dapat dilihat sebagai suatu bentuk pemusatan kegiatan islam sebab masjid itulah yang selalu nya dibina di tempat-tempat yang berhampiran dengan semua jenis kegiatan
  • 6. seperti di tepi sungai – seperti di Melaka –kerana sungai menjadi jalan berhubungan, supaya setipa yang lalu akan singgah menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t apabila tiba masanya. Berhampiran dengan masjid itu ada pasar dan pelabuhan. Untuk itu, cuba perhatikan kedudukan masjid Kampung Hulu dan Kampung Keling serta Surau Kampung Jawa di Melaka yang masih menampakkan sifat keislaman masyarakat Melayu. Di antara pelajaran-pelajaran yang diajarakan di masjid ialah ilmu Tafsir,Hadith, Fiqh, bahasa kesusteraan dan sebagainya. Pengajaran disampaikan dalam bentuk syarahan. Di Indonesia(Mahmud Yunus,1960: 29), menurut kebiasaan kaum Muslimin apabila kanak-kanak berumur tujuh tahun,ia akan di hantar ke surau untuk mengaji Al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak[8]. Begitu juga di Filipina(Majul, 1978 : 1), kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula membaca dan menghafaz al-Quran di rumah guru ataupun ulama’ bermula pukul tujuh pagi. [9]Fenomena pembelajaran berbentuk demikian wujud sehingga sekarang. Di Tanah Melayu(Malaysia), struktur pendidikan seperti di Indonesia dan Filipina juga berlaku iaitu sejak agama islam datang ke Malaysia. Sebagai bukti, petikan kata-kata Abdullah Munsyi dalam Hikayatnya(1974 : 8)[10] : “Dari zaman nenek moyang pun tidak pernah orang menaruh tempat belajar bahasa Melayu melainkan mengaji Al-Quran sahaja. Dan patut belajar bahasa Arab, kerana ia berguna kepada agama dan lagi dalam akhirat”. Begitu juga di negeri-negeri yang dilawatinya : “Maka tiadalah terdapat satu atau dua tempat orang yang mengajar mengaji melainkan adalah dalam sepuluh dua belas rumah seorang dua orang anak-anak mengaji al-Quran kerana demikian lah adat dalam segala negeri-negeri Melayu dalam dunia, maka tiadalah ia belajar bahasanya melainkan semuanya daripada kecilnya ia memulakan mengaji al-quran. ”(Kisah Pelayaran Abdullah, 1965 : 36). Ini jelas menunjukkan pendidikan islam di dalam masyarakat nusantara mementingkan ilmu pengetahuan agama islam di berikan kepada anak-anak mereka sewaktu kecil. Di samping itu, kursus pengajian terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu, permulaan, menengah dan kepakaran. Bagi pendidikan
  • 7. permulaan, kuttab atau pondok didirikan sebagai institut pengajiannnya. Berdasarkan beberapa bukti, kuttab yang dididirikan adalah untuk memberi pelajaran awal kepada anak-anak selain di rumah dan masjid. Kuttab menjadi tempat pertemuan diantara guru dengan murid berhubung dengan proses pembelajaran di peringkat awal. Kurikulum yang biasa diajar di kuttab biasanya meliputi semua aspek kerohanian dan jasmani, diantara matapelajaran yang diajar ialah al-quran,hadith, fiqh, akhlak dan tauhid. Tempat pendidikan Islam selepas Penubuhan sekolah. Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia I, sekolah pondok, sekolah Arab dan madrasah muncul di merta tempat di Nusantara dengan matlamat memberi kekuatan dan bimbingan kepada umat Islam supaya mereka tidak dihanyutkan oleh arus pembaharuan yang bercorak barat[11]. Pembinaan sekolah agama serta masjid atau surau adalah usaha rakyat sendiri, kadang kala di bantu oleh para dermawan. Sebagai contoh di Kota Bharu, selain menjadi pusat pentadbiaran negeri Kelantan ia merupakan pusat pengajian islam. Di Kota Bharu, pengajaran agama melalui sistem persekolahan hanya terdapat di Madrasah Muhammaddiah[12]. Walau bagaimanapun pengajaran mata pelajaran agama di sekolah ini ialah untuk peringkat rendah sahaja dan hanya bermatlamat untuk membolehkan murid-murid mengetahui asas hukum agama dan menulis dalam bahasa melayu, melalui tulisan jawi pada sebelum tahun 1940. Selepas menuntut ilmu di madrasah, mereka boleh meyambung pelajaran di Masjid Besar Muhammadi dan di surau-surau, sebagaimana juga pendidikan di Masjidil Haram Mekah. Mereka dididik supaya kelak menjadi orang yang berilmu dan alim dalam kitab-kitab tertentu dan kuat pula mengerjakan ibadaj sehari-hari. Untuk menjayakan matlamat yang demikian di samping dikehendaki oleh guru-guru supaya beribadah, mereka mesti pula melalui dua peringkat yang pengajian yang telah ditetapkan. Dalam peringkat pertama, pelajar dikehendaki menghafalkan nahu asas Arab. Tujuannnya untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Arab dan dapat memahami kitab-kitab agama dalam bahasa arab. Disamping itu mereka diajar ilmu agama seperti ilmu fiqh dan tauhid. Kebiasaannya masa yang diambil untuk mempelajari pada peringkat ini selama dua tahun walau bagaimanpun bergantung kepada kemampuan pelajar tersebut. Untuk peringkat yang keduia pula, pelajarpelajar yang memahami bahasa Arab dan asas keilmuan peringkat pertama tadi diajarkan pula kitab-kitab Arab dan kitab-kitab Jawi karangan ulama
  • 8. mutaakhirin dan mutaqaddimin[13]. Di peringkat ini, mereka akan mendengar huraian –huraian guru tentang makna dan maksud didalam kitab –kitab itu ayat demi ayat. Oleh kerana latihan yang demikian maka timbulnya konsep taqlid dikalangan mereka terhadap pengajaran di dalam kitab-kitab tadi. Justru kerana itu amatlah tepat dikatakan pelajar yang melalui proses pengajian ini dipanggil ulama yang alim di dalam menghuraikan makna di dalam kitab-kitab tertentu tadi sahaja. Selepas mereka tamat di peringkat ini, biasanya digalakkan melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi di Masjidil Haram Mekah. Tetapi pada zaman ini, sekolah agama dan madarasah telah banyak di tubuhkan oleh pihak pemerintah dan pihak swasta bagi memenuhi permintaan ibuapa yang lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran biasa. Tambahan pula, sekolah agama dan madarasah mempunyai sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah aliran kebangsaan cuma kelebihan bagi sekolah agama dan madarasah mempunyai aliran agama. Di dalam kurikulum sekolah agama atau madarsah mengandungi ilmu agam seperti tauhid, fiqh, syariah, hadith, al-quran, bahasa arab, tarikh islami dan tafsir al-quran. Selepas tamat pembelajaran di peringkat menengah, pelajar tersebut boleh menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah . Jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam masyarakat di Nusantara dipengaruhi oleh tamadun Islam. Fungsi masjid sebagai pusat ilmu dapat dilihat sehingga hari. Namun ada sesetengah pihak yang cuba memisahkan agam dengan kehidupan seharian. – Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah budaya, agama dan identiti masyarakat Melayu yang sebelum itu banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Tradisi ilmu yang diperkenalkan oleh Islam telah memandu tamadun Melayu terutamanya dalam menentukan hala tuju masa depan orang Melayu. Demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Tamadun Islam dan Identiti Melayu 2011 di sini hari ini.