SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
1
02/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Ogos
2013
2 jam
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM
MELAKA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TINGKATAN TIGA
TAHUN 2013
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D.
2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda
dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan
Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan
soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.
3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A,
25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk
Bahagian D.
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak.
02/2 [Lihat sebelah]
2
02/2
BAHAGIAN A(i)
Masa yang dicadangkan: 40 minit
(20 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca kemerosotan disiplin murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang
dipercayai termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang dirasakan menjadi tanggungjawab.
Dalam konteks sekolah, murid yang berdisiplin merupakan murid yang mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah, seperti cara berpakaian, kedatangan, menghormati guru
dan membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh guru. Kini, ramai murid tidak mematuhi
disiplin yang ditetapkan. Pelanggaran disiplin menyebabkan berlakunya pergaduhan, buli dan
mati akibat berkelahi.
Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin murid.
Antaranya ialah pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat,
filem, surat khabar, majalah dan televisyen sering menunjukkan unsur yang negatif seperti
babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Selain itu,
kemerosotan disiplin murid juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering
berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka
berjaya dalam pelajaran. Sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk
melupakan segala masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan seperti
bergaduh dengan rakan sekelas. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan
oleh ibu bapa.
Hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yang
menyebabkan seseorang murid itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan
pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan murid-murid yang tidak berdisiplin. Namun
begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana murid tidak akan takut jika sesuatu
kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi
kemerosotan disiplin murid. Ada murid yang masih berkawan dengan rakan yang tidak
bersekolah. Kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah.
Hal ini demikian kerana kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan
memilih haluan sendiri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.
Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki yang turut dikatakan
menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Sebenarnya amat sukar membentuk jiwa
remaja. Jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan mereka suka melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Untuk mengatasi masalah ini, sikap ibu bapa perlu diubah.
Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak mereka yang meningkat remaja. Jika boleh, ibu
bapa perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk memastikan anak mereka mematuhi
disiplin yang ditetapkan sekolah.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Masalah Disiplin Pelajar”
Oleh Koh Ve Lee, Dewan Siswa, Jun 2011)
3
02/2
BAHAGIAN A(ii): Pemahaman
[10 markah]
Berdasarkan petikan Bahagian A(i) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata menggunakan pendekatan
(2 markah)
2. Berdasarkan petikan berikan dua peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah disiplin
murid.
(4 markah)
3. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja mudah terikut-ikut nilai negatif
yang datang dari Barat?
(4 markah)
BAHAGIAN B
[20 markah]
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai
warga tua. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Cara-cara menghargai warga tua
Memberikan
wang secukupnya
Memberikan
kasih sayang
Selalu mengunjungi
mereka
Menjaga perasaan
mereka
4
02/2
BAHAGIAN C
(40 markah)
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.
1. Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakan
persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapi
pada hujung tahun ini.
Balas surat rakan anda itu.
2. Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakin
membimbangkan semua pihak.
Berikan pendapat anda berdasarkan penyataan di atas.
3. Baru-baru ini anda telah menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unit
beruniform di sekolah anda.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.
4. Anda telah dipilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan syarahan anjuran Persatuan
Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘Amalan Hidup Sihat’.
Tulis syarahan anda itu selengkapnya.
5. Peribahasa di atas bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas.
“Bagai menatang minyak yang penuh”
5
02/2
BAHAGIAN D
[10 markah]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.
(i) Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal
(ii) Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha
(iii) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira
(iv) Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib
(v) Wira Persona Avatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar
(vi) Di Sebalik Wajah, karya Abang Saifuddin Abang Bohari
(vii) Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim
(viii) Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin
(ix) 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim
(x) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
(xi) Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah
Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut. Bagi setiap persoalan tersebut berikan contoh peristiwa yang berlaku.
KERTAS SOALAN TAMAT
6
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN2013
SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 2
Markah penuh kertas 2 : 100 markah
Bahagian A(i) : 20 markah
Bahagian A(ii) : 10 markah
Bahagian B : 20 markah
Bahagian C : 40 markah
Bahagian D : 10 markah
Bahagian A (i) : 20 markah
1. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon:
(a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression)
(b) Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan
karangan.
(c) Kemudian, peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah:
Bahasa (10 markah)
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang
(A)
9 – 10 - Bahasa baik dan lancar
- Berupaya menggunakan ayat sendiri
: pemilihan kata yang tepat
: ayat yang gramatis
: penanda wacana yang sesuai
- Ejaan dan tanda baca betul
Baik
(B)
6 – 8 - Bahasa baik dan lancar
- Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
: pemilihan kata agak terhad
: ayat yang masih gramatis
: penanda wacana masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan
(C)
3 – 5 - Bahasa kurang lancar
- Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda
baca
ATAU
- Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
Penguasaan
Minimum
(D)
1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggambarkan bahasa yang lemah
- Menyalin daripada petikan
Markah Isi (10 markah)
Bilangan Isi 5 4 3 2 1
Markah 9 -10 7 – 8 5 – 6 3 – 4 1 - 2
Cara penandaan dan pemberian markah:
1. Pemeriksa dikehendaki menanda ( / ) apabila terjumpa isi.
2. Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
3. Periksa seperti biasa jika calon memerenggankan jawapan.
4. Jika isi kurang, nilai bahasa seperti biasa – markah bahasa boleh mengatasi markah isi.
7
5. Jika jawapan murid dalam bentuk catatan (poin), markah isi penuh tetapi markah
bahasa maksimum 6.
6. Jika murid menyalin isi secara terpilih daripada petikan tanpa mengubah mana-mana
perkataan, markah isi penuh tetapi markah bahasa maksimum 5.
7. Jika isi disalin secara terpilih dan diringkaskan dalam bentuk poin, markah isi seperti
biasa, manakala markah bahasa maksimum 4.
8. Murid menyalin petikan keseluruhan, markah isi ditolak 50% dan markah bahasa
maksimum 2.
9. Periksa dan tanda jawapan murid seperti karangan bahagian C tetapi tiada potongan
markah bagi kesalahan ejaan.
Maksud menyalin petikan
1. Murid menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan ATAU
2. Murid menyalin keseluruhan petikan yang diberi
Isi cadangan:
1. Pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat.
2. Kemerosotan disiplin murid juga terjadi kerana masalah keluarga.
3. Sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala
masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan.
4. Hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yang menyebabkan
seseorang murid itu menjadi semakin liar.
5. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi kemerosotan disiplin murid.
6. Kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah.
7. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah tidak diikuti.
8. Kekurangan guru lelaki turut dikatakan menjadi salah satu punca kemerosotan
disiplin.
9. Jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan mereka suka melanggar
peraturan yang telah ditetapkan.
Bahagian A(ii) : Soalan Pemahaman
Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah)
Markah Deskripsi
2 markah Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
Maksud kurang tepat mengikut konteks
Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata
Cadangan jawapan:
Soalan 1(2m)
1. Maksud rangkai kata menggunakan pendekatan:
- mengaplikasikan / mengamalkan /memakai/ menerapkan/ mempraktikkan /
melaksanakan….
- kaedah / cara / langkah
8
Soalan 2 : Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)
Masalah Deskripsi
4 markah -Isi dinyatakan dengan cukup lengkap dan ayat gramatis
3 markah -Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang
gramatis
0 markah -Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
-Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis
Cadangan jawapan:
Soalan 2 (4 markah)
2. Peranan Ibu bapa untuk mengatasi maslah disiplin murid:
- Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak mereka yang meningkat remaja.
- Ibu bapa perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk memastikan anak
mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan.
Soalan 3 : Soalan pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)
Markah Deskripsi
4 markah -Isi relevan mengikut tugasan dan ayat gtramatis
3 markah -Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 marrkah -Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah -Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramats
0 markah -Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
-Isi tidak tepat dan ayat tida gramatis
Cadangan jawapan:
Soalan 3 (4 markah)
3. Golongan remaja mudah terikut-ikut nilai negatif yang datang dari Barat kerana:
- Mereka beranggapan segala-gala yang datang dari Barat lebih maju dan lebih
moden
- Mereka tidak mahu ketinggalan zaman
- Kurangnya didikan agama menyebabkan mereka sukar untuk membuat
pertimbangan antara yang salah dan yang betul
- Kurangnya perhatian dan pemantauan daripada ibu bapa tentang kegiatan anak-
anak ketika di luar sekolah
- Masyarakat kurang prihatin dengan aktiviti yang dilakukan oleh para remaja.
 Pilih mana-mana dua jawapan di atas atau yang relevan
9
Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (20 markah)
1. Periksa sehingga 120 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
2. Isi sekurang-kurangnya 3.
3. Jika murid menggunakan semua isi dalam rajah – peringkatkan cemerlang.
4. Jika murid menggunakan 2 isi daripada rajah – peringkatkan baik.
5. Jika murid tidak menggunakan isi daripada rajah – peringkatkan memuaskan.
6. Isi luaran yang relevan dengan tugasan- diterima
Kriteria Penskoran
PERINGKAT DESKRIPSI
Cemerlang (A)
16 – 20
- Penggunaan kata dan ayat yang gramatis
-Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
-Ejaan dan tanda baca yang betul
-Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata
-Idea yang relevan berdasarkan tugasan
-Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan sesuai dan berkembang.
-Pengolahan menarik dan berkesan
Baik (B)
11 – 15
-Penggunaan kata dan ayat masih gramatis
-Penggunaan kosa kata yang tepat
-Terdapat kesalahan yang ejaan dan tanda baca yang minimum
-Idea masih relevan berdasarkan tugasan
-Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan kurang dikembangkan
-Pengolahan menarik
Memuaskan (C)
6 – 10
-Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis
-Penggunaan kosa kata yang terhad
-Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
-Idea kurang relevan berdasarkan tugasan
-Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan
yang terhad
-Pengolahan tidak menarik
Penguasaan
Minimum (D)
1 – 5
-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa
yang
tidak cekap
-Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan
# Markah tidak ditolak untuk kesalahan ejaan
10
Bahagian C : Karangan Respon Terbuka (40 markah)
Peringkat Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Minimum
Markah 33 – 40 25 – 32 17 -24 9 – 10 1 - 8
KRITERIA MENILAI KARANGAN MURID:
Peringkat / Markah Deskripsi
Cemerlang (A)
33 – 40
(37 – 40)
(33 - 36)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum
- Penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat
- Ejaan dan tanda baca yang betul
-Penggunaan kosa kata luas dan tepat
- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh-
contoh yang sesuai
- Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang
sesuai dan format menepati kehendak tugasan
- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan
kata dan frasa yang menarik
Kepujian (B)
25 – 32
(29 – 32)
(25 – 28)
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
- Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai pada keseluruhannya
- Ejaan dan tanda baca yang betul
-Penggunaan kosa kata luas
- Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh
- Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format
menepati kehendak tugasan
- Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan
kata dan frasa yang menarik
Baik (C)
17 – 24
(21 – 24)
- Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
- Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat
kesalahan yang minimum
- Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
- Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas
- Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang
masih sesuai mengikut tugasan
Memuaskan (D) -Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
-Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum
11
09 – 16
(13 – 16)
(09 – 12)
-Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat
-Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
-Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
-Pengolahan kurang menarik, dengan pemerengganan yang kurang sesuai
dan format yang kurang tepat / format bercampur aduk
Penguasaan
Minimum (E)
01 – 08
(05 – 08)
(01 – 04)
-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
tidak cekap
Langkah-langkah memeriksa
1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lau terlebih dahulu untuk mendapatkan
kesan (impression) daripadanya. Kemudian, menilai dan menganggarkan peringkat
karangan berkenaan sama ada dapat dimasukkan ke peringkat A, B, C, D atau E. Perkara
yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi dan penyampaian.
Isi : Dikehendaki minimum tiga (3) isi.
2. Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat di bawah:
(a) Karangan yang kurang daripada 180 perkataan.
Bagi karangan yang jumlah perkataan kurang daripada 180 perkataan, hendaklah
diperingkatkan karangan itu seperti di bawah sekiranya isi, bahasa dan pengolahan adalah
baik.
3. Bagi setiap kesalahan ejaan tolak ½ markah, maksimum 2 markah
Jika karangan berformat tidak menepati format – tidak ada penolakan markah, tetapi
‘impression’ pemeriksa menurun
12
Bahagian D : Novel (10 markah)
Perhatian bagi Bahagian D:
1. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis
3.Berikan 2 markah bagi setiap satu peristiwa yang betul.
4. Markah maksimum bagi isi 6 markah.
5. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah
6. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
7. Markah maksimum 10 markah
Bahagian D : Novel
Panduan Isi Jawapan
Persoalan : NOVEL TINGKATAN 1 (BUKAN DUNIAKU)
1. Pengorbanan anak terhadap keluarga.
Contoh : Salleh sanggup berhenti sekolah untuk membantu ayahnya akibat kemiskinan
hidup.
2. Semangat setiakawan dalam persahabatan.
Contoh : Salleh sanggup membantu Halim daripada terus dipukul oleh konco-konco
Abang Joe sehingga menyebabkan dia turut dipukul sehingga pengsan.
3. Keinsafan setelah melakukan kesilapan.
Contoh : Halim telah insaf akan perbuatannya yang lari dari rumah dan ingin segera
pulang ke pangkuan keluarganya.
4. Tanggungjawab pasukan keselamatan menghapuskan kegiatan jenayah.
Contoh : Pasukan polis yang diketuai oleh Fariz telah berjaya menangkap Abang Joe dan
konco-konconya yang terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah.
Per soalan :NOVEL TINGKATAN 2 (LESTARI BUKIT MENGHIJAU)
1. Tumbuh-tumbuhan mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia.
Contoh: setelah berkenalan dengan Pak Tua, Zahirah memahami banyak perkaitan antara
hutan dengan manusia.
2. Kepentingan budaya membaca.
Contoh: Pak Tua menasihati Zahiran supaya banyak membaca agar mendapat maklumat
yang banyak.
3. Sayang seseorang terhadap pokok yang mendatangkan faedah kepada masyarakat.
Contoh: Pak Tua selalu memarahi orang yang menebang pokok.
4. Pengetahuan mendalam berkaitan kebaikan tumbuhan.
13
Contoh: Pak Tua mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan khasiat tumbuh-
tumbuhan.
5. Pendidikan tentang pelestarian alam.
Contoh: Cikgu Idham mendidik anak muridnya tentang pelestarian alam.
6. Kerjasama bagi menjayakan sesuatu aktiviti.
Contoh: Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai bekerjasama bagi
menjayakan projek yang dirancang oleh Cikgu Idham.
7. Sangkaan yang tidak tepat dalam masyarakat.
Contoh: Masyarakat kampung bersangka buruk terhadap Pak Tua.
Persoalan : NOVEL TINGKATAN 3 (MERENANG GELORA)
1. Sikap ibu bapa yang cuai dalam memberikan pendidikan yang betul terhadap anak-anak.
Contoh : Ibu bapa Shahrul sibuk bekerja dan cuai menjaga Shahrul sehingga dia terlibat
dalam perlumbaan motor haram.
2. Keprihatinan dalam mendidik anak-anak.
Contoh : Encik Tan menghantar Meng Kong tinggal di asrama supaya dia insaf akan
kesalahannya.
3. Kehidupan alam remaja yang menyalahi undang-undang.
Contoh : Shahrul dan rakan-rakannya terlibat dengan aktiviti merempit.
4. Keinsafan akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh : Setelah berkawan baik dengan Badri dan Kumar, Meng Kong telah insaf dan taat
akan perintah ayahnya.
Mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai boleh diterima

Contenu connexe

Tendances

Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
aimanrais
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
Chaw Sai Ngoh
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Kamarudin Jaafar
 
Modul pecutan kecemerlangan akademik bahasa melayu upsr 201
Modul pecutan kecemerlangan akademik  bahasa melayu upsr 201Modul pecutan kecemerlangan akademik  bahasa melayu upsr 201
Modul pecutan kecemerlangan akademik bahasa melayu upsr 201
Fadzilah Md Nor
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
IYQA
 

Tendances (20)

Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
 
Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisan
 
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4Rancangan tahunan bm sk tahun 4
Rancangan tahunan bm sk tahun 4
 
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSRPanduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
 
Modul bm 1
Modul bm 1Modul bm 1
Modul bm 1
 
Modul pecutan kecemerlangan akademik bahasa melayu upsr 201
Modul pecutan kecemerlangan akademik  bahasa melayu upsr 201Modul pecutan kecemerlangan akademik  bahasa melayu upsr 201
Modul pecutan kecemerlangan akademik bahasa melayu upsr 201
 
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUItem penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
 
Kisi kisi-klas-x-ganjil
Kisi kisi-klas-x-ganjilKisi kisi-klas-x-ganjil
Kisi kisi-klas-x-ganjil
 
45698
4569845698
45698
 
Bahagian c menulis karangan
Bahagian c menulis karanganBahagian c menulis karangan
Bahagian c menulis karangan
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
 
Pemarkahan
PemarkahanPemarkahan
Pemarkahan
 
Toefl Killer PDF
Toefl Killer PDFToefl Killer PDF
Toefl Killer PDF
 
Skkd bi sdlb
Skkd bi sdlbSkkd bi sdlb
Skkd bi sdlb
 
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
Modulcaknaakademikkelantanbahasamelayuupsr2009
 
8 setsoalan 012
8 setsoalan 0128 setsoalan 012
8 setsoalan 012
 
Pemarkahan penulisan
Pemarkahan penulisanPemarkahan penulisan
Pemarkahan penulisan
 
Format ba
Format baFormat ba
Format ba
 

Similaire à KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing Guru Pembim...
Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing  Guru Pembim...Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing  Guru Pembim...
Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing Guru Pembim...
ZainulHasan13
 
Tip menduduki pem upsr 2012
Tip menduduki pem upsr 2012Tip menduduki pem upsr 2012
Tip menduduki pem upsr 2012
David Adoh
 
1. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 14
1. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 141. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 14
1. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 14
Cik BaCo
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Kakram Gc
 

Similaire à KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013 (20)

ke arah 1.ppt
ke arah 1.pptke arah 1.ppt
ke arah 1.ppt
 
Rpp 1 lembar b.ingg
Rpp 1 lembar b.inggRpp 1 lembar b.ingg
Rpp 1 lembar b.ingg
 
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
B1 teknik menjawab kertas 2  2015B1 teknik menjawab kertas 2  2015
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
 
Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing Guru Pembim...
Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing  Guru Pembim...Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing  Guru Pembim...
Tes Akhir dan Tes AkhirGPK Tahap Penguasaan Keterampilan Sharing Guru Pembim...
 
aturan penulisan soal dan latihan lengkap.ppt
aturan penulisan soal dan latihan lengkap.pptaturan penulisan soal dan latihan lengkap.ppt
aturan penulisan soal dan latihan lengkap.ppt
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
Bahan 2
Bahan 2Bahan 2
Bahan 2
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Seminar spm 1
Seminar spm 1Seminar spm 1
Seminar spm 1
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Bahagian c menulis karangan
Bahagian c menulis karanganBahagian c menulis karangan
Bahagian c menulis karangan
 
modul ajar_jati diri.docx
modul ajar_jati diri.docxmodul ajar_jati diri.docx
modul ajar_jati diri.docx
 
Teknik menjawab spm 2014
Teknik menjawab spm  2014Teknik menjawab spm  2014
Teknik menjawab spm 2014
 
Skema Kertas 2 BM Percubaan SBP 2017
Skema Kertas 2 BM Percubaan SBP 2017Skema Kertas 2 BM Percubaan SBP 2017
Skema Kertas 2 BM Percubaan SBP 2017
 
Tip menduduki pem upsr 2012
Tip menduduki pem upsr 2012Tip menduduki pem upsr 2012
Tip menduduki pem upsr 2012
 
1. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 14
1. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 141. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 14
1. krm3013 soalan tugasan sem 1 2013 14
 
Jsu
JsuJsu
Jsu
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
 
bm presentation paya ldg Victoria.ppt
bm presentation paya ldg Victoria.pptbm presentation paya ldg Victoria.ppt
bm presentation paya ldg Victoria.ppt
 
Bank soalan-upsr-bm-k2
Bank soalan-upsr-bm-k2Bank soalan-upsr-bm-k2
Bank soalan-upsr-bm-k2
 

Plus de Smk Gelam

Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Smk Gelam
 

Plus de Smk Gelam (20)

Model Grow 3 satu pendekatan
 Model Grow 3 satu pendekatan Model Grow 3 satu pendekatan
Model Grow 3 satu pendekatan
 
Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013 Kimia kertas 2 trial spm 2013
Kimia kertas 2 trial spm 2013
 
Kimia kertas 1 trial spm 2013
Kimia kertas 1 trial spm 2013Kimia kertas 1 trial spm 2013
Kimia kertas 1 trial spm 2013
 
Fizik paper 3 spm trial 2013
Fizik paper 3 spm trial 2013Fizik paper 3 spm trial 2013
Fizik paper 3 spm trial 2013
 
Fizik paper 2 spm trial 2013
Fizik paper 2 spm trial 2013Fizik paper 2 spm trial 2013
Fizik paper 2 spm trial 2013
 
Fizik paper 1 spm trial 2013
Fizik paper 1 spm trial 2013Fizik paper 1 spm trial 2013
Fizik paper 1 spm trial 2013
 
Sains spm trial kertas 2 2013
Sains spm trial kertas 2 2013 Sains spm trial kertas 2 2013
Sains spm trial kertas 2 2013
 
Sains spm trial kertas 1 2013
Sains spm trial kertas 1 2013 Sains spm trial kertas 1 2013
Sains spm trial kertas 1 2013
 
Math k2 spm trial 2013
Math k2 spm trial 2013Math k2 spm trial 2013
Math k2 spm trial 2013
 
Math k1 spm trial 2013
Math k1 spm trial 2013Math k1 spm trial 2013
Math k1 spm trial 2013
 
Sejarah k2 spm trial 2013 baru
Sejarah k2 spm trial 2013 baruSejarah k2 spm trial 2013 baru
Sejarah k2 spm trial 2013 baru
 
Sejarah k1 spm trial 2013
Sejarah k1 spm trial 2013Sejarah k1 spm trial 2013
Sejarah k1 spm trial 2013
 
Bi paper 2 spm trial 2013
Bi paper 2 spm trial 2013Bi paper 2 spm trial 2013
Bi paper 2 spm trial 2013
 
Bi paper 1 spm trial 2013
Bi paper 1 spm trial 2013Bi paper 1 spm trial 2013
Bi paper 1 spm trial 2013
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
Add maths p2 trial spm 2013
Add maths p2 trial spm 2013Add maths p2 trial spm 2013
Add maths p2 trial spm 2013
 
Paper 1 add mth trial spm 2013
Paper 1 add mth trial spm 2013Paper 1 add mth trial spm 2013
Paper 1 add mth trial spm 2013
 
SEJARAH SPM SET 1
SEJARAH SPM SET 1 SEJARAH SPM SET 1
SEJARAH SPM SET 1
 
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
Jadual waktu peperiksan bertulis pmr tahun 2013
 
Penyelesaian masalah sains (f1)
Penyelesaian masalah sains (f1)Penyelesaian masalah sains (f1)
Penyelesaian masalah sains (f1)
 

Dernier

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Dernier (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 

KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013

  • 1. 1 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2013 2 jam SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG GELAM MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TINGKATAN TIGA TAHUN 2013 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D. Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak. 02/2 [Lihat sebelah]
  • 2. 2 02/2 BAHAGIAN A(i) Masa yang dicadangkan: 40 minit (20 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca kemerosotan disiplin murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercayai termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang dirasakan menjadi tanggungjawab. Dalam konteks sekolah, murid yang berdisiplin merupakan murid yang mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, seperti cara berpakaian, kedatangan, menghormati guru dan membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh guru. Kini, ramai murid tidak mematuhi disiplin yang ditetapkan. Pelanggaran disiplin menyebabkan berlakunya pergaduhan, buli dan mati akibat berkelahi. Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin murid. Antaranya ialah pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat, filem, surat khabar, majalah dan televisyen sering menunjukkan unsur yang negatif seperti babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Selain itu, kemerosotan disiplin murid juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan seperti bergaduh dengan rakan sekelas. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang murid itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan murid-murid yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana murid tidak akan takut jika sesuatu kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi kemerosotan disiplin murid. Ada murid yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah. Hal ini demikian kerana kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki yang turut dikatakan menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Sebenarnya amat sukar membentuk jiwa remaja. Jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan mereka suka melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Untuk mengatasi masalah ini, sikap ibu bapa perlu diubah. Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak mereka yang meningkat remaja. Jika boleh, ibu bapa perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk memastikan anak mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan sekolah. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Masalah Disiplin Pelajar” Oleh Koh Ve Lee, Dewan Siswa, Jun 2011)
  • 3. 3 02/2 BAHAGIAN A(ii): Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata menggunakan pendekatan (2 markah) 2. Berdasarkan petikan berikan dua peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah disiplin murid. (4 markah) 3. Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja mudah terikut-ikut nilai negatif yang datang dari Barat? (4 markah) BAHAGIAN B [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai warga tua. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Cara-cara menghargai warga tua Memberikan wang secukupnya Memberikan kasih sayang Selalu mengunjungi mereka Menjaga perasaan mereka
  • 4. 4 02/2 BAHAGIAN C (40 markah) Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapi pada hujung tahun ini. Balas surat rakan anda itu. 2. Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan semua pihak. Berikan pendapat anda berdasarkan penyataan di atas. 3. Baru-baru ini anda telah menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unit beruniform di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. 4. Anda telah dipilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan syarahan anjuran Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘Amalan Hidup Sihat’. Tulis syarahan anda itu selengkapnya. 5. Peribahasa di atas bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih sayang. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas. “Bagai menatang minyak yang penuh”
  • 5. 5 02/2 BAHAGIAN D [10 markah] Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3. (i) Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal (ii) Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha (iii) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira (iv) Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib (v) Wira Persona Avatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar (vi) Di Sebalik Wajah, karya Abang Saifuddin Abang Bohari (vii) Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim (viii) Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal Abidin (ix) 6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim (x) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman (xi) Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. Bagi setiap persoalan tersebut berikan contoh peristiwa yang berlaku. KERTAS SOALAN TAMAT
  • 6. 6 PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 TAHUN2013 SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 2 Markah penuh kertas 2 : 100 markah Bahagian A(i) : 20 markah Bahagian A(ii) : 10 markah Bahagian B : 20 markah Bahagian C : 40 markah Bahagian D : 10 markah Bahagian A (i) : 20 markah 1. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon: (a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression) (b) Pemeriksa dikehendaki menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan. (c) Kemudian, peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah: Bahasa (10 markah) Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang (A) 9 – 10 - Bahasa baik dan lancar - Berupaya menggunakan ayat sendiri : pemilihan kata yang tepat : ayat yang gramatis : penanda wacana yang sesuai - Ejaan dan tanda baca betul Baik (B) 6 – 8 - Bahasa baik dan lancar - Masih berupaya menggunakan ayat sendiri : pemilihan kata agak terhad : ayat yang masih gramatis : penanda wacana masih sesuai - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Memuaskan (C) 3 – 5 - Bahasa kurang lancar - Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca ATAU - Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Penguasaan Minimum (D) 1 – 2 - Keseluruhan jawapan menggambarkan bahasa yang lemah - Menyalin daripada petikan Markah Isi (10 markah) Bilangan Isi 5 4 3 2 1 Markah 9 -10 7 – 8 5 – 6 3 – 4 1 - 2 Cara penandaan dan pemberian markah: 1. Pemeriksa dikehendaki menanda ( / ) apabila terjumpa isi. 2. Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir. 3. Periksa seperti biasa jika calon memerenggankan jawapan. 4. Jika isi kurang, nilai bahasa seperti biasa – markah bahasa boleh mengatasi markah isi.
  • 7. 7 5. Jika jawapan murid dalam bentuk catatan (poin), markah isi penuh tetapi markah bahasa maksimum 6. 6. Jika murid menyalin isi secara terpilih daripada petikan tanpa mengubah mana-mana perkataan, markah isi penuh tetapi markah bahasa maksimum 5. 7. Jika isi disalin secara terpilih dan diringkaskan dalam bentuk poin, markah isi seperti biasa, manakala markah bahasa maksimum 4. 8. Murid menyalin petikan keseluruhan, markah isi ditolak 50% dan markah bahasa maksimum 2. 9. Periksa dan tanda jawapan murid seperti karangan bahagian C tetapi tiada potongan markah bagi kesalahan ejaan. Maksud menyalin petikan 1. Murid menyalin keseluruhan daripada mana-mana perenggan ATAU 2. Murid menyalin keseluruhan petikan yang diberi Isi cadangan: 1. Pengaruh media massa yang sering menonjolkan budaya kuning dari Barat. 2. Kemerosotan disiplin murid juga terjadi kerana masalah keluarga. 3. Sesetengah murid pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah sehinggakan sanggup melanggar disiplin yang ditetapkan. 4. Hukuman yang dikenakan kepada murid juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang murid itu menjadi semakin liar. 5. Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi kemerosotan disiplin murid. 6. Kemiskinan juga boleh menyebabkan seseorang itu melanggar disiplin sekolah. 7. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. 8. Kekurangan guru lelaki turut dikatakan menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. 9. Jiwa remaja yang mudah memberontak menyebabkan mereka suka melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Bahagian A(ii) : Soalan Pemahaman Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah) Markah Deskripsi 2 markah Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis 1 markah Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap Maksud kurang tepat mengikut konteks Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata Cadangan jawapan: Soalan 1(2m) 1. Maksud rangkai kata menggunakan pendekatan: - mengaplikasikan / mengamalkan /memakai/ menerapkan/ mempraktikkan / melaksanakan…. - kaedah / cara / langkah
  • 8. 8 Soalan 2 : Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah) Masalah Deskripsi 4 markah -Isi dinyatakan dengan cukup lengkap dan ayat gramatis 3 markah -Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis 0 markah -Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis -Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis Cadangan jawapan: Soalan 2 (4 markah) 2. Peranan Ibu bapa untuk mengatasi maslah disiplin murid: - Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak-anak mereka yang meningkat remaja. - Ibu bapa perlu selalu berhubung dengan pihak sekolah untuk memastikan anak mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan. Soalan 3 : Soalan pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah) Markah Deskripsi 4 markah -Isi relevan mengikut tugasan dan ayat gtramatis 3 markah -Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 marrkah -Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis 1 markah -Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramats 0 markah -Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis -Isi tidak tepat dan ayat tida gramatis Cadangan jawapan: Soalan 3 (4 markah) 3. Golongan remaja mudah terikut-ikut nilai negatif yang datang dari Barat kerana: - Mereka beranggapan segala-gala yang datang dari Barat lebih maju dan lebih moden - Mereka tidak mahu ketinggalan zaman - Kurangnya didikan agama menyebabkan mereka sukar untuk membuat pertimbangan antara yang salah dan yang betul - Kurangnya perhatian dan pemantauan daripada ibu bapa tentang kegiatan anak- anak ketika di luar sekolah - Masyarakat kurang prihatin dengan aktiviti yang dilakukan oleh para remaja.  Pilih mana-mana dua jawapan di atas atau yang relevan
  • 9. 9 Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (20 markah) 1. Periksa sehingga 120 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir. 2. Isi sekurang-kurangnya 3. 3. Jika murid menggunakan semua isi dalam rajah – peringkatkan cemerlang. 4. Jika murid menggunakan 2 isi daripada rajah – peringkatkan baik. 5. Jika murid tidak menggunakan isi daripada rajah – peringkatkan memuaskan. 6. Isi luaran yang relevan dengan tugasan- diterima Kriteria Penskoran PERINGKAT DESKRIPSI Cemerlang (A) 16 – 20 - Penggunaan kata dan ayat yang gramatis -Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat -Ejaan dan tanda baca yang betul -Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata -Idea yang relevan berdasarkan tugasan -Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang. -Pengolahan menarik dan berkesan Baik (B) 11 – 15 -Penggunaan kata dan ayat masih gramatis -Penggunaan kosa kata yang tepat -Terdapat kesalahan yang ejaan dan tanda baca yang minimum -Idea masih relevan berdasarkan tugasan -Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan -Pengolahan menarik Memuaskan (C) 6 – 10 -Penggunaan kata dan ayat kurang gramatis -Penggunaan kosa kata yang terhad -Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara -Idea kurang relevan berdasarkan tugasan -Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan yang terhad -Pengolahan tidak menarik Penguasaan Minimum (D) 1 – 5 -Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap -Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan # Markah tidak ditolak untuk kesalahan ejaan
  • 10. 10 Bahagian C : Karangan Respon Terbuka (40 markah) Peringkat Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Minimum Markah 33 – 40 25 – 32 17 -24 9 – 10 1 - 8 KRITERIA MENILAI KARANGAN MURID: Peringkat / Markah Deskripsi Cemerlang (A) 33 – 40 (37 – 40) (33 - 36) -Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat -Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat - Ejaan dan tanda baca yang betul -Penggunaan kosa kata luas dan tepat - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh- contoh yang sesuai - Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan - Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik Kepujian (B) 25 – 32 (29 – 32) (25 – 28) - Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan penanda wacana yang sesuai pada keseluruhannya - Ejaan dan tanda baca yang betul -Penggunaan kosa kata luas - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh - Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan - Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik Baik (C) 17 – 24 (21 – 24) - Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai - Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum - Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas - Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan Memuaskan (D) -Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad -Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum
  • 11. 11 09 – 16 (13 – 16) (09 – 12) -Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat -Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara -Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas -Pengolahan kurang menarik, dengan pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang kurang tepat / format bercampur aduk Penguasaan Minimum (E) 01 – 08 (05 – 08) (01 – 04) -Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap Langkah-langkah memeriksa 1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lau terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Kemudian, menilai dan menganggarkan peringkat karangan berkenaan sama ada dapat dimasukkan ke peringkat A, B, C, D atau E. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah bahasa, isi dan penyampaian. Isi : Dikehendaki minimum tiga (3) isi. 2. Tetapkan peringkat karangan itu ke dalam satu daripada peringkat di bawah: (a) Karangan yang kurang daripada 180 perkataan. Bagi karangan yang jumlah perkataan kurang daripada 180 perkataan, hendaklah diperingkatkan karangan itu seperti di bawah sekiranya isi, bahasa dan pengolahan adalah baik. 3. Bagi setiap kesalahan ejaan tolak ½ markah, maksimum 2 markah Jika karangan berformat tidak menepati format – tidak ada penolakan markah, tetapi ‘impression’ pemeriksa menurun
  • 12. 12 Bahagian D : Novel (10 markah) Perhatian bagi Bahagian D: 1. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari. 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis 3.Berikan 2 markah bagi setiap satu peristiwa yang betul. 4. Markah maksimum bagi isi 6 markah. 5. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah 6. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression) 7. Markah maksimum 10 markah Bahagian D : Novel Panduan Isi Jawapan Persoalan : NOVEL TINGKATAN 1 (BUKAN DUNIAKU) 1. Pengorbanan anak terhadap keluarga. Contoh : Salleh sanggup berhenti sekolah untuk membantu ayahnya akibat kemiskinan hidup. 2. Semangat setiakawan dalam persahabatan. Contoh : Salleh sanggup membantu Halim daripada terus dipukul oleh konco-konco Abang Joe sehingga menyebabkan dia turut dipukul sehingga pengsan. 3. Keinsafan setelah melakukan kesilapan. Contoh : Halim telah insaf akan perbuatannya yang lari dari rumah dan ingin segera pulang ke pangkuan keluarganya. 4. Tanggungjawab pasukan keselamatan menghapuskan kegiatan jenayah. Contoh : Pasukan polis yang diketuai oleh Fariz telah berjaya menangkap Abang Joe dan konco-konconya yang terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah. Per soalan :NOVEL TINGKATAN 2 (LESTARI BUKIT MENGHIJAU) 1. Tumbuh-tumbuhan mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia. Contoh: setelah berkenalan dengan Pak Tua, Zahirah memahami banyak perkaitan antara hutan dengan manusia. 2. Kepentingan budaya membaca. Contoh: Pak Tua menasihati Zahiran supaya banyak membaca agar mendapat maklumat yang banyak. 3. Sayang seseorang terhadap pokok yang mendatangkan faedah kepada masyarakat. Contoh: Pak Tua selalu memarahi orang yang menebang pokok. 4. Pengetahuan mendalam berkaitan kebaikan tumbuhan.
  • 13. 13 Contoh: Pak Tua mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan khasiat tumbuh- tumbuhan. 5. Pendidikan tentang pelestarian alam. Contoh: Cikgu Idham mendidik anak muridnya tentang pelestarian alam. 6. Kerjasama bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Contoh: Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai bekerjasama bagi menjayakan projek yang dirancang oleh Cikgu Idham. 7. Sangkaan yang tidak tepat dalam masyarakat. Contoh: Masyarakat kampung bersangka buruk terhadap Pak Tua. Persoalan : NOVEL TINGKATAN 3 (MERENANG GELORA) 1. Sikap ibu bapa yang cuai dalam memberikan pendidikan yang betul terhadap anak-anak. Contoh : Ibu bapa Shahrul sibuk bekerja dan cuai menjaga Shahrul sehingga dia terlibat dalam perlumbaan motor haram. 2. Keprihatinan dalam mendidik anak-anak. Contoh : Encik Tan menghantar Meng Kong tinggal di asrama supaya dia insaf akan kesalahannya. 3. Kehidupan alam remaja yang menyalahi undang-undang. Contoh : Shahrul dan rakan-rakannya terlibat dengan aktiviti merempit. 4. Keinsafan akan kesalahan yang telah dilakukan. Contoh : Setelah berkawan baik dengan Badri dan Kumar, Meng Kong telah insaf dan taat akan perintah ayahnya. Mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai boleh diterima