SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
Télécharger pour lire hors ligne
1 
KOMUNIKASI BERKESAN 
OLEH : 
NUR WAHIDA BINTI JANUDIN
2 
PENDAHULUAN 
Komunikasi ialah terjemahan daripada perkataan Inggeris communication. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin communicare yang bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan (Shamsudin, 1993). Terdapat pelbagai takrifan mengenai komunikasi. Menurut Sillars komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat. Mengikut Robins dan De Cenzo (1998) pula, komunikasi melibatkan transmisi maksud dan maklumat kepada audiens. Apabila maksud ataupun maklumat tidak diterima oleh audiens maka proses komunikasi tidak berlaku. 
De Vito (1978) menyatakan komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Berdasarkan definisi ini, beliau cuba menerangkan bahawa komunikasi melibatkan sekurang-kurangnya dua orang yang menghantar dan menerima mesej sama ada dalam bentuk perkataan atau isyarat. Mesej yang dihantar kadangkala mengalami gangguan, iaitu kebisingan yang boleh mengurangkan kesan komunikasi. Mesej yang telah dikirimkankan itu akan memberi impak kepada penerima dan penerima bertindak balas menghantar mesej dalam bentuk maklum balas. Dengan ini timbul perasaan hampa kepada penghantar dan boleh bertukar kepada perselisihan faham antara si penghantar dengan si penerima. 
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, komunikasi berkesan akan menimbulkan suasana yang lebih efektif untuk pelajar-pelajar memahami dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Sebelum sebarang proses komunikasi wujud, idea, perasan, harapan, cita-cita, arahan mahupun maklumat dan lain-lain lagi
3 
perlu ditukar kepada bentuk yang difahami oleh si penerima. Bentuk ini dipanggil simbol- simbol. Simbol ini wujud dalam bentuk tulisan, bahasa yang diucapkan, bahasa isyarat, gambar bunyi, bahasa badan dan sebagainya. 
Komunikasi berkesan tidak boleh tidak melibatkan penggunaan deria manusia dan antara yang penting ialah mata, telinga, mulut, hati dan sentuhan. Ini kerana ia melibatkan manusia yang mempunyai akal dan juga perasaan. Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan kerana ianya tidak menyeluruh. Seseorang yang mempunyai tahap kemahiran perhubungan interpersonal yang tinggi dan komunikasi dengan berkesan menggunakan deria manusia dengan bijaksana. Apabila kesemua deria tidak digunakan dengan sebaiknya, keadaan komunikasi berikut mungkin boleh berlaku:- Menerima mesej seadanya, mendengar tetapi tidak menangkap mesej dengan jelas. Melihat seadanya, tanpa peka kepada mesej tambahan yang dilahirkan melalui mimik muka, pergerakan badan, tangan dan sebagainya Tidak cuba memahami perasaan tersebut. 
Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:- Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dah jelas oleh penerima Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh pengantar dan penerima Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar Mesej yang dihantar mempunyai unsur kos-efektif
4 
KOMUNIKASI BERKESAN 
Komunikasi merujuk kepada proses dimana manusia menyebarkan informasi, idea, sikap dan keadaan mental seseorang terhadap orang lain. Ianya melibatkan proses verbal dan non-verbal dalam menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi verbal adalah komunikasi menggunakan bahasa yang membolehkan manusia mengeluarkan idea dan perlakuan. Manakala komunikasi non-verbal adalah komunikasi menggunakan bahasa badan seperti gestur, nada suara, jarak ungkapan, hentian dan diam, keluhan dan sebagainya. 
Terdapat banyak kajian yang telah dikenalpasti bagaimana ia mewujudkan komunikasi berkesan di dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan untuk mencapai objektif yang hendak dicapai oleh pensyarah. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya di akhir pembelajaran dan untuk masa hadapan. Di antara contoh- contoh amalan komunikasi yang boleh membantu pensyarah-pensyarah di politeknik bagi mengurus kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang dibincangkan di bawah: 
1. Mengenali dan Memahami Pelajar 
Apabila kita memahami pelajar dari segi luaran dan dalamnya, maka mudahlah kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik dan berkesan. Dalam konteks ini, kita hendaklah belajar dan boleh mengetahui tabiat pelajar secara umum, apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Hal ini akan menjadikan mereka menyenangi kita. Mereka akan cuba mengenali dengan lebih dekat, berkawan serta ingin bercakap
5 
dengan kita. Dengan itu timbullah kemesraan dan terjalinnya persahabatan secara umumnya. Untuk mengenali dan memahami mereka, pensyarah memerlukan ilmu serta pengalaman. Ilmu boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya ialah dengan membaca, memerhati serta ilham. Sementara pengalaman pula diperolehi secara mengalami dan mengaplikasi sendiri sesuatu perkara atau keadaan. 
2. Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. 
Pensyarah mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas dan jelas atau penggunaan nada yang betul yang perlu digunakan pada situasi yang betul bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan. Pakaian dan cara komunikasi gerak badan atau mimik muka pensyarah memainkan peranan penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada pelajar supaya mudah difahami dan jelas. Selain itu ia dapat melahirkan suasana gaya yang betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di politeknik. 
Gambarajah 1 
3. Jangan Menyinggung Perasaan 
Apabila berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar, jangan sesekali menyinggung perasaan mereka, apatah lagi dengan sengaja. Sekiranya kita menyedari yang kita menyinggung perasaan mereka secara tidak sengaja, maka cepat-cepatlah
6 
meminta maaf tanda keikhlasan. Perasaan atau emeosi pelajar-pelajar boleh tersinggung disebabkan mereka berasa terhina, diperli, diperbodohkan, dicela dengan sesuatu kekurangan, keluarga, corak kehidupan dan lain-lain. Apabila perasaan mereka tersinggung agak sukar untuk dipulihkan atau dikembalikan kepada keadaan biasa, terutama sekali perasaan itu besifat sensitif atau mudah memendam rasa. Sebagai contoh, pensyarah tidak harus sama sekali berkata kepada pelajar yang mengulang kursus: ”Awak semua ni bodoh. Patutla awak berada di dalam kelas mengulang”. Adalah lebih baik pensyarah tidak memberi sebarang komen atau pun memberi komen yang membina. 
4. Menghormati Budaya dan Adat Resam Pelajar 
Pensyarah seharusnya sedar dan faham bahawa setiap pelajar yang berada di dalam kelas sebenarnya mempunyai budaya atau adat resam tersendiri. Pelajar Melayu mempunyai adat resam dan budanya tersendiri begitu juga dengan kaum-kaum lain yang berada di dalam kelas. Mungkin ada yang beranggapan bahawa hanya budaya merekalah yang lebih baik daripada budaya yang lain dan harus dihormati. Ini merupakan anggapan yang tidak sihat, kerana pelajar lain juga beranggapan sedemikian. Sebagai contoh, sekiranya kita berinteraksi dengan dengan pelajar dari kaum Cina, kita hendaklah menghormati budaya atau adat resam orang Cina berkenaan, barulah tidak akan timbul perkauman di dalam kelas. 
5. Galakkan penglibatan pelajar dengan mengelolakan aktiviti 
Aktiviti-aktiviti di dalam kelas akan mewujudkan interaksi pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan pelajar secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan ianya juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar.
7 
6. Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan. 
Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam suasana realiti kerana interaksi pelajar dengan pelajar serta pensyarah dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai kerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan, mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, pensyarah boleh mengadakan pertandingan antara kumpulan sebagai salah satu kaedah. 
7. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran. 
Sesi soal jawab membantu pelajar mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya, malah juga meletakkan pelajar sentiasa bersedia serta memberi komitmen yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh pensyarah. 
Gambarajah 2 
8. Menggunakan alat bantu mengajar yang berteknologi. 
Mengunakan komputer berteknologi tinggi, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Microsoft Powerpoint dan sebagainya akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta ianya lebih diminati oleh pelajar berbanding
8 
menulis di papan putih. Ini disebabkan oleh penggunaan video serta audio dapat menunjukkan maklumat sebenar dengan lebih jelas. 
9. Ikhtiarkan penyertaan pelajar-pelajar. 
Interaksi pelajar adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh pensyarah. Oleh itu pensyarah mestilah berusaha mengikhtiarkan penyertaan semua pelajarnya supaya aktif di dalam kelas kerana usaha menggalakkan pelajar-pelajar aktif akan menanamkan minat mereka dan pemerhatian yang lebih terhadap pelajarannya. 
Gambarajah 3 
10. Cara memberi nasihat. 
Apabila pensyarah hendak memberi nasihat kepada pelajar-pelajar, gaya pensyarah, nada suara pensyarah dan perkataan yang digunakan hendaklah menarik minat pelajar yang mendengarnya. Justeru itu, bercakaplah dengan suara dan nada yang lemah lembut. Percakapan seumpama ini pada hakikatnya akan melembutkan hati yang keras serta degil. Pensyarah hendaklah ingat walaupun nasihat yang diberikan adalah baik, tetapi kalau tidak kena dengan cara, pelajar yang dinasihati tidak akan mendengar nasihat malah mungkin akan bermasam muka dengan pensyarah pula. Justeru itu semasa memberi nasihat elaklah daripada bersikap sombong, berkelakuan kasar dan biadab, mencerca memaki hamun dan sebagainya. Gaya pensyarah juga memainkan peranan penting dalam memberi nasihat. Ketika memberi
9 
nasihat, hendaklah ditunjukkan sikap pensyarah yang jujur, ikhlas, lemah lembut, pengasih, merendah hati dan bersopan-santun. Gaya penyarah hendaklah bersungguh- sungguh dan bukannya dilihat sebagai sambil lewa sahaja. 
11. Adakan sesi kaunseling dengan pelajar bermasalah 
Pelajar yang bersikap pendiam dan pemalu, yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam kelas. Pensyarah seharusnya berikhtiar membantu pelajar seperti ini dan merujuk kepada kaunselor di politeknik untuk diatasi permasalahan pelajar tersebut. Diharapkan pelajar tersebut mengubah tingkahlaku dan boleh melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Dengan ini interaksi pelajar bermasalah dengan pensyarah dan pelajar lain akan bertambah. 
12. Tidak pilih kasih. 
Sikap pilih kasih adalah merupakan sikap yang bercirikan ketidakadilan, tidak jujur, cemburu dan tidak ikhlas. Untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, pensyarah sama sekali tidak boleh bersikap pilih kasih. Sikap pilih kasih akan membuatkan lunturnya ketidakpercayaan pelajar terhadap pensyarah dan ia akan menimbulkan perasaan benci, marah, tidak peduli atau perasaan dendam. Sebagai contoh, sekiranya kita bersikap pilih kasih di dalam kelas, tentu terdapat segelintir pelajar tidak menyayangi atau tidak menghormati kita sebagai pensyarah. Pensyarah perlu memberikan perhatian yang sama rata dan bersikap adil terhadap pelajarnya.
10 
Gambarajah 4 
13. Memberi sokongan kepada pelajar yang memberi pendapat. 
Sekiranya pelajar mengeluarkan pendapat yang kurang tepat seperti yang dikehendaki oleh pensyarah, adalah tidak seharusnya pensyarah terus menyalahkan pelajar. Seharusnya pensyarah hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut supaya ianya menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh pelajar yang lain. 
14. Memberi pujian 
Kita biasa mendengar orang berkata; ”Saya tak suka dipuji-puji, ”Saya tak makan puji” dan kata-kata lain yang seumpama dengannya. Pada realitinya (dari aspek psikologi), setiap orang mahukan dirinya dipuji begitu juga seseorang yang bergelar pelajar. Di sini dapat kita katakan bahawa hati kecil manusia mahukan dirinya dipuja dan dipuji. Apabila kita mengetahui naluri seumpama itu, maka usahlah kita kedekut dengan pujian. Pujilah pelajar secara berpadanan dengan apa yang dia buat atau apa yang dia ada. Pujilah secara ikhlas dan sederhana. Kalau kita memuji pelajar secara berlebih-lebihan atau melampau, ia akan melahirkan dua implikasi iaitu:
11 
a. Pelajar yang dipuji akan berperangai mengada-ngada, riak dan bongkak kerana termakan pujian. Sikap dan tingkah lakunya berubah. Sikap ini akan menimbulkan rasa kebencian pula dikalangan pelajar yang lain. 
b. Pelajar yang dipuji merasakan pujian kita dibuat-buat yang boleh ditafsirkan pula sebagai perli, sindiran mengejek atau dusta pula. Pujian yang diberikan hendaklah kena ada masa dan tempat. Pujian yang tidak kena pada masa dan tempat akan menimbulkan pelbagai implikasi yang tidak diingini. Dalam hal ini Imam Ghazali menegaskan, ”Memuji orang adakalanya dilarang pasa sesetangah tempat.” 
Justeru itu, pensyarah mestilah berwaspada dengan setiap pujian yang diberikan kepada pelajar-pelajar supaya tidak merosakkan suasana pengajaran dan pembelajaran. 
15. Cara memarahi pelajar 
Ketika berkomunikasi dengan pelajar, kadangkala timbul perasaan marah. Secara logik apabila timbul kemarahan dan perasaan ingin memarahi pelajar, pensyarah boleh terus memarahinya. Walaubagaimanapun, pensyarah yang mempunyai teknik komunikasi yang baik sedar bahawa cara memarahi pelajar hendaklah dititkberatkan, supaya tidak timbul implikasi yang tidak baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pensyarah boleh memarahi pelajar tetapi mestilah menggunakan cara yang tertentu iaitu jangan sesekali memarahi pelajar di khalayak ramai. Memarahi pelajar di khalayak ramai akan menjatuhkan maruahnya. Dan, ia akan menimbulkan rasa malu dan hilang harga diri. Akhirnya pelajar yang dimarahi akan bersikap agresif dan melawan kita balik. Ini disebabkan egonya tercabar. Jika ini berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, objektif yang hendak disampaikan kepada pelajar lain tidak akan tercapai. Jadi, salah satu cara yang paling baik ialah dengan memarahinya di tempat yang tiada orang atau di tempat yang tidak dapat
12 
didengari isi percakapan atau kemarahan. Ajak atau bawaklah pelajar yang kita hendak marahi itu ke sudut atau tempat yang sesuai dan jauh daripada orang ramai. Di situ bolehlah kita memarahinya dengan cara yang sebaik mungkin. Dengan cara ini, besar kemungkinan pelajar yang dimarahi boleh menerima kemarahan kita, lebih-lebih lagi sekiranya dia menyedari kesalahanya dan patut dimarahi. Dengan ini, pelajar yang dimarahi mungkin menerima apa-apa sahaja kemarahan kita dengan penuh rasa sedar dan akur kepada kemarahan kita sekiranya dia benar-benar bersalah. Justeru itu akan timbul rasa hormat di hatinya kepada kita kerana kita pandai memilih cara terbaik memarahinya. Ketika hendak memarahi pelajar, cubalah memujuk diri kita supaya bertenang dan bersabar. Inilah sikap yang paling baik, terpuji dan mulia. 
Gambarajah 5 
16. Jangan menghina 
Timbulnya sikap menghina disebabkan oleh perasaan riak yang sentiasa ditiupkan oleh iblis dan syaitan ke dalam hati nurani, tetapi kita tidak langsung menyedarinya. Perbuatan menghina pelajar, merupakan satu perbuatan yang dibenci oleh sesiapa sahaja. Kita sebagai insan yang dijadikan oleh Allah (s.w.t) sepatutnya atau seharusnya tidak boleh menghina atau memandang rendah kepada sesiapa pun termasuklah pelajar, meskipun mereka hidup dalam kemiskinan, cacat anggota, kurang pandai dan sebagainya. Sebagai pensyarah, kita hendaklah sedar bahawa mungkin pelajar yang
13 
dihina itu lebih bertakwa kepada Allah daripada kita. Perbuatan menghina pelajar adalah haram di sisi syarak dan berdosa. Apabila kita menghina seorang pelajar, secara automatik pelajar lain akan memandang serong terhadap kita. Oleh sebab itu, pelajar tidak akan memberi maklum balas yang dikehendaki semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. 
17. Gurau Senda dan Kecindan 
Satu perkara yang tidak kurang pentingnya dalam komunikasi berkesan dan interaksi ialah unsur-unsur kecindan atau gurau senda. Unsur ini memainkan peranan penting kerana ia boleh menimbulkan suasa mesra, riang dan boleh mengurangkan ketegangan di dalam kelas. Perhubungan komunikasi yang berlaku secara serius akan menimbulkan rasa tertekan, tidak seronok dan mahu cepat-cepat ditamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar memerlukan unsur-unsur gurau senda, seronok, mencuit hati dan melepaskan emosi daripada tekanan pelbagai keadaan dalaman dan luaran hati seseorang, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai banyak tugasan yang hendak disiapkan ataupun sukar untuk memahami pelajaran yang lain. Justeru itu apabila pensyarah yang pandai berlawak atau boleh menimbulkan unsur humor dan gurau senda ketika berkomunikasi, ia akan diminati dan disukai pelajar. Walau bagaimanapun kita sebagai pensyarah hendaklah ingat yang gurau senda itu tidak melampaui batas dan tidak menyakitkan hati pelajar. 
18. Gunakan perkataan yang positif 
Sebagai insan biasa kita lebih suka mendengar perkataan positif dan memberansangkan. Begitu juga halnya terhadap pelajar. Arahan-arahan yang menggunakan perkataan yang positif mendapat kerjasama yang lebih baik daripada pelajar. Contoh-contoh perbualan yang sepatutnya diucapkan (perbualan positif) dan yang tidak sepatutnya dituturkan (perbualan negatif) adalah seperti Jadual 1 dibawah.
14 
Perbualan Positif 
Perbualan Negatif 
” Saya tidak dapat bercakap dengan anda melalui telefon.” 
”Saya dapati susah hendak menghubungi anda menggunakan telefon.” 
”Saya dapat memberi markah ujian anda pada hari Isnin.” 
”Saya tidak dapat memberi markah ujian anda sehingga hari Isnin.” 
”Anda boleh mendapat markah yang lebih baik jika anda memperbaiki beberapa kesilapan dalam tugasan ini seperti...” 
”Anda mendapat markah yang rendah kerana anda melakukan beberapa kesilapan dalam tugasan ini seperti...” 
19. Jadilah pendengar yang baik 
Mendengar dengan baik adalah salah satu komponen utama dalam meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi pensyarah dengan pelajar. Menjadi pendengar yang baik dapat membantu pensyarah menapis maklumat yang benar dan maklumat yang tidak benar. Dengan menjadi pendengar yang baik, ia dapat membentuk hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja. Apabila kita mendengar dengan baik dan bersungguh-sungguh, kita sebenarnya memberi penghormatan kepada penyampai maklumat. Dalam konteks ini, pelajar adalah penyampai maklumat kepada pensyarah. 
Gambarajah 6
15 
RUMUSAN 
Komunikasi berkesan sememangnya menjadi sasaran kepada pensyarah, baik dalam kehidupan seharian, dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun ketika bekerja. Perbezaan budaya yang wujud di kalangan pelajar boleh menjadi faktor penghalang untuk pensyarah berkomunikasi secara berkesan. Halangan tersebut boleh berupa halangan bahasa atau mesej lisan, mesej bukan lisan, prasangka, nilai, kepercayaan dan sebagainya. Bagi mengatasi halangan ketika berkomunikasi, pensyarah harus menjadi komunikator yang kompeten ketika berkomunikasi dengan pelajar. Amalan-amalan komunikasi berkesan merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai sebaik mungkin terutamanya pensyarah untuk memudahkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peranan komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memotivasikan pelajar, menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat serta sebagai pembangunan sahsiah peribadi pelajar sebagai generasi yang akan datang yang akan mentadbir kerajaan. 
Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan pensyarah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, pensyarah dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, institusi pengajian, rakan sebaya dan media massa. Politeknik sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik kuliah.
16 
RUJUKAN 
Aziz Salleh (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi yang Efektif. Selangor, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. 
Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Johor, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 
Robiah K. Hamzah, Phd. (2001). Teknik dan Strategi Membimbing Remaja Kaedah Berkomunikasi Berkesan. Pahang, Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 
Zainuddin Zakaria, Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Komunikasi Efektif. Selangor, Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 
Maimunah Osman (2000). Komunikasi Berkesan – Hubungan Interpersonal. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur 
http://www.scribd.com/doc/6513938/Komunikasi-Berkesan 
http://info.mohr.gov.my/PTK/notaPTKbaru/komunikasi/KOMUNIKASI%20BERKESAN%201.pdf 
http://www.scribd.com/doc/47269263/Komunikasi-Berkesan-Dalam-Bilik-Darjah 
http://www.ehow.com/way_5171235_effective-communication-tips-classroom.html 
http://www.scribd.com/doc/11631219/8-Effective-Classroom-Communication-Management
17 
LAMPIRAN

Contenu connexe

Tendances

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Ciri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesanCiri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesancikgukinah
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanAYU_TEMPOYAK
 

Tendances (20)

Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasiKemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Halangan komunikasi
Halangan komunikasiHalangan komunikasi
Halangan komunikasi
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Ciri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesanCiri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesan
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 

En vedette

Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanlindasobri
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanLee Oi Wah
 
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiProtokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiMohamad Khairi
 
Komunikasi berkesan 1
Komunikasi berkesan 1Komunikasi berkesan 1
Komunikasi berkesan 1aimm reka
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiJun Sahrul
 
Arahan Keselamatan
Arahan KeselamatanArahan Keselamatan
Arahan Keselamatanaimm reka
 
Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifHamidah Budi
 
Komunikasi berkesan dan tidak berkesan
Komunikasi berkesan dan tidak berkesanKomunikasi berkesan dan tidak berkesan
Komunikasi berkesan dan tidak berkesanTAN Seng
 
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Maria Sofea
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasizasbaruden
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifJenry Saiparudin
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanMNorazizi HM
 
Etiket di meja makan
Etiket di meja makan Etiket di meja makan
Etiket di meja makan MISS ESTHER
 
05 Komunikasi
05 Komunikasi05 Komunikasi
05 KomunikasiWanBK Leo
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanShila Melisha
 

En vedette (20)

Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmiProtokol dan-etiket-majlis-rasmi
Protokol dan-etiket-majlis-rasmi
 
8.0 komunikasi berkesan 2014
8.0 komunikasi berkesan 20148.0 komunikasi berkesan 2014
8.0 komunikasi berkesan 2014
 
Komunikasi berkesan 1
Komunikasi berkesan 1Komunikasi berkesan 1
Komunikasi berkesan 1
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran KomunikasiKepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Kepentingan Penguasaan Kemahiran Komunikasi
 
Arahan Keselamatan
Arahan KeselamatanArahan Keselamatan
Arahan Keselamatan
 
Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang Efektif
 
Komunikasi berkesan dan tidak berkesan
Komunikasi berkesan dan tidak berkesanKomunikasi berkesan dan tidak berkesan
Komunikasi berkesan dan tidak berkesan
 
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
Ciri komunikasi yg berkesan (kumpulan 4)
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasi
 
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatifTd10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Etika di majlis rasmi
Etika di majlis rasmiEtika di majlis rasmi
Etika di majlis rasmi
 
Etiket di meja makan
Etiket di meja makan Etiket di meja makan
Etiket di meja makan
 
05 Komunikasi
05 Komunikasi05 Komunikasi
05 Komunikasi
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektif
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat Kelantan
 

Similaire à Komunikasi berkesan

Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektifpjj_kemenkes
 
B7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemus
B7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemusB7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemus
B7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemusRose Meea
 
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxPPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxYumnaJelita
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingrosdimahiza
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektifpjj_kemenkes
 
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Bayu Wijaya
 
RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)
RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)
RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)Nur Arifaizal Basri
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahSha Amran
 
komunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdfkomunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdfParakangPoppo
 
Suatu Proses Komunikasi Dalam Pendidikan
Suatu Proses Komunikasi Dalam PendidikanSuatu Proses Komunikasi Dalam Pendidikan
Suatu Proses Komunikasi Dalam PendidikanImadaMaulidiyaRochma
 
Makalah Dasar-dasar Berkomunikasi
Makalah Dasar-dasar BerkomunikasiMakalah Dasar-dasar Berkomunikasi
Makalah Dasar-dasar BerkomunikasiNovi Emita Pakpahan
 

Similaire à Komunikasi berkesan (20)

Bbm 1
Bbm 1Bbm 1
Bbm 1
 
Bbm 1
Bbm 1Bbm 1
Bbm 1
 
Media Pembelajaran
Media PembelajaranMedia Pembelajaran
Media Pembelajaran
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektif
 
B7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemus
B7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemusB7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemus
B7 3-presentasi-komunikasi interpersonal pengelola dan pemus
 
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxPPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
 
Keterampilan Komunikasi dan Antar Diri
Keterampilan Komunikasi dan Antar DiriKeterampilan Komunikasi dan Antar Diri
Keterampilan Komunikasi dan Antar Diri
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektif
 
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
Teori Organisasi Umum 2 (Komunikasi)
 
RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)
RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)
RENCANA PELAKSANAAN PELAYANAN RPP (Komunikasi yg efektif)
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
Komunikasi efektif
Komunikasi efektifKomunikasi efektif
Komunikasi efektif
 
komunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdfkomunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdf
 
Suatu Proses Komunikasi Dalam Pendidikan
Suatu Proses Komunikasi Dalam PendidikanSuatu Proses Komunikasi Dalam Pendidikan
Suatu Proses Komunikasi Dalam Pendidikan
 
Makalah Dasar-dasar Berkomunikasi
Makalah Dasar-dasar BerkomunikasiMakalah Dasar-dasar Berkomunikasi
Makalah Dasar-dasar Berkomunikasi
 

Dernier

PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 

Dernier (20)

PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 

Komunikasi berkesan

  • 1. 1 KOMUNIKASI BERKESAN OLEH : NUR WAHIDA BINTI JANUDIN
  • 2. 2 PENDAHULUAN Komunikasi ialah terjemahan daripada perkataan Inggeris communication. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin communicare yang bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan (Shamsudin, 1993). Terdapat pelbagai takrifan mengenai komunikasi. Menurut Sillars komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat. Mengikut Robins dan De Cenzo (1998) pula, komunikasi melibatkan transmisi maksud dan maklumat kepada audiens. Apabila maksud ataupun maklumat tidak diterima oleh audiens maka proses komunikasi tidak berlaku. De Vito (1978) menyatakan komunikasi ialah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Berdasarkan definisi ini, beliau cuba menerangkan bahawa komunikasi melibatkan sekurang-kurangnya dua orang yang menghantar dan menerima mesej sama ada dalam bentuk perkataan atau isyarat. Mesej yang dihantar kadangkala mengalami gangguan, iaitu kebisingan yang boleh mengurangkan kesan komunikasi. Mesej yang telah dikirimkankan itu akan memberi impak kepada penerima dan penerima bertindak balas menghantar mesej dalam bentuk maklum balas. Dengan ini timbul perasaan hampa kepada penghantar dan boleh bertukar kepada perselisihan faham antara si penghantar dengan si penerima. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, komunikasi berkesan akan menimbulkan suasana yang lebih efektif untuk pelajar-pelajar memahami dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Sebelum sebarang proses komunikasi wujud, idea, perasan, harapan, cita-cita, arahan mahupun maklumat dan lain-lain lagi
  • 3. 3 perlu ditukar kepada bentuk yang difahami oleh si penerima. Bentuk ini dipanggil simbol- simbol. Simbol ini wujud dalam bentuk tulisan, bahasa yang diucapkan, bahasa isyarat, gambar bunyi, bahasa badan dan sebagainya. Komunikasi berkesan tidak boleh tidak melibatkan penggunaan deria manusia dan antara yang penting ialah mata, telinga, mulut, hati dan sentuhan. Ini kerana ia melibatkan manusia yang mempunyai akal dan juga perasaan. Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan kerana ianya tidak menyeluruh. Seseorang yang mempunyai tahap kemahiran perhubungan interpersonal yang tinggi dan komunikasi dengan berkesan menggunakan deria manusia dengan bijaksana. Apabila kesemua deria tidak digunakan dengan sebaiknya, keadaan komunikasi berikut mungkin boleh berlaku:- Menerima mesej seadanya, mendengar tetapi tidak menangkap mesej dengan jelas. Melihat seadanya, tanpa peka kepada mesej tambahan yang dilahirkan melalui mimik muka, pergerakan badan, tangan dan sebagainya Tidak cuba memahami perasaan tersebut. Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:- Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dah jelas oleh penerima Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh pengantar dan penerima Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar Mesej yang dihantar mempunyai unsur kos-efektif
  • 4. 4 KOMUNIKASI BERKESAN Komunikasi merujuk kepada proses dimana manusia menyebarkan informasi, idea, sikap dan keadaan mental seseorang terhadap orang lain. Ianya melibatkan proses verbal dan non-verbal dalam menghantar dan menerima maklumat. Komunikasi verbal adalah komunikasi menggunakan bahasa yang membolehkan manusia mengeluarkan idea dan perlakuan. Manakala komunikasi non-verbal adalah komunikasi menggunakan bahasa badan seperti gestur, nada suara, jarak ungkapan, hentian dan diam, keluhan dan sebagainya. Terdapat banyak kajian yang telah dikenalpasti bagaimana ia mewujudkan komunikasi berkesan di dalam menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan untuk mencapai objektif yang hendak dicapai oleh pensyarah. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya di akhir pembelajaran dan untuk masa hadapan. Di antara contoh- contoh amalan komunikasi yang boleh membantu pensyarah-pensyarah di politeknik bagi mengurus kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang dibincangkan di bawah: 1. Mengenali dan Memahami Pelajar Apabila kita memahami pelajar dari segi luaran dan dalamnya, maka mudahlah kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik dan berkesan. Dalam konteks ini, kita hendaklah belajar dan boleh mengetahui tabiat pelajar secara umum, apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Hal ini akan menjadikan mereka menyenangi kita. Mereka akan cuba mengenali dengan lebih dekat, berkawan serta ingin bercakap
  • 5. 5 dengan kita. Dengan itu timbullah kemesraan dan terjalinnya persahabatan secara umumnya. Untuk mengenali dan memahami mereka, pensyarah memerlukan ilmu serta pengalaman. Ilmu boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya ialah dengan membaca, memerhati serta ilham. Sementara pengalaman pula diperolehi secara mengalami dan mengaplikasi sendiri sesuatu perkara atau keadaan. 2. Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. Pensyarah mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas dan jelas atau penggunaan nada yang betul yang perlu digunakan pada situasi yang betul bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan. Pakaian dan cara komunikasi gerak badan atau mimik muka pensyarah memainkan peranan penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada pelajar supaya mudah difahami dan jelas. Selain itu ia dapat melahirkan suasana gaya yang betul dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di politeknik. Gambarajah 1 3. Jangan Menyinggung Perasaan Apabila berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar, jangan sesekali menyinggung perasaan mereka, apatah lagi dengan sengaja. Sekiranya kita menyedari yang kita menyinggung perasaan mereka secara tidak sengaja, maka cepat-cepatlah
  • 6. 6 meminta maaf tanda keikhlasan. Perasaan atau emeosi pelajar-pelajar boleh tersinggung disebabkan mereka berasa terhina, diperli, diperbodohkan, dicela dengan sesuatu kekurangan, keluarga, corak kehidupan dan lain-lain. Apabila perasaan mereka tersinggung agak sukar untuk dipulihkan atau dikembalikan kepada keadaan biasa, terutama sekali perasaan itu besifat sensitif atau mudah memendam rasa. Sebagai contoh, pensyarah tidak harus sama sekali berkata kepada pelajar yang mengulang kursus: ”Awak semua ni bodoh. Patutla awak berada di dalam kelas mengulang”. Adalah lebih baik pensyarah tidak memberi sebarang komen atau pun memberi komen yang membina. 4. Menghormati Budaya dan Adat Resam Pelajar Pensyarah seharusnya sedar dan faham bahawa setiap pelajar yang berada di dalam kelas sebenarnya mempunyai budaya atau adat resam tersendiri. Pelajar Melayu mempunyai adat resam dan budanya tersendiri begitu juga dengan kaum-kaum lain yang berada di dalam kelas. Mungkin ada yang beranggapan bahawa hanya budaya merekalah yang lebih baik daripada budaya yang lain dan harus dihormati. Ini merupakan anggapan yang tidak sihat, kerana pelajar lain juga beranggapan sedemikian. Sebagai contoh, sekiranya kita berinteraksi dengan dengan pelajar dari kaum Cina, kita hendaklah menghormati budaya atau adat resam orang Cina berkenaan, barulah tidak akan timbul perkauman di dalam kelas. 5. Galakkan penglibatan pelajar dengan mengelolakan aktiviti Aktiviti-aktiviti di dalam kelas akan mewujudkan interaksi pelajar dengan pelajar dan pensyarah dengan pelajar secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan ianya juga dapat meningkatkan keyakinan pelajar.
  • 7. 7 6. Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan. Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam suasana realiti kerana interaksi pelajar dengan pelajar serta pensyarah dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai kerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan, mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, pensyarah boleh mengadakan pertandingan antara kumpulan sebagai salah satu kaedah. 7. Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran. Sesi soal jawab membantu pelajar mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya, malah juga meletakkan pelajar sentiasa bersedia serta memberi komitmen yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh pensyarah. Gambarajah 2 8. Menggunakan alat bantu mengajar yang berteknologi. Mengunakan komputer berteknologi tinggi, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Microsoft Powerpoint dan sebagainya akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta ianya lebih diminati oleh pelajar berbanding
  • 8. 8 menulis di papan putih. Ini disebabkan oleh penggunaan video serta audio dapat menunjukkan maklumat sebenar dengan lebih jelas. 9. Ikhtiarkan penyertaan pelajar-pelajar. Interaksi pelajar adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh pensyarah. Oleh itu pensyarah mestilah berusaha mengikhtiarkan penyertaan semua pelajarnya supaya aktif di dalam kelas kerana usaha menggalakkan pelajar-pelajar aktif akan menanamkan minat mereka dan pemerhatian yang lebih terhadap pelajarannya. Gambarajah 3 10. Cara memberi nasihat. Apabila pensyarah hendak memberi nasihat kepada pelajar-pelajar, gaya pensyarah, nada suara pensyarah dan perkataan yang digunakan hendaklah menarik minat pelajar yang mendengarnya. Justeru itu, bercakaplah dengan suara dan nada yang lemah lembut. Percakapan seumpama ini pada hakikatnya akan melembutkan hati yang keras serta degil. Pensyarah hendaklah ingat walaupun nasihat yang diberikan adalah baik, tetapi kalau tidak kena dengan cara, pelajar yang dinasihati tidak akan mendengar nasihat malah mungkin akan bermasam muka dengan pensyarah pula. Justeru itu semasa memberi nasihat elaklah daripada bersikap sombong, berkelakuan kasar dan biadab, mencerca memaki hamun dan sebagainya. Gaya pensyarah juga memainkan peranan penting dalam memberi nasihat. Ketika memberi
  • 9. 9 nasihat, hendaklah ditunjukkan sikap pensyarah yang jujur, ikhlas, lemah lembut, pengasih, merendah hati dan bersopan-santun. Gaya penyarah hendaklah bersungguh- sungguh dan bukannya dilihat sebagai sambil lewa sahaja. 11. Adakan sesi kaunseling dengan pelajar bermasalah Pelajar yang bersikap pendiam dan pemalu, yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam kelas. Pensyarah seharusnya berikhtiar membantu pelajar seperti ini dan merujuk kepada kaunselor di politeknik untuk diatasi permasalahan pelajar tersebut. Diharapkan pelajar tersebut mengubah tingkahlaku dan boleh melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Dengan ini interaksi pelajar bermasalah dengan pensyarah dan pelajar lain akan bertambah. 12. Tidak pilih kasih. Sikap pilih kasih adalah merupakan sikap yang bercirikan ketidakadilan, tidak jujur, cemburu dan tidak ikhlas. Untuk mewujudkan komunikasi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, pensyarah sama sekali tidak boleh bersikap pilih kasih. Sikap pilih kasih akan membuatkan lunturnya ketidakpercayaan pelajar terhadap pensyarah dan ia akan menimbulkan perasaan benci, marah, tidak peduli atau perasaan dendam. Sebagai contoh, sekiranya kita bersikap pilih kasih di dalam kelas, tentu terdapat segelintir pelajar tidak menyayangi atau tidak menghormati kita sebagai pensyarah. Pensyarah perlu memberikan perhatian yang sama rata dan bersikap adil terhadap pelajarnya.
  • 10. 10 Gambarajah 4 13. Memberi sokongan kepada pelajar yang memberi pendapat. Sekiranya pelajar mengeluarkan pendapat yang kurang tepat seperti yang dikehendaki oleh pensyarah, adalah tidak seharusnya pensyarah terus menyalahkan pelajar. Seharusnya pensyarah hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut supaya ianya menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh pelajar yang lain. 14. Memberi pujian Kita biasa mendengar orang berkata; ”Saya tak suka dipuji-puji, ”Saya tak makan puji” dan kata-kata lain yang seumpama dengannya. Pada realitinya (dari aspek psikologi), setiap orang mahukan dirinya dipuji begitu juga seseorang yang bergelar pelajar. Di sini dapat kita katakan bahawa hati kecil manusia mahukan dirinya dipuja dan dipuji. Apabila kita mengetahui naluri seumpama itu, maka usahlah kita kedekut dengan pujian. Pujilah pelajar secara berpadanan dengan apa yang dia buat atau apa yang dia ada. Pujilah secara ikhlas dan sederhana. Kalau kita memuji pelajar secara berlebih-lebihan atau melampau, ia akan melahirkan dua implikasi iaitu:
  • 11. 11 a. Pelajar yang dipuji akan berperangai mengada-ngada, riak dan bongkak kerana termakan pujian. Sikap dan tingkah lakunya berubah. Sikap ini akan menimbulkan rasa kebencian pula dikalangan pelajar yang lain. b. Pelajar yang dipuji merasakan pujian kita dibuat-buat yang boleh ditafsirkan pula sebagai perli, sindiran mengejek atau dusta pula. Pujian yang diberikan hendaklah kena ada masa dan tempat. Pujian yang tidak kena pada masa dan tempat akan menimbulkan pelbagai implikasi yang tidak diingini. Dalam hal ini Imam Ghazali menegaskan, ”Memuji orang adakalanya dilarang pasa sesetangah tempat.” Justeru itu, pensyarah mestilah berwaspada dengan setiap pujian yang diberikan kepada pelajar-pelajar supaya tidak merosakkan suasana pengajaran dan pembelajaran. 15. Cara memarahi pelajar Ketika berkomunikasi dengan pelajar, kadangkala timbul perasaan marah. Secara logik apabila timbul kemarahan dan perasaan ingin memarahi pelajar, pensyarah boleh terus memarahinya. Walaubagaimanapun, pensyarah yang mempunyai teknik komunikasi yang baik sedar bahawa cara memarahi pelajar hendaklah dititkberatkan, supaya tidak timbul implikasi yang tidak baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pensyarah boleh memarahi pelajar tetapi mestilah menggunakan cara yang tertentu iaitu jangan sesekali memarahi pelajar di khalayak ramai. Memarahi pelajar di khalayak ramai akan menjatuhkan maruahnya. Dan, ia akan menimbulkan rasa malu dan hilang harga diri. Akhirnya pelajar yang dimarahi akan bersikap agresif dan melawan kita balik. Ini disebabkan egonya tercabar. Jika ini berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, objektif yang hendak disampaikan kepada pelajar lain tidak akan tercapai. Jadi, salah satu cara yang paling baik ialah dengan memarahinya di tempat yang tiada orang atau di tempat yang tidak dapat
  • 12. 12 didengari isi percakapan atau kemarahan. Ajak atau bawaklah pelajar yang kita hendak marahi itu ke sudut atau tempat yang sesuai dan jauh daripada orang ramai. Di situ bolehlah kita memarahinya dengan cara yang sebaik mungkin. Dengan cara ini, besar kemungkinan pelajar yang dimarahi boleh menerima kemarahan kita, lebih-lebih lagi sekiranya dia menyedari kesalahanya dan patut dimarahi. Dengan ini, pelajar yang dimarahi mungkin menerima apa-apa sahaja kemarahan kita dengan penuh rasa sedar dan akur kepada kemarahan kita sekiranya dia benar-benar bersalah. Justeru itu akan timbul rasa hormat di hatinya kepada kita kerana kita pandai memilih cara terbaik memarahinya. Ketika hendak memarahi pelajar, cubalah memujuk diri kita supaya bertenang dan bersabar. Inilah sikap yang paling baik, terpuji dan mulia. Gambarajah 5 16. Jangan menghina Timbulnya sikap menghina disebabkan oleh perasaan riak yang sentiasa ditiupkan oleh iblis dan syaitan ke dalam hati nurani, tetapi kita tidak langsung menyedarinya. Perbuatan menghina pelajar, merupakan satu perbuatan yang dibenci oleh sesiapa sahaja. Kita sebagai insan yang dijadikan oleh Allah (s.w.t) sepatutnya atau seharusnya tidak boleh menghina atau memandang rendah kepada sesiapa pun termasuklah pelajar, meskipun mereka hidup dalam kemiskinan, cacat anggota, kurang pandai dan sebagainya. Sebagai pensyarah, kita hendaklah sedar bahawa mungkin pelajar yang
  • 13. 13 dihina itu lebih bertakwa kepada Allah daripada kita. Perbuatan menghina pelajar adalah haram di sisi syarak dan berdosa. Apabila kita menghina seorang pelajar, secara automatik pelajar lain akan memandang serong terhadap kita. Oleh sebab itu, pelajar tidak akan memberi maklum balas yang dikehendaki semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. 17. Gurau Senda dan Kecindan Satu perkara yang tidak kurang pentingnya dalam komunikasi berkesan dan interaksi ialah unsur-unsur kecindan atau gurau senda. Unsur ini memainkan peranan penting kerana ia boleh menimbulkan suasa mesra, riang dan boleh mengurangkan ketegangan di dalam kelas. Perhubungan komunikasi yang berlaku secara serius akan menimbulkan rasa tertekan, tidak seronok dan mahu cepat-cepat ditamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar memerlukan unsur-unsur gurau senda, seronok, mencuit hati dan melepaskan emosi daripada tekanan pelbagai keadaan dalaman dan luaran hati seseorang, lebih-lebih lagi pelajar yang mempunyai banyak tugasan yang hendak disiapkan ataupun sukar untuk memahami pelajaran yang lain. Justeru itu apabila pensyarah yang pandai berlawak atau boleh menimbulkan unsur humor dan gurau senda ketika berkomunikasi, ia akan diminati dan disukai pelajar. Walau bagaimanapun kita sebagai pensyarah hendaklah ingat yang gurau senda itu tidak melampaui batas dan tidak menyakitkan hati pelajar. 18. Gunakan perkataan yang positif Sebagai insan biasa kita lebih suka mendengar perkataan positif dan memberansangkan. Begitu juga halnya terhadap pelajar. Arahan-arahan yang menggunakan perkataan yang positif mendapat kerjasama yang lebih baik daripada pelajar. Contoh-contoh perbualan yang sepatutnya diucapkan (perbualan positif) dan yang tidak sepatutnya dituturkan (perbualan negatif) adalah seperti Jadual 1 dibawah.
  • 14. 14 Perbualan Positif Perbualan Negatif ” Saya tidak dapat bercakap dengan anda melalui telefon.” ”Saya dapati susah hendak menghubungi anda menggunakan telefon.” ”Saya dapat memberi markah ujian anda pada hari Isnin.” ”Saya tidak dapat memberi markah ujian anda sehingga hari Isnin.” ”Anda boleh mendapat markah yang lebih baik jika anda memperbaiki beberapa kesilapan dalam tugasan ini seperti...” ”Anda mendapat markah yang rendah kerana anda melakukan beberapa kesilapan dalam tugasan ini seperti...” 19. Jadilah pendengar yang baik Mendengar dengan baik adalah salah satu komponen utama dalam meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi pensyarah dengan pelajar. Menjadi pendengar yang baik dapat membantu pensyarah menapis maklumat yang benar dan maklumat yang tidak benar. Dengan menjadi pendengar yang baik, ia dapat membentuk hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja. Apabila kita mendengar dengan baik dan bersungguh-sungguh, kita sebenarnya memberi penghormatan kepada penyampai maklumat. Dalam konteks ini, pelajar adalah penyampai maklumat kepada pensyarah. Gambarajah 6
  • 15. 15 RUMUSAN Komunikasi berkesan sememangnya menjadi sasaran kepada pensyarah, baik dalam kehidupan seharian, dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun ketika bekerja. Perbezaan budaya yang wujud di kalangan pelajar boleh menjadi faktor penghalang untuk pensyarah berkomunikasi secara berkesan. Halangan tersebut boleh berupa halangan bahasa atau mesej lisan, mesej bukan lisan, prasangka, nilai, kepercayaan dan sebagainya. Bagi mengatasi halangan ketika berkomunikasi, pensyarah harus menjadi komunikator yang kompeten ketika berkomunikasi dengan pelajar. Amalan-amalan komunikasi berkesan merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai sebaik mungkin terutamanya pensyarah untuk memudahkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peranan komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memotivasikan pelajar, menyampaikan maklumat dengan betul dan tepat serta sebagai pembangunan sahsiah peribadi pelajar sebagai generasi yang akan datang yang akan mentadbir kerajaan. Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan pensyarah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, pensyarah dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, institusi pengajian, rakan sebaya dan media massa. Politeknik sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik kuliah.
  • 16. 16 RUJUKAN Aziz Salleh (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi yang Efektif. Selangor, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Johor, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Robiah K. Hamzah, Phd. (2001). Teknik dan Strategi Membimbing Remaja Kaedah Berkomunikasi Berkesan. Pahang, Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Zainuddin Zakaria, Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Komunikasi Efektif. Selangor, Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Maimunah Osman (2000). Komunikasi Berkesan – Hubungan Interpersonal. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur http://www.scribd.com/doc/6513938/Komunikasi-Berkesan http://info.mohr.gov.my/PTK/notaPTKbaru/komunikasi/KOMUNIKASI%20BERKESAN%201.pdf http://www.scribd.com/doc/47269263/Komunikasi-Berkesan-Dalam-Bilik-Darjah http://www.ehow.com/way_5171235_effective-communication-tips-classroom.html http://www.scribd.com/doc/11631219/8-Effective-Classroom-Communication-Management