SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA.
KOD DAN NAMA KURSUS ASAS KETUKANGAN (SPPE 1012)
TAJUK PROJEK LAPORAN KERJA KAYU
NAMA KEYONG LIAU
A14PP3024
1SPPJ2
PENSYARAH DR. AMIRMUDIN UDIN
TARIKH 18 OCTOBER 2015
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
PENDAHULUAN 2
OBJEKTIF 2
PERATURAN DAN KESELAMATAN BENGKEL 2-4
PERALATAN MENANDA DAN MENGUKUR 5-7
PERALATAN MENGAPIT DAN MENYENGGAL 8-9
PERALATAN MENGETAM DAN MEMOTONG 10-15
PERALATAN MENUKUL DAN MEMUTAR 16-18
PERALATAN MEMBENTUK DAN MENAJAM 19-20
ALAT DAN BAHAN PENYUDAH 20-23
PROJEK KERJA BENGKEL KERJA 24-29
KESIMPULAN 30
RUJUKAN 31
Penghargaan
Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan laporan kerja kayu dan juga
menyempurnakan kerja kayu saya.
Jutaan terima kasih juga diucapakan kepada pensyarah subjek Asas Pertukangan, Dr.
Amirmudin Udin kerana telah memberikan bannyak ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, nasihat
serta panduan dalam menyiapkan kerja kayu ini. Tanpa tunjuk ajar mereka, folio serta kerja
kayu saya mungkin tidak akan lengkap. Begitu juga dengan pembantu-pembantu bengkel
yang banyak membantu dari segi menyediakan alatan dan bahan serta membantu kami
menyiapkan kerja kayu ini.
Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa sudi membantu dan
bekerjasama sepanjang melaksanakan kerja kayu ini. Juga tidak kurang semasa menyediakan
laporan kerja kayu ini rakan banyak membantu bertukar-tukar serta berkongsi maklumat
untuk melengkapkan tugasan ini. Sesungguhnya pertolongan anda amatlah dihargai.
Dorongan serta sokongn ibu bapa serta keluarga juga tidak saya lupa. Jutaan terima
kasih diucapkan. Diharap melalui medium ini saya telah banyak menimba ilmu dari
pensyarah hingga ke rakan-rakan.
Dan terakhirnya, berbanyak terima kasih diucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah
membantu saya. Sesungguhnya jasa anda semua dibalas dengan kebaikan.
Sekian, terima kasih.
Pengenalan
Amali bengkel kayu ini menekankan kepada kami mengenai pengetahuan dan kemahiran asas
dalam bidang Teknologi Kayu. Mahasiswa akan mendalami mengenai peralatan tangan
bengkel kayu, prosedur keselamatan bengkel dan prosedur dalam penghasilan hasil kerja.
secara tidak langsung, bengkel ini juga memupuk semangat bekerjasama dan berusaha dalam
melakukan kerja-kerja kayu di dalam bengkel. Mahasiswa juga akan berpeluang
mengaplikasikan kreativiti dan kemahiran bagi menghasilkan projek-projek kerja kayu yang
dijalankan.
Objektif
• Mengenal beberapa alatan tangan dan mesin
• Mempelajari bagaimana cara untuk memotong kayu dengan menggunakan mesin,
alatan tangan dan cara memotong kayu mengikut bentuk yang dilakar.
• Menguruskan penggunaan bahan dan peralatan dengan betul
• Menggunakan alatan perlindungan diri seperti memakai ‘mask’ dan cermin mata
keselamatan
Peraturan Keselamatan Am Di bengkel
i. Masuk bengkel dengan kebenaran penyelia bengkel.
ii. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja agar mendapan pengudaraan dan
pencahayaan yang maksimum.
iii. Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat, “Jangan Gunakan Peralatan Yang
Telah Rosak”.
iv. Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak digunakan dan
berada di tempat yang selamat.
v. Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya dan
dibersihkan setelah digunakan.
vi. Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar bengkel kecuali dengan izin
penyelia.
vii. Laporkan segera kemalangan dan kerosakan kepada guru penyelia.
viii. Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam Buku Rekod Kemalangan.
ix. Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa.
x. Matikan semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
Keselamatan Diri
i. Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.
ii. Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel.
iii. Pakai pakaian yang sesuai seperti apron dan kemas serta kasut yang bertutup.
iv. Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau diikat
hujung tudung bagi mahasiswa perempuan.
v. Fahami dengan betul sebelum memulakan kerja dan mendapat bimbingan penyelia
sekiranya terdapat sebarang keraguan.
vi. Sentiasa mengamalkan sikap tolong-menolong dan berkerjasama antara ahli
kumpulan.
vii. Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja.
viii. Cuci tangan selepas bekerja.
Ciri-ciri bengkel yang selamat mesti mempunyai:
i. Poster keselamatan dipamer.
ii. Pelan laluan semasa kecemasan seperti kebakaran.
iii. Menyediakan peraturan bengkel.
iv. Peti kecemasan atau peti ubatan.
v. Alat pemadam api.
Jenis-jenis Alat Pemadan Api
Kelas Api Jenis Kebakaran Jenis Bahan Pemadam
A Benda-benda pepejal seperti plastik, kayu dan
lain-lain.
a. Tepung kering
b. Air
c. CO2
B Bahan cecair yang mudah terbakar seperti
petrol, diesel dan lain-lain.
a. Tepung kering
b. Buih
Jangan gunakan air
C Alat-alat elektrik a. Tepung kering
b. CO2
Jangan gunakan air
D Bahan pepejal atau kimia yang mudah terbakar a. Tepung kering
Jangan gunakan air
Peti Pertolongan Cemas
i. Peti pertolongan cemas hendaklah dipamer agar mudah dicapai dan diambil semasa
berlaku sesuatu kecemasan.
ii. Ianya perlu dikemaskini dan diperiksa selalu supaya apabila berlakunya kes
kecemasan, ia dapat digunakan dengan berkesan.
iii. Dalam peti pertolongan, hendaklah mempunyai alatan seperti berikut:
a. plaster - berbagai saiz dan bentuk
b. dreassing sterill - berbagai siaz
c. kapas
d. kain kasa sterill serta swab kasa
e. dressing khas untuk kes terbakar
f. bandage tiga segi
g. bandage crepe penggulung
h. pita lekat
i. pad mata
j. gunting hujung tumpul
k. penyepit
l. pin penyelamat
m. kertas tisu
n. losyen antiseptic
o. beberapa jenis ubat seperti panadol
dan pil-pil rawatan
Peralatan Menanda Dan Mengukur
NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01 Sesiku L
Penerangan
 Terdiri daripada bahagian lengan (bilah)
diperbuat daripada keluli yang tahan, manakala
bahagian badan diperbuat daripada kayu keras
atau keluli.
 Pada bahagian lengan ditanda dengan ukuran
metrik (cm) dan imperial (inch).
 Saiz ditentukan berdasarkan panjang lengannya
(bilah).
Kegunaan
 Digunakan untuk menguji kerataan permukaan
bahan kerja kayu.
 Menguji ketepatan atau kepersegian kayu.
 Untuk membuat garisan yang bersudut tepat.
02
Pembaris keluli
Penerangan
 Diperbuat daripada keluli tahan karat.
 Permukaannya mempunyai skala pengukuran
dalam unit imperial (inci) dan metric (cm).
 Mempunyai pelbagai saiz antara 150 mm hingga
1000mm.
Kegunaan
 Pembaris keluli digunakan untuk mengukur
jarak pada bahagian keja sebelum ditanda dan
membuat garisan yang lurus.
Pita pengukur
03 Penerangan
 Diperbuat daripada keluli atau plastik.
 Panjang pita pegukur biasanya mempunyai
panjang diantara 2.0 meter hingga ke 8.0 meter.
Kegunaan
 Untuk mengukur jarak pada bahagian kerja
untuk proses menanda atau memotong.
04 Pensil tukang
Penerangan
 Badan pensil ini diperbuat daripada kayu
manakala matanya daripada karbon hitam.
 Badan pensil ini lebih lebar dan tebal, matanya
berbentuk segi empat tepat.
 Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti
menanda dan merancang tanda.
Kegunaan
 Berfungsi untuk menanda permukaan bahan
kerja kayu dan merancang menanda.
05 Pisau Penanda
Penerangan
 Pisau penanda merupakan alatan tangan yang
diperbuat dariapa sejenis keluli yang khas
Kegunaan
 Untuk menanda garisan yang akan dipotong atau
untuk kerja membuat tangggam.
 Boleh digunakan untuk menajamkan mata
pensil.
06 Tolok serong
Penerangan
 Pada tolok pelaras,terdapat skru pelaras, badan,
dan bilah.
 Biasanya diperbuat daripada besi.
Kegunaan
 Untuk memindahkan sudut yang bukan 90º.
 Skru pelaras berfungsi untuk
melonggar/mengetat bilah untuk mengubah
sudutnya.
 Badan perlu sentiasa rapat dengan permukaan
kayu untuk mendapatkan sudut yang tepat.
07 Tolok Penanda
Penerangan
 Diperbuat daripada kayu
 Mempunyai paku untuk membuat garisan
 Untuk mendapatkan garisan tanda yang tepat,
pastikan:
 Skru tangan sentiasa diketatkan
 Paku/taji sentiasa tajam
 Muka tonggak sentiasa bersentuhan
dengan kayu menggunakannya.
Kegunaan
 Untuk membuat garisan yang lurus dan selari
pada sisi benda kerja
Peralatan Mengapit Dan Menyenggal
NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01 Apit G
Penerangan
 Bahagian pemidang diperbuat daripada besi
tuangan berbentuk G.
 Saiz Apit-G ditentukan oleh jarak bukaan
maksimum antara bahagian rahang apit-G.
Kegunaan
 Apit-G digunakan bersama-sama kayu kecil atau
reja kayu untuk melindungi permukaan benda
kerja yang diapit agar permukaan kayu tidak
rosak.
 Digunakan untuk mengapit bahagia kerja muka
ke muka, mengikat benda kerja sementara dan
sebagainya.
02 Ragum meja kerja kayu
Penerangan
 Diperbuat daripada besi tuangan dalam pelbagai
saiz dan bentuk.
 Dipasang pada sisi meja kayu.
Kegunaan
 Untuk mengapit dan menyangga bahagian kayu
semasa bahagian tersebut dikerjakan dengan
ketam, gergaji,gerudi dan sebagainya.
03 Apit panjang
Penerangan
 Dibuat daripada besi tuangan atau aluminium
dengan panjang 0.6m, 0.9m, 1.2m, 1.5m, dan
1.8m.
Kegunaan
 Untuk proses pemasangan tanggam, pemidang
pintu, tingkap, perabot, serta papan yang hendak
dicantum atau diglu.
04 Kakatua
Penerangan
 Bahagian-bahagianya terdiri daripada lengan,
rivet, rahang dan kuku.
 Saiznya diantara 125mm hingga 300mm.
Kegunaan
 Berfungsi untuk mencabut paku, memotong
dawai dan sebagainya.
Peralatan Mengetam Dan Memotong
ALATAN MENGETAM
Pada umumnya terdapat pelbagai jenis ketam tangan. Namun hanya beberapa yang ketam yang sering
digunakan dalam bengkel kerja kayu. Antaranya:
 Ketam kasar
 Ketam pelicin
 Ketam pangkas
 Ketam golek
NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01 Ketam kasar
Penerangan
 Diperbuat daripada kayu ataupun logam.
 Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu
diketam semula.
 Panjang ketam adalah diantara 355mm hingga 380mm.
Kegunaan
 Berfungsi untuk mengetam permukaan kayu secara kasar
kepada saiz yang dikehendaki dengan cepat.
02 Ketam pelicin
Penerangan
 Diperbuat daripada logam atau kayu
 Mempunyai panjang 203mm sehingga 228mm.
 Dilengkapi dengan mata keluli yang tajam selebar 37mm
hingga 62mm.
Kegunaan
 Digunakan untuk kerja mengetam permukaan kayu
sehingga licin.
 Mengetam kerja kayu sehingga kepada saiz yang lebih
tepat.
03 Ketam pangkas
Penerangan
 Bersaiz kecil
 Mempunyai panjang 170mm dan lebar 50mm
Kegunaan
 Untuk mengetam penghujung kayu secara melintang ira.
 Untuk membuat kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan
dengan ketam lain
 Untuk menyediakan kumai serong
04 Ketam golek
Penerangan
 Ketam golek ini diperbuat daripada logam
 Mempunyai mata lengkung ataupun mata lurus
bergantung kepada jenis kerja
Kegunaan
 Digunakan untuk mengetam tepi permukaan kayu kecil
yang cembong.
Alatan Memotong
Gergaji merupakan sejenis alatan tangan yang begitu sinonim dengan kerja memotong kayu.
Terdapat beberapa jenis gergaji dan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Berikut adalah cara-
cara menggunakan gergaji.
 Condongkan gergaji 45°daripada benda kerja apabila mengergaji belah.
 Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.
Cara mengerat dan membelah kayu
Sekiranya mata gergaji telah menjadi tumpul setelah satu tempoh penggunaan, mata gergaji tersebut
boleh diasah bagi mengembalikan semula ketajamannya. Hal ini bagi mengelakkan mata gergaji terus
menjadi tumpul dan rosak sekiranya terus digunakan. Malah, kerja menggergaji juga menjadi sukar
sekiranya mata gergaji tumpul. Tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian apabila proses
mengasah mata gergaji dijalankan adalah:
 Kelurusan bilah gergaji
 Bilah gergaji haruslah lurus, hal ini bagi memastikan proses menggergaji yang
dijalankan adalah lurus dan jumlah penggunaan tenaga dapat dikurangkan.
 Barisan mata gergaji
 Barisan mata gergaji haruslah dalam satu garisan yang lurus
 Ruang gerak
 Jika diperhatikan, semua mata gergaji bengkok, mempunyai sudut tertentu dari bilah
gergaji.
NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01 Gergaji puting
Penerangan
 Terdapat jalur logam pada bahagian atas bilah
gergaji untuk mengukuhkan bilah gergaji semasa
memotong.
 Mempunyai gigi kecil diantara 12 hingga 14 bilah
per 25mm
Kegunaan
 Untuk kerja-kerja membelah kayu untuk membuat
tanggam.
 Untuk memotong kayu yang besaiz kecil
02 Gergaji belah
Penerangan
 Mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata
pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat dengan
garis giginya. Bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah
bagi setiap 25mm.
 Terdapat dalam tiga saiz iaitu jenis kecil, jenis
sederhana, dan jenis besar
Kegunaan
 Digunakan khas untuk membelah kayu mengikut
atau selari dengan ira kayu atau urat hala
 Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan
kayu yang hendak dibelah.
03 Gergaji lengkung halus
Penerangan
 Mata gergaji sangat halus dipasang pada bingkai
logam yang tegap.
 Panjang bilah gergajinya ialah 150mm.
Kegunaan
 Untuk membuat lengkung yang sempit pada papan
nipis pada bahagian dalam dan luar.
04 Gergaji kerat
Penerangan
 Mempunyai panjang antara 550 mm – 700 mm.
 Jumlah bilangan giginya antara 5 hingga 9 batang
bagi setiap 25 mm.
 Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di
hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 700
-
800
kepada garisan giginya.
Kegunaan
 Digunakan khas untuk mengerat kayu secara
melintang ira kayu.
05 Pahat tepi serong
Penerangan
 Mata pahat adalalah serong pada bahagian tepinya
serta serongan itu adalah panjang dan nipis.
 Lebar mata: 3mm hingga 50mm
 Digunakan bersama gandin kayu
Kegunaan
 Untuk kerja meraut seperti mengemaskan tanggam
dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.
06 Pahat rata
Penerangan
 Mempunyai mata yang lebih tebal supaya tahan
diketuk dengan gandin semasa membuat lubang.
 Sudut canai = 25º
 Sudut menajam = 30º hingga 35º
Kegunaan
 Untuk membuat lubang atau kerja-kerja kasar
07
Pahat kuku peraut(serong dalam)
Penerangan
 Saiznya di anatara 3mm hingga 40mm
Kegunaan
 Untuk mendapatkan permukaan melengkung.
Peralatan Menukul Dan Pemutar
NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01 Tukul kuku kambing
Penerangan
 Terdapat kuku di kepalanya yang diperbuat daripada
keluli. Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya.
Biasanya diantara 260gm hingga 1.2kg.
 Saiz yang lazim digunakan ialah antara 0.5kg hingga
0.6kg.
Kegunaan
 Sesuai digunakan untuk kerja memaku.
 Kukunya berfungsi sebagai pencabut paku yang melekat
pada papan.
02 Tukul warrington
Penerangan
 Kepala tukul ini mempunyai bonggol dan belakangnya
berbentuk baji melintang.
 Saiz tukul warrington ditentukan mengikut nombor, 00
hingga 12.
Kegunaan
 Sesuai untuk kerja membuat perabot, pendawaian dan
kerja-kerja ringan.
 Fungsi bonggol: menukul paku kecil seperti paku pane,
menekan kayu hiasan semasa diglu, menegtuk paku di
bahagian tepi perabot yang sempit.
03 Gandin kayu
Penerangan
 Kepala dan badan gandin diperbuat daripada kayu
Kegunaan
 Digunakan untuk menukul pahat dan mengetatkan
pemasangan tanggam kayu.
04 Pemutar skru
Penerangan
 Terdiri daripada jenis biasa dan bergear
 Matanya diperbuat daripa keluli aloi
 Bentuk mata adalah berbentuk kepala alur atau Philips
 Mempunyai panjang antara 75mm hingga 300mm
Kegunaan
 Untuk memasang dan menanggalkan skru
05 Pembenam paku
Penerangan
 Diperbuat daripada keluli, matanya terdapat dalam dua
bentuk iaitu bulat dan persegi
Kegunaan
 Digunakan bersama tukul besi untuk membenamkan
kepala paku supaya terbenam ke dalam kayu dan
lubangnya ditampal dengan denpul.
06 Gerudi tangan
Penerangan
 Terdiri daripada jenis bergear yang lebih ringan dan jenis
gear sala(engkol).
 Matanya dihasilkan dalam beberapa jenis antara
lazimnya mata paku, mata pulas, mata tengah dan
pelbagai lagi.
Kegunaan
 Untuk kerja melubang supaya memudahkan kerja
memaku akan untuk memasang skru.
ALAT MEMBENTUK DAN MENAJAM
NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01
Kikir pipih tirus
Penerangan
 Gigi kikir dipotong bersilang intan dan terdapat gigi
Lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya
berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya
berbentuk tirus.
 Gigi kikir memainkan peranan kepada pengkelasan gred
iaitu: sederhana, kasar, halus, sangat halus
Kegunaan
 Digunakan dalam kerja-kerja am melibatkan berbagai-
bagai jenis kerja yang berlainan.
02
Kikir pipih kasar
Penerangan
 Terdiri dariapada gred kasar hingga sangat halus
 Salah satu daripada tepi kikir ini tiada gigi, ia digelar
“tepi selamat”. “Tepi selamat” digunakan semasa
mengikir tepi pepenjuru dalam
Kegunaan
 Untuk kerja-kerja penyudahan rata
03 Kikir bulat
Penerangan
 Juga dikenali sebagai kikir ekor tikus
 Digredkan dari kasar hingga sangat halus
 Giginya lurus dan bersilang
Kegunaan
 Untuk membesarkan lubang bulat dan melengkung.
Alat Dan Bahan Penyudah
Bahan projek itu masih dianggap belum sempurna sekiranya belum dilakukan penyudah dan klemasan
keatasnya. Kaedah kemasan yang betul akan menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja
kayu tersebut. Antara dalam melakukan kerja kemasan adalah :
 Merawat permukaan kayu dengan menyapu serbuk penyumbat/ filler powder
 Menggosok dan melelas permukaan kayu dengan kertas pelelas
 Memilih cat dan kemasan yang sesuai
 Memilih untuk menggunakan berus atau semburan pada bahan projek
 Menyapu kemasan dengan teknik yang betu, pada cuaca yang sesuai
Setelah langkah kemasan dilakukan keatas bahankerja kayu itu, pandangan keatas bahan kerja itu
akan lebih kemas dan cantik. Kesan calar atau cacat pada permukaan kayu juga dapat dihilangkan
atau disembunyikan. Bahan projek tadi juga akan lebih lama hayat penggunaannya.
Pemilihan cat merupakan perkara yang penting. Cat merupakan bahan kemasan jenis cecair yang
digunakan dalam projek kerja kayu untuk member lapisan perlindungan kepada bahan kayu, besi,
lepa, konkrit dan lain.
Berikut adalah pengelesan cat mengikut kesesuaian bahan kerja :
BAHAN KERJA JENIS CAT
Kayu
Cat minyak
Syelek
Sampan
Lekar
Lilin(wax)
Lekar palstik
Venir
Keluli
Cat minyak
Cat bitumen
Lekar
Lepa simen/gypsum
Cat distemper
Cat air/emulsi
Cat minyak
Berikut adalah jenis bahan peyudah dan kemasan dalam projek kayu :
NO BAHAN KEMASAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN
01
Kerja menyumbat kecacatan kayu
 Dilakukan untuk menutup lubang dan celahan kecil
pada permukaan kayu
 Bahan yang biasa digunakan :
 Serbuk penyumbat/ kapur paris
 wood polyfilla
 Dilakukan sebelum kerja menggosok behan projek
 Biasanya digosok melintuang urat kayu
02
Kertas pelelas
 Digunakan untuk melicinkan permukaan kayu
 Grednya ditentukan seperti 00,0,1,2,3. Gred 0 dan 00
adalah paling halus manakala gred 1,2,3 adalah kasar
 Terdapat dua jenis kertas pelelas/pasir :
 jenis kalis air : untuk kerja logam
 jenis tidak kalis air : untuk kerja kayu
 Diperbuat daripada silicon karbida dan aluminium
oksida
Cara penggunaan
 Kertas pelelas digunakan bersama bongkah kayu
bertujuan untuk mendapatkan kerataan semasa
menggosok
 Kerja melelas dan melicinkan dimulakan dengan gred
kasar terlebih dahulu dan diikuti dengan gred yang halus
pada penyudahnya.
03 Cat
Cara mengecat
Setelah memilih bahan untuk mengecat yang sesuai berdasarkan
bahan kerja, kerja mengecat bolehlah dilakukan.
 Perkara yang ditikbertakan dalam melakukan kerja
mengecat adalah seperti:
 bahan mengecat
 cuaca
 cara/teknik mengecat
 lapisan cat
 Proses mengecat dilakukan dalam satu arah sahaja dan
mengikut arah ira kayu.
 Proses mengecat boleh dilakukan dengan mengecat
lapisan alas terlebih dahulu.
Hal ini bagi membina lapisan yang rata dan sekata
warnanya.
 Setelah lapisan alas kering, lapisan kemasan bolehlah
dicat diatas permukaan cat alas tadi.
Hal ini bagi member lapisan yang berkilat dan licin.
PROJEK KERJA BENGKEL KAYU
Pengenalan
Pada amali bengkel kayu, mahasiswa ditugaskan untuk menghasilkan projek kerja tangan berasaskan
kayu. Tempoh masa yang diberi untuk menyiapkan projek ini adalah selama empat minggu. Pelajar
diberi peluang untuk membuat reka bentuk sendiri dengan membuat lakaran lukisan projek.
Berdasarkan lukisan tersebut, pelajar akan melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang terdapat
pada lukisan tersebut.
Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah seperti:
 Mengukur dan menanda
 Memotong dan mengikir
 Kerja kemasan
Berikut adalah lukisan projek yang dipilih:
LANGKAH – LANGKAH KERJA
1. Pemilihan bahan
• Bahan yang digunakan dipilih agar tidak menimbulkan masalah dalam kerja- kerja
yang dilakukan
• Jenis kayu juga dipilh agar kayu yang dipilih sesuai dengan jenis kerja yang akan
dilakukan.
• Kayu dipotong sebanyak 40cm panjang dengan menggunakan gergaji kerat.
2. Melakar
• Lakaran kasar dibuat pada kertas terlebih dahulu.
• Setelah lakaran kasar dibuat, lakaran tersebut diusulkan kepada pensyarah. Setelah
dipersetujui oleh pensyarah, lakaran sebenar dibuat pada permukaan kayu/ atau
papan yang telah diberikan.
3. Memotong dan mengukur ikut bentuk
• Setelah lakaran dibuat pada permukaan kayu, kayu dipotong mengikut bentuk yang
telah dilakar.
• Mengukur pada kayu yang hendak dipotong
• Bagi pemotongan lurus, gergaji putting digunakan, manakala bagi pemotongan
yang melengkung gergaji lengkung halus digunakan.
• Hasil pemotongan boleh dilihat pada gambarajah di bawah :
• Bahagian tepi kayu yang telah dipotong boleh diratakan dengan menggunakan
ketam pelicin atau menggunakan kikir rata
4. Membuat Kemasan
• Setelah kayu siap dipotong, permukaan kayu dilicinkan dengan kertas las.
• Kertas las digosok mengikut ira kayu.
• Setelah menggosok dengan menggunakan kertas las, mesin pelelas mudahalih
digunakan untuk menambahkan lagi kelicinan permukaan kayu.
• Selain mesin pelelas mudahalih digunakan, mesin pelelas desk and belt sender boleh
digunakan. Namun semasa penggunaannya, keselamatan perlu diutamakan agar tidak
berlaku kemalangan.
• Setelah permukaan kayu dilicinkan, tepung punyumbat digunakan untuk menutup
rongga – ronga yang terdapat pada permukaan kayu.
• Setelah rongga – rongga kayu disapu dengan tepung penyumbat, permukaan kayu
yang ditampal itu digosokkan dengan menggunakan kertas las atau mesin pelelas
untuk melicinkan permukaan yang ditampal tadi.
• Kertas las yang terpakai digunakan untuk menggosokkan permukaan kayu yang
ditampal dengan tepung penyumbat.
• Setelah licin permukaan kayu tersebut, kayu tersebut boleh disapu dengan bahan
penyudah iaitu syelek.
• Syelek disapu mengikut ira kayu
• Setelah siap, kayu dibiarkan kering seketika sebelum disapu dengan bahan penyudah
yang lain. Kayu dijemur dikawasan yang sesuai ( tidak dijemur dikawasan yang
terlalu panas )
• Berus syelek yang telah siap digunakan pelu dicuci dengan menggunakan thinner.
• Setelah sapuan syelek kering, lilin atau wax disapu pada permukaan kayu.
• Lilin disapu dengan menggunakan kain.
• Setelah siap, skru dipasang pada kayu. Hasilnya seperti gambarajah dibawah.
Kesimpulan
Projek bengkel kayu kali ini mengambil masa empat minggu untuk disiapkan. Pelbagai
kaedah telah digunakan untuk menjayakan projek kayu ini. Keadah ini bermula dari mentafsir
lukisan projek, mengukur, menanda, memotong serta mengikir, memaku dan yang terakhir
adalah kerja kemasan.
Pelbagai alatan tangan digunakan dalam penghasilan projek ini. Kesan daripada ini, pelajar
mengetahui tentang alatan tangan yang digunakan dalam bengkel amalan kerja kayu. Selain
daripada itu, fungsi alatan serta teknik penggunaan/pengendalian yang betul juga diperolehi
oleh para pelajar. Hal ini kerana, selain menyiapkan projek, pelajar juga ditugaskan untuk
menyiapkan folio tentang begkel amalan kerja kayu.
Segala teknik dan pengetahuan yang diperoleh dari projek bengkel gegas kali ini diharapakan
dapat dimanfaatkan sebaiknya.
RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/92389351/LAPORAN-KERJA-KAYU-1#scribd
http://www.slideshare.net/IlyanieHasan/alatan-tangandalamkerjakayu
http://kentangsmada.blogspot.my/2014/11/laporan-bengkel-kayu.html
http://nurain5294.blogspot.my/2012/08/bengkel-kayu.html
http://akutensionla.blogspot.my/2012/04/jenis-alatan-tangan-dan-fungsinya.html
http://documents.tips/documents/kerja-kayu.html

Contenu connexe

Tendances

Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukanganLaporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangansppj1415
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanVerard Jose
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tanganhasnul73
 
Report kerja kayu
Report kerja kayuReport kerja kayu
Report kerja kayusppj1415
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larikAsyraf Iqbal
 
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuAlatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuIlyanie Hasan
 
Preventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide showPreventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide showhannaleyanna
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektroniksaifuladlihjyusoff
 
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPuteri Zaharah
 
soldering @ pematerian
soldering @ pemateriansoldering @ pematerian
soldering @ pematerianfadhilibrahim
 
Workshop equipment
Workshop equipmentWorkshop equipment
Workshop equipmenthapizaf
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikirainkamis
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik090080
 
penyelenggaraan
penyelenggaraan penyelenggaraan
penyelenggaraan Jius Musz
 
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalanMtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalannurulfatiha1985
 
Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaRaz Garai
 

Tendances (20)

Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukanganLaporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
Laporan bengkel kerja gegas-asas ketukangan
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraan
 
Bab 2 alat alat tangan
Bab 2 alat   alat tanganBab 2 alat   alat tangan
Bab 2 alat alat tangan
 
Report kerja kayu
Report kerja kayuReport kerja kayu
Report kerja kayu
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
 
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuAlatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
 
Preventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide showPreventive maintenance slide show
Preventive maintenance slide show
 
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronikE4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
E4120 penyelenggaraan & baik pulih alat elektronik
 
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALAPEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
PEMAHAMAN LUKISAN ARKITEK, PELAN SUSUNATUR, DAN SKALA
 
soldering @ pematerian
soldering @ pemateriansoldering @ pematerian
soldering @ pematerian
 
Workshop equipment
Workshop equipmentWorkshop equipment
Workshop equipment
 
Hidraulik
HidraulikHidraulik
Hidraulik
 
oxy-acetylene welding
oxy-acetylene weldingoxy-acetylene welding
oxy-acetylene welding
 
Sand casting
Sand castingSand casting
Sand casting
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikir
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
penyelenggaraan
penyelenggaraan penyelenggaraan
penyelenggaraan
 
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalanMtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
Mtk 204 jenis kecacatan dalam kimpalan
 
Jenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinyaJenis alatan tangan dan fungsinya
Jenis alatan tangan dan fungsinya
 

Similaire à Report kayu keyong

Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayusppj1415
 
Folio report kayu
Folio report kayuFolio report kayu
Folio report kayusppj1415
 
Laporan gegas
Laporan gegasLaporan gegas
Laporan gegassppj1415
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logamsppj1415
 
Repot penuh bengkel amirudin-
Repot penuh bengkel  amirudin-Repot penuh bengkel  amirudin-
Repot penuh bengkel amirudin-sppj1415
 
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1Fidel Utama
 
1245 p1-spk-teknik pengecoran logam
1245 p1-spk-teknik pengecoran logam1245 p1-spk-teknik pengecoran logam
1245 p1-spk-teknik pengecoran logamWinarto Winartoap
 
Makalah teknik kerja bangku dan pelat
Makalah teknik kerja bangku dan pelatMakalah teknik kerja bangku dan pelat
Makalah teknik kerja bangku dan pelatMask Black
 
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptxSARSVATHYAPTERPARISA
 
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknikKd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknikSILVIANAWANDAFENTIA1
 
Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan
Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatanLaporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan
Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatanSherly Jewinly
 
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbmMOHAMMAD YASIN, M.Pd
 
PRAKTEK LAPORAN PIPA
PRAKTEK LAPORAN PIPAPRAKTEK LAPORAN PIPA
PRAKTEK LAPORAN PIPAAlfin Alfin
 
3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu
3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu
3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayuMOHAMMAD YASIN, M.Pd
 
contoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangkucontoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangkuriska agnitias
 
Kerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku Taman
Kerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku TamanKerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku Taman
Kerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku TamanReski Aprilia
 

Similaire à Report kayu keyong (20)

Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
 
Folio report kayu
Folio report kayuFolio report kayu
Folio report kayu
 
Laporan gegas
Laporan gegasLaporan gegas
Laporan gegas
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logam
 
Asal
AsalAsal
Asal
 
Repot penuh bengkel amirudin-
Repot penuh bengkel  amirudin-Repot penuh bengkel  amirudin-
Repot penuh bengkel amirudin-
 
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
Bab+ii+keg+pemebelajaran+1
 
1245 p1-spk-teknik pengecoran logam
1245 p1-spk-teknik pengecoran logam1245 p1-spk-teknik pengecoran logam
1245 p1-spk-teknik pengecoran logam
 
Makalah teknik kerja bangku dan pelat
Makalah teknik kerja bangku dan pelatMakalah teknik kerja bangku dan pelat
Makalah teknik kerja bangku dan pelat
 
Folio kit box 2
Folio kit box 2Folio kit box 2
Folio kit box 2
 
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
1. 0 RBTS3213 Pengurusan dan Keselamatan Bengkel.pptx
 
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknikKd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
 
Li Presentation
Li PresentationLi Presentation
Li Presentation
 
Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan
Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatanLaporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan
Laporan kerja kursus asas teknologi bahan dan pembuatan
 
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm4. kunci lks 5  membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
4. kunci lks 5 membuat bagian bagian komponen kuda-kuda kayu mpbm
 
PRAKTEK LAPORAN PIPA
PRAKTEK LAPORAN PIPAPRAKTEK LAPORAN PIPA
PRAKTEK LAPORAN PIPA
 
3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu
3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu
3. lks 3 penggalan 1 mpk standar keselamatan menggunakan mesinkayu
 
bengkel
bengkelbengkel
bengkel
 
contoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangkucontoh laporan praktik kerja bangku
contoh laporan praktik kerja bangku
 
Kerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku Taman
Kerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku TamanKerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku Taman
Kerja Kayu Perancah - Laporan Praktikum Membuat Bangku Taman
 

Dernier

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 

Dernier (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 

Report kayu keyong

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM JOHOR BHARU,JOHOR MALAYSIA. KOD DAN NAMA KURSUS ASAS KETUKANGAN (SPPE 1012) TAJUK PROJEK LAPORAN KERJA KAYU NAMA KEYONG LIAU A14PP3024 1SPPJ2 PENSYARAH DR. AMIRMUDIN UDIN TARIKH 18 OCTOBER 2015 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
  • 2. PENGHARGAAN 1 PENDAHULUAN 2 OBJEKTIF 2 PERATURAN DAN KESELAMATAN BENGKEL 2-4 PERALATAN MENANDA DAN MENGUKUR 5-7 PERALATAN MENGAPIT DAN MENYENGGAL 8-9 PERALATAN MENGETAM DAN MEMOTONG 10-15 PERALATAN MENUKUL DAN MEMUTAR 16-18 PERALATAN MEMBENTUK DAN MENAJAM 19-20 ALAT DAN BAHAN PENYUDAH 20-23 PROJEK KERJA BENGKEL KERJA 24-29 KESIMPULAN 30 RUJUKAN 31 Penghargaan
  • 3. Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan laporan kerja kayu dan juga menyempurnakan kerja kayu saya. Jutaan terima kasih juga diucapakan kepada pensyarah subjek Asas Pertukangan, Dr. Amirmudin Udin kerana telah memberikan bannyak ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, nasihat serta panduan dalam menyiapkan kerja kayu ini. Tanpa tunjuk ajar mereka, folio serta kerja kayu saya mungkin tidak akan lengkap. Begitu juga dengan pembantu-pembantu bengkel yang banyak membantu dari segi menyediakan alatan dan bahan serta membantu kami menyiapkan kerja kayu ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa sudi membantu dan bekerjasama sepanjang melaksanakan kerja kayu ini. Juga tidak kurang semasa menyediakan laporan kerja kayu ini rakan banyak membantu bertukar-tukar serta berkongsi maklumat untuk melengkapkan tugasan ini. Sesungguhnya pertolongan anda amatlah dihargai. Dorongan serta sokongn ibu bapa serta keluarga juga tidak saya lupa. Jutaan terima kasih diucapkan. Diharap melalui medium ini saya telah banyak menimba ilmu dari pensyarah hingga ke rakan-rakan. Dan terakhirnya, berbanyak terima kasih diucapkan kepada sesiapa sahaja yang telah membantu saya. Sesungguhnya jasa anda semua dibalas dengan kebaikan. Sekian, terima kasih. Pengenalan
  • 4. Amali bengkel kayu ini menekankan kepada kami mengenai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang Teknologi Kayu. Mahasiswa akan mendalami mengenai peralatan tangan bengkel kayu, prosedur keselamatan bengkel dan prosedur dalam penghasilan hasil kerja. secara tidak langsung, bengkel ini juga memupuk semangat bekerjasama dan berusaha dalam melakukan kerja-kerja kayu di dalam bengkel. Mahasiswa juga akan berpeluang mengaplikasikan kreativiti dan kemahiran bagi menghasilkan projek-projek kerja kayu yang dijalankan. Objektif • Mengenal beberapa alatan tangan dan mesin • Mempelajari bagaimana cara untuk memotong kayu dengan menggunakan mesin, alatan tangan dan cara memotong kayu mengikut bentuk yang dilakar. • Menguruskan penggunaan bahan dan peralatan dengan betul • Menggunakan alatan perlindungan diri seperti memakai ‘mask’ dan cermin mata keselamatan Peraturan Keselamatan Am Di bengkel i. Masuk bengkel dengan kebenaran penyelia bengkel. ii. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja agar mendapan pengudaraan dan pencahayaan yang maksimum. iii. Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat, “Jangan Gunakan Peralatan Yang Telah Rosak”. iv. Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak digunakan dan berada di tempat yang selamat. v. Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya dan dibersihkan setelah digunakan. vi. Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar bengkel kecuali dengan izin penyelia. vii. Laporkan segera kemalangan dan kerosakan kepada guru penyelia. viii. Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam Buku Rekod Kemalangan. ix. Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa. x. Matikan semua suis sebelum meninggalkan bengkel. Keselamatan Diri
  • 5. i. Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa. ii. Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel. iii. Pakai pakaian yang sesuai seperti apron dan kemas serta kasut yang bertutup. iv. Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau diikat hujung tudung bagi mahasiswa perempuan. v. Fahami dengan betul sebelum memulakan kerja dan mendapat bimbingan penyelia sekiranya terdapat sebarang keraguan. vi. Sentiasa mengamalkan sikap tolong-menolong dan berkerjasama antara ahli kumpulan. vii. Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja. viii. Cuci tangan selepas bekerja. Ciri-ciri bengkel yang selamat mesti mempunyai: i. Poster keselamatan dipamer. ii. Pelan laluan semasa kecemasan seperti kebakaran. iii. Menyediakan peraturan bengkel. iv. Peti kecemasan atau peti ubatan. v. Alat pemadam api. Jenis-jenis Alat Pemadan Api Kelas Api Jenis Kebakaran Jenis Bahan Pemadam A Benda-benda pepejal seperti plastik, kayu dan lain-lain. a. Tepung kering b. Air c. CO2 B Bahan cecair yang mudah terbakar seperti petrol, diesel dan lain-lain. a. Tepung kering b. Buih Jangan gunakan air C Alat-alat elektrik a. Tepung kering b. CO2 Jangan gunakan air D Bahan pepejal atau kimia yang mudah terbakar a. Tepung kering Jangan gunakan air Peti Pertolongan Cemas
  • 6. i. Peti pertolongan cemas hendaklah dipamer agar mudah dicapai dan diambil semasa berlaku sesuatu kecemasan. ii. Ianya perlu dikemaskini dan diperiksa selalu supaya apabila berlakunya kes kecemasan, ia dapat digunakan dengan berkesan. iii. Dalam peti pertolongan, hendaklah mempunyai alatan seperti berikut: a. plaster - berbagai saiz dan bentuk b. dreassing sterill - berbagai siaz c. kapas d. kain kasa sterill serta swab kasa e. dressing khas untuk kes terbakar f. bandage tiga segi g. bandage crepe penggulung h. pita lekat i. pad mata j. gunting hujung tumpul k. penyepit l. pin penyelamat m. kertas tisu n. losyen antiseptic o. beberapa jenis ubat seperti panadol dan pil-pil rawatan Peralatan Menanda Dan Mengukur
  • 7. NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Sesiku L Penerangan  Terdiri daripada bahagian lengan (bilah) diperbuat daripada keluli yang tahan, manakala bahagian badan diperbuat daripada kayu keras atau keluli.  Pada bahagian lengan ditanda dengan ukuran metrik (cm) dan imperial (inch).  Saiz ditentukan berdasarkan panjang lengannya (bilah). Kegunaan  Digunakan untuk menguji kerataan permukaan bahan kerja kayu.  Menguji ketepatan atau kepersegian kayu.  Untuk membuat garisan yang bersudut tepat. 02 Pembaris keluli Penerangan  Diperbuat daripada keluli tahan karat.  Permukaannya mempunyai skala pengukuran dalam unit imperial (inci) dan metric (cm).  Mempunyai pelbagai saiz antara 150 mm hingga 1000mm. Kegunaan  Pembaris keluli digunakan untuk mengukur jarak pada bahagian keja sebelum ditanda dan membuat garisan yang lurus. Pita pengukur
  • 8. 03 Penerangan  Diperbuat daripada keluli atau plastik.  Panjang pita pegukur biasanya mempunyai panjang diantara 2.0 meter hingga ke 8.0 meter. Kegunaan  Untuk mengukur jarak pada bahagian kerja untuk proses menanda atau memotong. 04 Pensil tukang Penerangan  Badan pensil ini diperbuat daripada kayu manakala matanya daripada karbon hitam.  Badan pensil ini lebih lebar dan tebal, matanya berbentuk segi empat tepat.  Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda. Kegunaan  Berfungsi untuk menanda permukaan bahan kerja kayu dan merancang menanda. 05 Pisau Penanda Penerangan  Pisau penanda merupakan alatan tangan yang diperbuat dariapa sejenis keluli yang khas Kegunaan  Untuk menanda garisan yang akan dipotong atau untuk kerja membuat tangggam.  Boleh digunakan untuk menajamkan mata pensil.
  • 9. 06 Tolok serong Penerangan  Pada tolok pelaras,terdapat skru pelaras, badan, dan bilah.  Biasanya diperbuat daripada besi. Kegunaan  Untuk memindahkan sudut yang bukan 90º.  Skru pelaras berfungsi untuk melonggar/mengetat bilah untuk mengubah sudutnya.  Badan perlu sentiasa rapat dengan permukaan kayu untuk mendapatkan sudut yang tepat. 07 Tolok Penanda Penerangan  Diperbuat daripada kayu  Mempunyai paku untuk membuat garisan  Untuk mendapatkan garisan tanda yang tepat, pastikan:  Skru tangan sentiasa diketatkan  Paku/taji sentiasa tajam  Muka tonggak sentiasa bersentuhan dengan kayu menggunakannya. Kegunaan  Untuk membuat garisan yang lurus dan selari pada sisi benda kerja
  • 10. Peralatan Mengapit Dan Menyenggal NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Apit G Penerangan  Bahagian pemidang diperbuat daripada besi tuangan berbentuk G.  Saiz Apit-G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang apit-G. Kegunaan  Apit-G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit agar permukaan kayu tidak rosak.  Digunakan untuk mengapit bahagia kerja muka ke muka, mengikat benda kerja sementara dan sebagainya. 02 Ragum meja kerja kayu Penerangan  Diperbuat daripada besi tuangan dalam pelbagai saiz dan bentuk.  Dipasang pada sisi meja kayu. Kegunaan  Untuk mengapit dan menyangga bahagian kayu semasa bahagian tersebut dikerjakan dengan ketam, gergaji,gerudi dan sebagainya. 03 Apit panjang
  • 11. Penerangan  Dibuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6m, 0.9m, 1.2m, 1.5m, dan 1.8m. Kegunaan  Untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabot, serta papan yang hendak dicantum atau diglu. 04 Kakatua Penerangan  Bahagian-bahagianya terdiri daripada lengan, rivet, rahang dan kuku.  Saiznya diantara 125mm hingga 300mm. Kegunaan  Berfungsi untuk mencabut paku, memotong dawai dan sebagainya. Peralatan Mengetam Dan Memotong
  • 12. ALATAN MENGETAM Pada umumnya terdapat pelbagai jenis ketam tangan. Namun hanya beberapa yang ketam yang sering digunakan dalam bengkel kerja kayu. Antaranya:  Ketam kasar  Ketam pelicin  Ketam pangkas  Ketam golek NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Ketam kasar Penerangan  Diperbuat daripada kayu ataupun logam.  Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula.  Panjang ketam adalah diantara 355mm hingga 380mm. Kegunaan  Berfungsi untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang dikehendaki dengan cepat. 02 Ketam pelicin Penerangan  Diperbuat daripada logam atau kayu  Mempunyai panjang 203mm sehingga 228mm.  Dilengkapi dengan mata keluli yang tajam selebar 37mm hingga 62mm. Kegunaan  Digunakan untuk kerja mengetam permukaan kayu sehingga licin.  Mengetam kerja kayu sehingga kepada saiz yang lebih tepat.
  • 13. 03 Ketam pangkas Penerangan  Bersaiz kecil  Mempunyai panjang 170mm dan lebar 50mm Kegunaan  Untuk mengetam penghujung kayu secara melintang ira.  Untuk membuat kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam lain  Untuk menyediakan kumai serong 04 Ketam golek Penerangan  Ketam golek ini diperbuat daripada logam  Mempunyai mata lengkung ataupun mata lurus bergantung kepada jenis kerja Kegunaan  Digunakan untuk mengetam tepi permukaan kayu kecil yang cembong.
  • 14. Alatan Memotong Gergaji merupakan sejenis alatan tangan yang begitu sinonim dengan kerja memotong kayu. Terdapat beberapa jenis gergaji dan setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri. Berikut adalah cara- cara menggunakan gergaji.  Condongkan gergaji 45°daripada benda kerja apabila mengergaji belah.  Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat. Cara mengerat dan membelah kayu Sekiranya mata gergaji telah menjadi tumpul setelah satu tempoh penggunaan, mata gergaji tersebut boleh diasah bagi mengembalikan semula ketajamannya. Hal ini bagi mengelakkan mata gergaji terus menjadi tumpul dan rosak sekiranya terus digunakan. Malah, kerja menggergaji juga menjadi sukar sekiranya mata gergaji tumpul. Tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian apabila proses mengasah mata gergaji dijalankan adalah:  Kelurusan bilah gergaji  Bilah gergaji haruslah lurus, hal ini bagi memastikan proses menggergaji yang dijalankan adalah lurus dan jumlah penggunaan tenaga dapat dikurangkan.  Barisan mata gergaji  Barisan mata gergaji haruslah dalam satu garisan yang lurus  Ruang gerak
  • 15.  Jika diperhatikan, semua mata gergaji bengkok, mempunyai sudut tertentu dari bilah gergaji. NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Gergaji puting Penerangan  Terdapat jalur logam pada bahagian atas bilah gergaji untuk mengukuhkan bilah gergaji semasa memotong.  Mempunyai gigi kecil diantara 12 hingga 14 bilah per 25mm Kegunaan  Untuk kerja-kerja membelah kayu untuk membuat tanggam.  Untuk memotong kayu yang besaiz kecil 02 Gergaji belah Penerangan  Mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat dengan garis giginya. Bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25mm.  Terdapat dalam tiga saiz iaitu jenis kecil, jenis sederhana, dan jenis besar Kegunaan  Digunakan khas untuk membelah kayu mengikut atau selari dengan ira kayu atau urat hala
  • 16.  Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah. 03 Gergaji lengkung halus Penerangan  Mata gergaji sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegap.  Panjang bilah gergajinya ialah 150mm. Kegunaan  Untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar. 04 Gergaji kerat Penerangan  Mempunyai panjang antara 550 mm – 700 mm.  Jumlah bilangan giginya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm.  Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 700 - 800 kepada garisan giginya. Kegunaan  Digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu. 05 Pahat tepi serong Penerangan  Mata pahat adalalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah panjang dan nipis.  Lebar mata: 3mm hingga 50mm  Digunakan bersama gandin kayu Kegunaan  Untuk kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.
  • 17. 06 Pahat rata Penerangan  Mempunyai mata yang lebih tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang.  Sudut canai = 25º  Sudut menajam = 30º hingga 35º Kegunaan  Untuk membuat lubang atau kerja-kerja kasar 07 Pahat kuku peraut(serong dalam) Penerangan  Saiznya di anatara 3mm hingga 40mm Kegunaan  Untuk mendapatkan permukaan melengkung.
  • 18. Peralatan Menukul Dan Pemutar NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Tukul kuku kambing Penerangan  Terdapat kuku di kepalanya yang diperbuat daripada keluli. Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya. Biasanya diantara 260gm hingga 1.2kg.  Saiz yang lazim digunakan ialah antara 0.5kg hingga 0.6kg. Kegunaan  Sesuai digunakan untuk kerja memaku.  Kukunya berfungsi sebagai pencabut paku yang melekat pada papan. 02 Tukul warrington Penerangan  Kepala tukul ini mempunyai bonggol dan belakangnya berbentuk baji melintang.  Saiz tukul warrington ditentukan mengikut nombor, 00 hingga 12. Kegunaan  Sesuai untuk kerja membuat perabot, pendawaian dan kerja-kerja ringan.  Fungsi bonggol: menukul paku kecil seperti paku pane, menekan kayu hiasan semasa diglu, menegtuk paku di bahagian tepi perabot yang sempit.
  • 19. 03 Gandin kayu Penerangan  Kepala dan badan gandin diperbuat daripada kayu Kegunaan  Digunakan untuk menukul pahat dan mengetatkan pemasangan tanggam kayu. 04 Pemutar skru Penerangan  Terdiri daripada jenis biasa dan bergear  Matanya diperbuat daripa keluli aloi  Bentuk mata adalah berbentuk kepala alur atau Philips  Mempunyai panjang antara 75mm hingga 300mm Kegunaan  Untuk memasang dan menanggalkan skru
  • 20. 05 Pembenam paku Penerangan  Diperbuat daripada keluli, matanya terdapat dalam dua bentuk iaitu bulat dan persegi Kegunaan  Digunakan bersama tukul besi untuk membenamkan kepala paku supaya terbenam ke dalam kayu dan lubangnya ditampal dengan denpul. 06 Gerudi tangan Penerangan  Terdiri daripada jenis bergear yang lebih ringan dan jenis gear sala(engkol).  Matanya dihasilkan dalam beberapa jenis antara lazimnya mata paku, mata pulas, mata tengah dan pelbagai lagi. Kegunaan  Untuk kerja melubang supaya memudahkan kerja memaku akan untuk memasang skru.
  • 21. ALAT MEMBENTUK DAN MENAJAM NO ALATAN TANGAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Kikir pipih tirus Penerangan  Gigi kikir dipotong bersilang intan dan terdapat gigi Lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus.  Gigi kikir memainkan peranan kepada pengkelasan gred iaitu: sederhana, kasar, halus, sangat halus Kegunaan  Digunakan dalam kerja-kerja am melibatkan berbagai- bagai jenis kerja yang berlainan. 02 Kikir pipih kasar Penerangan  Terdiri dariapada gred kasar hingga sangat halus  Salah satu daripada tepi kikir ini tiada gigi, ia digelar “tepi selamat”. “Tepi selamat” digunakan semasa mengikir tepi pepenjuru dalam Kegunaan  Untuk kerja-kerja penyudahan rata 03 Kikir bulat
  • 22. Penerangan  Juga dikenali sebagai kikir ekor tikus  Digredkan dari kasar hingga sangat halus  Giginya lurus dan bersilang Kegunaan  Untuk membesarkan lubang bulat dan melengkung. Alat Dan Bahan Penyudah Bahan projek itu masih dianggap belum sempurna sekiranya belum dilakukan penyudah dan klemasan keatasnya. Kaedah kemasan yang betul akan menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja kayu tersebut. Antara dalam melakukan kerja kemasan adalah :  Merawat permukaan kayu dengan menyapu serbuk penyumbat/ filler powder  Menggosok dan melelas permukaan kayu dengan kertas pelelas  Memilih cat dan kemasan yang sesuai  Memilih untuk menggunakan berus atau semburan pada bahan projek  Menyapu kemasan dengan teknik yang betu, pada cuaca yang sesuai Setelah langkah kemasan dilakukan keatas bahankerja kayu itu, pandangan keatas bahan kerja itu akan lebih kemas dan cantik. Kesan calar atau cacat pada permukaan kayu juga dapat dihilangkan atau disembunyikan. Bahan projek tadi juga akan lebih lama hayat penggunaannya. Pemilihan cat merupakan perkara yang penting. Cat merupakan bahan kemasan jenis cecair yang digunakan dalam projek kerja kayu untuk member lapisan perlindungan kepada bahan kayu, besi, lepa, konkrit dan lain. Berikut adalah pengelesan cat mengikut kesesuaian bahan kerja :
  • 23. BAHAN KERJA JENIS CAT Kayu Cat minyak Syelek Sampan Lekar Lilin(wax) Lekar palstik Venir Keluli Cat minyak Cat bitumen Lekar Lepa simen/gypsum Cat distemper Cat air/emulsi Cat minyak Berikut adalah jenis bahan peyudah dan kemasan dalam projek kayu :
  • 24. NO BAHAN KEMASAN PENERANGAN DAN KEGUNAAN 01 Kerja menyumbat kecacatan kayu  Dilakukan untuk menutup lubang dan celahan kecil pada permukaan kayu  Bahan yang biasa digunakan :  Serbuk penyumbat/ kapur paris  wood polyfilla  Dilakukan sebelum kerja menggosok behan projek  Biasanya digosok melintuang urat kayu 02 Kertas pelelas  Digunakan untuk melicinkan permukaan kayu  Grednya ditentukan seperti 00,0,1,2,3. Gred 0 dan 00 adalah paling halus manakala gred 1,2,3 adalah kasar  Terdapat dua jenis kertas pelelas/pasir :  jenis kalis air : untuk kerja logam  jenis tidak kalis air : untuk kerja kayu  Diperbuat daripada silicon karbida dan aluminium oksida Cara penggunaan  Kertas pelelas digunakan bersama bongkah kayu bertujuan untuk mendapatkan kerataan semasa menggosok
  • 25.  Kerja melelas dan melicinkan dimulakan dengan gred kasar terlebih dahulu dan diikuti dengan gred yang halus pada penyudahnya. 03 Cat Cara mengecat Setelah memilih bahan untuk mengecat yang sesuai berdasarkan bahan kerja, kerja mengecat bolehlah dilakukan.  Perkara yang ditikbertakan dalam melakukan kerja mengecat adalah seperti:  bahan mengecat  cuaca  cara/teknik mengecat  lapisan cat  Proses mengecat dilakukan dalam satu arah sahaja dan mengikut arah ira kayu.  Proses mengecat boleh dilakukan dengan mengecat lapisan alas terlebih dahulu. Hal ini bagi membina lapisan yang rata dan sekata warnanya.  Setelah lapisan alas kering, lapisan kemasan bolehlah dicat diatas permukaan cat alas tadi. Hal ini bagi member lapisan yang berkilat dan licin. PROJEK KERJA BENGKEL KAYU
  • 26. Pengenalan Pada amali bengkel kayu, mahasiswa ditugaskan untuk menghasilkan projek kerja tangan berasaskan kayu. Tempoh masa yang diberi untuk menyiapkan projek ini adalah selama empat minggu. Pelajar diberi peluang untuk membuat reka bentuk sendiri dengan membuat lakaran lukisan projek. Berdasarkan lukisan tersebut, pelajar akan melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang terdapat pada lukisan tersebut. Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah seperti:  Mengukur dan menanda  Memotong dan mengikir  Kerja kemasan Berikut adalah lukisan projek yang dipilih:
  • 27. LANGKAH – LANGKAH KERJA 1. Pemilihan bahan • Bahan yang digunakan dipilih agar tidak menimbulkan masalah dalam kerja- kerja yang dilakukan • Jenis kayu juga dipilh agar kayu yang dipilih sesuai dengan jenis kerja yang akan dilakukan. • Kayu dipotong sebanyak 40cm panjang dengan menggunakan gergaji kerat. 2. Melakar • Lakaran kasar dibuat pada kertas terlebih dahulu. • Setelah lakaran kasar dibuat, lakaran tersebut diusulkan kepada pensyarah. Setelah dipersetujui oleh pensyarah, lakaran sebenar dibuat pada permukaan kayu/ atau papan yang telah diberikan.
  • 28. 3. Memotong dan mengukur ikut bentuk • Setelah lakaran dibuat pada permukaan kayu, kayu dipotong mengikut bentuk yang telah dilakar. • Mengukur pada kayu yang hendak dipotong • Bagi pemotongan lurus, gergaji putting digunakan, manakala bagi pemotongan yang melengkung gergaji lengkung halus digunakan. • Hasil pemotongan boleh dilihat pada gambarajah di bawah : • Bahagian tepi kayu yang telah dipotong boleh diratakan dengan menggunakan ketam pelicin atau menggunakan kikir rata
  • 29. 4. Membuat Kemasan • Setelah kayu siap dipotong, permukaan kayu dilicinkan dengan kertas las. • Kertas las digosok mengikut ira kayu. • Setelah menggosok dengan menggunakan kertas las, mesin pelelas mudahalih digunakan untuk menambahkan lagi kelicinan permukaan kayu. • Selain mesin pelelas mudahalih digunakan, mesin pelelas desk and belt sender boleh digunakan. Namun semasa penggunaannya, keselamatan perlu diutamakan agar tidak berlaku kemalangan. • Setelah permukaan kayu dilicinkan, tepung punyumbat digunakan untuk menutup rongga – ronga yang terdapat pada permukaan kayu.
  • 30. • Setelah rongga – rongga kayu disapu dengan tepung penyumbat, permukaan kayu yang ditampal itu digosokkan dengan menggunakan kertas las atau mesin pelelas untuk melicinkan permukaan yang ditampal tadi. • Kertas las yang terpakai digunakan untuk menggosokkan permukaan kayu yang ditampal dengan tepung penyumbat. • Setelah licin permukaan kayu tersebut, kayu tersebut boleh disapu dengan bahan penyudah iaitu syelek. • Syelek disapu mengikut ira kayu
  • 31. • Setelah siap, kayu dibiarkan kering seketika sebelum disapu dengan bahan penyudah yang lain. Kayu dijemur dikawasan yang sesuai ( tidak dijemur dikawasan yang terlalu panas ) • Berus syelek yang telah siap digunakan pelu dicuci dengan menggunakan thinner. • Setelah sapuan syelek kering, lilin atau wax disapu pada permukaan kayu. • Lilin disapu dengan menggunakan kain. • Setelah siap, skru dipasang pada kayu. Hasilnya seperti gambarajah dibawah.
  • 32. Kesimpulan Projek bengkel kayu kali ini mengambil masa empat minggu untuk disiapkan. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk menjayakan projek kayu ini. Keadah ini bermula dari mentafsir lukisan projek, mengukur, menanda, memotong serta mengikir, memaku dan yang terakhir adalah kerja kemasan. Pelbagai alatan tangan digunakan dalam penghasilan projek ini. Kesan daripada ini, pelajar mengetahui tentang alatan tangan yang digunakan dalam bengkel amalan kerja kayu. Selain daripada itu, fungsi alatan serta teknik penggunaan/pengendalian yang betul juga diperolehi oleh para pelajar. Hal ini kerana, selain menyiapkan projek, pelajar juga ditugaskan untuk menyiapkan folio tentang begkel amalan kerja kayu. Segala teknik dan pengetahuan yang diperoleh dari projek bengkel gegas kali ini diharapakan dapat dimanfaatkan sebaiknya.