2. PENGENALAN
• Sistem Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan ini
dirancang untuk dibangunkan bagi
mengendalikan data penilaian aset tak alih
kerajaan iaitu bangunan dan tanah secara
sistematik dan tepat.
• Sistem ini akan diimplementasikan di Pejabat
Perbendaharaan Negeri Sembilan (PNNS) bagi
tujuan pengumpulan data bagi melaksanakan
Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri Sembilan
bermula tahun 2018.
3. LATARBELAKANG MASALAH
• PNNS dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Perakaunan Akruan Kerajaan
Negeri bermula 2018 bagi kerajaan Negeri Sembilan.
• Pengumpulan data nilaian aset tak alih bagi bangunan dan tanah milik kerajaan
negeri diperlukan bagi tujuan baki awal di dalam Penyata Kewangan berasaskan
perakaunan akruan.
• Masalah utama ialah tiada satu sistem atau pengurusan data aset tak alih yang
sistematik dan tersusun bagi mengurus dan mengawalselia data tersebut. Sistem
sedia ada adalah sistem MySPARTA yang dikawalselia oleh JKR yang lebih kepada
aset tak alih milik kerajaan persekutuan.
• Data berkenaan aset tak alih hanya boleh didapati secara hardcopy dan di dalam
fail-fail tertentu sahaja dan tiada penilaian semasa bagi aset tersebut.
• Sehingga sekarang, data bagi aset tak alih direkod secara manual/softcopy
menggunakan ms excel yang mana mengundang pelbagai masalah seperti data
tidak menjadi tepat apabila data dikemaskini.
4. PENYATAAN MASALAH
• Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Pengurusan
Aset Tak Alih Kerajaan Negeri yang sistematik dan
impaknya kepada pengurusan sesuatu organisasi?
• Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam Sistem
Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Negeri yang dapat
memudahkan pengurusan data aset?
• Apakah Sistem Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan
Negeri ini mampu mengatasi masalah-masalah utama
dan memberi faedah dalam organisasi?
5. OBJEKTIF KAJIAN
• Menganalisa pengurusan secara manual yang
untuk digantikan dengan sistem baru yang
lebih teratur dan sistematik.
• Merekabentuk sistem pengurusan aset tak
alih bagi membolehkan maklumat
disampaikan secara atas talian dengan lebih
cepat dan tepat.
• Membangunkan Sistem Pengurusan Aset Tak
Alih Kerajaan Negeri bagi kegunaan PNNS.
6. SKOP KAJIAN
• Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan
pengurusan urusetia PNNS dalam mengumpul
dan menguruskan data yang diperolehi untuk
diproses bagi mendapatkan penilaian semasa
aset bangunan dan tanah tersebut.
• Ianya melibatkan pelbagai pihak iaitu Lead PTJ
aset bangunan dan tanah, urusetia PNNS, Jabatan
Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dan Unit
Audit Dalam (UAD).
7. • Terdiri daripada 4 Modul
– Admin (PNNS)
– Pentadbir (PTJ)
– Penyelia (JPPH)
– Penyemak (UAD)
SKOP KAJIAN
8. KEPENTINGAN KAJIAN
• Mengoptimumkan masa kerja untuk proses
dapatan dan pengemaskinian rekod,
menghasilkan laporan penilaian yang tepat.
• Memudahkan pengurusan atasan mencapai
maklumat berkaitan aset bangunan dan tanah
semasa.
9. KAJIAN LITERASI
Kajian dan Analisis Masalah
• Menilai sistem sebelumnya dalam tiga aspek utama; mendaftarkan
data, mengemaskini data, dan memadam data.
• Kajian literasi dalam metodologi, strategi dan analisis projek perlu
dilakukan untuk lebih memahami pelaksanaan kajian projek.
• Adalah penting untuk mewujudkan prinsip-prinsip yang kukuh
terlebih dahulu sebelum merekabentuk dan membina sistem
dilaksanakan. Dalam pembinaan sistem, aspek-aspek penyelidikan
dilihat sebagai pelengkap dan wajib. Pandangan ini adalah
berdasarkan kepada premis bahawa fungsi penting di dalam sistem
adalah pengurusan data.
• Dokumen lepas projek sebelum ini boleh menjadi rujukan utama
untuk menggambarkan keperluan pengguna utama.
• Struktur dan fungsi bagi sistem akan direkabentuk dengan mengkaji
beberapa implikasi dalam kajian projek sebelumnya.
10. Kajian Terhadap
Penyelesaian
Teori Kajian Projek
• Pengurusan Data
Adalah untuk menyediakan e-borang dalam bentuk talian bagi pengurusan
dan penyimpanan data yang lebih cekap.
• Fungsi Pentadbir
Adalah sangat penting sebagai komponen lanjutan dalam sistem seperti
pengurusan data.
• Sistem Sandaran (Back-up)
Menyediakan perkhidmatan untuk memastikan pangkalan data akan
mempunyai salinan sandaran atau jika pangkalan data semasa mempunyai
masalah.
11. Cadangan Penyelesaian
• Menjadikan sistem yang sedia ada kepada sistem yang
berasaskan teknologi web dan boleh dicapai secara atas
talian.
• Sistem diletakkan pada web hosting. Teknologi ini
memungkinkan layanan anda 24 jam kerana didukung oleh
beberapa server komputer yang secara automatik akan
menggantikan tugas server komputer yang mengalami
kerosakan.
• Penyimpanan data serta maklumat pengguna yang lebih
selamat dan komprehensif sekiranya diletakkan pada web
hosting.
12. METODOLOGI
Pengenalan
• Untuk membangunkan sesuatu sistem, perancangan kerja yang
teratur dan teliti diperlukan.
• Sesuatu projek yang mempunyai perancangan kerja yang teratur
dapat memberikan panduan kepada pembangunan projek serta
memberikan kawalan semasa dalam pembangunannya.
• Pemilihan metodologi dan kaedah yang sesuai merupakan
elemen yang sangat penting dalam pembangunan sesuatu
sistem.
13. Fasa Pembangunan Sistem
1. Fasa Penyiasatan Awal
2. Fasa Analisa
3. Fasa Rekabentuk
4. Fasa Pembangunan
5. Fasa Implementasi
6. Fasa Penyelenggaraan
16. HASIL JANGKAAN
Setelah melaksanakan fasa-fasa dalam pembangunan perisian berdasarkan
metadologi yang dipilih, hasil yang diperoleh adalah seperti berikut :
• Sistem Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan Negeri sedang dibangunkan
berdasarkan kepada matlamat, skop dan objektif pembangunan projek.
• Dokumen Keperluan Perisian (SRS) memperincikan aspek keperluan
fungsian dan bukan fungsian serta menakrifkan semua istilah dan
kekangan sistem.
• Dokumen Rekabentuk Perisian (SDD) yang mendefinisikan rekabentuk
terperinci sistem.
• Jadual pengujian yang mana ianya menjelaskan kaedah dan teknik
pengujian yang dilaksanakan terhadap sistem.
• Rekabentuk antaramuka yang mana ianya menjelaskan rekabentuk
antaramuka sistem dalam bentuk algorithma.
• Sistem akhir yang dihasilkan iaitu Sistem Pengurusan Aset Tak Alih
Kerajaan
17. KESIMPULAN
Dengan terhasilnya Sistem Pengurusan Aset Tak
Alih Kerajaan ini dapat memudahkan
pengurusan data aset bangunan dan tanah
secara sistematik dan efisen. Selain dapat
meningkatkan produktiviti kerja semua yang
terlibat.