SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  10
Refleksi WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan
Dengan berasa bersyukurnya, saya dapat menerima kerja kursus subjek WAJ
3107 Seni dalam Pendidikan. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya
telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada
saya terutamanya dalam bidang kerja saya pada masa yang akan datang iaitu sebagai
seorang guru di sekolah rendah nanti. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya
adalah tentang sejarah boneka dan jenis-jenis boneka di negara kita. Selepas
menjalankan kerja kursus WAJ 3107 ini, saya telah memahami bahawa boneka berasal
daripada Portugis iaitu dengan perkataan “boneca”, merupakan sejenis mainan yang
dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh
fiksi. Boneka biasanya dikatakan merupakan salah satu mainan yang paling tua, kerana
pada zaman Yunani, Romawi atau Mesir, boneka sudah wujud. Namun fungsi, bentuk,
mahupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dengan sekarang.
Secara umumnya, boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kala
digunakan untuk fungsi-fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang
bersifat gaib ataupun misteri misalnya berupa upacara-upacara ritual keagamaan pada
zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali
boneka ditemukan pada makam-makam atau situs-situs sejarah mahupun prasejarah.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa boneka pada zaman 3000-2000 SM
terbuat dari tanah liat, tulang, dan juga patahan kayu atau potongan kain. Bentuknya
masih sangat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya di Yunani dan Romawi.
Setiap anak perempuan harus memiliki boneka, kemudian membuatkan bajunya, dan
wajib menyimpannya sampai menjelang pernikahan. Saat menjelang pernikahan,
boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis atau altar Diana untuk upacara keagamaan.
Di Mesir, boneka digunakan sebagai pengganti korban manusia. Pada zaman 600 SM,
mula ada boneka yang bajunya boleh diganti dan kaki serta tangannya boleh
digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman sebelumnya, adalah untuk
upacara ritual. Boneka juga merupakan gambaran humanis. Manakala pada masa abad
ke-5, iaitu abad pertengahan, bahan boneka mulai ada yang dari kayu. Fungsi ritual
boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di Meksiko, bonekanya banyak berwujud
keluarga suci dan digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian Hopi, boneka
menjadi bagian dalam upacara kesuburan bagi tujuan memohon supaya diberikan
kesuburan atau kemakmuran. Pada zaman sekarang pula, boneka-boneka di pasaran
kebanyakan terbuat dari plastik dan vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi
tetapi juga style. Contohnya Barbie yang muncul pada tahun 1959 diciptakan oleh Ruth
Handler. Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang
bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, ditata atau disisir sama seperti rambut
manusia. Fungsi boneka juga telah berbeza berbanding dengan zaman dulu, sekarang
boneka hanya sekadar mainan sahaja bagi kanak-kanak.
Saya juga telah mendapati bahawa di beberapa negara, boneka tidak hanya
dipajang atau dimainkan secara perorangan, tetapi dirayakan bersama. Misalnya di
Jepun yang meraikan perayaan yang bernama Hina Matsuri yang bermaksud “Festival
Boneka”. Hina Matsuri tersebut diadakan setiap tanggal 3 Maret dan sering dinamakan
festival anak perempuan. Pada tanggal itu, setiap keluarga yang memiliki anak gadis
memajang koleksi boneka mereka dan berdoa supaya anak gadis mereka boleh
tumbuh dewasa dan selaku diberi kegembiraan. Di India, terdapat festival boneka yang
bernama “Navaratri”. Perayaan itu diadakan selama 9 malam untuk menghormati para
dewi, Durga, Lakshmi, dan Saraswati. Selain daripada sejarah boneka, saya juga telah
mempelajari banyak jenis boneka yang terdapat di seluruh dunia. Antara boneka yang
paling diminati adalah boneka tongkat, boneka tangan, boneka wayang atau dinamakan
sebagai wayang kulit, dan juga boneka tali.
Semasa proses saya menjalankan kerja kursus saya tersebut, saya telah melalui
beberapa halangan untuk mencapai kejayaan. Halangan yang pertama saya temui
adalah semasa saya dan ahli kumpulan saya menerima kerja kursus ini di dalam kelas.
Kami berasa begitu risau dan bimbang kerana kami langsung tidak mempunyai idea
dan ilmu untuk menghasilkan boneka di mana ia merupakan salah satu hasil kerja
kursus. Pada masa tersebut, kami memang rasa gelisah kerana tarikh hantar kerja
kursus tersebut telah ditetapkan dan tidak lama daripada hari kami menerima kerja
kursus tersebut.
Selepas beberapa hari berbincang, kami pun berjumpa dengan pensyarah kami
untuk mendapatkan bimbingan daripada beliau. Dengan berasa bersyukurnya, selepas
kami berjumpa dengan pensyarah kami untuk mendapatkan bimbingan, kami telah
mempunyai idea dan konsep untuk menghasilkan boneka kami. Setelah proses undi
dijalankan di antara semua ahli kelas, maka kami telah pun dibahagikan dengan
menggunakan kaedah boneka tongkat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Selepas itu,
kami pun bermula untuk berbincang langkah-langkah untuk menghasilkan boneka
tongkat tersebut. Pada masa yang sama, kami diminta untuk memilih sebuah cerita
rakyat untuk menyesuaikan watak-watak di dalam cerita untuk menghasilkan boneka.
Boneka-boneka tersebut dihasilkan adalah untuk persembahan yang akan datang di
mana kami perlu memainkan boneka-boneka tersebut bersama dengan lirik muzik dan
pergerakan boneka.
Masalah seterus yang kami temui adalah semasa pemilihan cerita rakyat yang
sesuai untuk kerja kursus kami. Cerita rakyat yang kami pilih perlu sesuai untuk pelajar
sekolah rendah di mana cerita tersebut seharusnya tidak terlalu panjang dan tidak
terlalu pendek, dan cerita tersebut haruslah menarik dan terdapat banyak watak di
dalam cerita tersebut. Oleh sebab pengetahuan kami tentang cerita rakyat amat terhad,
jadi, kami pun menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat tentang cerita yang
sesuai untuk kerja kursus kami ini. Bak kata perpatah, “Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.” Setelah beberapa jam kami mencari cerita rakyat yang menarik, akhirnya
kami memperolehi beberapa cerita yang menarik dan boleh dijadikan cerita yang dapat
disembahkan dengan menggunakan boneka yang kami ingin hasilkan. Dengan
perasaan gembira, kami pun meminjam buku-buku cerita tersebut balik untuk membuat
pilihan yang terakhir. Setelah berbincang selama satu jam, kami pun membuat
keputusan untuk memilih cerita “Putera Katak” ini untuk menjadikan cerita pilihan kami
bagi persembahan pada masa hadapan nanti. Dengan bersyukurnya, kami berjaya
untuk mengatasi masalah pilihan cerita ini dengan cepat dan berkesan.
Semasa kami sedang membahagikan watak-watak di dalam cerita “Putera Katak”
tersebut, saya telah dibahagikan dengan watak puteri di dalam cerita tersebut.
Seterusnya, kami diminta untuk menghasilkan boneka tongkat masing-masing untuk
persembahan pada masa yang akan datang nanti. Pada mulanya, saya berasa kecewa
kerana mendapat watak yang begitu payah untuk dihasilkan kerana saya tidak
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan boneka tongkat.
Akan tetapi, saya tidak pernah berputus asa dengan mencari maklumat tentang cara
untuk menghasilkan boneka tongkat watak puteri dengan bersungguh-sungguh. Saya
telah puas mencari maklumat dan rakaman video di internet tentang cara untuk
menghasilkan boneka tongkat dan juga contoh-contoh boneka yang telah dihasilkan
dan sedang dijual di pasaran untuk mendapatkan idea saya yang tersendiri. Untuk
menghasilkan idea yang kreatif, saya telah mengambil gambar semua boneka yang
telah saya jumpai untuk membuat rujukan bagi menghasilkan boneka saya. Setelah
beberapa hari saya membuat kajian tentang boneka di pasaran dan di internet, saya
pun bermula untuk melakar boneka saya sendiri.
Kelemahan saya adalah melukis dan saya mengalami masalah yang paling rumit
sekali adalah semasa saya membuat lakaran boneka saya. Saya telah melukis
beberapa keping lakaran boneka saya tetapi masih tidak dapat menonjolkan idea yang
terdapat pada minda saya dengan sempurna. Akhirnya, saya pun berjumpa dengan
kawan saya yang mengambil opysen Seni untuk meminta tunjuk ajar tentang membuat
lakaran boneka tersebut. Selepas beliau memberi tunjuk ajar terhadap lakaran yang
saya patut hasilkan, saya pun bermula melakar mengikut cara tunjuk ajar beliau.
Walaupun saya gagal beberapa kali pada mulanya, tetapi saya telah berjaya
menghasilkan lakaran boneka yang saya inginkan pada minda saya dengan
sempurnanya. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kawan saya yang
banyak memberi tunjuk ajar terhadap lakaran boneka saya tersebut.
Setelah membuat lakaran, kami diminta untuk mencari bahan untuk
menghasilkan boneka masing-masing. Bagi saya, saya sudah mendapat idea untuk
memilih jenis kain yang mana untuk menghasilkan boneka tongkat saya. Akan tetapi,
pada masa tersebut, kami mengalami masalah kesuntukan duit untuk membelikan
bahan-bahan yang berkualiti dan cantik untuk menghasilkan boneka kami. Jadi, kami
pun membuat keputusan untuk membuat kajian tentang harga bahan-bahan yang
murah tetapi berkualiti dan cantik di pasaran selama satu hari. Setelah penat mengkaji,
kami telah pun memilih beberapa bahan yang murah dan tidak begitu teruk kualitinya
untuk menghasilkan boneka kami. Saya berasa bersyukur kerana dapat peluang untuk
menghasilkan boneka ini dalam kerja kursus ini kerana saya telah banyak mempelajari
kemahiran membuat kajian di pasaran semasa dalam masa yang suntuk dan dapat
memilih bahan yang terbaik untuk tujuan kami.
Dalam proses kami menghasilkan boneka masing-masing, kami telah mengalami
masalah kekurangan kemahiran untuk membuat jahitan atas boneka kami masing-
masing. Pada mulanya, kami berasa risau dan gelisah kerana antara ahli kumpulan
kami, terdapat beberapa orang tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk
menjahit dan menghasilkan boneka. Tetapi dengan berasa bersyukurnya, seorang
daripada ahli kumpulan kami mempunyai kemahiran menjahit dan beliau sudi untuk
menghulurkan bantuan terhadap kami semasa dalam proses menghasilkan boneka
masing-masing. Beliau menunjuk ajar cara untuk menghasilkan jahitan boneka langkah
demi langkah untuk memudahkan pemahaman kami. Walaupun antara kami terdapat
juga yang gagal untuk menghasilkan boneka yang cantik dan kemas, tetapi akhirnya
beliau membantu juga untuk membuat aturan dan hiasan terhadap boneka kami. Dalam
proses menghasilkan boneka ini, saya dapat merasai kepentingan sikap tolong-
menolong ini dalam kehidupan kami sebagai seorang manusia. Bak kata perpatah,
“Sikap budi akan dibalas dengan budi”, setiap orang manusia mesti akan mengalami
keadaan di mana kita memerlukan pertolongan orang lain, jadi, kita haruslah
menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan di sekeliling kita.
Dengan bersyukurnya, kami dapat juga menghasilkan boneka kami yang cantik dalam
masa yang begitu singkat dan pendek.
Selain daripada halangan dan pengetahuan telah saya pelajari, saya juga telah
menguasai beberapa kemahiran yang penting dan berfaedah untuk pekerjaan saya
sebagai seorang guru pada masa hadapan. Kemahiran yang pertama saya tuntut
melalui kerja kursus ini adalah kemahiran untuk mencari maklumat dari pelbagai
sumber. Sebelum bermulanya kerja kursus ini, kami mendapati bahawa sumber kami
tentang maklumat boneka adalah sangat sedikit. Kami telah mencuba sedaya upaya
untuk mencari maklumat yang lebih tentang tajuk kami. Bak kata perpatah “ Nak seribu
daya, tak nak seribu dalih”, sekiranya kita inginkan sesuatu, dengan usaha kita, kita
mesti akan dapat pada akhirnya. Akhirnya, kami mampu juga untuk mencari maklumat
yang secukupnya untuk menghasilkan boneka tongkat. Dalam proses ini, kami telah
mempelajari bahawa maklumat tidak hanya boleh didapati di pusat sumber, maka kita
juga boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada pasaran yang menjual boneka,
laman web yang mengajar cara untuk menghasilkan boneka dan juga buku-buku yang
menunjukkan cara untuk membuat boneka.
Selain itu, saya juga telah mempelajari beberapa cara menjahit terutamanya
dalam proses menghasilkan boneka tongkat saya. Sebelum ini, saya langsung tidak
mempunyai pengalaman untuk membuat jahitan. Dengan adanya kerja kursus ini, maka
saya dapat mencuba menjahit dengan menggunakan beberapa jahitan seperti jahitan
lilit tubi. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita seharusnya mempelajari
banyak kemahiran supaya kemahiran tersebut akan membantu kami pada masa yang
akan datang. Pada mulanya, saya tidak dapat menjahit dengan betul dan cantik, tetapi
rakan saya yang lebih pandai dan berkemahiran telah menghulurkan bantuan kepada
saya. Beliau telah mengajar saya cara untuk menghasilkan jahitan secara perlahan-
perlahan dan langkah demi langkah. Sekiranya saya telah melakukan kesalahan, maka
beliau telah membetulkan saya pada masa yang paling cepat. Akhirnya saya dapat juga
menghasilkan boneka saya sendiri dengan jahitan saya yang tersendiri. Pada pendapat
saya, saya rasa kemahiran menjahit ini amat berguna terutamanya bagi pekerjaan saya
sebagai seorang bakal guru prasekolah. Dengan adanya kemahiran menjahit ini, saya
dapat menghasilkan sebanyak boneka dengan kreativiti saya sendiri untuk
menghiburkan pengajaran saya di dalam kelas. Maka dengan ini, kanak-kanak akan
lebih tertarik dan pengajaran dan pembelajaran saya akan tercapai dengan lebih
berkesan.
Selain daripada itu, saya dan ahli kumpulan saya juga bekerjasama untuk
menyiapkan papan cerita untuk cerita putera kanak tersebut sebelum menghantar kerja
kursus kami. Sebelum bermula untuk menghasilkan papan cerita tersebut, kami telah
membuat perancangan yang teliti dan mendalam tentang cara untuk menghasilkan
papan tersebut. Pada permulaannya, kami bercadang ingin menghasilkan papan cerita
kami dengan mencari gambar daripada internet dan menghiaskannya lalu
menampalkan pada papan kami. Akan tetapi, kami mengalami sedikit kesusahan iaitu
pensyarah kami tidak mengizinkan kami untuk mencetak gambar yang telah kami cari
dari laman web tetapi beliau inginkan kami untuk menghasilkan papan cerita dengan
lukisan kami sendiri dan warnakan mereka. Pada masa tersebut, kami berasa gelisah
kerana antara kami, tiada sesiapa pun yang mahir dalam menghasilkan lukisan yang
cantik. Dengan ini, kami pun berusaha untuk meminta tunjuk ajar daripada rakan kami
yang mengambil major dalam pendidikan seni. Bersyukur kepada Tuhan, rakan-rakan
kami yang beropsyen pendidikan seni sanggup untuk mengajar kami untuk melukis
papan cerita kami. Dengan bimbingan rakan-rakan kami, kami mampu juga
menghasilkan lukisan yang agak memuaskan. Walaupun penat, tetapi kami semua
berasa bangga dan gembira kerana dapat peluang untuk melukis dengan sendiri. Pada
masa tersebut, kami barulah faham kemahuan dan kehendak pensyarah kami untuk
mengarahkan kami untuk melukis sendiri papan cerita tersebut. Beliau ingin kita semua
untuk mencuba dalam semua kerja dengan tangan kita sendiri. Selepas siap melukis,
kami pun bermula untuk mewarna papan cerita kami. Dalam proses menghasilkan
papan cerita ini, saya telah mempelajari bahawa sekiranya kita inginkan sesuatu, kita
akan mencari jalan untuk mendapatkannya tidak kira bagaimana. Sekiranya kita tidak
berputus asa, pada akhirnya kita akan mendapat apa yang kita inginkan.
Setelah siap papan cerita, kami pun bermula untuk menghasilkan latar belakang
bagi boneka kami. Sebelum bermula, kami berasa risau kerana tiada idea untuk
menghasilkan latar belakang yang kreatif dan berlainan. Dengan ini, kami pun mencari
idea dari internet, buku dan juga majalah yang terdapat di pusat sumber. Akhirnya, kami
bercadang untuk menghasilkan latar belakang dengan menggunakan mounting board
yang lebih keras dan besar. Untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif, kami telah
menggunakan beberapa jam untuk berbincang tentang bahan yang kami ingin
menampal pada latar belakang tersebut. Selepas puas kami berbincang, kami
bercadang untuk mewarnakan board tersebut dengan warna air dan bagi gambar-
gambar lain yang lebih kecil saiznya, kami bercadang untuk mencarikan gambar
daripada internet dan mencetakannya lalu menampalkannya pada mounting board
tersebut. Walaupun proses ini amat memakan masa, tetapi kami semua tetap berusaha
untuk menghasilkan latar belakang ini dengan sedaya upaya dan penuh semangat.
Akhirnya, kami telah pun menghasilkan satu latar belakang yang memuaskan dan
sesuai dengan boneka dan cerita kami yang bertajuk “Putera Katak”. Dalam proses ini,
saya telah mempelajari satu pengajaran yang penting iaitu, semangat dan tenaga yang
dihasilkan daripada sikap bekerjasama adalah kuat dan bertenaga untuk mengatasi apa
jua halangan yang kami alami. Dengan adanya kawan ataupun rakan sepejuangan
untuk bekerjasama, apa-apa sahaja kerja yang susah akan dapat kami siapkan juga.
Bagi saya, saya mengalami masalah yang paling sakit kepala terutamanya
dalam proses kami mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita kami semasa
mempersembahkan boneka kami. Seperti yang kami semua tahu, kesan bunyi ini
memainkan peranan yang amat penting terutamanya dalam persembahan boneka.
Sekiranya tiadanya kesan bunyi tersebut, maka persembahan boneka tersebut akan
menjadi bosan dan kering. Jadi, untuk menyempurnakan persembahan kami, kami
wajib mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita masing-masing. Pada mulanya,
kami telah berbincang bersama-sama apa kesan bunyi yang kami perlukan semasa
persembahan. Selepas itu, kami pun bermula untuk mencari kesan bunyi tersebut dari
internet. Oleh sebab saya tidak berapa mahir dalam menggunakan internet untuk
mencari bahan atau maklumat, jadi, saya mengalami halangan yang paling saya risau
dan gelisah. Saya langsung tidak mempunyai idea di manakan harus saya carikan
kesan bunyi tersebut. Dengan ini, saya membuat keputusan untuk bertanya kepada
kawan-kawan saya yang lebih mahir dalam menggunakan komputer terutamanya servis
internet. Akhirnya saya mampu juga mencari beberapa kesan bunyi yang saya inginkan
untuk membuat persembahan boneka kami. Bersyukur kepada Tuhan, kawan saya
tersebut juga telah menunjuk ajar kepada saya cara untuk memuat turun kesan bunyi
tersebut dari internet. Dalam proses kami mencari kesan bunyi ini, saya telah
mempelajari banyak kemahiran dan pengajaran yang penting. Bak kata perpatah,
“Segan tanya sesat jalan.” Itulah maksudnya sekiranya kita tidak mahir atau pandai
dalam sesuatu perkara, kita haruslah bertanya kepada mereka yang pakar atau lebih
pandai. Jika kita malu untuk bertanya, kita tidak mungkin akan mendapat apa yang kita
inginkan pada akhir nanti.
Dalam proses kami menghasilkan skrip bagi cerita kami, kami juga telah
mengalami beberapa halangan. Pada masa tersebut, kami tidak mempunyai idea yang
bagus untuk menghasilkan skrip yang sempurna bagi memaparkan cerita kami yang
bertajuk “Putera Katak”. Dengan itu, kami pun bermula untuk mencari bahan bacaan
kanak-kanak daripada pusat sumber untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif. Selain
itu, kami juga merujuk kepada sumber daripada internet untuk menjana idea yang lebih
canggih dan berkualiti. Akhirnya, kami bercadang untuk mengikut format yang kami
dapat daripada internet. Untuk menyempurnakan kerja kami, kami telah pun duduk
bersama untuk berbincang skrip kami dan menghasilkan skrip kami bersama-sama.
Oleh sebab tahap bahasa kami tidak begitu tinggi sehingga mampu menghasilkan
sesuatu produk yang tiada kesilapan, kami telah pun meminta bantuan daripada
beberapa kawan yang lebih mahir dalam bidang bahasa untuk menyemak semula skrip
kami untuk menunjukkan kesalahan yang kami perlu baiki. Dalam proses ini, saya telah
memahami bahawa setiap manusia mesti akan membuat kesilapan dan kesalahan,
yang penting, kita semua haruslan mengakui kesilapan kita dan cuba untuk
membaikinya. Kesalahan tidak memalukan tetapi sekiranya seseorang yang tidak
mengakui kesalahannya adalah sesuatu perkara yang amat memalukan. Hal ini penting
kerana, dalam proses kita mempelajari sesuatu, kesilapan dan kesalahan juga
merupakan salah satu proses belajar. Sekiranya tiadanya kesilapan, maka kita pun
tidak akan merasai perasaan berjaya pada akhir nanti.
Selain halangan dan dugaan yang telah kami alami semasa proses
menghasilkan kerja kursus Seni dalam Pendidikan tersebut, saya juga telah
mempelajari beberapa pengajaran yang penting dan amat berguna terutamanya dalam
profession perguruan saya pada masa yang akan datang. Yang pertama sekali adalah
tentang pengurusan masa dengan baik dan berkesan. Dalam proses kami
menghasilkan kerja kursus tersebut, kebanyakan masa kami menyiapkan kerja kami
dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan ini, kami tidak dapat menikmati setiap proses
yang kami lalui bersama. Pada pendapat saya, bagi sesuatu kerja kursus tersebut, tidak
sahaja hasil kerjanya adalah penting, tetapi proses kami semua ahli kumpulan
menghasilkan juga merupakan proses yang tidak dapat disisirkan. Dengan adanya
kerja kursus ini, persahabatan antara ahli kumpulan akan bertambah erat. Masing-
masing akan lebih memahami antara satu sama lain. Dengan ini, semangat
bekerjasama akan dapat dipupuk dan akhirnya kerja akan dapat disiapkan dengan lebih
cepat dan sempurna. Jadi, saya berpendapat bahawa kerja kursus seperti ini haruslah
kami menguruskan masa kami dengan lebih baik untuk memanfaatkannya. Sekiranya
kita gagal untuk menguruskan masa kita untuk menghasilkan kerja kursus kami, maka
kita tidak dapat menikmati manfaat yang sebenarnya dapat diperolehi daripada kerja
kursus tersebut.
Selain daripada pengurusan masa, perancangan yang strategik juga merupakan
langkah yang tidak boleh dilupai sebelum melaksanakan kerja yang seterusnya. Dalam
proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat perancangan yang
kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses saya menghasilkan kerja kursus
saya menjadi lambat dan tidak lancar. Pada pendapat saya, perancangan adalah amat
penting sebelum kita bermula untuk melaksanakan tugasan kita. Sekiranya kita tidak
dapat merancang dengan baik, maka kerja yang kita akan laksanakan akan menjadi
tidak tersusun dan akhirnya masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan
tersebut akan menjadi lebih panjang. Jadi, untuk menghasilkan satu tugasan yang
sempurna, kita mestilah merancang terlebih dahulu sebelum bergerak atau bermula.

Contenu connexe

Tendances

Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Kanageswary Karunamoothei
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
tanaipoh
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
share with me
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
Wany Hardy
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
dimidur
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Powerful Gurlz
 

Tendances (20)

Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 11  isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 11 isu dan cabaran penggunaan teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Nota ringkas pengurusan bilik darjah
Nota ringkas pengurusan bilik darjahNota ringkas pengurusan bilik darjah
Nota ringkas pengurusan bilik darjah
 
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul AzreenPengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
Pengurusan Grafik Pengurusan Bilik Darjah by Nurul Azreen
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 

En vedette

Refleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seniRefleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seni
eeiwee
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
Yong Yong Ong
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksi
Ipgkrm123
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
deera zahrin
 
Analisi swot complete
Analisi swot completeAnalisi swot complete
Analisi swot complete
Tham Mee
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
fitri norlida
 
Assignment seni
Assignment seniAssignment seni
Assignment seni
Amir Taib
 
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
Norazira Arifin
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Naniey Mahmud
 
Slaid contoh artikel mudah jahitan
Slaid contoh artikel mudah jahitanSlaid contoh artikel mudah jahitan
Slaid contoh artikel mudah jahitan
Suri Ju-it
 
104432657 refleksi
104432657 refleksi104432657 refleksi
104432657 refleksi
Na Shafrina
 

En vedette (20)

Refleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seniRefleksi makropengajaran pendidikan seni
Refleksi makropengajaran pendidikan seni
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
78661342 refleksi
78661342 refleksi78661342 refleksi
78661342 refleksi
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
Analisi swot complete
Analisi swot completeAnalisi swot complete
Analisi swot complete
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
Kepentingan Seni Dalam Pendidikan - Azrul & Hanif (IPGKSM)
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Kajian ringkas boneka
Kajian ringkas bonekaKajian ringkas boneka
Kajian ringkas boneka
 
Assignment seni
Assignment seniAssignment seni
Assignment seni
 
assigment psv
assigment psv assigment psv
assigment psv
 
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
 
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
 
Proposal sarung bantal kursi bermotif hias aceh
Proposal sarung bantal kursi bermotif hias acehProposal sarung bantal kursi bermotif hias aceh
Proposal sarung bantal kursi bermotif hias aceh
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
 
Slaid contoh artikel mudah jahitan
Slaid contoh artikel mudah jahitanSlaid contoh artikel mudah jahitan
Slaid contoh artikel mudah jahitan
 
Borang kolaborasi
Borang kolaborasiBorang kolaborasi
Borang kolaborasi
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocx
 
104432657 refleksi
104432657 refleksi104432657 refleksi
104432657 refleksi
 

Similaire à Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan

Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolah
eela5346
 
CAKRAWALA PENGETAHUAN DASAR
CAKRAWALA PENGETAHUAN DASARCAKRAWALA PENGETAHUAN DASAR
CAKRAWALA PENGETAHUAN DASAR
Indah Purwandani
 
Warna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptx
Warna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptxWarna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptx
Warna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptx
SitiSaidah23
 
Slaid ppt g improvisasi
Slaid ppt g    improvisasiSlaid ppt g    improvisasi
Slaid ppt g improvisasi
Tie Roland
 

Similaire à Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan (20)

Templet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauziTemplet hbae2203 fauzi
Templet hbae2203 fauzi
 
Hbae 2203
Hbae 2203Hbae 2203
Hbae 2203
 
Pp boneka1
Pp boneka1Pp boneka1
Pp boneka1
 
Jenis jenis boneka
Jenis jenis bonekaJenis jenis boneka
Jenis jenis boneka
 
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdfModul Projek  - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
Modul Projek - Permainan Tradisional Indonesia - Fase Fondasi.pdf
 
Boneka prasekolah
Boneka prasekolahBoneka prasekolah
Boneka prasekolah
 
SENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHSENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAH
 
Pp paguneman x
Pp paguneman xPp paguneman x
Pp paguneman x
 
CAKRAWALA PENGETAHUAN DASAR
CAKRAWALA PENGETAHUAN DASARCAKRAWALA PENGETAHUAN DASAR
CAKRAWALA PENGETAHUAN DASAR
 
Warna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptx
Warna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptxWarna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptx
Warna-warni Ditulis Tangan Tentang Saya Kosong Pendidikan Presentasi.pptx
 
Perahu Kertas [Ali D. Nobilem]
Perahu Kertas [Ali D. Nobilem]Perahu Kertas [Ali D. Nobilem]
Perahu Kertas [Ali D. Nobilem]
 
Menggunakan Buku Ayu Si Rama Rama
Menggunakan Buku Ayu Si Rama RamaMenggunakan Buku Ayu Si Rama Rama
Menggunakan Buku Ayu Si Rama Rama
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA - Cerita fantasi.docx
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA - Cerita fantasi.docxMODUL AJAR BAHASA INDONESIA - Cerita fantasi.docx
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA - Cerita fantasi.docx
 
86494264 boneka
86494264 boneka86494264 boneka
86494264 boneka
 
Pengenalan boneka
Pengenalan bonekaPengenalan boneka
Pengenalan boneka
 
Slaid ppt g improvisasi
Slaid ppt g    improvisasiSlaid ppt g    improvisasi
Slaid ppt g improvisasi
 
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.pptsastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
sastra dan bahasa indonesia modul 9.ppt
 
Refleksi mape
Refleksi mapeRefleksi mape
Refleksi mape
 
Rph anyaman
Rph  anyaman Rph  anyaman
Rph anyaman
 
Ide Cerpen.pptx
Ide Cerpen.pptxIde Cerpen.pptx
Ide Cerpen.pptx
 

Dernier

mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Dernier (20)

Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 

Refleksi waj 3107 seni dalam pendidikan

  • 1. Refleksi WAJ 3107 Seni Dalam Pendidikan Dengan berasa bersyukurnya, saya dapat menerima kerja kursus subjek WAJ 3107 Seni dalam Pendidikan. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang betapa penting kepada saya terutamanya dalam bidang kerja saya pada masa yang akan datang iaitu sebagai seorang guru di sekolah rendah nanti. Pengetahuan yang paling bernilai bagi saya adalah tentang sejarah boneka dan jenis-jenis boneka di negara kita. Selepas menjalankan kerja kursus WAJ 3107 ini, saya telah memahami bahawa boneka berasal daripada Portugis iaitu dengan perkataan “boneca”, merupakan sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka biasanya dikatakan merupakan salah satu mainan yang paling tua, kerana pada zaman Yunani, Romawi atau Mesir, boneka sudah wujud. Namun fungsi, bentuk, mahupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dengan sekarang. Secara umumnya, boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kala digunakan untuk fungsi-fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun misteri misalnya berupa upacara-upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam atau situs-situs sejarah mahupun prasejarah. Selain itu, saya juga mendapati bahawa boneka pada zaman 3000-2000 SM terbuat dari tanah liat, tulang, dan juga patahan kayu atau potongan kain. Bentuknya masih sangat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya di Yunani dan Romawi. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka, kemudian membuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya sampai menjelang pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis atau altar Diana untuk upacara keagamaan. Di Mesir, boneka digunakan sebagai pengganti korban manusia. Pada zaman 600 SM, mula ada boneka yang bajunya boleh diganti dan kaki serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama seperti pada zaman sebelumnya, adalah untuk upacara ritual. Boneka juga merupakan gambaran humanis. Manakala pada masa abad ke-5, iaitu abad pertengahan, bahan boneka mulai ada yang dari kayu. Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di Meksiko, bonekanya banyak berwujud
  • 2. keluarga suci dan digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian Hopi, boneka menjadi bagian dalam upacara kesuburan bagi tujuan memohon supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran. Pada zaman sekarang pula, boneka-boneka di pasaran kebanyakan terbuat dari plastik dan vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style. Contohnya Barbie yang muncul pada tahun 1959 diciptakan oleh Ruth Handler. Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, ditata atau disisir sama seperti rambut manusia. Fungsi boneka juga telah berbeza berbanding dengan zaman dulu, sekarang boneka hanya sekadar mainan sahaja bagi kanak-kanak. Saya juga telah mendapati bahawa di beberapa negara, boneka tidak hanya dipajang atau dimainkan secara perorangan, tetapi dirayakan bersama. Misalnya di Jepun yang meraikan perayaan yang bernama Hina Matsuri yang bermaksud “Festival Boneka”. Hina Matsuri tersebut diadakan setiap tanggal 3 Maret dan sering dinamakan festival anak perempuan. Pada tanggal itu, setiap keluarga yang memiliki anak gadis memajang koleksi boneka mereka dan berdoa supaya anak gadis mereka boleh tumbuh dewasa dan selaku diberi kegembiraan. Di India, terdapat festival boneka yang bernama “Navaratri”. Perayaan itu diadakan selama 9 malam untuk menghormati para dewi, Durga, Lakshmi, dan Saraswati. Selain daripada sejarah boneka, saya juga telah mempelajari banyak jenis boneka yang terdapat di seluruh dunia. Antara boneka yang paling diminati adalah boneka tongkat, boneka tangan, boneka wayang atau dinamakan sebagai wayang kulit, dan juga boneka tali. Semasa proses saya menjalankan kerja kursus saya tersebut, saya telah melalui beberapa halangan untuk mencapai kejayaan. Halangan yang pertama saya temui adalah semasa saya dan ahli kumpulan saya menerima kerja kursus ini di dalam kelas. Kami berasa begitu risau dan bimbang kerana kami langsung tidak mempunyai idea dan ilmu untuk menghasilkan boneka di mana ia merupakan salah satu hasil kerja kursus. Pada masa tersebut, kami memang rasa gelisah kerana tarikh hantar kerja kursus tersebut telah ditetapkan dan tidak lama daripada hari kami menerima kerja kursus tersebut.
  • 3. Selepas beberapa hari berbincang, kami pun berjumpa dengan pensyarah kami untuk mendapatkan bimbingan daripada beliau. Dengan berasa bersyukurnya, selepas kami berjumpa dengan pensyarah kami untuk mendapatkan bimbingan, kami telah mempunyai idea dan konsep untuk menghasilkan boneka kami. Setelah proses undi dijalankan di antara semua ahli kelas, maka kami telah pun dibahagikan dengan menggunakan kaedah boneka tongkat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Selepas itu, kami pun bermula untuk berbincang langkah-langkah untuk menghasilkan boneka tongkat tersebut. Pada masa yang sama, kami diminta untuk memilih sebuah cerita rakyat untuk menyesuaikan watak-watak di dalam cerita untuk menghasilkan boneka. Boneka-boneka tersebut dihasilkan adalah untuk persembahan yang akan datang di mana kami perlu memainkan boneka-boneka tersebut bersama dengan lirik muzik dan pergerakan boneka. Masalah seterus yang kami temui adalah semasa pemilihan cerita rakyat yang sesuai untuk kerja kursus kami. Cerita rakyat yang kami pilih perlu sesuai untuk pelajar sekolah rendah di mana cerita tersebut seharusnya tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, dan cerita tersebut haruslah menarik dan terdapat banyak watak di dalam cerita tersebut. Oleh sebab pengetahuan kami tentang cerita rakyat amat terhad, jadi, kami pun menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat tentang cerita yang sesuai untuk kerja kursus kami ini. Bak kata perpatah, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Setelah beberapa jam kami mencari cerita rakyat yang menarik, akhirnya kami memperolehi beberapa cerita yang menarik dan boleh dijadikan cerita yang dapat disembahkan dengan menggunakan boneka yang kami ingin hasilkan. Dengan perasaan gembira, kami pun meminjam buku-buku cerita tersebut balik untuk membuat pilihan yang terakhir. Setelah berbincang selama satu jam, kami pun membuat keputusan untuk memilih cerita “Putera Katak” ini untuk menjadikan cerita pilihan kami bagi persembahan pada masa hadapan nanti. Dengan bersyukurnya, kami berjaya untuk mengatasi masalah pilihan cerita ini dengan cepat dan berkesan. Semasa kami sedang membahagikan watak-watak di dalam cerita “Putera Katak” tersebut, saya telah dibahagikan dengan watak puteri di dalam cerita tersebut. Seterusnya, kami diminta untuk menghasilkan boneka tongkat masing-masing untuk
  • 4. persembahan pada masa yang akan datang nanti. Pada mulanya, saya berasa kecewa kerana mendapat watak yang begitu payah untuk dihasilkan kerana saya tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan boneka tongkat. Akan tetapi, saya tidak pernah berputus asa dengan mencari maklumat tentang cara untuk menghasilkan boneka tongkat watak puteri dengan bersungguh-sungguh. Saya telah puas mencari maklumat dan rakaman video di internet tentang cara untuk menghasilkan boneka tongkat dan juga contoh-contoh boneka yang telah dihasilkan dan sedang dijual di pasaran untuk mendapatkan idea saya yang tersendiri. Untuk menghasilkan idea yang kreatif, saya telah mengambil gambar semua boneka yang telah saya jumpai untuk membuat rujukan bagi menghasilkan boneka saya. Setelah beberapa hari saya membuat kajian tentang boneka di pasaran dan di internet, saya pun bermula untuk melakar boneka saya sendiri. Kelemahan saya adalah melukis dan saya mengalami masalah yang paling rumit sekali adalah semasa saya membuat lakaran boneka saya. Saya telah melukis beberapa keping lakaran boneka saya tetapi masih tidak dapat menonjolkan idea yang terdapat pada minda saya dengan sempurna. Akhirnya, saya pun berjumpa dengan kawan saya yang mengambil opysen Seni untuk meminta tunjuk ajar tentang membuat lakaran boneka tersebut. Selepas beliau memberi tunjuk ajar terhadap lakaran yang saya patut hasilkan, saya pun bermula melakar mengikut cara tunjuk ajar beliau. Walaupun saya gagal beberapa kali pada mulanya, tetapi saya telah berjaya menghasilkan lakaran boneka yang saya inginkan pada minda saya dengan sempurnanya. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kawan saya yang banyak memberi tunjuk ajar terhadap lakaran boneka saya tersebut. Setelah membuat lakaran, kami diminta untuk mencari bahan untuk menghasilkan boneka masing-masing. Bagi saya, saya sudah mendapat idea untuk memilih jenis kain yang mana untuk menghasilkan boneka tongkat saya. Akan tetapi, pada masa tersebut, kami mengalami masalah kesuntukan duit untuk membelikan bahan-bahan yang berkualiti dan cantik untuk menghasilkan boneka kami. Jadi, kami pun membuat keputusan untuk membuat kajian tentang harga bahan-bahan yang murah tetapi berkualiti dan cantik di pasaran selama satu hari. Setelah penat mengkaji,
  • 5. kami telah pun memilih beberapa bahan yang murah dan tidak begitu teruk kualitinya untuk menghasilkan boneka kami. Saya berasa bersyukur kerana dapat peluang untuk menghasilkan boneka ini dalam kerja kursus ini kerana saya telah banyak mempelajari kemahiran membuat kajian di pasaran semasa dalam masa yang suntuk dan dapat memilih bahan yang terbaik untuk tujuan kami. Dalam proses kami menghasilkan boneka masing-masing, kami telah mengalami masalah kekurangan kemahiran untuk membuat jahitan atas boneka kami masing- masing. Pada mulanya, kami berasa risau dan gelisah kerana antara ahli kumpulan kami, terdapat beberapa orang tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk menjahit dan menghasilkan boneka. Tetapi dengan berasa bersyukurnya, seorang daripada ahli kumpulan kami mempunyai kemahiran menjahit dan beliau sudi untuk menghulurkan bantuan terhadap kami semasa dalam proses menghasilkan boneka masing-masing. Beliau menunjuk ajar cara untuk menghasilkan jahitan boneka langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman kami. Walaupun antara kami terdapat juga yang gagal untuk menghasilkan boneka yang cantik dan kemas, tetapi akhirnya beliau membantu juga untuk membuat aturan dan hiasan terhadap boneka kami. Dalam proses menghasilkan boneka ini, saya dapat merasai kepentingan sikap tolong- menolong ini dalam kehidupan kami sebagai seorang manusia. Bak kata perpatah, “Sikap budi akan dibalas dengan budi”, setiap orang manusia mesti akan mengalami keadaan di mana kita memerlukan pertolongan orang lain, jadi, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan di sekeliling kita. Dengan bersyukurnya, kami dapat juga menghasilkan boneka kami yang cantik dalam masa yang begitu singkat dan pendek. Selain daripada halangan dan pengetahuan telah saya pelajari, saya juga telah menguasai beberapa kemahiran yang penting dan berfaedah untuk pekerjaan saya sebagai seorang guru pada masa hadapan. Kemahiran yang pertama saya tuntut melalui kerja kursus ini adalah kemahiran untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber. Sebelum bermulanya kerja kursus ini, kami mendapati bahawa sumber kami tentang maklumat boneka adalah sangat sedikit. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mencari maklumat yang lebih tentang tajuk kami. Bak kata perpatah “ Nak seribu
  • 6. daya, tak nak seribu dalih”, sekiranya kita inginkan sesuatu, dengan usaha kita, kita mesti akan dapat pada akhirnya. Akhirnya, kami mampu juga untuk mencari maklumat yang secukupnya untuk menghasilkan boneka tongkat. Dalam proses ini, kami telah mempelajari bahawa maklumat tidak hanya boleh didapati di pusat sumber, maka kita juga boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada pasaran yang menjual boneka, laman web yang mengajar cara untuk menghasilkan boneka dan juga buku-buku yang menunjukkan cara untuk membuat boneka. Selain itu, saya juga telah mempelajari beberapa cara menjahit terutamanya dalam proses menghasilkan boneka tongkat saya. Sebelum ini, saya langsung tidak mempunyai pengalaman untuk membuat jahitan. Dengan adanya kerja kursus ini, maka saya dapat mencuba menjahit dengan menggunakan beberapa jahitan seperti jahitan lilit tubi. Pada pendapat saya, sebagai seorang guru, kita seharusnya mempelajari banyak kemahiran supaya kemahiran tersebut akan membantu kami pada masa yang akan datang. Pada mulanya, saya tidak dapat menjahit dengan betul dan cantik, tetapi rakan saya yang lebih pandai dan berkemahiran telah menghulurkan bantuan kepada saya. Beliau telah mengajar saya cara untuk menghasilkan jahitan secara perlahan- perlahan dan langkah demi langkah. Sekiranya saya telah melakukan kesalahan, maka beliau telah membetulkan saya pada masa yang paling cepat. Akhirnya saya dapat juga menghasilkan boneka saya sendiri dengan jahitan saya yang tersendiri. Pada pendapat saya, saya rasa kemahiran menjahit ini amat berguna terutamanya bagi pekerjaan saya sebagai seorang bakal guru prasekolah. Dengan adanya kemahiran menjahit ini, saya dapat menghasilkan sebanyak boneka dengan kreativiti saya sendiri untuk menghiburkan pengajaran saya di dalam kelas. Maka dengan ini, kanak-kanak akan lebih tertarik dan pengajaran dan pembelajaran saya akan tercapai dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, saya dan ahli kumpulan saya juga bekerjasama untuk menyiapkan papan cerita untuk cerita putera kanak tersebut sebelum menghantar kerja kursus kami. Sebelum bermula untuk menghasilkan papan cerita tersebut, kami telah membuat perancangan yang teliti dan mendalam tentang cara untuk menghasilkan papan tersebut. Pada permulaannya, kami bercadang ingin menghasilkan papan cerita
  • 7. kami dengan mencari gambar daripada internet dan menghiaskannya lalu menampalkan pada papan kami. Akan tetapi, kami mengalami sedikit kesusahan iaitu pensyarah kami tidak mengizinkan kami untuk mencetak gambar yang telah kami cari dari laman web tetapi beliau inginkan kami untuk menghasilkan papan cerita dengan lukisan kami sendiri dan warnakan mereka. Pada masa tersebut, kami berasa gelisah kerana antara kami, tiada sesiapa pun yang mahir dalam menghasilkan lukisan yang cantik. Dengan ini, kami pun berusaha untuk meminta tunjuk ajar daripada rakan kami yang mengambil major dalam pendidikan seni. Bersyukur kepada Tuhan, rakan-rakan kami yang beropsyen pendidikan seni sanggup untuk mengajar kami untuk melukis papan cerita kami. Dengan bimbingan rakan-rakan kami, kami mampu juga menghasilkan lukisan yang agak memuaskan. Walaupun penat, tetapi kami semua berasa bangga dan gembira kerana dapat peluang untuk melukis dengan sendiri. Pada masa tersebut, kami barulah faham kemahuan dan kehendak pensyarah kami untuk mengarahkan kami untuk melukis sendiri papan cerita tersebut. Beliau ingin kita semua untuk mencuba dalam semua kerja dengan tangan kita sendiri. Selepas siap melukis, kami pun bermula untuk mewarna papan cerita kami. Dalam proses menghasilkan papan cerita ini, saya telah mempelajari bahawa sekiranya kita inginkan sesuatu, kita akan mencari jalan untuk mendapatkannya tidak kira bagaimana. Sekiranya kita tidak berputus asa, pada akhirnya kita akan mendapat apa yang kita inginkan. Setelah siap papan cerita, kami pun bermula untuk menghasilkan latar belakang bagi boneka kami. Sebelum bermula, kami berasa risau kerana tiada idea untuk menghasilkan latar belakang yang kreatif dan berlainan. Dengan ini, kami pun mencari idea dari internet, buku dan juga majalah yang terdapat di pusat sumber. Akhirnya, kami bercadang untuk menghasilkan latar belakang dengan menggunakan mounting board yang lebih keras dan besar. Untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif, kami telah menggunakan beberapa jam untuk berbincang tentang bahan yang kami ingin menampal pada latar belakang tersebut. Selepas puas kami berbincang, kami bercadang untuk mewarnakan board tersebut dengan warna air dan bagi gambar- gambar lain yang lebih kecil saiznya, kami bercadang untuk mencarikan gambar daripada internet dan mencetakannya lalu menampalkannya pada mounting board tersebut. Walaupun proses ini amat memakan masa, tetapi kami semua tetap berusaha
  • 8. untuk menghasilkan latar belakang ini dengan sedaya upaya dan penuh semangat. Akhirnya, kami telah pun menghasilkan satu latar belakang yang memuaskan dan sesuai dengan boneka dan cerita kami yang bertajuk “Putera Katak”. Dalam proses ini, saya telah mempelajari satu pengajaran yang penting iaitu, semangat dan tenaga yang dihasilkan daripada sikap bekerjasama adalah kuat dan bertenaga untuk mengatasi apa jua halangan yang kami alami. Dengan adanya kawan ataupun rakan sepejuangan untuk bekerjasama, apa-apa sahaja kerja yang susah akan dapat kami siapkan juga. Bagi saya, saya mengalami masalah yang paling sakit kepala terutamanya dalam proses kami mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita kami semasa mempersembahkan boneka kami. Seperti yang kami semua tahu, kesan bunyi ini memainkan peranan yang amat penting terutamanya dalam persembahan boneka. Sekiranya tiadanya kesan bunyi tersebut, maka persembahan boneka tersebut akan menjadi bosan dan kering. Jadi, untuk menyempurnakan persembahan kami, kami wajib mencari kesan bunyi yang sesuai dengan cerita masing-masing. Pada mulanya, kami telah berbincang bersama-sama apa kesan bunyi yang kami perlukan semasa persembahan. Selepas itu, kami pun bermula untuk mencari kesan bunyi tersebut dari internet. Oleh sebab saya tidak berapa mahir dalam menggunakan internet untuk mencari bahan atau maklumat, jadi, saya mengalami halangan yang paling saya risau dan gelisah. Saya langsung tidak mempunyai idea di manakan harus saya carikan kesan bunyi tersebut. Dengan ini, saya membuat keputusan untuk bertanya kepada kawan-kawan saya yang lebih mahir dalam menggunakan komputer terutamanya servis internet. Akhirnya saya mampu juga mencari beberapa kesan bunyi yang saya inginkan untuk membuat persembahan boneka kami. Bersyukur kepada Tuhan, kawan saya tersebut juga telah menunjuk ajar kepada saya cara untuk memuat turun kesan bunyi tersebut dari internet. Dalam proses kami mencari kesan bunyi ini, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan pengajaran yang penting. Bak kata perpatah, “Segan tanya sesat jalan.” Itulah maksudnya sekiranya kita tidak mahir atau pandai dalam sesuatu perkara, kita haruslah bertanya kepada mereka yang pakar atau lebih pandai. Jika kita malu untuk bertanya, kita tidak mungkin akan mendapat apa yang kita inginkan pada akhir nanti.
  • 9. Dalam proses kami menghasilkan skrip bagi cerita kami, kami juga telah mengalami beberapa halangan. Pada masa tersebut, kami tidak mempunyai idea yang bagus untuk menghasilkan skrip yang sempurna bagi memaparkan cerita kami yang bertajuk “Putera Katak”. Dengan itu, kami pun bermula untuk mencari bahan bacaan kanak-kanak daripada pusat sumber untuk mendapatkan idea yang lebih kreatif. Selain itu, kami juga merujuk kepada sumber daripada internet untuk menjana idea yang lebih canggih dan berkualiti. Akhirnya, kami bercadang untuk mengikut format yang kami dapat daripada internet. Untuk menyempurnakan kerja kami, kami telah pun duduk bersama untuk berbincang skrip kami dan menghasilkan skrip kami bersama-sama. Oleh sebab tahap bahasa kami tidak begitu tinggi sehingga mampu menghasilkan sesuatu produk yang tiada kesilapan, kami telah pun meminta bantuan daripada beberapa kawan yang lebih mahir dalam bidang bahasa untuk menyemak semula skrip kami untuk menunjukkan kesalahan yang kami perlu baiki. Dalam proses ini, saya telah memahami bahawa setiap manusia mesti akan membuat kesilapan dan kesalahan, yang penting, kita semua haruslan mengakui kesilapan kita dan cuba untuk membaikinya. Kesalahan tidak memalukan tetapi sekiranya seseorang yang tidak mengakui kesalahannya adalah sesuatu perkara yang amat memalukan. Hal ini penting kerana, dalam proses kita mempelajari sesuatu, kesilapan dan kesalahan juga merupakan salah satu proses belajar. Sekiranya tiadanya kesilapan, maka kita pun tidak akan merasai perasaan berjaya pada akhir nanti. Selain halangan dan dugaan yang telah kami alami semasa proses menghasilkan kerja kursus Seni dalam Pendidikan tersebut, saya juga telah mempelajari beberapa pengajaran yang penting dan amat berguna terutamanya dalam profession perguruan saya pada masa yang akan datang. Yang pertama sekali adalah tentang pengurusan masa dengan baik dan berkesan. Dalam proses kami menghasilkan kerja kursus tersebut, kebanyakan masa kami menyiapkan kerja kami dalam keadaan tergesa-gesa. Dengan ini, kami tidak dapat menikmati setiap proses yang kami lalui bersama. Pada pendapat saya, bagi sesuatu kerja kursus tersebut, tidak sahaja hasil kerjanya adalah penting, tetapi proses kami semua ahli kumpulan menghasilkan juga merupakan proses yang tidak dapat disisirkan. Dengan adanya kerja kursus ini, persahabatan antara ahli kumpulan akan bertambah erat. Masing-
  • 10. masing akan lebih memahami antara satu sama lain. Dengan ini, semangat bekerjasama akan dapat dipupuk dan akhirnya kerja akan dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna. Jadi, saya berpendapat bahawa kerja kursus seperti ini haruslah kami menguruskan masa kami dengan lebih baik untuk memanfaatkannya. Sekiranya kita gagal untuk menguruskan masa kita untuk menghasilkan kerja kursus kami, maka kita tidak dapat menikmati manfaat yang sebenarnya dapat diperolehi daripada kerja kursus tersebut. Selain daripada pengurusan masa, perancangan yang strategik juga merupakan langkah yang tidak boleh dilupai sebelum melaksanakan kerja yang seterusnya. Dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat perancangan yang kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses saya menghasilkan kerja kursus saya menjadi lambat dan tidak lancar. Pada pendapat saya, perancangan adalah amat penting sebelum kita bermula untuk melaksanakan tugasan kita. Sekiranya kita tidak dapat merancang dengan baik, maka kerja yang kita akan laksanakan akan menjadi tidak tersusun dan akhirnya masa yang diperuntukkan untuk menjalankan tugasan tersebut akan menjadi lebih panjang. Jadi, untuk menghasilkan satu tugasan yang sempurna, kita mestilah merancang terlebih dahulu sebelum bergerak atau bermula.