SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia       1                        Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




              Bahagian A :                          Bahagian B :                       Bahagian C :
              1. Kekeluargaan                       1. Autobiografi                    1. Sekolah
              2. Masyarakat                         2. Cerita / Cereka                 2. Masyarakat
              3. Sekolah                            3. Fakta / Rencana                 3. Kekeluargaan




           MODEL                1     Berkelah Bersama-sama Keluarga


Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang berkelah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.




           MODEL                1     Memindahkan Maklumat



  1. Seorang budak lelaki sedang berdiri di atas batu yang besar.
  2. Nurfarizan sedang mandi semasa berkelah di kawasan air terjun itu.
  3. Seorang budak lelaki hendak terjun ke dalam sungai untuk mandi-manda.
  4. Puan Haida dan suaminya menyediakan makanan untuk keluarganya pada masa itu.
  5. Batu-batu besar yang terdapat di kawasan perkelahan itu mencantikkan pemandangan.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia           2                Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




            PRAKTIS                 1       Aktiviti Gotong-royong


Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut.




       Rangkai Kata Sebagai Panduan Memindahkan Maklumat

       1. seorang lelaki – membersihkan sawang – di luar dewan
       2. seorang lelaki – membersihkan longkang – guna penyapu
       3. seorang lelaki – memasukkan sampah – karung plastik
       4. seorang perempuan – menyediakan kuih-muih – jamuan
       5. seorang pemuda – menolak sampah sarap – kereta sorong


  1.

  2.

  3.

  4.

  5.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia          3             Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




            PRAKTIS                 2       Sambutan Hari Guru



Gambar di bawah menunjukkan situasi sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar tersebut.




           PRAKTIS                 2        Memindahkan Maklumat



  1.

  2.

  3.

  4.

  5.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia           4                       Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




           MODEL                1     Autobiografi


Andaikan bahawa kamu sebuah basikal. Tulis perjalanan hidup yang telah kamu lalui sebagai
sebuah basikal.

    KERANGKA IDEA

         Info        kelahiran Shah Alam – basikal serba guna – diperbuat daripada keluli tahan karat
         Idea 1      telah dimiliki seseorang – pemilik, seorang yang penyayang – menjaga dan mencuci
         Idea 2      menemani tuannya ke sekolah – dicuri budak nakal – terlupa mengunci basikalnya
         Idea 3      badan dicerai-ceraikan – cuba mengubah identiti – dipasangkan kepada basikal lain
         Idea 4      berasa sedih dan kecewa – meratapi nasib malang – hilang sebahagian tubuh badan
         Penutup     telah berubah wajah – keadaan hodoh dan buruk – merindui tuan asal yang baik hati




           MODEL                1     Aku Sebuah Basikal



  Aku anak kelahiran Shah Alam. Namaku “Lerun”. Aku sebuah basikal serba guna. Aku
  memiliki dua roda, brek, lampu dan beberapa bahagian anggota lagi. Badanku pula
  diperbuat daripada keluli tahan karat dan plastik yang berkualiti tinggi.

         Ketika usiaku hampir sebulan, aku telah dimiliki oleh Nazari. Nazari seorang budak
  yang bertanggungjawab dan sungguh penyayang. Selepas aku digunakannya, dia akan
  mengelap dan mencuciku. Seminggu sekali aku akan dimandikannya. Aku berasa segar
  apabila air membasahi tubuhku.

         Setiap hari aku akan menemani tuan aku ke sekolah. Malang tidak berbau, pada
  suatu petang aku telah dilarikan oleh seorang budak nakal. Ketika itu tuan aku pergi ke
  pasar minggu hendak membeli ayam goreng. Dia terlupa mengunci tubuhku.

         Nasibku bertambah malang kerana badanku dicerai-ceraikan oleh budak nakal itu
  dan rakan-rakannya. Dia melakukan begitu supaya identitiku berubah dan aku tidak
  dikenali lagi oleh Nazari. Rodaku dicabut dan dipasangkan ke basikal lain. Begitu juga
  dengan bahagian lain seperti pengayuh, tempat duduk, dan lampu.

         Aduh, bertapa peritnya badanku ketika diperlakukan sebegitu! Aku menangis dan
  menjerit. Namun tiada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku terus meratapi nasibku
  yang malang ini. Aku kehilangan sebahagian daripada tubuh badanku.

         Akhirnya, raut wajahku sudak tidak seperti dulu lagi. Aku sudah berubah wajah.
  Aku rasakan diriku terlalu hodoh dan buruk. Aku rindu akan tubuh badanku yang asal. Aku
  merindu tuan aku yang baik seperti Nazari. Bilakah penantianku akan berakhir?




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia           5                Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




            PRAKTIS                 1       Autobiografi



Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Saya Sebuah Wau”.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul.


     ekor                    berlari              padang          angin                  kertas

   haluan                  kencang                badan         kencang                menemai




            PRAKTIS                 1       Saya Sebuah Wau Bulan



  Saya bangga dilahirkan di bumi bertuah di pantai timur. Nama saya Wau Bulan. Saya
  diperbuat daripada buluh dan kertas yang berwarna-warni. Rangka .....(1)..... saya diolah
  dengan cara buluh diraut sehingga halus, diikat dengan benang di bahagian atas, bawah,
  kiri, dan kanan.

         Selepas itu .....(2)..... nipis kalis air yang berwarna-warni diletakkan pada seluruh
  tubuh badan saya. Selepas siap, saya dipasangkan .....(3)..... yang panjang. Saya telah
  dilengkapi dengan tubuh yang segak dan kepak yang lebar untuk memungkinkan saya
  melayang ceria di udara.

          Petang itu angin bertiup .....(4)....., saya bersedia untuk meluncur di udara. Tuan
  saya mencari tempat yang sesuai di penjuru .....(5)..... yang luas terbentang. Di padang itu
  telah ramai orang bermain wau yang pelbagai bentuk, warna dan corak.

         Seorang daripada kawan tuan saya memegang saya manakala tuan saya pula
  memegang tali. Kemudian, tuan saya .....(6)..... seperti lipas kudung. Saya meluncur ke
  udara .....(7)..... rakan-rakan wau yang lain. Saya dan puluhan wau melayang di udara
  sambil dibuai rasa kegembiraan.

            Tanpa diduga, angin bertiup amat .....(8)..... sekali. Tuan saya cuba mengawal
  pergerakan saya di udara. Tali yang menambat saya berdesing-desing kerana dibuai
  .....(9)..... yang terlalu kencang pada petang itu. Atas kecekapan tuan saya, akhirnya saya
  berjaya diturunkan dan mendarat dengan selamat.

           Ada beberapa orang rakan saya yang gagal diselamatkan. Mereka terputus, hilang
  .....(10)..... dan ada yang melayang jauh ke dalam hutan. Syukurlah, saya masih boleh
  beraksi di udara pada hari-hari yang mendatang.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia            6                       Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




           MODEL                1     Cerita / Cereka


Tulis sebuah karangan tentang suatu peristiwa yang telah kamu alami dan tidak dapat kamu
lupakan. Tuliskan cerita kamu itu selengkapnya.

    KERANGKA IDEA

         Info        insiden pada bulan Ramadhan – malam, ditimpa kemalangan – mengundang tragedi
         Idea 1      bertemu dengan rakan-rakan – menuju tempat yang dijanjikan – menjalankan operasi
         Idea 2      operasi gegar, main mariam buluh – persiapan operasi – sedia meletupkan mariam
         Idea 3      gegaran letupan pertama – gegaran balas kumpulan lain – cabaran bertambah panas
         Idea 4      perlu ubah strategi – meletupkan tiga mariam serentak – pandangan kabur, tumbang
         Penutup     tersedar daripada pengsan – telah berada di hospital – terpaksa beraya di hospital




           MODEL                1     Beraya di Hospital



  Insiden pada malam dua puluh lapan Ramadhan tahun lalu masih segar dalam ingatanku.
  Pada malam itu, aku ditimpa kemalangan, insiden ini merupakam sejarah hitam dalam
  hidupku. Kegembiraan yang kuharapkan, rupa-rupanya tragedi yang kuundang.

         Pada malam itu, selepas selesai solat sunat Terawih aku bertemu rakan-rakanku di
  luar masjid. Aku bersama-sama mereka terus mengatur langkah menuju ke suatu tempat.
  Kami telah berjanji untuk menjalankan satu operasi.

        Operasi gegar yang dirancang telah siap sedia. Tiga laras meriam buluh pasti akan
  mengegarkan kampung pada malam itu. Persiapan akhir operasi gegar telah sempurna,
  aku dan rakan-rakanku menghidupkan meriam buluh tersebut.

         Ledakan letupan pertama bergema membelah sunyi malam “dumm...”. Sejurus
  kemudian, kedengaran pula letupan balas daripada kumpulan lain yang turut sama
  menjayakan operasi gegar pada malam itu. Aku dan rakan-rakanku berasa tercabar
  kerana dentuman mariam lawan lebih hebat dan lebih kuat.

        Kami perlu ubah strategi, kami akan meletupkan tiga laras meriam sekaligus untuk
  menimbulkan bunyi yang lebih nyaring dan bingit. “Dumm ... dumm ... dumm...”. Tiba-tiba,
  pandanganku menjadi kabur. Aku hilang imbangan badan lalu tumbang. “Tolong! tolong!
  meriam pecah, Khaidir tumpas,” jerit kawan-kawanku.

          Apabila aku tersedar daripada pengsan, aku sudah pun berada di hospital. Tangan
  kananku berbalut. Mukaku pula berasa pedih dan perit. “Sudahlah terpaksa beraya di
  hospital, sebatang daripada jariku pula sudah hilang. Alangkah malangnya nasibku!” bisik
  hatiku pilu. Tragedi gegar itu telah membuka ruang keinsaf di hatiku.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia            7             Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




            PRAKTIS                 1       Cerita / Cereka


Kamu dan ibu kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana di
pasar raya tersebut ketika itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul.

  digantung                  meriah              permainan      jualan                kaunter

     hati                   layanan              potongan       bijak                menarik



            PRAKTIS                 1       Suasana di Sebuah Pasar Raya



  Pada minggu lalu, saya berpeluang mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk
  membeli-belah. Pasar raya itu sedang mengadakan .....(1)..... mega sempena dengan
  “Karnival Jualan Murah”. Pasar raya tersebut memberikan potongan harga barangan
  daripada 10% hingga kepada 70% bagi barangan yang tertentu.

        Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi
  menarik .....(2)..... para pelanggan. Barangan yang disusun dengan sempurna akan
  memudahkan orang ramai untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki.
  Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan bagi .....(3)..... perhatian para pelanggan.

         Ada sebahagian barangan yang .....(4)..... dan ada sebahagian barangan yang
  dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik
  perhatian para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk
  membuat penilaian dan keputusan sebelum membeli barangan tertentu.

            Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Banyak pelanggan yang
  mengunjungi pasar raya tersebut. Mereka datang untuk meninjau harga barangan tersebut
  sebelum membeli barangan yang diidam-idamkan. Membeli barangan yang mempunyai
  .....(7)..... harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.

            Para pelanggan terpaksa beratur panjang di .....(8)..... pembayaran untuk
  membayar harga barangan yang dibeli. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para
  pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi
  .....(9)..... mesra kepada semua pelanggan.

        Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk
  membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... “PS3”
  yang saya idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi
  potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia           8                       Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




           MODEL                1     Fakta / Rencana


Bulan membaca telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru
ini. Tulis sebuah karangan tentang “Membudayakan Amalan Membaca”.


    KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}

         Info        amalan budaya membaca – terdapat pelbagai bahan bacaan – minda kelas pertama
         Idea 1      kebaikan daripada pembacaan – menguasai pelbagai ilmu – pengetahuan bertambah
         Idea 2      menajamkan daya pemikiran – menjadikan celik minda – otak menjadi lebih cerdas
         Idea 3      tingkatkan penguasaan bahasa – laras bahasa baik – mudah mendapatkan bahan
         Idea 4      tingkatkan prestasi diri – lebih berkeyakinan semasa bergaul – fikiran lebih matang
         Penutup     membaca, banyak baiknya – tambah ilmu pengetahuan – tonggak kemajuan negara




           MODEL                1     Membudayakan Amalan Membaca



  Kita mestilah mengamalkan budaya gemar membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan
  bacaan seperti buku, majalah, akhbar, risalah, jurnal dan sebagainya. Minat dan suka
  membaca merupakan antara ciri-ciri minda kelas pertama.

        Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembacaan. Amalan membaca
  hendaklah dipraktikkan kerana melalui amalan ini seseorang individu dapat menguasai
  pelbagai jenis ilmu. Imu pengetahuan kita akan bertambah dan berkembang.

          Amalan membaca dapat menajamkan daya pemikiran kita. Justeru, kita akan
  menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan dan isu semasa. Otak
  kita akan menjadi lebih cerdas kerana selalu dirangsang dengan santapan ilmu.

         Gemar membaca akan mengangkat martabat penguasaan bahasa seseorang. Jika
  kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia, kita dapat mempertingkatkan lagi
  penguasaan laras bahasa Malaysia dengan baik. Malahan, Kita juga mudah untuk
  mendapatkan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di pasaran.

         Mereka yang gemar membaca dapat meningkatkan prestasi dirinya. Mereka lebih
  berkeyakinan semasa bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya. Mereka
  bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan.

         Kesimpulannya, amalan suka membaca membawa banyak kebaikan. Dengan
  membaca juga, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bak
  kata pepatah “Membaca Amalan Mulia”. Hal ini demikian kerana Masyarakat yang berilmu
  pengetahuan menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia            9                  Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




            PRAKTIS                 1       Fakta / Rencana


Kegiatan kokurikulum mesti dijalankan di semua sekolah kerajaan. Tuliskan sebuah karangan
tentang “Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum”.


Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul.


 berkenalan                menyertai             program          dihormati               terhindar

kepimpinan               menerapkan             mempelajari       pendapat                 mengisi




            PRAKTIS                 1       Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum



  Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Apabila kita menyertai
  aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(1)..... nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
  berdikari dan bersopan-santun. Melalui aktiviti tersebut, kita dapat melahirkan insan yang
  mempunyai emosi kelas petama dalam kalangan masyarakat Malaysia.

           Selain itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat .....(2)..... masa lapang
  dengan berfaedah. Kita memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang positif
  seperti bersukan, berkhemah, menyertai .....(3)..... lawatan, dan sebagainya. Di samping
  itu, kita dapat mengurus masa dengan agenda yang berkualiti.

         Ketika menjalankan aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(4)..... dengan kawan-kawan
  yang baharu. Di samping itu, kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Justeru, kita
  boleh bertukar-tukar .....(5)..... apabila menghadapi sebarang masalah.

            Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan. Contonya, jika
  .....(6)..... acara olahraga, peluh akan keluar dari tubuh badan kita. Pada masa itulah,
  lemak-lemak akan pecah dan .....(7)..... daripada penambahan berat badan kita. Malahan,
  badan kita akan bertambah cergas di samping minda yang cerdas.

         Melalui aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk daya .....(8)..... seseorang.
  Contohnya, semasa melaksanakan aktiviti perkhemahan kita perlulah cergas, tegas dan
  bertanggungjawab. Ketokohan dan daya kepimpinan yang baik perlu ada pada seseorang
  ketua supaya disenangi dan .....(9)..... oleh anggota kumpulannya.

          Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum akan dapat menambah ilmu pengetahuan
  murid-murid. Mereka akan .....(10)..... banyak perkara yang positif melalui pengalaman
  seperti kerjasama dalam pasukan, bertolak-ansur, dan bermaufakat. Aktiviti ini mampu
  menjana modal insan cemerlang, gemilang, dan terbilang.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia         10               Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




                             Praktis Bulanan Unit Satu



Tulis karangan berdasarkan tajuk-tajuk di bawah ini. Panjang karangan kamu itu mestilah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.




            Praktis Topikal                 Autobiografi



1. Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Jam Tangan”.

2. Andaikan bahawa kamu sebatang sungai. Tuliskan pengalaman dan perjalanan hidup yang
   telah kamu lalui.




            Praktis Topikal                 Cerita / Cereka



1. Tuliskan sebuah cerita tentang pengalaman manis dan pahit yang pernah kamu lalui. Tulis
   cerita pengalaman hidup kamu itu selengkapnya.

2. Malang tidak berbau, tragedi yang berlaku secara tiba-tiba. Tuliskan sebuah cerita tentang
   kebakaran rumah jiran kamu. Tulis cerita kamu itu selengkapnya.




            Praktis Topikal                 Fakta / Rencana



1. Kamu dikehendaki menulis sebuah karangan fakta yang bertajuk, “ Kebaikan Makan Buah-
   buahan Tempatan”. Tulis rencana kamu itu selengkapnya.

2. Keracunan makanan sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Kamu diminta untuk
   menulis sebuah karangan tentang “Langkah-langkah Mengatasi Keracunan Makanan”.
   Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia             11                   Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




           MODEL                1     Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif)



Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.


   Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan
   penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin
   membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga
   adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang
   membantu adik-adiknya menyiapakan kerja sekolah.
           Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik
   hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap
   hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Empat Bestari sentiasa
   ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang
   dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya
   mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
   Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.




           MODEL                1     Jawapan Contoh


           Aspek Nilai                              Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}
  baik hati                                 terhadap anggota keluarga
  rajin / ringan tulang                     membantu ibu di rumah
  penyayang                                 terhadap adik-adiknya
  berdisiplin                               menjaga kebersihan kelas
  berhemah tinggi                           berusaha untuk mencapai kejayaan




   Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita
   mestilah bersikap baik hati terhadap semua anggota keluarga kita. Selain itu, kita
   sepatutnya rajin membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah
   bersikap penyayang terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti
   menjaga kebersihan kelas. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah tinggi dan berusaha
   untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia             12                   Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




             PRAKTIS                1       Ulasan Pengajaran (Cerita Situasi)



Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.


   Muhaimim dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka.
   Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula akan mencuci longkang dan menyapu sampah.
   Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Muhaimin mengutip tin dan botol kosong
   untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah
   dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan
   pembakaran terbuka yang akan mencemarkan alam sekitar.
         Di samping itu, bapa Muhaimin menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong
   kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu
   dimasukkan ke dalam tabung Muhaimin dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam
   pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan
   rumah mereka. Bau bunga yang wangi pula akan menyegarkan udara di persekitaran.
   Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria.




             SUNTIKAN IDEA


           Aspek Nilai                              Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}
  bekerjasama                               membersihkan kawasan rumah
  menjaga kebersihan                        cuci longkang, sapu sampah
  prihatin                                  elak pembakaran terbuka
  ringan tulang                             menceriakan kawasan rumah
  menjaga alam sekitar                      menanam pokok bunga




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia           13                   Kertas 012 – Bahagian A, B dan C




            PRAKTIS                 2       Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif)



Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.


   Siti Haida selalu bangun awal setiap pagi. Dia juga akan memastikan tempat tidurnya
   senantiasa kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu
   bapanya sebelum pergi ke sekolah. Semasa bersalam, dia mohon restu agar ibu bapanya
   mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi
   terhadap Siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik, tinggi
   budi pekertinya serta berpelajaran.
          Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya.
   Dia sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti
   Haida merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam
   keadaan bersih dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti Haida akan
   menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang
   cemerlang dalam peperiksaan.




           MEMAHAMI & MENGULAS


           Aspek Nilai                            Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}




MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012

Contenu connexe

Tendances

Ayat Aktif Transitif (Latihan)
Ayat Aktif Transitif (Latihan)Ayat Aktif Transitif (Latihan)
Ayat Aktif Transitif (Latihan)Rahim Affandi
 
Latihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarLatihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarNor Haduri
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1leencute
 
Karangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditKarangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditharshini1010
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar慈心 Chan
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauSatiya Vani
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasAzran1973
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongZamri Ghani
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuain hunny
 
1. bm penulisan UPSR _pasti A
1. bm penulisan UPSR  _pasti A1. bm penulisan UPSR  _pasti A
1. bm penulisan UPSR _pasti AShika Nara
 
ejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docxejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docxWawaComel1
 
Latihan imbuhan pinjaman
Latihan imbuhan pinjamanLatihan imbuhan pinjaman
Latihan imbuhan pinjamanAlex Dudley
 
SUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSR
SUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSRSUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSR
SUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSRPutera Zulbasheer
 
Latihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa MelayuLatihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa Melayuchowteetan
 

Tendances (20)

Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
 
Ayat Aktif Transitif (Latihan)
Ayat Aktif Transitif (Latihan)Ayat Aktif Transitif (Latihan)
Ayat Aktif Transitif (Latihan)
 
Latihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarLatihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambar
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1
 
Karangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditKarangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi diedit
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
Upsr sample-essays
Upsr sample-essaysUpsr sample-essays
Upsr sample-essays
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbau
 
Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khas
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
74 contoh latihan karangan upsr
74 contoh latihan karangan upsr74 contoh latihan karangan upsr
74 contoh latihan karangan upsr
 
1. bm penulisan UPSR _pasti A
1. bm penulisan UPSR  _pasti A1. bm penulisan UPSR  _pasti A
1. bm penulisan UPSR _pasti A
 
ejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docxejaan tahun 2.docx
ejaan tahun 2.docx
 
Latihan imbuhan pinjaman
Latihan imbuhan pinjamanLatihan imbuhan pinjaman
Latihan imbuhan pinjaman
 
Autobiografi
AutobiografiAutobiografi
Autobiografi
 
SUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSR
SUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSRSUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSR
SUGGESTED SAMPLE ANSWER OF SECTION C PAPER 2 UPSR
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Latihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa MelayuLatihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa Melayu
 

En vedette (13)

Petikan syarahan
Petikan syarahanPetikan syarahan
Petikan syarahan
 
Petikan cerita
Petikan ceritaPetikan cerita
Petikan cerita
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan ucapan
Petikan ucapanPetikan ucapan
Petikan ucapan
 
Petikan surat rasmi
Petikan surat rasmiPetikan surat rasmi
Petikan surat rasmi
 
Petikan berita
Petikan beritaPetikan berita
Petikan berita
 
Petikan laporan
Petikan laporanPetikan laporan
Petikan laporan
 
Petikan fakta
Petikan faktaPetikan fakta
Petikan fakta
 
Petikan dialog
Petikan dialogPetikan dialog
Petikan dialog
 
Penulisan UPSR Bahagian C
Penulisan UPSR Bahagian CPenulisan UPSR Bahagian C
Penulisan UPSR Bahagian C
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
Penulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian APenulisan UPSR bahagian A
Penulisan UPSR bahagian A
 

Similaire à 2 praktis topikal bm bhg a,b,c

Conkarangan 18
Conkarangan 18Conkarangan 18
Conkarangan 18Maa Yasin
 
LATIHAN SOAL USP 2022.docx
LATIHAN SOAL USP 2022.docxLATIHAN SOAL USP 2022.docx
LATIHAN SOAL USP 2022.docxZannnRafff
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRShika Nara
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02joyce wong
 
Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Nurul Fatekah
 
Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)farizal32
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Uma Devi Kirubananthan
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKathleen Ong
 
Conkarangan
ConkaranganConkarangan
ConkaranganInaBuyoo
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusAmiruddin Abd Rahman
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatMohd Nizam Mokhtar
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Rozaiman Makmun
 
Koleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusKoleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusdevenanita15
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa Azahariah Ishak
 
Koleksi karangan murid galus tanpa warna
Koleksi karangan murid galus tanpa warnaKoleksi karangan murid galus tanpa warna
Koleksi karangan murid galus tanpa warnasitinourcheah
 
Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)
Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)
Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)nuru86
 
Buku teks eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...
Buku teks  eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...Buku teks  eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...
Buku teks eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...Nurulbanjar1996
 

Similaire à 2 praktis topikal bm bhg a,b,c (20)

3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c3 skema jawapan bhg a,b,c
3 skema jawapan bhg a,b,c
 
Conkarangan 18
Conkarangan 18Conkarangan 18
Conkarangan 18
 
Teknik jawab soalan BM K1
Teknik jawab soalan BM K1Teknik jawab soalan BM K1
Teknik jawab soalan BM K1
 
LATIHAN SOAL USP 2022.docx
LATIHAN SOAL USP 2022.docxLATIHAN SOAL USP 2022.docx
LATIHAN SOAL USP 2022.docx
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
 
Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus
 
Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemah
 
Contoh karangan
Contoh  karanganContoh  karangan
Contoh karangan
 
Conkarangan
ConkaranganConkarangan
Conkarangan
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
 
Koleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusKoleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galus
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 
Koleksi karangan murid galus tanpa warna
Koleksi karangan murid galus tanpa warnaKoleksi karangan murid galus tanpa warna
Koleksi karangan murid galus tanpa warna
 
Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)
Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)
Koleksikaranganmuridgalustanpawarna 170417023658(1)
 
Buku teks eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...
Buku teks  eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...Buku teks  eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...
Buku teks eksemplum KD 4.2 Menyusun teks eksemplum sesuai dengan karakterist...
 

Plus de Kamarudin Jaafar

Plus de Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

2 praktis topikal bm bhg a,b,c

  • 1. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 1 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C Bahagian A : Bahagian B : Bahagian C : 1. Kekeluargaan 1. Autobiografi 1. Sekolah 2. Masyarakat 2. Cerita / Cereka 2. Masyarakat 3. Sekolah 3. Fakta / Rencana 3. Kekeluargaan MODEL 1 Berkelah Bersama-sama Keluarga Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang berkelah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. MODEL 1 Memindahkan Maklumat 1. Seorang budak lelaki sedang berdiri di atas batu yang besar. 2. Nurfarizan sedang mandi semasa berkelah di kawasan air terjun itu. 3. Seorang budak lelaki hendak terjun ke dalam sungai untuk mandi-manda. 4. Puan Haida dan suaminya menyediakan makanan untuk keluarganya pada masa itu. 5. Batu-batu besar yang terdapat di kawasan perkelahan itu mencantikkan pemandangan. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 2. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 2 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 1 Aktiviti Gotong-royong Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut. Rangkai Kata Sebagai Panduan Memindahkan Maklumat 1. seorang lelaki – membersihkan sawang – di luar dewan 2. seorang lelaki – membersihkan longkang – guna penyapu 3. seorang lelaki – memasukkan sampah – karung plastik 4. seorang perempuan – menyediakan kuih-muih – jamuan 5. seorang pemuda – menolak sampah sarap – kereta sorong 1. 2. 3. 4. 5. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 3. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 3 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 2 Sambutan Hari Guru Gambar di bawah menunjukkan situasi sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar tersebut. PRAKTIS 2 Memindahkan Maklumat 1. 2. 3. 4. 5. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 4. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 4 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C MODEL 1 Autobiografi Andaikan bahawa kamu sebuah basikal. Tulis perjalanan hidup yang telah kamu lalui sebagai sebuah basikal. KERANGKA IDEA Info kelahiran Shah Alam – basikal serba guna – diperbuat daripada keluli tahan karat Idea 1 telah dimiliki seseorang – pemilik, seorang yang penyayang – menjaga dan mencuci Idea 2 menemani tuannya ke sekolah – dicuri budak nakal – terlupa mengunci basikalnya Idea 3 badan dicerai-ceraikan – cuba mengubah identiti – dipasangkan kepada basikal lain Idea 4 berasa sedih dan kecewa – meratapi nasib malang – hilang sebahagian tubuh badan Penutup telah berubah wajah – keadaan hodoh dan buruk – merindui tuan asal yang baik hati MODEL 1 Aku Sebuah Basikal Aku anak kelahiran Shah Alam. Namaku “Lerun”. Aku sebuah basikal serba guna. Aku memiliki dua roda, brek, lampu dan beberapa bahagian anggota lagi. Badanku pula diperbuat daripada keluli tahan karat dan plastik yang berkualiti tinggi. Ketika usiaku hampir sebulan, aku telah dimiliki oleh Nazari. Nazari seorang budak yang bertanggungjawab dan sungguh penyayang. Selepas aku digunakannya, dia akan mengelap dan mencuciku. Seminggu sekali aku akan dimandikannya. Aku berasa segar apabila air membasahi tubuhku. Setiap hari aku akan menemani tuan aku ke sekolah. Malang tidak berbau, pada suatu petang aku telah dilarikan oleh seorang budak nakal. Ketika itu tuan aku pergi ke pasar minggu hendak membeli ayam goreng. Dia terlupa mengunci tubuhku. Nasibku bertambah malang kerana badanku dicerai-ceraikan oleh budak nakal itu dan rakan-rakannya. Dia melakukan begitu supaya identitiku berubah dan aku tidak dikenali lagi oleh Nazari. Rodaku dicabut dan dipasangkan ke basikal lain. Begitu juga dengan bahagian lain seperti pengayuh, tempat duduk, dan lampu. Aduh, bertapa peritnya badanku ketika diperlakukan sebegitu! Aku menangis dan menjerit. Namun tiada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku terus meratapi nasibku yang malang ini. Aku kehilangan sebahagian daripada tubuh badanku. Akhirnya, raut wajahku sudak tidak seperti dulu lagi. Aku sudah berubah wajah. Aku rasakan diriku terlalu hodoh dan buruk. Aku rindu akan tubuh badanku yang asal. Aku merindu tuan aku yang baik seperti Nazari. Bilakah penantianku akan berakhir? MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 5. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 5 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 1 Autobiografi Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Saya Sebuah Wau”. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. ekor berlari padang angin kertas haluan kencang badan kencang menemai PRAKTIS 1 Saya Sebuah Wau Bulan Saya bangga dilahirkan di bumi bertuah di pantai timur. Nama saya Wau Bulan. Saya diperbuat daripada buluh dan kertas yang berwarna-warni. Rangka .....(1)..... saya diolah dengan cara buluh diraut sehingga halus, diikat dengan benang di bahagian atas, bawah, kiri, dan kanan. Selepas itu .....(2)..... nipis kalis air yang berwarna-warni diletakkan pada seluruh tubuh badan saya. Selepas siap, saya dipasangkan .....(3)..... yang panjang. Saya telah dilengkapi dengan tubuh yang segak dan kepak yang lebar untuk memungkinkan saya melayang ceria di udara. Petang itu angin bertiup .....(4)....., saya bersedia untuk meluncur di udara. Tuan saya mencari tempat yang sesuai di penjuru .....(5)..... yang luas terbentang. Di padang itu telah ramai orang bermain wau yang pelbagai bentuk, warna dan corak. Seorang daripada kawan tuan saya memegang saya manakala tuan saya pula memegang tali. Kemudian, tuan saya .....(6)..... seperti lipas kudung. Saya meluncur ke udara .....(7)..... rakan-rakan wau yang lain. Saya dan puluhan wau melayang di udara sambil dibuai rasa kegembiraan. Tanpa diduga, angin bertiup amat .....(8)..... sekali. Tuan saya cuba mengawal pergerakan saya di udara. Tali yang menambat saya berdesing-desing kerana dibuai .....(9)..... yang terlalu kencang pada petang itu. Atas kecekapan tuan saya, akhirnya saya berjaya diturunkan dan mendarat dengan selamat. Ada beberapa orang rakan saya yang gagal diselamatkan. Mereka terputus, hilang .....(10)..... dan ada yang melayang jauh ke dalam hutan. Syukurlah, saya masih boleh beraksi di udara pada hari-hari yang mendatang. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 6. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 6 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C MODEL 1 Cerita / Cereka Tulis sebuah karangan tentang suatu peristiwa yang telah kamu alami dan tidak dapat kamu lupakan. Tuliskan cerita kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Info insiden pada bulan Ramadhan – malam, ditimpa kemalangan – mengundang tragedi Idea 1 bertemu dengan rakan-rakan – menuju tempat yang dijanjikan – menjalankan operasi Idea 2 operasi gegar, main mariam buluh – persiapan operasi – sedia meletupkan mariam Idea 3 gegaran letupan pertama – gegaran balas kumpulan lain – cabaran bertambah panas Idea 4 perlu ubah strategi – meletupkan tiga mariam serentak – pandangan kabur, tumbang Penutup tersedar daripada pengsan – telah berada di hospital – terpaksa beraya di hospital MODEL 1 Beraya di Hospital Insiden pada malam dua puluh lapan Ramadhan tahun lalu masih segar dalam ingatanku. Pada malam itu, aku ditimpa kemalangan, insiden ini merupakam sejarah hitam dalam hidupku. Kegembiraan yang kuharapkan, rupa-rupanya tragedi yang kuundang. Pada malam itu, selepas selesai solat sunat Terawih aku bertemu rakan-rakanku di luar masjid. Aku bersama-sama mereka terus mengatur langkah menuju ke suatu tempat. Kami telah berjanji untuk menjalankan satu operasi. Operasi gegar yang dirancang telah siap sedia. Tiga laras meriam buluh pasti akan mengegarkan kampung pada malam itu. Persiapan akhir operasi gegar telah sempurna, aku dan rakan-rakanku menghidupkan meriam buluh tersebut. Ledakan letupan pertama bergema membelah sunyi malam “dumm...”. Sejurus kemudian, kedengaran pula letupan balas daripada kumpulan lain yang turut sama menjayakan operasi gegar pada malam itu. Aku dan rakan-rakanku berasa tercabar kerana dentuman mariam lawan lebih hebat dan lebih kuat. Kami perlu ubah strategi, kami akan meletupkan tiga laras meriam sekaligus untuk menimbulkan bunyi yang lebih nyaring dan bingit. “Dumm ... dumm ... dumm...”. Tiba-tiba, pandanganku menjadi kabur. Aku hilang imbangan badan lalu tumbang. “Tolong! tolong! meriam pecah, Khaidir tumpas,” jerit kawan-kawanku. Apabila aku tersedar daripada pengsan, aku sudah pun berada di hospital. Tangan kananku berbalut. Mukaku pula berasa pedih dan perit. “Sudahlah terpaksa beraya di hospital, sebatang daripada jariku pula sudah hilang. Alangkah malangnya nasibku!” bisik hatiku pilu. Tragedi gegar itu telah membuka ruang keinsaf di hatiku. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 7. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 7 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 1 Cerita / Cereka Kamu dan ibu kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana di pasar raya tersebut ketika itu. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. digantung meriah permainan jualan kaunter hati layanan potongan bijak menarik PRAKTIS 1 Suasana di Sebuah Pasar Raya Pada minggu lalu, saya berpeluang mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar raya itu sedang mengadakan .....(1)..... mega sempena dengan “Karnival Jualan Murah”. Pasar raya tersebut memberikan potongan harga barangan daripada 10% hingga kepada 70% bagi barangan yang tertentu. Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik .....(2)..... para pelanggan. Barangan yang disusun dengan sempurna akan memudahkan orang ramai untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan bagi .....(3)..... perhatian para pelanggan. Ada sebahagian barangan yang .....(4)..... dan ada sebahagian barangan yang dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk membuat penilaian dan keputusan sebelum membeli barangan tertentu. Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Banyak pelanggan yang mengunjungi pasar raya tersebut. Mereka datang untuk meninjau harga barangan tersebut sebelum membeli barangan yang diidam-idamkan. Membeli barangan yang mempunyai .....(7)..... harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga. Para pelanggan terpaksa beratur panjang di .....(8)..... pembayaran untuk membayar harga barangan yang dibeli. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi .....(9)..... mesra kepada semua pelanggan. Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... “PS3” yang saya idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 8. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 8 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C MODEL 1 Fakta / Rencana Bulan membaca telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Tulis sebuah karangan tentang “Membudayakan Amalan Membaca”. KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak} Info amalan budaya membaca – terdapat pelbagai bahan bacaan – minda kelas pertama Idea 1 kebaikan daripada pembacaan – menguasai pelbagai ilmu – pengetahuan bertambah Idea 2 menajamkan daya pemikiran – menjadikan celik minda – otak menjadi lebih cerdas Idea 3 tingkatkan penguasaan bahasa – laras bahasa baik – mudah mendapatkan bahan Idea 4 tingkatkan prestasi diri – lebih berkeyakinan semasa bergaul – fikiran lebih matang Penutup membaca, banyak baiknya – tambah ilmu pengetahuan – tonggak kemajuan negara MODEL 1 Membudayakan Amalan Membaca Kita mestilah mengamalkan budaya gemar membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar, risalah, jurnal dan sebagainya. Minat dan suka membaca merupakan antara ciri-ciri minda kelas pertama. Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembacaan. Amalan membaca hendaklah dipraktikkan kerana melalui amalan ini seseorang individu dapat menguasai pelbagai jenis ilmu. Imu pengetahuan kita akan bertambah dan berkembang. Amalan membaca dapat menajamkan daya pemikiran kita. Justeru, kita akan menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan dan isu semasa. Otak kita akan menjadi lebih cerdas kerana selalu dirangsang dengan santapan ilmu. Gemar membaca akan mengangkat martabat penguasaan bahasa seseorang. Jika kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia, kita dapat mempertingkatkan lagi penguasaan laras bahasa Malaysia dengan baik. Malahan, Kita juga mudah untuk mendapatkan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di pasaran. Mereka yang gemar membaca dapat meningkatkan prestasi dirinya. Mereka lebih berkeyakinan semasa bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya. Mereka bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan. Kesimpulannya, amalan suka membaca membawa banyak kebaikan. Dengan membaca juga, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bak kata pepatah “Membaca Amalan Mulia”. Hal ini demikian kerana Masyarakat yang berilmu pengetahuan menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 9. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 9 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 1 Fakta / Rencana Kegiatan kokurikulum mesti dijalankan di semua sekolah kerajaan. Tuliskan sebuah karangan tentang “Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum”. Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul. berkenalan menyertai program dihormati terhindar kepimpinan menerapkan mempelajari pendapat mengisi PRAKTIS 1 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(1)..... nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdikari dan bersopan-santun. Melalui aktiviti tersebut, kita dapat melahirkan insan yang mempunyai emosi kelas petama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat .....(2)..... masa lapang dengan berfaedah. Kita memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang positif seperti bersukan, berkhemah, menyertai .....(3)..... lawatan, dan sebagainya. Di samping itu, kita dapat mengurus masa dengan agenda yang berkualiti. Ketika menjalankan aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(4)..... dengan kawan-kawan yang baharu. Di samping itu, kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Justeru, kita boleh bertukar-tukar .....(5)..... apabila menghadapi sebarang masalah. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan. Contonya, jika .....(6)..... acara olahraga, peluh akan keluar dari tubuh badan kita. Pada masa itulah, lemak-lemak akan pecah dan .....(7)..... daripada penambahan berat badan kita. Malahan, badan kita akan bertambah cergas di samping minda yang cerdas. Melalui aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk daya .....(8)..... seseorang. Contohnya, semasa melaksanakan aktiviti perkhemahan kita perlulah cergas, tegas dan bertanggungjawab. Ketokohan dan daya kepimpinan yang baik perlu ada pada seseorang ketua supaya disenangi dan .....(9)..... oleh anggota kumpulannya. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum akan dapat menambah ilmu pengetahuan murid-murid. Mereka akan .....(10)..... banyak perkara yang positif melalui pengalaman seperti kerjasama dalam pasukan, bertolak-ansur, dan bermaufakat. Aktiviti ini mampu menjana modal insan cemerlang, gemilang, dan terbilang. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 10. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 10 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C Praktis Bulanan Unit Satu Tulis karangan berdasarkan tajuk-tajuk di bawah ini. Panjang karangan kamu itu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Praktis Topikal Autobiografi 1. Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Jam Tangan”. 2. Andaikan bahawa kamu sebatang sungai. Tuliskan pengalaman dan perjalanan hidup yang telah kamu lalui. Praktis Topikal Cerita / Cereka 1. Tuliskan sebuah cerita tentang pengalaman manis dan pahit yang pernah kamu lalui. Tulis cerita pengalaman hidup kamu itu selengkapnya. 2. Malang tidak berbau, tragedi yang berlaku secara tiba-tiba. Tuliskan sebuah cerita tentang kebakaran rumah jiran kamu. Tulis cerita kamu itu selengkapnya. Praktis Topikal Fakta / Rencana 1. Kamu dikehendaki menulis sebuah karangan fakta yang bertajuk, “ Kebaikan Makan Buah- buahan Tempatan”. Tulis rencana kamu itu selengkapnya. 2. Keracunan makanan sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Kamu diminta untuk menulis sebuah karangan tentang “Langkah-langkah Mengatasi Keracunan Makanan”. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 11. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 11 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C MODEL 1 Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapakan kerja sekolah. Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Empat Bestari sentiasa ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah. MODEL 1 Jawapan Contoh Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan} baik hati terhadap anggota keluarga rajin / ringan tulang membantu ibu di rumah penyayang terhadap adik-adiknya berdisiplin menjaga kebersihan kelas berhemah tinggi berusaha untuk mencapai kejayaan Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah bersikap baik hati terhadap semua anggota keluarga kita. Selain itu, kita sepatutnya rajin membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti menjaga kebersihan kelas. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah tinggi dan berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 12. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 12 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 1 Ulasan Pengajaran (Cerita Situasi) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Muhaimim dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka. Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula akan mencuci longkang dan menyapu sampah. Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Muhaimin mengutip tin dan botol kosong untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan pembakaran terbuka yang akan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, bapa Muhaimin menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu dimasukkan ke dalam tabung Muhaimin dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan rumah mereka. Bau bunga yang wangi pula akan menyegarkan udara di persekitaran. Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria. SUNTIKAN IDEA Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan} bekerjasama membersihkan kawasan rumah menjaga kebersihan cuci longkang, sapu sampah prihatin elak pembakaran terbuka ringan tulang menceriakan kawasan rumah menjaga alam sekitar menanam pokok bunga MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012
  • 13. Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 13 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C PRAKTIS 2 Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif) Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Siti Haida selalu bangun awal setiap pagi. Dia juga akan memastikan tempat tidurnya senantiasa kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu bapanya sebelum pergi ke sekolah. Semasa bersalam, dia mohon restu agar ibu bapanya mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi terhadap Siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik, tinggi budi pekertinya serta berpelajaran. Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya. Dia sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti Haida merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam keadaan bersih dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti Haida akan menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. MEMAHAMI & MENGULAS Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan} MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012