SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  3
Télécharger pour lire hors ligne
KONSEP HIBAH DALAM ISLAM
DALAM Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait
rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.
Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain.
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat,
manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang
dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh
hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).
Pensyariatan hibah dalam Islam
Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan
kepada bukti-bukti al-Quran, sunah dan ijmak.
Ia dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu
dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi
baik akibatnya.” (Surah al-Nisa’ ayat 4)
“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-
minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)
Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah juga disebut dalam
hadis Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Nabi SAW menerima dan
membalas hadiah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Antara rukun dan syarat yang perlu dipenuhi dalam kontrak hibah adalah seperti berikut:
1. Pemberi hibah (al-wahib)
Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd. Mereka juga
mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.
2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf
atau bukan mukalaf. Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil
baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang
amanah.
3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub)
Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah
pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika
harta berkenaan dihibahkan.
4. Lafaz ijab dan kabul (sighah)
Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan
penerimaan hibah.
Hukum penarikan semula atau pembatalan hibah
Timbul persoalan, adakah pemberi hibah boleh menarik balik setelah hibah dilakukan?
Perkara itu menjadi perselisihan dalam kalangan fuqaha’. Menurut pendapat mazhab Hanafi,
hukum pemberi untuk menarik balik hibah yang telah diberikan adalah makruh dan dia
boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd) kecuali jika
hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).
Ini berbeza dengan pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki
iaitu penarikan balik hibah boleh berlaku sekiranya ijab dan kabul berlaku tanpa ada
penyerahan harta hibah.
Namun, sekiranya penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) berlaku, maka hibah
berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk ibu,
datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya.
Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram)
menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk ibu, datuk, nenek dan
usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud:
“Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik
muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keistimewaan pemberian hibah
1.Pemberian hibah tidak dihadkan kepada sekumpulan orang tertentu. Ia berbeza dengan
sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada ahli waris-waris tertentu, manakala
wasiat mengecualikan waris sebagai penerima wasiat.
2.Kadar pemberian hibah adalah tidak terhad kepada jumlah tertentu. Ia berbeza dengan
konsep wasiat iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi sepertiga daripada harta
pusaka bersih dan faraid mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang diturunkan di dalam al-
Quran.
3. Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah hendak
diagihkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan
keperluan semasa waris-warisnya. Ini kerana, kebiasaannya keperluan seseorang individu
dengan individu yang lain adalah berbeza.
Kesimpulannya, konsep hibah boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan
harta dalam Islam. Konsep hibah amat sesuai diamalkan oleh masyarakat terutama untuk
mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan tanpa mengehadkan
kepada kadar dan golongan tertentu.
Artikel
Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Ren
cana_Utama&pg=ru_04.htm#ixzz3ZK1JxLdg
Hakcipta terpelihara

Contenu connexe

Tendances (20)

Slide i tab
Slide i tabSlide i tab
Slide i tab
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
A’ul, rad dan tashiih
A’ul, rad dan tashiihA’ul, rad dan tashiih
A’ul, rad dan tashiih
 
Hibah
HibahHibah
Hibah
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
Ijaarah dan jialah (upah dlm islam)
 
Musaqah
MusaqahMusaqah
Musaqah
 
Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)
 
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
15 HUKUM JU'ALAH
15 HUKUM JU'ALAH15 HUKUM JU'ALAH
15 HUKUM JU'ALAH
 
Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)Gadaian (Al-Rahn)
Gadaian (Al-Rahn)
 
4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)
 
Tarikh tasyri
Tarikh tasyriTarikh tasyri
Tarikh tasyri
 
Teori Harta dalam Muamalat
Teori Harta dalam MuamalatTeori Harta dalam Muamalat
Teori Harta dalam Muamalat
 
01 02 pendahuluan
01 02 pendahuluan01 02 pendahuluan
01 02 pendahuluan
 
HARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAMHARTA DALAM ISLAM
HARTA DALAM ISLAM
 

Similaire à Konsep Hibah dalam Islam

Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah MaliyahMembuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
Audria
 
8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah
8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah
8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah
shahirah44
 
KAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptx
KAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptxKAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptx
KAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptx
RUTABAMAHYAJP
 

Similaire à Konsep Hibah dalam Islam (20)

Al Islam PPT.pptx
Al Islam PPT.pptxAl Islam PPT.pptx
Al Islam PPT.pptx
 
Bab 9 pelepasan dan perubahan kepemilikan harta
Bab 9 pelepasan dan perubahan kepemilikan hartaBab 9 pelepasan dan perubahan kepemilikan harta
Bab 9 pelepasan dan perubahan kepemilikan harta
 
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptxHIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
HIBAH DALAM PANDANGAN ISLAM DAN HIKMAHNYA.pptx
 
Fiqih tentang waqaf, hibah, dan sadaqah
Fiqih  tentang waqaf, hibah, dan  sadaqahFiqih  tentang waqaf, hibah, dan  sadaqah
Fiqih tentang waqaf, hibah, dan sadaqah
 
Makalah hibah
Makalah hibahMakalah hibah
Makalah hibah
 
Hukum islam tentang wakaf
Hukum islam tentang wakafHukum islam tentang wakaf
Hukum islam tentang wakaf
 
Fiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdf
Fiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdfFiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdf
Fiqih Zakat – -Konsep Dasar.pdf
 
Materi Wakaf Lengkapzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzpptx
Materi Wakaf LengkapzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzpptxMateri Wakaf Lengkapzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzpptx
Materi Wakaf Lengkapzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzpptx
 
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah MaliyahMembuka Wawasan Ibadah Maliyah
Membuka Wawasan Ibadah Maliyah
 
Materi Fiqih "Sedekah, Hibah dan Hadiah"
Materi Fiqih "Sedekah, Hibah dan Hadiah"Materi Fiqih "Sedekah, Hibah dan Hadiah"
Materi Fiqih "Sedekah, Hibah dan Hadiah"
 
8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah
8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah
8.2(2,3,4) syariah afina h ibbah
 
Wakaf dalam islam
Wakaf dalam islamWakaf dalam islam
Wakaf dalam islam
 
Pengertian sedekah
Pengertian sedekahPengertian sedekah
Pengertian sedekah
 
Wakaf, Hibah, Sedekah dan Hadiah
Wakaf, Hibah, Sedekah dan HadiahWakaf, Hibah, Sedekah dan Hadiah
Wakaf, Hibah, Sedekah dan Hadiah
 
15 wakaf
15 wakaf15 wakaf
15 wakaf
 
Makalah pegadaian
Makalah pegadaianMakalah pegadaian
Makalah pegadaian
 
Pengertian wakaf
Pengertian wakafPengertian wakaf
Pengertian wakaf
 
KAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptx
KAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptxKAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptx
KAIDAH FIQIH AKAD TABARRU’.pptx
 
Tugas Fiqh Zakat dan Wakaf - Pengantar Umum Wakaf
Tugas Fiqh Zakat dan Wakaf - Pengantar Umum WakafTugas Fiqh Zakat dan Wakaf - Pengantar Umum Wakaf
Tugas Fiqh Zakat dan Wakaf - Pengantar Umum Wakaf
 
Artikel Wakaf.docx
Artikel Wakaf.docxArtikel Wakaf.docx
Artikel Wakaf.docx
 

Plus de surrenderyourthrone

LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
surrenderyourthrone
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
surrenderyourthrone
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
surrenderyourthrone
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
surrenderyourthrone
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
surrenderyourthrone
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
surrenderyourthrone
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
surrenderyourthrone
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
surrenderyourthrone
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
surrenderyourthrone
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
surrenderyourthrone
 

Plus de surrenderyourthrone (20)

BURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOFBURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOF
 
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
 
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICEPRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
 
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIORAGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
 
Capital and Corporal Punishment
Capital and Corporal PunishmentCapital and Corporal Punishment
Capital and Corporal Punishment
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
 
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHICPERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
 
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGECONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
 
CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysia
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 

Dernier

UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfUU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
Sumardi Arahbani
 

Dernier (10)

UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfUU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
 
1. TTT - AKKP (Pindaan 2022) dan AKJ (Pemansuhan 2022) (1A) (1).pptx
1. TTT - AKKP (Pindaan 2022) dan AKJ (Pemansuhan 2022) (1A) (1).pptx1. TTT - AKKP (Pindaan 2022) dan AKJ (Pemansuhan 2022) (1A) (1).pptx
1. TTT - AKKP (Pindaan 2022) dan AKJ (Pemansuhan 2022) (1A) (1).pptx
 
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
 
interpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxinterpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptx
 
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahamateri hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
 
pdf-makalah-manusia-nilai-moral-hukum.docx
pdf-makalah-manusia-nilai-moral-hukum.docxpdf-makalah-manusia-nilai-moral-hukum.docx
pdf-makalah-manusia-nilai-moral-hukum.docx
 
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIHAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
 
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxPENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
 
BUKU FAKTA SEJARAH :Pangeran Heru Arianataredja (keturunan Sultan Sepuh III S...
BUKU FAKTA SEJARAH :Pangeran Heru Arianataredja (keturunan Sultan Sepuh III S...BUKU FAKTA SEJARAH :Pangeran Heru Arianataredja (keturunan Sultan Sepuh III S...
BUKU FAKTA SEJARAH :Pangeran Heru Arianataredja (keturunan Sultan Sepuh III S...
 
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANBENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
 

Konsep Hibah dalam Islam

  • 1. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM DALAM Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid. Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain. Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Pensyariatan hibah dalam Islam Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti al-Quran, sunah dan ijmak. Ia dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (Surah al-Nisa’ ayat 4) “... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang- orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta- minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177) Selain daripada dalil yang terdapat dalam al-Quran, pelaksanaan hibah juga disebut dalam hadis Rasulullah SAW. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Nabi SAW menerima dan membalas hadiah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Antara rukun dan syarat yang perlu dipenuhi dalam kontrak hibah adalah seperti berikut: 1. Pemberi hibah (al-wahib) Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd. Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya. 2. Penerima hibah (al-mawhub lahu) Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf. Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah. 3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub)
  • 2. Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan. 4. Lafaz ijab dan kabul (sighah) Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Hukum penarikan semula atau pembatalan hibah Timbul persoalan, adakah pemberi hibah boleh menarik balik setelah hibah dilakukan? Perkara itu menjadi perselisihan dalam kalangan fuqaha’. Menurut pendapat mazhab Hanafi, hukum pemberi untuk menarik balik hibah yang telah diberikan adalah makruh dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd) kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad). Ini berbeza dengan pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki iaitu penarikan balik hibah boleh berlaku sekiranya ijab dan kabul berlaku tanpa ada penyerahan harta hibah. Namun, sekiranya penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) berlaku, maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Keistimewaan pemberian hibah 1.Pemberian hibah tidak dihadkan kepada sekumpulan orang tertentu. Ia berbeza dengan sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada ahli waris-waris tertentu, manakala wasiat mengecualikan waris sebagai penerima wasiat. 2.Kadar pemberian hibah adalah tidak terhad kepada jumlah tertentu. Ia berbeza dengan konsep wasiat iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi sepertiga daripada harta pusaka bersih dan faraid mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang diturunkan di dalam al- Quran. 3. Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah hendak diagihkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan
  • 3. keperluan semasa waris-warisnya. Ini kerana, kebiasaannya keperluan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Kesimpulannya, konsep hibah boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam. Konsep hibah amat sesuai diamalkan oleh masyarakat terutama untuk mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan tanpa mengehadkan kepada kadar dan golongan tertentu. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Ren cana_Utama&pg=ru_04.htm#ixzz3ZK1JxLdg Hakcipta terpelihara