SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Télécharger pour lire hors ligne
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/340549798
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
Article · April 2020
CITATIONS
0
READS
3,979
1 author:
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
hiwalah dalam kad kredit View project
PENGAMALAN WASIAT WAJIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN BERDASARKAN PERUNTUKAN ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN 2004
View project
Syahir Manaf
Universiti Kebangsaan Malaysia
6 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Syahir Manaf on 10 April 2020.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
1
PPPG 3163 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
JABATAN SYARIAH
SESI 2018 / 2019
TAJUK:
PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN
DISEDIAKAN OLEH:
AMIRUL IQBAL BIN AHMAD REDZUWAN (A161972)
MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF (A158392)
KELAS:
TUTOR KHAMIS 4-5 PETANG
FAKULTI:
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
PENSYARAH:
USTAZ MD YAZID BIN AHMAD
2
PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN
AMIRUL IQBAL BIN AHMAD REDZUWAN (A161972)
MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF (A158392)
Abstrak
Pentadbiran harta pusaka dalam Islam merangkumi beberapa peringkat yang melibatkan
pelbagai proses dan prosedur tertentu. Secara umumnya, Mahkamah Syariah adalah antara
institusi perundangan yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang melibatkan harta
pusaka bagi orang islam. Namun yang demikian, tidak semua perkara yang berkaitan pusaka
diuruskan oleh Mahkamah Syariah sebaliknya ianya turut melibatkan institusi-institusi lain.
Dalam erti kata lain, sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama islam dan seharusnya
ditadbir oleh badan perundangan islam sendiri telah dicampur tangan oleh badan-badan
perundangan yang lain. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya
ketidakseragaman dalam pengurusan harta pusaka bagi orang islam serta menimbulkan
kekeliruan dikalangan orang ramai sama ada semasa atau selepas proses pembahagian
dilakukan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah peranan dan
permasalahan yang dihadapi Mahkamah Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran harta
pusaka orang Islam. Hasil kajian mendapati Mahkamah Syariah perlulah diperkasakan agar
prinsip pembahagian harta pusaka yang telah diatur dalam Islam dilaksanakan dengan
sepenuhnya dan memberi keadilan kepada semua ahli waris dan menjamin kesejahteraan
dalam masyarakat.
Kata kunci: Mahkamah Syariah, Perundangan, Pentadbiran, Harta Pusaka, Malaysia
PENGENALAN
Pengurusan dan pentadbiran harta pusaka bagi orang yang beragama Islam di Malaysia
dilaksanakan oleh 3 agensi utama yang melibatkan Mahkamah Tinggi, Seksyen Pembahagian
Pusaka Kecil di bawah Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Unit Amanah Raya
Berhad. Pengagihan kuasa ini dibuat berdasarkan peruntukan Akta Probet dan Pentadbiran
1959, Akta Pusaka Kecil 1955 dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Manakala secara
umumnya Mahkamah Syariah hanyalah berperanan untuk mengeluarkan sijil faraid dan dirujuk
apabila timbul isu-isu koleteral dalam sesuatu pengurusan dan pentadbiran harta seperti isu
pengesahan ahli waris, isu keesahan perkahwinan dan hak-hak ahli waris. Isu-isu koleteral ini
akan menimbulkan ketidakadilan dan kelewatan sekiranya tidak diatasi dengan cara yang
berkesan (Suhaimi, 2018). Maka dengan itu dapatlah kita fahami bahawa dalam isu pentadbiran
harta pusaka, Mahkamah Syariah bukanlah sesuatu institusi yang menjadi tempat rujukan wajib
akan tetapi hanya sebagai pelengkap dalam sistem yang sedia ada yang akhirnya menyebabkan
timbul konflik dan ketidakjelasan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah
Sivil. Oleh yang demikian, penulisan ini dilakukan bagi mengenalpasti apakah kedudukan atau
peranan sebenar Mahkamah Syariah dalam urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam serta
permasalahan yang timbul dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh institusi mahkamah
bagi memastikan segala hal yang berkaitan dengan hukum syarak dilaksanakan oleh institusi
Islam sendiri.
3
PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
Mahkamah Syariah merupakan sebuah Institusi negeri yang membuat keputusan berkenaan
perkara Perundangan Islam. Selain itu, Mahkmah Syariah mempunyai peranan dan kuasa yang
terhad dalam perkara berkaitan harta Pusaka Islam (Mohamed Azam, 2000). Secara umumnya,
peranan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka mempunyai dua peranan iaitu
peranan secara langsung (khusus) dan tidak langsung. Perkara melibatkan peranan secara
langsung (khusus) Mahkamah Syariah seperti dalam hal berkaitan mengeluarkan sijil faraid
atau perakuan ahli waris. Disamping itu peranan Mahkamah Syariah iaitu persoalan berbangkit
ketika urusan pembahagian harta pusaka seperti hal berkaitan menentukan kesahtarafan
seseorang anak, mengesahkan sesuatu akad perkahwinan, tuntutan harta sepencarian,
memutuskan pertikaian berkaitan masalah harta sepencarian, wasiat, hibah, wakaf, nazar dan
lain-lain. Kesemua peranan ini pengkaji akan menjelaskan di dalam subtopik artikel ini.
1. MENGELUARKAN SIJIL FARAID
Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka
selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-
waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang
dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala
pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti
zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang
dibenarkan oleh syarak.m Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima
harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan
kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui
hubungan perkahwinan (Melaka Syariah Court,2019).
Apabila berlaku kematian, selepas pengkebumian simati, prinsip Islam menghendaki
urusan harta simati (pusaka) diselesaikan dengan segera. Seringkali waris menjadi keliru, di
mana dan bagimana harta pusaka boleh diselesaikan. Terdapat beberapa institusi yang
berlainan yang menguruskan pembahagian harta pusaka ini dan beberapa perundangan tertentu
yang mesti dipatuhi dan beberapa Institusi yang bertanggungjawab. Kedudukan ini
mengelirukan ahli waris mengenai di institusi mana dan bagaimana menyelesaikan dan
membahagikan harta pusaka ini (Resali Muda,2016). Apabila berlaku kematian seseorang
Muslim, maka urusan penyelesaian pusaka jangan dilengah-lengahkan atau ditangguhkan
kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih kronik. Hal ini kerana, masalah yang
mungkin timbul adalah seperti masalah pusaka berlapis, memakan harta anak yatim secara
batil ataupun tertinggal waris berhak yang lain tanpa disedari dan lain-lain.
Oleh itu, sekiranya terdapat pihak yang ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan
segera, maka sebaik-baiknya perlu mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah. Hal Ini
kerana Mahkamah Syariah Berperanan untuk mengeluarakan sijil Faraid bagi memudahkan
dan melancarkan urusan pembahagian harta pusaka si mati tadi, agar keadilan dapat
dilaksanakan kepada pihak-pihak atau waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati.
Sijil Faraid ialah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi
menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka.
Sijil Faraid dikeluarkan jika wujud permohonan daripada pihak-pihak tertentu yang berhasrat
menguruskan pembahagian harta pusaka si mati mengikut faraid.( Zahari Mahad,2013).
4
Secara umumnya semua negeri di Malaysia mempunyai peruntukkan yang khusus
berhubung dengan bidangkuasa mengeluarkan sijil Faraid, sama adam diperuntukkan di dalam
Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen/ Ordinan Mahkamah Syariah Negeri
negeri. Sebagai contoh seksyen 46(20) (b) Akta Pentadbiran Udang-undang Islam (Wilayah
Persekutuan) 1993 memperuntukkan bidang kuasa berhubung perwarisan kepada Mahkamah
Tinggi Syariah yang menyebut:
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan
dengan--
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si
mati Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masing
berhak; atau
Peranan Mahkamah Syariah dalam mengeluarkan dan mengesahkan sijil faraid di perkuatkan
lagi dengan peruntukan lain dalam Akta/Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen/
Ordinan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri. Sebagai contoh Syeksen 50 ) Akta Pentadbiran
Udang-undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993 memperuntukkan :
Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau
pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak
berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah,
adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian
dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-
masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang
menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang
ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai
orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-
bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.
Oleh itu, dapat disimpulkan melalui kajian dan pandangan penulis lain dengan melihat
kepada pmeruntukkan-peruntukkan yang ada menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah
mempunyai peranan dalam menegeluarkan dan mengesahkan Sijil Faraid berdasarkan hak-hak
yang telah di tetapkan dala hukum syarak yang berkaitan Faraid.
2. MENENTUKAN KESAHTARAFAN SESEORANG ANAK
Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam menentukan kesahtarafan seorang anak.
Hal ini adalah berkaitan dengan hal-hal berbangkit ketika proses pembahagian harta pusaka
diajalankan. Oleh itu, institusi yang selayaknya menjadi penyelesai masalah ini ialah menjadi
peranan Mahkamah Syariah bagi menentukan kesahtarafan seseorang anak si waris/si mati jika
berlaku pertikaian ketidaksahtarafan. Namun Mahkamah syariah tidak mempunyai bidang
kuasa untuk menentukan suatu harta sebagai harta pusaka, memerintahkan pembahagian harta
si mati atau memberi surat kuasa mentadbir harta pusaka (Wan Abdul Halim, 2006). Perkara
ini juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Jumaaton dan Raja Delila
5
lwn Raja Hizaruddin 1998 6 MLJ 556. Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan
bahawa disebabkan perkara berkaitan probet dan pentadbiran adalah termasuk dalam kuasa
perundangan Persekutuan yang eksklusif, maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai
kuasa untuk menggubal undang-undang dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian, Badan
Perundangan Negeri tidak boleh memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah
untuk memutuskan hal-hal probet dan pentadbiran. Walau bagaimanapun dalam perkara
pembahagian Pusaka Islam, perundangan yang terpakai ialah undang-undang khusus kepada
orang Islam terhadap perkara seperti penentuan waris, kadar bahagian masing-masing dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan pembahagian, semuanya tertakluk kepada hukum
syarak. Hal ini demikian kerana secara perundangannya ianya terletak dalam bidangkuasa
Negeri. Maka negeri berhak membuat undang-undang berkaitan dengannya (Mahmood, 1995).
Hal Ini jelas dalam Undang-Undang Keluarga Islam Johor 2003 yang memperuntukkan
Mahkamah Syariah mempunyai peranan dalam penentuan kesahtarafan seseorang anak itu
melalui peruntukkan :
“Jika anak itu dilahirkan lebih daripada empat tahun qamariah selepas perkahwinan
itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau sebab penceraian.lelaki itu tidak
boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya
menegaskan bahawa anak itu adalah anak lelaki itu” (Seksyen 112).
Kesimpulannya, Mahkamah Syariah juga membantu dan mempunyai peranan dalam
hal berkaitan penentuan kesahtarafan seseorang anak/waris kepada si mati melalui peruntukkan
undang-undang yang telah diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Negeri-Negeri.
3. MENGESAHKAN SESUATU AKAD PERKAHWINAN
Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka di kalangan
ahli waris-ahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat ahli ahli
waris dan mengelak pergaduhan dikalangan mereka. Islam amat mengambil berat tentang
pembahagian harta pusaka si mati dengan menentukan beberapa perkara yang berkaitan
dengannya. Perkara-perkara tersebut penting diketahui untuk menjaga harta peninggalan si
mati dari berlaku sebarang penyelewengan dalam pembahagiannya kepada waris-waris,
Namun demikian, sebelum pembahagian dilakukan hendaklah diselesaikan segala hak yang
bersangkutan dengan harta pusaka.( Norita Kamaruddin, 2018) Dalam syariat Islam, sebelum
dilaksanakan pembahagian pusaka kepada ahli waris, maka hendaklah terlebih dahulu
ditentukan sesuatu akad perkahwinan itu sah atau tidak. Hal ini hanya boleh diputuskan oleh
Mahkamah Syariah bagi Perkahwinan yang melibatkan oleh orang Islam.
Menurut Seksyen 11 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor 2003 Memperuntukkan
Enakmen 17 Tahun 2003 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Neger Johor)
2003bahagian – Perkahwinan Fasal 11. Perkahwinan Tak Sah berdasarkan kepada peruntukkan:
Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut
Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah, bahawa sesuatu perkahwinan adalah tidak sah
melainkan jika cukup semua syarat yang perlu,menurut Hukum Syarak untuk menjadikannya
sah.
6
Oleh itu, sesuatu perkahwinan yang tidak sah akan menyebabkan harta pusaka si mati
akan dapat pada orang yang salah dan seterusnya akan menzalimi waris yang selayaknya dapat.
4. MEMUTUSKAN PERTIKAIAN BERKAITAN MASALAH HARTA SEPENCARIAN,
WASIAT, HIBAH, WAKAF, NAZAR DAN LAIN-LAIN.
Mahkamah Syariah Negeri mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sah atau tidak
sesuatu wasiat,hibah dan wakaf yang dibuat oleh seorang Islam menurut hukum syarak jika
perkara-perkara itu berbangkit semasa tuntutan harta pusaka si mati dilakukan (Zamro Muda,
2019) .Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam mengesahkan bahagian ahli waris
yang berhak melalui pengeluaran sijil faraid atau perakuan warisan. Keputusan Mahkamah
Syariah berkaitan dengan perkara-perkara di atas hendaklah diambil kira dalam sesuatu
perintah pembahagian harta pusaka. Dalam hal ini, penentuan waris dan bahagian setiap orang
waris yang dikeluarkan adalah dalam bentuk sijil faraid (Zamro muda, 2006).
Maka dengan ini jelaslah bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas dan
hanya tertakluk kepada dua perkara sahaja iaitu menentukan ahli waris yang berhak mendapat
harta pusaka serta kadar pembahagian harta dalam bentuk sijil faraid sahaja. Mahkamah
Syariah tidak mempunyai kuasa dalam melaksanakan perintah pembahagian. Perintah
Mahkamah Syariah akan digunapakai oleh Mahkamah Tinggi dan badan-badan lain dalam
menentukan pembahagian pusaka orang-orang Islam (Siti Mashitoh, 2006)
PERMASALAHAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA
PUSAKA ORANG ISLAM
Antara permasalahan yang timbul berkaitan Mahkamah Syariah dalam konteks pentadbiran
harta pusaka ialah perkhidmatan yang kurang memuaskan, sekatan statutori ke atas mahkamah
Syariah, ketidakseragaman prosedur penetapan waris.
1. PERKHIDMATAN YANG KURANG MEMUASKAN
Islam telah menggariskan peraturan dan prinsip yang perlu dipatuhi dalam mengurus dan
mentadbir harta pusaka orang Islam. Namun yang demikian terdapat keluhan di kalangan orang
awam yang menyatakan bahawa mereka kurang puas hati terhadap perkhidmatan yang diberi.
Ini kerana pada kebiasaannya mereka terpaksa pergi ke lebih daripada satu tempat bagi
menyelesaikan masalah tuntutan harta pusaka mereka. Sistem sedia ada telah membenarkan
kepelbagaian di mana terdapat agensi berbeza dalam mengurus hal-ehwal harta pusaka orang
Islam di Malaysia, namun hal ini juga menimbulkan ketidakseragaman dalam pelaksanaan
tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian
selidik yang telah dilakukan oleh Suhaimi Abd Rahman (2018) yang menyatakan bahawa
majoriti responden melihat sistem atau undang-undang pengurusan dan pentadbiran harta
pusaka Islam sedia ada kurang jelas dan tidak efektif.
Perkara ini berlaku kerana sistem pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam
membahagikan kuasa kepada empat agensi utama, iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat
Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Amanah Raya Berhad dan
Mahkamah Syariah. Kewujudan pelbagai agensi dalam pengurusan dan pentadbiran harta
pusaka orang Islam ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan waris berkaitan agensi
sepatutnya mereka pergi bagi tujuan tuntutan harta pusaka. Di Malaysia, semua sistem
7
perundangan termasuk perundangan mengenai pentadbiran harta pusaka perlu mematuhi
prinsip dan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang juga adalah undang-undang
tertinggi di Malaysia. Secara amnya, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa membuat
penentuan waris, manakala Mahkamah Tinggi Sivil pula mempunyai kuasa untuk membuat
perintah. Walaupun Perkara 1 Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah
memberi kuasa kepada negeri untuk membuat undang-undang berkaitan harta pusaka orang
Islam tetapi ini tidaklah bermakna bahawa ia mempunyai kuasa eksklusif (Rafidah Khusairi,
2003).
2. SEKATAN STATUTORI KE ATAS MAHKAMAH SYARIAH
Boleh dikatakan hampir semua peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran harta pusaka
orang Islam menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah (Md Yazid, 2006). Ini termasuklah:
Perkara 4(e)(i) Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 (e) (i)
Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut dalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan;
(i) …pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir…
(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang
berhubungan dengan perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan,
kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat.
Selain itu Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Seksyen 24 memperuntukkan:
“Tanpa menjejaskan seksyen 23, bidang kuasa sivil mahkamah tinggi hendaklah termasuk; (e)
bidang kuasa untuk memberi probet bagi wasiat testamen dan surat kuasa mentadbir bagi
harta pusaka si mati yang meninggalkan harta di dalam bidang kuasa wilayah mahkamah itu
dan untuk menukar atau membatalkan pemberian tersebut”
Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Seksyen 77 A memperuntukkan:
77A. (1) Penolong Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong
Pendaftar Mahkamah Tinggi, selain Penolong Pendaftar yang ditubuhkan sedemikian di
bawah subseksyen (2), hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk menyekat apaapa pemberian
probet atau surat pentadbiran yang diberikan oleh mana-mana mahkamah atau pihak
berkuasa dalam Komanwel di luar Malaysia oleh apa-apa nama yang ditetapkan, yang
mempunyai bidang kuasa dalam hal probet dan untuk mendengar dan menentukan
permohonan, dan memberi, probet atau surat pentadbiran(a) dalam semua kes yang tidak
dipertikai; dan (b) dalam semua kes yang dipertikaikan di mana ia menunjukkan bahawa nilai
kasar harta pusaka si mati tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.
Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Seksyen 4(1), 12(7) dan 19(1)(a) memperuntukkan:
Seksyen 4(1) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 – “Kecuali sebagaimana Akta ini
memperuntukan sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah
8
diturunkan atau terletakhak dalam mana-mana orang menurut kuasa mana-mana instrument
selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat di bawah Akta ini”
Seksyen 12(7) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 – “Pentadbir Tanah hendaklah
menentukan, dalam apa cara yang paling sesuai, undang-undang yang terpakai kepada
penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang
itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan masing-masing”
Berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa mentadbir
atau mengeluarkan sebarang perintah berkaitan pembahagian harta pusaka. Sebaliknya agensi
pusat seperti Seksyen Pusaka Kecil, JKPTG atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya
Berhad mempunyai kuasa mentadbir atau mengeluarkan apa-apa perintah berkaitan
pembahagian harta pusaka di kalangan orang Islam. Mahkamah Syariah hanya mempunyai
kuasa membuat penentuan, manakala Mahkamah Tinggi Sivil pula mempunyai kuasa untuk
membuat perintah.
3. KETIDAKSERAGAMAN PROSEDUR PENETAPAN WARIS
Ketidakseragaman prosedur penetapan waris antara Mahkamah Syariah dan agensi pusat lain
bukan sahaja menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli waris tetapi melambatkan proses
pembahagian harta pusaka di kalangan mereka. Ketidakseragaman ini berlaku kerana sistem
pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang islam sedia ada memisahkan bidangkuasa
bagi agensi-agensi berkenaan. Walaupun peruntukan statutori telah menegaskan bahawa
Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menentukan persoalan tentang harta pusaka, waris
dan kadar pewarisan, namun dari segi amalan perkara ini tidak menjadi kewajipan kepada
agensi lain untuk merujuk Mahkamah Syariah (Al-Adib, 2006). Perkara ini berlaku kerana
peruntukan satutori tidak mewajibkan agensi terbabit membuat rujukan kepada Mahkamah
Syariah. Seksyen 12(7) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 umpamanya
memperuntukkan:
Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling sesuai, undang-undang
yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa
mengikut undang-undang itu adalah benefisiaribenefisiari dan kadar syer dan kepentingan
masing-masing.
Berikutan peruntukan di atas, berlaku keadaan dimana keputusan penentuan waris oleh
Mahkamah Syariah tidak diterima oleh Pejabat Pusaka Kecil. Malah Pejabat Pusaka Kecil akan
mengetepikan keputusan tersebut dan mengeluarkan perintah baharu. Dalam hal lain, kaedah
keterangan dan pembuktian dalam penetapan waris oleh Mahkamah Syariah berbeza dengan
kaedah yang dilaksanakan oleh Pejabat Pusaka Kecil. Mahkamah Syariah tidak perlu semua
waris untuk hadir dalam penetapan waris manakala Pejabat Pusaka Kecil akan memanggil
semua waris untuk hadir. Perkara ini bukan sahaja boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan
ahli waris tetapi juga melambatkan proses pembahagian pusaka di kalangan ahli waris
(Suhaimi, 2018).
9
PENAMBAHBAIKAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA
PUSAKA ORANG ISLAM
Terdapat beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem pentadbiran dan pembahagian harta
pusaka orang Islam di Malaysia. Antaranya termasuklah memberi kuasa lebih kepada
Mahkamah Syariah dengan membuat beberapa pindaan kecil tehadap peruntukan undang-
undang sedia ada. Sepertimana yang telahpun diperkatakan, kuasa Mahkamah Syariah dalam
hal berkaitan pentadbiran pusaka pada hari ini adalah bersifat terhad dan tidak merangkumi
semua proses secara keseluruhan. Mahkamah syariah hanya diberi peranan dan tugasan tertentu
yang akhirnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di samping menimbulkan
konflik bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil (Suhaimi, 2018).
Oleh yang demikian beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap beberapa peruntukan
kecil dalam akta dan enakmen negeri supaya dapat memastikan Mahkamah Syariah memiliki
bidangkuasa yang sepatutnya dalam hal-hal pentadbiran pusaka islam (Suhaimi, 2018). Bidang
kuasa yang diharapkan adalah seperti bidangkuasa berkaitan pembahagian harta pusaka orang
Islam termasuk probet dan surat kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir dan membahagi harta
pusaka orang Islam sepatutnya diberikan kepada Mahakamah Syariah bagi memastikan harta
yang diagihkan itu benar-benar mengikut kehendak Syarak selain daripada dapat mengatasi
masalah kekeliruan akibat ketidakseragaman dari segi amalan. Untuk tujuan ini suatu
peruntukan berkaitan wasi perlu dimasukkan ke dalam enakmen negeri. Dengan tambahan
bidangkuasa masalah kecelaruan dan ketidakseragaman proses pentadbiran harta pusaka antara
Mahkamah Syariah dan beberapa agensi pusat lain dapat dikurangkan.
Selain itu, bagi mewujudkan keseragaman dalam proses pembahagian harta, prosedur
sedia ada haruslah diteliti dan diselaraskan di peringkat persekutuan. Hal ini demikian kerana,
sistem pentadbiran harta pusaka bagi sesebuah negeri di Malaysia adalah tidak sama dengan
negeri-negeri yang lain. Sebahagian negeri hanya perlu melalui prosedur yang mudah dalam
proses penentuan pembahagian pusaka manakala terdapat sebahagian negeri yang mempunyai
penambahan prosedur tertentu. Hal ini terjadi kerana bidangkuasa harta pusaka di Mahkamah
Syariah adalah tertakluk di bawah undang-undang negeri masing-masing. Setiap negeri berhak
memutuskan apa-apa prosedur mengikut kehendak negeri masing-masing tanpa perlu
mengikut prosedur negeri lain. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan prosedur yang
digunapakai di setiap negeri adalah berbeza dan tidak seragam. Oleh yang demikian kerajaan
di peringkat persekutuan hendaklah menetapkan satu prosedur tertentu yang mampu menjadi
obligasi dan garis panduan kepada setiap kerajaan negeri supaya dapat melicinkan pentadbiran
harta pusaka dalam sesebuah negara (Wan Abdul Halim, 2006).
Antara alternatif lain juga termasuklah menubuhkan sebuah agensi khas bagi
menguruskan hal-ehwal pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia
(Zahari, 2013). Kepelbagaian agensi dalam sektor pengurusan harta pusaka bagi orang islam
telah menyebabkan berlaku ketidakseragaman antara satu agensi dengan agensi yang lain.
Tambahan pula, peranan yang berlainan dalam setiap agensi dalam menguruskan satu perkara
iaitu berkaitan harta pusaka sahaja telah mengelirukan serta menyukarkan masyarakat untuk
menyelesaikan masalah harta yang dihadapi. Pengurusan harta pusaka yang tidak tersusun
dalam satu institusi ini secara tidak langsung akan memberikan tanggapan yang negatif oleh
masyarakat tehadap agama islam sendiri. Masyarakat akan mudah menjatuhkan serta
10
meremehkan soal agama berdasarkan isu dan konflik yang timbul (Mohamed Azam, 2000).
Oleh itu, satu institusi atau badan khas hendaklah ditubuhkan supaya dapat memastikan segala
hal yang berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka bagi orang islam hanya
dilaksanakan oleh satu badan sahaja dan masyarakat tidak perlu berurusan dengan agensi-
agensi lain. Sekiranya perkara ini mampu dilaksanakan, sudah pasti ianya akan membantu
menjadikan pentadiran harta pusaka lebih sistematik dan tersusun di samping memberikan
kemudahan kepada masyarakat awam.
KESIMPULAN
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kepelbagaian agensi dalam pengurusan dan
pentadbiran harta pusaka telah menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam
melaksanakan bidangkuasa masing-masing. Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan
di kalangan orang awam akan tetapi boleh memberi kesan terhadap integriti sesebuah agensi
itu. Pada dasarnya, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah
pembahagian harta pusaka tetapi proses tersebut tetap dilakukan atas permintaan orang awam.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa agensi persekutuan lain yang menjalankan tugas
Mahkamah Syariah umpamanya dalam kes siasatan waris. Hal ini secara tidak langsung
mengelirukan masyarakat tambahan pula sekiranya keputusan yang dibuat adalah bercanggah
dengan keputusan asal Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, peranan Mahkamah Syariah
dalam sistem pentadbiran harta pusaka Islam hanyalah sebagai pelengkap kepada agensi
persekutuan lain dan dirujuk sekiranya timbul semasa prosiding pembahagian harta pusaka
Islam. Seharusnya, penentuan tentang harta pusaka, waris dan kadar pewarisan seharusnya
menjadi hak eksklusif Mahkamah Syariah. Ini kerana hakim Mahkamah Syariah lebih arif dan
dapat mentadbir harta pusaka menurut kehendak syarak. Apabila keadilan terjamin,
pertelingkahan diantara ahli waris secara khusus dan persengketaan dalam masyarakat secara
am dapat dielakkan. Oleh itu, pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka
orang Islam di Malaysia mampu untuk menjamin keadilan kepada ahli waris dan mengelakkan
pertelingkahan dalam masyarakat.
RUJUKAN
Akmal Hidayah Halim & Azhani Arshad. 2014. Penentuan Harta Pusaka di Malaysia:
Kajian Dari Perspektif Undang-Undang Sivil dan Syariah.
Mahmud Saedon A. Othman. 1995. Bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum, Jilid
Ketujuh, bil. 1: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2006. Kekangan Statut Ke Atas Bidang Kuasa
Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Orang-Orang Islam Di Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 151-166.
Mohamed Azam Mohamed Adil. 2000. Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di
Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana? Jurnal Syariah. Jilid 8. Bil.2. Akademi Pengajian
Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mohd Zamro Muda & Sureizai Arshad. 2006. Pengurusan dan Tuntutan Harta Pusaka Besar
(Biasa) Orang Islam di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam
Islam, hlm 359-374.
11
Mohd. Al-Adib Samuri. 2006. Bidangkuasa Membicarakan Bagi Kes Berkaitan Wakaf dan
Harta Pusaka di Mahkamah Sivil: Analisis Kes Selepas Pindaan Perkara 121(1A)
Perlembagaan Persekutuan. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta
dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi.
Rafidah Mohamad Cusairi@Khusairi. 2003. Isu-Isu Pengurusn Harta Pusaka Orang-Orang
Islam di Malaysia: Satu Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jabatan Syariah dan
Undang-Undang. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Resali Muda. 2016. Harta Pusaka Islam Di Malaysia: Antara Perundangan dan
Pentadbiran. Malaysian Journal of Syariah Law. Fakulti Syariah dan Undang-Undang.
Universiti Sains Islam Malaysia.
Siti Mashitoh Mahamood. 2006. Bidangkuasa Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia:
Perspektif Perundangan Syariah dan Sivil. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan
Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian
Islam: UKM, bangi.
Suhaimi Abd Rahman, Rasyikah Khalid, Adilah Abd Razak dan Abu Bakar Jaafar. 2018.
Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam
Menurut Kerangka Federalisme di Malaysia.
Wan Abdul Halim Wan Harun. 2006. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Zahari Mahad Musa & Jasni Sulong. 2013. Kes-Kes Faraid Khas: Huraian dan
Penyelesaiannya. Negeri Sembilan: Penerbit USIM.
Zamro Muda. 2019. Kuasa dan Peranan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta
Pusaka. Undang-Undang Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf. Slide Kuliah Minggu ke-5.
View publication statsView publication stats

Contenu connexe

Tendances

LAND LAW - Sistem Torrens di Malaysia
LAND LAW - Sistem Torrens di MalaysiaLAND LAW - Sistem Torrens di Malaysia
LAND LAW - Sistem Torrens di MalaysiaAmirulAfiq30
 
Slide alyamin
Slide alyaminSlide alyamin
Slide alyaminSnj SNj
 
Fiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliFiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliAzim Ismail14
 
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAPEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAAina Zambry
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Presentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh MuamalatPresentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh MuamalatRazma
 
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGELAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGEDania
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariahFadzli Ismail
 
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahKesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahshahirah44
 
Peraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamPeraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamShuhada Sha'ari
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahhafizuddinhussin
 

Tendances (20)

LAND LAW - Sistem Torrens di Malaysia
LAND LAW - Sistem Torrens di MalaysiaLAND LAW - Sistem Torrens di Malaysia
LAND LAW - Sistem Torrens di Malaysia
 
Slide alyamin
Slide alyaminSlide alyamin
Slide alyamin
 
Fiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliFiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual Beli
 
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAPEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
 
Musaqah
MusaqahMusaqah
Musaqah
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
Chapter seven
Chapter sevenChapter seven
Chapter seven
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Konsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam IslamKonsep Pemilikan Dalam Islam
Konsep Pemilikan Dalam Islam
 
Presentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh MuamalatPresentation Fiqh Muamalat
Presentation Fiqh Muamalat
 
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGELAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
LAW605 Notes (Family Law 1: Islamic) - EXCEPT INTRODUCTION & POLYGAMOUS MARRIAGE
 
Jual beli
Jual beliJual beli
Jual beli
 
Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)Pelaburan (Mudhabarah)
Pelaburan (Mudhabarah)
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Ahliyyah Al Wujub
Ahliyyah Al WujubAhliyyah Al Wujub
Ahliyyah Al Wujub
 
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarahKesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
Kesalahan yang mewajibkan diyat dan kaffarah
 
Peraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islamPeraturan dan polisi keluarga islam
Peraturan dan polisi keluarga islam
 
definisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinahdefinisi dan kepentingan qarinah
definisi dan kepentingan qarinah
 
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAMMUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
 

Similaire à UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF

GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...
GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...
GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...Ahmad Lakim
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...surrenderyourthrone
 
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
 jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law pAngku Anazmy
 
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHADLAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHADsurrenderyourthrone
 
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awalidmac2015
 
Analisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdf
Analisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdfAnalisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdf
Analisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdfYunusAbdullah5
 
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secaraPeranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secaraFaten Basir
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Nurul Dayati Fauziah
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHsurrenderyourthrone
 
KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...
KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...
KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...surrenderyourthrone
 
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...surrenderyourthrone
 
Bab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di Malaysia
Bab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di MalaysiaBab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di Malaysia
Bab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di Malaysiawmkfirdaus
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Laila Azhan
 
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi341027. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102abuhannan78
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...surrenderyourthrone
 
Bab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalan
Bab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalanBab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalan
Bab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalanwmkfirdaus
 
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfKONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfSyahirahJohar1
 
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...Intan Muhammad
 

Similaire à UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF (20)

22.pusaka
22.pusaka22.pusaka
22.pusaka
 
GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...
GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...
GARIS PANDUAN (PEMBAHAGIAN, PELANTIKAN WALI HARTA DAN PERAKUAN PERWARISAN HAR...
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
 
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
 jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
jurisdictional conflicts between islamic law & civil law p
 
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHADLAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
LAPORAN KES - AKMAR BINTI AMINUDDIN V AMANAH RAYA BERHAD
 
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
 
Analisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdf
Analisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdfAnalisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdf
Analisis_Fatwa_Fatwa_Semasa_Syariah_di_Malaysia.pdf
 
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secaraPeranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
Peranan mahkamah syariah dalam pentadbiran harta pusaka secara
 
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
Ekzak nurul dayati fauziah 041511433084
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
 
KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...
KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...
KESAKSIAN DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA...
 
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
Kesaksian Dalam Konteks Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia...
 
Bab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di Malaysia
Bab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di MalaysiaBab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di Malaysia
Bab 4 pengaruh mazhab syafie dalam perundangan di Malaysia
 
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
 
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi341027. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
 
BAB MAHKAMAH T5
BAB MAHKAMAH T5BAB MAHKAMAH T5
BAB MAHKAMAH T5
 
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
KEDUDUKAN BAYYINAH, SYAHADAH DAN QARINAH DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KETE...
 
Bab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalan
Bab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalanBab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalan
Bab 2 Fatwa di malaysia: Satu pengenalan
 
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfKONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
 
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syar...
 

Plus de surrenderyourthrone

LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERsurrenderyourthrone
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIAsurrenderyourthrone
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...surrenderyourthrone
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...surrenderyourthrone
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILsurrenderyourthrone
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysiasurrenderyourthrone
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAsurrenderyourthrone
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSsurrenderyourthrone
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...surrenderyourthrone
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...surrenderyourthrone
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...surrenderyourthrone
 

Plus de surrenderyourthrone (20)

BURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOFBURDEN AND STANDARD OF PROOF
BURDEN AND STANDARD OF PROOF
 
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWERLAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
LAW OF EVIDENCE - TUTORIAL QUESTION AND ANSWER
 
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICEPRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
PRESUMPTION AND JUDICIAL NOTICE
 
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIORAGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
AGGRAVATE ME - SAMPLE SENIOR
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001CHILD ACT 2001
CHILD ACT 2001
 
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIATHE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
THE JUVENILE JUSTICE SYSTEM IN MALAYSIA
 
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
PRINCIPLE OF PRIMA FACIE CASE AND MAXIMUM EVALUATION AT THE CLOSE OF PROSECUT...
 
Capital and Corporal Punishment
Capital and Corporal PunishmentCapital and Corporal Punishment
Capital and Corporal Punishment
 
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd v Dae Hanguru Infra Sdn Bhd and ...
 
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHICPERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
PERSONAL INSOLVENCY INFOGRAPHIC
 
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVILJUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
JUSTIFIKASI KEPERLUAN PENAHANAN REMAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN SIVIL
 
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGECONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
CONTRACTS ACT 1950 COVER PAGE
 
CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950CONTRACTS ACT 1950
CONTRACTS ACT 1950
 
The Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in MalaysiaThe Legal Profession in Malaysia
The Legal Profession in Malaysia
 
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIAAN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
AN INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW OF PROPERTY IN MALAYSIA
 
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORSFUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
FUNG KEONG RUBBER MANUFACTURING (M) SDN BHD v LEE ENG KIAT & ORS
 
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
WRITTEN AND ORAL IN ISLAMIC LAW - DOCUMENTARY EVIDENCE AND NON-MUSLIMS IN MOR...
 
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
PEMBUKTIAN MELALUI DOKUMEN DALAM KES-KES PENGESAHAN HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH...
 
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM UNDANG-UNDANG KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DAN ...
 

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF

  • 1. See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/340549798 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF Article · April 2020 CITATIONS 0 READS 3,979 1 author: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: hiwalah dalam kad kredit View project PENGAMALAN WASIAT WAJIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN BERDASARKAN PERUNTUKAN ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM NEGERI SEMBILAN 2004 View project Syahir Manaf Universiti Kebangsaan Malaysia 6 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Syahir Manaf on 10 April 2020. The user has requested enhancement of the downloaded file.
  • 2. 1 PPPG 3163 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF JABATAN SYARIAH SESI 2018 / 2019 TAJUK: PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN DISEDIAKAN OLEH: AMIRUL IQBAL BIN AHMAD REDZUWAN (A161972) MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF (A158392) KELAS: TUTOR KHAMIS 4-5 PETANG FAKULTI: FAKULTI PENGAJIAN ISLAM PENSYARAH: USTAZ MD YAZID BIN AHMAD
  • 3. 2 PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM: PERMASALAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN AMIRUL IQBAL BIN AHMAD REDZUWAN (A161972) MOHAMED SYAHIR BIN ABD MANAF (A158392) Abstrak Pentadbiran harta pusaka dalam Islam merangkumi beberapa peringkat yang melibatkan pelbagai proses dan prosedur tertentu. Secara umumnya, Mahkamah Syariah adalah antara institusi perundangan yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang melibatkan harta pusaka bagi orang islam. Namun yang demikian, tidak semua perkara yang berkaitan pusaka diuruskan oleh Mahkamah Syariah sebaliknya ianya turut melibatkan institusi-institusi lain. Dalam erti kata lain, sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama islam dan seharusnya ditadbir oleh badan perundangan islam sendiri telah dicampur tangan oleh badan-badan perundangan yang lain. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam pengurusan harta pusaka bagi orang islam serta menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai sama ada semasa atau selepas proses pembahagian dilakukan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah peranan dan permasalahan yang dihadapi Mahkamah Syariah dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam. Hasil kajian mendapati Mahkamah Syariah perlulah diperkasakan agar prinsip pembahagian harta pusaka yang telah diatur dalam Islam dilaksanakan dengan sepenuhnya dan memberi keadilan kepada semua ahli waris dan menjamin kesejahteraan dalam masyarakat. Kata kunci: Mahkamah Syariah, Perundangan, Pentadbiran, Harta Pusaka, Malaysia PENGENALAN Pengurusan dan pentadbiran harta pusaka bagi orang yang beragama Islam di Malaysia dilaksanakan oleh 3 agensi utama yang melibatkan Mahkamah Tinggi, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil di bawah Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Unit Amanah Raya Berhad. Pengagihan kuasa ini dibuat berdasarkan peruntukan Akta Probet dan Pentadbiran 1959, Akta Pusaka Kecil 1955 dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Manakala secara umumnya Mahkamah Syariah hanyalah berperanan untuk mengeluarkan sijil faraid dan dirujuk apabila timbul isu-isu koleteral dalam sesuatu pengurusan dan pentadbiran harta seperti isu pengesahan ahli waris, isu keesahan perkahwinan dan hak-hak ahli waris. Isu-isu koleteral ini akan menimbulkan ketidakadilan dan kelewatan sekiranya tidak diatasi dengan cara yang berkesan (Suhaimi, 2018). Maka dengan itu dapatlah kita fahami bahawa dalam isu pentadbiran harta pusaka, Mahkamah Syariah bukanlah sesuatu institusi yang menjadi tempat rujukan wajib akan tetapi hanya sebagai pelengkap dalam sistem yang sedia ada yang akhirnya menyebabkan timbul konflik dan ketidakjelasan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Oleh yang demikian, penulisan ini dilakukan bagi mengenalpasti apakah kedudukan atau peranan sebenar Mahkamah Syariah dalam urusan pentadbiran harta pusaka orang Islam serta permasalahan yang timbul dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh institusi mahkamah bagi memastikan segala hal yang berkaitan dengan hukum syarak dilaksanakan oleh institusi Islam sendiri.
  • 4. 3 PERANAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA Mahkamah Syariah merupakan sebuah Institusi negeri yang membuat keputusan berkenaan perkara Perundangan Islam. Selain itu, Mahkmah Syariah mempunyai peranan dan kuasa yang terhad dalam perkara berkaitan harta Pusaka Islam (Mohamed Azam, 2000). Secara umumnya, peranan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka mempunyai dua peranan iaitu peranan secara langsung (khusus) dan tidak langsung. Perkara melibatkan peranan secara langsung (khusus) Mahkamah Syariah seperti dalam hal berkaitan mengeluarkan sijil faraid atau perakuan ahli waris. Disamping itu peranan Mahkamah Syariah iaitu persoalan berbangkit ketika urusan pembahagian harta pusaka seperti hal berkaitan menentukan kesahtarafan seseorang anak, mengesahkan sesuatu akad perkahwinan, tuntutan harta sepencarian, memutuskan pertikaian berkaitan masalah harta sepencarian, wasiat, hibah, wakaf, nazar dan lain-lain. Kesemua peranan ini pengkaji akan menjelaskan di dalam subtopik artikel ini. 1. MENGELUARKAN SIJIL FARAID Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris- waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.m Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan (Melaka Syariah Court,2019). Apabila berlaku kematian, selepas pengkebumian simati, prinsip Islam menghendaki urusan harta simati (pusaka) diselesaikan dengan segera. Seringkali waris menjadi keliru, di mana dan bagimana harta pusaka boleh diselesaikan. Terdapat beberapa institusi yang berlainan yang menguruskan pembahagian harta pusaka ini dan beberapa perundangan tertentu yang mesti dipatuhi dan beberapa Institusi yang bertanggungjawab. Kedudukan ini mengelirukan ahli waris mengenai di institusi mana dan bagaimana menyelesaikan dan membahagikan harta pusaka ini (Resali Muda,2016). Apabila berlaku kematian seseorang Muslim, maka urusan penyelesaian pusaka jangan dilengah-lengahkan atau ditangguhkan kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih kronik. Hal ini kerana, masalah yang mungkin timbul adalah seperti masalah pusaka berlapis, memakan harta anak yatim secara batil ataupun tertinggal waris berhak yang lain tanpa disedari dan lain-lain. Oleh itu, sekiranya terdapat pihak yang ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan segera, maka sebaik-baiknya perlu mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah. Hal Ini kerana Mahkamah Syariah Berperanan untuk mengeluarakan sijil Faraid bagi memudahkan dan melancarkan urusan pembahagian harta pusaka si mati tadi, agar keadilan dapat dilaksanakan kepada pihak-pihak atau waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati. Sijil Faraid ialah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka. Sijil Faraid dikeluarkan jika wujud permohonan daripada pihak-pihak tertentu yang berhasrat menguruskan pembahagian harta pusaka si mati mengikut faraid.( Zahari Mahad,2013).
  • 5. 4 Secara umumnya semua negeri di Malaysia mempunyai peruntukkan yang khusus berhubung dengan bidangkuasa mengeluarkan sijil Faraid, sama adam diperuntukkan di dalam Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen/ Ordinan Mahkamah Syariah Negeri negeri. Sebagai contoh seksyen 46(20) (b) Akta Pentadbiran Udang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 memperuntukkan bidang kuasa berhubung perwarisan kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang menyebut: (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan-- (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat; (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masing berhak; atau Peranan Mahkamah Syariah dalam mengeluarkan dan mengesahkan sijil faraid di perkuatkan lagi dengan peruntukan lain dalam Akta/Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen/ Ordinan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri. Sebagai contoh Syeksen 50 ) Akta Pentadbiran Udang-undang Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1993 memperuntukkan : Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing- masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian- bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak. Oleh itu, dapat disimpulkan melalui kajian dan pandangan penulis lain dengan melihat kepada pmeruntukkan-peruntukkan yang ada menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai peranan dalam menegeluarkan dan mengesahkan Sijil Faraid berdasarkan hak-hak yang telah di tetapkan dala hukum syarak yang berkaitan Faraid. 2. MENENTUKAN KESAHTARAFAN SESEORANG ANAK Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam menentukan kesahtarafan seorang anak. Hal ini adalah berkaitan dengan hal-hal berbangkit ketika proses pembahagian harta pusaka diajalankan. Oleh itu, institusi yang selayaknya menjadi penyelesai masalah ini ialah menjadi peranan Mahkamah Syariah bagi menentukan kesahtarafan seseorang anak si waris/si mati jika berlaku pertikaian ketidaksahtarafan. Namun Mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan suatu harta sebagai harta pusaka, memerintahkan pembahagian harta si mati atau memberi surat kuasa mentadbir harta pusaka (Wan Abdul Halim, 2006). Perkara ini juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Jumaaton dan Raja Delila
  • 6. 5 lwn Raja Hizaruddin 1998 6 MLJ 556. Dalam kes ini, Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa disebabkan perkara berkaitan probet dan pentadbiran adalah termasuk dalam kuasa perundangan Persekutuan yang eksklusif, maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian, Badan Perundangan Negeri tidak boleh memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan hal-hal probet dan pentadbiran. Walau bagaimanapun dalam perkara pembahagian Pusaka Islam, perundangan yang terpakai ialah undang-undang khusus kepada orang Islam terhadap perkara seperti penentuan waris, kadar bahagian masing-masing dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembahagian, semuanya tertakluk kepada hukum syarak. Hal ini demikian kerana secara perundangannya ianya terletak dalam bidangkuasa Negeri. Maka negeri berhak membuat undang-undang berkaitan dengannya (Mahmood, 1995). Hal Ini jelas dalam Undang-Undang Keluarga Islam Johor 2003 yang memperuntukkan Mahkamah Syariah mempunyai peranan dalam penentuan kesahtarafan seseorang anak itu melalui peruntukkan : “Jika anak itu dilahirkan lebih daripada empat tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau sebab penceraian.lelaki itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya menegaskan bahawa anak itu adalah anak lelaki itu” (Seksyen 112). Kesimpulannya, Mahkamah Syariah juga membantu dan mempunyai peranan dalam hal berkaitan penentuan kesahtarafan seseorang anak/waris kepada si mati melalui peruntukkan undang-undang yang telah diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Negeri-Negeri. 3. MENGESAHKAN SESUATU AKAD PERKAHWINAN Allah s.w.t. telah menentukan hukum dan cara pembahagian dalam harta pusaka di kalangan ahli waris-ahli waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua peringkat ahli ahli waris dan mengelak pergaduhan dikalangan mereka. Islam amat mengambil berat tentang pembahagian harta pusaka si mati dengan menentukan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Perkara-perkara tersebut penting diketahui untuk menjaga harta peninggalan si mati dari berlaku sebarang penyelewengan dalam pembahagiannya kepada waris-waris, Namun demikian, sebelum pembahagian dilakukan hendaklah diselesaikan segala hak yang bersangkutan dengan harta pusaka.( Norita Kamaruddin, 2018) Dalam syariat Islam, sebelum dilaksanakan pembahagian pusaka kepada ahli waris, maka hendaklah terlebih dahulu ditentukan sesuatu akad perkahwinan itu sah atau tidak. Hal ini hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah bagi Perkahwinan yang melibatkan oleh orang Islam. Menurut Seksyen 11 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor 2003 Memperuntukkan Enakmen 17 Tahun 2003 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Neger Johor) 2003bahagian – Perkahwinan Fasal 11. Perkahwinan Tak Sah berdasarkan kepada peruntukkan: Sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syarak, untuk menjadikannya sah, bahawa sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu,menurut Hukum Syarak untuk menjadikannya sah.
  • 7. 6 Oleh itu, sesuatu perkahwinan yang tidak sah akan menyebabkan harta pusaka si mati akan dapat pada orang yang salah dan seterusnya akan menzalimi waris yang selayaknya dapat. 4. MEMUTUSKAN PERTIKAIAN BERKAITAN MASALAH HARTA SEPENCARIAN, WASIAT, HIBAH, WAKAF, NAZAR DAN LAIN-LAIN. Mahkamah Syariah Negeri mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sah atau tidak sesuatu wasiat,hibah dan wakaf yang dibuat oleh seorang Islam menurut hukum syarak jika perkara-perkara itu berbangkit semasa tuntutan harta pusaka si mati dilakukan (Zamro Muda, 2019) .Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam mengesahkan bahagian ahli waris yang berhak melalui pengeluaran sijil faraid atau perakuan warisan. Keputusan Mahkamah Syariah berkaitan dengan perkara-perkara di atas hendaklah diambil kira dalam sesuatu perintah pembahagian harta pusaka. Dalam hal ini, penentuan waris dan bahagian setiap orang waris yang dikeluarkan adalah dalam bentuk sijil faraid (Zamro muda, 2006). Maka dengan ini jelaslah bahawa bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas dan hanya tertakluk kepada dua perkara sahaja iaitu menentukan ahli waris yang berhak mendapat harta pusaka serta kadar pembahagian harta dalam bentuk sijil faraid sahaja. Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa dalam melaksanakan perintah pembahagian. Perintah Mahkamah Syariah akan digunapakai oleh Mahkamah Tinggi dan badan-badan lain dalam menentukan pembahagian pusaka orang-orang Islam (Siti Mashitoh, 2006) PERMASALAHAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM Antara permasalahan yang timbul berkaitan Mahkamah Syariah dalam konteks pentadbiran harta pusaka ialah perkhidmatan yang kurang memuaskan, sekatan statutori ke atas mahkamah Syariah, ketidakseragaman prosedur penetapan waris. 1. PERKHIDMATAN YANG KURANG MEMUASKAN Islam telah menggariskan peraturan dan prinsip yang perlu dipatuhi dalam mengurus dan mentadbir harta pusaka orang Islam. Namun yang demikian terdapat keluhan di kalangan orang awam yang menyatakan bahawa mereka kurang puas hati terhadap perkhidmatan yang diberi. Ini kerana pada kebiasaannya mereka terpaksa pergi ke lebih daripada satu tempat bagi menyelesaikan masalah tuntutan harta pusaka mereka. Sistem sedia ada telah membenarkan kepelbagaian di mana terdapat agensi berbeza dalam mengurus hal-ehwal harta pusaka orang Islam di Malaysia, namun hal ini juga menimbulkan ketidakseragaman dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab agensi berkenaan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian selidik yang telah dilakukan oleh Suhaimi Abd Rahman (2018) yang menyatakan bahawa majoriti responden melihat sistem atau undang-undang pengurusan dan pentadbiran harta pusaka Islam sedia ada kurang jelas dan tidak efektif. Perkara ini berlaku kerana sistem pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam membahagikan kuasa kepada empat agensi utama, iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Amanah Raya Berhad dan Mahkamah Syariah. Kewujudan pelbagai agensi dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan waris berkaitan agensi sepatutnya mereka pergi bagi tujuan tuntutan harta pusaka. Di Malaysia, semua sistem
  • 8. 7 perundangan termasuk perundangan mengenai pentadbiran harta pusaka perlu mematuhi prinsip dan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang juga adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Secara amnya, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa membuat penentuan waris, manakala Mahkamah Tinggi Sivil pula mempunyai kuasa untuk membuat perintah. Walaupun Perkara 1 Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada negeri untuk membuat undang-undang berkaitan harta pusaka orang Islam tetapi ini tidaklah bermakna bahawa ia mempunyai kuasa eksklusif (Rafidah Khusairi, 2003). 2. SEKATAN STATUTORI KE ATAS MAHKAMAH SYARIAH Boleh dikatakan hampir semua peruntukan undang-undang berkaitan pentadbiran harta pusaka orang Islam menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah (Md Yazid, 2006). Ini termasuklah: Perkara 4(e)(i) Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 4 (e) (i) Senarai 1 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: (e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut dalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan; (i) …pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir… (ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat. Selain itu Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Seksyen 24 memperuntukkan: “Tanpa menjejaskan seksyen 23, bidang kuasa sivil mahkamah tinggi hendaklah termasuk; (e) bidang kuasa untuk memberi probet bagi wasiat testamen dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati yang meninggalkan harta di dalam bidang kuasa wilayah mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian tersebut” Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Seksyen 77 A memperuntukkan: 77A. (1) Penolong Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi, selain Penolong Pendaftar yang ditubuhkan sedemikian di bawah subseksyen (2), hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk menyekat apaapa pemberian probet atau surat pentadbiran yang diberikan oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa dalam Komanwel di luar Malaysia oleh apa-apa nama yang ditetapkan, yang mempunyai bidang kuasa dalam hal probet dan untuk mendengar dan menentukan permohonan, dan memberi, probet atau surat pentadbiran(a) dalam semua kes yang tidak dipertikai; dan (b) dalam semua kes yang dipertikaikan di mana ia menunjukkan bahawa nilai kasar harta pusaka si mati tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit. Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Seksyen 4(1), 12(7) dan 19(1)(a) memperuntukkan: Seksyen 4(1) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 – “Kecuali sebagaimana Akta ini memperuntukan sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah
  • 9. 8 diturunkan atau terletakhak dalam mana-mana orang menurut kuasa mana-mana instrument selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat di bawah Akta ini” Seksyen 12(7) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 – “Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan masing-masing” Berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa mentadbir atau mengeluarkan sebarang perintah berkaitan pembahagian harta pusaka. Sebaliknya agensi pusat seperti Seksyen Pusaka Kecil, JKPTG atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya Berhad mempunyai kuasa mentadbir atau mengeluarkan apa-apa perintah berkaitan pembahagian harta pusaka di kalangan orang Islam. Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa membuat penentuan, manakala Mahkamah Tinggi Sivil pula mempunyai kuasa untuk membuat perintah. 3. KETIDAKSERAGAMAN PROSEDUR PENETAPAN WARIS Ketidakseragaman prosedur penetapan waris antara Mahkamah Syariah dan agensi pusat lain bukan sahaja menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli waris tetapi melambatkan proses pembahagian harta pusaka di kalangan mereka. Ketidakseragaman ini berlaku kerana sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang islam sedia ada memisahkan bidangkuasa bagi agensi-agensi berkenaan. Walaupun peruntukan statutori telah menegaskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menentukan persoalan tentang harta pusaka, waris dan kadar pewarisan, namun dari segi amalan perkara ini tidak menjadi kewajipan kepada agensi lain untuk merujuk Mahkamah Syariah (Al-Adib, 2006). Perkara ini berlaku kerana peruntukan satutori tidak mewajibkan agensi terbabit membuat rujukan kepada Mahkamah Syariah. Seksyen 12(7) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 umpamanya memperuntukkan: Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah benefisiaribenefisiari dan kadar syer dan kepentingan masing-masing. Berikutan peruntukan di atas, berlaku keadaan dimana keputusan penentuan waris oleh Mahkamah Syariah tidak diterima oleh Pejabat Pusaka Kecil. Malah Pejabat Pusaka Kecil akan mengetepikan keputusan tersebut dan mengeluarkan perintah baharu. Dalam hal lain, kaedah keterangan dan pembuktian dalam penetapan waris oleh Mahkamah Syariah berbeza dengan kaedah yang dilaksanakan oleh Pejabat Pusaka Kecil. Mahkamah Syariah tidak perlu semua waris untuk hadir dalam penetapan waris manakala Pejabat Pusaka Kecil akan memanggil semua waris untuk hadir. Perkara ini bukan sahaja boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan ahli waris tetapi juga melambatkan proses pembahagian pusaka di kalangan ahli waris (Suhaimi, 2018).
  • 10. 9 PENAMBAHBAIKAN MAHKAMAH SYARIAH DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM Terdapat beberapa cadangan bagi penambahbaikan sistem pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia. Antaranya termasuklah memberi kuasa lebih kepada Mahkamah Syariah dengan membuat beberapa pindaan kecil tehadap peruntukan undang- undang sedia ada. Sepertimana yang telahpun diperkatakan, kuasa Mahkamah Syariah dalam hal berkaitan pentadbiran pusaka pada hari ini adalah bersifat terhad dan tidak merangkumi semua proses secara keseluruhan. Mahkamah syariah hanya diberi peranan dan tugasan tertentu yang akhirnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di samping menimbulkan konflik bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil (Suhaimi, 2018). Oleh yang demikian beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap beberapa peruntukan kecil dalam akta dan enakmen negeri supaya dapat memastikan Mahkamah Syariah memiliki bidangkuasa yang sepatutnya dalam hal-hal pentadbiran pusaka islam (Suhaimi, 2018). Bidang kuasa yang diharapkan adalah seperti bidangkuasa berkaitan pembahagian harta pusaka orang Islam termasuk probet dan surat kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir dan membahagi harta pusaka orang Islam sepatutnya diberikan kepada Mahakamah Syariah bagi memastikan harta yang diagihkan itu benar-benar mengikut kehendak Syarak selain daripada dapat mengatasi masalah kekeliruan akibat ketidakseragaman dari segi amalan. Untuk tujuan ini suatu peruntukan berkaitan wasi perlu dimasukkan ke dalam enakmen negeri. Dengan tambahan bidangkuasa masalah kecelaruan dan ketidakseragaman proses pentadbiran harta pusaka antara Mahkamah Syariah dan beberapa agensi pusat lain dapat dikurangkan. Selain itu, bagi mewujudkan keseragaman dalam proses pembahagian harta, prosedur sedia ada haruslah diteliti dan diselaraskan di peringkat persekutuan. Hal ini demikian kerana, sistem pentadbiran harta pusaka bagi sesebuah negeri di Malaysia adalah tidak sama dengan negeri-negeri yang lain. Sebahagian negeri hanya perlu melalui prosedur yang mudah dalam proses penentuan pembahagian pusaka manakala terdapat sebahagian negeri yang mempunyai penambahan prosedur tertentu. Hal ini terjadi kerana bidangkuasa harta pusaka di Mahkamah Syariah adalah tertakluk di bawah undang-undang negeri masing-masing. Setiap negeri berhak memutuskan apa-apa prosedur mengikut kehendak negeri masing-masing tanpa perlu mengikut prosedur negeri lain. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan prosedur yang digunapakai di setiap negeri adalah berbeza dan tidak seragam. Oleh yang demikian kerajaan di peringkat persekutuan hendaklah menetapkan satu prosedur tertentu yang mampu menjadi obligasi dan garis panduan kepada setiap kerajaan negeri supaya dapat melicinkan pentadbiran harta pusaka dalam sesebuah negara (Wan Abdul Halim, 2006). Antara alternatif lain juga termasuklah menubuhkan sebuah agensi khas bagi menguruskan hal-ehwal pentadbiran dan pembahagian harta pusaka orang Islam di Malaysia (Zahari, 2013). Kepelbagaian agensi dalam sektor pengurusan harta pusaka bagi orang islam telah menyebabkan berlaku ketidakseragaman antara satu agensi dengan agensi yang lain. Tambahan pula, peranan yang berlainan dalam setiap agensi dalam menguruskan satu perkara iaitu berkaitan harta pusaka sahaja telah mengelirukan serta menyukarkan masyarakat untuk menyelesaikan masalah harta yang dihadapi. Pengurusan harta pusaka yang tidak tersusun dalam satu institusi ini secara tidak langsung akan memberikan tanggapan yang negatif oleh masyarakat tehadap agama islam sendiri. Masyarakat akan mudah menjatuhkan serta
  • 11. 10 meremehkan soal agama berdasarkan isu dan konflik yang timbul (Mohamed Azam, 2000). Oleh itu, satu institusi atau badan khas hendaklah ditubuhkan supaya dapat memastikan segala hal yang berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka bagi orang islam hanya dilaksanakan oleh satu badan sahaja dan masyarakat tidak perlu berurusan dengan agensi- agensi lain. Sekiranya perkara ini mampu dilaksanakan, sudah pasti ianya akan membantu menjadikan pentadiran harta pusaka lebih sistematik dan tersusun di samping memberikan kemudahan kepada masyarakat awam. KESIMPULAN Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kepelbagaian agensi dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka telah menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam melaksanakan bidangkuasa masing-masing. Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam akan tetapi boleh memberi kesan terhadap integriti sesebuah agensi itu. Pada dasarnya, Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membuat perintah pembahagian harta pusaka tetapi proses tersebut tetap dilakukan atas permintaan orang awam. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa agensi persekutuan lain yang menjalankan tugas Mahkamah Syariah umpamanya dalam kes siasatan waris. Hal ini secara tidak langsung mengelirukan masyarakat tambahan pula sekiranya keputusan yang dibuat adalah bercanggah dengan keputusan asal Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, peranan Mahkamah Syariah dalam sistem pentadbiran harta pusaka Islam hanyalah sebagai pelengkap kepada agensi persekutuan lain dan dirujuk sekiranya timbul semasa prosiding pembahagian harta pusaka Islam. Seharusnya, penentuan tentang harta pusaka, waris dan kadar pewarisan seharusnya menjadi hak eksklusif Mahkamah Syariah. Ini kerana hakim Mahkamah Syariah lebih arif dan dapat mentadbir harta pusaka menurut kehendak syarak. Apabila keadilan terjamin, pertelingkahan diantara ahli waris secara khusus dan persengketaan dalam masyarakat secara am dapat dielakkan. Oleh itu, pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia mampu untuk menjamin keadilan kepada ahli waris dan mengelakkan pertelingkahan dalam masyarakat. RUJUKAN Akmal Hidayah Halim & Azhani Arshad. 2014. Penentuan Harta Pusaka di Malaysia: Kajian Dari Perspektif Undang-Undang Sivil dan Syariah. Mahmud Saedon A. Othman. 1995. Bidangkuasa Mahkamah Syariah. Jurnal Hukum, Jilid Ketujuh, bil. 1: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Md Yazid Ahmad & Ibnor Azli Ibrahim. 2006. Kekangan Statut Ke Atas Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Orang-Orang Islam Di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm. 151-166. Mohamed Azam Mohamed Adil. 2000. Bidangkuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah Mana? Jurnal Syariah. Jilid 8. Bil.2. Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohd Zamro Muda & Sureizai Arshad. 2006. Pengurusan dan Tuntutan Harta Pusaka Besar (Biasa) Orang Islam di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, hlm 359-374.
  • 12. 11 Mohd. Al-Adib Samuri. 2006. Bidangkuasa Membicarakan Bagi Kes Berkaitan Wakaf dan Harta Pusaka di Mahkamah Sivil: Analisis Kes Selepas Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi. Rafidah Mohamad Cusairi@Khusairi. 2003. Isu-Isu Pengurusn Harta Pusaka Orang-Orang Islam di Malaysia: Satu Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jabatan Syariah dan Undang-Undang. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Resali Muda. 2016. Harta Pusaka Islam Di Malaysia: Antara Perundangan dan Pentadbiran. Malaysian Journal of Syariah Law. Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Universiti Sains Islam Malaysia. Siti Mashitoh Mahamood. 2006. Bidangkuasa Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Perspektif Perundangan Syariah dan Sivil. Kertas Kerja Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam. Anjuran KIPSAS dan Jabatan Syariah. Fakulti Pengajian Islam: UKM, bangi. Suhaimi Abd Rahman, Rasyikah Khalid, Adilah Abd Razak dan Abu Bakar Jaafar. 2018. Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam Menurut Kerangka Federalisme di Malaysia. Wan Abdul Halim Wan Harun. 2006. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Zahari Mahad Musa & Jasni Sulong. 2013. Kes-Kes Faraid Khas: Huraian dan Penyelesaiannya. Negeri Sembilan: Penerbit USIM. Zamro Muda. 2019. Kuasa dan Peranan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Pusaka. Undang-Undang Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf. Slide Kuliah Minggu ke-5. View publication statsView publication stats