SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  17
PENGENALAN

        Kerajaan Majapahit telah di tubuhkan sekitar tahun saka 1216 iaitu bersamaan dengan

1293 Masihi oleh seorang putera dari bekas kerajaan Singasari yang dikenali sebagaiNararya

Sanggraramawijaya atau lebih dikenali sebagai Raden Wijaya. Raden Wijaya menubuhkan

Majapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang menyerang Jawa sekitar tahun

1293 Masihi.1Dengan itu kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya dengan gelaran

sebagai Prabu Kertajasa Jayawardana selapas sahaja kehancuran kerajaan Kendiri yang

dimusnahakan oleh pasukan tentera dari China dalam Dinasti Ming yang ingin menyerang

Prabu Kertanegara namun dapat dipengarui oleh kerajaan Majapahit untuk menyerang

Kendiri dan akhirnya kerajaan kendiri di musnahkan. Setelah itu Majapahit mula berkembang

dan muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara.Mengikut pandangan sarjana Majapahit

mengalami tiga situasi pemerintahan.Pertama adalah zaman permulaan kedua adalah zaman

kegemilangan dan yang terakhir adalah zaman kemerosotan.2


        Zaman kegemilangan adalah semasa Majapahit diperintah oleh Hayam Wuruk.Beliau

merupakan      anak    kepada     Puteri    Djajawisnuwardani       dengan      Kertawardana.Zaman

pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu oleh Mangkabuminya Patih Gajah Mada telah

mengalami zaman         kegemilangan di mana seluruh pelusuk nusantara berada di bawah

naungan kerajaan Majapahit dan di Selat Melaka. Dengan bantuan kebijaksanaan dan sumpah

Mangkabuminya yang dikenali sebagai sumpah-palapa, Majapahit pada ketika itu dapat

menyatukan seluruh kerajaan di Nusantara termasuk Pahang, Palembang, dan Temasik.3 [3]

Namun beliau telah meninggal dunia semasa Majapahit diambang kemegahan, iaitu pada

tahun 1363, Gajah Mada telah jatuh sakit              disebabkan usianya yang telah, berita ini

1
  Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd
,2008, Hlm, 144
2
  Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Cetakan Ketujuh, PN Balai Pustaka
Jakarta, 1972, Hlm, 22
3
  Ibid, Hlm, 50

                                                                                                        1
menyedihkan Hayam Wuruk kerana akan kehilangan seorang perdana menteri yang menjadi

kemegahan kemegahanya.


           Setelah kehilangan Perdana Menterinya yang bijaksana maka politik kerajaan mula

mengalami perubahan kerana jawatan selama ini yang dipegang oleh Mangkabuminya tidak

ada waris yang mampu menandingi beliau.Maka jawatan selama ini dipegang olehnya

dibahagikan kepada beberapa jabatan untuk diperintah oleh para pegawai Majapahit.Setelah

itu bermulanya kelemahan kerajaan Majapahit walaupun tidak lagi menyerlah namun sudah

mula berlaku kepincangan politik.Dan pada tahun 1389 masihi merupakan titik tolak kepada

kemerosotan kerajaan Majapahit apabila Prabu Rajasanegara (Hayam Wuruk) telah

meninggal dunia.4Faktor peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan

merupakan faktor utama yang telah menpercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayar

Majapahit. Namun begitu ,terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada

kejatuhan kerajaan Majapahit.




FAKTOR DALAMAN

Peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan

           Peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan merupakan faktor terpenting

yang menyebabkan kerajaan Majapahit mengalami zaman kejatuhan.Perang saudara diantara

Wikramawardhana dengan Bhre Wirabhumi.Perang saudara ini dikenali sebagai             Perang

Paregreg yang berlaku semasa pemerintahan Wikramawardhana sekitar tahun 1319 sehingga

1429 masihi.Perang ini berlaku disebabkan perasaan tidak puas hati Bhre Wirabhumi

terhadap perlantikan Wikramawardhana sebagai pemerintah Majapahit.Hal ini berlaku kerana


4
    Ibid, Hlm, 80

                                                                                           2
beliau merasakan bahawa beliau paling layak untuk dilantik sebagai pemerintah.Disamping

itu juga,telah berlaku perang saudara yang hebat iaitu sekitar tahun 1401 sehingga 1405

masihi yang telah membawa kepada kematian Bhre Wirabhumi.Perang saudara tersebut

memberi kesan kepada kerajaan Majapahit dari segi politik iaitu kekuasaannya sebagai

sebuah kuasa terkuat di Nusantara semakin merosot.Keadaan ini telah menyebabkan negeri-

negeri berdekatannya seperti Melaka menguasainya.5


        Perasan tidak puas hati Bhre Wirabhumi wujud akibat daripada wasiat Hayam Wuruk

yang lebih memilih Wikramawardana yang hanya menantu HayamWuruk sedangkan beliau

adalan anak kandung Hayam Wuruk dengan gundiknya . Hal ini dapat di buktikan apabila

ketika Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa selepas beliau wafat

takhta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni Wirakramawardana suami kepada

puteri Kasumawardani.Namun Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yang

bernama Raja Wirabumi yang ditempatkan di sebelah timur Jawa. Maka wujud dua keluarga

dari keturunan yang sama. Hal ini menyebabkan berlaku pergolakan politik di antara kuasa

pusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa peringkat daerah yang diperintah

oleh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang saudara.6


        Wirabumi tidak mengiktiraf kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalah

menantu Hayam Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam huruk.Ini

menyebabkan Wirabumi tidak tunduk kepada kerajaan yang berpusat di Majapahit.Maka

berlakulah pergolakan antara dua buah keluarga berterusan maka terletuslah perang saudara

pada tahun 1404 Masihi sehingga 1406 Masihi yang dikenali sebagai perang

Paregreg.7Dalam perang ini Wirakramawardana banyak mendapat sokongan dalam


5
  Mohd Dahlan Mansoer, Penghantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,1979,
Hlm, 190.
6
  Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit , Jajasan Prapantia, Jakarta, 1978, Hlm 46
7
  Ibid, Hlm 93.

                                                                                                   3
mempertahankan kerajaanya sehinggalah kematian Wirabumi ketangan Raden Gadjah yang

berpangkat Ratu Achirbaja.8Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun ia

memberi impak besar kerana mulanya hilang pengaruhi pusat kepada daerah-daerah naugan

Majapahit dan lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.9


        Kesan daripada perang saudara menyebabkan lahir perasaan dendam dari sebelah

pihak yakni ahli keluarga Wirabhumi. Keadaan ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaiki

takhta kerajaan Majapahit pada tahun 1429 masihi menyebabkan kerajaan berat sebelah

kerana golongan yang dulu melawan Wirabumi kini ditindas manakala orang yang

membunuh Wirabumi yakni Raden Gajah juga dibunuh.10




Kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk

Kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada merupakan salah satu faktor yang menyebabkan

berlakunya kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Majapahit.Hal ini kerana Patih Gajah Mada

merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan cekap dalam menjalankan dasar

pemerintahannya.Beliau merupakan seorang rakyat biasa yang dilahirkan di Pulau Bali dan

menetap di Majapahit.Patih Gajah Mada telah dilantik menjadi pegawai pengawal istana

semasa zaman pemerintahan Prabu Jayanagara sekitar tahun 1309 sehingga 1328

masihi.Kegemilangan Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk adalah didorong oleh

kebijaksanaan Patih Gajah Mada yang berperanan sebagai pembantu, penasihat dan Perdana

Menteri.Oleh kerana kebijaksanaan beliau telah menyebabkan banyak wilayah-wilayah yang

Wilayah Gurun (Lombok),Seran (Seram),Tanjung Pura( Kalimantan), Haru (Sumatera

Utara), Pahang (Tanah Melayu),Dopo,Bali,Sunda,Palembang, dan Temasik (Singapura)
8
 Ibid, Hlm, 64
9
 Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddha
Nalanda, Jakarta,1978,Hlm, 46
10
   Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm, 46

                                                                                                    4
.Selain itu,Patih Gajah Mada juga merupakan seorang pemimpin yang bijak dan bercita-cita

tinggi    dalam menjalankan pentadbirannya.Misalnya,kerajaan di sekitar Majapahit telah

mengakui kewibawaannya dan tunduk kepada Patih Gajah Mada.Patih Gajah Mada turut

terkenal dengan sumpah Nusantara atau nama lainnya ialah Sumpah Palapa.11


          Keadaan ini telah membawa kepada perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana

Menteri atau Patih Amangku Bumi sekitar tahun 1336 masihi.Patih Gajah Mada telah

meninggal dunia sekitar tahun 1364 masihi dan telah menyebabkan kekosongan jawatan yang

dipegang oleh Patih Gajah Mada iaitu jawatan Patih Amangku Bumi.Jawatan tersebut

mengalami kekosongan selama 3 tahun sehingga tahun 1367 masihi dan Hayam Wuruk telah

melantik Gajah Enggon untuk memegang jawatan tersebut.Hayam Wuruk enggan melantik

orang lain untuk memegang jawatan tersebut kerana tidak ada seorang pun yang layak.Hal ini

jelaslah menunjukkan bahawa Patih Gajah Mada merupakan seseorang yang begitu penting

dalam kerajaan Majapahit.Selepas kematian Patih Gajah Mada,jawatan beliau terbiar kosong

kerana tidak ada sesiapa yang layak memegang jawatan tersebut.Keadaan ini menunjukkan

bahawa peranan yang dimainkan oleh Patih Gajah Mada sangat penting dan Majapahit telah

mengalami kemerosotan selepas kematian beliau.12


         Namun setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampu

memikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan ini mengambarkan tiada yang

mampu menjawati kedudukan Gajah Madah.Kematian beliau menyedihkan Prabu Hayam

Wuruk sebelum wafat kerana tiada yang mampu mengantikan kebijaksanaanya.Hal ini

menyebabkan jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaitu

Warda Menteri (menteri Sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug (mantjanegera) Pu Nala,



11
   D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1979, Hlm, 108
12
   Slametmulyana,Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Bhratar Karya Aksara, Jakarta, 1979, Hlm, 40

                                                                                                       5
Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.13Perkara ini mengambarkan bahawa selepas

kemangkatan Gajah Madah keadaan politik kerajaan Majaphit mengalami perubahan yang

begitu besar.Majapahit terpaksa berusaha mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatan

yang ditinggalkan oleh Gajah Madah dan kesan dari kejadian tersebut, maka bermulalah

kemerosotan Majapahit walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu Hayam

Wuruk.14




Kelemahan raja-raja selepas Hayam Wuruk

        Seterusnya kelemahan raja-raja selepas Hayam Wuruk juga merupakan salah satu

faktor yang memyebabkan kerajaan Majapahit mengalami zaman kejatuhan.Selepas

kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masihi maka pemerintahan kerajaan diwarisi

oleh kerajaan yang tidak berkelibar . Penganti takhta kerajaan sesudah Hayam Wuruk adalah

Wirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah tahun 1429 masihi

merupakan menantu kepada Hayam Wuruk.15Semasa pemerintahan Wirakramawardani

politik kerajaan mula merosot akibat ketidak puashati dari segelintir keturunan Rajasanegara

yang membawa kelemahan pentadbiran kerajaan.Perang saudara mula meletus akibat

Wirabumi tidak mengiktiraf kuasa Majapahit.16Perang tercetus ini mengakibatkan

kepincangan politik Majapahit yang menyebabkan kawalan terhadap negeri naugan kurang

diambil perhatian oleh raja Majapahit yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhan

kerajaan baru yang tidak lagi bernaung kepada pemerintahan Majapahit.Hal ini dibuktikan

dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.Hal ini menunjukan kelemahan



13
   Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm, 79
14
   Ibid, Hlm, 80
15
   R. Atmodanimto, Babad Demak dalam Tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher,2000, Hlm, 35
16
   D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm, 115

                                                                                                   6
raja Majapahit menyebabkan banyak negeri tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dan

cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri.


            Akibat daripada perang saudara di antara Wirabumi dan Wirakramawardani

menyebabkan Wirabumi dibunuh terbunuh pada tahun 1406 Masihi dan bandar Varabumi

ditawan.Namun perang tersebut menyebabkan kematian pegawai China. Hal ini

menyebabkan hubungan dengan kerajaan China mula regang, walaupun hati maharaja China

dapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh Wikramawardani untuk menebus

kematian pegawai cina dalam perang tersebut.17


            Pada tahun 1429 Masihi raja Wikramawardani meninggal dunia dan tampuk

pemerintahan diwarisi oleh anak beliau iaitu Ratu Suhita (1429-1447 M).Semasa kerajaan

Ratu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre Daha.Ini menunjukan

kelemahan kerajaan yang mengakibatkan wujud pemberontakan untuk mengulingkan

kerajaan.18Selepas kematian Ratu Suhita takhta pada tahun 1447 Masihi takhta kerajaan

diterajui oleh Raja Kertavijaya yang merupakan saudara lelaki Ratu Suhita.Ekonomi kerajaan

Majapahit semakinlembab akibat kelemahan pemerintah kerajaan Majapahit sendiri ini

kerana banyak kawasan yang dulunya menjadi nadi ekonomi Majapahit mula tidak

berhubung dengan bandar pentadbiran Majapahit seperti Kalimantan Timur dan Pelembang.


               Selepas pemrintahan Raja Kertavijaya kerajaan Majapahit diperintah oleh Seri

Radjasawardana pada tahun 1451 Masihi sehingga 1453 Masihi, namun selepas kematian

beliau tiada waris yang memerintah kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja.

Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga 1456 Masihi, Majapahit tidak mempunyai

Raja.Sehinggalah kemunculan Hiang Purwawisjesa.Beliau memerintah selama sepuluh tahun



17
     Ibid, Hlm, 116.
18
     Ibid, Hlm, 119

                                                                                          7
dari tahun 1465sehingga tahun 1466 Masihi.19Selepas itu kerajaan Majapahit diperintah oleh

beberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja yang terkini yang memimpin takhta kerajaan

Majapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit yang dikenali sebagai Prabu

Adipati Udara dan Prabu Maharadja Adipati Unus.Pemerintahan pusat semankin lemah

apabila ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luar

lagi, ini menunjukkan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit. Perkara ini

dibuktikan semasa serangan yang dilakukan oleh Demak dalam era pemerintahan Bera

Wijaya, tenteranya tidak mampu untuk menepis serangan tersebut yang menyebabkan kota

Majapahit di diruntuhkan.20Hal demikian telah menyebabkan kerajaan Majapahit semakin

lemah kerana peperangan tersebut melibatkan kekuatan tentera dan ekonomi yang sangat

banyak.




Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran

           Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran juga merupankan salah

satu faktor yang        kejatuhan kerajaan Majapahit..Bermula pada tahun 1451 Masihi iaitu

semasa pemerintahan Rajasawardhana,beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit ke

Fahuripan.Selepas itu,ibu negeri Majapahit telah dipindahkan ke Tumapel semasa Raja Phre

Wengker memerintah dan ibu negeri Majapahit telah berpindah ke Daha pula semasa Bhre

Padan Salas memerintah pada tahun 1468 Masihi.Kekerapan pertukaran tempat pemerintahan

dan pentadbiran telah menyebabkan ketiadaan wilayah yang kuat untuk dijadikan sebagai

pusat pemerintahan kerajaan Majapahit.Keadaan ini turut mewujudkan hanya terdapat

sesetengah kawasan sahaja yang memberi sokongan kepada pemerintah Majapahit kerana

tidak wujud kesepaduan.Keadaan ini akan memberi kesan kepada Majapahit iaitu pengaruh
19
     Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Hlm, 66.
20
     Ibid, Hlm,80

                                                                                        8
dari kawasan-kawasan luar telah mulai masuk ke dalam kawasan Majapahit serta mendirikan

kerajaan-kerajaan baru di wilayah jajahan Majapahit.Hal ini jelaslah memberi kesan kepada

kerajaan Majapahit kerana tidak sempat menguatkan kuasa di kawasan ibu negerinya.21




Pemberontakan

           Selepas sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh Ratu

Suhita.Maka semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untuk

mengulingkan kerajaan.Pemberontakan tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.Walaupun

sebelum ini pemberontakan telah berlaku semasa pemerintahan Hayam Wuruk namun senang

sahaja di kalahkan oleh Mangkabuminya Gajah Madah. Dalam pemerintahan Ratu Suhita

pemberontakan ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan. Apabila

pemberontakan berlaku di pusat pemerintahan menyebabkan kawalan ke atas daerah takluk

berkurang kerana tertempu kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakan

tersebut.Hal ini menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasan

keatas negeri takluk.22




FAKTOR LUARAN


Pengaruh China terhadap negeri naunganMajapahit

           Salah satu faktor luaran yang mengundang masalah tersebut ialah kegiatan kerajaan

Ming dari kerajaan China iaitu kerajaan tersebut sedang meluaskan pengaruhnya di sekitar

Asia Tenggara dan Asia Selatan.Setelah kerajaan Ming berjaya meluaskan kuasanya,kerajaan

21
     Marwati Djoened Poesponegoro,Sejarah Nusantara Indonesia, Hlm 442.
22
     D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm, 118

                                                                                          9
tersebut      telah   mengiktiraf     kerajaan-kerajaan    kecil   di   sekitar   Nusantara   seperti

Melaka,Palembang,Pasai,Aru(Haru),Lamburi dan Brunei.Keadaan ini membawa kepada

terbentuknya pengaruh Majapahit di luar Jawa dan memberi peluang kepada kerajaan-

kerajaan itu berkembang menjadi kerajaan besar dan kuat seperti Melaka.Hal ini telah

mendorong pedagang bertumpu ke pelabuhan-pelabuhan baru tersebut dan meninggalkan

pelabuhan Majapahit.Keadaan ini telah memberi kesan dari segi cukai yang dipungut oleh

Majapahit semakin berkurang.Jelaslah bahawa kegiatan yang dijalankan oleh kerajaan Ming

telah menggugat ekonomi Majapahit yang seterusnya membawa kepada kemerosotan

kerajaan tersebut.23




Perkembangan agama Islam

           Kemunculan pengaruh agama Islam turut merupakan faktor yang menyebabkan

kemerosotan dan kejatuhan Majapahit.Pengaruh agama Islam dikatakan telah berkembang

semasa kemunculan bandar dan negeri Melaka sebagai pusat perniagaan laut antrabangsa dan

pusat politik.Perkembangan agama Islam telah menyebabkan kerajaan Majapahit semakin

mundur menjelang awal abad ke-15 masihi.Menurut Paraton,negeri Majapahit telah diserang

dan dihancurkan oleh gabungan negeri Islam Jawa Timur pada tahun 1478 masihi.Tanda–

tanda kelemahan agama Hindu yang terdapat di Majapahit jelas kelihatan semenjak agama

Islam mula bertapak di bandar-bandar Jawa Timur.Hal ini telah menyebabkan para pujangga

dan ulama agama Hindu berhijrah ke Pulau Bali.24


            Perkembangan agama Islam ini juga telah mengurangkan kekuasaan kebudayaan

kehinduan dalam kerajaan Majapahit dan agama Islam telah mula bertapak dan menjadi


23
     Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Hlm, 150
24
     Mohd Dahlan Mansoer, Penghantar Sejarah Nusantara Awal, Hlm 191

                                                                                                  10
daerah-daerah agama Islam di kawasan persisiran pantai.Kawasan–kawasan tersebut telah

mula        beransur     menjadi     negara    yang     kuat    berpusat   Gerisik,Sidayu,Tuban

Djepara,Demak,Tijirebon dan Banten.Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan Majapahit

merosot kerana tidak dapat berhubung dengan pulau-pulau yang lain.Hal ini telah

menyebabkan kekuasaan Majapahit terhadap kawasa-kawasan taklukkannya semakin

merosot.Disamping terdapat masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya kejatuhan dan

kemerosotan Majapahit ialah terdapat perkembangan dalam bidang politik dan ekonomi

terutamanya di daerah-daerah persisir utara Jawa yang disertai perkembangan agama Islam

yang semakin pesat.Perkembangan pesat agama Islam ini pesat sekitar akhir abad

XVsehingga awal abad XVI.25




Kemunculan dan perkembangan Kerajaan Melayu Melaka

           Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan

dan keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa. Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja

Palembang iaitu Parameswara merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri dari

kongkongan kerajaan Majapahit setelah beliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula

kerajaan Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotanya, beliau merupakan

wakil kerajaan Majapahit untuk memerintah Palembang disamping itu beliau adalah menantu

kepada Hayam Wuruk. Parameswara yang telah melepaskan diri dari kekuasaan Majapahit

dengan melakukan penyucian diri yang dikenali sebagai abheseka .Melalui penyucian




25
     Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm , 86

                                                                                            11
tersebut Parameswara telah mengelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana yang membawa
                                    26
makna Maharaja Tiga Buana.


           Kemunculan kerajaan Melayu Melaka adalah ekoran daripada kegiatan yang

dilakukan oleh kerajaan Ming iaitu kerajaan Ming telah mengiktiraf kerajaan-kerajaan kecil

di sekitar Nusantara dan salah satu kerajaan tersebut ialah kerajaan Melayu Melaka.Keadaan

ini telah memberi peluang kepada kerajaan melayu Melaka berkembang dan menjadi sebuah

kerajaan yang besar dan kuat.Kewibawaan politik kerajaan Majapahit di Nusantara semakin

menurun akibat daripada perang saudara yang berlaku telah membawa kepada perkembangan

dan kemunculan kerajaan Melayu Melaka.Keadaan tersebut telah membawa kepada

perkembangan kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat kegiatan perniagaan laut

Antarabangsa.Pada masa itu,kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah kuasa

politik yang besar di rantau Nusantara kerana mendapat sokongan daripada Maharaja Ming

Yung-Lo dari Negara China.


              Melaka telah menjadi terkenal kerana mempunyai kemudahan yang selesa bagi

memenuhi kehendak para pedagang seperti gudang bawah tanah dibina bagi memudahkan

pedagang menyimpan barang dagangan mereka.Disamping itu juga,Melaka juga dikenali

sebagai pelabuhan entrepot dan mampu memberi perlindungan keselamatan kepada pedagang

yang singgah ke Melaka.Jaminan keselamatan yang diberikan oleh Melaka telah

menyebabkan pedagang datang berdagang ke sana dan jumlah pedagang yang datang ke

Majapahit semakin berkurang.Laporan Cheng-Ho mengandungi pujian kepada bandar

semulajadi Melaka serta rajanya.Cheng-Ho menyatakan bahawa bandar serta raja Melaka

layak dibantu supaya menjadi pusat perniagaan antarabangsa dan pusat kuasa politik yang

baru di Lautan Selatan.Maharaja Chin,iaitu Maharaja Yung-Lo telah mengiktiraf negeri


26
     Pengajian Malaysia Sejarah Tanah Melayu,International Law Book Services,2010, Hlm, 9

                                                                                            12
Melaka sebagai negeri yang bebas dibawah naungan China.Ekoran daripada itu telah

menyebabkan Siam tidak berani mengancam Melaka dan telah menyebabkan kerajaan

Majapahit kehilangan bantuan moral serta politik dari negeri China.Kemunculan Melaka

sebagai pusat perniagaan laut antarabangsa dan pusat politik telah memberi peluang terhadap

perkembangan agama Islam di kawasan bandar-bandar pantai utara Jawa Timur.Keadaan ini

jelas menampakkan bahawa kerajaan Majapahit hampir mengalami kemerosotan. 27




Kemunculan kerajaan Islam Demak

           Kemunculan kerajaan Islam Demak turut merupakan salah satu faktor luaran yang

menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kejatuhan Majapahit.Setelah kemunculan

pengaruh agama Islam di Jawa Timur telah melahirkan sebuah kuasa politik yang baru di

daerah persisir Utara Jawa yang masih berada di dalam wilayah kekuasaan kerajaan

Majapahit iaitu kerajaan Islam Demak.Menurut pendapat Prof.Dr Slametmuljana melalui

buku beliau yang berjudul Runtuhnya kerajaan Hindu-Djawa dan Timbulnya Negara-Negara

Islam di Nusantara pada tahun 1968 telah menyatakan bahawa kerajaan Majapahit

mengalami keruntuhannya pada tahun Saka 1400 kerana telah mendapat serangan dari

kerajaan Demak.28


           Jelaslah bahawa tindakan kerajaan Islam Demak ingin menakluk kerajaan Majapahit

disebabkan mempunyai latar belakang politik dan keagamaan yang bermotifkan

“perangsabil”.Kerajaan Islam Demak telah muncul sebagai sebuah kuasa politik yang baru

berlandaskan kepada ajaran agama Islam serta telah berjaya melepaskan diri dari terikat

dengan Doktrin Cosmogoni yang dilandasi Hinduisme.Perbezaan agama di antara kerajaan


27
     Andaya, Barbara Watson dan Leonardo Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, 1938, Hlm, 48
28
      Hasan Djafar, Girindrawarddhanan Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Hlm, 108

                                                                                                  13
Islam Demak dan Majapahit telah menyebabkan berlakunya penaklukkan Majapahit oleh

kerajaan Islam Demak pada tahun 1519.Oleh itu,Majapahit telah berjaya ditakluk oleh

kerajaan Islam Demak yang seterusnya telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Majapahit

dan telah melenyapkan kekuasaan raja-raja Dinasti Girindra yang telah berkuasa hampir

selama 300 tahun di kerajaan Singhasari dan Majapahit.29




Bencana alam

        Faktor semula jadi seperti bencana alam turut membawa kepada membawa kepada

kemerosotan dan keruntuhan Majapahit.Digambarka bahawa telah berlaku gempa bumi pada

tahun saka paksa dalam gaganahut bulan 1362 bersamaan dengan 1440 Masihi.30Namun

selepas beberapa tahun kejadian yang sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang.

Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh berlaku dalam tahun saka welut 1373

bersamaan 1451 tahun masihKejadian alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahit

kerana membawa banyak bencana.Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkan

telah berlaku pada tahun saka kayambara-sagareku 1403 Masihi.31Hal ini menunjukkan

bahawa bencana alam yang berlaku di mengancam kestabilan politik, ekonomi dan sosial.


        Bencana alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaan

masyarakat terhadap kerajaan Majapahit ketika ini.Dari segi ekonomi bencana alam seperti

gunung berapi dan gempa bumi yang berlaku menyebabkan semua kegiatan penduduk

terancam.Selain nyawa meraka terancam kegiatan harian mereka juga terganggu, letusan

gunung berapi yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semua

tenaman penduduk tempatan, hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan majapahit merosot

29
    Ibid,
30
   Drs R. Pitono Hardjowardoyo, Pararaton, Bhratara, Jakarta, 1965, Hlm, 58
31
   Ibid, Hlm, 59

                                                                                        14
disamping tiada pedagang datang melawat pelabuhan majapahit.         Dari segi kepercayaan

rakyat pula, apabila berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka raja

berkenanan telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh raja

lain.tidak lagi. Maka melalui keparcayaan tersebut rakyat tempatan mula tidak mengiktiraf

kerajaan kerajaan Majapahit sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit ini

dibuktikan dengan lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angota

tentera sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul di

sekitar Jawa sendiri.


       Namun perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaan

Majapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik. Bencana alam berlaku kerana proses yang

berlaku terhadap geologi kerak bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunung

berapai secara autometiknya akan membawa malapetaka yang besar kerana kesan letusan

gunung berapi itu sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bencana alam turut

mempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit sesudah pemerintahan

Hayam Wuruk.




Kesimpulan

       Kesimpulannya, peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan telah

menpercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayar Majapahit.Hal ini kerana sesebuah

kerajaan. itu memerlukan kekuatan dari segi politik untuk mengukuhkan penguasaan

pentadbiran    mereka.Jika   sesebuah   kerajaan   itu   mengalami    kepincangan   dalam

pemerintahan,keadaan ini akan mengundang kerajaan lain untuk meluaskan kuasa ke atas

wilayah–wilayah taklukan kerajaan Majapahit.Hal ini akan memudahkan perluasan kuasa

kerajaan lain keatas Majapahit.Keadaan ini tidak seharusya berlaku kepada kerajaan yang
                                                                                       15
terkuat seperti Majapahit pada waktu itu. Namun terdapat juga faktor-faktor lain mendorong

kepada kemerosotan dan kejatuhan empayar Majapahit.Faktor-faktor ini boleh dibahagikan

kepada dua iaitu fakor dalaman dan faktor luaran.Perkara ini menadakan Majapahit hanya

tinggal nama sahaja. Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya kerana

seratus tahun selepas Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit tidak pernah lagi mengembangkan

kerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh sehinggalah

kehancurannya dan kemunculan Kerajaan Islam Demak.




                                                                                       16
BIBLIOGRAFI.

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan
Distributors Sdn Bhd2008


Andaya, Barbara Watson dan Leonardo Andanya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, 1938


D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia , 1979


Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Yayasan Dana
Pendidikan Buddhis Nalanda Jakarta


Mohd.Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kuala Lumpur 1979


Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia,


Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jakarta, Yayasan Prapanca, 1960


Mohd. Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur 1979


Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara


Slametmulyana, Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Bhratara Karya Aksara-Jakarta
1979




                                                                                     17

Contenu connexe

Tendances

Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswaraDamairin Selangor
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahamanSejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahamanhamdan che hassan
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah cairel zikry
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Warisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan MelayuWarisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan Melayuisharsmiaa
 
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaFaktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaTylerDurden48
 
Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6
Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6
Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6Nur Aishah
 
Kejatuhn melaka
Kejatuhn melakaKejatuhn melaka
Kejatuhn melakafiro HAR
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...Atikah Ishak
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuNur Fazlin Mohd Naim
 
Kerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu TradisionalKerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu TradisionalDino Onid
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Kemunculan kerajaan johor
Kemunculan kerajaan johorKemunculan kerajaan johor
Kemunculan kerajaan johorPuteri Yaya
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 

Tendances (20)

Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahamanSejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
Sejarah Tingkatan 2: Bab7 dato bahaman
 
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan SrivijayaKerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Warisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan MelayuWarisan Kesultanan Melayu
Warisan Kesultanan Melayu
 
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di MelakaFaktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
Faktor Faktor Perkembangan Islam Di Melaka
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6
Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6
Sejarah TINGKATAN 2 BAB 7,7.6
 
Kejatuhn melaka
Kejatuhn melakaKejatuhn melaka
Kejatuhn melaka
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
 
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah MelayuKerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
Kerajaan-Kerajaan Awal di Tanah Melayu
 
Kerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu TradisionalKerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu Tradisional
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Sejarah kelantan
Sejarah kelantanSejarah kelantan
Sejarah kelantan
 
Kemunculan kerajaan johor
Kemunculan kerajaan johorKemunculan kerajaan johor
Kemunculan kerajaan johor
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 

Dernier

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Dernier (14)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

Majapahit

  • 1. PENGENALAN Kerajaan Majapahit telah di tubuhkan sekitar tahun saka 1216 iaitu bersamaan dengan 1293 Masihi oleh seorang putera dari bekas kerajaan Singasari yang dikenali sebagaiNararya Sanggraramawijaya atau lebih dikenali sebagai Raden Wijaya. Raden Wijaya menubuhkan Majapahit setelah berjaya mengalahkan tentera Mongol yang menyerang Jawa sekitar tahun 1293 Masihi.1Dengan itu kerajaan Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya dengan gelaran sebagai Prabu Kertajasa Jayawardana selapas sahaja kehancuran kerajaan Kendiri yang dimusnahakan oleh pasukan tentera dari China dalam Dinasti Ming yang ingin menyerang Prabu Kertanegara namun dapat dipengarui oleh kerajaan Majapahit untuk menyerang Kendiri dan akhirnya kerajaan kendiri di musnahkan. Setelah itu Majapahit mula berkembang dan muncul sebagai kuasa besar di Asia Tenggara.Mengikut pandangan sarjana Majapahit mengalami tiga situasi pemerintahan.Pertama adalah zaman permulaan kedua adalah zaman kegemilangan dan yang terakhir adalah zaman kemerosotan.2 Zaman kegemilangan adalah semasa Majapahit diperintah oleh Hayam Wuruk.Beliau merupakan anak kepada Puteri Djajawisnuwardani dengan Kertawardana.Zaman pemerintahan Hayam Wuruk yang dibantu oleh Mangkabuminya Patih Gajah Mada telah mengalami zaman kegemilangan di mana seluruh pelusuk nusantara berada di bawah naungan kerajaan Majapahit dan di Selat Melaka. Dengan bantuan kebijaksanaan dan sumpah Mangkabuminya yang dikenali sebagai sumpah-palapa, Majapahit pada ketika itu dapat menyatukan seluruh kerajaan di Nusantara termasuk Pahang, Palembang, dan Temasik.3 [3] Namun beliau telah meninggal dunia semasa Majapahit diambang kemegahan, iaitu pada tahun 1363, Gajah Mada telah jatuh sakit disebabkan usianya yang telah, berita ini 1 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd ,2008, Hlm, 144 2 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Cetakan Ketujuh, PN Balai Pustaka Jakarta, 1972, Hlm, 22 3 Ibid, Hlm, 50 1
  • 2. menyedihkan Hayam Wuruk kerana akan kehilangan seorang perdana menteri yang menjadi kemegahan kemegahanya. Setelah kehilangan Perdana Menterinya yang bijaksana maka politik kerajaan mula mengalami perubahan kerana jawatan selama ini yang dipegang oleh Mangkabuminya tidak ada waris yang mampu menandingi beliau.Maka jawatan selama ini dipegang olehnya dibahagikan kepada beberapa jabatan untuk diperintah oleh para pegawai Majapahit.Setelah itu bermulanya kelemahan kerajaan Majapahit walaupun tidak lagi menyerlah namun sudah mula berlaku kepincangan politik.Dan pada tahun 1389 masihi merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan Majapahit apabila Prabu Rajasanegara (Hayam Wuruk) telah meninggal dunia.4Faktor peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan merupakan faktor utama yang telah menpercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayar Majapahit. Namun begitu ,terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Majapahit. FAKTOR DALAMAN Peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan Peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerajaan Majapahit mengalami zaman kejatuhan.Perang saudara diantara Wikramawardhana dengan Bhre Wirabhumi.Perang saudara ini dikenali sebagai Perang Paregreg yang berlaku semasa pemerintahan Wikramawardhana sekitar tahun 1319 sehingga 1429 masihi.Perang ini berlaku disebabkan perasaan tidak puas hati Bhre Wirabhumi terhadap perlantikan Wikramawardhana sebagai pemerintah Majapahit.Hal ini berlaku kerana 4 Ibid, Hlm, 80 2
  • 3. beliau merasakan bahawa beliau paling layak untuk dilantik sebagai pemerintah.Disamping itu juga,telah berlaku perang saudara yang hebat iaitu sekitar tahun 1401 sehingga 1405 masihi yang telah membawa kepada kematian Bhre Wirabhumi.Perang saudara tersebut memberi kesan kepada kerajaan Majapahit dari segi politik iaitu kekuasaannya sebagai sebuah kuasa terkuat di Nusantara semakin merosot.Keadaan ini telah menyebabkan negeri- negeri berdekatannya seperti Melaka menguasainya.5 Perasan tidak puas hati Bhre Wirabhumi wujud akibat daripada wasiat Hayam Wuruk yang lebih memilih Wikramawardana yang hanya menantu HayamWuruk sedangkan beliau adalan anak kandung Hayam Wuruk dengan gundiknya . Hal ini dapat di buktikan apabila ketika Hayam Wuruk masih hidup, beliau telah mewasiatkan bahawa selepas beliau wafat takhta kerajaan akan diterajui oleh menantu beliau yakni Wirakramawardana suami kepada puteri Kasumawardani.Namun Hayam Wuruk juga meningalkan waris dari selirnya yang bernama Raja Wirabumi yang ditempatkan di sebelah timur Jawa. Maka wujud dua keluarga dari keturunan yang sama. Hal ini menyebabkan berlaku pergolakan politik di antara kuasa pusat yang diperintah oleh Wirakramawardana dan kuasa peringkat daerah yang diperintah oleh Wirabumi dan akhirnya tercetus perang saudara.6 Wirabumi tidak mengiktiraf kerajaan pusat kerana Wirakramawardana hanyalah menantu Hayam Wuruk, sedangkan beliau adalah anak dari selir dari Prabu Hayam huruk.Ini menyebabkan Wirabumi tidak tunduk kepada kerajaan yang berpusat di Majapahit.Maka berlakulah pergolakan antara dua buah keluarga berterusan maka terletuslah perang saudara pada tahun 1404 Masihi sehingga 1406 Masihi yang dikenali sebagai perang Paregreg.7Dalam perang ini Wirakramawardana banyak mendapat sokongan dalam 5 Mohd Dahlan Mansoer, Penghantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,1979, Hlm, 190. 6 Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit , Jajasan Prapantia, Jakarta, 1978, Hlm 46 7 Ibid, Hlm 93. 3
  • 4. mempertahankan kerajaanya sehinggalah kematian Wirabumi ketangan Raden Gadjah yang berpangkat Ratu Achirbaja.8Walaupun Wirakramawarda memperolehi kemenangan namun ia memberi impak besar kerana mulanya hilang pengaruhi pusat kepada daerah-daerah naugan Majapahit dan lahir dendam dari keluarga pihak Wirabumi.9 Kesan daripada perang saudara menyebabkan lahir perasaan dendam dari sebelah pihak yakni ahli keluarga Wirabhumi. Keadaan ini dibuktikan semasa Ratu Suhita menaiki takhta kerajaan Majapahit pada tahun 1429 masihi menyebabkan kerajaan berat sebelah kerana golongan yang dulu melawan Wirabumi kini ditindas manakala orang yang membunuh Wirabumi yakni Raden Gajah juga dibunuh.10 Kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk Kematian Mangkubumi Patih Gajah Mada merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Majapahit.Hal ini kerana Patih Gajah Mada merupakan seorang pemimpin yang berkaliber dan cekap dalam menjalankan dasar pemerintahannya.Beliau merupakan seorang rakyat biasa yang dilahirkan di Pulau Bali dan menetap di Majapahit.Patih Gajah Mada telah dilantik menjadi pegawai pengawal istana semasa zaman pemerintahan Prabu Jayanagara sekitar tahun 1309 sehingga 1328 masihi.Kegemilangan Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk adalah didorong oleh kebijaksanaan Patih Gajah Mada yang berperanan sebagai pembantu, penasihat dan Perdana Menteri.Oleh kerana kebijaksanaan beliau telah menyebabkan banyak wilayah-wilayah yang Wilayah Gurun (Lombok),Seran (Seram),Tanjung Pura( Kalimantan), Haru (Sumatera Utara), Pahang (Tanah Melayu),Dopo,Bali,Sunda,Palembang, dan Temasik (Singapura) 8 Ibid, Hlm, 64 9 Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddha Nalanda, Jakarta,1978,Hlm, 46 10 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm, 46 4
  • 5. .Selain itu,Patih Gajah Mada juga merupakan seorang pemimpin yang bijak dan bercita-cita tinggi dalam menjalankan pentadbirannya.Misalnya,kerajaan di sekitar Majapahit telah mengakui kewibawaannya dan tunduk kepada Patih Gajah Mada.Patih Gajah Mada turut terkenal dengan sumpah Nusantara atau nama lainnya ialah Sumpah Palapa.11 Keadaan ini telah membawa kepada perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri atau Patih Amangku Bumi sekitar tahun 1336 masihi.Patih Gajah Mada telah meninggal dunia sekitar tahun 1364 masihi dan telah menyebabkan kekosongan jawatan yang dipegang oleh Patih Gajah Mada iaitu jawatan Patih Amangku Bumi.Jawatan tersebut mengalami kekosongan selama 3 tahun sehingga tahun 1367 masihi dan Hayam Wuruk telah melantik Gajah Enggon untuk memegang jawatan tersebut.Hayam Wuruk enggan melantik orang lain untuk memegang jawatan tersebut kerana tidak ada seorang pun yang layak.Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa Patih Gajah Mada merupakan seseorang yang begitu penting dalam kerajaan Majapahit.Selepas kematian Patih Gajah Mada,jawatan beliau terbiar kosong kerana tidak ada sesiapa yang layak memegang jawatan tersebut.Keadaan ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh Patih Gajah Mada sangat penting dan Majapahit telah mengalami kemerosotan selepas kematian beliau.12 Namun setelah beliau meninggal dunia, maka jawatan beliau tidak ada yang mampu memikul dan terpaksa dibahagikan kepada beberapa jabatan ini mengambarkan tiada yang mampu menjawati kedudukan Gajah Madah.Kematian beliau menyedihkan Prabu Hayam Wuruk sebelum wafat kerana tiada yang mampu mengantikan kebijaksanaanya.Hal ini menyebabkan jawatan Gajah Madah dipimpin oleh empat orang pegawai kerajaan, iaitu Warda Menteri (menteri Sapuh), Bernama Pu Tading, Tumenggug (mantjanegera) Pu Nala, 11 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, Hlm, 108 12 Slametmulyana,Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Bhratar Karya Aksara, Jakarta, 1979, Hlm, 40 5
  • 6. Menteri Anom Patih dan Perdana Menteri.13Perkara ini mengambarkan bahawa selepas kemangkatan Gajah Madah keadaan politik kerajaan Majaphit mengalami perubahan yang begitu besar.Majapahit terpaksa berusaha mencari yang terbaik untuk mengantikan jawatan yang ditinggalkan oleh Gajah Madah dan kesan dari kejadian tersebut, maka bermulalah kemerosotan Majapahit walaupun tidak lagi nyata sehinggalah kemangkatan Prabu Hayam Wuruk.14 Kelemahan raja-raja selepas Hayam Wuruk Seterusnya kelemahan raja-raja selepas Hayam Wuruk juga merupakan salah satu faktor yang memyebabkan kerajaan Majapahit mengalami zaman kejatuhan.Selepas kemangkatan Hayam Wuruk pada tahun 1389 Masihi maka pemerintahan kerajaan diwarisi oleh kerajaan yang tidak berkelibar . Penganti takhta kerajaan sesudah Hayam Wuruk adalah Wirakramawardani yang memerintah dari tahun 1389 masihi sehinggalah tahun 1429 masihi merupakan menantu kepada Hayam Wuruk.15Semasa pemerintahan Wirakramawardani politik kerajaan mula merosot akibat ketidak puashati dari segelintir keturunan Rajasanegara yang membawa kelemahan pentadbiran kerajaan.Perang saudara mula meletus akibat Wirabumi tidak mengiktiraf kuasa Majapahit.16Perang tercetus ini mengakibatkan kepincangan politik Majapahit yang menyebabkan kawalan terhadap negeri naugan kurang diambil perhatian oleh raja Majapahit yang akhirnya membuka jalan kepada penubuhan kerajaan baru yang tidak lagi bernaung kepada pemerintahan Majapahit.Hal ini dibuktikan dengan pembebasan Palembang dari kekuasaan majapahit.Hal ini menunjukan kelemahan 13 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm, 79 14 Ibid, Hlm, 80 15 R. Atmodanimto, Babad Demak dalam Tefsir Sosial – Politik, Millennium Publisher,2000, Hlm, 35 16 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm, 115 6
  • 7. raja Majapahit menyebabkan banyak negeri tidak lagi mengiktiraf kerajaan majapahit dan cuba untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Akibat daripada perang saudara di antara Wirabumi dan Wirakramawardani menyebabkan Wirabumi dibunuh terbunuh pada tahun 1406 Masihi dan bandar Varabumi ditawan.Namun perang tersebut menyebabkan kematian pegawai China. Hal ini menyebabkan hubungan dengan kerajaan China mula regang, walaupun hati maharaja China dapat diredakan dengan wang ganti rugi yang dibayar oleh Wikramawardani untuk menebus kematian pegawai cina dalam perang tersebut.17 Pada tahun 1429 Masihi raja Wikramawardani meninggal dunia dan tampuk pemerintahan diwarisi oleh anak beliau iaitu Ratu Suhita (1429-1447 M).Semasa kerajaan Ratu Suhita berlaku satu pemberontakan yang dipimpin oleh Bhre Daha.Ini menunjukan kelemahan kerajaan yang mengakibatkan wujud pemberontakan untuk mengulingkan kerajaan.18Selepas kematian Ratu Suhita takhta pada tahun 1447 Masihi takhta kerajaan diterajui oleh Raja Kertavijaya yang merupakan saudara lelaki Ratu Suhita.Ekonomi kerajaan Majapahit semakinlembab akibat kelemahan pemerintah kerajaan Majapahit sendiri ini kerana banyak kawasan yang dulunya menjadi nadi ekonomi Majapahit mula tidak berhubung dengan bandar pentadbiran Majapahit seperti Kalimantan Timur dan Pelembang. Selepas pemrintahan Raja Kertavijaya kerajaan Majapahit diperintah oleh Seri Radjasawardana pada tahun 1451 Masihi sehingga 1453 Masihi, namun selepas kematian beliau tiada waris yang memerintah kerajaan Majapahit menyebabkan Majapahit tidak beraja. Dicatitkan bahawa ketika tahun 1453 sehingga 1456 Masihi, Majapahit tidak mempunyai Raja.Sehinggalah kemunculan Hiang Purwawisjesa.Beliau memerintah selama sepuluh tahun 17 Ibid, Hlm, 116. 18 Ibid, Hlm, 119 7
  • 8. dari tahun 1465sehingga tahun 1466 Masihi.19Selepas itu kerajaan Majapahit diperintah oleh beberapa orang raja sehinggalah tiga orang raja yang terkini yang memimpin takhta kerajaan Majapahit iaitu Bera Widjaja yang berkuasa di Majapahit yang dikenali sebagai Prabu Adipati Udara dan Prabu Maharadja Adipati Unus.Pemerintahan pusat semankin lemah apabila ketenteraan Majapahit mula lumpuh kerana tidak mampu menepis serangan dari luar lagi, ini menunjukkan betapa lemahnya raja ketika ini memerintah Majapahit. Perkara ini dibuktikan semasa serangan yang dilakukan oleh Demak dalam era pemerintahan Bera Wijaya, tenteranya tidak mampu untuk menepis serangan tersebut yang menyebabkan kota Majapahit di diruntuhkan.20Hal demikian telah menyebabkan kerajaan Majapahit semakin lemah kerana peperangan tersebut melibatkan kekuatan tentera dan ekonomi yang sangat banyak. Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran Kekerapan pertukaran pusat pemerintahan dan pentadbiran juga merupankan salah satu faktor yang kejatuhan kerajaan Majapahit..Bermula pada tahun 1451 Masihi iaitu semasa pemerintahan Rajasawardhana,beliau telah memindahkan ibu negeri Majapahit ke Fahuripan.Selepas itu,ibu negeri Majapahit telah dipindahkan ke Tumapel semasa Raja Phre Wengker memerintah dan ibu negeri Majapahit telah berpindah ke Daha pula semasa Bhre Padan Salas memerintah pada tahun 1468 Masihi.Kekerapan pertukaran tempat pemerintahan dan pentadbiran telah menyebabkan ketiadaan wilayah yang kuat untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan kerajaan Majapahit.Keadaan ini turut mewujudkan hanya terdapat sesetengah kawasan sahaja yang memberi sokongan kepada pemerintah Majapahit kerana tidak wujud kesepaduan.Keadaan ini akan memberi kesan kepada Majapahit iaitu pengaruh 19 Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Hlm, 66. 20 Ibid, Hlm,80 8
  • 9. dari kawasan-kawasan luar telah mulai masuk ke dalam kawasan Majapahit serta mendirikan kerajaan-kerajaan baru di wilayah jajahan Majapahit.Hal ini jelaslah memberi kesan kepada kerajaan Majapahit kerana tidak sempat menguatkan kuasa di kawasan ibu negerinya.21 Pemberontakan Selepas sahaja pemerintahan Wirakramawardana tahta kerajaan diterajui oleh Ratu Suhita.Maka semasa pemerintahan baliau telah berlaku satu pemborontakan untuk mengulingkan kerajaan.Pemberontakan tersebut yang diketuai oleh Bhre Daha.Walaupun sebelum ini pemberontakan telah berlaku semasa pemerintahan Hayam Wuruk namun senang sahaja di kalahkan oleh Mangkabuminya Gajah Madah. Dalam pemerintahan Ratu Suhita pemberontakan ini membawa kesan yang besar kepada kota pemerintahan. Apabila pemberontakan berlaku di pusat pemerintahan menyebabkan kawalan ke atas daerah takluk berkurang kerana tertempu kepada masalah untuk menyelesaikan masalah pemberontakan tersebut.Hal ini menyebabkan kemerosotan kerajaan Majapahit apabila kurang penguasan keatas negeri takluk.22 FAKTOR LUARAN Pengaruh China terhadap negeri naunganMajapahit Salah satu faktor luaran yang mengundang masalah tersebut ialah kegiatan kerajaan Ming dari kerajaan China iaitu kerajaan tersebut sedang meluaskan pengaruhnya di sekitar Asia Tenggara dan Asia Selatan.Setelah kerajaan Ming berjaya meluaskan kuasanya,kerajaan 21 Marwati Djoened Poesponegoro,Sejarah Nusantara Indonesia, Hlm 442. 22 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm, 118 9
  • 10. tersebut telah mengiktiraf kerajaan-kerajaan kecil di sekitar Nusantara seperti Melaka,Palembang,Pasai,Aru(Haru),Lamburi dan Brunei.Keadaan ini membawa kepada terbentuknya pengaruh Majapahit di luar Jawa dan memberi peluang kepada kerajaan- kerajaan itu berkembang menjadi kerajaan besar dan kuat seperti Melaka.Hal ini telah mendorong pedagang bertumpu ke pelabuhan-pelabuhan baru tersebut dan meninggalkan pelabuhan Majapahit.Keadaan ini telah memberi kesan dari segi cukai yang dipungut oleh Majapahit semakin berkurang.Jelaslah bahawa kegiatan yang dijalankan oleh kerajaan Ming telah menggugat ekonomi Majapahit yang seterusnya membawa kepada kemerosotan kerajaan tersebut.23 Perkembangan agama Islam Kemunculan pengaruh agama Islam turut merupakan faktor yang menyebabkan kemerosotan dan kejatuhan Majapahit.Pengaruh agama Islam dikatakan telah berkembang semasa kemunculan bandar dan negeri Melaka sebagai pusat perniagaan laut antrabangsa dan pusat politik.Perkembangan agama Islam telah menyebabkan kerajaan Majapahit semakin mundur menjelang awal abad ke-15 masihi.Menurut Paraton,negeri Majapahit telah diserang dan dihancurkan oleh gabungan negeri Islam Jawa Timur pada tahun 1478 masihi.Tanda– tanda kelemahan agama Hindu yang terdapat di Majapahit jelas kelihatan semenjak agama Islam mula bertapak di bandar-bandar Jawa Timur.Hal ini telah menyebabkan para pujangga dan ulama agama Hindu berhijrah ke Pulau Bali.24 Perkembangan agama Islam ini juga telah mengurangkan kekuasaan kebudayaan kehinduan dalam kerajaan Majapahit dan agama Islam telah mula bertapak dan menjadi 23 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Hlm, 150 24 Mohd Dahlan Mansoer, Penghantar Sejarah Nusantara Awal, Hlm 191 10
  • 11. daerah-daerah agama Islam di kawasan persisiran pantai.Kawasan–kawasan tersebut telah mula beransur menjadi negara yang kuat berpusat Gerisik,Sidayu,Tuban Djepara,Demak,Tijirebon dan Banten.Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan Majapahit merosot kerana tidak dapat berhubung dengan pulau-pulau yang lain.Hal ini telah menyebabkan kekuasaan Majapahit terhadap kawasa-kawasan taklukkannya semakin merosot.Disamping terdapat masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya kejatuhan dan kemerosotan Majapahit ialah terdapat perkembangan dalam bidang politik dan ekonomi terutamanya di daerah-daerah persisir utara Jawa yang disertai perkembangan agama Islam yang semakin pesat.Perkembangan pesat agama Islam ini pesat sekitar akhir abad XVsehingga awal abad XVI.25 Kemunculan dan perkembangan Kerajaan Melayu Melaka Kemunculan Melaka pada tahun 1400 masihi juga antara faktor kepada kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit di Jawa. Melaka yang diasaskan oleh waris dari raja Palembang iaitu Parameswara merupakan anak Sang Aji telah membebaskan diri dari kongkongan kerajaan Majapahit setelah beliau berkeyakinan akan dapat mewujudkan semula kerajaan Srivijaya apabila Majapahit mula jelas kelihatan kemerosotanya, beliau merupakan wakil kerajaan Majapahit untuk memerintah Palembang disamping itu beliau adalah menantu kepada Hayam Wuruk. Parameswara yang telah melepaskan diri dari kekuasaan Majapahit dengan melakukan penyucian diri yang dikenali sebagai abheseka .Melalui penyucian 25 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara, Hlm , 86 11
  • 12. tersebut Parameswara telah mengelarkan dirinya sebagai Sri Tri Buana yang membawa 26 makna Maharaja Tiga Buana. Kemunculan kerajaan Melayu Melaka adalah ekoran daripada kegiatan yang dilakukan oleh kerajaan Ming iaitu kerajaan Ming telah mengiktiraf kerajaan-kerajaan kecil di sekitar Nusantara dan salah satu kerajaan tersebut ialah kerajaan Melayu Melaka.Keadaan ini telah memberi peluang kepada kerajaan melayu Melaka berkembang dan menjadi sebuah kerajaan yang besar dan kuat.Kewibawaan politik kerajaan Majapahit di Nusantara semakin menurun akibat daripada perang saudara yang berlaku telah membawa kepada perkembangan dan kemunculan kerajaan Melayu Melaka.Keadaan tersebut telah membawa kepada perkembangan kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat kegiatan perniagaan laut Antarabangsa.Pada masa itu,kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah kuasa politik yang besar di rantau Nusantara kerana mendapat sokongan daripada Maharaja Ming Yung-Lo dari Negara China. Melaka telah menjadi terkenal kerana mempunyai kemudahan yang selesa bagi memenuhi kehendak para pedagang seperti gudang bawah tanah dibina bagi memudahkan pedagang menyimpan barang dagangan mereka.Disamping itu juga,Melaka juga dikenali sebagai pelabuhan entrepot dan mampu memberi perlindungan keselamatan kepada pedagang yang singgah ke Melaka.Jaminan keselamatan yang diberikan oleh Melaka telah menyebabkan pedagang datang berdagang ke sana dan jumlah pedagang yang datang ke Majapahit semakin berkurang.Laporan Cheng-Ho mengandungi pujian kepada bandar semulajadi Melaka serta rajanya.Cheng-Ho menyatakan bahawa bandar serta raja Melaka layak dibantu supaya menjadi pusat perniagaan antarabangsa dan pusat kuasa politik yang baru di Lautan Selatan.Maharaja Chin,iaitu Maharaja Yung-Lo telah mengiktiraf negeri 26 Pengajian Malaysia Sejarah Tanah Melayu,International Law Book Services,2010, Hlm, 9 12
  • 13. Melaka sebagai negeri yang bebas dibawah naungan China.Ekoran daripada itu telah menyebabkan Siam tidak berani mengancam Melaka dan telah menyebabkan kerajaan Majapahit kehilangan bantuan moral serta politik dari negeri China.Kemunculan Melaka sebagai pusat perniagaan laut antarabangsa dan pusat politik telah memberi peluang terhadap perkembangan agama Islam di kawasan bandar-bandar pantai utara Jawa Timur.Keadaan ini jelas menampakkan bahawa kerajaan Majapahit hampir mengalami kemerosotan. 27 Kemunculan kerajaan Islam Demak Kemunculan kerajaan Islam Demak turut merupakan salah satu faktor luaran yang menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kejatuhan Majapahit.Setelah kemunculan pengaruh agama Islam di Jawa Timur telah melahirkan sebuah kuasa politik yang baru di daerah persisir Utara Jawa yang masih berada di dalam wilayah kekuasaan kerajaan Majapahit iaitu kerajaan Islam Demak.Menurut pendapat Prof.Dr Slametmuljana melalui buku beliau yang berjudul Runtuhnya kerajaan Hindu-Djawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di Nusantara pada tahun 1968 telah menyatakan bahawa kerajaan Majapahit mengalami keruntuhannya pada tahun Saka 1400 kerana telah mendapat serangan dari kerajaan Demak.28 Jelaslah bahawa tindakan kerajaan Islam Demak ingin menakluk kerajaan Majapahit disebabkan mempunyai latar belakang politik dan keagamaan yang bermotifkan “perangsabil”.Kerajaan Islam Demak telah muncul sebagai sebuah kuasa politik yang baru berlandaskan kepada ajaran agama Islam serta telah berjaya melepaskan diri dari terikat dengan Doktrin Cosmogoni yang dilandasi Hinduisme.Perbezaan agama di antara kerajaan 27 Andaya, Barbara Watson dan Leonardo Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, 1938, Hlm, 48 28 Hasan Djafar, Girindrawarddhanan Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Hlm, 108 13
  • 14. Islam Demak dan Majapahit telah menyebabkan berlakunya penaklukkan Majapahit oleh kerajaan Islam Demak pada tahun 1519.Oleh itu,Majapahit telah berjaya ditakluk oleh kerajaan Islam Demak yang seterusnya telah membawa kepada kejatuhan kerajaan Majapahit dan telah melenyapkan kekuasaan raja-raja Dinasti Girindra yang telah berkuasa hampir selama 300 tahun di kerajaan Singhasari dan Majapahit.29 Bencana alam Faktor semula jadi seperti bencana alam turut membawa kepada membawa kepada kemerosotan dan keruntuhan Majapahit.Digambarka bahawa telah berlaku gempa bumi pada tahun saka paksa dalam gaganahut bulan 1362 bersamaan dengan 1440 Masihi.30Namun selepas beberapa tahun kejadian yang sama berlaku, iaitu selepas kematian Bhra Panjang. Digambarkan terjadinya gunung yang runtuh berlaku dalam tahun saka welut 1373 bersamaan 1451 tahun masihKejadian alam semulajadi ini mengancam kerajaan Majapahit kerana membawa banyak bencana.Kejadian letusan gunung berapi seperti yang dicatatkan telah berlaku pada tahun saka kayambara-sagareku 1403 Masihi.31Hal ini menunjukkan bahawa bencana alam yang berlaku di mengancam kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Bencana alam ini menjadi ancaman besar kepada ekonomi dan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan Majapahit ketika ini.Dari segi ekonomi bencana alam seperti gunung berapi dan gempa bumi yang berlaku menyebabkan semua kegiatan penduduk terancam.Selain nyawa meraka terancam kegiatan harian mereka juga terganggu, letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak debu dan abus panas memusnahkan semua tenaman penduduk tempatan, hal ini menyebabkan ekonomi kerajaan majapahit merosot 29 Ibid, 30 Drs R. Pitono Hardjowardoyo, Pararaton, Bhratara, Jakarta, 1965, Hlm, 58 31 Ibid, Hlm, 59 14
  • 15. disamping tiada pedagang datang melawat pelabuhan majapahit. Dari segi kepercayaan rakyat pula, apabila berlaku bencana terhadap kawasan pemerintahan seorang raja maka raja berkenanan telah hilang kewibawaan untuk memerintah dan akan digantikan oleh raja lain.tidak lagi. Maka melalui keparcayaan tersebut rakyat tempatan mula tidak mengiktiraf kerajaan kerajaan Majapahit sehinggakan berkurangnya penduduk kerajaan Majapahit ini dibuktikan dengan lemahnya sistem pertahanan kerajaan Majapahit akibat kekurangan angota tentera sehingga tidak mampu menepis serangan dari kerajaan kecil yang baru muncul di sekitar Jawa sendiri. Namun perkara ini jika diselidik melalui ilmu geologi pusat pemerintahan kerajaan Majapahit termasuk dalam lingkaran api pasifik. Bencana alam berlaku kerana proses yang berlaku terhadap geologi kerak bumi secara semulajadi. Kejadian gempa bumi dan gunung berapai secara autometiknya akan membawa malapetaka yang besar kerana kesan letusan gunung berapi itu sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bencana alam turut mempengaruhi kemerosotan dan keruntuhan kerajaan Majapahit sesudah pemerintahan Hayam Wuruk. Kesimpulan Kesimpulannya, peperangan di antara pemerintah atau penguasa tempatan telah menpercepatkan kejatuhan dan perpecahan empayar Majapahit.Hal ini kerana sesebuah kerajaan. itu memerlukan kekuatan dari segi politik untuk mengukuhkan penguasaan pentadbiran mereka.Jika sesebuah kerajaan itu mengalami kepincangan dalam pemerintahan,keadaan ini akan mengundang kerajaan lain untuk meluaskan kuasa ke atas wilayah–wilayah taklukan kerajaan Majapahit.Hal ini akan memudahkan perluasan kuasa kerajaan lain keatas Majapahit.Keadaan ini tidak seharusya berlaku kepada kerajaan yang 15
  • 16. terkuat seperti Majapahit pada waktu itu. Namun terdapat juga faktor-faktor lain mendorong kepada kemerosotan dan kejatuhan empayar Majapahit.Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu fakor dalaman dan faktor luaran.Perkara ini menadakan Majapahit hanya tinggal nama sahaja. Majapahit hanya tinggal nama dalam keagungan empayarnya kerana seratus tahun selepas Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit tidak pernah lagi mengembangkan kerajaannya namun sebaliknya berlaku, iaitu kerajaan terus jatuh dan jatuh sehinggalah kehancurannya dan kemunculan Kerajaan Islam Demak. 16
  • 17. BIBLIOGRAFI. Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd2008 Andaya, Barbara Watson dan Leonardo Andanya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya, 1938 D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia , 1979 Hasan Djafar, Girindrawarddhana Beberapa Masalah Majapahit Akhir, Yayasan Dana Pendidikan Buddhis Nalanda Jakarta Mohd.Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 1979 Marwati Djoened Poesponegoro, Sejarah Nusantara Indonesia, Muhammad Yamin, Tatanegara Majapahit, Jakarta, Yayasan Prapanca, 1960 Mohd. Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1979 Muhammad Yamin, Gadjah Mada Pahlawan Persatuan Nusantara Slametmulyana, Negarakretagama dan Tafsir Sejarahnya, Bhratara Karya Aksara-Jakarta 1979 17