Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
buku "doktor umum", Dr. Mahathir
1. RUMUSAN TENTANG BUKU “DOKTOR UMUM” oleh Dr.Mahathir
Terdapat banyak perkara yang saya dapat kupaskan di dalam buku ini, antaranya ialah
rusuhan kaum pada tahun 1969, tidak menjejaskan pilihan raya pada tahun 1974. Malah kerajaan
telah mengadakan Majlis Makan Durian untuk menyatupadukan kaum kerana majoritinya
masyarakat cina amat menggemari durian seperti masyarakat melayu. Selepas Tun Razak menjadi
Presiden UMNO dan Perdana Menteri, semua parti pembangkang bersetuju untuk menyertai Parti
Perikatan yang kemudiannya digantikan dengan Barisan Nasional. Seluruh masyarakat Cina,
Melayu dan India dapat menyesuaikan diri mereka dengan menerima Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Perkongsian kuasa politik dan kekayaan ekonomi Negara secara adil dan saksama. Selepas Dr.
Mahathir diterima semula ke dalam UMNO, Dewan Ahli Undangan (DUN) Kedah mencalonkan
beliau sebagai Senator. Dr. Mahathir kembali ke parlimen setelah memenangi kerusi Kubang Pasu,
Tun Razak melantik beliau sebagai menteri pelajaran pada masa itu. Sejurus selepas dilantik
menjadi menteri pelajaran, satu tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar universiti pada tahun 1974 di
Kuala Lumpur kerana mereka mendakwa ada penduduk yang mati kebuluran di Baling, Kedah.
Tunjuk perasaan berakhir selepas Anwar ditahan di bawah ISA. Kemudian beliau menekankan
penggunaan bahasa melayu di sekolah serta penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua di
negara ini.
Amalan perubatan juga membantu Dr. Mahathir memahami manusia dengan lebih
baik , menghargai punca masalah mereka dan mengetahui langkah yang perlu diambil untuk
memenuhi keperluan mereka. Malahan, Dr. Mahathir juga menyediakan kemudahan perubatan bagi
penduduk luar bandar sebagai satu cara untuk meraih undi orang ramai. Selain itu beliau
berpendapat bahawa kempen untuk semua jawatan parti kerap melibatkan wang, Pemilihan tahun
1986 adalah contoh terbaik apabila wang dibelanjakan dengan mewah untuk mendapatkan undi. Hal
ini boleh dikatakan sebagai titik tolak kepada amalan politik wang secara besar-besaran dan sejak
itu amalan politik wang menjadi satu cirri dalam pemilihan UMNO. Di sini menunjukkan bahawa
apa yang mereka utamakan bukanlah keperluan rakyat, tetapi habuan politik yang boleh diraih hasil
sumbangan berkenaan.
Selain daripada itu, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri
membabitkan penukaran portfolio daripada Pelajaran kepada Perdagangan Antarabangsa dan
Perindustrian (MITI). Beliau mendapati permit mengimport (AP) bagi kenderaan baik pulih
diberikan kepada orang melayu kerana mereka tidak berpeluang memasuki bidang penjualan
kenderaan. Sebenarnya, pada pendapat beliau , peningkatan pelaburan asing membantu
mewujudkan peluang pekerjaan dan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi pada
masa itu. Berbeza daripada Jepun dan Korea , pilihan mereka adalah mendapatkan teknologi asing
untuk digunakan oleh pelabur tempatan. Proses perindustrian ekonomi Malaysia dimulakan oleh
Tun Razak dan Dr. Mahahtir membantu mempercepatkan proses itu dengan mempromosikannya
secara aktif dan mewujudkan iklim yang lebih mesra kepada pelabur. Ketika beliau menjadi
Menteri Perdagangan dan Perindustrian , beliau banyak melawat negara maju bagi memperkenalkan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan serta pusat dangangan di Asia Tenggara. Ahli perniagaan kita
haruslah mencari pasaran baru yang berpotensi dan menjalin perdagangan langsung dengan mereka.
2. Dengan usaha tersebut, kini Malaysia adalah antara negara perdagangan terbesar di dunia dengan
eksport kira-kira AS$100 bilion setahun. Menjadi seorang Timbalan Perdana menteri bukanlah satu
perkara yang mudah , walaupun setelah lima tahun berkhidmat dalam jawatan tersebut, beliau tidak
dapat menjalinkan hubungan yang mesra bersama Tun Hussien. Bagi beliau, Tun Hussien tidak
mudah mesra dan interaksinya bersama dengan orang ramai agak kaku. Walaupun boleh bergurau
tetapi beliau bukanlah jenis yang suka berjenaka dan ketawa. Hal ini berbeza dengan personaliti
Tun Razak yang lebih mesra, lebih mudah ketawa dan selesa bergaul manakala Tun Hussien lebih
gemar menyendiri. Secara zahirnya, hubungan antara Dr. Mahathir dan Tun Hussien lebih bersifat
rasmi dan tidak Dr. Mahathir tidak akan berjumpa beliau melainkan untuk membincangkan hal-hal
rasmi. Tun Hussien berpegang teguh kepada prinsip dan tidak ada sikit pun cakap-cakap mengenai
rasuah serta skandal yang boleh dikaitkan dengan beliau. Walaupun idea dan cadangan Dr.
Mahathir kerap ditolak oleh Tun Hussien, namun beliau tidak pernah putus asa dalam memberi
pandangan untuk memesatkan pembangunan negara. Walaupun tidak mendapaat galakan
secukupnya, beliau berjaya memperkenalkan beberapa inisiatif sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Antaranya adalah penubuhan Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan atau
Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) yang
bertanggungjawab mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti kerajaan. Dengan latar belakang
tersebut beliau boleh membuktikan kepada mereka yang walaupun beliau pro-melayu , ia tidak
bermakna beliau menentang kaum-kaum lain. Dr. Mahathir sekadar berpendapat bahawa dengan
menaikkan ekonomi orang melayu, kebaikannya bukan sahaja terhadap mereka, malah kepada
negara keseluruhannya.
Dalam pada itu, setelah Tun Hussien yang lemah selepas pembedahan pintasan
jantung, Dr. Mahathir mengambil alih pentadbiran negara selaku timbalannya. Beliau telah
melancarkan Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) sebagai jentera kerajaan yang
akan menyelia dan melaksanakan usaha perindustrian negara. Beliau kagum dengan Tan Sri Eric
Chia yang berjaya memulihkan kilang perwaja serta menyemai semangat baru dalam kalangan
pekerja dengan mengaturkan latihan fizikal dan kursus motivasi untuk mereka. Beliau
membekalkan mereka dengan keperluan semasa bekerja dan pandai mengambil hati pekerja seperti
memberi bekalan kurma kepada pekerja melayu ketika mereka hendak berbuka puasa pada bulan
Ramadhan. Secara tidak langsung perkara tersebut dapat meningkatkan motivasi para pekerja serta
komited kepada tugas masing-masing dan nampak jelas mereka gembira bekerja di bawah beliau.
Tambahan lagi, Chia juga bertanggungjawab memperkenalkan sejumlah industri kecil keluli,
misalnya beliau telah mengimport mesin yang boleh dipasang di rumah kampung dan penduduk
hanya perlu memetik suis untuk menghasilkan paku ,dan hal ini secara langsung boleh membantu
penduduk kampung menyertai industri kecil.
Setelah pengunduran Tun Hussien daripada jawatan Perdana Menteri , Dr. Mahathir
mengambil alih jawatan tersebut dan melaksanakan beberapa perubahan kepada ibu negara iaitu
Kuala Lumpur seterusnya kepada negara. Beliau merupakan seorang yang cekal kerana walaupun
berlaku kegawatan ekonomi , beliau tetap mahu melaksanakan banyak idea baru. Namun seperti
biasa dalam memperkenalkan etika baru bekerja dan mengubah cara pemikiran lama ,sudah tentu
3. idea-idea seperti ini sukar diterima dek kerana memerlukan masa untuk bertapak dan membuahkan
hasil.
Seterusnya Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu amat komited dalam
menyediakan sebuah jentera kerajaan yang dapat berkhidmat kepada masyarakat. Bagi
merealisasikan perkara tersebut beliau telah mencadangkan supaya diperkenalkan inovasi baru bagi
mempercepatkan urusan Kerajaan dan menjadikannya lebih produktif . Sebagai contoh ialah dengan
perlaksanaan bagi setiap jabatan menghasilkan buku panduan supaya setiap pegawai tahu langkah-
langkah yang perlu diambil dan dipatuhi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Tambahan lagi, beliau mencadangkan setiap jabatan mengadakan manual, carta pengaliran kerja
dan fail meja. Tanpa beliau menyangka, walaupun hanya beberapa langkah yang diambil ia dapat
mewujudkan gambaran mengenai pertumbuhan yang pesat dan kemakmuran yang meningkat.
Antara projek-projek prasarana yang berjaya ialah lebuh raya, kemudahan bekalan air, pelabuhan
dan lapangan terbang turut dibina dengan lebih pantas daripada sebelumnya. Bagi Dr. Mahathir
untuk membangunkan sesebuah negara supaya lebih maju, kegiatan rasuah hendaklah dihapuskan.
Selalunya rasuahlah yang menyebabkan system birokrasi runtuh. Oleh yang demikian, sejurus
selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau mengeluarkan satu kenyataan keras yang
memberi amaran akan bertindak tegas ke atas pegawai kerajaan yang korup. Ekoran itu, beberapa
orang pegawai mengambil keputusan untuk bersara awal.
Menoleh ke belakang kita dapat perhatikan bahawa , walaupun secara sepintas lalu
,yang pembentukan Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia hari ini, adalah kesan daripada kempen
Bersih, Cekap dan Amanah. Ia bukanlah penyumbang tunggal kepada pembangunan Malaysia ,
tetapi ia memang mengubah system pentadbiran negara kita kepada yang lebih baik jika menjurus
semula tumpuan , tenaga dan pemikiran pegawai. Secara keseluruhannya, ia sedikit sebanyak
membantu mengurangkan rasuah dan memesatkan pembangunan. Kempen Bersih , Cekap dan
Amanah bukan slogan pilihan raya semata-mata , walaupun itulah permulaannya. Sebetulnya,
slogan boleh membantu tetapi hendaklah digunakan dengan berhati-hati kerana slogan yang terlalu
banyak boleh menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan janji-janji kosong kerajaan yang hanya
datang sewaktu menghampiri tarikh pilihan raya sahaja. Malah yang lebih memalukan , slogan-
slogan yang dibuat menjadi bahan jenaka masyarakat sendiri. Pada hakikatnya, slogan dicipta
sebagai singkatan kepada realiti yang dicerminkan atau yang hendak diperkenalkan. Kemudian
beliau memperkenalkan pula slogan Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagai pemimpin tertinggi
negara , slogan itu lebih ditujukan kepada beliau berbanding orang lain. Pemimpin lain merangkumi
Menteri, ketua-ketua pentadbir dan ketua-ketua parti. Bagaimanapun, slogan ini akan hanya
bermakna jika beliau sendiri menunjukkan teladan.
Dr . Mahathir yang telah mengadakan lawatan ke Jepun dan Korea selatan
memutuskan bahawa Malaysia patut melihat negara-negara ini sebagai contoh pembangunan. Inilah
bagaimana Dasar Pandangan ke Timur dirumuskan dan dilancarkan. Hal ini kerana sebagai contoh
apabila syarikat-syarikat Jepun mengalami kemerosotan , mereka tidak sewenang-wenangnya
membuang pekerja. Sebaliknya mereka menukar tugas pekerja atau mewujudkan pekerjaan untuk
mereka. Hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam sesebuah negara.
4. Dalam pada itu, masyarakat barat khususnya orang Eropah tidak harus dipandang
remeh kerana mereka telah dapat menghasilkan pentadbiran yang lengkap dan mantap sejak
beratus-ratus tahun dahulu. Malahan mereka kerap bersaing sesame mereka sejak dulu lagi sama
ada dalam merebut kawasan atau sesebuah kegiatan ekonomi. Oleh itu, ia tidak menghairankan
mereka mempunyai sistem pertahanan yang mantap serta teknologi persenjataan untuk melindungi
negara mereka. Namun kesan sampingan perang menyebabkan timbulnya konsep persaingan oleh
orang Eropah . Bagi mereka, segala-galanya mesti dilaksanakan melalui pertandingan. Dalam
konsep orang Eropah yang orang menang akan dianggap betul walaupun orang tersebut salah.
Sungguhpun begitu,mereka sentiasa cuba membuat penambahbaikan dan tidak pernah berpuas hati
dengan apa yang mereka miliki. Dalam urus tadbir negara , mereka telah mencipta banyak sistem.
Orang Eropah amat pintar dalam perancangan, pengurusan dan perlaksanaan. Mereka sangat
sistematik dan hal ini dapat dibuktikan dengan penciptaan rangka tindakan yang terperinci bagi
segala sesuatu yang hendak dihasilkan. Dengan menggunakan rangka tindakan itu, mereka dan
orang lain juga boleh mengeluarkan barang yang serupa secara lebih tepat , cepat dan dalam kuantiti
yang lebih besar. Jelaslah bahawa dunia perlu berterima kasih kepada orang Eropah atas sumbangan
mereka kepada pengurusan organisasi politik, ekonomi dan kemasyarakatan yang semakin
kompleks. Namun begitu, orang Eropah ada kelemahannya dan oleh itu, negara bukan Eropah patut
mempelajari sebanyak mungkin mengenai orang Eropah agar dapat membezakan mana satu skim,
idea dan sistem ciptaan mereka yang patut diikuti atau ditolak.
Dalam kupasan buku beliau juga ada menyebut tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang menyertai UMNO selepas beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1981. Walhal, Anwar
sendiri sudah jelas dengan pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan
kenyataan-kenyataannya lebih menjurus kepada sekutu semulajadi PAS. Anwar telah menunjukkan
kepintarannya dengan meyakinkan ABIM dan membuat peralihan tanpa memutuskan hubungan
dengan pergerakan itu. Bagi Dr. mahahtir, Anwar sebagai pemimpin sudah semestinya beliau
mempunyai ramai pengikut dan hal ini secara tidak langsung akan menambah penyokong terhadap
UMNO. Dalam imej islamnya , Dr. Mahathir berharap Anwar akan memperkukuhkan kewibawaan
UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam. Setelah itu Dr. Mahathir memutuskan untuk
menerima keahlian Anwar dan mendapati tiada bantahan kuat daripada rakan-rakan beliau. Maka
dengan itu, Anwar secara rasminya menyertai UMNO pada tahun 1982. Setelah itu, beliau mula
menyedari petanda tidak baik yang pertama mengenai Anwar ,apabila beliau membentuk Kabinet
pada 1982 dan melantik beliau sebagai Timbalan Menteri dan Anwar tidak berpuas hati dengan
perkara itu kerana Anwar menghendakkan jawantan Menteri penuh. Satu lagi bukti tentang cita-cita
Anwar yang tinggi dapat dilihat pada pemilihan UMNO 1982 apabila beliau memutuskan untuk
bertanding jawatan tertinggi Pemuda. Beliau memenangi jawatan tersebut dan mulai saat itu ,
Anwar seperti mahu mara dalam hierarki UMNO secepat mungkin. Sementelahan itu, ramai orang
datang memberitahu Dr. Mahathir tentang Anwar yang sedang membina popularity peribadi ,
khususnya di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Beliau kerap melawat bahagian dan cawangan
parti yang bagi pandangan Dr. Mahathir adalah perkara biasa. Malah ia satu tindakan yang bernas
kerana suatu hari nanti Anwar juga akan memimpin negara. Sehubungan itu, Anwar juga harus
5. berbaik-baik dengan masyarakat serta ahli-ahli politik lain serta dikenali dalam parti untuk
membantunya memimpin UMNO dan negara dengan lebih berkesan. Malahan sikap peramah
Anwar dapat dilihat apabila beliau gemar menerima tetamu . Pada bulan puasa , beliau akan
menghabiskan banyak hari untuk berbuka dengan orang ramai di samping berbuka di rumah . Di
majlis itu , saya dapati beliau juga menjemput Menteri Besar dari semua negeri. Sedangkan Dr.
Mahathir sendiri tidak pernah melakukan perkara sedemikian kerana menganggap bahawa tentulah
sukar untuk orang luar dari Kuala Lumpur hendak datang dengan hanya untuk jamuan malam yang
pendek. Anwar seorang yang penuh dengan kejutan kerana lebih dua pertiga bahagian mencalonkan
beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Malah bahagian-bahagian yang memang
diketahui penyokong kuat Tun Ghafar pun tidak mencalonkan Tun Ghafar dan jelaslah beliau akan
kalah. Sehubungan itu, Tun Ghafar memilih untuk mengundur diri dan Anwar menang tanpa
dicabar.
Secara amnya, pada Malaysia kurang dikenali dalam kalangan negara dunia kerana
kurang peristiwa-peristiwa besar berlaku di Malaysia tidak seperti Vietnam. Oleh sebab itu, para
pelabur dan pedagang juga tidak mengenali Malaysia malah sering tertukar dengan Malawi dan
Madagascar. Hal ini tidak dapat disangkalkan kerana Malaysia mendapat kemerdekaan tanpa
pertumpahan darah yang sering menjadi tajuk hangat pemberita dari seluruh pelusuk dunia.
Berikutan itu, Dr. Mahathir memutuskan untuk membina hubungan kukuh bersama negara anggota
ASEAN memandangkan mereka adalah jiran rapat kita, dan apa saja yang berlaku kepada mereka
akan menjejaskan negara kita. Selain itu, beliau juga mewujudkan ikatan diplomatic dengan negara-
negara kecil di rantau Pasifik dan Afrika , diikuti oleh negara-negara Islam dan selepas itu barulah
Komanwel. Beliau juga menganggap hubungan dengan Jepun dan Korea lebih penting daripada
jalinan antara negara Eropah.
Bagi Dr. Mahathir tidak ramai orang yakin Asia dan bangsa Asia mampu
menyediakan model pembangunan untuk negara lain ,tentu sahaja bukan Malaysia yang dianggap
tidak lebih daripada sebuah negara Dunia Ketiga yang mundur. Itulah sikap yang wujud pada masa
itu. Beliau menyedari hal ini apabila beliau mengundang beberapa pemimpin komanwel dari Afrika
untuk melawat Malaysia. Mereka tidak menunjukkan minat, kononnya tidak ada apa yang boleh
dilihat atau dipelajari daripada sebuah negara Dunia Ketiga yang lain. Namun beliau berkeyakinan
sebaliknya. Hal ini kerana pada lewat 1980-an , Malaysia sudah pun bergerak maju mengatasi
kebanyakan negara membangun lain. Untuk menambahkan pengenalan terhadap Malaysia beliau
menghadiri persidangan Komanwel tahun 1985 di Bahamas dan dapat mengenali pemimpin-
pemimpin Afrika , Carribean dan negara-negara membangun lain yang menjadi anggota Komanwel.
Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir selaku mantan perdana menteri kita telah melakukan banyak
perubahan negara kita kearah negara yang lebih moden dan membawa status negara kita di tempat
yang lebih tinggi iaitu dikenali di seluruh pelusuk dunia walaupun dikenali sebagai negara Dunia
Ketiga yang tidak membangun, namun hal tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk terus
membawa Malaysia maju kehadapan.