Teks ini membincangkan kisah Nabi Sulaiman dan burung hud-hud. Burung hud-hud membantu Nabi Sulaiman mengetahui tentang Kerajaan Saba' yang diperintah oleh Ratu Balqis. Ratu Balqis dan kaumnya menyembah matahari selain Allah. Nabi Sulaiman mengutus surat kepada Ratu Balqis untuk menyuruhnya bertaubat. Akhirnya Ratu Balqis beriman setelah bertemu Nabi Sulaiman.
1. Pengenalan
Hud-hud adalah sejenis burung belatuk dan merupakan binatang kepercayaan
nabi sulaiman yang telah berjaya menemui Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh Ratu
Balqis yang mana penduduknya menyembah matahari.
Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau
juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan
memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti
kehendaknya.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Nabi Sulaiman semakin
terserlah. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh
kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani
Israel. Setelah kewafatan Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa
sebagai pemimpin. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga
dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.
Pengajaran yang dapat diambil ialah Pertama : Kita hendaklah menunjukkan
kasih sayang kita kepada makhluk Allah agar dapat menyebabkan datangnya kasih
sayang Allah kepada kita.Allah memiliki sifat Ar-rahman dan Ar-rahim. Sifat ini
paling banyak disebut kerana sifat ini mengatasi sifat lain. Allah sendiri menciptakan
alam semesta agar makhluk-Nya boleh merasakan cinta dan kasih sayang-Nya.
Firman Allah swt : Maka tidak lama kemudian {datanglah hud-hud} lalu ia
berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang belum kamu mengetahuinya dan
kubawa kepadamu dari negeri Saba' suatu berita penting yang diyakini.( Al-Naml22 )
Rakan-rakan yang dikasihi,
Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman.
Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air.Tetapi burung berkenaan
tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman.
Sebagaimana Firman Allah SWT ” Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa
kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata’mengapa aku tidak
melihat Hud-Hud?adakah ia dari mereka yang tidak hadir?” an-Naml 20
Selepas itu, burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata:
“Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk
diketahui oleh tuan di Negeri Saba’…”
“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah
Saba’ dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya
menyembah matahari, selain Allah…”
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat yang mengandungi
nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-
hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Pengajaran yang kedua dapat kita ambil :Kita
hendaklah berfikir sejenak sebelum membuat sesuatu tindakan kerana kita tidak tahu
bahawa kita telah menyakiti hati seseorang. Kadangkala kita terlalu cepat membuat
keputusan untuk melakukan sesuatu dalam keadaan marah. Tanpa mengetahui perkara
yang sebenar atau hanya mengetahuinya daripada sebelah pihak.
Rakan-rakan sekalian,
Maksudnya:
2. “Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan (Balqis) yang memerintah
mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang
diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar” Surah an-Naml 23.
Demikian juga sifat yang ada pada Hud-Hud yang diterjemahkan,firmannya
yang bermaksud
“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan
meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula memperelok pada pandangan
mereka akan perbuatan syirik mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar)
Oleh itu mereka tidak mendapat petunjuk” an-Naml 24
“(Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya tidak sujud menyembah Allah yang
mengeluarkan benda yang tersembunyi dilangit dan dibumi dan yang mengetahui apa
yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan”. an-Naml 25
Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah
kepada Nabi Sulaiman.Pengajaran yang ketiga: Kita hendaklah mematuhi arahan dan
sebagai hambanNYA wajib mentaati perintahNYA dan bertindak kerana berada di
pihak yang benar.( berani kerana benar )
Rakan-rakan sekalian,
Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan
pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis
berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu
diketahui Nabi Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang
terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut
kedatangan Ratu Balqis.
Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu
Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Nabi Sulaiman bertanya : “Seperti
inikah singgahsanamu?” Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama seperti
singgahsanaku”. Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman.
Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana
menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Penutup
Berkatalah Sulaiman; “Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada
kaca”. Berkatalah Balqis; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim
terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan
semesta alam.”
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari
kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan
akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman. Setelah menerima utusan Nabi
Sulaiman a.s., rombongan ratu Balqis berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah
itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan
pengikutnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah,
'' Masa sangat mencemburui saya,
Terpaksa berhenti disini sahaja,
Begitulah kisah Hud-hud yang bijaksana,
3. Jadikan tauladan kita semua.''
Sekian, terima kasih.
Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh....