SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Kisah Pokok Epal
Terima kasih pengerusi majlis, yang dihormati tetamu jemputan, para hakim yang bijaksana, para
guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan
menceritakan satu kisah yang memberikan kita teladan untuk diikuti iaitu “Kisah Pokok Epal”.
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki
begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut,
memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di
perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya.
Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu
hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak
remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu
dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya
untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia
tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu berasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin
membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?"
Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang
besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong ke semua dahan pokok epal itu dan pergi
dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih
kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah
budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku
sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang
pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu berasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi
dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju
pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan
buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya
ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu
dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana
aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis
kegembiraan.
Rakan-rakan sekalian, daripada cerita tadi dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran:
1.Pokok epal tadi ibarat ibu bapa kita yang sanggup berbuat apa saja demi anaknya yang tercinta.
2.Kita hendaklah menghormati dan melayan ibu bapa kita dengan baik seperti mana mereka
menjaga kita semasa kecil.
Cerita ini sengaja dikisahkan untuk mengajak kita semua berfikir dan mengambil pengajaran
bahawa pokok epal itu diibaratkan sebagai ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka
bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita
di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja
asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.
Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi
fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka.
Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun.
Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.
Sekian….

Contenu connexe

Tendances

Kita umpama sehelai
Kita umpama sehelaiKita umpama sehelai
Kita umpama sehelaiRibena Jaja
 
Teks petani berjaya
Teks petani berjayaTeks petani berjaya
Teks petani berjayaNineZero
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasamarina
 
Jenis-jenis ayat bahasa melayu
Jenis-jenis  ayat bahasa melayuJenis-jenis  ayat bahasa melayu
Jenis-jenis ayat bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
Kata kata hikmat
Kata kata hikmatKata kata hikmat
Kata kata hikmatok
 
Karangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditKarangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditharshini1010
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatnoor hasikim
 
Senarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarang
Senarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarangSenarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarang
Senarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarangKHAIRUL NIZAM
 
Tingkatan 3-peribahasa
Tingkatan 3-peribahasaTingkatan 3-peribahasa
Tingkatan 3-peribahasaXenia Seah
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriAina Amirah
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangwas_4411
 

Tendances (20)

Sajak guru
Sajak guruSajak guru
Sajak guru
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Kita umpama sehelai
Kita umpama sehelaiKita umpama sehelai
Kita umpama sehelai
 
Teks petani berjaya
Teks petani berjayaTeks petani berjaya
Teks petani berjaya
 
Peribahasa
PeribahasaPeribahasa
Peribahasa
 
Kata adjektif1
Kata adjektif1Kata adjektif1
Kata adjektif1
 
Jenis-jenis ayat bahasa melayu
Jenis-jenis  ayat bahasa melayuJenis-jenis  ayat bahasa melayu
Jenis-jenis ayat bahasa melayu
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Kata kata hikmat
Kata kata hikmatKata kata hikmat
Kata kata hikmat
 
Karangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi dieditKarangan jenis biografi diedit
Karangan jenis biografi diedit
 
SELOKA KELAS 4C
SELOKA KELAS 4C SELOKA KELAS 4C
SELOKA KELAS 4C
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
Seloka 5 cokmar1
Seloka 5 cokmar1Seloka 5 cokmar1
Seloka 5 cokmar1
 
Senarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarang
Senarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarangSenarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarang
Senarai peribahasa mengikut tema sebagai membantu pelajar semasa mengarang
 
Tingkatan 3-peribahasa
Tingkatan 3-peribahasaTingkatan 3-peribahasa
Tingkatan 3-peribahasa
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteri
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilang
 

Similaire à Kisah Pokok Epal

Similaire à Kisah Pokok Epal (20)

Kisah Motivasi Seorang Anak dan Pohon Apel
Kisah Motivasi Seorang Anak dan Pohon ApelKisah Motivasi Seorang Anak dan Pohon Apel
Kisah Motivasi Seorang Anak dan Pohon Apel
 
Anak Laki-laki dan Pohon Apel
Anak Laki-laki dan Pohon ApelAnak Laki-laki dan Pohon Apel
Anak Laki-laki dan Pohon Apel
 
Apple tree story
Apple tree storyApple tree story
Apple tree story
 
Ibu[1]
Ibu[1]Ibu[1]
Ibu[1]
 
Tugas bahasa inggris
Tugas bahasa inggrisTugas bahasa inggris
Tugas bahasa inggris
 
Kisah pohon epal dgn budak lelaki
Kisah pohon epal dgn budak lelakiKisah pohon epal dgn budak lelaki
Kisah pohon epal dgn budak lelaki
 
Pohon Apel Dan Anak Laki Laki
Pohon Apel Dan Anak Laki LakiPohon Apel Dan Anak Laki Laki
Pohon Apel Dan Anak Laki Laki
 
Mungkin ini cerita pernah kamu dengar
Mungkin ini cerita pernah kamu dengarMungkin ini cerita pernah kamu dengar
Mungkin ini cerita pernah kamu dengar
 
Pilkada (adek alwi)
Pilkada (adek alwi)Pilkada (adek alwi)
Pilkada (adek alwi)
 
Pilkada (adek alwi)
Pilkada (adek alwi)Pilkada (adek alwi)
Pilkada (adek alwi)
 
Doa emak untuk asa
Doa emak untuk asaDoa emak untuk asa
Doa emak untuk asa
 
Cerpen (mutiara kecil kehidupan)
Cerpen (mutiara kecil kehidupan)Cerpen (mutiara kecil kehidupan)
Cerpen (mutiara kecil kehidupan)
 
gadis penjaja tikar
gadis penjaja tikargadis penjaja tikar
gadis penjaja tikar
 
Para Penanti
Para PenantiPara Penanti
Para Penanti
 
Kisah kisah dari sarang - #proyekfabel2012
Kisah kisah dari sarang - #proyekfabel2012Kisah kisah dari sarang - #proyekfabel2012
Kisah kisah dari sarang - #proyekfabel2012
 
Bahasa pdf small hway
Bahasa pdf small hwayBahasa pdf small hway
Bahasa pdf small hway
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
Cerpe
CerpeCerpe
Cerpe
 
Lifede
LifedeLifede
Lifede
 

Kisah Pokok Epal

  • 1. Kisah Pokok Epal Terima kasih pengerusi majlis, yang dihormati tetamu jemputan, para hakim yang bijaksana, para guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya akan menceritakan satu kisah yang memberikan kita teladan untuk diikuti iaitu “Kisah Pokok Epal”. Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu berasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
  • 2. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong ke semua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
  • 3. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan. Rakan-rakan sekalian, daripada cerita tadi dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran: 1.Pokok epal tadi ibarat ibu bapa kita yang sanggup berbuat apa saja demi anaknya yang tercinta. 2.Kita hendaklah menghormati dan melayan ibu bapa kita dengan baik seperti mana mereka menjaga kita semasa kecil.
  • 4. Cerita ini sengaja dikisahkan untuk mengajak kita semua berfikir dan mengambil pengajaran bahawa pokok epal itu diibaratkan sebagai ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua. Sekian….