SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Yusup Bin Aziz
(720215136155)
Alhamdulillah, Program Bina Insan Guru (BIG) telah berjaya dilaksanakan
dengan sepenuhnya. BIG merupakan satu program yang dilaksanakan oleh
BahagianPendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti
tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi.
Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia
bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi
perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya.
Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PPG Ambilan Feb 2012 sama
ada secara individu di sekolah masing-masing ataupun secara berkumpulan.
Dengan kerjasama jabatan dan intitusi pendidikan yang lain. “Pengurusan
Pendidikan ” merupakan tema seminar pendidikan ini. Sebagai seorang bakal guru,
guru-guru pelatih ataupun yang sudah bergelar pendidik hendaklah mengetahui
tentang peranan mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru.
Maka, dengan adanya program seperti ini ianya akan dapat menambahkan dan
memberi penjelasan yang lebih terperinci kepada saya ataupun dikalangan guru
bagai mana untuk menjadi seorang guru yang berwatak.
Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang perlu dilakukan perubahan
agar kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya seorang guru dapat memberikan didikan
yang sempurna kepada anak-anak murid, seperti membantu mereka membanding
beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam
melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila
mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan
orang ramai. Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif
yang amat mendalam terhadap kerjaya saya sebagai seorang pendidik. saya sedar
bahawa sebagai seorang guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita
haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk,atau sikap merendah diri tidak kira di
mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak
sombong, terutamanya terhadap orangyang lebih tua, berpengalaman dan veteren
daripada kita. Jika tidak, kita akan sentiasa dilabelkan dengan istilah angkuh,
sombong dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang
lebih teruk lagi, sekiranya kita dilabelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di
atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia
sebenarnya bukan seperti orang yang dilabelkan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
mengawal tingkah laku,pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh
bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan
harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang
itu.
Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui ceramah ini adalah
penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Huraian
yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini
membolehkan para peserta ceramah dapat memanfaatkan ceramah yang
disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat
penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin
disampaikan. Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan
dengan jelas dan teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut
akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang
diibaratkan “masuk telingan kanan keluar telinga kiri” tidak akan berlaku.
Selain itu, kekuatan yang saya dapati semasa aktiviti ceramah tersebut
berlangsung adalah tempat yang disediakan adalah sangat selesa untuk para
peserta mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah
sangat penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut
dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diingati oleh
setiap peserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat
yang selesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka
akan mula berfikiran negatif kepada pihak penganjur.
Kekuatan yang saya dapati semasa program ceramah ini berlangsung adalah
hand-out yang disediakan kepada para peserta dapat memberi lebih kefahaman
kepada peserta ceramah. Ini adalah kerana, di samping mendengar ceramah,
peserta dapat membaca dan seterusnya akan dapat memahami dengan lebih jelas
lagi tentang apa yang ingin disampaikan oleh penceramah.
Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang
saya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviti
ceramah disebelah petang adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 2:30 hingga
4:30. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa
mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah
yang akan disampaikan. Selain itu, saya mendapati sebaik-baiknya untuk
mengelakkan peserta-peserta seminar mengantuk sebaik-baiknya pihak menganjur
menyediakan air mineral kepada setiap peserta dan sedikit gula-gula.
Manakala kelemahan yang selalu berlaku dalam setiap seminar atau pun
ceramah yang diadakan ialah berkaitan dengan waktu kehadiran peserta. Apa yang
saya perhatikan ramai di kalangan peserta yang tidak mematuhi waktu yang telah
ditetapkan semasa pendaftaran. Perjalanan program sedikit tergendala kerana
kelewatan peserta program.
Secara umumnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan
membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk
memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri
seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna,
secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya
dicapai di mana ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang guru telah dijelaskan
dengan terperinci dengan harapan guru dapat mengaplikasikannya semasa di
sekolah. Besar harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa
akan datang kerana begitu banyak manfaat yang diperoleh. Melalui program ini,
guru dapat mengenal diri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh kearah membina diri sebagai insan guru yang
cemerlang secara berterusan.
Sekian Terima Kasih
Yusup Bin Aziz
PJk 2

Contenu connexe

Tendances

Laporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internshipLaporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internshipPensil Dan Pemadam
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)suriasuriati
 
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)Mohd Zabidi
 
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Pensil Dan Pemadam
 
Mama open
Mama openMama open
Mama openman wan
 
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numossRefleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numossiffahroslan
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatnuraishah91
 
Program mentor-mentee-sk tj-2013
Program mentor-mentee-sk tj-2013Program mentor-mentee-sk tj-2013
Program mentor-mentee-sk tj-2013Mashudi Misban
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatnuraishah91
 
Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a
Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3aModul mentor mentee tingkatan 1,2,3a
Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3aMohd Noor Noor
 
Pemantapan Profesion Guru
Pemantapan Profesion GuruPemantapan Profesion Guru
Pemantapan Profesion GuruKakram Gc
 
Kertas kerja program mentor mentee
Kertas kerja program mentor menteeKertas kerja program mentor mentee
Kertas kerja program mentor menteeNor Azlina
 
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2Irni Widahyu
 
Borang sinopsis buku4 guru pembimbing murid
Borang sinopsis buku4 guru pembimbing muridBorang sinopsis buku4 guru pembimbing murid
Borang sinopsis buku4 guru pembimbing muridYusnita Yusof
 

Tendances (20)

Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
 
Laporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internshipLaporan pelaksanaan-internship
Laporan pelaksanaan-internship
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
 
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
Kertas cadangan. prs 2014 (tahap bongsu)
 
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
 
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numossRefleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
 
Refleksi group pj
Refleksi group pjRefleksi group pj
Refleksi group pj
 
Program mentor-mentee-sk tj-2013
Program mentor-mentee-sk tj-2013Program mentor-mentee-sk tj-2013
Program mentor-mentee-sk tj-2013
 
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumatLaporan kemahiran pengurusan maklumat
Laporan kemahiran pengurusan maklumat
 
Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a
Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3aModul mentor mentee tingkatan 1,2,3a
Modul mentor mentee tingkatan 1,2,3a
 
Pemantapan Profesion Guru
Pemantapan Profesion GuruPemantapan Profesion Guru
Pemantapan Profesion Guru
 
Kertas kerja prs
Kertas kerja prsKertas kerja prs
Kertas kerja prs
 
Kertas kerja program mentor mentee
Kertas kerja program mentor menteeKertas kerja program mentor mentee
Kertas kerja program mentor mentee
 
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
Kertas cadangan program bina insan guru fasa 2
 
Borang sinopsis buku4 guru pembimbing murid
Borang sinopsis buku4 guru pembimbing muridBorang sinopsis buku4 guru pembimbing murid
Borang sinopsis buku4 guru pembimbing murid
 
Lpj bem 2013 2014
Lpj bem 2013 2014Lpj bem 2013 2014
Lpj bem 2013 2014
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Pkb heri purnomo, s.pd sma11 tebo
Pkb heri purnomo, s.pd sma11 teboPkb heri purnomo, s.pd sma11 tebo
Pkb heri purnomo, s.pd sma11 tebo
 

En vedette

Darhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azam
Darhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azamDarhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azam
Darhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azamMuhammad Tariq
 
Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013
Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013
Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013Eliana Santos
 
Московское метро
Московское метроМосковское метро
Московское метроcnho
 
06. женщины в служении иисуса
06. женщины в служении иисуса06. женщины в служении иисуса
06. женщины в служении иисусаchucho1943
 
Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...
Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...
Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...Ayodya S R
 
Presentación semana 4
Presentación semana 4Presentación semana 4
Presentación semana 4Sra de Paisano
 
Ingenting är nytt, allt är förändrat (seminarium 2014)
Ingenting är nytt, allt är förändrat  (seminarium 2014)Ingenting är nytt, allt är förändrat  (seminarium 2014)
Ingenting är nytt, allt är förändrat (seminarium 2014)Ulf Sandfrost
 
Sarah depita sistem pernafasan manusia
Sarah depita  sistem pernafasan manusiaSarah depita  sistem pernafasan manusia
Sarah depita sistem pernafasan manusiaSharah Sharah
 

En vedette (20)

Darhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azam
Darhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azamDarhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azam
Darhi islam ka shaar e azeem by mufti muhammad azam
 
Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013
Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013
Informe de Gestión Coordinación Nal Eliana Santos Echavarría octubre 2013
 
Московское метро
Московское метроМосковское метро
Московское метро
 
Я себстаци.
Я себстаци.Я себстаци.
Я себстаци.
 
06. женщины в служении иисуса
06. женщины в служении иисуса06. женщины в служении иисуса
06. женщины в служении иисуса
 
Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...
Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...
Pembuatan Hardening Server Pada PT Dekodr Solusi Digital Indonesia Menggunaka...
 
презентация 1
презентация 1презентация 1
презентация 1
 
Presentación semana 4
Presentación semana 4Presentación semana 4
Presentación semana 4
 
Ingenting är nytt, allt är förändrat (seminarium 2014)
Ingenting är nytt, allt är förändrat  (seminarium 2014)Ingenting är nytt, allt är förändrat  (seminarium 2014)
Ingenting är nytt, allt är förändrat (seminarium 2014)
 
EmlakStore
EmlakStoreEmlakStore
EmlakStore
 
Հաշվետվություն
ՀաշվետվությունՀաշվետվություն
Հաշվետվություն
 
Kelebihan sunat dhuha
Kelebihan sunat dhuhaKelebihan sunat dhuha
Kelebihan sunat dhuha
 
Cv 1607
Cv 1607Cv 1607
Cv 1607
 
Issue 29 vnm
Issue 29 vnmIssue 29 vnm
Issue 29 vnm
 
Cheese Bar
Cheese BarCheese Bar
Cheese Bar
 
Modul 3
Modul 3Modul 3
Modul 3
 
Sarah depita sistem pernafasan manusia
Sarah depita  sistem pernafasan manusiaSarah depita  sistem pernafasan manusia
Sarah depita sistem pernafasan manusia
 
Mrp cassa
Mrp cassaMrp cassa
Mrp cassa
 
Bahasa indonesia 1
Bahasa indonesia 1Bahasa indonesia 1
Bahasa indonesia 1
 
Erasmus+
Erasmus+Erasmus+
Erasmus+
 

Similaire à Yusup bin aziz

Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Zainol Muda
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahfarahmohammat
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-bigdeera zahrin
 
Laporan akhir hp kreatif
Laporan akhir hp kreatifLaporan akhir hp kreatif
Laporan akhir hp kreatifhalwaizzati
 
Proposal NLP4Teachers
Proposal NLP4TeachersProposal NLP4Teachers
Proposal NLP4TeachersHafiz Bai
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madelamelcassie
 
Laporan kemahiran kepimpinan
Laporan kemahiran kepimpinanLaporan kemahiran kepimpinan
Laporan kemahiran kepimpinannuraishah91
 
Laporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialLaporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialnuraishah91
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxgiap77
 
Laporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimLaporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimHanafi Samion
 
Format Penulisan Ceramah dan Teks Ceramah
Format Penulisan Ceramah dan Teks CeramahFormat Penulisan Ceramah dan Teks Ceramah
Format Penulisan Ceramah dan Teks CeramahSherly Jewinly
 
Program bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingProgram bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingMozanni Tia
 
Makalah prinsip bp dan kode etik guru bp
Makalah prinsip bp dan kode etik guru bpMakalah prinsip bp dan kode etik guru bp
Makalah prinsip bp dan kode etik guru bpMuhammad Firdaus
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1nuraishah91
 
Refleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punyaRefleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punyawanie rashid
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1nuraishah91
 

Similaire à Yusup bin aziz (20)

Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
Laporanreflektif2 130924111722-phpapp01
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiah
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
Laporan akhir hp kreatif
Laporan akhir hp kreatifLaporan akhir hp kreatif
Laporan akhir hp kreatif
 
Proposal NLP4Teachers
Proposal NLP4TeachersProposal NLP4Teachers
Proposal NLP4Teachers
 
Slide fasilitasi stbm
Slide fasilitasi stbmSlide fasilitasi stbm
Slide fasilitasi stbm
 
Refleksi madela
Refleksi madelaRefleksi madela
Refleksi madela
 
Laporan kemahiran kepimpinan
Laporan kemahiran kepimpinanLaporan kemahiran kepimpinan
Laporan kemahiran kepimpinan
 
Laporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosialLaporan kemahiran sosial
Laporan kemahiran sosial
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocx
 
Laporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimLaporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azim
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Format Penulisan Ceramah dan Teks Ceramah
Format Penulisan Ceramah dan Teks CeramahFormat Penulisan Ceramah dan Teks Ceramah
Format Penulisan Ceramah dan Teks Ceramah
 
Program bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konselingProgram bimbingan-dan-konseling
Program bimbingan-dan-konseling
 
Makalah prinsip bp dan kode etik guru bp
Makalah prinsip bp dan kode etik guru bpMakalah prinsip bp dan kode etik guru bp
Makalah prinsip bp dan kode etik guru bp
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
 
Refleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punyaRefleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punya
 
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
Pembentangan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat1
 

Yusup bin aziz

  • 1. Yusup Bin Aziz (720215136155) Alhamdulillah, Program Bina Insan Guru (BIG) telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya. BIG merupakan satu program yang dilaksanakan oleh BahagianPendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PPG Ambilan Feb 2012 sama ada secara individu di sekolah masing-masing ataupun secara berkumpulan. Dengan kerjasama jabatan dan intitusi pendidikan yang lain. “Pengurusan Pendidikan ” merupakan tema seminar pendidikan ini. Sebagai seorang bakal guru, guru-guru pelatih ataupun yang sudah bergelar pendidik hendaklah mengetahui tentang peranan mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru. Maka, dengan adanya program seperti ini ianya akan dapat menambahkan dan memberi penjelasan yang lebih terperinci kepada saya ataupun dikalangan guru bagai mana untuk menjadi seorang guru yang berwatak. Hal ini bermakna kita perlu mencari kelemahan yang perlu dilakukan perubahan agar kita menjadi lebih baik. Jadi, sekiranya seorang guru dapat memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak murid, seperti membantu mereka membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam
  • 2. melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai. Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya sebagai seorang pendidik. saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk,atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orangyang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Jika tidak, kita akan sentiasa dilabelkan dengan istilah angkuh, sombong dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang lebih teruk lagi, sekiranya kita dilabelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan seperti orang yang dilabelkan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku,pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu. Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui ceramah ini adalah penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Huraian yang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Ini membolehkan para peserta ceramah dapat memanfaatkan ceramah yang disampaikan dengan baik. Penyampaian ceramah yang berkesan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop ceramah yang ingin disampaikan. Mesej yang ingin disampaikan dalam ceramah perlu dihuraikan dengan jelas dan teratur supaya para peserta yang mendengar ceramah tersebut akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkan “masuk telingan kanan keluar telinga kiri” tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan yang saya dapati semasa aktiviti ceramah tersebut berlangsung adalah tempat yang disediakan adalah sangat selesa untuk para peserta mendengar ceramah. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah
  • 3. sangat penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diingati oleh setiap peserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat yang selesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka akan mula berfikiran negatif kepada pihak penganjur. Kekuatan yang saya dapati semasa program ceramah ini berlangsung adalah hand-out yang disediakan kepada para peserta dapat memberi lebih kefahaman kepada peserta ceramah. Ini adalah kerana, di samping mendengar ceramah, peserta dapat membaca dan seterusnya akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang saya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviti ceramah disebelah petang adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 2:30 hingga 4:30. Ini adalah kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang akan disampaikan. Selain itu, saya mendapati sebaik-baiknya untuk mengelakkan peserta-peserta seminar mengantuk sebaik-baiknya pihak menganjur menyediakan air mineral kepada setiap peserta dan sedikit gula-gula. Manakala kelemahan yang selalu berlaku dalam setiap seminar atau pun ceramah yang diadakan ialah berkaitan dengan waktu kehadiran peserta. Apa yang saya perhatikan ramai di kalangan peserta yang tidak mematuhi waktu yang telah ditetapkan semasa pendaftaran. Perjalanan program sedikit tergendala kerana kelewatan peserta program. Secara umumnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk
  • 4. memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai di mana ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang guru telah dijelaskan dengan terperinci dengan harapan guru dapat mengaplikasikannya semasa di sekolah. Besar harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana begitu banyak manfaat yang diperoleh. Melalui program ini, guru dapat mengenal diri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah membina diri sebagai insan guru yang cemerlang secara berterusan. Sekian Terima Kasih Yusup Bin Aziz PJk 2