Dokumen ini menyenaraikan peraturan untuk tempahan Makmal Bahasa PPAL di UMT. Ia menerangkan bahawa tempahan boleh dibuat oleh warga UMT untuk kelas, bengkel atau penggunaan komputer di luar waktu operasi. Permohonan perlu dibuat secara atas talian dan awal untuk mengelakkan masalah. Makmal hanya boleh dijadualkan untuk 40 orang untuk kelas dan memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang unt
1. Penyelaras Makmal Bahasa PPAL
Wan Nurhafeza Wan Salam
PERATURAN TEMPAHAN MAKMAL BAHASA PPAL
1. Tempahan Makmal-makmal Bahasa PPAL dibuka kepada semua warga Pusat
Pendidikan Asas & Liberal (PPAL) serta warga UMT untuk tujuan kelas, bengkel atau
.penggunaan makmal komputer di luar waktu pengoperasiannya
2. Pihak pemohon dikehendaki mengisi Borang Tempahan Makmal Bahasa PPAL secara
atas talian yang disediakan bagi tujuan ini. Pihak pemohon juga adalah dinasihatkan
agar membuat tempahan seawal yang mungkin bagi mengelakkan sebarang
kesukaran yang mungkin timbul. Keutamaan tempahan Makmal Bahasa ini adalah
bagi penggunaan computer dan aplikasi/perisian.
3. Bagi tempahan Makmal Bahasa PPAL untuk tujuan kelas atau bengkel, bilangan
pengguna yang dibenarkan adalah terhad iaitu sebanyak 40 orang sahaja. Pihak
pemohon adalah dinasihatkan untuk mendapatkan makmal komputer yang lain
sekiranya memerlukan tempat dan ruang yang lebih besar.
4. Pihak pemohon dan para pengguna Makmal Bahasa PPAL dikehendaki mematuhi
Peraturan Menggunakan Makmal Bahasa PPAL yang telah ditetapkan.
5. Pihak pemohon perlu memberitahu terlebih dahulu kepada Penyelaras Makmal
atau/serta pembantu makmal Makmal Bahasa PPAL sekiranya terdapat keperluan-
keperluan lain yang diperlukan untuk satu-satu tempahan makmal komputer
tersebut seperti penggunaan projektor LCD, mikrofon dan cadangan perisian-perisian
tertentu.
6. Permohonan untuk menempah Makmal Bahasa PPAL di luar waktu pengoperasiannya
hanya dibenarkan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 10 orang atau lebih yang
hendak menggunakannya. Pihak pemohon dikehendaki membuat permohonan di
pejabat utama PPAL (Ketua Penolong Pendaftar) bagi mendapatkan khidmat
pembantu makmal yang akan bertugas lebih masa (overtime).
7. Pihak pemohon adalah bertanggungjawab penuh ke atas makmal komputer serta
peralatan-peralatan yang terdapat di dalamnya. Pihak Pengurusan Makmal Bahasa
PPAL berhak menuntut sebarang gantirugi atau denda sekiranya berlaku apa-apa
kerosakan atau kehilangan yang tidak dikehendaki ke atas peralatan-peralatan
Makmal Bahasa tersebut.
8. Pihak pemohon juga adalah bertanggungjawab penuh ke atas kebersihan dan
susunatur makmal komputer semasa penggunaan makmal komputer tersebut. Pihak
Pengurusan Makmal Bahasa PPAL berhak untuk menghalang mana-mana pemohon
yang didapati tidak menjaga kebersihan serta susunatur makmal komputer dengan
baik daripada terus menggunakan makmal komputer dan kemudahan Makmal
Bahasa pada masa-masa akan datang.
9. Pihak Pengurusan Makmal Bahasa PPAL berhak untuk tidak melayan dan tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang permohonan tempahan makmal komputer di
bawah pengawasannya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan.