Mukasyafah dan musyahadah adalah konsep penting dalam tasawuf yang merujuk kepada penyaksian dan pengalaman spiritual yang mendalam tentang Allah. Mukasyafah melibatkan penyingkapan tabir antara manusia dan Allah manakala musyahadah merupakan pengalaman seolah-olah berhadapan dengan Allah. Kedua-dua konsep ini membantu mendekatkan diri kepada Tuhan melalui proses pertumbuhan rohani.
Mengupas Konsep Mukasyafah dan Musyahadah dalam Tasawuf
1. IUS 4163
TASAWUF PERBANDINGAN
Tajuk:
املشاهدةو املكاشفة
Nama Pensyarah:
Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar
Nama Pelajar:
Wan Mohd Rizal bin Wan Azha
( 034750 )
ISM Usuluddin Semester 7
2016/2017
2. PENGENALAN ILMU TASAWUF
• Menurut Imam al-Ghazali, ilmu tasawuf ialah
ilmu batin yang sukar diterangkan, tetapi
ulamak telah membuat berbagai definisi
mengenainya, antaranya:
– Berpegang pada hakikat dan bersabar
menghadapi ujian.
– Berdamping dengan Tuhan tanpa perantaraan.
– Kamu tidak dimiliki dan memiliki sesuatu.
3. sambungan
• Sesiapa yang mengikut ajaran tasawuf dinamakan Sufi dan
makna Sufi pengkaji telah berselisih pendapat dan dapat
dirumuskan:
– Berasal daripada seorang lelaki yang bernama Sufah yang di
sepanjang hidupnya beribadat di Baitul Haram (Mekah). Jadi
sesiapa yang menurut jejak langkahnya dinamakan Sufi-
sempena nama Sufah.
– Berasal daripada perkataan safa’ yang bemakna tenang dan suci.
– Berasal daripada perkataan saff yang beerti barisan. Mereka
yang mendapat kelebihan adalah dari kalangan yang menduduki
barisan hadapan dan mereka itu ialah ahli Sufi-sempena dari
perkataan saff.
– Berasal daripada perkataan Greek sophis yang beerti pendita
4. MUKASYAFAH
BAHASA
•Terbuka tirai, tersingkap peristiwa, terbuka tirai
penghalang, terbuka rahsia alam yang
tersembunyi, pengertian atau hal ghaib.
ISTILAH
•Jalan menuju akhirat yang harus memisahkan dari
sifat-sifat yang keji dan tercela iaitu tentang
keselamatan hati atau jiwa.
5. AL-JARIRI
• “barangsiapa yang hubungan antara dirinya
dengan Allah tidak disertai amal, ketaqwaan dan
muraqabah, maka tidak akan sampai kepada
kasyaf dan musyahadah atau penyaksian.
TAFSIR AL-QURTHUBI
• Maka terbukalah hijab (tutupan), lalu mereka
melihat kepadaNya. Demi Allah, tidak pernah
Allah memberikan kepada mereka sesuatu yang
amat menyenangkan mereka, kecuali
penglihatan itu (mukasyafah).
6. PEMBAHAGIAN MUKASYAFAH
1. MUKASYAFAH RUBUBIYYAH
• Terbukanya hijab atau tabir penutup antara hamba dengan Allah
swt kasyaf pada tingkatan ini adalah sebagai anugerah dari Allah
semata-mata dengan ketentuan tertentu seperti tingkatan
keimanan dan ketakwaan.
2. MUKASYAFAH GHAIBIYYAH
• Terbukannya hijab keghaiban sehingga mampu melihat alam ghaib
tapi belum mampu menembusi keghaiban Allah swt.
• Harus terjadi kepada orang yang buta terhadap tuhan, orang yang
musyrik atau kafir, bahkan anak-anak dibawah umur. Dalam islam
hal ini dikenali dengan istilah khariqun lil adah (luar biasa)
7. HALANGAN KEPADA MUKASYAFAH
• Hati masih belum sempurna sebagai
kelengkapan pengetahuan, seperti pada anak-
anak.
• Hati dikotori oleh nafsu yang membawa dosa.
• Hati terpengaruh dan terpesong dari arah
objek pengetahuan itu berada.
• Hati yang dipengaruhi oleh taklid buta.
8. MUSYAHADAH
BAHASA
• Berpandang-pandangan
• Berasal dari kata syahida, shaahada yang bermaksud beraksi dan menyaksikan.
PANDANGAN SUFI
• Keadaan hati (batin) merasakan berhadapan dengan Allah swt.
• Ertinya hanya merasakan hampirnya ia kepada Allah swt, ingat dia dengan rasa
Syuhud dzauq, merasai seolah-olah Allah swr itu berhadapan denganNya.
• Sesungguhnya musyahadah itu merupakan penyaksian dari kefahaman ihsan
berdasarkan hadis:
“seakan-akan seorang itu benar-benar melihat Allah swt atau Allah telah melhat
dirinya”
ISTILAH
• Menyaksikan dengan jiwa akan kebesaran Allah swt dan alam ghaib yang penuh
dengan keajaiban dan kebesaran Allah swt.
9. KONTEKS HUBUNGAN “MENYAKSIKAN
ALLAH” DAN “SEAKAN-AKAN
MENYAKSIKAN ALLAH”
DALIL AL-QURAN
• “Dan kepunyaan Allahlah Timur dan Barat ke mana
pun jua pun kamu menghadap, di sanapun ada wajah
Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Luas lagi
Maha Mengetahui”.
(surah Al-Baqarah: 115)
• “Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada
Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan
cenderung kepada agama yang benar dan aku
bukanlah termasuk orang-orang yang
mempersekutukan Tuhan”.
(surah Al-An’am: 79)
10. DARJAT MUSYAHADAH
• Musyahadah marifat. Yang berlalu di atas batasan
ilmu, dalam cahaya wujud dan berada dalam
kefanaan kebersamaan.
• Musyahadah dengan mata kepala, yang
memotong tali kesaksian, mengenakan sifat
kesucian dan mengelukan lidah isyarat.
• Musyahadah kebersamaan, yang mencakupi
kebenaran perjalanannya.
• Suatu alat yang boleh mencapai “makrifat” yakni
maqam yang tertinggi daripada segala maqam.
11. KESIMPULAN
• Mukasyafah dan Musyahadah adalah suatu
benda yang hampir sama menurut ahli sufi,
cuma yang membezakannya adalah seseorang
itu perlu melalui maqam mukasyafah dahulu
sebelum sampai kepada maqam musyahadah.
• Mukasyafah dan Musyahadah juga merupakan
proses untuk berada dekat dengan Allah.