Seekor kura-kura dicabar oleh seekor arnab untuk berlumba lari. Walaupun kura-kura lambat bergerak, ia berjaya mengalahkan arnab yang terlalu sombong dan suka tidur semasa perlumbaan.
6. Setelah lama berlari, arnab berasa letih. Dia menoleh ke belakang. Kura-kura tidak kelihatan. Arnab berehat di bawah sepohon pokok yang rendang. Tidak lama kemudian, dia pun tertidur. Kura-kura merangkak sehingga ke tempat arnab berehat . Dia melihat arnab sedang tidur. Kura-kura meneruskan perjalanannya .
7. Apabila arnab bangun dari tidurnya. Dia melihat kura-kura telah jauh di hadapan. Arnab mula mengejar kura-kura. Kura-kura sampai ke garisan penamat sebelum arnab tiba. Kura-kura dapat mengalahkan arnab yang sombong itu.