SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  4
Télécharger pour lire hors ligne
Hadis-hadis berkaitan Lailatulqadar:
Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ’alaihi wassalam ber-
sabda: “ Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh
keimanan dan mengharap, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” [al-
Bukhari:1901 dan Muslim: 760]
Aisyah Radiallahu ’anha berkata, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wassalam
mengasingkan diri (di dalam masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) tera-
khir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al
-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.” [al-Bukhari:2020 dan
Muslim:219].
Aisyah RA berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam
al-Qadr pada (malam-malam) yang ganjil daripada sepuluh malam yang
akhir di bulan Ramadhan.” [al-Bukhari]
Ibn Umar Radiallahu ’anhu berkata: “Beberapa orang daripada sahabat
Nabi saw telah melihat malam al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam)
yang terakhir. Maka berkata Rasulullah SAW: “Aku melihat mimpi kamu
bertepatan dengan tujuh (malam) yang terakhir. Sesiapa yang benar-benar
mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia di tujuh (malam) yang tera-
khir. [al-Bukhari:2015 dan Muslim:1165].
Doa di Malam alDoa di Malam alDoa di Malam alDoa di Malam al----QadarQadarQadarQadar
Daripada 'Aisyah Radiallahu 'Anhu:
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam
Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ?" Bersabda Nabi : dise-
butlah doa: "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat
suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
[HR at-Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah
menyatakan ia hadis Hasan Sahih.]
Terbitan: INTIS Consultant
http://intisonline.com
E-mel: intisonline@gmail.com
Definisi I’tikaf:
Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan
sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan
demikian.
Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang
dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan
pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)
Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:
Dalil al-Quran:
:187
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mes-
jid”(Al Baqarah : 187)
Dalil-dalil As-Sunnah:
Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata:
––
”Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan
selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama
dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ]
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
––
1. I’tikaf merupakan wasilah (cara) yang digunakan oleh Nabi Salllahu
‘Alaihi Wassalam untuk mendapatkan malam Lailatulqadar
2. Orang yang melakukan i’tikaf akan dengan mudah mendirikan solat
fardhu berjamaah berterusan bahkan dengan i’tikaf seseorang selalu berun-
tung atau paling tidak berpeluang besar mendapatkan saf pertama
3. I’tikaf membiasakan jiwa untuk suka berlama-lama tinggal di dalam mas-
jid, dan menjadikan hatinya terpaut pada masjid
4. I’tikaf akan menjaga puasa seseorang daripada perbuatan-perbuatan dosa.
Ia juga merupakan sarana untuk menjaga mata dan telinga daripada hal-hal
yang diharamkan
5. I'tikaf membiasakan hidup sederhana, zuhud dan tidak tamak terhadap
dunia yang sering membuatkan ramai manusia tenggelam dalam kenikma-
tannya.
Dalil al-Quran:
)1()2(
)3
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar .
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih
baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3).
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan
sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” (Ad-Dukhan: 3). Yang
dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah
pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At-
Thabari, 21/6 ]. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya
Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma.[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]
Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf
1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluaan yang men-
desak.
2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan
ulama’ bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al
Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim) [Fathul Bari, 4/272 ].
Adab-adab I’tikaf
Seseorang hendaklah menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti
berdoa, zikir, berselawat pada Nabi, mempelajari Al-Quran dan mengkaji
Al-Hadis. Dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan
yang tidak bermanfaat. [Shahih Fiqh Sunnah, 2/150-158]
Seseorang hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri ketika beri’tikaf. Dia
hendaklah memakai wangi-wangian, berpakai yang elok, mandi, bersikat
rambut. Ini terbukti pada kisah ‘Aisyah menyikatkan rambut Nabi Sallal-
lahu ‘Alaihi Wassalam ketika baginda sedang beri’tikaf.
Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah
dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat.
Yang Dibolehkan Ketika I’tikaf
1)Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar
untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak mampu dilakukan di dalam
masjid.
2) Melakukan hal-hal harus seperti bercakap-cakap dengan orang lain.
3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.
4) Mandi dan berwudhu di masjid.
5) Membawa kelengkapan tidur seperti tilam, bantal untuk tidur di masjid.
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir
dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan
baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. al-Bukhari no. 2026
dan Muslim no. 1172]
Hukum I’tikaf
Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’ telah bersepakat/ijma’ bahawa
I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar
mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni, 4/456 ]
Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan
bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut
kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tidak pernah meninggal-
kannya.
Waktu I’tikaf
I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10
hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sentiasa
melakukannya.
Batasan Waktu:
Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima,
akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf.
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf
sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahi-
mahullah berkata:
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang dipu-
tuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan
dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek,
hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514]
Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian
ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu’ al-
Fatawa 15/441]
Di Manakah Lokasi I’tikaf?
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa
disyaratkan melakukan i’tikaf di masjid.”[Fathul Bari, 4/271 ]
Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: “….. Sedang kamu
beri’tikaf dalam masjid”.
Para ulama’ berbeza pendapat apakah ia sah dilakukan di semua masjid yang
mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau hanya untuk masjid jami’/masjid
yang dilakukan solat fardhu Jumaat.?
Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah dilakukan di mana-mana mas-
jid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah [di dalam istilah
di Malaysia, dipanggil surau/musolla]
Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula mensyaratkan agar ia dilakukan di
masjid jami’/masjid yang melakukan solat fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ]
agar orang tersebut tidak perlu ke tempat lain untuk mendirikan solat Jumaat.
Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan?
Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20
Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab.
Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat
Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut:
––
”Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan.
Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. [HR.
al-Bukhari no. 2041 ].
Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar
tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21
Ramadhan.
Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada
masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidil-
fitri.
Bolehkah wanita melakukan I’tikaf?
Ini berdasarkan dalil berikut: ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata,
––
––
”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan
Ramadhan. Apabila selesaiSolat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf
baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah radiallahu
‘anha meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya.
” [HR. al-Bukhari no. 2041]
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
––
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir
dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan
baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. Bukhari no. 2026
dan Muslim no. 1172]
Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat keizinan daripada suami,
keadaan yang aman daripada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang
melanggar syara’ seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.

Contenu connexe

Tendances

Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadSholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadhidayahinayati
 
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadSholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadinayatussholikhah1174
 
Sejarah.tarawih
Sejarah.tarawihSejarah.tarawih
Sejarah.tarawihIa Hidarya
 
Shalat sunah sebelum
Shalat sunah sebelumShalat sunah sebelum
Shalat sunah sebelumHelmon Chan
 
Ringkasan sifat-shalat-nabi
Ringkasan sifat-shalat-nabiRingkasan sifat-shalat-nabi
Ringkasan sifat-shalat-nabiSekolah Kiblah
 
Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2
Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2
Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2Mahros Darsin
 
Tuntunan shalat sunnah rawatib
Tuntunan shalat sunnah rawatibTuntunan shalat sunnah rawatib
Tuntunan shalat sunnah rawatibpaktjik
 
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadSholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadinayatussholikhah1174
 
Artikel sholat sunnah witir
Artikel sholat sunnah witirArtikel sholat sunnah witir
Artikel sholat sunnah witirKhansa Hanun
 
Ppt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Ppt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkadPpt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Ppt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkadfalahnurul96
 
Keutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakan
Keutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakanKeutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakan
Keutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakanMuhsin Hariyanto
 
Kelompok agama 2
Kelompok agama 2Kelompok agama 2
Kelompok agama 2Ega Ashudik
 
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatHukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatBicara Ilmu
 
Smt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Smt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkadSmt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Smt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkadfalahnurul96
 

Tendances (20)

Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadSholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
 
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadSholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
 
Sejarah.tarawih
Sejarah.tarawihSejarah.tarawih
Sejarah.tarawih
 
Adzan dan iqomat
Adzan dan iqomatAdzan dan iqomat
Adzan dan iqomat
 
Shalat sunah sebelum
Shalat sunah sebelumShalat sunah sebelum
Shalat sunah sebelum
 
Ringkasan sifat-shalat-nabi
Ringkasan sifat-shalat-nabiRingkasan sifat-shalat-nabi
Ringkasan sifat-shalat-nabi
 
Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2
Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2
Keutamaan sholat sholat berjamah di masjid 15.2
 
Tuntunan shalat sunnah rawatib
Tuntunan shalat sunnah rawatibTuntunan shalat sunnah rawatib
Tuntunan shalat sunnah rawatib
 
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakadSholat sunnat muakad dan ghairu muakad
Sholat sunnat muakad dan ghairu muakad
 
Artikel sholat sunnah witir
Artikel sholat sunnah witirArtikel sholat sunnah witir
Artikel sholat sunnah witir
 
Gusdifa PM Ahkam Sholat
Gusdifa PM Ahkam SholatGusdifa PM Ahkam Sholat
Gusdifa PM Ahkam Sholat
 
Ppt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Ppt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkadPpt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Ppt sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
 
Tabarruk
Tabarruk Tabarruk
Tabarruk
 
Kitab amalan dalam shalat
Kitab amalan dalam shalatKitab amalan dalam shalat
Kitab amalan dalam shalat
 
Tabarruk
TabarrukTabarruk
Tabarruk
 
Keutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakan
Keutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakanKeutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakan
Keutamaan puasa ‘arafah, dan kapan dilaksanakan
 
Kelompok agama 2
Kelompok agama 2Kelompok agama 2
Kelompok agama 2
 
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika SolatHukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
Hukum Mengadakan Sutrah Ketika Solat
 
Smt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Smt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkadSmt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
Smt 2 sholat sunnah muakkad dan ghoiru muakkad
 
Penjelasan waktu shalat
Penjelasan waktu shalatPenjelasan waktu shalat
Penjelasan waktu shalat
 

Similaire à Lailatulqadar

Hukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiran
Hukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiranHukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiran
Hukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiranHannif Mardani
 
solat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptxsolat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptxHuzaifahMahmud
 
4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf
4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf
4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdfc9fhbm7gzj
 
Mengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraqMengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraqMuhsin Hariyanto
 
PPT studi Fiqih Kelompok 4.pptx
PPT studi Fiqih Kelompok 4.pptxPPT studi Fiqih Kelompok 4.pptx
PPT studi Fiqih Kelompok 4.pptxpembelajarsejati2
 
Solat sunat awwabin
Solat sunat awwabinSolat sunat awwabin
Solat sunat awwabinzakaria zack
 
Mengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraqMengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraqMuhsin Hariyanto
 
Adab Sebelum Ilmu
Adab Sebelum IlmuAdab Sebelum Ilmu
Adab Sebelum IlmuErwin Wahyu
 
Shalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatibShalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatibmochdahlan
 
Materi Adab Sebelum Ilmu - Nasihat Ustadz
Materi Adab Sebelum Ilmu - Nasihat UstadzMateri Adab Sebelum Ilmu - Nasihat Ustadz
Materi Adab Sebelum Ilmu - Nasihat UstadzSyaddad T
 
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banPolemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banMuhsin Hariyanto
 
Fiqh Shalat jum’at.pptx
Fiqh Shalat jum’at.pptxFiqh Shalat jum’at.pptx
Fiqh Shalat jum’at.pptxAlmahdiMuhammad
 

Similaire à Lailatulqadar (20)

Hukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiran
Hukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiranHukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiran
Hukum tatacara-sunnah-kaifiyah-sholat-ied-dan-takbiran
 
Materi tarawih
Materi tarawihMateri tarawih
Materi tarawih
 
solat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptxsolat jamak dan qasar.pptx
solat jamak dan qasar.pptx
 
1.1.4.08.080 hukum shalat
1.1.4.08.080 hukum shalat1.1.4.08.080 hukum shalat
1.1.4.08.080 hukum shalat
 
4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf
4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf
4. Fiqh Ramadhan (Hukum dan Keringanan Puasa).pdf
 
Panduan syariah
Panduan syariahPanduan syariah
Panduan syariah
 
Mengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraqMengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraq
 
PPT studi Fiqih Kelompok 4.pptx
PPT studi Fiqih Kelompok 4.pptxPPT studi Fiqih Kelompok 4.pptx
PPT studi Fiqih Kelompok 4.pptx
 
Solat sunat awwabin
Solat sunat awwabinSolat sunat awwabin
Solat sunat awwabin
 
Mengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraqMengenal shalat sunnah isyraq
Mengenal shalat sunnah isyraq
 
Adab Sebelum Ilmu
Adab Sebelum IlmuAdab Sebelum Ilmu
Adab Sebelum Ilmu
 
Shalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatibShalat sunnah rawatib
Shalat sunnah rawatib
 
Materi Adab Sebelum Ilmu - Nasihat Ustadz
Materi Adab Sebelum Ilmu - Nasihat UstadzMateri Adab Sebelum Ilmu - Nasihat Ustadz
Materi Adab Sebelum Ilmu - Nasihat Ustadz
 
belum
belumbelum
belum
 
Perintah shalat jumat
Perintah shalat jumatPerintah shalat jumat
Perintah shalat jumat
 
Perintah shalat jumat
Perintah shalat jumatPerintah shalat jumat
Perintah shalat jumat
 
Perintah shalat jumat
Perintah shalat jumatPerintah shalat jumat
Perintah shalat jumat
 
Shalat = Ga shalat
Shalat = Ga shalatShalat = Ga shalat
Shalat = Ga shalat
 
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'banPolemik tentang (malam) nishfu sya'ban
Polemik tentang (malam) nishfu sya'ban
 
Fiqh Shalat jum’at.pptx
Fiqh Shalat jum’at.pptxFiqh Shalat jum’at.pptx
Fiqh Shalat jum’at.pptx
 

Lailatulqadar

  • 1. Hadis-hadis berkaitan Lailatulqadar: Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ’alaihi wassalam ber- sabda: “ Sesiapa yang menghidupkan malam lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap, nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” [al- Bukhari:1901 dan Muslim: 760] Aisyah Radiallahu ’anha berkata, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wassalam mengasingkan diri (di dalam masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) tera- khir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al -Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.” [al-Bukhari:2020 dan Muslim:219]. Aisyah RA berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada (malam-malam) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadhan.” [al-Bukhari] Ibn Umar Radiallahu ’anhu berkata: “Beberapa orang daripada sahabat Nabi saw telah melihat malam al-Qadr di dalam tidur pada tujuh (malam) yang terakhir. Maka berkata Rasulullah SAW: “Aku melihat mimpi kamu bertepatan dengan tujuh (malam) yang terakhir. Sesiapa yang benar-benar mencarinya (malam al-Qadr), maka carilah ia di tujuh (malam) yang tera- khir. [al-Bukhari:2015 dan Muslim:1165]. Doa di Malam alDoa di Malam alDoa di Malam alDoa di Malam al----QadarQadarQadarQadar Daripada 'Aisyah Radiallahu 'Anhu: Aku berkata: "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ?" Bersabda Nabi : dise- butlah doa: "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" [HR at-Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.] Terbitan: INTIS Consultant http://intisonline.com E-mel: intisonline@gmail.com
  • 2. Definisi I’tikaf: Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian. Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344) Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf: Dalil al-Quran: :187 “Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mes- jid”(Al Baqarah : 187) Dalil-dalil As-Sunnah: Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata: –– ”Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan selama sepuluh hari. Namun pada tahun wafatnya, Baginda beri’tikaf selama dua puluh hari”.[HR. al-Bukhari no. 2044 ] ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: –– 1. I’tikaf merupakan wasilah (cara) yang digunakan oleh Nabi Salllahu ‘Alaihi Wassalam untuk mendapatkan malam Lailatulqadar 2. Orang yang melakukan i’tikaf akan dengan mudah mendirikan solat fardhu berjamaah berterusan bahkan dengan i’tikaf seseorang selalu berun- tung atau paling tidak berpeluang besar mendapatkan saf pertama 3. I’tikaf membiasakan jiwa untuk suka berlama-lama tinggal di dalam mas- jid, dan menjadikan hatinya terpaut pada masjid 4. I’tikaf akan menjaga puasa seseorang daripada perbuatan-perbuatan dosa. Ia juga merupakan sarana untuk menjaga mata dan telinga daripada hal-hal yang diharamkan 5. I'tikaf membiasakan hidup sederhana, zuhud dan tidak tamak terhadap dunia yang sering membuatkan ramai manusia tenggelam dalam kenikma- tannya. Dalil al-Quran: )1()2( )3 “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadr: 1-3). “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.” (Ad-Dukhan: 3). Yang dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At- Thabari, 21/6 ]. Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma.[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]
  • 3. Perkara-Perkara Yang Membatalkan I’tikaf 1) Keluar masjid tanpa alasan syar’i dan tanpa ada keperluaan yang men- desak. 2) Jima’ (bersetubuh) -Ibn al-Munzir telah menukil ijma’/kesepakatan ulama’ bahawa yang dimaksudkan dengan mubasyaroh dalam surat Al Baqarah ayat 187 adalah jima’ (hubungan intim) [Fathul Bari, 4/272 ]. Adab-adab I’tikaf Seseorang hendaklah menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, zikir, berselawat pada Nabi, mempelajari Al-Quran dan mengkaji Al-Hadis. Dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat. [Shahih Fiqh Sunnah, 2/150-158] Seseorang hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri ketika beri’tikaf. Dia hendaklah memakai wangi-wangian, berpakai yang elok, mandi, bersikat rambut. Ini terbukti pada kisah ‘Aisyah menyikatkan rambut Nabi Sallal- lahu ‘Alaihi Wassalam ketika baginda sedang beri’tikaf. Kebersihan masjid juga hendaklah dijaga. Peralatan yang dibawa hendaklah dikemaskan agar tidak mengganggu orang yang solat. Yang Dibolehkan Ketika I’tikaf 1)Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak mampu dilakukan di dalam masjid. 2) Melakukan hal-hal harus seperti bercakap-cakap dengan orang lain. 3) Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya. 4) Mandi dan berwudhu di masjid. 5) Membawa kelengkapan tidur seperti tilam, bantal untuk tidur di masjid. “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. al-Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172] Hukum I’tikaf Al-Imam Ibn al-Munzir berkata: Para ulama’ telah bersepakat/ijma’ bahawa I’tikaf adalah sunat, dan bukan kewajipan kecuali jika seseorang bernazar mewajibkan dirinya untuk melakukan I’tikaf [Al Mughni, 4/456 ] Al-Imam Ibn Arabi al-Maliki dan Ibn Batthal rahimahumallah menyatakan bahawa I’tikaf merupakan sunnah muakkadah/sunat yang sangat dituntut kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tidak pernah meninggal- kannya. Waktu I’tikaf I’tikaf boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan ia sangat ditekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sentiasa melakukannya. Batasan Waktu: Ulama’ bersepakat bahawa I’tikaf tidak mempunyai had masa maksima, akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu I’tikaf. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahi- mahullah berkata: “Adapun tentang minima tempoh I’tikaf, pendapat yang benar yang dipu- tuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika” [al-Majmu’, 6/514] Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Ab Hanifah dan sebahagian ulama’ Maliki berpendapat tempoh minima ialah satu hari. [Majmu’ al- Fatawa 15/441]
  • 4. Di Manakah Lokasi I’tikaf? Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa disyaratkan melakukan i’tikaf di masjid.”[Fathul Bari, 4/271 ] Ini berdalilkan ayat berikut ayat 187 surah al-Baqarah: “….. Sedang kamu beri’tikaf dalam masjid”. Para ulama’ berbeza pendapat apakah ia sah dilakukan di semua masjid yang mendirikan solat lima waktu berjemaah, atau hanya untuk masjid jami’/masjid yang dilakukan solat fardhu Jumaat.? Imam Malik Rahimahullah berpendapat ia sah dilakukan di mana-mana mas- jid yang didirikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah [di dalam istilah di Malaysia, dipanggil surau/musolla] Al-Imam asy-Syafie Rahimahullah pula mensyaratkan agar ia dilakukan di masjid jami’/masjid yang melakukan solat fardhu Jumaat [Al Mughni, 4/462 ] agar orang tersebut tidak perlu ke tempat lain untuk mendirikan solat Jumaat. Bilakah bermulanya waktu I’tikaf 10 akhir Ramadhan? Pendapat pertama: Masuk ke masjid sebelum masuk waktu Maghrib 20 Ramadhan. Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab. Pendapat kedua: Selepas Solat Subuh 21 Ramadhan. Ini merupakan pendapat Al-ImamAl Auza’ie, Al-Laits dan At-Tsauri, Al Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dan Al-Imam As-Son’ani Rahimahumullah. Mereka berdalilkan hadis berikut: –– ”Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. [HR. al-Bukhari no. 2041 ]. Untuk lebih berhati-hati dicadangkan agar mengambil pendapat pertama agar tidak terlepas malam Lailatulqadar seandainya ia berlaku pada malam 21 Ramadhan. Ulama jua berbeza pendapat pada waktu bilakah kita perlu keluar daripada masjid, pada Maghrib hari terakhir Ramadhan, atau selepas solat Aidil- fitri. Bolehkah wanita melakukan I’tikaf? Ini berdasarkan dalil berikut: ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata, –– –– ”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesaiSolat Subuh, baginda masuk ke tempat I’tikaf baginda. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian ‘Aisyah radiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf , maka baginda mengizinkannya. ” [HR. al-Bukhari no. 2041] ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: –– “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf .”[HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172] Akan tetapi wanita tersebut hendaklah mendapat keizinan daripada suami, keadaan yang aman daripada fitnah, serta tidak melakukan perkara yang melanggar syara’ seperti berwangi-wangian, berhias-hias dan sebagainya.