1. Letchmanan A/L Rajagopal
284, Lorong Wawasan 3
Taman Wawasan
Lukut
71010 Port Dickson.
Pengurus,
Sime Darby
Ladang Tanah Merah.
Tuan,
KEBENARAN MENGGUNAKAN PINTU UTAMA LADANG TANAH MERAH & 107 EKAR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya mewakili jawatankuasa Kuil Kathukaran yang beralamat di 107, Kampung Tanah
Merah, Mukim Labu, Port Dickson ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan pintu
utama Ladang Tanah Merah dan pintu utama masuk 107 ekar selama tiga hari dari 21 higga 23
September 2012. Ini kerana ketiga-tiga hari tersebut upacara sembahyang tahunan kuil akan
diadakan.
3. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada kami untuk
menggunakan kedua-dua pintu masuk tersebut. Dengan menggunakan pintu masuk tersebut,
kami dapat menjayakan upacara tersebut dengan berjaya. Segala kerjasama tuan dalam hal ini
sangatlah kami harapkan dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian.
Saya yang benar,
(LETCHMANAN A/L RAJAGOPAL)