SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  30
PPB3033
              PENGANTAR PENGURUSAN

                    TUGASAN 1
           MOTIVASI & KERJA BERPASUKAN




NAME            : ZALIA FATIN BT ZAINI
MATRIC NO.      : D20111048113
GROUP           :C
LECTURER        : DR. MARINAH AWANG
SUBMIT DATE     : 5 NOVEMBER 2012
ISI KANDUNGAN




BIL          PERKARA            MUKA SURAT


 1.   PENGENALAN


 2.   LATAR BELAKANG SYARIKAT


 3.   MOTIVASI


 4.   KERJA BERPASUKAN


 5.   REFLEKSI


 6.   RUMUSAN


 7.   LAMPIRAN


 8.   BIBLIOGRAFI
PENGENALAN


       Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan

mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain

bagi mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan dalam organisasi dengan cekap dan berkesan.

Dalam pengurusan terdapat beberapa aspek pengurusan antaranya ialah persekitaran pengurusan,

pembuatan keputusan, struktur organisasi, motivasi, kerja berpasukan, kawalan dan lain-lain.

Tugasan individu bagi kursus Pengantar Pengurusan (PPB3013) sesi 2012/2013 ini           ialah

mengenal pasti dua antara aspek-aspek Pengantar Pengurusan dalam mana-mana satu organisasi

yang berjaya. Organisasi yang dipilih dalam kajian ini adalah Mutiara Smart Computing Sdn.

Bhd. Kajian bagi Smart Computing Sdn. Bhd. berkonsepkan motivasi dan kerja berpasukan.


Objektif kajian ialah:


   1) Memahami dua antara aspek-aspek pengurusan iaitu aspek motivasi dan kerja

       berpasukan.

   2) Menghubungkan dua antara aspek pengantar pengurusan seperti aspek motivasi dan kerja

       berpasukan dalam Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd .
1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT.




                        Rajah 1. Logo MUTIARA Smart Computing.


Mutiara Smart Computing Sdn Bhd. dahulu dikenali sebagai MIMOS Smart Computing Sdn.

Bhd. (MSCSB) telah ditubuhkan pada tahun 1998, dengan modal sebanyak RM10 Juta dan

mempunyai kakitangan seramai 150 pekerja Bumiputera. MSCSB             merupakan        sebuah

organisasi yang pada amnya terlibat secara terus dalam bidang teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT)      Malaysia dan mengkhususkan         kepada perkhidmatan, pengeluaran,

penyelenggaraan dan pengedaran perkakasan ICT.


       Aktiviti   perniagaan   utama   MSCSB     merangkumi   pengeluaran   peralatan    ICT,

penjualan dan pembekalan perkakasan, perkhidmatan sewaan peralatan ICT, khidmat

sokongan perkakasan yang dijual atau disewa oleh pihak kami, serta pengurusan projek-

projek berlandaskan kegunaan perkakasan keluaran kami.
Objektif syarikat


       Sebagai pembekal peralatan dan perkhidmatan ICT kepada badan-badan kerajaan serta

       sektor swasta.

       Mengenal pasti dan membantu meningkatkan syarikat milik bumiputera agar lebih

       berdaya saing dalam penyertaan bidang ICT.


Misi syarikat


       Menjadi pengeluar komputer dan peranti utama di Malaysia.

       Di kenali sebagai pengeluar komputer tempatan yang terulung.

       Menjadi sebuah IT Solution Centre.

       Berkembang dan maju ke arena antarabangsa untuk meluaskan pasaran dan kesedaran

       jenama SMART.

Visi syarikat

  Menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai status masyarakat yang berpengetahuan dalam

  bidang ICT.

  Meningkatkan tahap pemilikan komputer tempatan di Malaysia dengan menawarkan produk

  terbaik dan mampu milik.
2.0 MOTIVASI


Motivasi sering dikaitkan dengan kejayaan atau sesuatu yang telah dicapai selari dengan

keinginan dan impian dengan mendorong keupayaan individu untuk membuat keputusan sendiri

dalam segala tindakan yang diambil. Motivasi yang menjadi faktor seseorang itu bersungguh-

sungguh, komited dan istiqamah dalam mencapai sesuatu yang diingini atau yang mahu

dilaksanakan.


       Steers dan Porter (1983) (seperti dipetik dalam Khalip, 2011, ms.103), menjelaskan

bahawa perkataan motivasi diambil dari perkataan Inggeris iaitu motivation yang berasal dari

perkataan Latin iaitu movere yang bermaksud menggerakkan. Menurut Strenberg (1997) (dipetik

dalam Yusmalina Md Yusoff, 2010, ms.1), motivasi adalah „impulse‟ iaitu dorongan atau bisikan

hati, „desire‟ iaitu keinginan dan hasrat yang amat sangat, atau „needs‟ iaitu keperluan yang

menyebabkan seseorang itu bertindak. menurut(Moriss & Maisto, 1999) (dipetik dalam

Yusmalina Md Yusoff, 2010, ms.1), motivasi adalah satu bentuk arahan yang datang dari dalam

diri individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang akhirnya

membangkitkan organisma untuk menuju kepada matlamat. Oleh itu, motivasi secara umumnya

telah didefinisikan dengan pelbagai   istilah seperti hasrat, kemahuan, matlamat akhir, niat,

objektif dan tujuan.


       Terdapat lapan teori yang digunakan dalam kajian terhadap motivasi termasuk Hierarki

Keperluan Maslow, Teori X dan Teori Y McGregor, Teori Dua Faktor Herzberg, Teori Tiga

Keperluan McClelland, Teori Penetapan Matlamat, Teori Pengukuhan dan Teori Ekuiti. Masing-

masing memiliki andaian dan pendapat yang berbeza dalam kajian mereka. Walau
bagaimanapun, semua pandangan dari teori-teori tersebut berkait rapat dengan matlamat, usaha,

keperluan dan kepuasan penyempurnaan kendiri.




                                           HIERARKI
                                          KEPERLUAN
                                           MASLOW
                                                         TEORI X DAN
                          JANGKAAN
                                                           TEORI Y
                            VROOM
                                                          MCGREGOR




                     EKUITI
                                      TEORI-TEORI               DUA FAKTOR
                                                                 HERZBERG
                                       MOTIVASI



                                                            TIGA
                         PENGUKUHAN                      KEPERLUAN
                                                         MCCLELLAND

                                          PENETAPAN
                                          MATLAMAT




                        Rajah 2. Teori-teori motivasi dalam organisasi.



       Justeru, Robbins, DeCenzo dan Coulter (2011) (seperti dipetik dalam Khalip, 2011,

ms.114-115) mendapati bahawa organisasi yang cemerlang harus berupaya mengiktiraf

kepentingan motivasi pekerja dan mengambil tindakan yang sesuai seperti peka dengan

perbezaan individu, menyesuaikan pekerja dengan jenis pekerjaan, menetapkan matlamat yang

jelas dan mencabar, menetapkan matlamat yang mampu yang dicapai, mempelbagaikan bentuk

ganjaran, menghubungkan ganjaran dengan prestasi, memastikan wujud keadilan dalam memberi

ganjaran, dan memberi keutamaan kepada ganjaran kewangan.
peka
                                            dengan
                                          perbezaan
                       menetapkan          individu        menyesuaikan
                         matlamat                            pekerja
                       yang mampu                          dengan jenis
                         dicapai.                           pekerjaan



           memberi                       LANGKAH                          menetapkan
          keutamaan                    MENINGKATKAN                        matlamat
            kepada                       MOTIVASI                          yang jelas
           ganjaran                       DALAM                               dan
          kewangan                      ORGANISASI                         mencabar



                       memastikan                           mempelbagaikan
                      wujud keadilan                        bentuk ganjaran
                      dalam memberi
                         ganjaran
                                         menghubungkan
                                         ganjaran dengan
                                             prestasi




                 Rajah 3. Langkah meningkatkan motivasi dalam organisasi.



      Berkenaan dengan organisasi kajian iaitu bagi syarikat Mutiara Smart Computing Sdn.

Bhd. (MSCSB), mereka amat mementingkan penentuan matlamat serta strategi yang jelas dan

ingin serta mampu dicapai dalam satu jangka masa tertentu sebagai motivasi mereka. Hal ini

adalah kerana MSCSB merupakan agensi strategik di bawah bidang kuasa Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab dalam memacu daya saing ekonomi Malaysia

dalam membangunkan inovasi melalui penyelidikan gunaan dan pembangunan (R & D) dalam

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Organisasi ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan industri tempatan yang

berdaya saing di peringkat global dengan menjana usaha teknologi baru melalui memindahkan

platform teknologi kepada syarikat-syarikat penerima teknologi tempatan. Dalam usaha ini,

MSCSB menetapkan perkongsian pintar dan kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan,

kerajaan serta syarikat-syarikat tempatan dan luar negara.


        Sejak tahun 2006, MSCSB telah merangka satu set strategi pelaksanaan yang bertujuan

untuk mencapai visi utama organisasi iaitu untuk menjadi pusat penyelidikan teknologi yang

utama di dunia tanpa sempadan dan misi untuk menjadi perintis maklumat inovatif dan teknologi

komunikasi ke arah pertumbuhan industri tempatan yang berdaya saing di peringkat global.

Strategi tersebut ialah set lapan strategi pelaksanaan, yang juga dikenali sebagai “Strategic

Adaptive Tools Realised for Innovation Acceleration (SATRIA) ”, yang menekankan pendekatan

mental kepahlawanan yang diperlukan untuk menjayakan transformasi organisasi.




                      Rajah 4. Set pelaksanaan lapan strategi SATRIA.


Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari
http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
Rajah 5. Peningkatan inovasi dengan kaedah SATRIA


Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari
http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf



       Merujuk kepada matlamat yang jelas melalui SATRIA dan ia pula disebarkan kepada

semua ahli MSCSB maka mereka akan lebih bermotivasi dan berusaha bersama-sama untuk

mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.


       Selain mempunyai matlamat yang jelas dan mencabar, MSCSB juga memberi motivasi

kepada seluruh kakitangan syarikat dengan menyesuaikan pekerja dengan jenis pekerjaan.

Contohnya, MSCSB ada menyediakan perkhidmatan keselamatan rangkaian, pembangunan

perisian, integrasi sistem dan banyak lagi, sehubungan dengan itu mereka memiliki pekerja

mahir atau profesional dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Tambahan pula, dengan memiliki sebilangan kakitangan teknikal yang terlatih dan berkelayakan,

beberapa dengan Microsoft     Certified System Engineer (MCSE), Cisco Certified Network
Administrator (CCNA) dan Microsoft Certified Profesional (PKM), mereka dapat memberikan

perkhidmatan IT yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan dan harapan pelanggan MSCSB.


         Pekerja yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan jenis pekerjaan akan

meningkatkan motivasi dan memberikan semangat serta mengurangkan tekanan yang melampau

dalam persekitaran pekerjaan. Hal ini adalah kerana peratusan tekanan yang melampau di

tempat kerja semakin meningkat dari tahun ke tahun di samping memberikan kesan terhadap

kesihatan seperti menghadapi risiko sakit jantung. Pekerja yang bermotivasi akan menggunakan

keupayaan dan kemahiran yang maksimum serta kurang tekanan kerana mereka dapat

melakukan pekerjaan yang mereka sukai dan yang sesuai dengan kemahiran mereka, pekerja

yang kurang bermotivasi pula sebaliknya. Tambahan pula pekerja bermotivasi juga dapat

menajamkan lagi kemahiran serta kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan segala permasalahan

dan memberikan hasil keputusan yang berkualiti.


         Tambahan pula, kebanyakan pekerja kerja masa kini lebih masa kerana berkehendakkan

peningkatan dalam kerjaya seperti kenaikan pangkat atas desakan taraf hidup yang semakin

tinggi   selain untuk memenuhi perancangan matlamat syarikat tanpa menyedari bahawa ia

mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Menurut para pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam

tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus (%) untuk mendapat masalah

kardiovaskular dan selain itu mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet

yang tidak terancang atau tersusun.


         Daripada laporan tahunan 2010 MSCSB atau MIMOS, pada 9 Nov, 50 perantis siswazah

menerima sijil mereka selepas tamat program Pusat Kepakaran Domain Pecutan MIMOS atau

Centre of Domain Expertise Acceleration (CODE8). Program ini dilancarkan pada Oktober 2009
dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), CODE8 adalah program latihan

bimbingan dan mentor yang direka untuk menyediakan pengalaman di tempat kerja untuk para

graduan tempatan dan asing yang berkelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan

Komunikasi ( ICT). Kumpulan perantis yang pertama menjalani latihan dalam bidang khusus

seperti teknologi semantik, pengetahuan dalam kejuruteraan, pengkomputeran maju, sistem tanpa

wayar tertanam, ujian perisian dan ukuran, ontologi dan teknologi perisian pengaturcaraan yang

terkini dalam Java, Linux, C + + dan Share Point.


        CODE8 menawarkan gabungan

latihan dalam kelas sasaran, perubahan

tingkah laku dan latihan kerja di

MIMOS bawah bimbingan penyelidik

terkemuka, saintis dan jurutera MIMOS.

Daripada    jumlah     yang    pertama

kumpulan graduan, 29 telah terlibat Rajah 6. Datuk Seri Khaled Nordin bersama
                                                    kumpulan perantis CODE8.
dalam   kehidupan    sebenar      projek

Rancangan Malaysia ke sembilan yang membawa kepada potensi generasi Harta Intelek atau

Intellectual Property (IP). Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled

Nordin berkata bahawa CODE8 adalah satu titik permulaan yang akan membawa kepada usaha

berterusan dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk mengubah ke arah inovasi yang seiring

dengan pembangunan ekonomi.
Justeru, hal ini memberikan motivasi kepada bukan sahaja kakitangan MSCSB bahkan

juga kepada para graduan di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta untuk meningkatkan

lagi kemahiran dari segi intelek dan kemahiran teknikal. Hal ini adalah untuk melahirkan pekerja

separa mahir dan mahir yang akan menjadi rebutan organisasi atau syarikat dari dalam atau luar

negara. Melalui peningkatan tenaga kerja, maka ekonomi negara dapat ditingkatkan dan

dimajukan setaraf negara-negara maju seperti Jepun.


       Kakitangan MSCSB juga diberi galakan dan motivasi untuk bekerja dengan kreativiti,

inovatif dan produktif supaya hasil yang bakal diperoleh berkualiti tinggi. Tambahan lagi,

dengan galakan tersebut MSCSB dapat menghasilkan produk-produk yang berteknologi tinggi

yang mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara hasil daripada kreativiti dan inovatif

kakitangan MSCSB.




Rajah 7. Antara ciptaan MSCSB yang mendapat pengiktirafan inovasi bertaraf dunia.


Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari
http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
3.0 KERJA BERPASUKAN

Kajian-kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan dapat menyerlahkan potensi dan

meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan

penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan mampu membantu sesebuah

organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran antara anggota dalam kumpulan yang bekerja

bersama-sama ke arah satu sasaran matlamat.


        Kerja berpasukan ditakrifkan sebagai sebarang kumpulan manusia yang mempunyai

tujuan umum yang sama dan masing-masing mengiktiraf ahli lain sebagai rakan sepasukan yang

sama taraf (Ron Archer,1996) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.142). Selain itu, Richard

et al. (1995) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.142) menyatakan kerja berpasukan

merupakan penyempurnaan tugas secara teknikal oleh individu yang terdiri daripada sepasukan

atau sebilangan ahli. Kebanyakan pandangan ahli-ahli pengkaji mengenai kerja berkumpulan

berhubung kait dengan sekumpulan individu bekerjasama mencapai sesuatu matlamat atau

objektif.


        Dalam kerja berpasukan akan melalui lima tahap pembentukan kerja berpasukan iaitu

tahap membentuk, tahap menggempur, tahap membentuk norma, tahap pelaksanaan dan tahap

pembubaran.
Berdasarkan Rajah 5 di bawah terdapat lima tahap pembentukan kerja berpasukan dengan

penerangan ringkas bagi setiap tahap.




                                                                                                                    Tahap melaksanakan
                                                                          Tahap membentuk norma
                                     Tahap menggempur




                                                                                                                                                          Tahap pembubaran
                    #ahli-ahli                          #merupakan                                #merupakan                             # merupakan                         #pasukan
  Tahap membentuk




                    pasukan                             tahap                                     tahap resolusi.                        tahap                               dibubarkan atau
                    berkenalan                          ketidakpuasan.                            #kurang                                penghasilan.                        ditangguhkan.
                    antara satu                         #konflik dan                              konflik, pening                        #mempunyai                          #pemimpin
                    sama lain.                          ketidaksetujuan                           katan                                  struktur dan                        pasukan tidak
                    #mengenal                           berlaku.                                  kesepaduan dan                         proses kerja                        diperlukan lagi.
                    pasti jenis                         #gaya                                     keharmonian.                           yang berkesan.                      #tugasan telah
                    tingkah laku.                       kepimpinan                                #gaya                                  #gaya                               selesai.
                    #wujud                              rundingan                                 kepimpinan                             kepimpinan                          #tahap
                    ketidakpastian                      adalah sesuai.                            yang sesuai                            yang sesuai                         penamatan.
                    dalam pasukan.                      #tahap                                    adalah                                 adalah
                    #gaya                               perkembangan                              penglibatan.                           penurunan
                    kepimpinan                          yang sederhana.                           #tahap                                 kuasa.
                    autoktratik                                                                   perkembangan                           #tahap
                    adalah sesuai.                                                                yang tinggi.                           perkembangan
                    #tahap                                                                                                               yang menonjol.
                    perkembangan
                    yang rendah.




                                          Rajah 8. Tahap pembentukan kerja berpasukan.


Sumber: Modifikasi berdasarkan Zahari (2011), Modul Pengantar Pengurusan, ms. 143-145,

Tanjong Malim, Penerbit UPSI.


                      Untuk menjadi sebuah organisasi yang berjaya, ia bergantung pada beberapa kualiti kerja

berpasukan yang berkesan. Elemen-elemen yang penting dalam mewujudkan kerja berpasukan

yang berkesan ialah matlamat yang jelas, kemahiran, kepercayaan, komitmen, komunikasi,

kemahiran perundingan, kepimpinan, sokongan dari dalam dan dari luar. Tanpa elemen-elemen

ini maka kerja dalam satu pasukan tidak akan dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang

terbaik malah akan menjadi sebaliknya. Justeru tanpa kerja berpasukan yang berkesan, ia akan

memberikan impak yang negatif kepada sesebuah organisasi.
Rajah 6 di bawah menerangkan secara ringkas mengenai kerja berpasukan yang berkesan.


                                        Matlamat yang jelas
                                        #setiap ahli jelas dan
                                          faham keperluan
                                              tugasan.                  Kemahiran
                Sokongan dari luar      #berkongsi matlamat      #kemahiran teknikal dan
                  #membantu ahli             yang sama.             interpersonal yang
                pasukan kerja untuk                                relevan dimiliki oleh
                   melaksana dan                                        setiap ahli.
                menyiapkan tugasan                               #memudahkan kerja dan
                   dengan lancar                                    menjimatkan masa.
         Sokongan dari dalam                                                 Kepercayaan
           #membantu ahli                                                  #mencerminkan
         pasukan kerja untuk                                                tahap integriti.
            melaksana dan                      Kerja
         menyiapkan tugasan                                                 #mengukuhkan
            dengan lancar.                  berpasukan                       kesepaduan.
                                               yang                       Komitmen
            Kepimpinan                       berkesan                    #setiap ahli
            #merupakan                                                bertanggungjawab
          tunjang kepada                                                serta memikul
             keutuhan                                                   amanah yang
         sesebuah pasukan                                                 diberikan.
               kerja.           Kemahiran               Komunikasi
                               perundingan              #melibatkan
                            #hasil kerja dalam       pemberian arahan
                             kerja berpasukan         dan pelaporan.
                             dapat diuruskan           #melancarkan
                               dengan baik.             proses kerja.




                        Rajah 9. Kerja berpasukan yang berkesan.


Sumber: Modifikasi berdasarkan Zahari (2011), Modul Pengantar Pengurusan, ms.152-153,

Tanjong Malim, Penerbit UPSI.


       Sebagai pusat R &D kebangsaan dalam ICT, MSCSB memupuk hubungan dan kerjasama

dalam mewujudkan hubungan antara bakat, idea-idea, pengetahuan, motivasi, aspirasi, strategi

dan hasil bagi mentakrifkan sempadan dan membentuk semula proses dalam kehidupan. Sebagai

titik tumpuan ekosistem, mereka memupuk faktor-faktor ini yang saling berkaitan dan memantau
bagaimana hubungan mereka berkembang dari masa ke masa. Mereka mengesan dan bertindak

balas kepada perubahan dalam pasaran dan pertandingan dalam menilai permintaan, dan menilai

kesan perubahan dasar dan trend global.


       Bagi MSCSB, mereka amat mementingkan kerja berpasukan kerana mereka memahami

bahawa kerja berpasukan adalah penting untuk mengeratkan hubungan antara ahli MSCSB dan

juga mampu menghasilkan satu pulangan berharga mengikut matlamat yang diharapkan.

Daripada lapan strategi pelaksanaan, SATRIA1 iaitu Nilai Teras Kepimpinan dianggap asas

kepada kejayaan pelaksanaan tujuh strategi yang selebihnya. SATRIA1 merupakan pusat

memupuk perkongsian satu set nilai-nilai yang disasarkan membentuk sikap ahli MSCSB dan

untuk meningkatkan potensi kreatif dan inovatif mereka.



                                          SATRIA 1
                       uncompromising integrity     edge in performance
                                                          culture of
                        enviosioning technology   innovation, creativity and
                               leadership               productivity
                       shared vision among team
                                                    teaming as way of life
                               members
                         flawless execution of      accountability for all
                             commitments                  actions




                         Rajah 10. Nilai kerja berpasukan MSCSB.
Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari
http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
Dalam rajah 7 di atas merujuk kepada lapan nilai-nilai murni dalam SATRIA1 yang

harus ada dan diamalkan oleh setiap ahli MSCSB iaitu                   integriti tanpa kompromi

(uncompromising     integrity),   kepimpinan    teknologi   jangkaan    (enviosioning    technology

leadership), visi yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli pasukan (shared vision among team

members), pelaksanaan komitmen yang sempurna (flawless execution of commitments),

kelebihan dalam prestasi (edge in performance), budaya inovasi, kreativiti dan produktiviti

(culture of innovation, creativity and productivity), bekerjasama sebagai satu cara hidup

(teaming as way of life) dan akauntabiliti dalam setiap tindakan (accountability for all actions).


       Integriti tanpa kompromi (uncompromising integrity) menerangkan mengenai setiap

tindakan yang diambil perlu selaras dengan penghakiman moral yang standard dan konsisten

dengan kod etika MSCSB. Nilai kedua ialah kepimpinan teknologi jangkaan (enviosioning

technology leadership) yang       menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh pengetahuan

teknikal yang diperlukan, kemahiran dan kecekapan untuk mencapai keputusan atau untuk

memenuhi keperluan pelanggan dengan berkesan.


       Nilai ketiga ialah visi yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli pasukan (shared vision

among team members) menunjukkan pemahaman tentang hubungan antara tanggungjawab kerja

sendiri dengan keseluruhan matlamat organisasi dan keperluan, serta dapat melaksanakan tugas

seseorang dengan matlamat yang lebih luas. Nilai keempat ialah pelaksanaan komitmen yang

sempurna (flawless execution of commitments) iaitu untuk menerapkan, mengekalkan dan

meningkatkan serta mendalami pengetahuan luas atau kemahiran khusus untuk mencapai hasil

atau perkhidmatan berkesan kepada pelanggan. Menunjukkan keprihatinan untuk memenuhi

keperluan pelanggan dalaman dan luaran dengan cara memberikan kepuasan kepada pelanggan

dengan sumber-sumber yang sedia ada.
Nilai kelima iaitu kelebihan dalam prestasi (edge in performance) dalam menghasilkan

keputusan yang berkualiti atau perkhidmatan yang melebihi piawaian organisasi. Seterusnya

nilai keenam, budaya inovasi, kreativiti dan produktiviti (culture of innovation, creativity and

productivity). Nilai ini menjurus kepada penyesuaian diri dengan mudah untuk menukar, melihat

merit dari kedudukan yang berbeza dan strategi dalam respons kepada maklumat baru atau

perubahan dalam keadaan.


       Nilai yang seterusnya ialah kerja berpasukan sebagai satu cara hidup (teaming as way of

life) iaitu mampu untuk membangunkan kerjasama dan kesepakatan ke arah menghasilkan

penyelesaian yang lebih baik, yang secara umumnya memberikan manfaat kepada semua pihak

yang terlibat. Nilai yang terakhir ialah akauntabiliti dalam semua tindakan (accountability for all

actions) iaitu dalam membuat keputusan secara rasmi dan bijak, setelah membuat pertimbangan

yang sebaiknya dalam setiap tindakan. Selain bertanggungjawab atas semua keputusan dan

tindakan yang diambil.


       Selain nilai-nilai yang terkandung dalam SATRIA 1 diterapkan pada ahli-ahli MSCSB,

MSCSB juga menjalankan kerja berpasukan secara bersilang fungsi. Petikan dari Modul

Pengantar Pengurusan menyatakan pasukan bersilang fungsi terdiri daripada ahli pasukan dari

paras hierarki yang sama yang bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan, tetapi dari

jabatan atau unit yang berbeza. Menurut Glenn (1994) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011,

ms.148), pasukan bersilang fungsi adalah sangat berperanan dan tidak mempunyai batasan

tertentu. Selain itu, pasukan bersilang fungsi diberi bidang kuasa dan tanggungjawab yang lebih

bagi merancang dan mengendalikan sesuatu projek yang memerlukan koordinasi, kerjasama

serta input yang berkenaan daripada semua pihak yang terlibat (Lussier & Achua, 2000) (seperti

dipetik dalam Zahari, 2011, ms.148). Lussier dan Achua, 2000, juga menyatakan kepimpinan
dalam pasukan kerja bersilang fungsi masih berpusatkan kepada ketua pasukan yang memainkan

peranan sebagai perunding, penasihat dan pemudah cara.


        Antara jabatan dalam MSCSB ialah

jabatan Pembangunan Perisian dan Pusat

Kejuruteraan,       Capaian      dan    Operasi

Teknologi,      Strategi   dan     Perancangan

Teknologi     dan    sebagainya.       Walaupun

berada dalam jabatan dan unit yang berbeza

namun ahli-ahlinya berusaha dan bekerjasama Rajah 11. Pasukan kerja di salah sebuah
                                                          jabatan dalam MSCSB.
dalam       melaksanakan      matlamat      dalam

membangunkan pelan-pelan yang dirancang seperti Teknologi Hijau, Keselamatan Informasi,

Pengkomputeran Grid, Nanoelektronik dan banyak lagi. Tambahan lagi, matlamat bagi mencapai

misi dan visi MSCSB yang telah dinyatakan pada awal pengenalan syarikat MSCSB.


        Pasukan bersilang fungsi sebenarnya memberi kelebihan bagi MSCSB kerana pasukan

yang dibentuk mempunyai kepelbagaian dalam aspek kepakaran dan kemahiran yang dimiliki

setiap ahli. Apabila kedua-dua aspek tersebut digabung, keputusan yang akan diperoleh daripada

penyelesaian masalah adalah yang terbaik seiring dengan peningkatan koordinasi antara ahli

pasukan. Selain itu, perbezaan latar belakang contohnya daripada perbezaan jabatan atau unit

yang menumpukan pada kepakaran tersendiri, dapat mewujudkan daya kreativiti dan inovatif

dalam mencari jalan untuk menyelesaikan tugasan mengikut ketetapan oleh ketua pasukan kerja.
Hal ini merupakan salah satu faktor kejayaan MSCSB kerana kerja berpasukan di bawah

kepimpinan ketua yang berkaliber lebih terarah untuk dipandu kepada matlamat yang hendak

dicapai organisasi mengikut ketetapan masa di samping mengelakkan pembaziran sumber, masa,

dan    organisasi   dapat   beroperasi    seiring   dengan    peredaran    masa    global.
4.0 REFLEKSI


       Dapatan kajian syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB) menunjukkan

syarikat ini mementingkan aspek motivasi dalam organisasi dan juga kerja berpasukan.

Penekanan terhadap dua aspek ini telah memberikan pulangan yang baik kepada MSCSB dari

segi kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan selain menjana sebahagian

pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini adalah kerana Malaysia dapat mengurangkan kos yang

melibatkan agensi di luar negara kerana MSCSB dapat memberikan perkhidmatan yang setaraf

kepakaran di luar negara dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Selain itu,

hasilnya ialah suatu ekosistem kerja berpasukan yang padu dan motivasi yang tinggi dalam

kalangan ahli MSCSB dengan penciptaan dalam menghasilkan nilai produk komersial,

penyelesaian dan platform teknologi, yang merupakan komponen kritikal dalam pembinaan

ekosistem organisasi yang berdaya saing.


       Dari konteks pengurusan, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan atau

kejayaan dalam kerja, perniagaan, mana-mana pertandingan, dalam kalangan keluarga atau

komuniti adalah bergantung kepada ahli-ahli pasukannya. Sekiranya ahli-ahli pasukannya tidak

berkomunikasi dengan berkesan, tiada bekerjasama, tiada motivasi dan menghadapi perselisihan

faham antara satu sama lain, pasukan itu semestinya akan kecundang. Satu pasukan adalah

sekumpulan orang yang bekerja bersama atas satu tujuan. Setiap ahli menggunakan pengetahuan,

kemahiran, usaha dan tenaga untuk membuahkan hasil yang membanggakan.


       Pengurus perlu menggunakan kuasanya dengan sewajarnya untuk mempengaruhi pekerja

menjalankan tugas masing-masing mengikut objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Pekerja akan memandang tinggi kepada pihak pengurusan yang berwibawa. Tambahan pula
dengan menggunakan polisi yang membabitkan penyertaan pekerja dan menggalakkan pekerja

untuk mengemukakan pandangan dalam memajukan organisasi. Pandangan pekerja perlulah

diteliti dan diambil tindakan yang sewajarnya sekiranya perlu.


       Kuasa yang keterlaluan akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pekerja. Hal

ini adalah kerana pekerja akan merasa tertekan dan ini akan menimbulkan gejala yang tidak

diingini seperti ingkar kepada arahan, kemerosotan disiplin pekerja dan sebagainya. Untuk

mendapatkan kesan yang baik, cara pengaruh yang baik yang perlu digunakan oleh pengurus

adalah dengan menggunakan komunikasi yang memberangsangkan kepada pekerja. Pekerja

boleh dimotivasikan dengan menggunakan pengaruh atau kuasa. Pengurus sepatutnya

menggunakan pengaruhnya dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan sokongan daripada

pekerja.


       Setiap pekerja yang bermotivasi akan berkehendak untuk meningkatkan kemahiran

secara berterusan dan latihan kemahiran adalah jalan yang terbaik perlu diambil oleh sesebuah

organisasi. Pekerja merasa yakin terhadap latihan kerana mereka menganggap bahawa latihan

merupakan kunci utama untuk maju. Penghargaan menerusi latihan akan menjadikan seseorang

pekerja terus aktif menyumbangkan kepakarannya kepada organisasi. Keupayaan untuk belajar

akan meningkatkan prestasi pekerja berkenaan. Jika sesebuah firma mendapatkan kemahiran

baru dan seterusnya diterapkan kepada pekerja-pekerjanya, sudah pasti ia dapat menguatkan lagi

daya motivasi pekerja.


       Walau bagaimanapun pihak pengurusan perlu memikirkan jenis latihan yang sesuai

dengan kehendak organisasi dan pekerja itu sendiri. Hal ini perlu kerana, tiada hasil yang bakal

diperoleh jika seseorang pekerja itu diberi latihan yang tidak dapat membantu dalam
meningkatkan prestasi organisasi mahupun prestasi pekerja. Selain itu, faedah pekerja

kadangkala dirujuk sebagai faedah sampingan tetapi sebenarnya ia adalah unsur-unsur asas yang

perlu dalam pakej pekerjaan. Faedah-faedah yang diberikan kepada pekerja adalah unsur-unsur

yang terkandung di dalam keseluruhan penghargaan di samping gaji yang diterima. Kemudahan-

kemudahan tersebut termasuklah perkara-perkara yang melibatkan nilai kewangan seperti skim

persaraan, insurans pekerja, bayaran perubatan, kemudahan pengangkutan, kemudahan

penginapan dan cuti. Meskipun faedah pekerja tidak menghasilkan motivasi secara terus, ia dapat

meningkatkan komitmen dan kepuasan bekerja terhadap syarikat atau organisasi. Di samping itu,

faedah pekerja boleh meninggikan lagi kesetiaan pekerja terhadap syarikat. Contohnya, firma-

firma di Jepun mempunyai pekerja-pekerja yang sangat taat kepada syarikat yang akhirnya dapat

meningkatkan produktiviti syarikat. Jika pengurusan organisasi berlaku sebaliknya, akan ada

segelintir pekerja yang lebih cenderung untuk bertukar kerja selepas mendapat latihan kerana

mendapat tawaran yang lebih tinggi daripada firma-firma lain.


       Oleh itu pihak pengurusan perlulah memikirkan langkah-langkah yang sesuai agar

pekerja yang telah diberi latihan tidak berhijrah ke tempat lain. Latihan-latihan untuk

meningkatkan kemahiran dan kecekapan akan menjadikan seseorang itu lebih yakin dengan

pekerjaan yang dibuatnya. Di samping itu, latihan boleh mengurangkan pembaziran masa, tenaga

dan wang ringgit
5.0 RUMUSAN


       Sebagai rumusan daripada kajian ini, ternyata bahawa motivasi dan kerja berpasukan

adalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa lagi aspek

pengurusan       seperti persekitaran pengurusan, pembuatan keputusan, struktur organisasi,

pemimpin dan kepimpinan dan banyak lagi, namun aspek motivasi dan kerja berpasukan penting

untuk mengekalkan kedudukan sesebuah organisasi. Kerja berpasukan adalah perlu untuk

menjayakan matlamat organisasi dalam jangka masa yang dirancang dan ditetapkan. Pelbagai

kemahiran, kreativiti, idea-idea dapat dikongsi antara ahli pasukan selain dapat mewujudkan

suatu hubungan silaturahim, kerjasama dan tolak ansur walaupun saling tidak mengenali

sebelumnya. Motivasi pula diperlukan untuk mengekalkan semangat setiap ahli pasukan untuk

terus berusaha     menyiapkan tugasan dan memberikan suatu hasil yang berkualiti. Motivasi

bermula dengan kehendak seperti kehendak kenaikan pangkat, disusuli dengan usaha tanpa jemu

dan bersemangat akan memberikan hasil iaitu kejayaan mencapai apa yang dikehendaki dan

kepuasan kendiri.
BIBLIOGRAFI


Khalip ( 2011). Unit 7 : Motivasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (Eds).
       Modul Pengantar Pengurusan (ms.103-120). Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Laporan Tahunan MIMOS 2007.
      Dimuat turun daripada
      http://pptpsmblog.intra.net.my/wp-content/uploads/2011/07/Profil-Syarikat_-bm.pdf
      pada 9 Oktober 2012.
Laporan Tahunan MIMOS 2010.
      Dimuat turun daripada
      http://www.mimos.my/wpcontent/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf pada 15
      Oktober 2012.
Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (2011) (Eds). Modul Pengantar Pengurusan.
      Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Portal Usahawan Bumiputera Pulau Pinang.
       Dimuat turun daripada
       http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=15&subcat_id=33&sid=103
       0 pada 8 Oktober 2012.
Tentang Mutiara Smart Computing.
      Dimuat turun daripada
      http://www.smart.com.my/index.php pada 8 Oktober 2012.
Yusmalina Md Yusoff (2010). Pengenalan Motivasi .
      Dimuat turun daripada
      http://www.scribd.com/doc/45727523/Pengenalan-Motivasi pada 15 Oktober 2012.
Zahari (2011). Unit 9 : Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty
       Mohd Shukory (Eds). Modul Pengantar Pengurusan (ms.141-157). Tanjong Malim:
       Penerbit UPSI.
LAMPIRAN 1




1. Nama Syarikat             :   MUTIARA Smart Computing Sdn Bhd
2. Alamat Syarikat           :   No.1 Jalan BK 1/13,Kinrara Industrial Park .
                                 Bandar Kinrara,6 ½ Miles,Jln Puchong 47180 Selangor.
3. No. Telefon Dan No. Fax :     +603 8075 7088        +603 8075 23762
4. Tarikh Penubuhan Syarikat :   10 November 1997
5. Jenis Perniagaan          :   Sendirian Berhad
6. No. Pendaftaran           :   357-02003731
  Kementerian Kewangan
7. Kod Bidang                :   020101,020201,210101,210102,210103,
                                 210104,210105,210106,220209
8. Panel Bank & No Akaun :       CIMB Bank Bandar Seri Petaling,28 Jln Radin Tengah,
                                 Bandar Baru Seri Petaling,57000 Kuala Lumpur.
                                 (1429-0002434-05-2)
9. Kemudahan Kredit & Nilai :    Malayan Banking Berhad,
                                 Menara Maybank,100 Jln Tun Perak 50050,
                                 Kuala Lumpur. (RM 60,000,000.00)
10.    Modal yang dibenarkan     :      RM10,000,000.00
11.    Modal Berbayar            :      RM10,000,000.00
LAMPIRAN 2




              PENCAPAIAN

                 1’st Intel OEM in Malaysia
                 1’st Microsoft OEM in Malaysia
                 Membekalkan peralatan ICT kepada semua Kementerian dan Agensi secara
                 sewaan
                 berpusat daripada tahun 1999 hingga 2004
                 Merupakan di antara 10 pembekal utama peralatan ICT di Malaysia




              PENGANUGERAHAN & PENGIKTIRAFAN

                 Best Homegrown Desktop – PC.COM 2007
                 Best Local Notebook – PC.COM 2006
                 Best Local Budget Notebook – PC.COM 2005
                 Novell Silver Partner 2005
                 HP Platinum Imaging & Printing – HP 2004
                 Best Homegrown PC – PC.COM 2004
                 Best Desktop System – Hardware Magazine 2004
                 AMD Best System of the Month – Hardware Magazine 2004
                 INTEL Server Sales Achievement – Q3 2001
                 Outstanding Partner Award – Seagate 2001
                 Top Performing Resellers – Seagate 1999




KHIDMAT SOKONGAN PENGGUNA
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4

Contenu connexe

Tendances

Performance motivation
Performance motivationPerformance motivation
Performance motivation
misroyati
 
Tugas makalah strategi+sdm.ppt hrt
Tugas makalah strategi+sdm.ppt  hrtTugas makalah strategi+sdm.ppt  hrt
Tugas makalah strategi+sdm.ppt hrt
HartoBmn
 
Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]
Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]
Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]
Zams Zams
 
Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)
Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)
Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)
riditata
 

Tendances (18)

Tugas minggu 11 kwh ( MSDM, Manajemen Operasi dan Produksi )
Tugas minggu 11 kwh ( MSDM, Manajemen Operasi dan Produksi )Tugas minggu 11 kwh ( MSDM, Manajemen Operasi dan Produksi )
Tugas minggu 11 kwh ( MSDM, Manajemen Operasi dan Produksi )
 
Usaha,indri agustiani,hapzi ali,msdm, manajemen operasi dan produksi,universi...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali,msdm, manajemen operasi dan produksi,universi...Usaha,indri agustiani,hapzi ali,msdm, manajemen operasi dan produksi,universi...
Usaha,indri agustiani,hapzi ali,msdm, manajemen operasi dan produksi,universi...
 
Motivasi dan Kepemimpinan
Motivasi dan Kepemimpinan Motivasi dan Kepemimpinan
Motivasi dan Kepemimpinan
 
Pengintegrasian by warizen
Pengintegrasian by warizenPengintegrasian by warizen
Pengintegrasian by warizen
 
Performance motivation
Performance motivationPerformance motivation
Performance motivation
 
BMP EKMA4214 Manajemen Sumber Daya Manusia
BMP EKMA4214 Manajemen Sumber Daya ManusiaBMP EKMA4214 Manajemen Sumber Daya Manusia
BMP EKMA4214 Manajemen Sumber Daya Manusia
 
Tugas makalah strategi+sdm.ppt hrt
Tugas makalah strategi+sdm.ppt  hrtTugas makalah strategi+sdm.ppt  hrt
Tugas makalah strategi+sdm.ppt hrt
 
Materi makalah msdm strategik
Materi makalah msdm strategikMateri makalah msdm strategik
Materi makalah msdm strategik
 
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIKMANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
 
Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]
Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]
Hukum ketanagakerjaan tugas(pp-1)[2]
 
11. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produ...
11. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produ...11. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produ...
11. kewirausahaan, azah fadilah, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produ...
 
Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)
Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)
Psikologi Sumber Daya Manusia (INTEGRASI DALAM PERUSAHAAN)
 
Konsep dan Teori Manajemen Sumber Daya Manusia
Konsep dan Teori Manajemen Sumber Daya ManusiaKonsep dan Teori Manajemen Sumber Daya Manusia
Konsep dan Teori Manajemen Sumber Daya Manusia
 
Bedah Buku Manajemen itu Mudah - STMIK Pringsewu Kota Agung
Bedah Buku Manajemen itu Mudah - STMIK Pringsewu Kota AgungBedah Buku Manajemen itu Mudah - STMIK Pringsewu Kota Agung
Bedah Buku Manajemen itu Mudah - STMIK Pringsewu Kota Agung
 
Makalah msdm strategik
Makalah msdm strategikMakalah msdm strategik
Makalah msdm strategik
 
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM)
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM)Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM)
Manajemen Sumber Daya Manusia (MSDM)
 
Manajemen sdm
Manajemen sdmManajemen sdm
Manajemen sdm
 
10. kewirausahaan, xena levina, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produk...
10. kewirausahaan, xena levina, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produk...10. kewirausahaan, xena levina, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produk...
10. kewirausahaan, xena levina, hapzi ali, msdm, manajemen operasi dan produk...
 

Similaire à Pengantar Pengurusan-Mutiara Smart Computing

Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Azalina Harun
 
04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan
04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan
04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan
WEST NUSA TENGGARA
 
Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013
Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013
Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013
Hora Tjitra
 

Similaire à Pengantar Pengurusan-Mutiara Smart Computing (20)

Tugas uts
Tugas utsTugas uts
Tugas uts
 
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusiaKertas kerja pengurusan sumber manusia
Kertas kerja pengurusan sumber manusia
 
Pertemuan 3 manajemen dan organisasi
Pertemuan 3 manajemen dan organisasiPertemuan 3 manajemen dan organisasi
Pertemuan 3 manajemen dan organisasi
 
1_Hakikat_MSDM.ppt
1_Hakikat_MSDM.ppt1_Hakikat_MSDM.ppt
1_Hakikat_MSDM.ppt
 
1_Hakikat_MSDM(1).ppt
1_Hakikat_MSDM(1).ppt1_Hakikat_MSDM(1).ppt
1_Hakikat_MSDM(1).ppt
 
Hakikat_MSDM_Pertemuan_1 (2).ppt
Hakikat_MSDM_Pertemuan_1 (2).pptHakikat_MSDM_Pertemuan_1 (2).ppt
Hakikat_MSDM_Pertemuan_1 (2).ppt
 
Implementasi manajemen sumber daya manusia dan manajemen opersioanal (pertemu...
Implementasi manajemen sumber daya manusia dan manajemen opersioanal (pertemu...Implementasi manajemen sumber daya manusia dan manajemen opersioanal (pertemu...
Implementasi manajemen sumber daya manusia dan manajemen opersioanal (pertemu...
 
Hakikat_MSDM_Pertemuan_1.pptx
Hakikat_MSDM_Pertemuan_1.pptxHakikat_MSDM_Pertemuan_1.pptx
Hakikat_MSDM_Pertemuan_1.pptx
 
Makalah uts (fahmy nurdiansyah)
Makalah uts (fahmy nurdiansyah)Makalah uts (fahmy nurdiansyah)
Makalah uts (fahmy nurdiansyah)
 
04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan
04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan
04. manajemen umum bab iv penetapan tujuan
 
Pengaruh gaya kepemimpinan dan motivasi
Pengaruh gaya kepemimpinan dan motivasiPengaruh gaya kepemimpinan dan motivasi
Pengaruh gaya kepemimpinan dan motivasi
 
makalah msdm stratejik
makalah msdm stratejikmakalah msdm stratejik
makalah msdm stratejik
 
Makalah msdm stratejik
Makalah msdm stratejikMakalah msdm stratejik
Makalah msdm stratejik
 
Manajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusiaManajemen sumber daya manusia
Manajemen sumber daya manusia
 
Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013
Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013
Peran Pelatihan dalam Organisasi, HC Magazine Jan-Feb 2013
 
Manajemen Sumber Daya Manusia
Manajemen Sumber Daya ManusiaManajemen Sumber Daya Manusia
Manajemen Sumber Daya Manusia
 
Motivasi
MotivasiMotivasi
Motivasi
 
Framework evaluasi kinerja dan konpensasi
Framework  evaluasi kinerja dan konpensasiFramework  evaluasi kinerja dan konpensasi
Framework evaluasi kinerja dan konpensasi
 
Framework evaluasi kinerja dan kompensasi
Framework  evaluasi kinerja dan kompensasiFramework  evaluasi kinerja dan kompensasi
Framework evaluasi kinerja dan kompensasi
 
Makalah 1 uts
Makalah 1 utsMakalah 1 uts
Makalah 1 uts
 

Dernier

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Dernier (20)

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 

Pengantar Pengurusan-Mutiara Smart Computing

  • 1. PPB3033 PENGANTAR PENGURUSAN TUGASAN 1 MOTIVASI & KERJA BERPASUKAN NAME : ZALIA FATIN BT ZAINI MATRIC NO. : D20111048113 GROUP :C LECTURER : DR. MARINAH AWANG SUBMIT DATE : 5 NOVEMBER 2012
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 2. LATAR BELAKANG SYARIKAT 3. MOTIVASI 4. KERJA BERPASUKAN 5. REFLEKSI 6. RUMUSAN 7. LAMPIRAN 8. BIBLIOGRAFI
  • 3. PENGENALAN Pengurusan didefinisikan sebagai proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi serta menggunakan sumber-sumber yang lain bagi mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan dalam organisasi dengan cekap dan berkesan. Dalam pengurusan terdapat beberapa aspek pengurusan antaranya ialah persekitaran pengurusan, pembuatan keputusan, struktur organisasi, motivasi, kerja berpasukan, kawalan dan lain-lain. Tugasan individu bagi kursus Pengantar Pengurusan (PPB3013) sesi 2012/2013 ini ialah mengenal pasti dua antara aspek-aspek Pengantar Pengurusan dalam mana-mana satu organisasi yang berjaya. Organisasi yang dipilih dalam kajian ini adalah Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. Kajian bagi Smart Computing Sdn. Bhd. berkonsepkan motivasi dan kerja berpasukan. Objektif kajian ialah: 1) Memahami dua antara aspek-aspek pengurusan iaitu aspek motivasi dan kerja berpasukan. 2) Menghubungkan dua antara aspek pengantar pengurusan seperti aspek motivasi dan kerja berpasukan dalam Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd .
  • 4. 1.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT. Rajah 1. Logo MUTIARA Smart Computing. Mutiara Smart Computing Sdn Bhd. dahulu dikenali sebagai MIMOS Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB) telah ditubuhkan pada tahun 1998, dengan modal sebanyak RM10 Juta dan mempunyai kakitangan seramai 150 pekerja Bumiputera. MSCSB merupakan sebuah organisasi yang pada amnya terlibat secara terus dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia dan mengkhususkan kepada perkhidmatan, pengeluaran, penyelenggaraan dan pengedaran perkakasan ICT. Aktiviti perniagaan utama MSCSB merangkumi pengeluaran peralatan ICT, penjualan dan pembekalan perkakasan, perkhidmatan sewaan peralatan ICT, khidmat sokongan perkakasan yang dijual atau disewa oleh pihak kami, serta pengurusan projek- projek berlandaskan kegunaan perkakasan keluaran kami.
  • 5. Objektif syarikat Sebagai pembekal peralatan dan perkhidmatan ICT kepada badan-badan kerajaan serta sektor swasta. Mengenal pasti dan membantu meningkatkan syarikat milik bumiputera agar lebih berdaya saing dalam penyertaan bidang ICT. Misi syarikat Menjadi pengeluar komputer dan peranti utama di Malaysia. Di kenali sebagai pengeluar komputer tempatan yang terulung. Menjadi sebuah IT Solution Centre. Berkembang dan maju ke arena antarabangsa untuk meluaskan pasaran dan kesedaran jenama SMART. Visi syarikat Menyokong matlamat kerajaan untuk mencapai status masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang ICT. Meningkatkan tahap pemilikan komputer tempatan di Malaysia dengan menawarkan produk terbaik dan mampu milik.
  • 6. 2.0 MOTIVASI Motivasi sering dikaitkan dengan kejayaan atau sesuatu yang telah dicapai selari dengan keinginan dan impian dengan mendorong keupayaan individu untuk membuat keputusan sendiri dalam segala tindakan yang diambil. Motivasi yang menjadi faktor seseorang itu bersungguh- sungguh, komited dan istiqamah dalam mencapai sesuatu yang diingini atau yang mahu dilaksanakan. Steers dan Porter (1983) (seperti dipetik dalam Khalip, 2011, ms.103), menjelaskan bahawa perkataan motivasi diambil dari perkataan Inggeris iaitu motivation yang berasal dari perkataan Latin iaitu movere yang bermaksud menggerakkan. Menurut Strenberg (1997) (dipetik dalam Yusmalina Md Yusoff, 2010, ms.1), motivasi adalah „impulse‟ iaitu dorongan atau bisikan hati, „desire‟ iaitu keinginan dan hasrat yang amat sangat, atau „needs‟ iaitu keperluan yang menyebabkan seseorang itu bertindak. menurut(Moriss & Maisto, 1999) (dipetik dalam Yusmalina Md Yusoff, 2010, ms.1), motivasi adalah satu bentuk arahan yang datang dari dalam diri individu secara paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang akhirnya membangkitkan organisma untuk menuju kepada matlamat. Oleh itu, motivasi secara umumnya telah didefinisikan dengan pelbagai istilah seperti hasrat, kemahuan, matlamat akhir, niat, objektif dan tujuan. Terdapat lapan teori yang digunakan dalam kajian terhadap motivasi termasuk Hierarki Keperluan Maslow, Teori X dan Teori Y McGregor, Teori Dua Faktor Herzberg, Teori Tiga Keperluan McClelland, Teori Penetapan Matlamat, Teori Pengukuhan dan Teori Ekuiti. Masing- masing memiliki andaian dan pendapat yang berbeza dalam kajian mereka. Walau
  • 7. bagaimanapun, semua pandangan dari teori-teori tersebut berkait rapat dengan matlamat, usaha, keperluan dan kepuasan penyempurnaan kendiri. HIERARKI KEPERLUAN MASLOW TEORI X DAN JANGKAAN TEORI Y VROOM MCGREGOR EKUITI TEORI-TEORI DUA FAKTOR HERZBERG MOTIVASI TIGA PENGUKUHAN KEPERLUAN MCCLELLAND PENETAPAN MATLAMAT Rajah 2. Teori-teori motivasi dalam organisasi. Justeru, Robbins, DeCenzo dan Coulter (2011) (seperti dipetik dalam Khalip, 2011, ms.114-115) mendapati bahawa organisasi yang cemerlang harus berupaya mengiktiraf kepentingan motivasi pekerja dan mengambil tindakan yang sesuai seperti peka dengan perbezaan individu, menyesuaikan pekerja dengan jenis pekerjaan, menetapkan matlamat yang jelas dan mencabar, menetapkan matlamat yang mampu yang dicapai, mempelbagaikan bentuk ganjaran, menghubungkan ganjaran dengan prestasi, memastikan wujud keadilan dalam memberi ganjaran, dan memberi keutamaan kepada ganjaran kewangan.
  • 8. peka dengan perbezaan menetapkan individu menyesuaikan matlamat pekerja yang mampu dengan jenis dicapai. pekerjaan memberi LANGKAH menetapkan keutamaan MENINGKATKAN matlamat kepada MOTIVASI yang jelas ganjaran DALAM dan kewangan ORGANISASI mencabar memastikan mempelbagaikan wujud keadilan bentuk ganjaran dalam memberi ganjaran menghubungkan ganjaran dengan prestasi Rajah 3. Langkah meningkatkan motivasi dalam organisasi. Berkenaan dengan organisasi kajian iaitu bagi syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB), mereka amat mementingkan penentuan matlamat serta strategi yang jelas dan ingin serta mampu dicapai dalam satu jangka masa tertentu sebagai motivasi mereka. Hal ini adalah kerana MSCSB merupakan agensi strategik di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab dalam memacu daya saing ekonomi Malaysia dalam membangunkan inovasi melalui penyelidikan gunaan dan pembangunan (R & D) dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
  • 9. Organisasi ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan industri tempatan yang berdaya saing di peringkat global dengan menjana usaha teknologi baru melalui memindahkan platform teknologi kepada syarikat-syarikat penerima teknologi tempatan. Dalam usaha ini, MSCSB menetapkan perkongsian pintar dan kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan, kerajaan serta syarikat-syarikat tempatan dan luar negara. Sejak tahun 2006, MSCSB telah merangka satu set strategi pelaksanaan yang bertujuan untuk mencapai visi utama organisasi iaitu untuk menjadi pusat penyelidikan teknologi yang utama di dunia tanpa sempadan dan misi untuk menjadi perintis maklumat inovatif dan teknologi komunikasi ke arah pertumbuhan industri tempatan yang berdaya saing di peringkat global. Strategi tersebut ialah set lapan strategi pelaksanaan, yang juga dikenali sebagai “Strategic Adaptive Tools Realised for Innovation Acceleration (SATRIA) ”, yang menekankan pendekatan mental kepahlawanan yang diperlukan untuk menjayakan transformasi organisasi. Rajah 4. Set pelaksanaan lapan strategi SATRIA. Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
  • 10. Rajah 5. Peningkatan inovasi dengan kaedah SATRIA Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf Merujuk kepada matlamat yang jelas melalui SATRIA dan ia pula disebarkan kepada semua ahli MSCSB maka mereka akan lebih bermotivasi dan berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi. Selain mempunyai matlamat yang jelas dan mencabar, MSCSB juga memberi motivasi kepada seluruh kakitangan syarikat dengan menyesuaikan pekerja dengan jenis pekerjaan. Contohnya, MSCSB ada menyediakan perkhidmatan keselamatan rangkaian, pembangunan perisian, integrasi sistem dan banyak lagi, sehubungan dengan itu mereka memiliki pekerja mahir atau profesional dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Tambahan pula, dengan memiliki sebilangan kakitangan teknikal yang terlatih dan berkelayakan, beberapa dengan Microsoft Certified System Engineer (MCSE), Cisco Certified Network
  • 11. Administrator (CCNA) dan Microsoft Certified Profesional (PKM), mereka dapat memberikan perkhidmatan IT yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan dan harapan pelanggan MSCSB. Pekerja yang mempunyai kemahiran bersesuaian dengan jenis pekerjaan akan meningkatkan motivasi dan memberikan semangat serta mengurangkan tekanan yang melampau dalam persekitaran pekerjaan. Hal ini adalah kerana peratusan tekanan yang melampau di tempat kerja semakin meningkat dari tahun ke tahun di samping memberikan kesan terhadap kesihatan seperti menghadapi risiko sakit jantung. Pekerja yang bermotivasi akan menggunakan keupayaan dan kemahiran yang maksimum serta kurang tekanan kerana mereka dapat melakukan pekerjaan yang mereka sukai dan yang sesuai dengan kemahiran mereka, pekerja yang kurang bermotivasi pula sebaliknya. Tambahan pula pekerja bermotivasi juga dapat menajamkan lagi kemahiran serta kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan segala permasalahan dan memberikan hasil keputusan yang berkualiti. Tambahan pula, kebanyakan pekerja kerja masa kini lebih masa kerana berkehendakkan peningkatan dalam kerjaya seperti kenaikan pangkat atas desakan taraf hidup yang semakin tinggi selain untuk memenuhi perancangan matlamat syarikat tanpa menyedari bahawa ia mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Menurut para pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus (%) untuk mendapat masalah kardiovaskular dan selain itu mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet yang tidak terancang atau tersusun. Daripada laporan tahunan 2010 MSCSB atau MIMOS, pada 9 Nov, 50 perantis siswazah menerima sijil mereka selepas tamat program Pusat Kepakaran Domain Pecutan MIMOS atau Centre of Domain Expertise Acceleration (CODE8). Program ini dilancarkan pada Oktober 2009
  • 12. dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), CODE8 adalah program latihan bimbingan dan mentor yang direka untuk menyediakan pengalaman di tempat kerja untuk para graduan tempatan dan asing yang berkelayakan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT). Kumpulan perantis yang pertama menjalani latihan dalam bidang khusus seperti teknologi semantik, pengetahuan dalam kejuruteraan, pengkomputeran maju, sistem tanpa wayar tertanam, ujian perisian dan ukuran, ontologi dan teknologi perisian pengaturcaraan yang terkini dalam Java, Linux, C + + dan Share Point. CODE8 menawarkan gabungan latihan dalam kelas sasaran, perubahan tingkah laku dan latihan kerja di MIMOS bawah bimbingan penyelidik terkemuka, saintis dan jurutera MIMOS. Daripada jumlah yang pertama kumpulan graduan, 29 telah terlibat Rajah 6. Datuk Seri Khaled Nordin bersama kumpulan perantis CODE8. dalam kehidupan sebenar projek Rancangan Malaysia ke sembilan yang membawa kepada potensi generasi Harta Intelek atau Intellectual Property (IP). Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa CODE8 adalah satu titik permulaan yang akan membawa kepada usaha berterusan dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk mengubah ke arah inovasi yang seiring dengan pembangunan ekonomi.
  • 13. Justeru, hal ini memberikan motivasi kepada bukan sahaja kakitangan MSCSB bahkan juga kepada para graduan di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta untuk meningkatkan lagi kemahiran dari segi intelek dan kemahiran teknikal. Hal ini adalah untuk melahirkan pekerja separa mahir dan mahir yang akan menjadi rebutan organisasi atau syarikat dari dalam atau luar negara. Melalui peningkatan tenaga kerja, maka ekonomi negara dapat ditingkatkan dan dimajukan setaraf negara-negara maju seperti Jepun. Kakitangan MSCSB juga diberi galakan dan motivasi untuk bekerja dengan kreativiti, inovatif dan produktif supaya hasil yang bakal diperoleh berkualiti tinggi. Tambahan lagi, dengan galakan tersebut MSCSB dapat menghasilkan produk-produk yang berteknologi tinggi yang mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara hasil daripada kreativiti dan inovatif kakitangan MSCSB. Rajah 7. Antara ciptaan MSCSB yang mendapat pengiktirafan inovasi bertaraf dunia. Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
  • 14. 3.0 KERJA BERPASUKAN Kajian-kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan dapat menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan mampu membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran antara anggota dalam kumpulan yang bekerja bersama-sama ke arah satu sasaran matlamat. Kerja berpasukan ditakrifkan sebagai sebarang kumpulan manusia yang mempunyai tujuan umum yang sama dan masing-masing mengiktiraf ahli lain sebagai rakan sepasukan yang sama taraf (Ron Archer,1996) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.142). Selain itu, Richard et al. (1995) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.142) menyatakan kerja berpasukan merupakan penyempurnaan tugas secara teknikal oleh individu yang terdiri daripada sepasukan atau sebilangan ahli. Kebanyakan pandangan ahli-ahli pengkaji mengenai kerja berkumpulan berhubung kait dengan sekumpulan individu bekerjasama mencapai sesuatu matlamat atau objektif. Dalam kerja berpasukan akan melalui lima tahap pembentukan kerja berpasukan iaitu tahap membentuk, tahap menggempur, tahap membentuk norma, tahap pelaksanaan dan tahap pembubaran.
  • 15. Berdasarkan Rajah 5 di bawah terdapat lima tahap pembentukan kerja berpasukan dengan penerangan ringkas bagi setiap tahap. Tahap melaksanakan Tahap membentuk norma Tahap menggempur Tahap pembubaran #ahli-ahli #merupakan #merupakan # merupakan #pasukan Tahap membentuk pasukan tahap tahap resolusi. tahap dibubarkan atau berkenalan ketidakpuasan. #kurang penghasilan. ditangguhkan. antara satu #konflik dan konflik, pening #mempunyai #pemimpin sama lain. ketidaksetujuan katan struktur dan pasukan tidak #mengenal berlaku. kesepaduan dan proses kerja diperlukan lagi. pasti jenis #gaya keharmonian. yang berkesan. #tugasan telah tingkah laku. kepimpinan #gaya #gaya selesai. #wujud rundingan kepimpinan kepimpinan #tahap ketidakpastian adalah sesuai. yang sesuai yang sesuai penamatan. dalam pasukan. #tahap adalah adalah #gaya perkembangan penglibatan. penurunan kepimpinan yang sederhana. #tahap kuasa. autoktratik perkembangan #tahap adalah sesuai. yang tinggi. perkembangan #tahap yang menonjol. perkembangan yang rendah. Rajah 8. Tahap pembentukan kerja berpasukan. Sumber: Modifikasi berdasarkan Zahari (2011), Modul Pengantar Pengurusan, ms. 143-145, Tanjong Malim, Penerbit UPSI. Untuk menjadi sebuah organisasi yang berjaya, ia bergantung pada beberapa kualiti kerja berpasukan yang berkesan. Elemen-elemen yang penting dalam mewujudkan kerja berpasukan yang berkesan ialah matlamat yang jelas, kemahiran, kepercayaan, komitmen, komunikasi, kemahiran perundingan, kepimpinan, sokongan dari dalam dan dari luar. Tanpa elemen-elemen ini maka kerja dalam satu pasukan tidak akan dapat menghasilkan sesuatu keputusan yang terbaik malah akan menjadi sebaliknya. Justeru tanpa kerja berpasukan yang berkesan, ia akan memberikan impak yang negatif kepada sesebuah organisasi.
  • 16. Rajah 6 di bawah menerangkan secara ringkas mengenai kerja berpasukan yang berkesan. Matlamat yang jelas #setiap ahli jelas dan faham keperluan tugasan. Kemahiran Sokongan dari luar #berkongsi matlamat #kemahiran teknikal dan #membantu ahli yang sama. interpersonal yang pasukan kerja untuk relevan dimiliki oleh melaksana dan setiap ahli. menyiapkan tugasan #memudahkan kerja dan dengan lancar menjimatkan masa. Sokongan dari dalam Kepercayaan #membantu ahli #mencerminkan pasukan kerja untuk tahap integriti. melaksana dan Kerja menyiapkan tugasan #mengukuhkan dengan lancar. berpasukan kesepaduan. yang Komitmen Kepimpinan berkesan #setiap ahli #merupakan bertanggungjawab tunjang kepada serta memikul keutuhan amanah yang sesebuah pasukan diberikan. kerja. Kemahiran Komunikasi perundingan #melibatkan #hasil kerja dalam pemberian arahan kerja berpasukan dan pelaporan. dapat diuruskan #melancarkan dengan baik. proses kerja. Rajah 9. Kerja berpasukan yang berkesan. Sumber: Modifikasi berdasarkan Zahari (2011), Modul Pengantar Pengurusan, ms.152-153, Tanjong Malim, Penerbit UPSI. Sebagai pusat R &D kebangsaan dalam ICT, MSCSB memupuk hubungan dan kerjasama dalam mewujudkan hubungan antara bakat, idea-idea, pengetahuan, motivasi, aspirasi, strategi dan hasil bagi mentakrifkan sempadan dan membentuk semula proses dalam kehidupan. Sebagai titik tumpuan ekosistem, mereka memupuk faktor-faktor ini yang saling berkaitan dan memantau
  • 17. bagaimana hubungan mereka berkembang dari masa ke masa. Mereka mengesan dan bertindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan pertandingan dalam menilai permintaan, dan menilai kesan perubahan dasar dan trend global. Bagi MSCSB, mereka amat mementingkan kerja berpasukan kerana mereka memahami bahawa kerja berpasukan adalah penting untuk mengeratkan hubungan antara ahli MSCSB dan juga mampu menghasilkan satu pulangan berharga mengikut matlamat yang diharapkan. Daripada lapan strategi pelaksanaan, SATRIA1 iaitu Nilai Teras Kepimpinan dianggap asas kepada kejayaan pelaksanaan tujuh strategi yang selebihnya. SATRIA1 merupakan pusat memupuk perkongsian satu set nilai-nilai yang disasarkan membentuk sikap ahli MSCSB dan untuk meningkatkan potensi kreatif dan inovatif mereka. SATRIA 1 uncompromising integrity edge in performance culture of enviosioning technology innovation, creativity and leadership productivity shared vision among team teaming as way of life members flawless execution of accountability for all commitments actions Rajah 10. Nilai kerja berpasukan MSCSB. Sumber: Laporan tahunan 2010 MUTIARA Smart Computing Sdn. Bhd. Dimuat turun dari http://www.mimos.my/wp-content/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf.
  • 18. Dalam rajah 7 di atas merujuk kepada lapan nilai-nilai murni dalam SATRIA1 yang harus ada dan diamalkan oleh setiap ahli MSCSB iaitu integriti tanpa kompromi (uncompromising integrity), kepimpinan teknologi jangkaan (enviosioning technology leadership), visi yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli pasukan (shared vision among team members), pelaksanaan komitmen yang sempurna (flawless execution of commitments), kelebihan dalam prestasi (edge in performance), budaya inovasi, kreativiti dan produktiviti (culture of innovation, creativity and productivity), bekerjasama sebagai satu cara hidup (teaming as way of life) dan akauntabiliti dalam setiap tindakan (accountability for all actions). Integriti tanpa kompromi (uncompromising integrity) menerangkan mengenai setiap tindakan yang diambil perlu selaras dengan penghakiman moral yang standard dan konsisten dengan kod etika MSCSB. Nilai kedua ialah kepimpinan teknologi jangkaan (enviosioning technology leadership) yang menunjukkan kesungguhan untuk memperoleh pengetahuan teknikal yang diperlukan, kemahiran dan kecekapan untuk mencapai keputusan atau untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan berkesan. Nilai ketiga ialah visi yang dikongsi bersama dalam kalangan ahli pasukan (shared vision among team members) menunjukkan pemahaman tentang hubungan antara tanggungjawab kerja sendiri dengan keseluruhan matlamat organisasi dan keperluan, serta dapat melaksanakan tugas seseorang dengan matlamat yang lebih luas. Nilai keempat ialah pelaksanaan komitmen yang sempurna (flawless execution of commitments) iaitu untuk menerapkan, mengekalkan dan meningkatkan serta mendalami pengetahuan luas atau kemahiran khusus untuk mencapai hasil atau perkhidmatan berkesan kepada pelanggan. Menunjukkan keprihatinan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan luaran dengan cara memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan sumber-sumber yang sedia ada.
  • 19. Nilai kelima iaitu kelebihan dalam prestasi (edge in performance) dalam menghasilkan keputusan yang berkualiti atau perkhidmatan yang melebihi piawaian organisasi. Seterusnya nilai keenam, budaya inovasi, kreativiti dan produktiviti (culture of innovation, creativity and productivity). Nilai ini menjurus kepada penyesuaian diri dengan mudah untuk menukar, melihat merit dari kedudukan yang berbeza dan strategi dalam respons kepada maklumat baru atau perubahan dalam keadaan. Nilai yang seterusnya ialah kerja berpasukan sebagai satu cara hidup (teaming as way of life) iaitu mampu untuk membangunkan kerjasama dan kesepakatan ke arah menghasilkan penyelesaian yang lebih baik, yang secara umumnya memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Nilai yang terakhir ialah akauntabiliti dalam semua tindakan (accountability for all actions) iaitu dalam membuat keputusan secara rasmi dan bijak, setelah membuat pertimbangan yang sebaiknya dalam setiap tindakan. Selain bertanggungjawab atas semua keputusan dan tindakan yang diambil. Selain nilai-nilai yang terkandung dalam SATRIA 1 diterapkan pada ahli-ahli MSCSB, MSCSB juga menjalankan kerja berpasukan secara bersilang fungsi. Petikan dari Modul Pengantar Pengurusan menyatakan pasukan bersilang fungsi terdiri daripada ahli pasukan dari paras hierarki yang sama yang bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan, tetapi dari jabatan atau unit yang berbeza. Menurut Glenn (1994) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.148), pasukan bersilang fungsi adalah sangat berperanan dan tidak mempunyai batasan tertentu. Selain itu, pasukan bersilang fungsi diberi bidang kuasa dan tanggungjawab yang lebih bagi merancang dan mengendalikan sesuatu projek yang memerlukan koordinasi, kerjasama serta input yang berkenaan daripada semua pihak yang terlibat (Lussier & Achua, 2000) (seperti dipetik dalam Zahari, 2011, ms.148). Lussier dan Achua, 2000, juga menyatakan kepimpinan
  • 20. dalam pasukan kerja bersilang fungsi masih berpusatkan kepada ketua pasukan yang memainkan peranan sebagai perunding, penasihat dan pemudah cara. Antara jabatan dalam MSCSB ialah jabatan Pembangunan Perisian dan Pusat Kejuruteraan, Capaian dan Operasi Teknologi, Strategi dan Perancangan Teknologi dan sebagainya. Walaupun berada dalam jabatan dan unit yang berbeza namun ahli-ahlinya berusaha dan bekerjasama Rajah 11. Pasukan kerja di salah sebuah jabatan dalam MSCSB. dalam melaksanakan matlamat dalam membangunkan pelan-pelan yang dirancang seperti Teknologi Hijau, Keselamatan Informasi, Pengkomputeran Grid, Nanoelektronik dan banyak lagi. Tambahan lagi, matlamat bagi mencapai misi dan visi MSCSB yang telah dinyatakan pada awal pengenalan syarikat MSCSB. Pasukan bersilang fungsi sebenarnya memberi kelebihan bagi MSCSB kerana pasukan yang dibentuk mempunyai kepelbagaian dalam aspek kepakaran dan kemahiran yang dimiliki setiap ahli. Apabila kedua-dua aspek tersebut digabung, keputusan yang akan diperoleh daripada penyelesaian masalah adalah yang terbaik seiring dengan peningkatan koordinasi antara ahli pasukan. Selain itu, perbezaan latar belakang contohnya daripada perbezaan jabatan atau unit yang menumpukan pada kepakaran tersendiri, dapat mewujudkan daya kreativiti dan inovatif dalam mencari jalan untuk menyelesaikan tugasan mengikut ketetapan oleh ketua pasukan kerja.
  • 21. Hal ini merupakan salah satu faktor kejayaan MSCSB kerana kerja berpasukan di bawah kepimpinan ketua yang berkaliber lebih terarah untuk dipandu kepada matlamat yang hendak dicapai organisasi mengikut ketetapan masa di samping mengelakkan pembaziran sumber, masa, dan organisasi dapat beroperasi seiring dengan peredaran masa global.
  • 22. 4.0 REFLEKSI Dapatan kajian syarikat Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB) menunjukkan syarikat ini mementingkan aspek motivasi dalam organisasi dan juga kerja berpasukan. Penekanan terhadap dua aspek ini telah memberikan pulangan yang baik kepada MSCSB dari segi kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan selain menjana sebahagian pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini adalah kerana Malaysia dapat mengurangkan kos yang melibatkan agensi di luar negara kerana MSCSB dapat memberikan perkhidmatan yang setaraf kepakaran di luar negara dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Selain itu, hasilnya ialah suatu ekosistem kerja berpasukan yang padu dan motivasi yang tinggi dalam kalangan ahli MSCSB dengan penciptaan dalam menghasilkan nilai produk komersial, penyelesaian dan platform teknologi, yang merupakan komponen kritikal dalam pembinaan ekosistem organisasi yang berdaya saing. Dari konteks pengurusan, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan atau kejayaan dalam kerja, perniagaan, mana-mana pertandingan, dalam kalangan keluarga atau komuniti adalah bergantung kepada ahli-ahli pasukannya. Sekiranya ahli-ahli pasukannya tidak berkomunikasi dengan berkesan, tiada bekerjasama, tiada motivasi dan menghadapi perselisihan faham antara satu sama lain, pasukan itu semestinya akan kecundang. Satu pasukan adalah sekumpulan orang yang bekerja bersama atas satu tujuan. Setiap ahli menggunakan pengetahuan, kemahiran, usaha dan tenaga untuk membuahkan hasil yang membanggakan. Pengurus perlu menggunakan kuasanya dengan sewajarnya untuk mempengaruhi pekerja menjalankan tugas masing-masing mengikut objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi. Pekerja akan memandang tinggi kepada pihak pengurusan yang berwibawa. Tambahan pula
  • 23. dengan menggunakan polisi yang membabitkan penyertaan pekerja dan menggalakkan pekerja untuk mengemukakan pandangan dalam memajukan organisasi. Pandangan pekerja perlulah diteliti dan diambil tindakan yang sewajarnya sekiranya perlu. Kuasa yang keterlaluan akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pekerja. Hal ini adalah kerana pekerja akan merasa tertekan dan ini akan menimbulkan gejala yang tidak diingini seperti ingkar kepada arahan, kemerosotan disiplin pekerja dan sebagainya. Untuk mendapatkan kesan yang baik, cara pengaruh yang baik yang perlu digunakan oleh pengurus adalah dengan menggunakan komunikasi yang memberangsangkan kepada pekerja. Pekerja boleh dimotivasikan dengan menggunakan pengaruh atau kuasa. Pengurus sepatutnya menggunakan pengaruhnya dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan sokongan daripada pekerja. Setiap pekerja yang bermotivasi akan berkehendak untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan dan latihan kemahiran adalah jalan yang terbaik perlu diambil oleh sesebuah organisasi. Pekerja merasa yakin terhadap latihan kerana mereka menganggap bahawa latihan merupakan kunci utama untuk maju. Penghargaan menerusi latihan akan menjadikan seseorang pekerja terus aktif menyumbangkan kepakarannya kepada organisasi. Keupayaan untuk belajar akan meningkatkan prestasi pekerja berkenaan. Jika sesebuah firma mendapatkan kemahiran baru dan seterusnya diterapkan kepada pekerja-pekerjanya, sudah pasti ia dapat menguatkan lagi daya motivasi pekerja. Walau bagaimanapun pihak pengurusan perlu memikirkan jenis latihan yang sesuai dengan kehendak organisasi dan pekerja itu sendiri. Hal ini perlu kerana, tiada hasil yang bakal diperoleh jika seseorang pekerja itu diberi latihan yang tidak dapat membantu dalam
  • 24. meningkatkan prestasi organisasi mahupun prestasi pekerja. Selain itu, faedah pekerja kadangkala dirujuk sebagai faedah sampingan tetapi sebenarnya ia adalah unsur-unsur asas yang perlu dalam pakej pekerjaan. Faedah-faedah yang diberikan kepada pekerja adalah unsur-unsur yang terkandung di dalam keseluruhan penghargaan di samping gaji yang diterima. Kemudahan- kemudahan tersebut termasuklah perkara-perkara yang melibatkan nilai kewangan seperti skim persaraan, insurans pekerja, bayaran perubatan, kemudahan pengangkutan, kemudahan penginapan dan cuti. Meskipun faedah pekerja tidak menghasilkan motivasi secara terus, ia dapat meningkatkan komitmen dan kepuasan bekerja terhadap syarikat atau organisasi. Di samping itu, faedah pekerja boleh meninggikan lagi kesetiaan pekerja terhadap syarikat. Contohnya, firma- firma di Jepun mempunyai pekerja-pekerja yang sangat taat kepada syarikat yang akhirnya dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Jika pengurusan organisasi berlaku sebaliknya, akan ada segelintir pekerja yang lebih cenderung untuk bertukar kerja selepas mendapat latihan kerana mendapat tawaran yang lebih tinggi daripada firma-firma lain. Oleh itu pihak pengurusan perlulah memikirkan langkah-langkah yang sesuai agar pekerja yang telah diberi latihan tidak berhijrah ke tempat lain. Latihan-latihan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan akan menjadikan seseorang itu lebih yakin dengan pekerjaan yang dibuatnya. Di samping itu, latihan boleh mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan wang ringgit
  • 25. 5.0 RUMUSAN Sebagai rumusan daripada kajian ini, ternyata bahawa motivasi dan kerja berpasukan adalah amat penting dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa lagi aspek pengurusan seperti persekitaran pengurusan, pembuatan keputusan, struktur organisasi, pemimpin dan kepimpinan dan banyak lagi, namun aspek motivasi dan kerja berpasukan penting untuk mengekalkan kedudukan sesebuah organisasi. Kerja berpasukan adalah perlu untuk menjayakan matlamat organisasi dalam jangka masa yang dirancang dan ditetapkan. Pelbagai kemahiran, kreativiti, idea-idea dapat dikongsi antara ahli pasukan selain dapat mewujudkan suatu hubungan silaturahim, kerjasama dan tolak ansur walaupun saling tidak mengenali sebelumnya. Motivasi pula diperlukan untuk mengekalkan semangat setiap ahli pasukan untuk terus berusaha menyiapkan tugasan dan memberikan suatu hasil yang berkualiti. Motivasi bermula dengan kehendak seperti kehendak kenaikan pangkat, disusuli dengan usaha tanpa jemu dan bersemangat akan memberikan hasil iaitu kejayaan mencapai apa yang dikehendaki dan kepuasan kendiri.
  • 26. BIBLIOGRAFI Khalip ( 2011). Unit 7 : Motivasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (Eds). Modul Pengantar Pengurusan (ms.103-120). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Laporan Tahunan MIMOS 2007. Dimuat turun daripada http://pptpsmblog.intra.net.my/wp-content/uploads/2011/07/Profil-Syarikat_-bm.pdf pada 9 Oktober 2012. Laporan Tahunan MIMOS 2010. Dimuat turun daripada http://www.mimos.my/wpcontent/uploads/2012/05/AR2010_270612.pdf pada 15 Oktober 2012. Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (2011) (Eds). Modul Pengantar Pengurusan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Portal Usahawan Bumiputera Pulau Pinang. Dimuat turun daripada http://www.bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=papar&cat_id=15&subcat_id=33&sid=103 0 pada 8 Oktober 2012. Tentang Mutiara Smart Computing. Dimuat turun daripada http://www.smart.com.my/index.php pada 8 Oktober 2012. Yusmalina Md Yusoff (2010). Pengenalan Motivasi . Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/45727523/Pengenalan-Motivasi pada 15 Oktober 2012. Zahari (2011). Unit 9 : Kerja Berpasukan Dalam Organisasi. Dalam Marinah Awang & Suzyanty Mohd Shukory (Eds). Modul Pengantar Pengurusan (ms.141-157). Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
  • 27. LAMPIRAN 1 1. Nama Syarikat : MUTIARA Smart Computing Sdn Bhd 2. Alamat Syarikat : No.1 Jalan BK 1/13,Kinrara Industrial Park . Bandar Kinrara,6 ½ Miles,Jln Puchong 47180 Selangor. 3. No. Telefon Dan No. Fax : +603 8075 7088 +603 8075 23762 4. Tarikh Penubuhan Syarikat : 10 November 1997 5. Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad 6. No. Pendaftaran : 357-02003731 Kementerian Kewangan 7. Kod Bidang : 020101,020201,210101,210102,210103, 210104,210105,210106,220209 8. Panel Bank & No Akaun : CIMB Bank Bandar Seri Petaling,28 Jln Radin Tengah, Bandar Baru Seri Petaling,57000 Kuala Lumpur. (1429-0002434-05-2) 9. Kemudahan Kredit & Nilai : Malayan Banking Berhad, Menara Maybank,100 Jln Tun Perak 50050, Kuala Lumpur. (RM 60,000,000.00) 10. Modal yang dibenarkan : RM10,000,000.00 11. Modal Berbayar : RM10,000,000.00
  • 28. LAMPIRAN 2 PENCAPAIAN 1’st Intel OEM in Malaysia 1’st Microsoft OEM in Malaysia Membekalkan peralatan ICT kepada semua Kementerian dan Agensi secara sewaan berpusat daripada tahun 1999 hingga 2004 Merupakan di antara 10 pembekal utama peralatan ICT di Malaysia PENGANUGERAHAN & PENGIKTIRAFAN Best Homegrown Desktop – PC.COM 2007 Best Local Notebook – PC.COM 2006 Best Local Budget Notebook – PC.COM 2005 Novell Silver Partner 2005 HP Platinum Imaging & Printing – HP 2004 Best Homegrown PC – PC.COM 2004 Best Desktop System – Hardware Magazine 2004 AMD Best System of the Month – Hardware Magazine 2004 INTEL Server Sales Achievement – Q3 2001 Outstanding Partner Award – Seagate 2001 Top Performing Resellers – Seagate 1999 KHIDMAT SOKONGAN PENGGUNA