SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  57
Gaya Penulisan UMS




                                MUKADIMAH

Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar
dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan
keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis
panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin
kajian.




                         ETIKA PENYELIDIKAN

Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya
orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang
tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea
atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas
dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus
diakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan
sumbernya di dalam teks.




                             PANDUAN UMUM

1.    Kertas

      Saiz A4 (210cm x 297cm)
      Kertas Simili 80gm
      Warna putih



2.    Jenis Huruf

      Tahoma ataupun Arial

      * Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang
penulisan teks.




                                     1
Gaya Penulisan UMS




                         TERTIB SUSUNAN TESIS


Tajuk pada helaian pertama
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak (Bahasa Melayu)
Abstrak (Bahasa Inggeris) –Tulisan dicondongkan (Italic)
Kata Kunci
Isi Kandungan
Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Senarai Simbol
Senarai Glosari
Bab (Bab 1 hingga bab ……)
Rujukan/Bibliografi
Lampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B…..)


Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam
      tesis/disertasi anda.




                      PENULISAN TESIS/DISERTASI


1.    Jumlah Perkataan Dalam Tesis

      a. Secara Penyelidikan
         Tesis Doktor Falsafah                 : Tidak melebihi 100,000 patah
                                                  perkataan
         Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah        : Tidak melebihi 60,000 patah
                                                  perkataan

      b. Secara Kerja Kursus
            Disertasi Doktor Falsafah           : Tidak melebihi 60,000 patah
                                                   perkataan
            Disertasi Sarjana                    : Tidak melebihi 20,000 patah
                                                   perkataan

      * Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam
              teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan
              lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah
              tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu
              atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut.



                                       2
Gaya Penulisan UMS




                               STRUKTUR TESIS



Pada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utama
iaitu:

                       1. Pendahuluan
                       2. Kandungan teks
                       3. Bahan Tambahan


1.     Pendahuluan

       Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut:

1.1    Tajuk Tesis/Disertasi

      – Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang
        diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva.



1.2    Muka Hadapan
       Bahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman
       kedua pelajar harus memasukkan kenyataan ”....TESIS/DISERTASI INI
       DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....”


       Format penulisan adalah seperti berikut:

       Tajuk Tesis      :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam
                         bentuk centre.
       Nama Calon       : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre)
       Nama Sekolah     : Sekolah di mana calon mendaftar (centre)
       Tahun Viva       : Tahun Viva Voce (centre)
       Saiz Tulisan     : 18 (Huruf Besar)

       Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan.




                                       3
Gaya Penulisan UMS




Contoh:




              SATU KAJIAN ETNOGRAFI:
          MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG,
                      SABAH.




           INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN




                       4
Gaya Penulisan UMS




              SEKOLAH SAINS SOSIAL
           UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
                      2006




Contoh:




              SATU KAJIAN ETNOGRAFI:
          MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG,
                      SABAH.




           INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN



                       5
Gaya Penulisan UMS




         TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK
       MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
      IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH*




                SEKOLAH SAINS SOSIAL
           UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
                                 2006

1.3   Pengakuan
      Pelajar perlu memasukkan kenyataan ”.....Segala nukilan, ringkasan dan
      rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....”


1.4   Penghargaan

      Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan
      ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan
      kajian dan digalakkan supaya tidak panjang.
      Dedikasi tidak dibenarkan.


1.5   Abstrak (Dalam Bahasa Melayu)
      Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa
      iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.



                                     6
Gaya Penulisan UMS




      Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului
      dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam
      Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Begitulah sebaliknya.

      Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian, kaedah yang
      digunakan semasa menjalankan kajian, hasil yang diperolehi serta
      sedikit pernyataan dalam kajian.

      Setiap abstrak mempunyai kata kunci. Biasanya 5 kata kunci sahaja.

      Format Abstrak adalah seperti berikut:
      Saiz Huruf               :11
      Selang Baris             : Satu (1) langkau
      Jumlah Perkataan         :Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka
                               surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah
                               perkataan untuk tesis dan 250 patah
                               perkataan untuk disertasi.

* Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk. Hanya abstrak
Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan.




Contoh abstrak Bahasa Melayu:




                                     ABSTRAK




   Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di
   negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada
   persoalan di peringkat “hulu” sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio-
   ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan



                                           7
Gaya Penulisan UMS



   bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi menangkap
   ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan mengenai
   pembangunan industri perikanan di peringkat “hiliran” seringkali dipinggirkan
   dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya.....




Contoh abstrak Bahasa Inggeris:




                                    ABSTRACT




                                          8
Gaya Penulisan UMS




THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY
          BASED ON FISHERIES IN SABAH, 1786-2000.




Writings by local scholars on the development of the downstream industry
based on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically are
more focused on the “upstream” level of the fishery industry. These writings
have attempted to answer questions such as: the status of marine sources,
the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marine
species and other topics which are related and geared towards “upstream”
issues. Hence, due to the focus towards study on the development of the
fishery industry at the “upstream” level, this has affected the attention on the
issues   at   the “downstream”     level,   which   have occasionally     been
marginalized……




                                     9
Gaya Penulisan UMS




1.6   Kata Kunci

        Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh
        memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut.

        Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang
        tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak
        melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata.

        Contoh:

                   Masyarakat   peribumi,   kemiskinan,    permasalahan
                   akademik.



1.7   Isi Kandungan
          Semua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah
          disenaraikan dan disusun mengikut tertib.




                                  10
Gaya Penulisan UMS




  Contoh:



                        ISI KANDUNGAN
                                                     M/S

                                                     i
TAJUK
                                                     ii
PENGHARGAAN
                                                     iii
ABSTRAK
                                                     iv
ABSTRACT
                                                     v
SINGKATAN
                                                     vi
ISI KANDUNGAN
                                                     vii
SENARAI RAJAH
                                                     viii
SENARAI JADUAL
                                                     1
BAB 1:     PENGENALAN
         1.1.   PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA UMS   1
            1.1.1.   MENDAPATKAN TEMPLAT             1
            1.1.2.   PENGGUNAAN TEMPLAT              2




                              11
Gaya Penulisan UMS




1.8   Senarai Rajah

      Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah, gambar rajah atau gambar
      foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi, beserta
      dengan muka surat. Rajah membawa maksud graf, gambar, foto,
      contengan, sketsa, gambar rajah, lukisan atau ilustrasi dan gambar foto.

      Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks.


                                     12
Gaya Penulisan UMS




      Bagi Pelajar Sains Sosial:

      Tajuk        :Di bahagian atas
      Sumber       :Di bahagian bawah rajah


      Bagi Pelajar Sains:

      Tajuk        :Di bahagian bawah rajah
      Sumber       :Di bahagian bawah tajuk rajah




Contoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial):




         Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai.




                                        13
Gaya Penulisan UMS




          Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah.




Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains:




                                    14
Gaya Penulisan UMS




       Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai
        Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah




1.9   Senarai Jadual
      Bahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan.
      Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam
      teks tesis atau disertasi.


                                      15
Gaya Penulisan UMS


        Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks.

       Pelajar Sains Sosial:

       Tajuk       :Di bahagian atas
       Sumber      :Di bahagian bawah jadual




Contoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera:




                                     16
Gaya Penulisan UMS



Jadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996
         mengikut jantina dan lokasi




 Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000




                                   17
Gaya Penulisan UMS


1.10   Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada)

       o      Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual.
       o      Contoh:
              AFC             Komunikasi Secara Efektif
              USIA            United Sabah Islamic Association
              WHO             World Health Organisation



1.11   Glosari

       Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang
       mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan
       hendaklah disusun mengikut abjad.

       Contoh untuk gugusan Sains:

       Agranulosit            Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma
       Blastofor              Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrio
       Dendrit                Neuron yang menalar impuls
       Diastol                Tempoh rehat semasa satu kitar kardium

       Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial:

       Baptis                 Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara
                              permandian
       Ekstrinsik             Berasal atau bertindak dari luar
       Interpersonal          Hubungan sesama manusia
       Korelasi               Hubungan atau kaitan secara timbal balik




2.     Kandungan teks tesis dan disertasi

       Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang
       tetap. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Lazimnya
       dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara
       berikut:

       Penaipan Teks

       Saiz   Huruf   Teks                             :      11
       Saiz   Huruf   Tajuk Wajib (huruf besar)        :      12 (Bold)
       Saiz   Huruf   Subtajuk (huruf kecil)           :      11 (Bold)
       Saiz   Huruf   Nota Bawah (jika digunakan)      :      10




                                         18
Gaya Penulisan UMS


Selang Baris           :2 langkau (double spacing) Langkau
                        1 baris untuk Nota Bawah
Perenggan               :Perenggan pertama dimulakan di
                         sebelah kiri sekali. Perenggan seterusnya
                         dimulakan selepas ketukan yang ke-12
                         (1 Tab).
Nomboran Muka Surat    :Mengekalkan dengan satu format
Margin                 :1½ inci/38mm dari birai kiri
                         1 inci/25mm dari birai atas, kanan dan
                         bawah.
Bahasa                :Bahasa Melayu atau Bahasa
                             Inggeris. (Bahasa asing dalam teks
                         hendaklah dicondongkan/Italic)
Warna Huruf            : Hitam
Cetakan                 :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkan




Contoh:


                        19
Gaya Penulisan UMS




                                                   25mm dari birai atas.




                                           BAB 2



     38mm dari                       SOROTAN LITERATUR
      birai kiri.


                                                                           25mm dari birai kanan.
                    2.1.   Pendahuluan


                    Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24


                    November 1994……..




Perenggan baru
dimulakan dengan
12 ketukan atau 1
tab




                            Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan
                                                                                       Muka
                                                                                       surat
                    UMS. Banyak change sudah berlaku…….



                                              20
Gaya Penulisan UMS




                                      25mm dari birai bawah



                                                                        36




2.1   Pengenalan
      Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, objektif
      dan hipotesis.

2.2   Sorotan Literatur
      Satu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang
      berkaitan dengan topik kajian.


2.3   Metodologi
      Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah
      dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian.

2.4   Hasil
      Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam
      penulisan teks.


2.5   Perbincangan
      Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian
      yang dilakukan oleh penyelidik.

2.6   Kesimpulan
      Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup
      yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.



2.7   Cadangan
      Bahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai
      dengan kajian.




3.    Bahan Tambahan

      Bahan tambahan terdiri daripada:



                                     21
Gaya Penulisan UMS


3.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi
    Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi
    sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau
    pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan
    dalam sesuatu penulisan.


    Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu:


    3.1.1 Sistem pengarang-tarikh

         Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh
                    menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh
                    sepenuhnya.

    -      Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara
           asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis
           merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut
           hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang
           diletakkan selepas tahun terbitan.
    -      Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga
           (surname), nama keluarga sahaja digunakan. Rujukan
           hendaklah diletakkan dalam kurungan.

    -      Contoh:

        a. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat,
           hendaklah ditulis seperti berikut:

           Contoh pelajar Sains:

                     (Williams, 1965)

           Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

                     (Williams, 1965: 34)


        b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis
           seperti berikut:

           Contoh pelajar Sains:

                     Williams (1965)

           Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

                     William (1965:34)



                                   22
Gaya Penulisan UMS


c.   Jika lebih dari dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama
     pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. (Misalnya
     nama pengarang pada judul, Adams, E.J.,Stephenson,
     S.L.Latham, M.C. & Kinoti S.N.) hendaklah ditulis dalam teks
     seperti berikut:



     Contoh pelajar Sains:

                     Adams et al. 1994.

     Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial:

                     Adams et al. 1994: 35


d.   Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya
     atau lebih pada satu tahun tertentu, maka hendaklah ditulis
     seperti berikut:

     Contoh pelajar Sains:

                     (Cheah, 1998a)
                     (Cheah, 1998b)

     Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

                     (Cheah, 1998a: 77)
                     (Cheah, 1998b: 118)


e.   Bagi pengarang Melayu, boleh ditulis dengan nama pengarang
     sahaja.

     Contoh pelajar Sains:
                     (Ahmat, 1992)


     Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

                     (Ahmat, 1992: 23)


f.   Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan.

     Contoh pelajar Sains:

                     (Ong t.th.)



                             23
Gaya Penulisan UMS


     Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

                     (Ong t.th.: 7)

     *Nota: t.th. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang
     dirujuk ialah 7. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian.




g.   Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada
     satu tempat, semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan
     dipisahkan dengan tanda koma bertindih (;).

     Contoh pelajar Sains:

                     (Ahmat, 1992; ; Mohd Sarim, 1997)


     Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

                     (Ahmat, 1992: 12; Mohd Sarim, 1997: 25)


     Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama
     tetapi lebih daripada satu sumber, rujukan tersebut
     dipisahkan dengan tanda koma (,).
     Contoh pelajar Sains:

                     (Cheah, 1998a, 1998b)

     Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial

                     (Cheah, 1998a: 25, 1998b: 15)



h.   Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut:

           (Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171),
           2001:3; Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45)



3.1.2 Sistem Nota bawah/Nota hujung

Peringatan– Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan
          sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat
          huraian atau penerangan selain daripada dalam teks.


                             24
Gaya Penulisan UMS


           Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem
           nota bawah sepenuhnya.

Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplin
tertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakan
pada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatan
akhir). Selain itu juga, sistem ini digunakan untuk memberi
penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadi
rujukan kepada pembaca.


Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:-
Jenis Tulisan : Tahoma/ Arial
Saiz Huruf    : 10
Format        : Justify


Butiran catatan bawah disusun mengikut tertib, iaitu Nama
Pengarang (diengsot) (,) koma, judul-italic (,) koma, tempat (:)
noktah bertindih, penerbit (,) koma, tahun (,) koma, edisi (,) koma,
halaman (.) noktah.

 c. Penggunaan Ibid
    Singkatan ibid berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem
    yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan
    berikutnya, iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak
    ada rujukan lain selepas nota bawah 1, hendaklah ditulis Ibid.
    (apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang
    berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut.




                           25
Gaya Penulisan UMS




Contoh ayat dalam teks:


                                                                               1
 ....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana
                                        2
 yang mengamalkan kepercayaan adat. Walau bagaimanapun bagi beliau
 telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan
                                                                           3
 terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut. .....




 Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid.




                                            26
Gaya Penulisan UMS



     ______________________
     1
          Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
          dan Pustaka, 1998, hlm.9.

     2.
          Ibid.

3.
     Ibid., hlm. 63.




                    3.1. Penggunaan op. cit.
                       Perkataan op. cit. Berasal daripada perkataan Latin opere citato
                       yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini
                       digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh
                       penulis tidak lagi berturutan.


Contoh:

...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah ditadbir

                                                  1                                2
sementara oleh British Military Administration (BMA) sehingga 15hb. Julai 1946 . Ini


bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada masa itu




                                             27
Gaya Penulisan UMS



masih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara kaum kesan


peninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran BMA, keamanan


dan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.


Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman semasa pentadbiran


tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat bandar yang ditinggalkan semasa


Perang Dunia Kedua. Sandakan yang pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangan


dan pelabuhan yang terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat

                                               3
Perang Dunia kedua. Sir Edward Twinning yang telah dilantik oleh Kerajaan British


menjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya Perang


Dunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut:




               No town in the world wear the wounds of war more
               terribly and more honourably than does Sandakan.
               Where ever we look there is destruction, far beyond
               more repair. It is because of this nearly total destruction
               that Sandakan now appears a new town in spite of its
                                         4
               hundred years old history .


     Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telah


dijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut:




                                              28
Gaya Penulisan UMS



                 The general situation was at first chaotic and one of the
                 essential   needs     was   the      situation   of   law   and
                 order...North Borneo was more heavily damaged in the
                 war than any other British Colony. Sandakan and
                 Labuan towns had been completely destroyed and
                 others, including Jesselton, heavilly damaged... The
                 general health of the population had suffered from
                 malnutritim and lack of drugs...Communition never good,
                 were now almost non-existent. Such roads as had
                 existed had been damaged by Japanese heavy and
                 tracked vehicles and, as the end of the war approached,
                                             5
                 bridges had been blown up
Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan pentadbiran


BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British dengan pampasan

                             6                                                7
sebanyak £1,4000,000.00 melalui North Borneo Order in Council pada 10hb. Julai


1946....




Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. cit. dalam teks:


 _____________________
 1
     Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The Wind.
         Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker, Sabah The
         first Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya Publishing House,
         1965.

 2
     Peter Chay, op. cit., hlm. 14

 3
      H.M. Baker, op. cit., hlm. 37.



                                                 29
Gaya Penulisan UMS




4
    Supriya Bhar, “Sandakan One Hundred Years 1879-1979”, (tiada tahun & tiada
        penerbitan), hlm. 18.

5
    H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32.

6
    Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang
        Muda Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197.

7
    Ibid., hlm. 33.

        3.2 Lampiran-lampiran

              Lampiran mengandungi borang soal selidik, data mentah, surat,
              foto, laporan-laporan berkaitan, statistik, peta, program komputer
              dan sebagainya. Setiap lampiran harus disertakan tajuk.

              Perkataan “LAMPIRAN” diletakkan di sudut atas sebelah kanan
              (santak kanan)

              Format:

              Huruf                    : Tahoma/Arial
              Saiz Huruf               : 11
              Selang Baris             : Satu (1) Langkau
              Susunan                  :Disusun mengikut    urutan     muka     surat
              tesis/disertasi




                                           30
Gaya Penulisan UMS




Contoh:

                                                             LAMPIRAN A




   Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.


   Model 1:
   KLSECI = 0.824 – 0.308TBIL3MTH + 0.549AVR3MTH -0.274IBR7DAY
                         (-2.934)*        (3.575)*         (-2.988)*


   Model 2:
   HARTANAH = 0.335 – 0.3821BR7DAY
                           (-3.696)*


   Model 3:
   KEWANGAN = 1.608 – 0.4461 IBR 7 DAY – 0.384TBIL3MTH +
   0.48AVR3MTH
                              (-5.084)*         (5.403)*           (-3.055)*




                                 31
Gaya Penulisan UMS




                               FORMAT BIBLIOGRAFI

Rujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam
penulisan tesis/disertasi. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan.
Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan, sama ada
dalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung, hendaklah
dimasukkan ke dalam bahagian ini. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut:

Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun atau
penyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk Penerbitan. Bilangan
Edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit.
Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku).

Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Manakala
rujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripada
rujukan yang digunakan.

Format menulis bibliografi seperti berikut:

Saiz Huruf                 :   11
Jenis Huruf                :   Tahoma/Arial
Selang Baris               :   Satu (1) Langkau (Single Spacing)
Selang Antara Rujukan      :   Dua (2) Langkau (Double Spacing)




                                         32
Gaya Penulisan UMS




Contoh menulis bibliografi:

1.1   Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan

      Contoh:

      1.   C.O. 874/466-Immigration.

      2.   Colonial Office 874/1104 – War With Japan.


1.2   Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan

      Contoh:
      1.  Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan
              The Summer Institute of Linguistics.

      2.   Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999-
                2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers.




1.3   Laporan-Laporan Kerajaan

      Contoh:

      1.     PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. 1986. Jabatan
                  Perangkaan Malaysia. 3-21.

      2. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report
                  Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International.

      3. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998.
      .

1.4   Fail-fail Arkib

      Contoh:

      1.     North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of
                  State-General.

      2.     North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company
                  at Si Amil Island- General.


1.5   Fail-fail Jabatan


                                     33
Gaya Penulisan UMS




      Contoh:

      1. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan
                  1986.

      2. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu
                 District, 1986. KO-NELAYAN.


1.6   Akhbar

      Contoh:

      1.    Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu.

      2.    Parrish, M. 1992. L. A. firm helps utility with innovative plan. Los
                 Angeles Times, 4 August 1992. 2 pp.




1.7   Tesis/Latihan Ilmiah

      Contoh:

      1.    Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah,
                Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi
                MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan).

      2.    Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus
                (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari
                Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus
                sp. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi
                serangga perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah.



1.8   Kertas Kerja

      Contoh:

      1.    Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan Masa
                Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12-
                16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
                Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama
                GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah.


                                      34
Gaya Penulisan UMS




       2.     Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific:
                  Environmental and trade issues and regional cooperation.
                  Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade
                  and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional
                  cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25
                  September.

       3.     Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt.
                  Bengkel Enviro-course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu:
                  Universiti Malaysia Sabah.



1.9    Buku

       Contoh:

       1.   Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah
                 Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti
                 Kebangsaan Malaysia.

       2.   Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy set theory and its application. 2nd ed.
                 New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic
                 Publishers.

       3.   Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of
                  Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P.
                  (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture
                  2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press.


1.10   Ensiklopedia

       Contoh:
       1.  Coolier’s Encyclopedia. vol. 16. 1985. London: Macmillan
                Educational Company.

       2.   Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.)
                Encyclopedia of ecology and environmental management.
                Blackwell scientific, pp 744-746. Oxford.

       3.   Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In Stickney, R.R. (ed).
                 Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John
                 Wiley and Sons.


1.11   Kamus

       Contoh:


                                        35
Gaya Penulisan UMS


       Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris.
             Kuala Lumpur: Victory Agencies.


1.12   Artikel

       Contoh:
       1.  Appell, G.N.1972. “Murut Depopulation and The Sipitang Lun
               Dayeh.” JMBRAS,45 (2).

       2.     Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement
                  of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione.
                  Journal of Nutrition 124:227-282.


1.13   Filem

       Contoh:
       Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris.



1.14   Peta

       Contoh:
       Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah.



1.15   Laman Web/E-mel

       Contoh:
       1.  “Salvation Army International Headquaters” dlm.
                http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation
                army/home.htm. 26 September 2004.

       2.     Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The eastern Sundaland
                   region of south-east Asia,
                   www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm.

        *Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat
                kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.
              - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak
                digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai
                pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.



1.16   Responden Yang Ditemu Bual



                                        36
Gaya Penulisan UMS


        Contoh:
        Razak Janau. 74 tahun. Jalan Bukit, Kampung Padas, Papar. Ketua
              Kampung Padas. “Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada
              Zaman Penjajah.” 26 September 2003.




                                   FORMAT RUJUKAN

Rujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja. Bahan rujukan
hendaklah disusun mengikut abjad. Temubual peribadi, Anonymous dan juga
rujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan E-
Jurnal yang diperakui.

Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran seperti
berikut:

Nama Pengarang (.) Tahun Penerbitan (.) Judul Buku – condong (.) Penyunting,
Penyusun, Penterjemah, Penyelenggara – jika ada(.) Nama Siri Buku dan Jilid
atau Bilangan Dalam Siri – jika ada (.) Edisi – jika ada (.) Bilangan Jilid – jika
ada (.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(.)

Format menulis rujukan seperti berikut:

Saiz Huruf                 :   11
Jenis Huruf                :   Tahoma/Arial
Selang Baris               :   Satu (1) Langkau (Single Spacing)
Selang Antara Rujukan      :   Dua (2) Langkau (Double Spacing)

Contoh menulis rujukan:

   a.      Pengarang Tunggal

           Contoh:



                                         37
Gaya Penulisan UMS


     1. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global
              Publisher.

     2. Magurran, A. E. 1988. Ecological diversity and its measurement.
             London: Croom Helm.



b.   Pengarang Bersama

     Contoh:
     1.  Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991.
             Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan
             Bahasa dan Pustaka.

     2.      Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial ants
                 (Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park,
                 Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. & Choy, S. C.
                 Tropical rainforest research-current issues. Monographiae
                 biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers,
                 London.


c.   Edisi

     Contoh:
     1. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford:
               Pergamon Press.

     2. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London:
              Edward Arnold.



d.   Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang)

     Contoh:
     Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171).
           Kuala Lumpur: International Law Book Service.



e.   Karya Susunan

     Contoh:
     Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran,
           Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas
           Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.




                                   38
Gaya Penulisan UMS




f.   Karya Suntingan

     Contoh:
     Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New
           York: Free Press.



g.   Karya Selenggaraan

     Contoh:
     Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan
           Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
           Pustaka.




h.   Karya Terjemahan

     Contoh:
     Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj.. Kuala Lumpur:
           Dewan Bahasa dan Pustaka.



i.   Karya Berbilang Jilid

     Contoh:
     Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu:
            Usaha Baru.

     *Nota: Jld. Bermaksud Jilid.



j.   Kertas Kadangkala

     Contoh:
     Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas
            Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.



k.   Monograf


                                    39
Gaya Penulisan UMS




     Contoh:
     1.    Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun.
               Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

     2.    Mohammad     Raduan     Mohd.  Ariff. 1993.    Teknologi
               Pengangkapan    Ikan    di Sabah.  Khazanah.    Siri
               Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala
               Lumpur: Universiti Malaya.



l.   Karya Dalam Jurnal

     Contoh:
     Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s.
           Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society.
           65(2):151-182.

     *Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan
           ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman
           selepas noktah bertindih.

m.   Berita/Rencana Dalam Akhbar

     Contoh:
     New Straits Times. 2001. Sabah to Tap Potential in Health Tourism.
           New Straits Times. 3 October: 9.

     *Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama
           Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.)



n.   Bab Dalam Buku

     Contoh:
     1. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah
               Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed.). Kesan Politik. Kota
               Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38.

     2. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in
               mackerel, Rastrelliger Kanagurta, From west coast of
               Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical
               Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota
               Kinabalu:ums.

     3. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang
               Jepun. Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan



                                40
Gaya Penulisan UMS


                Pasaran.    Bangi:   Penerbit    Universiti      Kebangsaan
                Malaysia., hlm. 31.42.



o.   Karya Dalam Pascasidang

     Contoh:
     1.    Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan
               Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial
               Borneo Research Conference. UMS. 557-586.

     2.    Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. &
              Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of
              Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia.
              Borneo 2000: environment, conservation and land.
              Proceedings of sixth biennial Borneo research conference.
              July 10-14, 2000. Kuching Sarawak.




p.   Karya Dalam Majalah

     Contoh:
     Aliran. 2000. Sarawak native blockade pulp mill project. Aliran 20
            (10:33)



q.   Ulasan Buku

     Contoh:
     Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An
           Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to
           Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press.
           Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society
           124(1):111-114.



r.   Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat

     Contoh:
     Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat
           Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah
           Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota KInabalu. Sabah.
           5 Jun.


                                 41
Gaya Penulisan UMS




s.   Tesis/Disertasi

     Contoh:

     1. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama
                Kristian di Sabah. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu:
                Universiti Malaysia Sabah.

     2. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu
               Kajian Tentang Sistem Budaya. Kuala Lumpur: Universiti
               Malaya.


t.   Filem dan Karya Muzik

     i.   Filem

          Contoh:
          Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem cereka. Singapura:
                Shaw Brother.

     ii. Video

          Contoh:
          Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong,
                Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium
                Sabah.


     iii. Slaid

          Contoh:
           Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi
                Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia
                Sabah.


     iv. Karya Muzik

          Contoh:
          Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia.
                Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor).
                Laserlight   Series 12036. Santiago: Delta   Music
                Incorporated.


     v. CD-Rom


                                  42
Gaya Penulisan UMS




    Contoh:
    MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD
          Leicester: British Pshychological Society.



 vi. Temubual

    Contoh:
    Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu
          bual. 25 Mei.



 vii. Bahan Rujukan Elektronik

    Contoh:
    1. “Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan
              Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau
              Sipadan      dan      Ligitan”      (atas     talian)
              http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr-
              56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002.

    2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern
               Sundaland       region   of    south-east  Asia,
               www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re
               14.htm.


*Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat
         kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.
        - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak
         digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum
         sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber
         rasmi.




                             43
Gaya Penulisan UMS




                  FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN


1.1Muka Kulit Bahagian Depan Tesis

      Bahagian kulit depan   tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut
      mengikut tertib;
      Tajuk Tesis            :   Tahoma/Arial 18
      Nama Calon             :   Tahoma/Arial 18
      Nama Sekolah           :   Tahoma/Arial 18
      Nama Universiti        :   Tahoma/Arial 18
      Tarikh Tahun Viva      :   Tahoma/Arial 18
      Warna Kulit            :    Biru gelap
      Warna Huruf            :    Emas
      Logo                   :    Tidak dibenarkan
      Jenis Kulit            :    Keras




1.2Bahagian Tulang Belakang Tesis

      a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib
         mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;




                                     44
Gaya Penulisan UMS


           Nama Pengarang (memanjang)              :   Tahoma/Arial   16
           Nama Ijazah (memanjang)                 :   Tahoma/Arial   16
           Tarikh Tahun Viva (memanjang)           :   Tahoma/Arial   16
           Singkatan Nama Universiti (memanjang)   :   Tahoma/Arial   16

      b. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm                 wajib
         mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib;

           Nama Pengarang (memanjang)                      :   Tahoma/Arial   16
           Nama Ijazah (melintang)                         :   Tahoma/Arial   16
           Tarikh Tahun Viva (melintang)                   :   Tahoma/Arial   16
           Singkatan Nama Universiti (melintang)           :   Tahoma/Arial   16




1.3Penjilidan

      Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian
      depan dan belakang.

      a. Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm.




                                     45
Gaya Penulisan UMS




b. Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm.




                                    46
Gaya Penulisan UMS




c. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid.




                                       47
Gaya Penulisan UMS




                              PENYERAHAN TESIS


Setiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
Pascasiswazah seperti berikut:

a.    Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan
      Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan
      sebelum tarikh penyerahan tesis.
b.    Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan.
c.    Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa
      Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang
      PPPSUMS13/2004.
d.    Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga
      akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon.
e.    Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah.
f.    Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah
      kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan
      Perpustakaan.




                                   48
Gaya Penulisan UMS




                                 RUJUKAN

Allison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis.   London: Kogan Page
       Limited.

Cavina, Kristan. 1995. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr’s
      guide with readings. Belmont : Wadsworth Publishing Company.

Creswell, John W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative
      Approaches. London: SAGE Publications.

Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
     dan Pustaka.

Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi:
     Universiti Kebangsaan Malaysia.




                                                               LAMPIRAN A



             TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS

Kerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Penyelia
diminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf, supaya              tidak
mengelirukan golongan pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf.



Tanda Pruf         Cara Penandaan di dalam Teks




                                     49
Gaya Penulisan UMS




Tanda Pruf   Cara Penandaan di dalam Teks




                             50
Gaya Penulisan UMS




Tanda Pruf   Cara Penandaan di dalam Teks




                             51
Gaya Penulisan UMS




Tanda Pruf   Cara Penandaan di dalam Teks



                             52
Gaya Penulisan UMS




      LAMPIRAN B




53
Gaya Penulisan UMS



       PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS
                  CADANGAN PENYELIDIKAN


i.     Tajuk Kajian

ii. Pengenalan:
       a. Permasalahan Kajian
       b. Hipotesis Kajian
       c. Hasil Yang Diharapkan
       d. Objektif Kajian

iii.   Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur
       - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan
         penyelidikan.

iv. Metodologi Kajian

v. Bibliografi/Rujukan




                                         54
Gaya Penulisan UMS



       PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS
                  CADANGAN PENYELIDIKAN


i.     Tajuk Kajian

ii. Pengenalan:
       a. Permasalahan Kajian
       b. Hipotesis Kajian
       c. Hasil Yang Diharapkan
       d. Objektif Kajian

iii.   Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur
       - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan
         penyelidikan.

iv. Metodologi Kajian

v. Bibliografi/Rujukan




                                         54
Gaya Penulisan UMS



       PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS
                  CADANGAN PENYELIDIKAN


i.     Tajuk Kajian

ii. Pengenalan:
       a. Permasalahan Kajian
       b. Hipotesis Kajian
       c. Hasil Yang Diharapkan
       d. Objektif Kajian

iii.   Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur
       - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan
         penyelidikan.

iv. Metodologi Kajian

v. Bibliografi/Rujukan




                                         54
Gaya Penulisan UMS



       PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS
                  CADANGAN PENYELIDIKAN


i.     Tajuk Kajian

ii. Pengenalan:
       a. Permasalahan Kajian
       b. Hipotesis Kajian
       c. Hasil Yang Diharapkan
       d. Objektif Kajian

iii.   Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur
       - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan
         penyelidikan.

iv. Metodologi Kajian

v. Bibliografi/Rujukan




                                         54

Contenu connexe

Tendances

Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka VANI
 
sains sukan
sains sukansains sukan
sains sukanZul Apen
 
Bahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statikBahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statikmissqistina
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskularkhairul azlan taib
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembuttokey_sport
 
3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukan3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukanHong Inn Looi
 
Perancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringPerancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringNurul Huda Rahman
 
Jenis latihan
Jenis latihan  Jenis latihan
Jenis latihan gauphen
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukankhairul azlan taib
 
Kaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan FartlekKaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan Fartleksyafiqahharris
 
Contoh Surat Permohonan Balik Awal
Contoh Surat Permohonan Balik AwalContoh Surat Permohonan Balik Awal
Contoh Surat Permohonan Balik AwalAhmad Fahmi
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
MATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUS
MATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUSMATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUS
MATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUSZulkifli Muhamad
 
Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)Annazelan Ann
 
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)sktdamai
 

Tendances (20)

Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka
 
sains sukan
sains sukansains sukan
sains sukan
 
Bahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statikBahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statik
 
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
Bab 4   kecergasan kardiovaskularBab 4   kecergasan kardiovaskular
Bab 4 kecergasan kardiovaskular
 
Kecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembutKecederaan tisu lembut
Kecederaan tisu lembut
 
Borang dg44
Borang dg44Borang dg44
Borang dg44
 
3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukan3.1kerjaya dalam sukan
3.1kerjaya dalam sukan
 
Sistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukanSistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukan
 
Perancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringPerancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaring
 
Kertas kerja kem celik bahasa
Kertas kerja kem celik bahasaKertas kerja kem celik bahasa
Kertas kerja kem celik bahasa
 
Jenis latihan
Jenis latihan  Jenis latihan
Jenis latihan
 
Faedah mudah
Faedah mudahFaedah mudah
Faedah mudah
 
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
Bab 3  penilaian kecerderaan sukanBab 3  penilaian kecerderaan sukan
Bab 3 penilaian kecerderaan sukan
 
Kaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan FartlekKaedah Latihan Fartlek
Kaedah Latihan Fartlek
 
Contoh Surat Permohonan Balik Awal
Contoh Surat Permohonan Balik AwalContoh Surat Permohonan Balik Awal
Contoh Surat Permohonan Balik Awal
 
5 hipertrofi dan atrofi jantung
5 hipertrofi dan atrofi jantung5 hipertrofi dan atrofi jantung
5 hipertrofi dan atrofi jantung
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
MATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUS
MATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUSMATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUS
MATEMATIK TAHUN 5 : TOPIK PERATUS
 
Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)Surat pinjam khemah (1)
Surat pinjam khemah (1)
 
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
 

Similaire à Buku gaya penulisan ums

Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Mohd Nuruzzaman
 
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahunPengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahunhamidahsabran
 
Teknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiTeknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiSyafiq Red
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptx
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptxTEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptx
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptxAZIZAHBTABDRAHMANMoe
 
38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiah38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiahPark Long
 
Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.Maia Asan
 

Similaire à Buku gaya penulisan ums (12)

SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
 
Modul bm ting empat
Modul bm ting empat Modul bm ting empat
Modul bm ting empat
 
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahunPengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
Pengenalan pelajaran bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun
 
Teknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiTeknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisi
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptx
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptxTEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptx
TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM 2022.pptx
 
38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiah38295209 penulisan-ilmiah
38295209 penulisan-ilmiah
 
Tugasan bmm 3107
Tugasan bmm 3107Tugasan bmm 3107
Tugasan bmm 3107
 
Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.Tips to answer around the world in 80 days.
Tips to answer around the world in 80 days.
 
Bahasa melayu kertas 1
Bahasa melayu kertas 1Bahasa melayu kertas 1
Bahasa melayu kertas 1
 

Buku gaya penulisan ums

  • 1. Gaya Penulisan UMS MUKADIMAH Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin kajian. ETIKA PENYELIDIKAN Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik (“……..”) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks. PANDUAN UMUM 1. Kertas Saiz A4 (210cm x 297cm) Kertas Simili 80gm Warna putih 2. Jenis Huruf Tahoma ataupun Arial * Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang penulisan teks. 1
  • 2. Gaya Penulisan UMS TERTIB SUSUNAN TESIS Tajuk pada helaian pertama Pengakuan Penghargaan Abstrak (Bahasa Melayu) Abstrak (Bahasa Inggeris) –Tulisan dicondongkan (Italic) Kata Kunci Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Singkatan Senarai Simbol Senarai Glosari Bab (Bab 1 hingga bab ……) Rujukan/Bibliografi Lampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B…..) Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam tesis/disertasi anda. PENULISAN TESIS/DISERTASI 1. Jumlah Perkataan Dalam Tesis a. Secara Penyelidikan Tesis Doktor Falsafah : Tidak melebihi 100,000 patah perkataan Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan b. Secara Kerja Kursus Disertasi Doktor Falsafah : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan Disertasi Sarjana : Tidak melebihi 20,000 patah perkataan * Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut. 2
  • 3. Gaya Penulisan UMS STRUKTUR TESIS Pada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu: 1. Pendahuluan 2. Kandungan teks 3. Bahan Tambahan 1. Pendahuluan Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut: 1.1 Tajuk Tesis/Disertasi – Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva. 1.2 Muka Hadapan Bahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman kedua pelajar harus memasukkan kenyataan ”....TESIS/DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....” Format penulisan adalah seperti berikut: Tajuk Tesis :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam bentuk centre. Nama Calon : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre) Nama Sekolah : Sekolah di mana calon mendaftar (centre) Tahun Viva : Tahun Viva Voce (centre) Saiz Tulisan : 18 (Huruf Besar) Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan. 3
  • 4. Gaya Penulisan UMS Contoh: SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH. INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN 4
  • 5. Gaya Penulisan UMS SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2006 Contoh: SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH. INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN 5
  • 6. Gaya Penulisan UMS TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH* SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2006 1.3 Pengakuan Pelajar perlu memasukkan kenyataan ”.....Segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya....” 1.4 Penghargaan Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan kajian dan digalakkan supaya tidak panjang. Dedikasi tidak dibenarkan. 1.5 Abstrak (Dalam Bahasa Melayu) Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 6
  • 7. Gaya Penulisan UMS Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu, mesti didahului dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Begitulah sebaliknya. Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian, kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian, hasil yang diperolehi serta sedikit pernyataan dalam kajian. Setiap abstrak mempunyai kata kunci. Biasanya 5 kata kunci sahaja. Format Abstrak adalah seperti berikut: Saiz Huruf :11 Selang Baris : Satu (1) langkau Jumlah Perkataan :Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah perkataan untuk tesis dan 250 patah perkataan untuk disertasi. * Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk. Hanya abstrak Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan. Contoh abstrak Bahasa Melayu: ABSTRAK Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada persoalan di peringkat “hulu” sahaja seperti status sumber marin, taraf sosio- ekonomi komuniti nelayan, peranan golongan pemodal, bilangan nelayan dan 7
  • 8. Gaya Penulisan UMS bot menangkap ikan; jumlah pendaratan sumber marin, teknologi menangkap ikan; kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. Penulisan mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat “hiliran” seringkali dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya..... Contoh abstrak Bahasa Inggeris: ABSTRACT 8
  • 9. Gaya Penulisan UMS THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY BASED ON FISHERIES IN SABAH, 1786-2000. Writings by local scholars on the development of the downstream industry based on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically are more focused on the “upstream” level of the fishery industry. These writings have attempted to answer questions such as: the status of marine sources, the sosio-economic level of fishermen in their community, varieties of marine species and other topics which are related and geared towards “upstream” issues. Hence, due to the focus towards study on the development of the fishery industry at the “upstream” level, this has affected the attention on the issues at the “downstream” level, which have occasionally been marginalized…… 9
  • 10. Gaya Penulisan UMS 1.6 Kata Kunci Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut. Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata. Contoh: Masyarakat peribumi, kemiskinan, permasalahan akademik. 1.7 Isi Kandungan Semua tajuk, bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib. 10
  • 11. Gaya Penulisan UMS Contoh: ISI KANDUNGAN M/S i TAJUK ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v SINGKATAN vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI RAJAH viii SENARAI JADUAL 1 BAB 1: PENGENALAN 1.1. PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA UMS 1 1.1.1. MENDAPATKAN TEMPLAT 1 1.1.2. PENGGUNAAN TEMPLAT 2 11
  • 12. Gaya Penulisan UMS 1.8 Senarai Rajah Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah, gambar rajah atau gambar foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi, beserta dengan muka surat. Rajah membawa maksud graf, gambar, foto, contengan, sketsa, gambar rajah, lukisan atau ilustrasi dan gambar foto. Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks. 12
  • 13. Gaya Penulisan UMS Bagi Pelajar Sains Sosial: Tajuk :Di bahagian atas Sumber :Di bahagian bawah rajah Bagi Pelajar Sains: Tajuk :Di bahagian bawah rajah Sumber :Di bahagian bawah tajuk rajah Contoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial): Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai. 13
  • 14. Gaya Penulisan UMS Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah. Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains: 14
  • 15. Gaya Penulisan UMS Rajah 1.2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah 1.9 Senarai Jadual Bahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan. Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi. 15
  • 16. Gaya Penulisan UMS Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks. Pelajar Sains Sosial: Tajuk :Di bahagian atas Sumber :Di bahagian bawah jadual Contoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera: 16
  • 17. Gaya Penulisan UMS Jadual 1.1: Kadar literasi/kebolehan membaca, 1991 dan 1996 mengikut jantina dan lokasi Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000 17
  • 18. Gaya Penulisan UMS 1.10 Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada) o Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual. o Contoh: AFC Komunikasi Secara Efektif USIA United Sabah Islamic Association WHO World Health Organisation 1.11 Glosari Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad. Contoh untuk gugusan Sains: Agranulosit Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma Blastofor Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrio Dendrit Neuron yang menalar impuls Diastol Tempoh rehat semasa satu kitar kardium Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial: Baptis Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara permandian Ekstrinsik Berasal atau bertindak dari luar Interpersonal Hubungan sesama manusia Korelasi Hubungan atau kaitan secara timbal balik 2. Kandungan teks tesis dan disertasi Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang tetap. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Lazimnya dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara berikut: Penaipan Teks Saiz Huruf Teks : 11 Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : 12 (Bold) Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) : 11 (Bold) Saiz Huruf Nota Bawah (jika digunakan) : 10 18
  • 19. Gaya Penulisan UMS Selang Baris :2 langkau (double spacing) Langkau 1 baris untuk Nota Bawah Perenggan :Perenggan pertama dimulakan di sebelah kiri sekali. Perenggan seterusnya dimulakan selepas ketukan yang ke-12 (1 Tab). Nomboran Muka Surat :Mengekalkan dengan satu format Margin :1½ inci/38mm dari birai kiri 1 inci/25mm dari birai atas, kanan dan bawah. Bahasa :Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Bahasa asing dalam teks hendaklah dicondongkan/Italic) Warna Huruf : Hitam Cetakan :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkan Contoh: 19
  • 20. Gaya Penulisan UMS 25mm dari birai atas. BAB 2 38mm dari SOROTAN LITERATUR birai kiri. 25mm dari birai kanan. 2.1. Pendahuluan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24 November 1994…….. Perenggan baru dimulakan dengan 12 ketukan atau 1 tab Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan Muka surat UMS. Banyak change sudah berlaku……. 20
  • 21. Gaya Penulisan UMS 25mm dari birai bawah 36 2.1 Pengenalan Pengenalan meliputi latar belakang, pernyataan masalah kajian, objektif dan hipotesis. 2.2 Sorotan Literatur Satu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian. 2.3 Metodologi Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian. 2.4 Hasil Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam penulisan teks. 2.5 Perbincangan Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian yang dilakukan oleh penyelidik. 2.6 Kesimpulan Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu. 2.7 Cadangan Bahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai dengan kajian. 3. Bahan Tambahan Bahan tambahan terdiri daripada: 21
  • 22. Gaya Penulisan UMS 3.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan dalam sesuatu penulisan. Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu: 3.1.1 Sistem pengarang-tarikh Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh sepenuhnya. - Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara asas, iaitu pengarang dan tahun terbitan. Sekiranya penulis merujuk kepada halaman tertentu, halaman tersebut hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang diletakkan selepas tahun terbitan. - Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga (surname), nama keluarga sahaja digunakan. Rujukan hendaklah diletakkan dalam kurungan. - Contoh: a. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat, hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: (Williams, 1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: (Williams, 1965: 34) b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat, hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: Williams (1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: William (1965:34) 22
  • 23. Gaya Penulisan UMS c. Jika lebih dari dua orang pengarang, hendaklah ditulis nama pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. (Misalnya nama pengarang pada judul, Adams, E.J.,Stephenson, S.L.Latham, M.C. & Kinoti S.N.) hendaklah ditulis dalam teks seperti berikut: Contoh pelajar Sains: Adams et al. 1994. Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: Adams et al. 1994: 35 d. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya atau lebih pada satu tahun tertentu, maka hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: (Cheah, 1998a) (Cheah, 1998b) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah, 1998a: 77) (Cheah, 1998b: 118) e. Bagi pengarang Melayu, boleh ditulis dengan nama pengarang sahaja. Contoh pelajar Sains: (Ahmat, 1992) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ahmat, 1992: 23) f. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan. Contoh pelajar Sains: (Ong t.th.) 23
  • 24. Gaya Penulisan UMS Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ong t.th.: 7) *Nota: t.th. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang dirujuk ialah 7. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian. g. Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada satu tempat, semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan dipisahkan dengan tanda koma bertindih (;). Contoh pelajar Sains: (Ahmat, 1992; ; Mohd Sarim, 1997) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ahmat, 1992: 12; Mohd Sarim, 1997: 25) Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama tetapi lebih daripada satu sumber, rujukan tersebut dipisahkan dengan tanda koma (,). Contoh pelajar Sains: (Cheah, 1998a, 1998b) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah, 1998a: 25, 1998b: 15) h. Bagi rujukan tanpa pengarang, ditulis seperti berikut: (Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171), 2001:3; Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45) 3.1.2 Sistem Nota bawah/Nota hujung Peringatan– Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat huraian atau penerangan selain daripada dalam teks. 24
  • 25. Gaya Penulisan UMS Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem nota bawah sepenuhnya. Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplin tertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakan pada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatan akhir). Selain itu juga, sistem ini digunakan untuk memberi penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadi rujukan kepada pembaca. Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:- Jenis Tulisan : Tahoma/ Arial Saiz Huruf : 10 Format : Justify Butiran catatan bawah disusun mengikut tertib, iaitu Nama Pengarang (diengsot) (,) koma, judul-italic (,) koma, tempat (:) noktah bertindih, penerbit (,) koma, tahun (,) koma, edisi (,) koma, halaman (.) noktah. c. Penggunaan Ibid Singkatan ibid berasal daripada perkataan Latin, iaitu ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan berikutnya, iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak ada rujukan lain selepas nota bawah 1, hendaklah ditulis Ibid. (apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang berlainan, hendaklah dimasukkan halaman tersebut. 25
  • 26. Gaya Penulisan UMS Contoh ayat dalam teks: 1 ....Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana 2 yang mengamalkan kepercayaan adat. Walau bagaimanapun bagi beliau telah berubah. Semasa beliau tinggal di asrama, beliau telah terpengaruh dan 3 terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut. ..... Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid. 26
  • 27. Gaya Penulisan UMS ______________________ 1 Mohd Farid Linggi, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm.9. 2. Ibid. 3. Ibid., hlm. 63. 3.1. Penggunaan op. cit. Perkataan op. cit. Berasal daripada perkataan Latin opere citato yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh penulis tidak lagi berturutan. Contoh: ...Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun, Negeri Sabah telah ditadbir 1 2 sementara oleh British Military Administration (BMA) sehingga 15hb. Julai 1946 . Ini bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada masa itu 27
  • 28. Gaya Penulisan UMS masih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara kaum kesan peninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun. Di bawah pentadbiran BMA, keamanan dan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat. Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman semasa pentadbiran tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat bandar yang ditinggalkan semasa Perang Dunia Kedua. Sandakan yang pernah menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pelabuhan yang terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat 3 Perang Dunia kedua. Sir Edward Twinning yang telah dilantik oleh Kerajaan British menjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya Perang Dunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut: No town in the world wear the wounds of war more terribly and more honourably than does Sandakan. Where ever we look there is destruction, far beyond more repair. It is because of this nearly total destruction that Sandakan now appears a new town in spite of its 4 hundred years old history . Sementara itu, kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telah dijelaskan oleh H.M. Baker seperti berikut: 28
  • 29. Gaya Penulisan UMS The general situation was at first chaotic and one of the essential needs was the situation of law and order...North Borneo was more heavily damaged in the war than any other British Colony. Sandakan and Labuan towns had been completely destroyed and others, including Jesselton, heavilly damaged... The general health of the population had suffered from malnutritim and lack of drugs...Communition never good, were now almost non-existent. Such roads as had existed had been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles and, as the end of the war approached, 5 bridges had been blown up Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan pentadbiran BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British dengan pampasan 6 7 sebanyak £1,4000,000.00 melalui North Borneo Order in Council pada 10hb. Julai 1946.... Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. cit. dalam teks: _____________________ 1 Untuk penjelasan lanjut, sila lihat Peter Chay, Sabah The Land Below The Wind. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Bhd., 1988. Juga lihat H.M. Baker, Sabah The first Ten Years As A Colony 1946-1956, Singapore:Malaya Publishing House, 1965. 2 Peter Chay, op. cit., hlm. 14 3 H.M. Baker, op. cit., hlm. 37. 29
  • 30. Gaya Penulisan UMS 4 Supriya Bhar, “Sandakan One Hundred Years 1879-1979”, (tiada tahun & tiada penerbitan), hlm. 18. 5 H.M. Baker, op. cit., hlm 31-32. 6 Cecilia Leong, Sabah The First 100 Years, Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn. Bhd., 1982, hlm. 197. 7 Ibid., hlm. 33. 3.2 Lampiran-lampiran Lampiran mengandungi borang soal selidik, data mentah, surat, foto, laporan-laporan berkaitan, statistik, peta, program komputer dan sebagainya. Setiap lampiran harus disertakan tajuk. Perkataan “LAMPIRAN” diletakkan di sudut atas sebelah kanan (santak kanan) Format: Huruf : Tahoma/Arial Saiz Huruf : 11 Selang Baris : Satu (1) Langkau Susunan :Disusun mengikut urutan muka surat tesis/disertasi 30
  • 31. Gaya Penulisan UMS Contoh: LAMPIRAN A Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Model 1: KLSECI = 0.824 – 0.308TBIL3MTH + 0.549AVR3MTH -0.274IBR7DAY (-2.934)* (3.575)* (-2.988)* Model 2: HARTANAH = 0.335 – 0.3821BR7DAY (-3.696)* Model 3: KEWANGAN = 1.608 – 0.4461 IBR 7 DAY – 0.384TBIL3MTH + 0.48AVR3MTH (-5.084)* (5.403)* (-3.055)* 31
  • 32. Gaya Penulisan UMS FORMAT BIBLIOGRAFI Rujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam penulisan tesis/disertasi. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan. Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan, sama ada dalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung, hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian ini. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting. penyusun atau penyelenggara-jika berkaitan). Tahun diterbitkan. Tajuk Penerbitan. Bilangan Edisi (jika ada). Bilangan Jilid (jika ada). Tempat diterbitkan. Nama Penerbit. Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku). Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Manakala rujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripada rujukan yang digunakan. Format menulis bibliografi seperti berikut: Saiz Huruf : 11 Jenis Huruf : Tahoma/Arial Selang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing) Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing) 32
  • 33. Gaya Penulisan UMS Contoh menulis bibliografi: 1.1 Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan Contoh: 1. C.O. 874/466-Immigration. 2. Colonial Office 874/1104 – War With Japan. 1.2 Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan Contoh: 1. Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan The Summer Institute of Linguistics. 2. Kerajaan Negeri Sabah. Sabah Second Agriculture Policy: 1999- 2010, Kota Kinabalu: Sabah Government Printers. 1.3 Laporan-Laporan Kerajaan Contoh: 1. PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. 1986. Jabatan Perangkaan Malaysia. 3-21. 2. Rosenberry, R. (ed.). 2002. World shrimp farming 2002. Annual Report Number 15. San Diego, USA: Shrimp News International. 3. World Health Report 1998. World Health Organization (WHO). 1998. . 1.4 Fail-fail Arkib Contoh: 1. North Borneo Central Archive. No. 66 – Educational Policy of State-General. 2. North Borneo Central Archive, No. 725- Borneo Fishing Company at Si Amil Island- General. 1.5 Fail-fail Jabatan 33
  • 34. Gaya Penulisan UMS Contoh: 1. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB. 7/273/11 – Waran Peruntukan 1986. 2. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District, 1986. KO-NELAYAN. 1.6 Akhbar Contoh: 1. Berita Harian. 1987. Kebangkitan Masyarakat Melayu. 2. Parrish, M. 1992. L. A. firm helps utility with innovative plan. Los Angeles Times, 4 August 1992. 2 pp. 1.7 Tesis/Latihan Ilmiah Contoh: 1. Zulkornain bin Yusof. 1996. Kedudukan Saudara Kita di Sabah, Satu Kajian Permulaan. Kertas Projek Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah. (Tidak diterbitkan). 2. Cheong, C. H. P. 1999. Perbandingan morfologi Dolichoderus (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus sp. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi serangga perosak. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah. 1.8 Kertas Kerja Contoh: 1. Ismail Abas.1989. Tarian-tarian Ritual Sabah, Fungsinya dan Masa Depannya. Kertas Kerja Dialog Borneo II. Kota Kinabalu. 12- 16 September. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah. 34
  • 35. Gaya Penulisan UMS 2. Primavera, J. H. 1994. Shrimp farming in the Asia Pasific: Environmental and trade issues and regional cooperation. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific.: Prospects for regional cooperation. East-West Centre Honolulu, Philipines, 23-25 September. 3. Anton, A. 2003. Bioindicators in River Quality Maganegemt. Bengkel Enviro-course 2002- Kualiti Air. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 1.9 Buku Contoh: 1. Ahmat Adam. 1992. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Zimmerman, H. J. 1996. Fuzzy set theory and its application. 2nd ed. New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers. 3. Dhont, J., Lavens, P. & Sorgeloos, P. 1993. Preparation and use of Artemia as food for shrimp and prawn larvae. In McVey, J. P. (ed.). CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd edition, volume 1, pp. 289-313. Boca Raton: CRC Press. 1.10 Ensiklopedia Contoh: 1. Coolier’s Encyclopedia. vol. 16. 1985. London: Macmillan Educational Company. 2. Bignell, D. E. & Eggleton, P. 1998. Termites. In Calow, P. (ed.) Encyclopedia of ecology and environmental management. Blackwell scientific, pp 744-746. Oxford. 3. Treece, S.D. 2000. Shrimp Culture. In Stickney, R.R. (ed). Encyclopedia of Aquaculture, pp. 798-868. New York: John Wiley and Sons. 1.11 Kamus Contoh: 35
  • 36. Gaya Penulisan UMS Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. 1996. Kamus Melayu-Arab-Inggeris. Kuala Lumpur: Victory Agencies. 1.12 Artikel Contoh: 1. Appell, G.N.1972. “Murut Depopulation and The Sipitang Lun Dayeh.” JMBRAS,45 (2). 2. Shiau, S.Y. & Liu, J.S. 1994. Quantifying the vitamin K requirement of juvenile marine shrimp, Penaeus monodon, with menadione. Journal of Nutrition 124:227-282. 1.13 Filem Contoh: Filem Cereka. 1972. Kabus Malam. Jakarta: Puncak Keris. 1.14 Peta Contoh: Jabatan Pertanian Sabah. 1996. Peta Taburan Asosiasi Tanah. 1.15 Laman Web/E-mel Contoh: 1. “Salvation Army International Headquaters” dlm. http//www.salvation.org.hk/www/what is salvation army/home.htm. 26 September 2004. 2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14.htm. *Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak. - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi. 1.16 Responden Yang Ditemu Bual 36
  • 37. Gaya Penulisan UMS Contoh: Razak Janau. 74 tahun. Jalan Bukit, Kampung Padas, Papar. Ketua Kampung Padas. “Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada Zaman Penjajah.” 26 September 2003. FORMAT RUJUKAN Rujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja. Bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. Temubual peribadi, Anonymous dan juga rujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan E- Jurnal yang diperakui. Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran seperti berikut: Nama Pengarang (.) Tahun Penerbitan (.) Judul Buku – condong (.) Penyunting, Penyusun, Penterjemah, Penyelenggara – jika ada(.) Nama Siri Buku dan Jilid atau Bilangan Dalam Siri – jika ada (.) Edisi – jika ada (.) Bilangan Jilid – jika ada (.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(.) Format menulis rujukan seperti berikut: Saiz Huruf : 11 Jenis Huruf : Tahoma/Arial Selang Baris : Satu (1) Langkau (Single Spacing) Selang Antara Rujukan : Dua (2) Langkau (Double Spacing) Contoh menulis rujukan: a. Pengarang Tunggal Contoh: 37
  • 38. Gaya Penulisan UMS 1. Ford, H. 1997. The International Jew. Johannesburg: Global Publisher. 2. Magurran, A. E. 1988. Ecological diversity and its measurement. London: Croom Helm. b. Pengarang Bersama Contoh: 1. Ahmad Fawzi Basri, Mohd. Idris Salleh & Shafee Saad. 1991. Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Maryati, M., Azizah, H. & Arbain, K. 1996. Terrestrial ants (Hymenoptera: Formicidea) of Poring, Kinabalu Park, Sabah. In Edwards, D. S., Booth, W. E. & Choy, S. C. Tropical rainforest research-current issues. Monographiae biologicae (eds), pp. 117-123. Kluwer Academic Publishers, London. c. Edisi Contoh: 1. Gilchrist, J. D. 1989. Extractive Metallurgy. (3rd edition). Oxford: Pergamon Press. 2. Barnes, R.S.K. 1984. Estuarine Biology (2nd edition). London: Edward Arnold. d. Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang) Contoh: Akta. 2001. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171). Kuala Lumpur: International Law Book Service. e. Karya Susunan Contoh: Hamzah Hamdani (ed.). 1980. Esei Sastera Dalam Pengajaran, Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 38
  • 39. Gaya Penulisan UMS f. Karya Suntingan Contoh: Rose, R. (ed).1974. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. New York: Free Press. g. Karya Selenggaraan Contoh: Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed). 1996. Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. Karya Terjemahan Contoh: Wheare, K. C. 1980. Kerajaan Persekutuan. Terj.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. i. Karya Berbilang Jilid Contoh: Ensiklopedia Pembangunan Sabah. 1981. Jld. 6. Kota Kinabalu: Usaha Baru. *Nota: Jld. Bermaksud Jilid. j. Kertas Kadangkala Contoh: Sharifah Rofidah Habib Hassan. 2003. Perayaan Di Sabah. Kertas Kadangkala Bil. 2. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. k. Monograf 39
  • 40. Gaya Penulisan UMS Contoh: 1. Zainah Ahmad. 2003. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun. Monograf 3. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2. Mohammad Raduan Mohd. Ariff. 1993. Teknologi Pengangkapan Ikan di Sabah. Khazanah. Siri Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu, Bil. 3, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. l. Karya Dalam Jurnal Contoh: Mahani Musa. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. 65(2):151-182. *Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman selepas noktah bertindih. m. Berita/Rencana Dalam Akhbar Contoh: New Straits Times. 2001. Sabah to Tap Potential in Health Tourism. New Straits Times. 3 October: 9. *Nota: Nama Pengarang (.) Tahun (.) Tajuk Berita/ Rencana (.) Nama Akhbar (,) Hari/Bulan (:) Halaman (.) n. Bab Dalam Buku Contoh: 1. Zaki Tahir. 2003. Pendatang Asing Di Sabah. Dalam Sharifah Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed.). Kesan Politik. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah., hlm. 18-38. 2. Mustafa, S. & Ridzwan, A. R. 1998. Nucleic acid profiles in mackerel, Rastrelliger Kanagurta, From west coast of Sabah. In Mohamed, M., Bernard, H. (eds.). Tropical Ecosystem Research in Sabah, pp. 56-52. Kota Kinabalu:ums. 3. Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. Abdul Halim (ed.). Sabah dalam Perluasan 40
  • 41. Gaya Penulisan UMS Pasaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia., hlm. 31.42. o. Karya Dalam Pascasidang Contoh: 1. Ismail Haji Ibrahim. 2000. Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan Tema. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. UMS. 557-586. 2. Homathevi, R., Maryati, M., Eggleton, P., Jones, D. T. & Davies, R. G. 2000. Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area, Sabah, East Malaysia. Borneo 2000: environment, conservation and land. Proceedings of sixth biennial Borneo research conference. July 10-14, 2000. Kuching Sarawak. p. Karya Dalam Majalah Contoh: Aliran. 2000. Sarawak native blockade pulp mill project. Aliran 20 (10:33) q. Ulasan Buku Contoh: Badriyah Haji Salleh. 2001. Ulasan buku J. H. Drabble. 2000. An Economic History of Malaysia, c. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. Hampshire: Macmillan Press. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society 124(1):111-114. r. Kertas Kerja, Laporan dan Minit Mesyuarat Contoh: Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2002. Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Kota KInabalu. Sabah. 5 Jun. 41
  • 42. Gaya Penulisan UMS s. Tesis/Disertasi Contoh: 1. Mat Zin bin Mat Kib. 2000. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama Kristian di Sabah. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2. Yap Beng Liang. 1977. Orang Bajau Pulau Omadal, Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. t. Filem dan Karya Muzik i. Filem Contoh: Ramlee, P. 1962. Laksamana Do Re Mi. Filem cereka. Singapura: Shaw Brother. ii. Video Contoh: Muzium Sabah. 1968. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong, Tuaran, Sabah. Filem Dokumentari. Jabatan Muzium Sabah. iii. Slaid Contoh: Pugh-Kitingan, J. 1976. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi Sabah. Slaid. Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah. iv. Karya Muzik Contoh: Johari Salleh. 1986. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia. Chorus dan Orkestra. Kassim Masdor (konduktor). Laserlight Series 12036. Santiago: Delta Music Incorporated. v. CD-Rom 42
  • 43. Gaya Penulisan UMS Contoh: MacRae, S. 1995. Introduction to Research Design and Statistic. CD Leicester: British Pshychological Society. vi. Temubual Contoh: Stephens, B. 1998. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. Temu bual. 25 Mei. vii. Bahan Rujukan Elektronik Contoh: 1. “Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan Ligitan” (atas talian) http://www.dfadeplu.go.id/policy/releases/2002/pr- 56-251001.htm. Dicetak 13 September 2002. 2. Potter, L., Brookfield, H. & Byron, Y. 2002. The Eastern Sundaland region of south-east Asia, www.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re 14.htm. *Nota: - Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua, termasuk tarikh bahan tersebut dicetak. - Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi. 43
  • 44. Gaya Penulisan UMS FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN 1.1Muka Kulit Bahagian Depan Tesis Bahagian kulit depan tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; Tajuk Tesis : Tahoma/Arial 18 Nama Calon : Tahoma/Arial 18 Nama Sekolah : Tahoma/Arial 18 Nama Universiti : Tahoma/Arial 18 Tarikh Tahun Viva : Tahoma/Arial 18 Warna Kulit : Biru gelap Warna Huruf : Emas Logo : Tidak dibenarkan Jenis Kulit : Keras 1.2Bahagian Tulang Belakang Tesis a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; 44
  • 45. Gaya Penulisan UMS Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Nama Ijazah (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Tarikh Tahun Viva (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Singkatan Nama Universiti (memanjang) : Tahoma/Arial 16 b. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib; Nama Pengarang (memanjang) : Tahoma/Arial 16 Nama Ijazah (melintang) : Tahoma/Arial 16 Tarikh Tahun Viva (melintang) : Tahoma/Arial 16 Singkatan Nama Universiti (melintang) : Tahoma/Arial 16 1.3Penjilidan Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian depan dan belakang. a. Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm. 45
  • 46. Gaya Penulisan UMS b. Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm. 46
  • 47. Gaya Penulisan UMS c. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid. 47
  • 48. Gaya Penulisan UMS PENYERAHAN TESIS Setiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pascasiswazah seperti berikut: a. Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penyerahan tesis. b. Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan. c. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang PPPSUMS13/2004. d. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon. e. Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah. f. Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan Perpustakaan. 48
  • 49. Gaya Penulisan UMS RUJUKAN Allison, B. 1997. Preparing Dissertations and Thesis. London: Kogan Page Limited. Cavina, Kristan. 1995. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr’s guide with readings. Belmont : Wadsworth Publishing Company. Creswell, John W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. London: SAGE Publications. Gaya Dewan. 1995. Gaya Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Gaya UKM. 1998. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. LAMPIRAN A TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS Kerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Penyelia diminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf, supaya tidak mengelirukan golongan pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf. Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 49
  • 50. Gaya Penulisan UMS Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 50
  • 51. Gaya Penulisan UMS Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 51
  • 52. Gaya Penulisan UMS Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 52
  • 53. Gaya Penulisan UMS LAMPIRAN B 53
  • 54. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN i. Tajuk Kajian ii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajian iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan. iv. Metodologi Kajian v. Bibliografi/Rujukan 54
  • 55. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN i. Tajuk Kajian ii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajian iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan. iv. Metodologi Kajian v. Bibliografi/Rujukan 54
  • 56. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN i. Tajuk Kajian ii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajian iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan. iv. Metodologi Kajian v. Bibliografi/Rujukan 54
  • 57. Gaya Penulisan UMS PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN i. Tajuk Kajian ii. Pengenalan: a. Permasalahan Kajian b. Hipotesis Kajian c. Hasil Yang Diharapkan d. Objektif Kajian iii. Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur - Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan. iv. Metodologi Kajian v. Bibliografi/Rujukan 54