SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  14
TEKNIK DRAMA
 Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
 Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan.
 Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
 Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
 Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
 Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
TEKNIK DRAMA
Teknik drama dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan
meningkatkan kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis murid. Hal ini kerana,murid menggunakan kemahiran membaca
seperti membaca dialog , kemahiran mendengar iaitu murid perlu mendengar apa yang
di ucapkan oleh rakan mereka dalam menjalankan aktiviti drama dan kemahiran menulis
iaitu dalam aktiviti drama murid perlu membina perkataan dan juga ayat dengan
menggunakan idea mereka dalam menjalankan aktiviti drama. Teknik drama juga
banyak menggunakan kemahiran bertutur murid iaitu murid banyak bertutur dalam
mengeluarkan idea mereka sepanjang menjalankan aktiviti drama.
Drama merupakan lakaran peristiwa yang disedut daripada alam fantasi dan
imaginasi. Peristiwa itu boleh juga di ambil daripada situasi yang terdapat dalam
masyarakat, isu sosial atau petikan daripada unsur-unsur muridan di sekolah. Aktiviti
drama dalam bilik darjah tidak memerlukan pentas dan peralatan yang lengkap tetapi
pelakon harus menggunakan bahasa yang betul, tersusun dan indah. Penglibatan murid
dalam aktiviti drama di bilik darjah adalah secara langsung sama ada sebagai pelakon
atau penonton. Melalui aktiviti ini murid boleh mengalami dan mengumpul pengalaman
untuk membantu membentuk peribadi yang seimbang dan harmonis.
Selain itu, antara objektif yang dapat dicapai melalui teknik drama ini ialah
membina kepekaan melalui aktiviti mendengar, memahami dan menghayati dalam
semua keadaan, dapat meningkatkan kemahiran bertutur dan berdialog dengan bahasa
yang baik, indah dan bertatasusila. Meningkatkan daya pemikiran murid supaya murid
kreatif dan inovatif, meningkatkan disiplin dan keyakinan diri murid melalui arahan dan
panduan yag ditetapkan. Seterusnya menyuburkan daya penghayatan terhadap
kehidupan dan alam sekiling serta mencungkil dan mengembangkan bakat dan
kebolehan semula jadi murid dalam bidang lakonan.
Aktiviti menggunakan teknik drama ini dapat membantu murid dari segi rangsangan
iaitu aktiviti ini dijalankan untuk menarik minat dan tumpuan murid terhadap muridan
dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, seorang murid boleh
menggunakan teknik mimos untuk mencetuskan perbincangan. Dari segi pengajaran,
drama boleh menjadi aktiviti fokus dalam sesuatu pengajaran. Ini boleh dilaksanakan
melalui pemilihan bahan sama ada bahan sastera seperti sejarah, sains, agama, seni
dan budaya. Selain itu sebagai pengukuhan dan pengayaan iaitu drama dalam
pengajaran bahasa dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan terhadap pembelajaran
yang telah berlaku. Contohnya setelah mengajar makna perumpamaan, murid diminta
melakonkan satu peristiwa untuk menerangkan maksud perumpamaan itu.
Tambahan pula, dapat membantu dari segi pemulihan iaitu teknik drama merupakan
salah satu teknik belajar yang mengalakkan penglibatan murid secara aktif. Oleh itu
teknik ini sesuai digunakan sebagai aktiviti pemulihan. Guru juga dapat membuat
penilaian iaitu aktiviti drama boleh digunakan sebagai suatu cara penilaian formatif
dalam pengajaran bahasa. Contohnya, pembacaan skrip yang menunjukkan intonasi
dan sebutan yang betul.
Aktiviti drama yang boleh dilakukan ialah ;
1- Main peranan
Murid malakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi sebagai contoh
cerita Tuan puteri yang biduman dan raja yang adil dan bijaksana serta situasi di pasar
atau di kedai makan.
2- Simulasi
Simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik darjah
ke dalam bilik darjah. Dalam aktiviti ini keadaan sebenar diwujudkan dalam bilik darjah
melalui perubahan persekitaran serta lakonan. Situasi yang dilakonkan adalah
berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pembacaan yang dilakukan oleh murid
sebagai contoh memandu kapal terbang dan menerima rawatan di wad kecemasan.
3- Dialog
Murid akan membaca dan membina strip dialog mengikut peranan yang ditetapakn
dengan bahasa, intonasi , nada, gaya dan aksi yang sesuai.
4- Teater membaca
Guru memilih skrip drama yang baik seperti sang kancil dan buaya. murid akan
membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada intonasi dan gaya yang
betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana
cerita.
5- Boneka
Guru boleh menggunakan berbagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak
tertentu. murid memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan
cerita. Penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz,
iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian.
6- Improvisasi
Merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar dalm kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalm kumpulan kecil iaitu
antara 2 hingga lima orang sahaja. murid diberi masa yang pendek iaitu antara 10
hingga 15 minit, untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara spontan.
7- Pantomin
Satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi di baca oleh
murid lain serentak dengan aksi pelakon. Oleh itu pelakon dan pembaca skrip mestilah
menghayati skrip tersebut sebelum dilakukan. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang
kepada murid berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafal
dialog.
8- Mimos
Mimos ialah lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi
muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. murid
yang menjadi penonton perlu memberi sepenuh perhatian kerana di akhir aktiviti
penonton akan mambuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan
percatan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun.
TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar,
kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita
murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru
dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur.
setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang
diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca.
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar
ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh
digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan
untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman,
mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru
seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh
sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka (Mohd
Zohir dan Shukri Osman , 2004).
Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang
dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti
boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita ialah ia
dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara
kritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita.
Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah
Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan
ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi
tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi
yang berlainan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi
muridan yang hendak disampaikan. Mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-
aspek bahasa dan hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Seterusnya melatih bercerita
seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan guru boleh
menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad
perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan
Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman (2004) dalam teknik bercerita terdapat
beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu Sebelum bercerita dan semasa bercerita.
Sebelum bercerita guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu
tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut
dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu
menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh
didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat
pencerita, terutama muka dan tangan.
Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan
eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu
diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga
penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi
perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh
menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama.
Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang
bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang
murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai
permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam.
Semasa bercerita pula kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
mencatat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita
yang diperdengarkan.Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan
mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada
pendengarnya.
KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
“ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”- Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat
kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu
atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi
mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab
dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam
kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam
melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek
penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.
Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan
kurikulum pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan.Antaranya ialah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun
1988. Dalam KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara
wadah merealisasikan matlamat FPK memang tidak dapat dinafikan.
Bersandarkan peranan tersebutlah maka sukatan pelajaran bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu digubal dengan menekankan pelbagai aspek yang diambil kira bagi
mewujudkan modal insan yang tidak hanya unggul dalam aspek intelek malahan
juga dalam aspek rohani, jasmani dan emosinya.
Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah
diperkenalkan pada tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
telah melengkapkan program pendidikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa
pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan.
Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam
pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan
estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran
bahasa yang meliputi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera
yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat
mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar, di samping menimbulkan
kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui
pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.
Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai
antara mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan
bahan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar
pelajar dapat dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai
seorang individu yang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam
pasaran kerja kelak.
Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan
sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan
dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu
pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat
menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan
analitis.
Dalam konteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Bahan sastera yang ditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama.
Perkataan drama berasal daripada perkataan ‘dran’ (bahasa Greek Kuno)
yang bermaksud ‘melakukan’ atau ‘melakonkan’. Drama juga dapat didefinisikan
sebagai karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan
kehidupan dengan gerak.Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang
mencerminkan realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek ) berpendapat
bahawa drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu
bayangan kebenaran. Menurut The American Colledge Dictionary dalam kertas
kerja seminar Bengkel Penggunaan Bahan Rujukan Dalam Pengajaran &
Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM, drama merupakan karangan prosa
dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim atau cereka yang
mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama
mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik, seni bina,
seni busana dan seni tari).
Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya
untuk dibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila
dipentaskan. Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang
dipanggil skrip, dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam
sesebuah naskhah drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum
tentang sesuatu situasi atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini
disebabkan sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang
menyampaikan pemikiran atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku
(watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama.
Menurut Omar Mamat(1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai
kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan
aktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara
menyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan
pelajar merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana
pengajaran pelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa.
Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepada
kehidupan yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individu
menjadi berani. Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh
gurunya melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka
melakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak.
Dengan melakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak
akan menjadi lebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa biasa sahaja ketika
berada di hadapan orang ramai.
Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan teknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai
dalam pengajaran bahasa, antaranya:
i) Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk
meletuskan bentuk pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat.
Hal ini sering menjadi masalah kepada pelajar yang sukar menyatakan
sesuatu penyebutan yang baik.
ii) Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang
menekankan beberapa aspek laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan
yang betul dan sesuai dengan latar situasi dalam kandungan sesuatu
dialog itu. Contohnya, situasi orang marah, situasi emak memberikan
nasihat kepada anak, dan lain-lain lagi.
iii) Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar
untuk melahirkan pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka.
Sebagai contoh, mimik muka orang yang riang, berduka, bersedih dan
pelbagai mimik muka yang lain. Pelajar dapat meramal atau meneka
mimik tertentu dan membayangkan bagaimana pertuturan atau bahasa
yang akan diucapkan oleh orang yang berada dalam situasi atau keadaan
tertentu.
Menurut beliau lagi, melalui drama pelajar akan didedahkan kepada pemelajaran
secara tidak langsung iaitu melalui aksi. Pelajar diberi peluang bermain dengan
gerak badan yang bermakna. Misalnya, melalui lakonan bisu, pelakon akan
menggayakan tangan mereka untuk makan, pelajar akan menyebut perlakuan
pelakon itu. Melalui drama juga, pelajar dapat mempelajari gabungan pelbagai seni
seperti seni muzik, seni lukis, seni reka cipta dan seni penulisan skrip.Semua
kemahiran ini dapat diterapkan melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang
semuanya menjurus kepada kemahiran berbahasa. Melalui teknik berdrama juga,
pelajar didedahkan kepada cara berkomunikasi yang berkesan dan bermakna dan
mengikut situasi yang tertentu.
Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh
melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya
termasuklah seperti yang berikut:
1. Memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu
adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal
yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan
sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.
2. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut
peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat
kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa
Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang
digunakan.
Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera
dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk
semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin
mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas,
mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh
minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas
akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.
Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;
i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan
membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan
dan membawa pembaca menghayati watak dalam sesebuah karya
sastera.
ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana
dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong
pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno
Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah
seseorang.
iii) Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan
kebolehan empetik dan kreatif.
iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa.
Terdapat interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa
tulisan dan lisan.
v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan,
menenteramkan keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan
mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.
Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh
seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003),
yang menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan
bahan sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
adalah amat bersesuaian.
Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal
Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), bidang
interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa
dengan menggunakan kata, frasa, rangka kata, ungkapan dan ayat yang betul dan
tepat secara bertatasusila. Penggunaan bahasa dalam bidang ini juga bertujuan
untuk mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui melalui
perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial.
Hasil pembelajaran ini boleh diperoleh melalui cara berinteraksi, memberikan
pendapat, berunding, membuat pertimbangan memujuk dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
Menurut Omar Mamat (1995), melalui penggunaan teknik drama dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa, proses interaksi antara pelajar
berlaku. Menurut beliau, bagi sebahagian pelajar proses interaksi adalah satu hal
yang sukar dan jarang dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dengan
rakan karib mereka sahaja. Melalui teknik drama, suasana interaksi antara satu
dengan yang lain dapat diwujudkan. Mereka akan berdialog dan melontarkan suara
dengan teratur. Apabila telah wujud kebiasaan untuk berinteraksi antara satu
dengan lain, pelajar mungkin tidak menghadapi masalah sekiranya mereka ingin
berinteraksi dengan kumpulan yang lebih besar.
Selain itu, penggunaan teknik drama dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa ini mampu melatih setiap murid bekerja dalam satu
kumpulan yang lebih besar. Bagi menjayakan satu persembahan drama misalnya,
bilangan pelajar yang terlibat agak besar. Mereka akan diberi pendedahan bekerja
secara berkumpulan , misalnya ketika proses menghafal skrip, menghayati watak
ataupun penggunaan ‘back drop’ ataupun penggunaan sesuatu kostum jika lakonan
drama itu memerlukan pementasan di depan khalayak yang ramai. Melalui kerja
secara berkumpulan ini, mereka akan lebih mudah bertukar idea, pengalaman dan
saling bekerjasama antara satu sama lain.
Menurut Samat Buang (1996), penggunaan bahan sastera dalam
pendidikan Bahasa Melayu mampu menjadikan pelajar:
i) Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa.
ii) Menghayati karya sastera
iii) Menghayati keindahan bahasa dalam karya sastera dan
menggunakannya dalam penulisan
iv) Menerap dan mengamalkan pengajaran atau nilai positif
dalam kehidupan.
v) Menghasilkan karya sastera sesuai dengan kebolehan masing-
masing
vi) Membina dan memupuk budaya membaca.
Ismail Ahmad (1982:23), pula menegaskan bahawa penggunaan bahan
sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan
membuka ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula
dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui
hubungan masyarakat dan budayanya.
Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan situasi, membolehkan pelajar
memahami, mengenal, dan menggunakan intonasi yang betul dan jelas mengikut
pola ayat yang tertentu bagi menghasilkan sebutan baku dan melatih pelajar
menggunakan kata dan ayat dalam pelbagai situasi.
Selain itu, penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ini juga berkait rapat dengan Kemahiran Bernilai
Tambah(KMT) yang ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Menengah (semakan 2003). Dalam KMT terkandung Teori Kecerdasan Pelbagai
iaitu setiap individu pelajar tersebut perlu dilatih dengan menggunakan pelbagai
kecerdasan yang memang terdapat di dalam dirinya. Jika dilihat dalam Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diketengahkan oleh Howard Gadner terdapat lapan
kecerdasan yang tedapat dalam diri individu pelajar itu sendiri, iaitu kecerdasan
verbal-lingusitik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang,
kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan
intrapersonal dan kecerdasan naturalis.
Jika diperhatikan kelapan-lapan jenis kecerdasan ini mampu dimanipulasi
oleh pelajar melalui penggunaan bahan drama dalam pembelajaran
bahasa.Kecerdasan verbal-lingusitik misalnya mampu dikuasai oleh pelajar melalui
pengucapan dialog drama yang dilakonkan, ini kerana kecerdasan ini merupakan
kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan,
termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap
tentang bahasa itu sendiri.Selain itu, melalui kecerdasan kinestetik pula, iaitu
kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan
menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi,
keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.Ini amatlah menepati ketika sesuatu
situasi pementasan dan lakonan drama itu dilakukan, kebolehan ini mampu
dilakuakan dan ketengahkan oleh pelajar.Demikian jugalah halnya dengan
kecerdasan muzik, interpersonal, intrapersonal naturalis dan logik matematik.

Contenu connexe

Tendances

Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pensil Dan Pemadam
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Stephanie Unsil
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
pikaosman
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
firo HAR
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
Zakira Hafizah
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Hailmi Othman
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Rafiza Diy
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Pensil Dan Pemadam
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Noorezayu Mohd Said
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
aflah jamaluddin
 

Tendances (20)

Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 

En vedette

Asas lakonan 1
Asas lakonan 1Asas lakonan 1
Asas lakonan 1
Ismail Noh
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Norliza Mat Zaki
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
Ismail Noh
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alat
Ismail Noh
 
teknik lakonan Pendidikan Moral
teknik lakonan Pendidikan Moralteknik lakonan Pendidikan Moral
teknik lakonan Pendidikan Moral
Yatt Fushaa
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
Ismail Noh
 
Gaya penceritaan
Gaya penceritaanGaya penceritaan
Gaya penceritaan
Ismail Noh
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Shida Abu Bakar
 
Analisi swot complete
Analisi swot completeAnalisi swot complete
Analisi swot complete
Tham Mee
 
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauCerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Faizah Yusof
 
Dialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakDialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanak
miznufa
 

En vedette (20)

Asas lakonan 1
Asas lakonan 1Asas lakonan 1
Asas lakonan 1
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATER
 
Nota Pengenalan Drama
Nota Pengenalan DramaNota Pengenalan Drama
Nota Pengenalan Drama
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
 
Asas lakonan
Asas lakonanAsas lakonan
Asas lakonan
 
Pengurusan Pentas
Pengurusan  PentasPengurusan  Pentas
Pengurusan Pentas
 
Improvisasi alat
Improvisasi alatImprovisasi alat
Improvisasi alat
 
teknik lakonan Pendidikan Moral
teknik lakonan Pendidikan Moralteknik lakonan Pendidikan Moral
teknik lakonan Pendidikan Moral
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
08 isi pelajaran_1
08 isi pelajaran_108 isi pelajaran_1
08 isi pelajaran_1
 
Teori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasiTeori tentang improvisasi
Teori tentang improvisasi
 
Gaya penceritaan
Gaya penceritaanGaya penceritaan
Gaya penceritaan
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Analisi swot complete
Analisi swot completeAnalisi swot complete
Analisi swot complete
 
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauCerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
 
Dialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakDialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanak
 
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moralStrategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
Strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran pendidikan moral
 
Olah tubuh
Olah tubuhOlah tubuh
Olah tubuh
 

Similaire à Teknik drama bmm 1

TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Nur Piny
 
Teknik
Teknik Teknik
Teknik
ideaki
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Hishamuddin Jabar
 
Aktiviti drama
Aktiviti dramaAktiviti drama
Aktiviti drama
Murni Gaik
 
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikTajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
kuliahpismp09
 

Similaire à Teknik drama bmm 1 (20)

TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Bercerita
BerceritaBercerita
Bercerita
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
Kaedah bercerita
Kaedah berceritaKaedah bercerita
Kaedah bercerita
 
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep TeknikPedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
Pedagogi Bahasa Melayu sekolah rendah - Konsep Teknik
 
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
 
Aktiviti bercerita
Aktiviti berceritaAktiviti bercerita
Aktiviti bercerita
 
Aktiviti bercerita
Aktiviti berceritaAktiviti bercerita
Aktiviti bercerita
 
Aktiviti bercerita
Aktiviti berceritaAktiviti bercerita
Aktiviti bercerita
 
Teknik
Teknik Teknik
Teknik
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
 
Teknik bercerita
Teknik berceritaTeknik bercerita
Teknik bercerita
 
Aktiviti drama
Aktiviti dramaAktiviti drama
Aktiviti drama
 
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikTajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
 
TEKNIK DLM PDP.pptx
TEKNIK DLM PDP.pptxTEKNIK DLM PDP.pptx
TEKNIK DLM PDP.pptx
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
Assignment penuh pendekatan komunikatif
Assignment penuh pendekatan komunikatifAssignment penuh pendekatan komunikatif
Assignment penuh pendekatan komunikatif
 
Assignment penuh pendekatan komunikatif
Assignment penuh pendekatan komunikatifAssignment penuh pendekatan komunikatif
Assignment penuh pendekatan komunikatif
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
 
Latihan puan.zai
Latihan puan.zaiLatihan puan.zai
Latihan puan.zai
 

Teknik drama bmm 1

  • 1. TEKNIK DRAMA  Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.  Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.  Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.  Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.  Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.  Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. TEKNIK DRAMA Teknik drama dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan meningkatkan kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis murid. Hal ini kerana,murid menggunakan kemahiran membaca seperti membaca dialog , kemahiran mendengar iaitu murid perlu mendengar apa yang di ucapkan oleh rakan mereka dalam menjalankan aktiviti drama dan kemahiran menulis iaitu dalam aktiviti drama murid perlu membina perkataan dan juga ayat dengan menggunakan idea mereka dalam menjalankan aktiviti drama. Teknik drama juga banyak menggunakan kemahiran bertutur murid iaitu murid banyak bertutur dalam mengeluarkan idea mereka sepanjang menjalankan aktiviti drama. Drama merupakan lakaran peristiwa yang disedut daripada alam fantasi dan imaginasi. Peristiwa itu boleh juga di ambil daripada situasi yang terdapat dalam masyarakat, isu sosial atau petikan daripada unsur-unsur muridan di sekolah. Aktiviti drama dalam bilik darjah tidak memerlukan pentas dan peralatan yang lengkap tetapi pelakon harus menggunakan bahasa yang betul, tersusun dan indah. Penglibatan murid dalam aktiviti drama di bilik darjah adalah secara langsung sama ada sebagai pelakon atau penonton. Melalui aktiviti ini murid boleh mengalami dan mengumpul pengalaman untuk membantu membentuk peribadi yang seimbang dan harmonis.
  • 2. Selain itu, antara objektif yang dapat dicapai melalui teknik drama ini ialah membina kepekaan melalui aktiviti mendengar, memahami dan menghayati dalam semua keadaan, dapat meningkatkan kemahiran bertutur dan berdialog dengan bahasa yang baik, indah dan bertatasusila. Meningkatkan daya pemikiran murid supaya murid kreatif dan inovatif, meningkatkan disiplin dan keyakinan diri murid melalui arahan dan panduan yag ditetapkan. Seterusnya menyuburkan daya penghayatan terhadap kehidupan dan alam sekiling serta mencungkil dan mengembangkan bakat dan kebolehan semula jadi murid dalam bidang lakonan. Aktiviti menggunakan teknik drama ini dapat membantu murid dari segi rangsangan iaitu aktiviti ini dijalankan untuk menarik minat dan tumpuan murid terhadap muridan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Contohnya, seorang murid boleh menggunakan teknik mimos untuk mencetuskan perbincangan. Dari segi pengajaran, drama boleh menjadi aktiviti fokus dalam sesuatu pengajaran. Ini boleh dilaksanakan melalui pemilihan bahan sama ada bahan sastera seperti sejarah, sains, agama, seni dan budaya. Selain itu sebagai pengukuhan dan pengayaan iaitu drama dalam pengajaran bahasa dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan terhadap pembelajaran yang telah berlaku. Contohnya setelah mengajar makna perumpamaan, murid diminta melakonkan satu peristiwa untuk menerangkan maksud perumpamaan itu. Tambahan pula, dapat membantu dari segi pemulihan iaitu teknik drama merupakan salah satu teknik belajar yang mengalakkan penglibatan murid secara aktif. Oleh itu teknik ini sesuai digunakan sebagai aktiviti pemulihan. Guru juga dapat membuat penilaian iaitu aktiviti drama boleh digunakan sebagai suatu cara penilaian formatif dalam pengajaran bahasa. Contohnya, pembacaan skrip yang menunjukkan intonasi dan sebutan yang betul. Aktiviti drama yang boleh dilakukan ialah ; 1- Main peranan Murid malakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi sebagai contoh cerita Tuan puteri yang biduman dan raja yang adil dan bijaksana serta situasi di pasar atau di kedai makan. 2- Simulasi
  • 3. Simulasi merupakan aktiviti yang dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah. Dalam aktiviti ini keadaan sebenar diwujudkan dalam bilik darjah melalui perubahan persekitaran serta lakonan. Situasi yang dilakonkan adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan pembacaan yang dilakukan oleh murid sebagai contoh memandu kapal terbang dan menerima rawatan di wad kecemasan. 3- Dialog Murid akan membaca dan membina strip dialog mengikut peranan yang ditetapakn dengan bahasa, intonasi , nada, gaya dan aksi yang sesuai. 4- Teater membaca Guru memilih skrip drama yang baik seperti sang kancil dan buaya. murid akan membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada intonasi dan gaya yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita. 5- Boneka Guru boleh menggunakan berbagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu. murid memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita. Penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz, iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian. 6- Improvisasi Merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalm kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalm kumpulan kecil iaitu antara 2 hingga lima orang sahaja. murid diberi masa yang pendek iaitu antara 10 hingga 15 minit, untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara spontan. 7- Pantomin Satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi di baca oleh murid lain serentak dengan aksi pelakon. Oleh itu pelakon dan pembaca skrip mestilah menghayati skrip tersebut sebelum dilakukan. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang kepada murid berlakon dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafal dialog. 8- Mimos
  • 4. Mimos ialah lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. murid yang menjadi penonton perlu memberi sepenuh perhatian kerana di akhir aktiviti penonton akan mambuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan percatan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun. TEKNIK BERCERITA Teknik bercerita dapat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran bertutur. setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca. Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperanan untuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka (Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004).
  • 5. Secara tambahannya pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi muridan yang hendak disampaikan. Mengkaji cerita itu dan cuba masukkan aspek- aspek bahasa dan hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Seterusnya melatih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman (2004) dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu Sebelum bercerita dan semasa bercerita. Sebelum bercerita guru perlu menyediakan persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk di tempat tersebut dan mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan. Guru tersebut juga perlu bercerita dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga
  • 6. penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam. Semasa bercerita pula kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mencatat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan agar murid-murid memberi perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan.Pencerita pula perlu mengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact ) dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya. KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Pengenalan “ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”- Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu
  • 7. atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan. Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan kurikulum pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan.Antaranya ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1988. Dalam KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara wadah merealisasikan matlamat FPK memang tidak dapat dinafikan. Bersandarkan peranan tersebutlah maka sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu digubal dengan menekankan pelbagai aspek yang diambil kira bagi mewujudkan modal insan yang tidak hanya unggul dalam aspek intelek malahan juga dalam aspek rohani, jasmani dan emosinya. Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan pada tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah melengkapkan program pendidikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar, di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan. Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.
  • 8. Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis. Dalam konteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sastera yang ditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama. Perkataan drama berasal daripada perkataan ‘dran’ (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud ‘melakukan’ atau ‘melakonkan’. Drama juga dapat didefinisikan sebagai karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupan dengan gerak.Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek ) berpendapat bahawa drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Menurut The American Colledge Dictionary dalam kertas kerja seminar Bengkel Penggunaan Bahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM, drama merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari). Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk dibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan. Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang dipanggil skrip, dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam sesebuah naskhah drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu situasi atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini
  • 9. disebabkan sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang menyampaikan pemikiran atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Menurut Omar Mamat(1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan aktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara menyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaran pelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa. Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepada kehidupan yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individu menjadi berani. Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh gurunya melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka melakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Dengan melakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak akan menjadi lebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa biasa sahaja ketika berada di hadapan orang ramai. Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam pengajaran bahasa, antaranya: i) Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk meletuskan bentuk pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat. Hal ini sering menjadi masalah kepada pelajar yang sukar menyatakan sesuatu penyebutan yang baik. ii) Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang menekankan beberapa aspek laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan yang betul dan sesuai dengan latar situasi dalam kandungan sesuatu dialog itu. Contohnya, situasi orang marah, situasi emak memberikan nasihat kepada anak, dan lain-lain lagi.
  • 10. iii) Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar untuk melahirkan pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka. Sebagai contoh, mimik muka orang yang riang, berduka, bersedih dan pelbagai mimik muka yang lain. Pelajar dapat meramal atau meneka mimik tertentu dan membayangkan bagaimana pertuturan atau bahasa yang akan diucapkan oleh orang yang berada dalam situasi atau keadaan tertentu. Menurut beliau lagi, melalui drama pelajar akan didedahkan kepada pemelajaran secara tidak langsung iaitu melalui aksi. Pelajar diberi peluang bermain dengan gerak badan yang bermakna. Misalnya, melalui lakonan bisu, pelakon akan menggayakan tangan mereka untuk makan, pelajar akan menyebut perlakuan pelakon itu. Melalui drama juga, pelajar dapat mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni muzik, seni lukis, seni reka cipta dan seni penulisan skrip.Semua kemahiran ini dapat diterapkan melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang semuanya menjurus kepada kemahiran berbahasa. Melalui teknik berdrama juga, pelajar didedahkan kepada cara berkomunikasi yang berkesan dan bermakna dan mengikut situasi yang tertentu. Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut: 1. Memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya. 2. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.
  • 11. Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman. Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu; i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan membawa pembaca menghayati watak dalam sesebuah karya sastera. ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang. iii) Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan kebolehan empetik dan kreatif. iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan. v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, menenteramkan keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), yang menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan bahan sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah amat bersesuaian.
  • 12. Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), bidang interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangka kata, ungkapan dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Penggunaan bahasa dalam bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial. Hasil pembelajaran ini boleh diperoleh melalui cara berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan memujuk dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Menurut Omar Mamat (1995), melalui penggunaan teknik drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa, proses interaksi antara pelajar berlaku. Menurut beliau, bagi sebahagian pelajar proses interaksi adalah satu hal yang sukar dan jarang dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dengan rakan karib mereka sahaja. Melalui teknik drama, suasana interaksi antara satu dengan yang lain dapat diwujudkan. Mereka akan berdialog dan melontarkan suara dengan teratur. Apabila telah wujud kebiasaan untuk berinteraksi antara satu dengan lain, pelajar mungkin tidak menghadapi masalah sekiranya mereka ingin berinteraksi dengan kumpulan yang lebih besar. Selain itu, penggunaan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ini mampu melatih setiap murid bekerja dalam satu kumpulan yang lebih besar. Bagi menjayakan satu persembahan drama misalnya, bilangan pelajar yang terlibat agak besar. Mereka akan diberi pendedahan bekerja secara berkumpulan , misalnya ketika proses menghafal skrip, menghayati watak ataupun penggunaan ‘back drop’ ataupun penggunaan sesuatu kostum jika lakonan drama itu memerlukan pementasan di depan khalayak yang ramai. Melalui kerja secara berkumpulan ini, mereka akan lebih mudah bertukar idea, pengalaman dan saling bekerjasama antara satu sama lain.
  • 13. Menurut Samat Buang (1996), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu mampu menjadikan pelajar: i) Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa. ii) Menghayati karya sastera iii) Menghayati keindahan bahasa dalam karya sastera dan menggunakannya dalam penulisan iv) Menerap dan mengamalkan pengajaran atau nilai positif dalam kehidupan. v) Menghasilkan karya sastera sesuai dengan kebolehan masing- masing vi) Membina dan memupuk budaya membaca. Ismail Ahmad (1982:23), pula menegaskan bahawa penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya. Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan penggunaannya dalam pelbagai konteks dan situasi, membolehkan pelajar memahami, mengenal, dan menggunakan intonasi yang betul dan jelas mengikut pola ayat yang tertentu bagi menghasilkan sebutan baku dan melatih pelajar menggunakan kata dan ayat dalam pelbagai situasi. Selain itu, penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini juga berkait rapat dengan Kemahiran Bernilai Tambah(KMT) yang ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (semakan 2003). Dalam KMT terkandung Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu setiap individu pelajar tersebut perlu dilatih dengan menggunakan pelbagai kecerdasan yang memang terdapat di dalam dirinya. Jika dilihat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang diketengahkan oleh Howard Gadner terdapat lapan kecerdasan yang tedapat dalam diri individu pelajar itu sendiri, iaitu kecerdasan verbal-lingusitik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual-ruang,
  • 14. kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. Jika diperhatikan kelapan-lapan jenis kecerdasan ini mampu dimanipulasi oleh pelajar melalui penggunaan bahan drama dalam pembelajaran bahasa.Kecerdasan verbal-lingusitik misalnya mampu dikuasai oleh pelajar melalui pengucapan dialog drama yang dilakonkan, ini kerana kecerdasan ini merupakan kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.Selain itu, melalui kecerdasan kinestetik pula, iaitu kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.Ini amatlah menepati ketika sesuatu situasi pementasan dan lakonan drama itu dilakukan, kebolehan ini mampu dilakuakan dan ketengahkan oleh pelajar.Demikian jugalah halnya dengan kecerdasan muzik, interpersonal, intrapersonal naturalis dan logik matematik.