SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp:15
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
(TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK MODUL
/MODULE NO. AND TITLE
M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI /
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT
03 BUILDING REGULATION AND BY-LAWS
OBJEKTIF PENCAPAIAN
PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE
PERFORMANCE STANDARD
TO COMPLY WITH BUILDING REGULATION AND BY LAWS
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp: 15
Nama Pelatih : Tarikh:
TAJUK : UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBINAAN BANGUNAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan
undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 2 Drp:15
PENERANGAN
1.0 PENGENALAN
Industri pembinaan masa kini dilihat berkembang dengan pesat dan amat memberangsangkan.
Di mana-mana terdapat pembinaan yang akan dibina, sedang dibina dan yang telah siap dibina.
Walau pun perkembangan indusri pembinaan begitu menggalakkan namun ia tidak boleh lari
dari peraturan-peraturan dan undang-undang bangunan yang dikuatkuasakan oleh pihak
berkuasa tempatan. Semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan ini perlulah mematuhi
apa-apa yang terkandung dalam “Building By law” dan Peraturan bangunan. “ Building By law”
dan Peraturan bangunan adalah undang-undang dan garispanduan bagi menentukan kaedah
atau cara apabila berurusan berkaitan pembinaan dan bangunan. Maka sehubungan dengan
itu, setiap bangunan atau struktur tidak dibenarkan pembinaannya kecuali dengan pematuhan
kepada keperluan-keperluan di bawah kod bangunan dan By law. Dalam keadaan tertentu,
inspektor bangunan boleh menetapkan atau meminta pemilik menetapkan apakah kaedah atau
jenis pembinaan atau bahan yang akan digunakan dalam pembinaan bangunan atau struktur
dengan mematuhi keperluan-keperluan kod bangunan. Oeh itu, adalah menjadi tanggungjawab
kepada jurubina bangunan mematuhi keperluan-keperluan yang telah digariskan.
2.0 BUILDING BY LAW
Building by law diperlukan sebagai garis panduan bagi memastikan peraturan dan undang-
undang pembinaan bangunan atau struktur diikuti dan dipatuhi. Tindakan undang-undang boleh
diambil oleh pihak berkuasa tempatan setempat (council) jika berlaku ketidakpatuhan
berasaskan kehendak Building by law.
 Building By law adalah dokumen undang-undang yang mengandungi
akta-akta perundangan, kod-kod bangunan dan peraturan-peraturan
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 3 Drp:15
bangunan yang mengisytiharkan peraturan berkaitan pembinaan, pindaan,
pembaikan atau perobohan bangunan dan struktur. Artikel 1 dalam ACT of 7
july 1994, Building By Law menyebut;
( The Act – Building Law, hereinafter referred to as “the Act”, shall regulate the activity which
consists in design, construction, maintenance and demolition of building objects and govern the
rules of activity of the public administration authorities in these areas.)
Contoh:
 Building By Law mengisytiharkan maklumat yang diperlukan untuk diguna bagi permit
bangunan, permit yuran dan keadaan di mana permit bangunan tidak diperlukan.
 Building By Law juga menghuraikan kuasa dan duti inspektor bangunan dan pengeluaran
permit mendiami.
3.0 PERATURAN BANGUNAN
Peraturan bangunan ditafsir sebagai dokumen lampiran bagi menghurai , mentafsir dan
menyokong apa yang termaktub di dalam Building By Law. Ia merupakan satu komponen
dalam building by law. Mana-mana pihak yang hendak melakukan kerja-kerja bangunan
yang tertakluk di bawah Peraturan Bangunan perlu mematuhi peraturan tersebut. Pihak
berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran
perjanjian dengan merujuk akta yang terkandung dalam Building By Law.
 Peraturan bangunan adalah huraian garis panduan untuk membina bangunan dengan
kaedah yang telah dilulus dan disahkan berdasarkan keperluan dalam Building by Law
 Ia di wujudkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan manusia yang berada di
dalam dan sekitar semua jenis bangunan.
 Ia mengandungi maklumat berkaitan peraturan-peraturan bangunan dan sistem kawalan
bangunan.
Akta
133
Akta Jalan, Parit
& Bangunan
1974
Kuasa PBT berhubung tanggungjawab
perancangan jalan, parit dan bangunan di
dalam kawasan pentadbirannya.
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 4 Drp:15
 Ia juga menyediakan pemeliharaan tenaga seperti juga memastikan akses dan fasiliti
bagi OKU mencukupi.
 Peraturan bangunan mengandungi beberapa seksyen yang berurusan dengan definasi
dan prosedur. Ia merancang prinsip-prinsip yang akan disertakan dalam rekabentuk di
mana kerja-kerja bangunan bagi semua jenis bangunan dilaksanakan.
 Huraian garis panduan disebut sebagai Keperluan. Keperluan-keperluan yang spesifik
digariskan melalui standard yang diwartakan seperti British Standard (BS) dan
Malaysian Standard (MS).
3.1 Prosedur Peraturan Bangunan
Peraturan Bangunan mengandungi prosedur dan keperluan-keperluan teknikal dalam
proses pembinaan. Ia perlu dipatuhi bagi menghasilkan struktur bangunan yang berkualiti
memenuhi keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan. Peranan Peraturan bangunan ialah :
 Mentafsir jenis bangunan, elektrikal dan perpaipan; dan apakah yang membuatkannya
tertakluk kepada aplikasi Peraturan Bangunan
 Keperluan bahan dan kemahiran kerja
 Keperluan bagi prestasi teknikal dalam kerja bangunan
 Menentukan apakah jenis bangunan dan kerja bangunan yang terkecuali daripada
aplikasi Peraturan Bangunan.
 Menjelaskan yang mana satu kerja yang boleh diperakui dan dikompetenkan oleh
individu yang bertanggungjawab sebagai mematuhi Peraturan Bangunan.
 Mengisytiharkan prosedur pemberitahuan bila kerja bermula, dilaksana dan penyiapan
kerja-kerja bangunan.
 Merancang prosedur commisioning dan pengujian bagi semua perkhidmatan
pemasangan yang baru dilakukan.
 Merancang perincian dan sijil ujian yang perlu disediakan apabila bangunan baru
disiapkan atau diduduki.
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 5 Drp:15
4.0 UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN
 Undang-Undang Kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Bangunan.
 Undang-Undang Kecil ini hendaklah terpakai kepada semua projek bangunan yang di
bina.
4.1 PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN
 Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah
dikemukakan oleh orang berkelayakan.
 Jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar
kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan
pelan, lukisan atau kiraan itu.
 Di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan,lukisan atau kiraan berhubungan
dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan.
Tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan
melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya
dengan waiar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda
mengikut mana berkenaan bangunan itu.
 Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan tidak
berkenaan, mengandungi yang berikut:
(a) suatu pelan tapak yang menunjukkan-
(i) tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan
nombor lot dan nombor seksyennya;
(ii) jalan masuk ke tapak itu dan jalan dan nama jalan itu;
(iii) jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan
dengan terang atas salah satu daripada pelan-pelan itu;
(iv) dimensi lot itu;
(v) garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air
kotor dan takat kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu;
(vi) skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan
yang bersampingan;
(vii) dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan
itu dengan sempadan-sempadan;
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 6 Drp:15
(viii) semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang
dicadangkan untuk membaikkan jalan, sungai atau saliran dan
yang seumpamanya, jika berkenaan, menunjukkan lebar jalan
baharu atau jalan baharu yang dicadangkan itu serta
sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran sekali;
(ix) paras tanah tapak yang sedia ada dan yang dicadangkan.
4.2 RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN
 Tiap-tiap bangunan yang didirikan hendaklah, mempunyai ruang udara secara
mencukupi dan kekal.
 Apabila sesuatu ruang terbuka telah diperuntukkan berhubungan dengan sesuatu
bangunan menurut Undang-Undang Kecil ini, tiada seorang pun, tanpa kebenaran
bertulis daripada Dato Bandar boleh-
(a) membuat atau menyenggara atau membenarkan dibuat atau disenggara
apa-apa perubahan dalam ruang terbuka itu; atau
(b) membina atau menyenggara atau membenarkan dibina atau disenggara
suatu bumbung alas mana-mana bahagiannya yang akan mengurangkan
kawasan ruang terbuka itu.
 Saiz minimum bagi setiap ruang udara jika diadakan dalam semua bangunan adalah
seperti berikut:
(i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 7 meter persegi;
(ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 9 meter persegi;
(iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 11 meter persegi;
(iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 13 meter persegi;
(v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 15 meter
persegi.
 Lebar minimum bagi ruang udara itu pada mana-mana sisinya ialah 2.5 meter.
 Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah
tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak
kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak
kurang daripada 6.5 meter persegi.
 Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak
kurang daripada 2.1 meter.
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 7 Drp:15
 Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah
masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.
 Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-
(a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;
(b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;
(c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan
sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter.
4.3 KERJA--KERJA SEMENTARA BERHUBUNGAN DENGAN KERJA-KERJA BANGUNAN
 Apabila sesuatu kerja bangunan dimulakan, orang yang bertanggungjawab atas
pembinaan bangunan itu hendaklah mempamerkan suatu papan yang menunjukkan
nama, alamat dan nombor telefon orang yang mengemukakan dan kontraktor
bangunan.
 Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan melainkan suatu papan dinding
pelindung yang mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar didirikan untuk
mengasingkan bangunan itu dari jalan atau lorong jalan.
 Akses kenderaan ke tapak itu boleh dihadkan pada waktu-waktu tertentu untuk
mengelakkan daripada menghalang aliran lalu lintas jika didapati perlu.
 Bagi bangunan yang direkabentuk melebihi tinggi 18 meter hingga ke lantai penuh
tertinggi sekali, sesalur-sesalur naik mengikut undang-undang kecil 232 hendaklah
dipasang sebaik sahaja selepas bangunan itu melebihi tinggi tersebut untuk
mengadakan kemudahan-kemudahan mencegah kebakaran dalam masa berbagai
peringkat pembinaan itu.
 Semasa pembinaan dinding-dinding luar yang tinggi strukturnya melebihi 12.2 meter,
pelantar perangkap hendaklah dipasang di sepanjang bahagian luar dinding tersebut.
4.4 KEHENDAK-KEHENDAK STRUKTUR
 Apa-apa bahan yang digunakan –
(a) bagi mendirikan sesuatu bangunan;
(b) bagi mengubah atau menambah struktur sesuatu bangunan;
(c) bagi melaksanakan kerja-kerja atau memasangkan pasangan-pasangan, iaitu kerja-kerja
atau pasangan-pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil
ini dipakai; atau
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 8 Drp:15
(d) bagi mengambus mana-mana korekan alas tapak berhubungan dengan sesuatu
bangunan atau kerja atau pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang-
Undang Kecil ini dipakai, hendaklah-
i) Daripada jenis dan kualiti yang sesuai berhubungan dengan maksud- maksud
dan keadaan-keadaan yang digunakan;
ii) Dicampur atau disediakan dengan secukupnya; dan
iii) Dipakai, diguna atau dipasangkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang
baginya ia direkabentuk dengan secukupnya.
 Asas tapak sesuatu bangunan hendaklah -
a) Menahan dan memindahkan dengan selamat ke tanah gabungan beban mati, beban
gun a dan beban angin lecara yang tidak menyebabkan apa-apa pengenapan nelebihi
had-had yang direkabentuk baginya atau gerakan lain yang boleh mencacatkan
kestabilan atau nenyebabkan kerosakan kepada seseluruhan atau mana-mana
bahagian bangunan itu atau sesuatu bangunan atau kerja yang bersampingan;
b) Diturunkan hingga ke sekian dalam, atau dibina sedemikian, supaya boleh melindungi
bangunan itu daripada kerosakan oleh pengembangan dan pengecutan tanah bawah;
dan
c) Boleh merintangi dengan secukupnya apa-apa serangan ulat atau daripada apa-apa
bahan perosak yang ada dalam tanah bawah itu.
4.5 KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN
 Tiada sesuatu bangunan boleh didirikan atas mana-mana tapak yang telah dikambus
dengan apa-apa bahan yang bercampur dengan jirim najis, binatang atau sayur-
sayuran, sehingga seluruh permukaan tanah atau tapak bangunan itu telah dijadikan
atau menjadi tidak berbahaya dan telah ditambak dengan selapis tanah bukit, teras
keras, batu hangus atau abu yang dihentak-asak sehingga sekurang-kurangnya 300
milimeter tebal.
 Apabila kelembapan atau kedudukan tapak sesuatu bangunan menyebabkannya perlu,
tanah bawah tapak itu hendaklah disalirkan secukupnya atau disalinkan secukupnya
atau hendaklah diambil sesuatu langkah lain yang akan melindungi secukupnya
bangunan itu daripada kerosakan oleh sebab kelembapan.
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 9 Drp:15
 Jika semasa membuat korekan bagi sesuatu bangunan, parit bawah tanah yang sedia
ada dijumpai, parit itu hendaklah sama ada dilencungkan atau diganti dengan paip-paip
daripada bahan yang diluluskan untuk mempastikan air bawah tanah mengalir secara
berterusan melalui parit itu dengan sesuatu tara yang akan mempastikan bahawa tidak
ada air bawah tanah yang memasuki parit itu menyebabkan kelembapan kepada tapak
bangunan itu.
 Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180
milimeter dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter dan dimensi-dimensi
ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan
seluruhnya.
 Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu
 Tangga yang lebarnya lebih daripada 2200 milimeter hendaklah disediakan dengan
susur tangan tengah bagi setiap 2200 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan
mempunyai jarak yang hampir-hampir saran.
 Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan
pada setiap sisi tangga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebih.
 Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 915 milimeter
lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih
daripada 4.25 meter dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah
tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.
 Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih
daripada tiga tingkat tingginya:
(a) Bangunan kediaman berasingan;
(b) Bangunan kediaman berkembar;
(c) Rumah teres;
(d) Di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan
syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan
(e) Bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara
Dato Bandar
 Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang
daripada 2 jam.
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 10 Drp:15
 Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh disalurkan dengan berkesan
kepada saluran, talang, pelongsor atau palung yang sesuai dan mencukupi yang
hendaklah disediakan mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini bagi
menerima dan membawa semua air yang mungkin jatuh di atas dan daripada bumbung
itu.
 Semua bangunan kediaman empat tingkat dan lebih hendaklah disediakan dengan
pelongsor sampah melainkan cara lain bagi pembuangan sampah seperti sistem bekas
induk, unit pembuangan dalam sink, sistem Garchey dan sistem penekan atas tapak
dipasangkan.
 Bagi bangunan bukan kediaman, pelongsor sampah tidak boleh dibenarkan.
Pembuangan sampah dan sampah-sarap dalam bangunan tersebut hendaklah melalui
lit pekerja atau dengan cara-cara lain yang memuaskan Dato Bandar.
 Bagi semua bangunan bukan kediaman yang melebihi 3 tingkat di atas atau di bawah
paras akses utama, sekurang.-kurangnya satu lif hendaklah disediakan.
4.6 KEHENDAK-KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN
 Cara gerakan menentang kebakaran hendaklah dimulakan dengan suatu isyarat
daripada panel penggera kebakaran yang boleh dihidupkan secara automatik oleh satu
daripada alat-alat penggera dalam bangunan itu atau dengan tangan.
4.7 PENGGERA KEBAKARAN, PENGESAN API, PEMADAM API DAN AKSES
MENETANG KEBAKARAN
 Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan cara-cara mengesan dan
memadam api dan dengan penggera kebakaran bersama-sama dengan tanda tempat
keluar bercahaya mengikut kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual
Kesepuluh Undang-Undang Kecil ini.
 Injap semburan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat dan berkepung pada
dinding luar dan hendaklah sentiasa boleh didapatkan oleh Pihak Berkuasa Bomba.
 Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu pili
bomba yang ditempatkan tidak lebih daripada 91.5 meter daripada tempat akses
pasukan bomba yang terdekat sekali.
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 11 Drp:15
 Bangunan-bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18 meter
di atas paras akses perkakas bomba hendaklah dilengkapkan dengan cara
mendapatkan akses dan menentang kebakaran daripada dalam bangunan itu yang
terdiri daripada ruang akses menentang kebakaran, tangga menentang kebakaran, lif
bomba dan sistem pancur kering atau basah.
5.0 PERINCIAN KOD BANGUNAN DAN PERATURAN BANGUNAN
Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri
pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada sesuatu
standard yang diwartakan seperti termaktub Building by law dan Kod Bangunan (komponen
penting dalam Building by law) .Beberapa contoh piawaian yang dikenalpasti termaktub dalam
Peraturan Bangunan menguna pakai standard British (BS) dan Standard Malaysia (MS).
Standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard dan British
Standard adalah seperti berikut
Perincian Kod Bangunan - British standard (BS)
BIL KETERANGAN KOD AMALAN BS
1 Stair, Ladder and Walkway
Rekomendasi bagi rekabentuk tangga
industri,laluan jalan kaki,platform,tangga tetap
BS5395: Part 3:1985
Kod amalan untuk rekabentuk jenis
tangga industri,tangga tetap dan
laluan jalan kaki
2 Berasaskan kepada penetapan gred konkkrit.
Gred konkkrit minimum ditetapkan bagi jenis
elemen yang berbeza: 20N/mm2
bagi konkkrit
bertetulang , 30N/mm2
bagipost-tensioned
prestressed concrete dan 40N/mm2
for pre-
tensioned prestressed concrete.
BSCP110; 1972
Kod amalan untuk rekabentuk
struktur menggunakan konkrit
3 Penetapan minimum 28-hari kekuatan kiub pada
6000lb/sq. inch (approximately 41N/mm2
) untuk
pre-tensioned concrete dan 4500lb/sq. inch
(approximately 31N/mm2
) untuk konkrit post-
tensioned .
BS CP115 ; 1959
Kod amalan untuk rekabentuk
struktur menggunakan konkrit
prategasan untuk pembinaan
bangunan
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 12 Drp:15
Malaysian standard (MS)
4 Penetapan tiga konkrit nominal dengan
bancuhan asas simen:batu baur halus: batu baur
kasar ratio dengan isipadu, 1:1:2, 1:1½:3 and
1:2:4. Minimum 28-hari kekuatan kiub untuk tiga
bancuhan diberi 4500, 3750 dan 3000lb/sq. inch
masing-masing (i.e. approximately 31, 26 and
21N/mm2
).
BS P114 ; 1948
Kod amalan bagi rekabentuk
struktur menggunakan konkkrit
bertetulang untuk pembinaan
bangunan
5 Penetapan konkrit gred 5 pada jajaran antara
Gred A (3000lb/sq. inch atau approximately
21N/mm2
) hingga gred E (7500lb/sq. inch atau
approximately 52N/mm2
).
BS CP 116: 1965
Kod amalan bgi rekabentuk
menggunakan konkrit precast
BIL KETERANGAN KOD AMALAN MS
1
Rekomen bagi menggunakan konkrit berstruktur
pada bangunan dan strukturnya tidak termasuk
jambatan dan konkrit bersturuktur yang dibuat
dengan simen alumina. Rekomendasi bagi
kekuatan ini telah disediakan dengan anggapan
yang semua elemen galas beban cth; slab,kolum
dan tembok adalah dibina dari konkrit
MS 1195 : Part 1 : 1991
Code of practice for structural use
of concrete : Part 1 : Design and
construction.
2 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari
jenis rolled or built-up structural steel sections,
dengan atau tanpa encasement konkrit ,
bertindak sepertimana slab konkrit in –situ .
Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan.
MS 415 : Part 1 : 1976
Code of practice for composite
construction in structural steel and
concrete : Part 1: Simply supported
beams in buildings.
3 standard yang menentukan struktur minimum
,keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi
kelas M, kelas J and kelas S cerucuk konkrit
precast yang mahu diguna kerja-kerja bangunan
dan kejuruteraan sivil
MS 1314 : Part 3 : 2004
Precast concrete piles : Part 3 :
Precast reinforced concrete square
piles (RC piles) Class M, Class J
and Class .
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 13 Drp:15
Perincian Peraturan Bangunan
Dalam urusan tertentu seperti kontrak dan tender, peraturan bangunan dinyatakan dalam
bentuk kod. Kod dinyatakan dalam bentuk nombor siri yang merujuk kepada spesifikasi dan
peraturan tertentu (cth BSP114 ;1948 seperti yang dinyata dalam jadual diatas) .Maka dalam
penetapan sesuatu standard,hanya nombor kod yang dinyatakan dan menjadi tanggungjawab
pihak-pihak terbabit memastikan tafsiran yang tepat dengan merujuk dokumen Building by law
Salah satu peraturan bangunan yang disebut dalam dokumen Building By law adalah seperti
mana berikut (terjemahan dari Uniform Building by Law 1984 G.N.5178/85 muka surat 61):
(5) Pintu halang api termasuk kerangka mesti dibina mengikut spesifikasi memenuhi keperluan
FRP apabila diuji selaras dengan seksyen 3 BS 476: 1951
(a) Pintu dan kerangka yang dibina selaras dengan satu daripada spesifikasi berikut hendaklah
dikira memenuhi keperluan untuk pintu yang mempunyai FRP setengah jam:
(i) Pintu satu daun dengan lebar 900mm x 2100mm tinggi maksimum atau pintu dua
daun dengan 1800mm x 2100mm tinggi maksimum dibina dengan kayu solid jenis
keras (hardwood core) tidak kurang dari 37mm dilamina dengan perekat yang
memenuhi samada BS 745 : “Animal Glue” atau BS 1204”Synthetic resin adhesive
(Phenolic and aminoplastic) untuk kayu” part 1.” Gap-filling adhesive “, atau BS
1444,”Cold setting casein glue” untuk kayu,dilapis dengan plywood pada kedua-dua
muka pintu dengan tebal keseluruhan 43mm dengan penyudah sisi dari jalur sisi
kayu padu dipasang mengikut lebar pintu sepenuhnya. Bagi pintu dua daun, dua sisi
bingkai yang bertemu hendaklah dibuat tetingkat dengan kedalaman 12mm atau
boleh juga ditemukan dengan syarat kelegaannya dipastikan pada jarak minimum.
4 Malaysian Standard meliputi peraturan dan
maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek
dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod
ini akan membantu profesional bangunan dalam
industri pembinaan bagi menentukan dokumen
kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel
prefabricated .
MS 1313 : 1993
Code of practice on large
prefabricated panels.
5 Bahagian Malaysian Standard ini memberi
rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan
jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan
normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas
latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima
jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan
dalam standard ini.
MS 1294 : Part 2 : 1993
Wall and floor tiling : Part 2 : Code
of practice for the design and
installation of external ceramic wall
tiling and mosaics (including terra
cotta and faience slabs).
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 14 Drp:15
UJI DIRI
1. Senaraikan 5 undang-undang kecil bangunan yang berkaitan dengan RUANG
KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN
i …………………………………………………………………….
ii ……………………………………………………………………..
iii …………………………………………………………………….
iv …………………………………………………………………….
v ……………………………………………………………………
2. Senaraikan 5 undang-undang kecil bangunan yang berkaitan KEHENDAK-KEHENDAK
PEMBINAAN
i …………………………………………………………………….
ii ……………………………………………………………………..
iii …………………………………………………………………….
iv …………………………………………………………………….
v ……………………………………………………………………
3. Nyatakan 2 contoh piawaian yang dikenalpasti termaktub dalam Peraturan Bangunan.
i …………………………………………………………………….
ii ……………………………………………………………………..
No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 15 Drp:15
RUJUKAN:
1. Uniform Building By-laws,1984 International law book service
2. Specifications, Codes and Standards
www.aisc.org/content.aspx?id=2884
3. Building Regulations, Applications and Guidance
www.tmbc.gov.uk/cgi-bin/buildpage.pl?mysql=366
4. Safety Precautions for Construction | eHow.com
www.ehow.com › Business
5. The Safety Precautions in a Construction Industry
wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics
6. MALAYSIAN STANDARD
www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd
7. SUMMARY: The Building Bylaw sets out regulations regarding the ...
www.kelowna.ca/.../bylaws/Building%20Bylaw,%201993,%20No.%...
8. ACT of 7 July 994 BUILDING LAW
www.paiz.gov.pl/files/?id_plik=7120

Contenu connexe

Tendances

Slide latihan industri sesi jun 2014 copy
Slide latihan industri sesi jun 2014   copySlide latihan industri sesi jun 2014   copy
Slide latihan industri sesi jun 2014 copytehah27
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunanrezuil
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanAcik Fai Rusz
 
1.1.4 interpret project manager
1.1.4 interpret  project manager1.1.4 interpret  project manager
1.1.4 interpret project managerNatalie Ulza
 
Kompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapKompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapZul Hilmi
 
Kriteria A4 Pengurusan Projek Pembangunan
Kriteria  A4 Pengurusan  Projek  PembangunanKriteria  A4 Pengurusan  Projek  Pembangunan
Kriteria A4 Pengurusan Projek PembangunanKay Karim
 

Tendances (9)

Slide latihan industri sesi jun 2014 copy
Slide latihan industri sesi jun 2014   copySlide latihan industri sesi jun 2014   copy
Slide latihan industri sesi jun 2014 copy
 
undang undang bangunan
undang undang bangunanundang undang bangunan
undang undang bangunan
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohan
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 
1.1.4 interpret project manager
1.1.4 interpret  project manager1.1.4 interpret  project manager
1.1.4 interpret project manager
 
Abstarak
AbstarakAbstarak
Abstarak
 
Azlanmohdnorf
AzlanmohdnorfAzlanmohdnorf
Azlanmohdnorf
 
Kompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkapKompetensi 2 lengkap
Kompetensi 2 lengkap
 
Kriteria A4 Pengurusan Projek Pembangunan
Kriteria  A4 Pengurusan  Projek  PembangunanKriteria  A4 Pengurusan  Projek  Pembangunan
Kriteria A4 Pengurusan Projek Pembangunan
 

En vedette

Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016
Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016
Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016Qodri Sihotang
 
Compartmentation in fire protection system in Building
Compartmentation in fire protection system in BuildingCompartmentation in fire protection system in Building
Compartmentation in fire protection system in BuildingUngku OmarPolytechnic
 
Jarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaran
Jarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaranJarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaran
Jarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaranUngku OmarPolytechnic
 
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaanMerancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaanElmi Hamid
 

En vedette (13)

Sistem pemadam api jenis Co2 system
Sistem pemadam api jenis Co2 systemSistem pemadam api jenis Co2 system
Sistem pemadam api jenis Co2 system
 
Konkrit
KonkritKonkrit
Konkrit
 
Kejuruteraan struktur
Kejuruteraan strukturKejuruteraan struktur
Kejuruteraan struktur
 
Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016
Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016
Desain & analisis struktur mesjid darul hasanah manado 11.06.2016
 
Compartmentation in fire protection system in Building
Compartmentation in fire protection system in BuildingCompartmentation in fire protection system in Building
Compartmentation in fire protection system in Building
 
Jarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaran
Jarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaranJarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaran
Jarak perjalanan maksimum dalam sistem perlindungan kebakaran
 
Ruang akses menentang kebakaran
Ruang akses menentang kebakaranRuang akses menentang kebakaran
Ruang akses menentang kebakaran
 
Konsep pegawasan kebakaran
Konsep pegawasan kebakaranKonsep pegawasan kebakaran
Konsep pegawasan kebakaran
 
Bomba
BombaBomba
Bomba
 
Struktur rangka
Struktur rangkaStruktur rangka
Struktur rangka
 
Fire fighting
Fire fightingFire fighting
Fire fighting
 
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaanMerancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
Merancang tanda tapak, asas bangunan dan binaan
 
UBBL Uniform Building By-Laws 1984
UBBL Uniform Building By-Laws 1984 UBBL Uniform Building By-Laws 1984
UBBL Uniform Building By-Laws 1984
 

Similaire à Kompetensi 3 lengkap

Akta 520 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdf
Akta 520 -  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdfAkta 520 -  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdf
Akta 520 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdfNurulNabilah950363
 
Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Mara
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapAnne Belle
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapZul Hilmi
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONMara
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionMara
 
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 pihak yang terlibat dalam pembinaan pihak yang terlibat dalam pembinaan
pihak yang terlibat dalam pembinaanNorhamnah Mohamad
 

Similaire à Kompetensi 3 lengkap (8)

Akta 520 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdf
Akta 520 -  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdfAkta 520 -  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdf
Akta 520 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 1994.pdf
 
Kebenaran merancang
Kebenaran merancangKebenaran merancang
Kebenaran merancang
 
Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3Unit 2 contract 2.1-2.3
Unit 2 contract 2.1-2.3
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
Kompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkapKompetensi 1 lengkap
Kompetensi 1 lengkap
 
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTIONUnit 1 introduction TO CONSTRUCTION
Unit 1 introduction TO CONSTRUCTION
 
Unit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to constructionUnit 1 introduction to construction
Unit 1 introduction to construction
 
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 pihak yang terlibat dalam pembinaan pihak yang terlibat dalam pembinaan
pihak yang terlibat dalam pembinaan
 

Kompetensi 3 lengkap

  • 1. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp:15 KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION DIVISION) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KURSUS / TRADE TEKNOLOGI PEMBINAAN TAHAP / LEVEL L1 NO. DAN TAJUK MODUL /MODULE NO. AND TITLE M01 INTRODUCTION TO CONSTRUCTION TECHNOLOGY NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT 03 BUILDING REGULATION AND BY-LAWS OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE PERFORMANCE STANDARD TO COMPLY WITH BUILDING REGULATION AND BY LAWS No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 1 Drp: 15 Nama Pelatih : Tarikh: TAJUK : UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PEMBINAAN BANGUNAN TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pelajar berkaitan undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan
  • 2. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 2 Drp:15 PENERANGAN 1.0 PENGENALAN Industri pembinaan masa kini dilihat berkembang dengan pesat dan amat memberangsangkan. Di mana-mana terdapat pembinaan yang akan dibina, sedang dibina dan yang telah siap dibina. Walau pun perkembangan indusri pembinaan begitu menggalakkan namun ia tidak boleh lari dari peraturan-peraturan dan undang-undang bangunan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan. Semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan ini perlulah mematuhi apa-apa yang terkandung dalam “Building By law” dan Peraturan bangunan. “ Building By law” dan Peraturan bangunan adalah undang-undang dan garispanduan bagi menentukan kaedah atau cara apabila berurusan berkaitan pembinaan dan bangunan. Maka sehubungan dengan itu, setiap bangunan atau struktur tidak dibenarkan pembinaannya kecuali dengan pematuhan kepada keperluan-keperluan di bawah kod bangunan dan By law. Dalam keadaan tertentu, inspektor bangunan boleh menetapkan atau meminta pemilik menetapkan apakah kaedah atau jenis pembinaan atau bahan yang akan digunakan dalam pembinaan bangunan atau struktur dengan mematuhi keperluan-keperluan kod bangunan. Oeh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada jurubina bangunan mematuhi keperluan-keperluan yang telah digariskan. 2.0 BUILDING BY LAW Building by law diperlukan sebagai garis panduan bagi memastikan peraturan dan undang- undang pembinaan bangunan atau struktur diikuti dan dipatuhi. Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan setempat (council) jika berlaku ketidakpatuhan berasaskan kehendak Building by law.  Building By law adalah dokumen undang-undang yang mengandungi akta-akta perundangan, kod-kod bangunan dan peraturan-peraturan
  • 3. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 3 Drp:15 bangunan yang mengisytiharkan peraturan berkaitan pembinaan, pindaan, pembaikan atau perobohan bangunan dan struktur. Artikel 1 dalam ACT of 7 july 1994, Building By Law menyebut; ( The Act – Building Law, hereinafter referred to as “the Act”, shall regulate the activity which consists in design, construction, maintenance and demolition of building objects and govern the rules of activity of the public administration authorities in these areas.) Contoh:  Building By Law mengisytiharkan maklumat yang diperlukan untuk diguna bagi permit bangunan, permit yuran dan keadaan di mana permit bangunan tidak diperlukan.  Building By Law juga menghuraikan kuasa dan duti inspektor bangunan dan pengeluaran permit mendiami. 3.0 PERATURAN BANGUNAN Peraturan bangunan ditafsir sebagai dokumen lampiran bagi menghurai , mentafsir dan menyokong apa yang termaktub di dalam Building By Law. Ia merupakan satu komponen dalam building by law. Mana-mana pihak yang hendak melakukan kerja-kerja bangunan yang tertakluk di bawah Peraturan Bangunan perlu mematuhi peraturan tersebut. Pihak berkuasa tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang jika berlaku perlanggaran perjanjian dengan merujuk akta yang terkandung dalam Building By Law.  Peraturan bangunan adalah huraian garis panduan untuk membina bangunan dengan kaedah yang telah dilulus dan disahkan berdasarkan keperluan dalam Building by Law  Ia di wujudkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan manusia yang berada di dalam dan sekitar semua jenis bangunan.  Ia mengandungi maklumat berkaitan peraturan-peraturan bangunan dan sistem kawalan bangunan. Akta 133 Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 Kuasa PBT berhubung tanggungjawab perancangan jalan, parit dan bangunan di dalam kawasan pentadbirannya.
  • 4. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 4 Drp:15  Ia juga menyediakan pemeliharaan tenaga seperti juga memastikan akses dan fasiliti bagi OKU mencukupi.  Peraturan bangunan mengandungi beberapa seksyen yang berurusan dengan definasi dan prosedur. Ia merancang prinsip-prinsip yang akan disertakan dalam rekabentuk di mana kerja-kerja bangunan bagi semua jenis bangunan dilaksanakan.  Huraian garis panduan disebut sebagai Keperluan. Keperluan-keperluan yang spesifik digariskan melalui standard yang diwartakan seperti British Standard (BS) dan Malaysian Standard (MS). 3.1 Prosedur Peraturan Bangunan Peraturan Bangunan mengandungi prosedur dan keperluan-keperluan teknikal dalam proses pembinaan. Ia perlu dipatuhi bagi menghasilkan struktur bangunan yang berkualiti memenuhi keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan. Peranan Peraturan bangunan ialah :  Mentafsir jenis bangunan, elektrikal dan perpaipan; dan apakah yang membuatkannya tertakluk kepada aplikasi Peraturan Bangunan  Keperluan bahan dan kemahiran kerja  Keperluan bagi prestasi teknikal dalam kerja bangunan  Menentukan apakah jenis bangunan dan kerja bangunan yang terkecuali daripada aplikasi Peraturan Bangunan.  Menjelaskan yang mana satu kerja yang boleh diperakui dan dikompetenkan oleh individu yang bertanggungjawab sebagai mematuhi Peraturan Bangunan.  Mengisytiharkan prosedur pemberitahuan bila kerja bermula, dilaksana dan penyiapan kerja-kerja bangunan.  Merancang prosedur commisioning dan pengujian bagi semua perkhidmatan pemasangan yang baru dilakukan.  Merancang perincian dan sijil ujian yang perlu disediakan apabila bangunan baru disiapkan atau diduduki.
  • 5. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 5 Drp:15 4.0 UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN  Undang-Undang Kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil Bangunan.  Undang-Undang Kecil ini hendaklah terpakai kepada semua projek bangunan yang di bina. 4.1 PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN  Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.  Jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.  Di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan,lukisan atau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan. Tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan waiar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda mengikut mana berkenaan bangunan itu.  Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan tidak berkenaan, mengandungi yang berikut: (a) suatu pelan tapak yang menunjukkan- (i) tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan nombor lot dan nombor seksyennya; (ii) jalan masuk ke tapak itu dan jalan dan nama jalan itu; (iii) jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan dengan terang atas salah satu daripada pelan-pelan itu; (iv) dimensi lot itu; (v) garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air kotor dan takat kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu; (vi) skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan yang bersampingan; (vii) dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan;
  • 6. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 6 Drp:15 (viii) semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang dicadangkan untuk membaikkan jalan, sungai atau saliran dan yang seumpamanya, jika berkenaan, menunjukkan lebar jalan baharu atau jalan baharu yang dicadangkan itu serta sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran sekali; (ix) paras tanah tapak yang sedia ada dan yang dicadangkan. 4.2 RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN  Tiap-tiap bangunan yang didirikan hendaklah, mempunyai ruang udara secara mencukupi dan kekal.  Apabila sesuatu ruang terbuka telah diperuntukkan berhubungan dengan sesuatu bangunan menurut Undang-Undang Kecil ini, tiada seorang pun, tanpa kebenaran bertulis daripada Dato Bandar boleh- (a) membuat atau menyenggara atau membenarkan dibuat atau disenggara apa-apa perubahan dalam ruang terbuka itu; atau (b) membina atau menyenggara atau membenarkan dibina atau disenggara suatu bumbung alas mana-mana bahagiannya yang akan mengurangkan kawasan ruang terbuka itu.  Saiz minimum bagi setiap ruang udara jika diadakan dalam semua bangunan adalah seperti berikut: (i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 7 meter persegi; (ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 9 meter persegi; (iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 11 meter persegi; (iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 13 meter persegi; (v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 15 meter persegi.  Lebar minimum bagi ruang udara itu pada mana-mana sisinya ialah 2.5 meter.  Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi, bilik kediaman yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.  Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 2.1 meter.
  • 7. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 7 Drp:15  Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.  Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah- (a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter; (b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter; (c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter. 4.3 KERJA--KERJA SEMENTARA BERHUBUNGAN DENGAN KERJA-KERJA BANGUNAN  Apabila sesuatu kerja bangunan dimulakan, orang yang bertanggungjawab atas pembinaan bangunan itu hendaklah mempamerkan suatu papan yang menunjukkan nama, alamat dan nombor telefon orang yang mengemukakan dan kontraktor bangunan.  Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan melainkan suatu papan dinding pelindung yang mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar didirikan untuk mengasingkan bangunan itu dari jalan atau lorong jalan.  Akses kenderaan ke tapak itu boleh dihadkan pada waktu-waktu tertentu untuk mengelakkan daripada menghalang aliran lalu lintas jika didapati perlu.  Bagi bangunan yang direkabentuk melebihi tinggi 18 meter hingga ke lantai penuh tertinggi sekali, sesalur-sesalur naik mengikut undang-undang kecil 232 hendaklah dipasang sebaik sahaja selepas bangunan itu melebihi tinggi tersebut untuk mengadakan kemudahan-kemudahan mencegah kebakaran dalam masa berbagai peringkat pembinaan itu.  Semasa pembinaan dinding-dinding luar yang tinggi strukturnya melebihi 12.2 meter, pelantar perangkap hendaklah dipasang di sepanjang bahagian luar dinding tersebut. 4.4 KEHENDAK-KEHENDAK STRUKTUR  Apa-apa bahan yang digunakan – (a) bagi mendirikan sesuatu bangunan; (b) bagi mengubah atau menambah struktur sesuatu bangunan; (c) bagi melaksanakan kerja-kerja atau memasangkan pasangan-pasangan, iaitu kerja-kerja atau pasangan-pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini dipakai; atau
  • 8. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 8 Drp:15 (d) bagi mengambus mana-mana korekan alas tapak berhubungan dengan sesuatu bangunan atau kerja atau pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang- Undang Kecil ini dipakai, hendaklah- i) Daripada jenis dan kualiti yang sesuai berhubungan dengan maksud- maksud dan keadaan-keadaan yang digunakan; ii) Dicampur atau disediakan dengan secukupnya; dan iii) Dipakai, diguna atau dipasangkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang baginya ia direkabentuk dengan secukupnya.  Asas tapak sesuatu bangunan hendaklah - a) Menahan dan memindahkan dengan selamat ke tanah gabungan beban mati, beban gun a dan beban angin lecara yang tidak menyebabkan apa-apa pengenapan nelebihi had-had yang direkabentuk baginya atau gerakan lain yang boleh mencacatkan kestabilan atau nenyebabkan kerosakan kepada seseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan itu atau sesuatu bangunan atau kerja yang bersampingan; b) Diturunkan hingga ke sekian dalam, atau dibina sedemikian, supaya boleh melindungi bangunan itu daripada kerosakan oleh pengembangan dan pengecutan tanah bawah; dan c) Boleh merintangi dengan secukupnya apa-apa serangan ulat atau daripada apa-apa bahan perosak yang ada dalam tanah bawah itu. 4.5 KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN  Tiada sesuatu bangunan boleh didirikan atas mana-mana tapak yang telah dikambus dengan apa-apa bahan yang bercampur dengan jirim najis, binatang atau sayur- sayuran, sehingga seluruh permukaan tanah atau tapak bangunan itu telah dijadikan atau menjadi tidak berbahaya dan telah ditambak dengan selapis tanah bukit, teras keras, batu hangus atau abu yang dihentak-asak sehingga sekurang-kurangnya 300 milimeter tebal.  Apabila kelembapan atau kedudukan tapak sesuatu bangunan menyebabkannya perlu, tanah bawah tapak itu hendaklah disalirkan secukupnya atau disalinkan secukupnya atau hendaklah diambil sesuatu langkah lain yang akan melindungi secukupnya bangunan itu daripada kerosakan oleh sebab kelembapan.
  • 9. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 9 Drp:15  Jika semasa membuat korekan bagi sesuatu bangunan, parit bawah tanah yang sedia ada dijumpai, parit itu hendaklah sama ada dilencungkan atau diganti dengan paip-paip daripada bahan yang diluluskan untuk mempastikan air bawah tanah mengalir secara berterusan melalui parit itu dengan sesuatu tara yang akan mempastikan bahawa tidak ada air bawah tanah yang memasuki parit itu menyebabkan kelembapan kepada tapak bangunan itu.  Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.  Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu  Tangga yang lebarnya lebih daripada 2200 milimeter hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi setiap 2200 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak yang hampir-hampir saran.  Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tangga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebih.  Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 915 milimeter lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih daripada 4.25 meter dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.  Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat tingginya: (a) Bangunan kediaman berasingan; (b) Bangunan kediaman berkembar; (c) Rumah teres; (d) Di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan (e) Bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara Dato Bandar  Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.
  • 10. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 10 Drp:15  Semua bumbung bangunan hendaklah dibina supaya boleh disalurkan dengan berkesan kepada saluran, talang, pelongsor atau palung yang sesuai dan mencukupi yang hendaklah disediakan mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini bagi menerima dan membawa semua air yang mungkin jatuh di atas dan daripada bumbung itu.  Semua bangunan kediaman empat tingkat dan lebih hendaklah disediakan dengan pelongsor sampah melainkan cara lain bagi pembuangan sampah seperti sistem bekas induk, unit pembuangan dalam sink, sistem Garchey dan sistem penekan atas tapak dipasangkan.  Bagi bangunan bukan kediaman, pelongsor sampah tidak boleh dibenarkan. Pembuangan sampah dan sampah-sarap dalam bangunan tersebut hendaklah melalui lit pekerja atau dengan cara-cara lain yang memuaskan Dato Bandar.  Bagi semua bangunan bukan kediaman yang melebihi 3 tingkat di atas atau di bawah paras akses utama, sekurang.-kurangnya satu lif hendaklah disediakan. 4.6 KEHENDAK-KEHENDAK MENENTANG KEBAKARAN  Cara gerakan menentang kebakaran hendaklah dimulakan dengan suatu isyarat daripada panel penggera kebakaran yang boleh dihidupkan secara automatik oleh satu daripada alat-alat penggera dalam bangunan itu atau dengan tangan. 4.7 PENGGERA KEBAKARAN, PENGESAN API, PEMADAM API DAN AKSES MENETANG KEBAKARAN  Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan cara-cara mengesan dan memadam api dan dengan penggera kebakaran bersama-sama dengan tanda tempat keluar bercahaya mengikut kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Kesepuluh Undang-Undang Kecil ini.  Injap semburan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat dan berkepung pada dinding luar dan hendaklah sentiasa boleh didapatkan oleh Pihak Berkuasa Bomba.  Tiap-tiap bangunan hendaklah dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya satu pili bomba yang ditempatkan tidak lebih daripada 91.5 meter daripada tempat akses pasukan bomba yang terdekat sekali.
  • 11. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 11 Drp:15  Bangunan-bangunan yang mana tingkat paling atasnya adalah lebih daripada 18 meter di atas paras akses perkakas bomba hendaklah dilengkapkan dengan cara mendapatkan akses dan menentang kebakaran daripada dalam bangunan itu yang terdiri daripada ruang akses menentang kebakaran, tangga menentang kebakaran, lif bomba dan sistem pancur kering atau basah. 5.0 PERINCIAN KOD BANGUNAN DAN PERATURAN BANGUNAN Kaedah pembinaan yang menepati standard adalah menjadi keutamaan dalam industri pembinaan masa kini.Setiap kaedah yang diguna dan dipraktik perlu merujuk kepada sesuatu standard yang diwartakan seperti termaktub Building by law dan Kod Bangunan (komponen penting dalam Building by law) .Beberapa contoh piawaian yang dikenalpasti termaktub dalam Peraturan Bangunan menguna pakai standard British (BS) dan Standard Malaysia (MS). Standard pembinaan yang dikenalpasti yang merujuk kepada Malaysian Standard dan British Standard adalah seperti berikut Perincian Kod Bangunan - British standard (BS) BIL KETERANGAN KOD AMALAN BS 1 Stair, Ladder and Walkway Rekomendasi bagi rekabentuk tangga industri,laluan jalan kaki,platform,tangga tetap BS5395: Part 3:1985 Kod amalan untuk rekabentuk jenis tangga industri,tangga tetap dan laluan jalan kaki 2 Berasaskan kepada penetapan gred konkkrit. Gred konkkrit minimum ditetapkan bagi jenis elemen yang berbeza: 20N/mm2 bagi konkkrit bertetulang , 30N/mm2 bagipost-tensioned prestressed concrete dan 40N/mm2 for pre- tensioned prestressed concrete. BSCP110; 1972 Kod amalan untuk rekabentuk struktur menggunakan konkrit 3 Penetapan minimum 28-hari kekuatan kiub pada 6000lb/sq. inch (approximately 41N/mm2 ) untuk pre-tensioned concrete dan 4500lb/sq. inch (approximately 31N/mm2 ) untuk konkrit post- tensioned . BS CP115 ; 1959 Kod amalan untuk rekabentuk struktur menggunakan konkrit prategasan untuk pembinaan bangunan
  • 12. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 12 Drp:15 Malaysian standard (MS) 4 Penetapan tiga konkrit nominal dengan bancuhan asas simen:batu baur halus: batu baur kasar ratio dengan isipadu, 1:1:2, 1:1½:3 and 1:2:4. Minimum 28-hari kekuatan kiub untuk tiga bancuhan diberi 4500, 3750 dan 3000lb/sq. inch masing-masing (i.e. approximately 31, 26 and 21N/mm2 ). BS P114 ; 1948 Kod amalan bagi rekabentuk struktur menggunakan konkkrit bertetulang untuk pembinaan bangunan 5 Penetapan konkrit gred 5 pada jajaran antara Gred A (3000lb/sq. inch atau approximately 21N/mm2 ) hingga gred E (7500lb/sq. inch atau approximately 52N/mm2 ). BS CP 116: 1965 Kod amalan bgi rekabentuk menggunakan konkrit precast BIL KETERANGAN KOD AMALAN MS 1 Rekomen bagi menggunakan konkrit berstruktur pada bangunan dan strukturnya tidak termasuk jambatan dan konkrit bersturuktur yang dibuat dengan simen alumina. Rekomendasi bagi kekuatan ini telah disediakan dengan anggapan yang semua elemen galas beban cth; slab,kolum dan tembok adalah dibina dari konkrit MS 1195 : Part 1 : 1991 Code of practice for structural use of concrete : Part 1 : Design and construction. 2 Berkaitan dengan rasuk yang dibina samada dari jenis rolled or built-up structural steel sections, dengan atau tanpa encasement konkrit , bertindak sepertimana slab konkrit in –situ . Termasuk simbol untuk diguna dalam pengiraan. MS 415 : Part 1 : 1976 Code of practice for composite construction in structural steel and concrete : Part 1: Simply supported beams in buildings. 3 standard yang menentukan struktur minimum ,keperluan pengilangan dan keperluan kualiti bagi kelas M, kelas J and kelas S cerucuk konkrit precast yang mahu diguna kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan sivil MS 1314 : Part 3 : 2004 Precast concrete piles : Part 3 : Precast reinforced concrete square piles (RC piles) Class M, Class J and Class .
  • 13. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 13 Drp:15 Perincian Peraturan Bangunan Dalam urusan tertentu seperti kontrak dan tender, peraturan bangunan dinyatakan dalam bentuk kod. Kod dinyatakan dalam bentuk nombor siri yang merujuk kepada spesifikasi dan peraturan tertentu (cth BSP114 ;1948 seperti yang dinyata dalam jadual diatas) .Maka dalam penetapan sesuatu standard,hanya nombor kod yang dinyatakan dan menjadi tanggungjawab pihak-pihak terbabit memastikan tafsiran yang tepat dengan merujuk dokumen Building by law Salah satu peraturan bangunan yang disebut dalam dokumen Building By law adalah seperti mana berikut (terjemahan dari Uniform Building by Law 1984 G.N.5178/85 muka surat 61): (5) Pintu halang api termasuk kerangka mesti dibina mengikut spesifikasi memenuhi keperluan FRP apabila diuji selaras dengan seksyen 3 BS 476: 1951 (a) Pintu dan kerangka yang dibina selaras dengan satu daripada spesifikasi berikut hendaklah dikira memenuhi keperluan untuk pintu yang mempunyai FRP setengah jam: (i) Pintu satu daun dengan lebar 900mm x 2100mm tinggi maksimum atau pintu dua daun dengan 1800mm x 2100mm tinggi maksimum dibina dengan kayu solid jenis keras (hardwood core) tidak kurang dari 37mm dilamina dengan perekat yang memenuhi samada BS 745 : “Animal Glue” atau BS 1204”Synthetic resin adhesive (Phenolic and aminoplastic) untuk kayu” part 1.” Gap-filling adhesive “, atau BS 1444,”Cold setting casein glue” untuk kayu,dilapis dengan plywood pada kedua-dua muka pintu dengan tebal keseluruhan 43mm dengan penyudah sisi dari jalur sisi kayu padu dipasang mengikut lebar pintu sepenuhnya. Bagi pintu dua daun, dua sisi bingkai yang bertemu hendaklah dibuat tetingkat dengan kedalaman 12mm atau boleh juga ditemukan dengan syarat kelegaannya dipastikan pada jarak minimum. 4 Malaysian Standard meliputi peraturan dan maklumat teknikal bagi pelaksanaan projek dimana panel prefabricated besar digunakan.Kod ini akan membantu profesional bangunan dalam industri pembinaan bagi menentukan dokumen kontrak bagi pembinaan dan pemasangan panel prefabricated . MS 1313 : 1993 Code of practice on large prefabricated panels. 5 Bahagian Malaysian Standard ini memberi rekomendasi bagi rekabentuk dan pemasangan jubin dinding luaran dan mozek dalam keadaan normal . Ianya berurusan dengan jenis dan kelas latarbelakang dan kesesuaiannya bagi menerima jubin menggunakan kaedah yang dihuraikan dalam standard ini. MS 1294 : Part 2 : 1993 Wall and floor tiling : Part 2 : Code of practice for the design and installation of external ceramic wall tiling and mosaics (including terra cotta and faience slabs).
  • 14. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 14 Drp:15 UJI DIRI 1. Senaraikan 5 undang-undang kecil bangunan yang berkaitan dengan RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN i ……………………………………………………………………. ii …………………………………………………………………….. iii ……………………………………………………………………. iv ……………………………………………………………………. v …………………………………………………………………… 2. Senaraikan 5 undang-undang kecil bangunan yang berkaitan KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN i ……………………………………………………………………. ii …………………………………………………………………….. iii ……………………………………………………………………. iv ……………………………………………………………………. v …………………………………………………………………… 3. Nyatakan 2 contoh piawaian yang dikenalpasti termaktub dalam Peraturan Bangunan. i ……………………………………………………………………. ii ……………………………………………………………………..
  • 15. No. Kod : WTP 101 /MO1/P(1/1) Muka: 15 Drp:15 RUJUKAN: 1. Uniform Building By-laws,1984 International law book service 2. Specifications, Codes and Standards www.aisc.org/content.aspx?id=2884 3. Building Regulations, Applications and Guidance www.tmbc.gov.uk/cgi-bin/buildpage.pl?mysql=366 4. Safety Precautions for Construction | eHow.com www.ehow.com › Business 5. The Safety Precautions in a Construction Industry wawalker123.hubpages.com › ... › Workplace Ethics 6. MALAYSIAN STANDARD www.unimap.edu.my/.../184130_MS_ISO_9001_2008_full_pdf.pd 7. SUMMARY: The Building Bylaw sets out regulations regarding the ... www.kelowna.ca/.../bylaws/Building%20Bylaw,%201993,%20No.%... 8. ACT of 7 July 994 BUILDING LAW www.paiz.gov.pl/files/?id_plik=7120