1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
TAHUN 5
Nama Kelas : 5 Dedikasi
Bilangan : 25 orang
Tarikh : 22 Jun, 2006
Masa : 2.30 ptg – 3.30 ptg
Tema : Persekitaran
Tajuk : Ikan-ikanku
Hasil Pembelajaran Eksplisit:
Fokus Utama :
1. Pelajar dapat bertutur dan menulis bahan puisi dengan ayat yang betul dan gramatis.
2. Bercerita mengenai perkara yang didengar dan dilihat.
Fokus Sampingan:
1. Dapat melakonkan watak-watak yang terdapat secara spontan
2. Dapat menulis puisi berdasarkan pemahaman cerita yang dituturkan.
Pengetahuan Sedia Ada:
1. Murid pernah melihat dan menangkap ikan.
2. Murid pernah pulang ke kampung
3. Murid pernah melakukan aktiviti menyanyi dan bercerita sambil membuat pergerakan.
Penerapan nilai murni:
Kasih sayang, menghargai alam
Bahan: Power point, petikan, kertas mahjong, warna krayon, gitar, rakaman muzik, model ikan, kain.
Penggabungjalinan: sains, sastera, sosioemosi, kreativiti, moral,
Hubungkait: Seni dalam pendidikan:
Muzik - Nyanyian Lagu Ikan Kekek.
Seni Visual - Menghasilkan ilustrasi berdasarkan tajuk “Ikan-ikanku”.
Pergerakan - Melakukan gerakan kreatif gaya ikan.
2. Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Bahan/Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Teka Barang:
Model Ikan
Lagu;
Ikan kekek mak iloi-iloi,
Ikan gelama mak ilai-ilai,
Dapat bini cantiknya amboi,
Tapi ketawa mengilai-ngilai.
Tajuk:
“Ikan-ikanku”
1. Guru membawa model ikan dan menyuruh murid meneka.
2. Guru bersoaljawab tentang ikan.
3. Guru memaparkan senikata lagu.
4. Guru menyanyikan Lagu Ikan Kekek dan murid- murid mengikut sambil bergerak mengikut senikata lagu dan muzik.
5. Guru memperkenalkan tajuk
Bahan
Model ikan
lagu
Muzik
(power point)
kain
KBKK:
Menjana idea
Lampiran 1
(lirik lagu)
Langkah 1
(10 minit)
Membaca petikan:
Siakap, sinohong, gelama, ikan duri,
Bermain-main wajahnya cantik berseri,
Berenang-renang sambil menari,
Ke kiri ke kanan, ke kanan ke kiri,
Berenang-renang sambil menyanyi
Ah! Gelap gelita
Tiada apa yang kelihatan, satu-satu rebah,
Mengelupar,
Tidak bermaya dan kaku
Kolam sini sunyi sepi.
Soaljawab secara lisan
Murid bercerita secara lisan.
Aras:
Bercerita mengenai perkara yang didengar dan dilihat.
1. Guru berpuisi dan bercerita mengenai ikan secara lisan.
2. Guru bersoaljawab tentang isi penting dalam petikan.
3. Murid dapat menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan secara lisan.
4. Murid bercerita mengenai isi kandungan petikan tersebut.
Penilaian:
Murid-murid dapat menjawab soalan kefahaman dan bercerita secara lisan.
Bahan:
Lampiran 2
(Petikan)
Sosioemosi
Bahasa
Kreativiti
Kajian Masa Depan
3. Langkah 2
(20 minit)
Langkah 3
(20 minit)
Persembahan mengikut kumpulan berdasarkan petikan.
Pembahagian kumpulan:
Teknik Koperatif.
1. kumpulan ikan siakap
2. kumpulan ikan gelama
3. kumpulan ikan sinohong
4. kumpulan ikan duri
Tatabahasa:
Kosa kata
1. mengelupar
2. rebah
3. kaku
4. bermaya
Mencipta puisi mengikut kumpulan
masing-masing.
Menghasilkan ilustrasi yang sesuai dan menarik berdasarkan hasil puisi kumpulan.
Memberi komen dan pendapat
Aras:
Dapat melakonkan watak-watak yang terdapat secara spontan
1. Guru membahagikan kumpulan mengikut kad nama ikan.
2. Murid-murid berkumpul dalam kumpulan
3. Guru memberi arahan kepada murid
4. Murid melakonkan drama berdasarkan deklemasi sajak.
5. Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang menang.
6. Murid-murid membina ayat dari perkataan yang diberi.
Penilaian:
Murid-murid dapat
Membaca puisi dan melakonkan watak-watak mengikut petikan.
Aras:
Dapat menulis puisi berdasarkan pemahaman cerita yang dituturkan.
1. Guru memberi arahan
2. Murid-murid mencipta puisi secara bersama dalam kumpulan.
3. Guru menyuruh murid membuat ilustrasi berdasarkan puisi yang mereka cipta
4. Guru menyuruh murid membacakan hasil karya mereka dan menampalkan hasil kerja murid-murid.
Kreativiti
Pembelajaran Koperatif
Teori Kecerdasan Pelbagai
Pergerakan
Drama
Muzik latar
Kreativiti
Seni Visual
Bahasa
Moral
4. Penutup
(5 minit)
Pemulihan:
Ciri-ciri Ikan
Pengayaan:
Mencipta pantun teka- teki berdasarkan tema ikan.
1. Soaljawab dan rumusan
2. menyanyikan lagu
“Ikan kekek”
5. Murid-murid lain boleh memberi pendapat kumpulan manakah yang terbaik dan tercantik ilustrasinya.
Penilaian:
Murid dapat mencipta puisi dan menghasilkan illustrasi.
1. Guru bersoaljawab dan membuat rumusan
2. Guru dan murid menyanyikan lagu.
KBKK: mencirikan
Penerapan Nilai:
Kasih sayang
Menghargai alam