3. BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April
571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa
tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu
Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih
dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
4. SEJARAH HIDUP BAGINDA
SECARA RINGKAS
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda
dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan
dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh
bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu.
5. USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan
itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah
sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti
Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang
Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah
sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula
Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW
diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus
meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal
tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
6. KURMA
Rasulullah (SAW) berkata bahawa
sebuah rumah
tanpa Kurma tidak
mempunyai makanan.
Rasulullah (SAW) amat suka anggur membersihkan darah, memberi tenaga dan
kesihatan, menguatkan buah pinggang dan
membersihkan usus.
7. MADU
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur
dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan.
Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu
sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalanamalan ini ialah:
1) Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2) Mencuci perut
3) Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4) Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan
sedu
5) Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.