SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Télécharger pour lire hors ligne
RENUNGAN 1 - ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabis.w.a., bahwasanya
baginda bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka
apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas
setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu
adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya
sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan
mentertawakannya.

 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana
sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama
ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang
menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana
yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam
ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan
hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
RENUNGAN 2 - FADHILAT AL-QURAN

1.Membaca 10 ayat dalam satu malam

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca 10 ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan di kalangan
orang-orang yang lalai"

Ianya cuma mengambil masa beberapa minit saja untuk membaca 10 ayat. Berbuat demikian
akan menyelamatkan seseorang itu daripada digolongkan di kalangan orang-orang lalai bagi
malam tersebut. Ini adalah ganjaran yang begitu besar sekali.

2.Membaca 100 ayat dalam satu malam

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa menjagai 5 kali sembahyangnya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang
yang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan di
kalangan orang-orang yang taat"

Ada lagi hadith yang memberikan kelebihan membaca Al_Quran sebanyak 100, 200, 500 hingga
1000 ayat dalam satu malam. Baik bagi kita cuba amalkan hadith yang pertama dulu sebagai
amalan bagi malam hari kita sebagai permulaan. Kalau sebelum tidur kita membaca buku, surat
khabar, majalah dan sebagainya eloklah dilatih diri kita dengan membaca Al-Quran sebanyak
10 ayat sekurang-kurangnya.

3. Kelebihan surah Yasin

Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. diberitakan telah
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan
dipenuhi"

Ada banyak lagi kelebihan surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Di
antaranya adalah seperti berikut:

a. Adalah dikatakan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati,
dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah s.w.t. akan
menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak 10 kali."

b. Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin
berada di setiap hati ummatku."

c. Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan
diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan
kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya
semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang, akan mendapatnya semula, dan
bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu
akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan
dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar untuk
melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya."



Untuk makluman selanjutnya, bahawa tiada nas dari Nabi Muhammad saw. Mengenai kelebihan
membaca surah Yassin pada malam jumaat. Ulama menyarankan membacanya pada malam
jumaat kerana menghormati kemulian yang terdapat pada malam jumaat.
RENUNGAN 3 - KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Kelebihan berdoa pada hari Jumaat

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., bahawasanya beliau bersabda
yang bermaksud:

"Allah menciptakan nabi Adam pada hari Jumaat dan menempatkannya di dalam syurga pada
hari Jumaat, dan mengeluarkannya daripada syurga pada hari Jumaat, dan bertaubat ia pada
hari Jumaat. Dan hari Jumaat itu adalah hari yang sangat mustajab bagi hamba yang islam untuk
berdoa kepada Allah"

2. Kelebihan mengadakan perhubungan dan pernikahan pada hari Jumaat

Diriwayatkan daripada Muslim bin Abdullah, daripada Said bin Jubir, daripada Anas bin Malik r.a.,
dia berkata:


Rasulullah s.a.w. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: "Hari
Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan".

Tanya sahabat: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu ya Rasulullah?"

Jawab nabi: "Kerana bahawasannya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu"

Sebahagian ulama berkata ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari
Jumaat seperti di bawah:

i. Pernikahan nabi Adam a.s. dengan Hawa
ii. Pernikahan nabi Yusof a.s dengan Zulaikha
iii. Pernikahan nabi Musa a.s. dengan Shafura (anak nabi Su'aib a.s.)
iv. Pernikahan nabi Sulaiman a.s dengan ratu Balqis
v. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha
vi. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Aisyah r.anha
vii. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a. dengan Fatimah Az-Zahra r.anha
RENUNGAN 4 - FADHILAT ZIKIR

Muaz ibnu Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. Pernah bersabda yang bermaksud:

"Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa
kubur daripada zikrullah"

Keterangan:

Kedasyatan siksa kubur tentunya telah diketahui oleh orang-orang yang pernah menbaca hadith-
hadith yang mengandungi keterangan-keterangan siksa kubur itu.

Setiap kali Usman r.a. menziarahi perkuburan maka beliau menangis terisak-isak sehingga
membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau:

"Tuan tidak pernah menangis tatkala tuan mendengar perkabaran-perkabaran tentang syurga
dan neraka seperti mana tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini"

Beliau menjawab:

"Kubur ini adalah merupakan persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke alam
akhirat. Barang siapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka
persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barang
siapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka ia akan mengalami berbagai
kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya".

Selanjutnya beliau berkata:

"Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada
kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kubur ".

Siti Aisyah r.anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap sembahyang adalah baginda
Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan dari siksa kubur.

Zaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku
berdoa kepada Alla s.w.t. supaya ia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab
siksa kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa kubur kecuali makhluk-makhluk
manausia dan jin"

Keterangan:

Diberitakan dalam sebuah hadith bahawa sekali baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam satu
perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai baginda enggan kemuka seolah-
olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ.

Seorang bertanya: "Kenapa sedemikian ini Ya Rasulullah s.a.w.?"

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang yang sedang disiksa didalam kuburnya.
Suara siksa kubur ini terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan
kemuka.

Dalam sebuah hadith ada diberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. melalui dua kubur lalu
baginda bersabda:

"Ahli kedua-dua kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang
lagi disiksa kerana ia tidak menjaga kebersihan ketika ia beristinja (buang isr kecil)".

Ibnu Hajar Makki rah.a. menulis bahawa menurut hadith yang sah kebanyakan siksa kubur
dikenakan ialah kerana tidak dijaganya kebersihan istinja itu.

Adalah dilaporkan oleh sebuah hadith bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di
dalam kubur ialah mengenai istinja.

Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya.
Wasaalam.

Contenu connexe

Tendances

Dalil Selawat.
Dalil Selawat.Dalil Selawat.
Dalil Selawat.
Ibnu Ahmad
 
Amal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanAmal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkan
mr_haryono
 
Kepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrah
Kepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrahKepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrah
Kepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrah
Erman Hidayat
 
Amalan Di Bulan Zulhijjah
Amalan Di Bulan ZulhijjahAmalan Di Bulan Zulhijjah
Amalan Di Bulan Zulhijjah
frubo
 

Tendances (18)

Dalil Selawat.
Dalil Selawat.Dalil Selawat.
Dalil Selawat.
 
HIKMAH ISRA' & MI'RAJ
HIKMAH ISRA' & MI'RAJHIKMAH ISRA' & MI'RAJ
HIKMAH ISRA' & MI'RAJ
 
Perawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyah
Perawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyahPerawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyah
Perawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyah
 
Amal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkanAmal2 disyaritkan
Amal2 disyaritkan
 
Tabarruk
Tabarruk Tabarruk
Tabarruk
 
Tata Cara Menguburkan Jenazah
Tata Cara Menguburkan JenazahTata Cara Menguburkan Jenazah
Tata Cara Menguburkan Jenazah
 
Surat utama Al-quran
Surat utama Al-quranSurat utama Al-quran
Surat utama Al-quran
 
Kepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrah
Kepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrahKepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrah
Kepahlawanan abu bakar ash shiddiq di saat hijrah
 
Kitab orang yang terhalang
Kitab orang yang terhalangKitab orang yang terhalang
Kitab orang yang terhalang
 
Tanya jawab keutamaan sahabat
Tanya jawab  keutamaan sahabatTanya jawab  keutamaan sahabat
Tanya jawab keutamaan sahabat
 
Bab 3 lanjutan hadits-hadits ttg Sabar riyadus shalihin ppt
Bab 3 lanjutan hadits-hadits ttg Sabar riyadus shalihin pptBab 3 lanjutan hadits-hadits ttg Sabar riyadus shalihin ppt
Bab 3 lanjutan hadits-hadits ttg Sabar riyadus shalihin ppt
 
Riyadhus Shalihin Bab 1 -3 ppt
Riyadhus Shalihin Bab 1 -3 pptRiyadhus Shalihin Bab 1 -3 ppt
Riyadhus Shalihin Bab 1 -3 ppt
 
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin AufRahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
Rahasia Sukses Bisnis Abdurahman bin Auf
 
Amalan Di Bulan Zulhijjah
Amalan Di Bulan ZulhijjahAmalan Di Bulan Zulhijjah
Amalan Di Bulan Zulhijjah
 
Doa bepergian
Doa bepergianDoa bepergian
Doa bepergian
 
Topik 8 keperibadian Rasulullah saw
Topik 8 keperibadian Rasulullah sawTopik 8 keperibadian Rasulullah saw
Topik 8 keperibadian Rasulullah saw
 
Bab 3 hadits 1 Riyadus Shalihin PPT
Bab 3  hadits 1 Riyadus Shalihin PPTBab 3  hadits 1 Riyadus Shalihin PPT
Bab 3 hadits 1 Riyadus Shalihin PPT
 
Nota KHAS Surah Al-Mulk
Nota KHAS Surah Al-MulkNota KHAS Surah Al-Mulk
Nota KHAS Surah Al-Mulk
 

En vedette (12)

B sc_I_General chemistry U-II Ionic equilibria in aqueous solution
B sc_I_General chemistry U-II Ionic equilibria in aqueous solution B sc_I_General chemistry U-II Ionic equilibria in aqueous solution
B sc_I_General chemistry U-II Ionic equilibria in aqueous solution
 
Modelling the Atomic and Molecular Gas in Galaxies and Comparisons wih GASS a...
Modelling the Atomic and Molecular Gas in Galaxies and Comparisons wih GASS a...Modelling the Atomic and Molecular Gas in Galaxies and Comparisons wih GASS a...
Modelling the Atomic and Molecular Gas in Galaxies and Comparisons wih GASS a...
 
Kinetic Theory Of Gas
Kinetic Theory Of GasKinetic Theory Of Gas
Kinetic Theory Of Gas
 
Packing factor
Packing factorPacking factor
Packing factor
 
Diploma_I_Applied science(chemistry)U-III Acid & bases
Diploma_I_Applied science(chemistry)U-III Acid & bases Diploma_I_Applied science(chemistry)U-III Acid & bases
Diploma_I_Applied science(chemistry)U-III Acid & bases
 
Neils bohr atomic model
Neils bohr atomic modelNeils bohr atomic model
Neils bohr atomic model
 
Bhor's Atomic model
Bhor's Atomic modelBhor's Atomic model
Bhor's Atomic model
 
Packing Factor
Packing Factor Packing Factor
Packing Factor
 
How to draw bohr diagrams (slideshare)
How to draw bohr diagrams (slideshare)How to draw bohr diagrams (slideshare)
How to draw bohr diagrams (slideshare)
 
Crystal systems
Crystal systemsCrystal systems
Crystal systems
 
Crystal structures & Packing Fraction
Crystal structures & Packing FractionCrystal structures & Packing Fraction
Crystal structures & Packing Fraction
 
Bohr’s model for hydrogen atom
Bohr’s model for hydrogen atomBohr’s model for hydrogen atom
Bohr’s model for hydrogen atom
 

Similaire à Adab & amalan

Doa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txtDoa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txt
Ajus Styo
 
Fadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofi
Fadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofiFadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofi
Fadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofi
alfan bainofi
 
Bhan hadis palsu
Bhan hadis palsuBhan hadis palsu
Bhan hadis palsu
Mawar Pink
 

Similaire à Adab & amalan (20)

Doa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txtDoa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txt
 
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptxFAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
FAIDAH LAFADZ ROTIBUL HADDAD.pptx
 
Kitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamah
Kitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamahKitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamah
Kitab fitnah-dan-tanda-tanda-dekatnya-hari-kiyamah
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quran
 
Kitab salat
Kitab salatKitab salat
Kitab salat
 
01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu01. kitab permulaan wahyu
01. kitab permulaan wahyu
 
Etika muslim sehari-hari
Etika muslim sehari-hariEtika muslim sehari-hari
Etika muslim sehari-hari
 
Perintah shalat jumat
Perintah shalat jumatPerintah shalat jumat
Perintah shalat jumat
 
Perintah shalat jumat
Perintah shalat jumatPerintah shalat jumat
Perintah shalat jumat
 
Perintah shalat jumat
Perintah shalat jumatPerintah shalat jumat
Perintah shalat jumat
 
Surah al mulk
Surah al mulkSurah al mulk
Surah al mulk
 
Sholat 5 waktu
Sholat 5 waktuSholat 5 waktu
Sholat 5 waktu
 
Anta tas’al nahnu nujib-farid nu'man
Anta tas’al nahnu nujib-farid nu'manAnta tas’al nahnu nujib-farid nu'man
Anta tas’al nahnu nujib-farid nu'man
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Adab membaca alqur’an
Adab membaca alqur’anAdab membaca alqur’an
Adab membaca alqur’an
 
Rahasia sholat duha
Rahasia sholat duhaRahasia sholat duha
Rahasia sholat duha
 
Fadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofi
Fadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofiFadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofi
Fadhilah membaca-al-quran-by-alfanbainofi
 
Bhan hadis palsu
Bhan hadis palsuBhan hadis palsu
Bhan hadis palsu
 
وضؤ
وضؤوضؤ
وضؤ
 
Kitab jenaza h 2
Kitab jenaza h 2Kitab jenaza h 2
Kitab jenaza h 2
 

Plus de murtabak daging

Leaflet ancaman bahaya-fluorida
Leaflet ancaman bahaya-fluoridaLeaflet ancaman bahaya-fluorida
Leaflet ancaman bahaya-fluorida
murtabak daging
 
Hq2
Hq2Hq2
Hq3
Hq3Hq3

Plus de murtabak daging (14)

Ramadan
RamadanRamadan
Ramadan
 
Mutabaah ibadah
Mutabaah ibadahMutabaah ibadah
Mutabaah ibadah
 
Gradient & area under a graph
Gradient & area under a graphGradient & area under a graph
Gradient & area under a graph
 
Tak nak_ikhwah
Tak nak_ikhwahTak nak_ikhwah
Tak nak_ikhwah
 
Tak nak_akhwat
Tak nak_akhwatTak nak_akhwat
Tak nak_akhwat
 
Mutabaah ibadah
Mutabaah ibadahMutabaah ibadah
Mutabaah ibadah
 
Leaflet ancaman bahaya-fluorida
Leaflet ancaman bahaya-fluoridaLeaflet ancaman bahaya-fluorida
Leaflet ancaman bahaya-fluorida
 
Refraction Of Light
Refraction Of LightRefraction Of Light
Refraction Of Light
 
Physic P2 F5
Physic P2 F5Physic P2 F5
Physic P2 F5
 
Bernoulli Principle
Bernoulli PrincipleBernoulli Principle
Bernoulli Principle
 
Pascals Principle
Pascals PrinciplePascals Principle
Pascals Principle
 
Kinetic Theory Of Gas
Kinetic Theory Of GasKinetic Theory Of Gas
Kinetic Theory Of Gas
 
Hq2
Hq2Hq2
Hq2
 
Hq3
Hq3Hq3
Hq3
 

Adab & amalan

  • 1. RENUNGAN 1 - ADAB MENGUAP 1. Menahan menguap sekadar termampu: Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabis.w.a., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap: Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya. 3. Makruh mengangkat suara ketika menguap: Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi s.a.w., katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan
  • 2. hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
  • 3. RENUNGAN 2 - FADHILAT AL-QURAN 1.Membaca 10 ayat dalam satu malam Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca 10 ayat dalam satu malam ianya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai" Ianya cuma mengambil masa beberapa minit saja untuk membaca 10 ayat. Berbuat demikian akan menyelamatkan seseorang itu daripada digolongkan di kalangan orang-orang lalai bagi malam tersebut. Ini adalah ganjaran yang begitu besar sekali. 2.Membaca 100 ayat dalam satu malam Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menjagai 5 kali sembahyangnya tidak akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat dalam satu malam ia akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang taat" Ada lagi hadith yang memberikan kelebihan membaca Al_Quran sebanyak 100, 200, 500 hingga 1000 ayat dalam satu malam. Baik bagi kita cuba amalkan hadith yang pertama dulu sebagai amalan bagi malam hari kita sebagai permulaan. Kalau sebelum tidur kita membaca buku, surat khabar, majalah dan sebagainya eloklah dilatih diri kita dengan membaca Al-Quran sebanyak 10 ayat sekurang-kurangnya. 3. Kelebihan surah Yasin Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. diberitakan telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi" Ada banyak lagi kelebihan surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Di antaranya adalah seperti berikut: a. Adalah dikatakan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin, Allah s.w.t. akan
  • 4. menuliskan pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak 10 kali." b. Menurut satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati ummatku." c. Diriwayatkan daripada hadith yang lain, "Barangsiapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barangsiapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang, akan mendapatnya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanannya, makanan itu akan mencukupi. Dan jika ia membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membacanya ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan juga bayinya." Untuk makluman selanjutnya, bahawa tiada nas dari Nabi Muhammad saw. Mengenai kelebihan membaca surah Yassin pada malam jumaat. Ulama menyarankan membacanya pada malam jumaat kerana menghormati kemulian yang terdapat pada malam jumaat.
  • 5. RENUNGAN 3 - KELEBIHAN HARI JUMAAT 1. Kelebihan berdoa pada hari Jumaat Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., bahawasanya beliau bersabda yang bermaksud: "Allah menciptakan nabi Adam pada hari Jumaat dan menempatkannya di dalam syurga pada hari Jumaat, dan mengeluarkannya daripada syurga pada hari Jumaat, dan bertaubat ia pada hari Jumaat. Dan hari Jumaat itu adalah hari yang sangat mustajab bagi hamba yang islam untuk berdoa kepada Allah" 2. Kelebihan mengadakan perhubungan dan pernikahan pada hari Jumaat Diriwayatkan daripada Muslim bin Abdullah, daripada Said bin Jubir, daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. ditanya oleh sahabat tentang hari Jumaat. Maka jawab baginda nabi: "Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan". Tanya sahabat: "Mengapakah dikatakan dengan demikian itu ya Rasulullah?" Jawab nabi: "Kerana bahawasannya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu" Sebahagian ulama berkata ada 7 pernikahan yang dilakukan oleh para nabi dan auliya' pada hari Jumaat seperti di bawah: i. Pernikahan nabi Adam a.s. dengan Hawa ii. Pernikahan nabi Yusof a.s dengan Zulaikha iii. Pernikahan nabi Musa a.s. dengan Shafura (anak nabi Su'aib a.s.) iv. Pernikahan nabi Sulaiman a.s dengan ratu Balqis v. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Khadijah r.anha vi. Pernikahan nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Aisyah r.anha vii. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a. dengan Fatimah Az-Zahra r.anha
  • 6. RENUNGAN 4 - FADHILAT ZIKIR Muaz ibnu Jabal r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. Pernah bersabda yang bermaksud: "Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah" Keterangan: Kedasyatan siksa kubur tentunya telah diketahui oleh orang-orang yang pernah menbaca hadith- hadith yang mengandungi keterangan-keterangan siksa kubur itu. Setiap kali Usman r.a. menziarahi perkuburan maka beliau menangis terisak-isak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau: "Tuan tidak pernah menangis tatkala tuan mendengar perkabaran-perkabaran tentang syurga dan neraka seperti mana tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini" Beliau menjawab: "Kubur ini adalah merupakan persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke alam akhirat. Barang siapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barang siapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka ia akan mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya". Selanjutnya beliau berkata: "Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di dalam kubur ". Siti Aisyah r.anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap sembahyang adalah baginda Rasulullah s.a.w. memohon perlindungan dari siksa kubur. Zaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa kepada Alla s.w.t. supaya ia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa kubur kecuali makhluk-makhluk
  • 7. manausia dan jin" Keterangan: Diberitakan dalam sebuah hadith bahawa sekali baginda Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai baginda enggan kemuka seolah- olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ. Seorang bertanya: "Kenapa sedemikian ini Ya Rasulullah s.a.w.?" Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang yang sedang disiksa didalam kuburnya. Suara siksa kubur ini terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan kemuka. Dalam sebuah hadith ada diberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. melalui dua kubur lalu baginda bersabda: "Ahli kedua-dua kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi disiksa kerana ia tidak menjaga kebersihan ketika ia beristinja (buang isr kecil)". Ibnu Hajar Makki rah.a. menulis bahawa menurut hadith yang sah kebanyakan siksa kubur dikenakan ialah kerana tidak dijaganya kebersihan istinja itu. Adalah dilaporkan oleh sebuah hadith bahawa persoalan yang mula-mula sekali akan disoal di dalam kubur ialah mengenai istinja. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkannya. Wasaalam.